TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT (PEMBIAYAAN · PDF fileberdasarkan dan bersetuju untuk terikat...

3
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT (PEMBIAYAAN TUNAI-i: TUNAI-i KORPORAT) Pemohon yang dinyatakan di sini (“Pelanggan”) telah membuat permohonan kepada OCBC Al-Amin Bank Berhad (“Bank”) untuk Pembiayaan Tunai-i (“Pembiayaan”) berdasarkan dan bersetuju untuk terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Borang Permohonan ini dan Surat Aluan (seperti yang didefinasikan selepas ini) termasuk mana-mana pindaan atau tambahan padanya seperti yang boleh ditetapkan atau dikenakan oleh Bank dari masa ke semasa:- 1. Kemudahan yang ditawarkan selaras dengan prosedur pembiayaan Bank di bawah prinsip Syariah Bai’ Al-Inah menggunakan Instrumen Deposit Boleh Niaga Islam ("Aset") yang dimiliki oleh Bank. Kemudahan hanya boleh digunakan untuk transaksi dan tujuan yang halal, namun Bank tidak mempunyai kewajipan untuk mempersoalkan tujuan kegunaan jumlah permohonan yang disediakan kepada Pelanggan di bawah Kemudahan ini. 2.1. Bank akan memaklumkan Pelanggan mengenai permohonan yang berjaya dan terma Kemudahan melalui telefon atau cara lain yang akan ditentukan oleh Bank. Setelah terma-terma Kemudahan dipersetujui di antara Bank dan Pelanggan sama ada melalui telefon atau kaedah lain yang ditetapkan, Bank akan meneruskan urus niaga secara Islam di bawah prinsip Bai’ Al-Inah. Terma Kemudahan termasuk harga jualan ("Harga Jualan") dan harga pembelian ("Harga Belian") Aset akan disahkan oleh Bank kepada Pelanggan di dalam surat aluan kepada Pelanggan ("Surat Aluan") untuk tujuan rekod. 2.2. Kegagalan atau kelewatan oleh Bank untuk menerbitkan atau tiada-penerimaan Surat Aluan oleh Pelanggan tidak akan menjejaskan transaksi secara Islam yang telah selesai. Sebarang percanggahan yang terdapat di dalam Surat Aluan perlu diberitahu oleh Pelanggan kepada Bank dalam tempoh 14 hari dari tarikh Surat Aluan di mana kegagalan berbuat demikian bermakna terma Kemudahan dianggap tepat dan muktamad ke atas Pelanggan. 3.1. Amaun Pembiayaan akan dikreditkan ke dalam akaun yang dinyatakan oleh Pelanggan di dalam Borang Permohonan ini (“Akaun Pengeluaran”) selepas menolak ansuran pertama dan semua caj dan perbelanjaan yang perlu dibayar kepada dan/ atau ditanggung oleh Bank. Harga Penjualan akan dibayar oleh Pelanggan kepada Bank mengikut terma pembayaran tertangguh (“secara ansuran”) menurut Surat Aluan kepada Pelanggan (“Surat Aluan”) dan sentiasa tertakluk kepada hak Bank untuk menuntut dan mempercepatkan pembayaran Harga Jualan atau bakinya sekiranya berlaku Keingkaran (seperti yang didefinasikan selepas ini). 3.2. Pelanggan akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan Akaun Pengeluaran mampu menerima jumlah wang daripada Pembiayaan tersebut. Ianya juga akan menjadi tanggungjawab Pelanggan sepenuhnya untuk menguruskan sebarang penutupan Akaun Pengeluaran atau penyelesaian penuh baki debit (sekiranya ada) di dalam Akaun Pengeluaran. 3.3. Polisi Takaful (sekiranya berkaitan) adalah disediakan oleh pihak ketiga iaitu pengendali takaful di mana mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam apa jua keadaan terhadap sebarang keputusan berkaitan polisi Takaful. 4. Pelanggan hendaklah membayar caj pampasan (Ta’widh) sebanyak 1% setahun ke atas sebarang ansuran tertunggak sehingga amaun itu telah dibayar atau sehingga Kemudahan matang, yang mana lebih awal. Pelanggan hendaklah membayar caj pampasan (Ta’widh) atas sebarang baki tertunggak selepas tarikh matang pada kadar purata wajaran harian, bagi kadar semalaman antara bank pelaburan Mudharabah di Pasaran Wang Antara Bank Islam. 5. Sekiranya Deposit Sekuriti (seperti yang didefinisikan selepas ini) dikenakan oleh Bank sebagai syarat untuk menyediakan Pembiayaan ini, Pelanggan adalah dikehendaki mendeposit dengan Bank suatu amaun bersamaan amaun 3 bulan ansuran sebagai deposit sekuriti (“Deposit Sekuriti”) dan menandatangani satu surat dalam bentuk dan kandungan yang ditetapkan oleh Bank yang membenarkan Bank untuk mengenepikan Deposit Sekuriti tersebut dan membuat potongan terhadapnya bagi membayar sebarang jumlah lewat bayar berkaitan Pembiayaan tersebut. Deposit Sekuriti tidak boleh dikeluarkan oleh Pelanggan dan hanya akan dipulangkan kepada Pelanggan selepas penyelesaian penuh Harga Penjualan. 6. Pada bila-bila masa dan apa jua alasan, sama ada diluar kawalan Pelanggan, mana-mana keingkaran berikut (“Keingkaran”) telah berlaku, Bank mempunyai hak dan atas budibicara mutlak, menahan, mengeluarkan, memulangkan atau menamatkan pembiayaan tersebut dan/atau mengisytiharkan dan meminta Harga Jualan atau baki belum bayarnya, dan juga sebarang jumlah yang perlu dibayar akan wajib dibayar serta-merta oleh Pelanggan kepada Bank, sekiranya: (a) Pelanggan ingkar dalam pembayaran mana-mana jumlah atau wang yang perlu dibayar di sini atau berkenaan dengan Pembiayaan selepas ia menjadi wajib dibayar oleh Pelanggan sama ada dituntut secara rasmi atau tidak; (b) Pelanggan gagal mematuhi atau melaksanakan apa-apa terma dan syarat-syarat Pembiayaan yang perlu dipatuhi atau dilaksanakan olehnya; (c) Pelanggan meninggal dunia atau menjadi tidak siuman atau tidak berupaya membayar hutangnya ataupun memasuki apa-apa perjanjian atau perlaksanaan dengan pemiutangnya atau diisytihar bankrap atau sebarang tindakan undang-undang (sama ada jenayah atau sivil) difailkan atau dimulakan terhadapnya atau hartanya; (d) Akaun-akaun lain Pelanggan dengan Bank tidak dikendalikan dengan memuaskan; (e) jika berkenaan, Pelanggan menghentikan atau mengugut memberhentikan perniagaannya; (f) sebarang pengisytiharan atau jaminan yang dibuat oleh Pelanggan kepada Bank adalah tidak benar, mengelirukan secara material atau salah; (g) Pelanggan mengingkari atau mengugut untuk mengingkari sebarang kewajipan kontraknya dengan mana-mana pihak ketiga atau dengan Bank; (h) mana-mana akaun semasanya ditutup oleh mana-mana bank menurut keperluan peraturan- peraturan yang berkenaan dengan cek-cek tak laku atau polisi akaun bank bagi bank berkenaan meskipun pengendalian akaunnya dengan Bank adalah memuaskan; (i) sebarang perubahan dalam pekerjaan, perniagaan atau kedudukan kewangan Pelanggan dari apa yang diberikan semasa permohonan kemudahan atau lain-lain peristiwa, yang berlaku pada pendapat pihak Bank (yang mana ianya adalah muktamad dan Pelanggan terikat olehnya) boleh atau mungkin menjejaskan keupayaan atau kesanggupan Pelanggan untuk mematuhi apa-apa kewajipannya; (j) sebarang perubahan dalam peraturan atau undang- undang yang berkenaan menjadikan ianya mustahil atau tidak sah untuk Bank atau Pelanggan meneruskan kemudahan tersebut; atau (k) suatu kejadian telah berlaku, atau keadaan wujud, yang boleh atau mungkin, pada pandangan Bank menjejaskan keupayaan Pelanggan untuk melaksanaan tanggungjawabnya di sini ataupun berkaitan dengan atau susulan daripada Pembiayaan tersebut. 7. Kesemua wang yang diterima atau dikutip oleh Bank daripada mana-mana prosiding yang dimulakan atau langkah-langkah yang diambil akan digunakan seperti berikut: (a) terhadap bayaran semua yuran, kos-kos (termasuk kos guaman berasaskan pada peguamcara dan anakguam dan mana- mana cukai perkhidmatan yang perlu dibayar), caj, perbelanjaan dan tanggungan yang perlu dibayar atau ditanggung oleh Bank di sini atau berkaitan dengan Pembiayaan tersebut; (b) terhadap bayaran kesemua atau mana-mana jumlah atau wang yang perlu dibayar kepada Bank sebagai indemniti atau gantirugi di sini atau berkenaan dengan Pembiayaan; (c) terhadap bayaran Harga Penjualan atau baki belum dibayarnya; (d) terhadap bayaran mana- mana jumlah atau wang yang terhutang oleh Pelanggan di bawah mana-mana akaun lain dengan Bank; (e) sebarang lebihan akan dibayar kepada Pelanggan atau pihak lain yang berhak terhadapnya. Bank berhak untuk menukarkan turutan pembayaran mengikut apa juga cara yang difikirkan wajar. 8.1. Bank akan memberi Ibra’ (rebat) kepada Pelanggan yang melaksanakan penyelesaian awal. Ibra’ dikira menggunakan rumusan berikut: Ibra’ = Keuntungan Tertunggak – Yuran Penyelesaian Awal. 8.2. Keuntungan Tertunggak akan dihitung secara muktamad oleh pihak Bank dengan menggunakan kaedah “Rule of 78”. Jika Harga Jualan dilangsaikan penuh di dalam separuh masa pertama tempoh Pembiayaan, Yuran Penyelesaian Awal akan dibayar oleh Pelanggan. Yuran Penyelesaian Awal adalah kos anggaran yang telah atau akan ditanggung oleh pihak Bank atas akibat langsung penamatan awal oleh Pelanggan dan terdiri daripada: (a) amaun anggaran yang lebih tinggi dari (i) 2.5% baki tertunggak pada tarikh penyelesaian awal; atau (ii) RM150; dan (b) tanggungan kos luar-saku dan akan ditanggung oleh Bank kepada Pembiayaan. Ia akan dibayar oleh Pelanggan pada masa yang sama apabila jumlah penebusan atau langsaian dibayar kepada pihak Bank. 9. Sebarang bayaran yang dibuat oleh Pelanggan kepada Bank berdasarkan Pembiayaan akan dibuat sepenuhnya tanpa tolakan atau tuntutan balas dan bebas serta jelas dan tanpa potongan untuk sebarang cukai, levi, impos, duti, caj, pemotongan, pegangan, sekatan atau apa jua keadaan. 10. Kesemua yuran (termasuk kos guaman berasaskan pada peguamcara & anak guam dan sebarang cukai perkhidmatan yang perlu dibayar), caj, kos dan perbelanjaan (termasuk duti setem) yang perlu dibayar berkaitan atau berhubung dengan Pembiayaan dan/atau ditanggung oleh Bank termasuk penyediaan dan penyempurnaan dokumen-dokumen berkenaan dan penguatkuasaan hak-haknya di bawah Pembiayaan akan ditanggung dan dibayar oleh Pelanggan. Berikut, secara umum dan tanpa prejudis, di mana sebarang cukai perkhidmatan dan barangan atau lain-lain cukai, levi atau apajua caj sekarang atau selepas dituntut oleh undang-undang mestilah dibayar pada atau berhubung apa-apa jumlah berbayar kepada Bank berhubungan Pembiayaan ini atau perkara lain, perkara yang sama (kecuali yang dilarang oleh undang-undang) akan ditanggung oleh Pelanggan dan sebagai tambahan kepada kesemua bayaran kepada Bank oleh Pelanggan di bawah Pembiayaan ini, Pelanggan diminta membayar kepada Bank jumlah yang sama nilai dengan cukai perkhidmatan & barangan, levi atau caj atau sebahagian darinya. 11.1. Tertakluk kepada arahan nyata Pelanggan (jika ada) mengehadkan pendedahan, Pelanggan secara mutlak bersetuju dan membenarkan Bank mendedahkan data peribadi Pelanggan, butiran akaun dan hubungan dengan Bank, terma Kemudahan kepada kelas individu berikut: (i) pemproses data Bank atau pembekal perkhidmatan, kedua-duanya dalam dan di luar Malaysia, yang terlibat dalam menjalankan fungsi dan aktiviti Bank; (ii) Syarikat Berkaitan Bank dan syarikat- syarikat bersekutu, kedua-dua dalam atau di luar Malaysia, pemegang serahhaknya dan pengganti-gelaran; (iii) badan-badan kawal selia, agensi-agensi kerajaan, Mukasurat 1 daripada 3

Transcript of TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT (PEMBIAYAAN · PDF fileberdasarkan dan bersetuju untuk terikat...

Page 1: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT (PEMBIAYAAN · PDF fileberdasarkan dan bersetuju untuk terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Borang Permohonan ini dan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT (PEMBIAYAAN TUNAI-i: TUNAI-i KORPORAT)

Pemohon yang dinyatakan di sini (“Pelanggan”) telah membuat permohonan kepada OCBC Al-Amin Bank Berhad (“Bank”) untuk Pembiayaan Tunai-i (“Pembiayaan”) berdasarkan dan bersetuju untuk terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Borang Permohonan ini dan Surat Aluan (seperti yang didefinasikan selepas ini) termasuk mana-mana pindaan atau tambahan padanya seperti yang boleh ditetapkan atau dikenakan oleh Bank dari masa ke semasa:- 1. Kemudahan yang ditawarkan selaras dengan prosedur pembiayaan Bank di bawah prinsip Syariah Bai’ Al-Inah menggunakan Instrumen Deposit Boleh Niaga Islam

("Aset") yang dimiliki oleh Bank. Kemudahan hanya boleh digunakan untuk transaksi dan tujuan yang halal, namun Bank tidak mempunyai kewajipan untuk mempersoalkan tujuan kegunaan jumlah permohonan yang disediakan kepada Pelanggan di bawah Kemudahan ini.

2.1. Bank akan memaklumkan Pelanggan mengenai permohonan yang berjaya dan terma Kemudahan melalui telefon atau cara lain yang akan ditentukan oleh Bank. Setelah terma-terma Kemudahan dipersetujui di antara Bank dan Pelanggan sama ada melalui telefon atau kaedah lain yang ditetapkan, Bank akan meneruskan urus niaga secara Islam di bawah prinsip Bai’ Al-Inah. Terma Kemudahan termasuk harga jualan ("Harga Jualan") dan harga pembelian ("Harga Belian") Aset akan disahkan oleh Bank kepada Pelanggan di dalam surat aluan kepada Pelanggan ("Surat Aluan") untuk tujuan rekod.

2.2. Kegagalan atau kelewatan oleh Bank untuk menerbitkan atau tiada-penerimaan Surat Aluan oleh Pelanggan tidak akan menjejaskan transaksi secara Islam yang telah selesai. Sebarang percanggahan yang terdapat di dalam Surat Aluan perlu diberitahu oleh Pelanggan kepada Bank dalam tempoh 14 hari dari tarikh Surat Aluan di mana kegagalan berbuat demikian bermakna terma Kemudahan dianggap tepat dan muktamad ke atas Pelanggan.

3.1. Amaun Pembiayaan akan dikreditkan ke dalam akaun yang dinyatakan oleh Pelanggan di dalam Borang Permohonan ini (“Akaun Pengeluaran”) selepas menolak ansuran pertama dan semua caj dan perbelanjaan yang perlu dibayar kepada dan/ atau ditanggung oleh Bank. Harga Penjualan akan dibayar oleh Pelanggan kepada Bank mengikut terma pembayaran tertangguh (“secara ansuran”) menurut Surat Aluan kepada Pelanggan (“Surat Aluan”) dan sentiasa tertakluk kepada hak Bank untuk menuntut dan mempercepatkan pembayaran Harga Jualan atau bakinya sekiranya berlaku Keingkaran (seperti yang didefinasikan selepas ini).

3.2. Pelanggan akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan Akaun Pengeluaran mampu menerima jumlah wang daripada Pembiayaan tersebut. Ianya juga akan menjadi tanggungjawab Pelanggan sepenuhnya untuk menguruskan sebarang penutupan Akaun Pengeluaran atau penyelesaian penuh baki debit (sekiranya ada) di dalam Akaun Pengeluaran.

3.3. Polisi Takaful (sekiranya berkaitan) adalah disediakan oleh pihak ketiga iaitu pengendali takaful di mana mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam apa jua keadaan terhadap sebarang keputusan berkaitan polisi Takaful.

4. Pelanggan hendaklah membayar caj pampasan (Ta’widh) sebanyak 1% setahun ke atas sebarang ansuran tertunggak sehingga amaun itu telah dibayar atau sehingga Kemudahan matang, yang mana lebih awal. Pelanggan hendaklah membayar caj pampasan (Ta’widh) atas sebarang baki tertunggak selepas tarikh matang pada kadar purata wajaran harian, bagi kadar semalaman antara bank pelaburan Mudharabah di Pasaran Wang Antara Bank Islam.

5. Sekiranya Deposit Sekuriti (seperti yang didefinisikan selepas ini) dikenakan oleh Bank sebagai syarat untuk menyediakan Pembiayaan ini, Pelanggan adalah dikehendaki mendeposit dengan Bank suatu amaun bersamaan amaun 3 bulan ansuran sebagai deposit sekuriti (“Deposit Sekuriti”) dan menandatangani satu surat dalam bentuk dan kandungan yang ditetapkan oleh Bank yang membenarkan Bank untuk mengenepikan Deposit Sekuriti tersebut dan membuat potongan terhadapnya bagi membayar sebarang jumlah lewat bayar berkaitan Pembiayaan tersebut. Deposit Sekuriti tidak boleh dikeluarkan oleh Pelanggan dan hanya akan dipulangkan kepada Pelanggan selepas penyelesaian penuh Harga Penjualan.

6. Pada bila-bila masa dan apa jua alasan, sama ada diluar kawalan Pelanggan, mana-mana keingkaran berikut (“Keingkaran”) telah berlaku, Bank mempunyai hak dan atas budibicara mutlak, menahan, mengeluarkan, memulangkan atau menamatkan pembiayaan tersebut dan/atau mengisytiharkan dan meminta Harga Jualan atau baki belum bayarnya, dan juga sebarang jumlah yang perlu dibayar akan wajib dibayar serta-merta oleh Pelanggan kepada Bank, sekiranya: (a) Pelanggan ingkar dalam pembayaran mana-mana jumlah atau wang yang perlu dibayar di sini atau berkenaan dengan Pembiayaan selepas ia menjadi wajib dibayar oleh Pelanggan sama ada dituntut secara rasmi atau tidak; (b) Pelanggan gagal mematuhi atau melaksanakan apa-apa terma dan syarat-syarat Pembiayaan yang perlu dipatuhi atau dilaksanakan olehnya; (c) Pelanggan meninggal dunia atau menjadi tidak siuman atau tidak berupaya membayar hutangnya ataupun memasuki apa-apa perjanjian atau perlaksanaan dengan pemiutangnya atau diisytihar bankrap atau sebarang tindakan undang-undang (sama ada jenayah atau sivil) difailkan atau dimulakan terhadapnya atau hartanya; (d) Akaun-akaun lain Pelanggan dengan Bank tidak dikendalikan dengan memuaskan; (e) jika berkenaan, Pelanggan menghentikan atau mengugut memberhentikan perniagaannya; (f) sebarang pengisytiharan atau jaminan yang dibuat oleh Pelanggan kepada Bank adalah tidak benar, mengelirukan secara material atau salah; (g) Pelanggan mengingkari atau mengugut untuk mengingkari sebarang kewajipan kontraknya dengan mana-mana pihak ketiga atau dengan Bank; (h) mana-mana akaun semasanya ditutup oleh mana-mana bank menurut keperluan peraturan-peraturan yang berkenaan dengan cek-cek tak laku atau polisi akaun bank bagi bank berkenaan meskipun pengendalian akaunnya dengan Bank adalah memuaskan; (i) sebarang perubahan dalam pekerjaan, perniagaan atau kedudukan kewangan Pelanggan dari apa yang diberikan semasa permohonan kemudahan atau lain-lain peristiwa, yang berlaku pada pendapat pihak Bank (yang mana ianya adalah muktamad dan Pelanggan terikat olehnya) boleh atau mungkin menjejaskan keupayaan atau kesanggupan Pelanggan untuk mematuhi apa-apa kewajipannya; (j) sebarang perubahan dalam peraturan atau undang-undang yang berkenaan menjadikan ianya mustahil atau tidak sah untuk Bank atau Pelanggan meneruskan kemudahan tersebut; atau (k) suatu kejadian telah berlaku, atau keadaan wujud, yang boleh atau mungkin, pada pandangan Bank menjejaskan keupayaan Pelanggan untuk melaksanaan tanggungjawabnya di sini ataupun berkaitan dengan atau susulan daripada Pembiayaan tersebut.

7. Kesemua wang yang diterima atau dikutip oleh Bank daripada mana-mana prosiding yang dimulakan atau langkah-langkah yang diambil akan digunakan seperti berikut: (a) terhadap bayaran semua yuran, kos-kos (termasuk kos guaman berasaskan pada peguamcara dan anakguam dan mana- mana cukai perkhidmatan yang perlu dibayar), caj, perbelanjaan dan tanggungan yang perlu dibayar atau ditanggung oleh Bank di sini atau berkaitan dengan Pembiayaan tersebut; (b) terhadap bayaran kesemua atau mana-mana jumlah atau wang yang perlu dibayar kepada Bank sebagai indemniti atau gantirugi di sini atau berkenaan dengan Pembiayaan; (c) terhadap bayaran Harga Penjualan atau baki belum dibayarnya; (d) terhadap bayaran mana- mana jumlah atau wang yang terhutang oleh Pelanggan di bawah mana-mana akaun lain dengan Bank; (e) sebarang lebihan akan dibayar kepada Pelanggan atau pihak lain yang berhak terhadapnya. Bank berhak untuk menukarkan turutan pembayaran mengikut apa juga cara yang difikirkan wajar.

8.1. Bank akan memberi Ibra’ (rebat) kepada Pelanggan yang melaksanakan penyelesaian awal. Ibra’ dikira menggunakan rumusan berikut: Ibra’ = Keuntungan Tertunggak – Yuran Penyelesaian Awal.

8.2. Keuntungan Tertunggak akan dihitung secara muktamad oleh pihak Bank dengan menggunakan kaedah “Rule of 78”. Jika Harga Jualan dilangsaikan penuh di dalam separuh masa pertama tempoh Pembiayaan, Yuran Penyelesaian Awal akan dibayar oleh Pelanggan. Yuran Penyelesaian Awal adalah kos anggaran yang telah atau akan ditanggung oleh pihak Bank atas akibat langsung penamatan awal oleh Pelanggan dan terdiri daripada: (a) amaun anggaran yang lebih tinggi dari (i) 2.5% baki tertunggak pada tarikh penyelesaian awal; atau (ii) RM150; dan (b) tanggungan kos luar-saku dan akan ditanggung oleh Bank kepada Pembiayaan. Ia akan dibayar oleh Pelanggan pada masa yang sama apabila jumlah penebusan atau langsaian dibayar kepada pihak Bank.

9. Sebarang bayaran yang dibuat oleh Pelanggan kepada Bank berdasarkan Pembiayaan akan dibuat sepenuhnya tanpa tolakan atau tuntutan balas dan bebas serta jelas dan tanpa potongan untuk sebarang cukai, levi, impos, duti, caj, pemotongan, pegangan, sekatan atau apa jua keadaan.

10. Kesemua yuran (termasuk kos guaman berasaskan pada peguamcara & anak guam dan sebarang cukai perkhidmatan yang perlu dibayar), caj, kos dan perbelanjaan (termasuk duti setem) yang perlu dibayar berkaitan atau berhubung dengan Pembiayaan dan/atau ditanggung oleh Bank termasuk penyediaan dan penyempurnaan dokumen-dokumen berkenaan dan penguatkuasaan hak-haknya di bawah Pembiayaan akan ditanggung dan dibayar oleh Pelanggan. Berikut, secara umum dan tanpa prejudis, di mana sebarang cukai perkhidmatan dan barangan atau lain-lain cukai, levi atau apajua caj sekarang atau selepas dituntut oleh undang-undang mestilah dibayar pada atau berhubung apa-apa jumlah berbayar kepada Bank berhubungan Pembiayaan ini atau perkara lain, perkara yang sama (kecuali yang dilarang oleh undang-undang) akan ditanggung oleh Pelanggan dan sebagai tambahan kepada kesemua bayaran kepada Bank oleh Pelanggan di bawah Pembiayaan ini, Pelanggan diminta membayar kepada Bank jumlah yang sama nilai dengan cukai perkhidmatan & barangan, levi atau caj atau sebahagian darinya.

11.1. Tertakluk kepada arahan nyata Pelanggan (jika ada) mengehadkan pendedahan, Pelanggan secara mutlak bersetuju dan membenarkan Bank mendedahkan data peribadi Pelanggan, butiran akaun dan hubungan dengan Bank, terma Kemudahan kepada kelas individu berikut: (i) pemproses data Bank atau pembekal perkhidmatan, kedua-duanya dalam dan di luar Malaysia, yang terlibat dalam menjalankan fungsi dan aktiviti Bank; (ii) Syarikat Berkaitan Bank dan syarikat-syarikat bersekutu, kedua-dua dalam atau di luar Malaysia, pemegang serahhaknya dan pengganti-gelaran; (iii) badan-badan kawal selia, agensi-agensi kerajaan,

Mukasurat 1 daripada 3

Page 2: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT (PEMBIAYAAN · PDF fileberdasarkan dan bersetuju untuk terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Borang Permohonan ini dan

pihak berkuasa cukai, polis, badan-badan penguatkuasaan undang-undang dan mahkamah, kedua-dua di dalam dan di luar Malaysia, termasuk di bawah “Akta Pematuhan Cukai Akaun Luar Negeri Amerika Syarikat (FATCA)”; (iv) bank-bank lain atau institusi kewangan termasuk Cagamas Berhad dan Credit Guarantee Corporation (Malaysia) Berhad, pengendali gadai janji takaful dan mana-mana pengendali takaful semula (di dalam atau di luar Malaysia); (v) biro kredit, agensi pelaporan kredit, Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, Sistem Maklumat Cek Tendang, dan syarikat-syarikat yang ditubuhkan dengan tujuan mengumpul dan menyediakan maklumat kredit; (vi) pihak ketiga yang berhasrat untuk menyelesaikan keterhutangan Pelanggan kepada Bank; (vii) agen pungutan hutang, peguam, penjaga dan syarikat-syarikat penama; (viii) ejen, pelaksana, pentadbir atau undang-undang wakil yang diberi kuasa oleh Pelanggan; (ix) pemegang tugasan atau pemeroleh Bank, bakal pemegang tugasan atau pemeroleh dan pengganti hak milik, dan (x) mana-mana individu atau badan yang mana Bank dikehendaki di sisi undang-undang untuk mendedahkan.

11.2. Untuk pematuhan Bank dengan mana-mana undand undang cukai, peraturan-peraturan atau arahan pihak berkuasa atau perintah, termasuk yang berkaitan dengan Akta Pematuhan Cukai Akaun Luar Negeri Amerika Syarikat (FATCA), (secara kolektif, "Undang-Undang Cukai"), Pelanggan: (a) hendaklah dengan segera membuat dan mendapatkan Orang Bersetuju untuk membuat pengakuan itu, menyediakan semua dokumen dan maklumat, dan sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada apa-apa perisytiharan, dokumen, maklumat atau status, daripada Orang bersetuju kepada Bank; dan (b) mengesahkan bahawa Pelanggan telah memperoleh persetujuan Orang Bersetuju untuk pendedahan oleh Bank maklumat yang Orang Bersetuju kepada mana-mana badan kawal selia, agensi kerajaan, pihak berkuasa cukai, polis, badan-badan penguatkuasaan undang-undang dan mahkamah, kedua-dua di dalam dan di luar Malaysia, termasuk yang berhubungan kepada Akta Pematuhan Cukai Akaun Luar Negeri Amerika Syarikat (FATCA) Jika tidak, Bank berhak untuk antara lain, memotong daripada atau menahan sebahagian daripada mana-mana jumlah yang perlu dibayar oleh Bank. “Orang Bersetuju” bermakna mana-mana orang termasuk Pelanggan, Pemilik Besar, Kawalan Orang Pelanggan, mana-mana orang yang mempunyai kepentingan benefisial atau kepentingan kewangan dalam pembayaran dari Bank. “Pemilik Besar” bermakna (1) untuk korporat atau entity, orang-orang tertentu yang secara langsung atau tidak langsung memiliki lebih daripada 10% daripada saham perbadanan itu (oleh undi atau nilai), (2) untuk perkongsian, orang-orang tertentu yang secara langsung atau tidak langsung memiliki lebih daripada 10% daripada keuntungan atau kepentingan modal dalam perkongsian itu, dan (3) untuk suatu amanah, orang-orang tertentu dianggap sebagai pemilik amanah atau dianggap sebagai memegang secara langsung atau tidak langsung lebih daripada 10% daripada kepentingan benefisial amanah itu. "Kawalan Orang" bermaksud mana-mana individu yang menjalankan kawalan muktamad berkesan ke atas entiti atau amanah.

11.3. Dasar Privasi Bank yang dipaparkan di www.ocbc.com.my dan juga boleh diperolehi atas permintaan Pelanggan dari mana mana cawangan Bank, memaklumkan Pelanggan mengenai haknya di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, termasuk langkah langkah yang boleh diambil oleh Pelanggan dalam melaksanakan hak berikut dan jika diambil, akibat mengambil langkah tersebut. Dasar Privasi Bank khususnya memaklumkan Pelanggan bahawa: (i) Bank boleh mengumpul data peribadinya secara langsung dari beliau atau dari sumber pihak ketiga; (ii) tujuan data peribadinya dikumpul; (iii) haknya untuk mengakses data peribadi beliau dan membetulkannya; (iv) kelas pihak ketiga kepada siapa Bank boleh mendedahkan data peribadinya; (v) pilihan dan cara untuk mengehadkan pemprosesan data peribadinya; (vi) sama ada data peribadi yang diminta adalah secara wajib atau sukarela, dan jika wajib, akibat jika tidak menyediakan data tersebut; (vii) bahawa dia perlu mengemaskini data peribadinya sejurus terdapat perubahan; dan (viii) butiran hubungan Bank jika dia ingin melakukan pertanyaan atau memberi maklum balas. Pelanggan yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan Bank di no: 1 300 88 0310.

11.4. Bank boleh, dengan menurut panduan atau syarat kawal selia yang boleh dipakai, menggunakan atau memakai apa-apa maklumat berkaitan dengan Pelanggan, yang dikutip, dikumpul, dan diperoleh oleh Bank melalui atau menggunakan apa-apa cara dan kaedah bagi tujuan tersebut seperti yang ditetapkan oleh Bank.

12. Pelanggan harus melindungi Bank sepenuhnya terhadap semua atau sebarang kerugian, tuntutan, kos (termasuk kos guaman berdasarkan pada peguamcara dan anak guam) dan mana-mana cukai perkhidmatan berbayar dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung atau dialami oleh Bank akibat daripada Keingkaran atau peruntukan atau penguatkuasaan, atau sebaliknya berkaitan dengan Pembiayaan.

13. Adalah dengan ini dipersetujui bahawa sijil Bank bagi amaun yang perlu dibayar oleh Pelanggan di bawah Pembiayaan akan, dalam ketiadaan kesilapan ketara, menjadi bukti muktamad bahawa amaun tersebut adalah sememangnya perlu dibayar oleh Pelanggan.

14. Tiada kegagalan atau kelewatan oleh pihak Bank dalam melaksanakan sebarang remedi, kuasa atau hak di sini akan dianggap sebagai pengecualian terhadapnya mahupun memberi kesan terhadap atau menjejaskan mana-mana remedi, kuasa atau hak Bank berkenaan dengan sebarang keingkaran selanjutnya.

15.1. Semua wang yang diterima oleh Bank untuk tujuan permohonan dalam pengurangan mana-mana wang dimiliki kepada Bank (sama ada dari bayaran diterima atau dari kesedaran mana-mana sekuriti atau sebaliknya) akan di jadikan sebagai bayaran kasar dan tidak akan diperuntukkan atau disifatkan kepada apa saja bahagian tertentu wang dimiliki kepada Bank, dan Bank boleh membuktikan keseluruhan wang kemudian memilikinya sehingga Bank telah pulih dari keseluruhan sumber seratus sen dalam ringgit.

15.2 Bank boleh dengan notis, menggabungkan dan menyatukan baki yang ada atas Kemudahan ini dan semua atau mana-mana akaun Pelanggan dengan Bank, perihal apa jua, di mana sahaja terletak dan sama ada dalam Ringgit Malaysia atau dalam apa-apa mata wang lain dan dengan notis tolak selesai atau memindahkan sebarang jumlah kredit yang ada ke mana-mana akaun termasuk akaun bersama dan/atau semua atau mana-mana bahagian dari jumlah Kemudahan atau untuk menjelaskan kesemua jumlah wang yang perlu dibayar kepada Bank di bawah dan/atau yang berkaitan dengan Kemudahan dan/atau mana-mana akaun, dan Pelanggan dengan ini membenarkan Bank untuk melaksanakan apa-apa gabungan, penyatuan, tolak selesai atau pemindahan dengan penukaran yang perlu pada kadar pertukaran semasa yang akan ditentukan oleh Bank.

16. Sebarang peruntukan di sini yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasa tidak akan menjejaskan kesahihan dan penguatkuasaan peruntukan lain di sini. 17. Sebarang notis atau komunikasi lain boleh diberikan oleh Bank secara pos biasa atau berdaftar yang dihantar kepada Pelanggan di alamatnya yang tercatat di sini

atau kepada mana-mana alamat terakhirnya yang diketahui dan notis tersebut akan dianggap telah diserahkan dengan sempurna 3 Hari Perniagaan selepas diposkan jika diposkan dalam Malaysia atau 5 Hari Perniagaan selepas diposkan jika diposkan di luar Malaysia walaupun ianya dikembalikan tanpa diserahkan oleh pihak berkuasa pos. Sebarang notis atau komunikasi lain boleh juga dihantar secara serahan tangan atau diberikan melalui faksimili. Sekiranya notis atau komunikasi tersebut adalah dihantar secara serahan tangan ianya dianggap diserahkan pada waktu penyerahan, dihantar melalui faksimili pada pengeluaran laporan transmisi oleh mesin di mana faksimili tersebut dihantar.

18.1. Jika berlaku pertukaran alamat, Pelanggan harus memaklumkan Bank secara bertulis sekurang-kurangnya 7 hari sebelum pertukaran tersebut. 18.2. Bagi notis yang dikeluarkan secara pengiklanan, Pelanggan dianggap telah menerima notis tersebut pada tarikh pengiklanan. 18.3. Sebarang notis atau komunikasi dari Pelanggan kepada Bank boleh dihantar melalui penghantaran peribadi atau surat berdaftar kepada cawangan Bank yang

berkenaan dan notis atau komunikasi tersebut hanya diterima apabila diakui oleh Bank. 19. Jika prosiding dimulakan oleh Bank kepada Pelanggan, proses pemula akan dianggap telah diserahkan dengan sempurna terhadapnya sekiranya proses pemula

adalah dihantar: (a) dengan serahan tangan, pada waktu satu salinan proses pemula ditinggalkan di alamatnya atau di alamat lain yang dimaklumkan kepada Bank dari masa ke semasa; (b) secara pos berdaftar, pada hari ke-7 (termasuk hari pengeposan) dari tarikh proses pemula tersebut diposkan ke alamatnya atau di alamat lain yang dimaklumkan kepada Bank dari masa ke semasa. Apabila penghakiman atau perintah telah diperolehi terhadap Pelanggan, penyerahan penghakiman atau perintah tersebut haruslah dilakukan dengan cara yang sama seperti dinyatakan di dalam (a) dan (b) di atas dan akan dianggap telah diserahkan dengan sempurna kepadanya dengan syarat Bank hanya dianggap sebagai sudah dimaklumkan mengenai pertukaran alamatnya sekiranya Bank sememangnya telah menerima notis pertukaran tersebut yang dihantar olehnya.

20. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya dalam menilai terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini dan beliau adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang bebas berkaitan dengannya.

21. Borang Permohonan ini dan Surat Aluan merangkumi semua terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini dan berhubung kait dengan Pembiayaan ini dan mengatasi segala rundingan lisan dan surat menyurat sebelumnya berkaitan perkara ini. Bank selepas memberi notis secukupnya dan dari masa ke semasa boleh meminda, mengubah, dan/atau menambah terma dan syarat-syarat berhubung Pembiayaan ini dan sebarang pindaan, perbezaan dan/atau penambahan akan berkuatkuasa daripada tarikh yang ditentukan oleh Bank.

22. Ketersediaan Pembiayaan dan terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini adalah tertakluk kepada dan ditafsir keseluruhannya menurut undang-undang Malaysia dan Pelanggan bersetuju untuk berserah kepada bidang kuasa bukan eksklusif Mahkamah-Mahkamah Malaysia. Pelanggan dengan ini mengecualikan sebarang bantahan terhadap prosiding Mahkamah Kuala Lumpur sama ada disebabkan tempat atau prosiding dibuat dalam forum yang tidak selesa.

23. Pelanggan bersetuju bahawa Bank mempunyai kebebasan pada bila-bila masa dengan atau tanpa memberitahu Pelanggan untuk mengubah pelaksanaan hak atau memindahkan hak-hak dan obligasinya di sini. Pelanggan tidak akan mengubah pelaksanaan hak, kepentingan dan obligasinya di sini tanpa sebelum itu mendapatkan kebenaran bertulis Bank.

24. Masa di mana-mana sahaja dinyatakan di sini menjadi asas. Perkataan yang merujuk kepada maskulin adalah termasuk merujuk kepada feminin dan sebaliknya. “Hari Perniagaan” bermaksud hari yang mana Bank dan bank-bank komersial dibuka dalam negeri di mana perniagaan Bank ditempatkan untuk urusniaga atau

Page 3: TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT (PEMBIAYAAN · PDF fileberdasarkan dan bersetuju untuk terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Borang Permohonan ini dan

jenis perniagaan yang dikehendaki atau dicadangkan di sini. 25. Terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini dan berkaitan dengan Pembiayaan akan mengikat terhadap pewaris, wakil, penerima serah hak yang dibenarkan

dan pengganti hakmilik Pelanggan dan adalah boleh dikuatkuasakan oleh Bank, pengganti hakmilik dan penerima serah haknya.

Mukasurat 3 daripada 3

Versi 31 Jul 2014