TH Anjur Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31TH+Anjur+Muzakarah+Ha… · Pembimbing...

3

Click here to load reader

Transcript of TH Anjur Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31TH+Anjur+Muzakarah+Ha… · Pembimbing...

Page 1: TH Anjur Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31TH+Anjur+Muzakarah+Ha… · Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci ... Mulai tahun ini, ... “Persidangan Meja Bulat” juga diberikan

1

TH Anjur Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31

Alor Setar, Sabtu, 17 Januari 2015: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini

menganjurkan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali Ke-31 yang telah

dirasmikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri

di Jabatan Perdana Menteri, di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar.

Muzakarah haji tahunan yang berlangsung selama empat hari bermula dari 16

hingga 19 Januari 2015 ini, merupakan salah satu platform perbincangan ilmiah

dan keilmuan khusus kepada Pengkursus Haji Tanah Air (PEKTA) dan

Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS) dalam menyelaraskan hukum-

hukum berkaitan ibadat haji dan umrah di Malaysia. Selain itu, Muzakarah haji

ini turut menjadi medan kepada para peserta untuk mendapatkan maklumat

serta pendedahan mengenai kaedah terbaik dalam penyelarasan dan

penetapan hukum-hukum ibadah haji dan umrah.

Sejumlah 319 orang pembimbing ibadah haji seluruh negara termasuk 14 orang

delegasi dari negara serantau seperti Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia,

Singapura, China dan Thailand turut menyertai Muzakarah Haji pada kali ini.

Mulai tahun ini, TH memperkenalkan Sistem Kad Tauliah Mengajar Haji bagi

menilai prestasi pembimbing dan melayakkan mereka ditauliah untuk

mengajar. Dengan adanya sistem ini, hanya pembimbing yang

bertauliah dan diiktiraf oleh TH serta penyampai yang berkualiti

dibenarkan memberikan ceramah haji dan umrah sekaligus

Page 2: TH Anjur Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31TH+Anjur+Muzakarah+Ha… · Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci ... Mulai tahun ini, ... “Persidangan Meja Bulat” juga diberikan

2

memudahkan kawalan dan penyelarasan hukum-hukum agar tidak

bercanggah dengan ajaran Islam dan Resolusi Muzakarah Haji.

Di samping itu juga, sesi persidangan yang dahulunya dikenali sebagai

“Persidangan Meja Bulat” juga diberikan penjenamaan baru, iaitu

Nadwah Urusan Haji Asia Tenggara (NUHAT) yang bertujuan untuk

memperolehi manfaat dari perkongsian pengalaman pengurusan haji

dari negara serantau.

NUHAT akan diarus-perdanakan selari dengan muzakarah di mana para

perwakilan luar negara diberi peluang untuk membentangkan kertas

kerja masing-masing, selain perbincangan bagi melahirkan idea lebih

tuntas dan mempelajari tentang amalan terbaik pengurusan haji.

YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom dalam ucapan

perasmiannya berkata,” Para pembimbing Ibadah Haji memainkan peranan

penting dalam penyampaian ilmu kepada para bakal jemaah. Justeru para

pembimbing hendaklah meningkatkan ilmu berkaitan ibadah haji secara

konsisten, mengikut keadaan semasa agar maklumat disalurkan adalah tepat

dan jelas kepada bakal jemaah haji supaya mereka dapat melaksanakan

ibadah haji dengan lebih sempurna”.

Para pembimbing merupakan tempat rujukan utama para jemaah haji

mengenai permasalahan haji. Justeru itu, mereka turut disarankan untuk

memperlengkapkan diri agar berkeupayaan dan berkebolehan menyelesaikan

permasalahan serta arif dengan hukum-hukum dan tatacara perlaksanaan haji.

Page 3: TH Anjur Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31TH+Anjur+Muzakarah+Ha… · Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci ... Mulai tahun ini, ... “Persidangan Meja Bulat” juga diberikan

3

Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez Abdul

Rahim, Pengerusi TH, YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan

Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg. Dato’ Seri Haji Hassan Haji

Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM), YBhg. Dato’

Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Haji dan

pegawai-pegawai TH.

- Tamat –

Lembaga Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah badan berkanun yang

diperbadankan di bawah Akta Lembaga Tabung Haji, 1995 (Akta 535). Aktiviti

utama TH adalah dalam pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. Antara

sektor pelaburan terasnya adalah kewangan Islam, perladangan, hartanah,

pembinaan, teknologi maklumat, minyak & gas, hospitaliti, perkhidmatan dan

makanan halal. TH mempunyai 120 buah cawangan di seluruh negara dan satu

cawangan di Jeddah, Arab Saudi. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai

perkhidmatan Tabung Haji, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi

Tabung Haji Contact Centre ditalian 03-6207 1919.