Tersurat & Tersirat Penubuhan PTM_teng

download Tersurat & Tersirat Penubuhan PTM_teng

of 7

description

Tersurat & Tersirat Penubuhan PTM_teng

Transcript of Tersurat & Tersirat Penubuhan PTM_teng

LATIHAN TUTORIAL SOALAN:

LATIHAN TUTORIALSOALAN:Tunjukkan unsur yang TERSIRAT & TERSURAT di sebalik idea Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.Unsur TersuratPenghapusan kedaulatan&kuasa raja-rajaMelayu hanya menjadi ahli Majlis Raja2 Melayu, hilang takhta & maruah, pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa Gabenor British.

Tamadun orang Melayu terhakis Sistem Beraja, Bahasa Melayu, Tulisan Jawi, Ketuanan Melayu tercabar & Orang Melayu akan hilang tanah air.

Kerakyatan yang terlalu liberal jus solimengancamstatus quoorang Melayu & jumlah orang Melayu terancam akibat kerakyatan imigran terlalu mudah.

Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja2 Melayu turun takhta & tidak diberi masa cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri.Bantahan Orang Melayu terhadap Malayan Union ketegasan orang Melayu di bawah pimpinan dato Onn menggagalkan M.U. Perpaduan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja dan rakyat. Orang Melayu berjaya memujuk dan mendesak British menghidupkan semula dasar perlindungan.

Sokongan bekas pegawai British Frank Swettenham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi yang menolak dasar menakluk Tanah Melayu. Di samping, PTM mendapat sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Malcom MacDonald, Sir Edward Gent dan l.D gammans.

British bimbang orang Melayu dipengaruhi oleh gerakan radikal politik Indonesia yang dikuasai oleh PKMM, API, AWAS, BATAS.

Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh PBB tidak menggalakkan penjajahan baru, sebalik meminta negara kolonial membebaskan dan memberi latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.

Unsur TersiratSikap politik Melayu yang sederhana mendorong British menerima kehendak mereka Dengan menulis dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres, memujuk Raja-Raja Melayu. Mereka juga tidak menentang secara kekerasan (tidak mengangkat senjata).

British menerima UMNO dan Raja-raja Melayu kerana mereka hanya menuntut rundingan menolak M.U. namun mereka tidak menuntut kemerdekaan.

RumusanPerpaduan Melayu membolehkan mereka menolak Malayan Union.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu mengembalikan semula status quo orang Melayu.

Peranan pemimpin berkaliber penting untuk mendukung perjuangan bangsa.

Kita harus berganding bahu untuk memajukan diri dan mempertahan kedaulatan bangsa dan negara.