TH Plantations Berhad Buletin THPB · 2008 lalu di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur telah meluluskan...

8
M esyuarat Agung Luar Biasa (EGM) THPB yang diadakan pada 25 November 2008 lalu di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur telah meluluskan enam resolusi. Resolusi pertama yang diluluskan ialah cadangan me- ningkatkan modal saham yang dibenarkan dari RM100 juta terdiri dari 200 juta saham biasa RM0.50 setiap unit kepada RM350 juta terdiri dari 700 juta saham biasa RM0.50 setiap unit, dan serentak dengan itu juga turut diluluskan pindaan kepada Memorandum and Articles of As- sociation THPB bagi memboleh- kan kenaikan modal saham yang dibenarkan tersebut. Resolusi kedua yang diluluskan ialah cadangan pemilikan 51% kepentingan ekuiti dalam Syarikat Sabaco Sdn. Bhd. daripada Lembaga Tabung Haji iaitu sejumlah 15,234,256 saham biasa yang keseluruhannya bernilai RM147,468,000. Turut diluluskan ialah cadangan pemilikan 100% kepentingan ekuiti dalam Ladang Bukit Belian Sdn. Bhd. daripada Lem- baga Tabung Haji yang melibatkan pembelian 16,810,354 saham biasa. Nilai keseluruhan yang terlibat ialah RM51,944,000. Resolusi lain yang turut diluluskan ialah cadangan pemberian saham bonus ber- jumlah 243,822,000 saham biasa baru THPB bernilai RM0.50 seunit kepada setiap pe- megang saham THPB sedia ada atas dasar satu unit saham baru kepada setiap satu unit saham yang dipegang oleh pemegang saham pada tarikh yang akan ditentukan selepas penyempurnaan pemilikan ekuiti Syarikat Sabaco Sdn. Bhd. dan Ladang Bukit Belian Sdn. Bhd. Seterusnya diluluskan juga cada- ngan memperkenalkan Skim Pilihan Saham Pekerja (Employees’ Share Option Scheme) yang akan ditawarkan kepada para pekerja dan pengarah syarikat THPB yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Resolusi terakhir yang diluluskan ialah cadangan untuk menawarkan 2,000,000 saham baru di bawah ESOS un- tuk Pengarah Urusan THPB, Dato’ Rashidi Omar dari semasa ke semasa mengikut syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Mesyuarat Agung Luar Biasa ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi THPB, Tan Sri Datuk Dr. Yusof bin Basiran dan dihadiri seramai 131 pemegang saham dan proksi. EGM LULUS 6 RESOLUSI Buletin THPB Januari 2009 Bil. 1, 2009 Projek Di Pusa Rancak Dibangunkan 3 Hari Keluarga THPB Meriah 5 Pengurus Ladang Mahir Memandu 6 Rumah Terbuka ‘Idil Fitri THPB 7 Keselamatan Pekerja Diutamakan 7 Tanam Semula Di Ladang Sg. Ibok 8 MENARIK DI DALAM TH Plantations Berhad Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah THPB semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa THPB yang diadakan pada 25 November lalu.

Transcript of TH Plantations Berhad Buletin THPB · 2008 lalu di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur telah meluluskan...

Page 1: TH Plantations Berhad Buletin THPB · 2008 lalu di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur telah meluluskan ... Arahan-arahan kerja disampaikan oleh pegawai-pegawai ladang kepada para pekerja

M esyuarat Agung Luar Biasa (EGM) THPB yang

diadakan pada 25 November 2008 lalu di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur telah meluluskan enam resolusi. Resolusi pertama yang diluluskan ialah cadangan me-ningkatkan modal saham yang dibenarkan dari RM100 juta terdiri dari 200 juta saham biasa RM0.50 setiap unit kepada RM350 juta terdiri dari 700 juta saham biasa RM0.50 setiap unit, dan serentak dengan itu juga turut diluluskan pindaan kepada Memorandum and Articles of As-sociation THPB bagi memboleh-kan kenaikan modal saham yang dibenarkan tersebut. Resolusi kedua yang diluluskan ialah cadangan pemilikan 51% kepentingan ekuiti dalam Syarikat Sabaco Sdn. Bhd. daripada Lembaga Tabung Haji iaitu sejumlah 15,234,256 saham biasa yang keseluruhannya bernilai RM147,468,000. Turut diluluskan ialah cadangan pemilikan 100% kepentingan ekuiti dalam Ladang Bukit Belian Sdn. Bhd. daripada Lem-baga Tabung Haji yang melibatkan pembelian 16,810,354 saham biasa. Nilai keseluruhan yang terlibat ialah RM51,944,000. Resolusi lain yang turut diluluskan ialah cadangan pemberian saham bonus ber-jumlah 243,822,000 saham biasa baru THPB bernilai RM0.50 seunit kepada setiap pe-megang saham THPB sedia ada atas dasar satu unit saham baru kepada setiap satu unit saham yang dipegang oleh pemegang saham pada tarikh yang akan ditentukan selepas penyempurnaan pemilikan ekuiti Syarikat

Sabaco Sdn. Bhd. dan Ladang Bukit Belian Sdn. Bhd. Seterusnya diluluskan juga cada-ngan memperkenalkan Skim Pilihan Saham Pekerja (Employees’ Share Option Scheme) yang akan ditawarkan kepada para pekerja dan pengarah syarikat THPB yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Resolusi terakhir yang diluluskan ialah cadangan untuk menawarkan 2,000,000 saham baru di bawah ESOS un-tuk Pengarah Urusan THPB, Dato’ Rashidi Omar dari semasa ke semasa mengikut syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Mesyuarat Agung Luar Biasa ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi THPB, Tan Sri Datuk Dr. Yusof bin Basiran dan dihadiri seramai 131 pemegang saham dan proksi.

EGM LULUS 6 RESOLUSI

Buletin THPB Januari 2009

Bil. 1, 2009

Projek Di Pusa Rancak Dibangunkan

3

Hari Keluarga THPB Meriah

5

Pengurus Ladang Mahir Memandu

6

Rumah Terbuka ‘Idil Fitri THPB

7

Keselamatan Pekerja Diutamakan

7

Tanam Semula Di Ladang Sg. Ibok

8

MENARIK DI DALAM

TH Plantations

Berhad

Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah THPB semasa Mesyuarat Agung Luar Biasa THPB yang diadakan pada 25 November lalu.

Page 2: TH Plantations Berhad Buletin THPB · 2008 lalu di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur telah meluluskan ... Arahan-arahan kerja disampaikan oleh pegawai-pegawai ladang kepada para pekerja

M ulai bulan Januari 2009 BULETIN THPB akan menemui anda semua setiap dua bulan sekali. Sebagai langkah permulaannya buletin ini

akan diterbit dan diedarkan secara elektronik, iaitu melalui kemudahan komputer dan emel. Insya-Allah sekiranya dirasakan sesuai buletin ini akan diterbitkan secara bercetak pada masa akan datang. Buletin THPB akan memaparkan aktiviti-aktiviti syarikat, berita-berita pegawai dan kakitangan, maklumat-maklumat terkini dan juga berita-berita yang berkaitan Tabung Haji dan anak-anak syarikat yang lain.

Insya-Allah pengarang akan cuba sedaya upaya menyediakan bahan-bahan yang segar, santai dan tidak membosankan untuk dimuatkan dalam buletin pada setiap keluaran. Dan....anda juga turut dijemput untuk menyumbang bahan-bahan yang boleh kita kongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain. Semoga Buletin THPB ini akan menjadi jambatan yang mengukuh-kan lagi hubungan ukhwah sesama kita.

BULETIN THPB diterbitkan setiap tiga bulan sekali

oleh Unit Projek Khas, Bahagian Perkhidmatan Korporat

TH Plantations Berhad.

Phone: 03-2687 6666 Fax: 03-2681 0511

Emel: [email protected]

TH PLANTATIONS BERHAD

Pengarang

TINTA PENGARANG Buletin THPB

SIDANG PENGARANG

Penaung

Dato’ Rashidi Omar

Penasihat

Hj. Zainal Azwar b. Zainal Aminuddin

Haji Hassan Fikri bin Mohamad

Maizura binti Mohamed

Pengarang

Haji Mohamad Zaini bin Hassan

Pembantu Penerbitan

Nor Sabri bin Abd. Karim

Salwa binti Darus

Page 3: TH Plantations Berhad Buletin THPB · 2008 lalu di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur telah meluluskan ... Arahan-arahan kerja disampaikan oleh pegawai-pegawai ladang kepada para pekerja

BIL. 1 , 2009

S aujana mata memandang! Begitulah yang boleh digam-barkan mengenai ladang yang baru dibuka di Daerah

Kecil Pusa, Bahagian Betong, Sarawak dengan keluasan kira-kira 18,000 hektar atau 44,450 ekar.

Pelaburan di sektor perla-dangan di Sarawak ini telah dimulakan pada tahun 2007 melalui tiga anak syari-kat, THP Saribas Sdn. Bhd., TH Pelita Beladin Sdn. Bhd. dan TH Pelita Me-ludam Sdn. Bhd.

THP Saribas dengan keluasan ladang 10,390 hektar dimiliki 80% ekuiti oleh Zecon Plantation Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh THPB, dan 20% baki ekuitinya dimiliki Gunung Lesong Corporation Sdn. Bhd. Ladang-ladang di bawah THP Saribas ialah Ladang Kenyalang, Ladang Raja Udang, Ladang Enggang dan Ladang Merbok.

10%. Projek di bawah TH Pelita Beladin ini adalah pelaburan khusus bagi mem-bangunkan kawasan seluas 1,577 hektar tanah-tanah natif atau NCR dengan tanaman kelapa sawit secara komersil yang mana kira-kira 500 pemilik tanah akan menikmati faedah secara terus dari pembangunan ini. Projek ini juga adalah merupakan salah satu daripada usaha Tabung Haji dalam memenuhi tanggung-jawab sosial korporatnya.

Menurut Pengurus Besar Kanan Operasi (Sarawak), yang ber-pusat di Pusa, Sarawak, Haji Mhamod bin Mokhtar, kerja-kerja membangun-kan ladang-ladang tersebut sedang ran-cak berjalan mengikut perancangan dan jadual yang ditetapkan.

“Sehingga kini kira-kira 5,500 hektar kawasan ladang ini telah pun siap ditanam, dan bakinya insya-Allah akan dapat disiapkan pada akhir tahun 2009,” kata beliau.

Secara lebih terperinci, tam-bah beliau, Ladang Kenyalang dan Ladang Raja Udang telahpun siap di-tanam sepenuhnya, Ladang Enggang sedang ditanam, sementara Ladang Mer-bok dalam proses membersihkan tanah (land clearing) dan akan siap ditanam pada akhir 2009.

THP Saribas juga menurut Haji Mhamod akan membina kilang sawit berkapasiti 40 tan metrik sejam yang dijangka akan mula dibina pada pertengahan 2010 dan insya-Allah akan

Sementara TH Pelita Me-ludam yang memiliki ladang seluas 6,021 hektar dipegang 60% ekuitinya oleh TH Ladang (Sabah & Sarawak) Sdn. Bhd., 24% oleh SGOS Asset Sdn. Bhd. dan baki 16% dipegang oleh Pelita Holding Sdn. Bhd. Ladang-ladang di bawah syari-kat ini ialah Ladang Tanjung Lilin, Ladang Semarang dan Ladang Triso.

TH Pelita Beladin pula dimiliki 55% ekuitinya oleh TH Ladang (Sabah & Sarawak) Sdn. Bhd., Natif (Pribumi Sara-wak) 35% dan Pelita Holding Sdn. Bhd.

mula beroperasi pada awal 2012

“Adalah dijangkakan hasil pertama ladang-ladang ini akan mula dituai pada awal 2010, iaitu apabila pokok-pokok sawit mulai matang, dan saya amat yakin sasaran syarikat untuk mendapatkan hasil 15 tan sehektar pada tahun pertama penuaian akan tercapai,” tambah beliau.

Sementara pembangunan ladang-ladang di bawah TH Pelita Me-ludam dan TH Pelita Beladin juga

PROJEK PERLADANGAN DI PUSA, SARAWAK SEDANG RANCAK DIBANGUNKAN

Kira-kira 90 peratus daripada ladang-ladang yang dibangunkan di Pusa ini merupakan tanah gambut.

Para pekerja sedang melakukan kerja-kerja menyemai anak benih di tapak semaian Ladang Semarang.

Page 3

SAUJANA MATA MEMANDANG ....pemandangan di salah sebuah ladang THPB di Pusa.

Page 4: TH Plantations Berhad Buletin THPB · 2008 lalu di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur telah meluluskan ... Arahan-arahan kerja disampaikan oleh pegawai-pegawai ladang kepada para pekerja

BIL. 1 , 2009

sedang berjalan rancak mengikut jadual dan perancangan.

Menurut Haji Mhamod, 1,000 hektar daripada Ladang Tanjung Lilin telahpun siap ditanam, sementara baki 1,000 hektar lagi dijangka dapat disiap-kan pada suku pertama tahun 2009. Ladang Semarang pula masih dalam proses menebang dan membersihkan tanah, dan dijangka dapat ditanam sepe-nuhnya pada akhir 2009.

Sementara Ladang Triso pula kata beliau belum lagi ditebang, dan akan mula dibangunkan pada tahun 2010 melibatkan 1,000 hektar dan baki 1,000 hektar lagi akan dibangunkan pada tahun 2011.

Sebagaimana THP Saribas, pembinaan sebuah kilang sawit juga akan dilaksanakan di kawasan ini, tetapi berkapasiti 30 tan metrik sejam, yang dijangka dapat disiapkan menjelang ta-hun 2013.

“Hasil pertama daripada ladang-ladang ini juga insya-Allah akan dapat dituai pada tahun 2011 dengan sasarannya juga adalah 15 tan sehektar pada tahun pertama penuaian,” kata beliau.

Kira-kira 90 peratus ladang-ladang di Pusa ini adalah merupakan tanah gambut. Namun begitu menurut Haji Mhamod, dengan pengalaman yang dimiliki THPB ketika membangunkan ladang seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia, yang juga merupakan tanah gambut, ianya tidaklah menjadi masalah yang besar.

“Anggota-anggota pengurusan kanan yang membangunkan tanah di Riau juga terlibat sama membangunkan ladang di Pusa ini, malahan halatuju semua projek perladangan Tabung Haji sama ada di Ma-laysia mahupun di Indonesia diketuai oleh pemimpin kami yang sama iaitu Dato’

Page 4

Arahan-arahan kerja disampaikan oleh pegawai-pegawai ladang kepada para pekerja ketika “roll-call” .

Kerja-kerja menebang dan membersihkan tapak ladang di Ladang Semarang.

Kerja-kerja mengang-kut anak benih meng-

gunakan kenderaan khas untuk tanah gambut di Ladang

Tanjung Lilin.

Rashidi Omar, Pengarah Urusan THPB, yang juga merupakan Direktur Utama PT TH Gambut yang membangunkan ladang di Riau, dan beliau bolehlah dianggap sebagai salah seorang “sifu” dalam Industri Perladangan” jelas beliau.

Projek ladang di Pusa, Sarawak ini akan menjadi satu projek nukleas dimana ianya akan dilengkapkan dengan kompleks bagi kemudahan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta Pusat Latihan. Di samping itu setiap ladang dan kilang yang dibangunkan akan turut dilengkapi prasarana seperti perumahan kakitangan dan pekerja, klinik ladang, surau, kemudahan riadah serta kemudahan asas yang lain.

Adalah dijangkakan projek bernilai kira-kira RM350 juta ini akan dapat menjana serta mempertingkatkan sosio ekonomi masyarakat setempat dengan wujudnya berbagai peluang pekerja-an dan perniagaan.

“Kami berkeyakinan sekiranya projek ini berjalan dengan jayanya, dalam tempoh sepuluh tahun akan datang suasana di Pusa-Meludam akan berubah wajah menjadi satu kawasan yang pesat membangun. Boleh dikatakan juga projek ini kelak akan menjadi satu projek mercu tanda baru THPB,” kata beliau mengakhiri temubual.

Page 5: TH Plantations Berhad Buletin THPB · 2008 lalu di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur telah meluluskan ... Arahan-arahan kerja disampaikan oleh pegawai-pegawai ladang kepada para pekerja

BIL. 1 , 2009

robik, telematch dan tidak ketinggalan majlis makan malam yang diserikan pula dengan acara pertandingan karaoke “THPB Fantasia”.

Bagi yang bernasib baik, pu-lang membawa hadiah lumayan hasil cabutan nombor bertuah yang turut diadakan pada malam tersebut.

Hari Keluarga THPB pada tahun ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, Ahli-ahli Lem-baga Pengarah THPB, Tuan Syed Hood dan Datuk Zakaria serta tidak keting-galan Timbalan Pengarah Urusan THPB, Haji Zainal Azwar Zainal Aminuddin.

Page 5

H ari Keluarga THPB 2008 yang diadakan pada 15 hingga 17 Ogos

lalu telah berlangsung dalam suasana ceria, meriah dan penuh dengan semangat keke-luargaan.

Pada tahun ini pihak penganjur dengan persetujuan pengurusan telah memilih pantai Batu Feringgi Pulau Pinang sebagai lokasi acara tersebut.

Menurut “orang kuat” pihak pe- nganjur, Haji Fadzil Abdullah, seramai 378 orang terdiri dari Ahli Lembaga Pengarah, staff THPB serta keluarga masing-masing telah hadir bagi memeriahkan Hari Keluarga THPB, yang kali terakhir diadakan empat tahun lalu.

Pelbagai aturcara telah disusun oleh pihak penganjur sepanjang tiga hari berkampung di Pulau Pinang seperti senam-

HARI KELUARGA THPB MERIAH

Hari Keluarga THPB 2008 dirasmikan oleh Datuk Ismee Ismail.

Jaga kesihatan ke atau nak jaga bentuk badan ni..... Persembahan tarian Poco-Poco oleh para jelitawan THPB

Artis Bollywood turut dijemput bagi me-meriahkan suasana. Persembahan mantap

“David Arumugam” ...

Page 6: TH Plantations Berhad Buletin THPB · 2008 lalu di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur telah meluluskan ... Arahan-arahan kerja disampaikan oleh pegawai-pegawai ladang kepada para pekerja

BIL. 1 , 2009

K emahiran memandu kenderaan pacuan empat roda dan menunggang motosikal “scrambler”, terutama di jalan-jalan

yang sempit, licin, becak dan berlopak adalah merupakan satu keperluan khusus yang boleh dikatakan begitu penting kepada pengurus-pengurus ladang THPB.

Penulis yang berkesempatan menjelajah ladang THPB di beberapa lokasi dapat melihat dan merasai sendiri menaiki kenderaan yang dipandu oleh pengurus ladang berkenaan de-gan skil dan kecekapan yang amat mengkagumkan ketika me-lalui jalan-jalan ladang, terutama di ladang-ladang yang baru dibuka.

Di projek perladangan Pusa, Sarawak, kesemua pengurusnya menunggang motosikal “Demak” untuk masuk ke ladang masing-masing kerana kebanyakan jalan-jalannya masih dalam pembinaan dan tidak sempurna. Di sinilah kemahiran menunggang motosikal “scrambler” amat diperlukan untuk melalui jalan-jalan dan lorong-lorong yang sempit dan berlopak, terutamanya ketika musim hujan, untuk sampai ke sesuatu lokasi di kawasan ladang masing-masing.

Menurut Pengurus Besar Kanan Operasi (Sarawak), Haji Mhamod Mokhtar, kemahiran menunggang “scrambler” dan memandu kenderaan pacuan empat roda memang amat diperlukan di kalangan pengurus-pengurus ladang, apatah lagi ladang-ladang di Pusa yang baru dibuka ini bertanah gambut di mana jalan-jalannya belum begitu sempurna dan berlopak bila musim hujan.

“Saya sendiri juga terpaksa memahirkan diri menung-gang scrambler, dan memang pernah juga dua tiga kali jatuh dalam lopak,” ujar beliau.

Di Ladang Jatimas, Sandakan, Sabah, penulis ber-kesempatan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang di-pandu oleh pengurus ladang berkenaan, Haji Rushdi Soogiman, merentasi beberapa jalan yang dikira amat mencabar kerana ketika itu jalan-jalan amat licin dan becak di beberapa kawasan kerana musim hujan. Kecekapan beliau mengendalikan kenderaan pacuan empat roda tersebut, terutama ketika menuruni bukit-bukit yang licin dan berselut telah menarik minat penulis untuk bertanyakan apakan petua dan teknik-teknik yang beliau gunakan ketika memandu dijalan-jalan yang agak mencabar itu.

“Petua dan teknik memandu di kawasan-kawasan seperti ini adalah hasil daripada pengalaman, di samping men-dapatkan panduan-panduan orang yang mahir memandu dalam kawasan seperti ini,” jelas Haji Rushdi sambil tersenyum.

Walaupun penulis terasa “kecut perut” juga ketika kenderaan yang beliau pandu mula memasuki jalan-jalan ladang, tetapi kerana asyik melihat skil beliau memandu, hilang rasa takut!

Mungkin nanti sempena Hari Keluarga THPB yang akan datang bolehlah diadakan perlumbaaan memandu pacuan empat roda dan menunggang motosikal “scrambler” di kala-ngan pengurus-pengurus ladang .... pasti gempaq!

KEMAHIRAN MEMANDU & MENUNGGANG MOTOSIKAL PENTING KPD PENGURUS LADANG

Page 6

Haji Mhamod menggunakan motosikal “Demak” keluaran Sarawak untuk masuk ke ladang.

Kenderaan pacuan empat rodapun boleh tersangkut ketika musim hujan.

Keadaan jalan di Ladang Jatimas yang licin dan berselut ketika musim hujan memerlukan kemahiran dan teknik memandu yang khusus untuk melaluinya.

Page 7: TH Plantations Berhad Buletin THPB · 2008 lalu di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur telah meluluskan ... Arahan-arahan kerja disampaikan oleh pegawai-pegawai ladang kepada para pekerja

BIL. 1 , 2009

K eselamatan dan kesihatan para pekerja sentiasa diu-tama dan dititik beratkan kerana pekerja adalah meru-

pakan salah satu aset yang penting dan bernilai bagi sesuatu organisasi atau syarikat.

Menyedari hakikat ini, THPB juga mengambil berat dan mengutama-kan kedua-dua aspek tersebut, teruta-manya para pekerja yang membanting tulang empat kerat di ladang-ladang miliknya di seluruh negara.

Para pekerja sentiasa diingat-kan supaya menjaga keselamatan diri masing-masing terutama ketika berada di tempat kerja yang mudah terdedah kepada risiko seperti di ladang-ladang.

Para pekerja turut dibekalkan dengan pakaian-pakaian khas dan alat perlindungan demi menjaga keselamatan dan kesihatan mereka.

Bak kata salah seorang pengu-rus ladang ketika “roll-call” , “Kami mahu semua pekerja sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat ketika men-cari rezeki di Malaysia ini, dan pulang nanti ke kampung halaman juga dalam keadaan sihat dan selamat sebagaimana kamu datang.”

S empena sambutan Hari Raya ‘Idil Fitri, TH Plantations Berhad (THPB) telah mengadakan Rumah Terbuka ‘Idil Fitri pada 19 September lalu di salah se-buah hotel terkemuka di Ibu Negara.

Majlis yang berlangsung dalam suasana yang cukup meriah telah dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LembagaTabung Haji, Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan THPB, Dato’ Rashidi Omar, Timbalan Pengarah Urusan THPB, Haji Zainal Azwar bin Zainal Aminuddin, para tetamu kehormat, pegawai dan kakitangan THPB serta para jemputan yang lain.

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA DIUTAMAKAN

RUMAH TERBUKA ‘IDIL FITRI THPB

Page 7

Para pekerja sentiasa di-ingatkan supaya menitik

beratkan aspek-aspek keselamatan dan

kesihatan. Pakaian dan alat perlindungan khas

ketika bekerja turut dibekalkan oleh syarikat.

Datuk Ismee, Dato’ Rashidi dan Haji Zainal Azwar turut menghadiri Rumah Terbuka THPB

Pelbagai juadah disediakan untuk meraikan

para tetamu yang hadir.

Page 8: TH Plantations Berhad Buletin THPB · 2008 lalu di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur telah meluluskan ... Arahan-arahan kerja disampaikan oleh pegawai-pegawai ladang kepada para pekerja

BIL. 1 , 2009

K erja-kerja penanaman semula (re-planting) kelapa sawit di Ladang

Sungai Ibok, Kemaman,Terengganu telah bermula dengan kerja-kerja pene-bangan pokok-pokok tua sejak Septem-ber lalu.

Sehingga kini kira-kira 200 hektar atau 90 peratus daripada kawa-san yang terlibat berkeluasan 234.6 hektar telahpun ditebang dan seba-hagian kawasan sudah siap dibersihkan dan dibuat teres.

Menurut Pengurus Ladang Sungai Ibok, Encik Faizal Zulkefli, kerja-kerja menebang dan membuat teres akan siap sepenuhnya dalam sedikit masa lagi dan kerja-kerja menanam akan bermula pada Januari 2009.

“Insya-Allah, kalau semuanya berjalan mengikut perancangan, kerja-kerja menanam akan dapat disiapkan menjelang Mac 2009,” kata beliau.

Tambah Encik Faisal, kerja-kerja menebang dan membersihkan ladang tidak akan melibatkan sebarang pembakaran kerana mematuhi kaedah “zero burning” yang menjadi dasar syari-kat selaras dengan garis panduan Round-table on Sustainable Palm Oil (RSPO).

Ladang Sungai Ibok seluas 937.84 hektar telah dibuka pada tahun 1980, iaitu kira-kira 28 tahun lalu, dan ini bermakna pokok-pokok kelapa sawit di sini yang masih belum ditebang telah-pun mencapai umur antara 26 hingga 28 tahun, iaitu umur yang sudah tidak pro-duktif lagi dan perlu ditebang untuk tanaman semula. Sebahagian daripada ladang ini telahpun ditanam semula pada tahun 2002 dan 2006 lalu.

KERJA-KERJA PENANAMAN SEMULA DI LADANG SUNGAI IBOK BERMULA

(Atas) Encik Faisal (kiri) sedang berbincang dengan Penolong Pengurus dan wakil kontraktor.

(Kiri) Pokok-pokok kelapa sawit yang telah ditebang dibiarkan mereput.

(Bawah) Kerja-kerja mene-bang dan membuat teres sedang rancak berjalan.