Tgasan Pjm-permainan Guli

13
NAMA KUMPULAN : 1. ROSNITA BT. ZAKARIA 2.MAIZATUL ‘AKMAM BT. MOHD SALEH 3. NORATIJAH BT. ABDULLAH

description

tgasan

Transcript of Tgasan Pjm-permainan Guli

NAMA KUMPULAN :

1. ROSNITA BT. ZAKARIA2.MAIZATUL AKMAM BT. MOHD SALEH3. NORATIJAH BT. ABDULLAH

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan kami kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Dalam kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Abdul Wahid Bin Ali Piah, pensyarah pembimbing kami kerana banyak membimbing kami dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau banyak memberi penerangan tentang cara melakukan tugasan ini. Walaupun beliau sibuk, tetapi beliau tetap ada masa untuk bersama kami serta rakan-rakan dalam memberi penerangan tentang tugasan ini.Setinggi tinggi penghargaan juga ditujukan kepada keluarga dan rakan-rakan yang telah banyak memberikan bantuan dan sokongan dari segi moral untuk menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberikan buah fikiran dan bantuan yang berkaitan dengan tugasan ini untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti, baik, serta lengkap. Akhir kata, semoga tuhan dapat membalas setiap bantuan yang telah diberikan samada secara langsung mahu pun tidak langsung sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Kami berharap agar tugasan ini dapat diaplikasikan pada masa akan datang.

ISI KANDUNGAN

i. Penghargaan

ii. Biodata

1.0 Asal-Usul Permainan Tuju Guli2.0 Tempat Permainan 3.0 Cara Permainan 4.0 Undang-undang dan Permberian mata5.0 Kesimpulan

PERMAINAN TRADISIONAL :TUJU GULI

ASAL USULPermainan guli adalah permainan tradisional melayu yang di gemari oleh kanak-kanak pada masa lapang terutamanya pada zaman dahulu. Permainan guli ini juga dikenali sebagai Kelereng. Permainan guli ini dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun.Kawasan yang paling sesuai untuk dijadikan gelanggang adalah di tempat yang teduh, tanah rata dan kawasan yang lapang.Hal ini demikian kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk menggali lubang. Apabila tanah becak, permainan guli tidak menyeronokkan kerana buah guli akan melengket pada tanah dan menyukarkan proses permainan tersebut.Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebiji guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat daripada bahan atau batu kapur yang diadukkan dengan simen dan sebesar ibu jari kaki. Jumlah pemain dalam permainan ini tidak melebihi lima orang.

Permainan guli digemari oleh kanak-kanak

GELANGGANG

Untuk memulakan permainan, gelanggang perlu dibuat terlebih dahulu. Yang pertama pemain perlu melukis bulatan di atas tanah berukuran garis pusat 50sm . Seterusnya, satu garisan lurus dibina dengan jarak 3meter dari pada garisan besar tersebut.Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

Gelanggang guli

CARA BERMAIN

Bagi memulakan permainan ini, setiap pemain perlulah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk atau pun lubang utama.Guli yang telah masuk kedalam lubang induk atau yang paling hampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama yang memulakan permainan dan diikuti olehguli-guli kedua hampir dan seterusnya.

Seterusnya, pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar dari bulatan tersebut. Sekiranya jentikan tidakmengenai guli yang ada di dalam bulatan tersebut ianya dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, dan proses ini berterusan sehingga semua pemain selesai membuat jentikan keatas guli pemain lain.

Selain itu, pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan bersyarat, iaitu pemain perlulah memasukkan guli miliknya terlebih dahulu kedalam lubang induk.Pemain akan memastikan guli miliknya akan sentiasa berada berdekatan dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Hal ini demikian kerana untuk memudahkan mereka mengawal pemainan tersebut.

Seterusnya, apabila tiba pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain akan mengambil alih giliran tersebut dikehendaki memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh membuat jentikan terhadap guli pihak lawan.Sekiranya guli tersebut tidak memasuki lubang induk, tiba pula giliran pemain lain.

UNDANG-UNDANG

i. Kedua-dua kaki tidak boleh melepasi garisan penanda untuk menikam.ii. Kedua-dua kaki tidak boleh diangkat dan melangkah kehadapan ketika membuat tikaman.iii. Tikaman hanya boleh menggunakanstriker yang telah disediakaniv. Kedudukan tikaman hanya boleh pada kedudukan berdiri.

PEMBERIAN MATA

Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli pihak lawan sehingga semua pemain selesai giliran.Terdapat dua cara dendaan yang akan dikenakan kepada pemain yang memungut jumlah mata yang paling rendah. Cara pertama ialah pemain yang kalah tersebut akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk atau lubang utama dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara yang kedua adalah dengan setiap pemain perlu menjentik sekali seorang keatas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

Sedang bermain guli

Bermacam-macam jenis guli

PELAN LANTAI GELANGGANG TUJU GULI X X X X XX

BULATAN INDUK 50 sm

3 METER

KESIMPULAN

Apabila permainan tradisional digunakan, matlamat kukrikulum sekolah kebangsaan untuk melahirkan murid yang seimbang daripada segi intelek jasmani, emosi dan rohani akan tercapai .Aktiviti permainan bakal melahirkan insan yang holistic dan menghargai warisan budaya .Melalui permainan yang diberi ,murid akan didedahkan dengan pelbagai pengetahuan , kemahiran dan sikap bagi menyediakan murid ke dalam persekolahan formal .

CARA BERMAIN :

1. PERTANDINGAN CECARA INDIVIDU2. PESERTA SERAMAI 5 ORANG3. UNTUK MENETUKAN GILIRAN PERMAINAN, PESERTA MELERETKAN GULI DARI BULATAN KE GARISAN YANG DISEDIAKAN.4. SETIAP PESERTA DIBERI 10 BIJI GULI, DAN MASUKKAN KESEMUA GULI KE DALAM LUBANG INDUK.5. MULAKAN PERMAINAN MENGIKUT GILIRAN6. GULI YANG KELUAR DARI BULATAN MENJADI MILIK PEMAIN.7. JIKA JENTIKAN TIDAK MENGENAI GULI PEMAIN DIKIRA MATI8. BEGITU JUGA JIKA IBU GULI TERSANGKUT DI DALAM LUBANG INDUK PESERTA DIKIRA MATI.8. PEMENANG DIKIRA DARI BILANGAN GULI YAN PALING BANYAK DIKUMPUL.