tht tmk

12
Soalan 1: Pilih satu topik daripada mata pelajaran major anda dan jelaskan bagaimana model ASSURE dapat diaplikasikan dalam proses merancang dan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran anda? Sila beri contoh yang spesifik dalam jawapan anda. Pengaplikasian Model Assure dalam P.Seni Visual Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran : Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai. Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Perancangan yang dimaksudkan ialah susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat. Peringkat-peringkat berkenaan adalah : 1. Tarik perhatian pelajar. 2. Beritahu objektif pembelajaran. 3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar. 4. Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran. 5. Bimbing pembelajaran pelajar. 6. Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.

description

TMK

Transcript of tht tmk

Page 1: tht tmk

Soalan 1:

Pilih satu topik daripada mata pelajaran major anda dan jelaskan bagaimana

model ASSURE dapat diaplikasikan dalam proses merancang dan

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran anda? Sila beri contoh yang

spesifik dalam jawapan anda.

Pengaplikasian Model Assure dalam P.Seni Visual

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran:

Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan

menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh

mengaplikasikan beberapa model yang sesuai.

Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang

berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan

yang rapi dan tersusun. Perancangan yang dimaksudkan ialah susun atur

pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985)

menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara

berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara

berperingkat-peringkat.

Peringkat-peringkat berkenaan adalah :

1.    Tarik perhatian pelajar.

2.    Beritahu objektif pembelajaran.

3.    Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.

4.    Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran.

5.    Bimbing pembelajaran pelajar.

6.    Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.

7.    Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.

8.    Taksir pencapaian pelajar.

9.    Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran.

Page 2: tht tmk

Model ASSURE ini dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat

memanfaatkan penggunaan media.

Model ASSURE: 

Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin

kejayaan.

1.    Analyse Learners (Analisis Pelajar)

2.    State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)

3.    Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan

sumber)

4.    Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber)

5.    Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)

6.    Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)

1. Analisis Pelajar

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita

merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat

dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:

Ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Gaya belajar

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif, dan aktif.

Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi

visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka

bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan

idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina

keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya yang tersendiri.

Ciri-ciri umum pelajar:

Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina,

penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya. Pemilihan kaedah,

sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar

Page 3: tht tmk

yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui

penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia ada:

Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuan dan

pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang

bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar

melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran

unit terlebih dahulu dan mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas. Apabila guru

ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topikyang

akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran

dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

Gaya Pembelajaran Pelajar:

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu

merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai

pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu

guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Model Dunn dan Dunn,

model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa

contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu

mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi

merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah

sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang

pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti

spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian

yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa

menyatakan objektif terlebih dahulu.

Page 4: tht tmk

Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:

Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)

Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru)

Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)

Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar):

Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan

ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti

pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

Tahun :

1

Bidang :

Menggambar

Aktiviti :

Catan

Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru)

Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang

dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah  dapat dilihat

dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah wajar dan berasas

situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah

melakar

menamakan

 meramal

Membaca

Menjawab

Melukis

Menilai

Melabel

menjelas

Page 5: tht tmk

Situasi dan Syarat Perlakuan   :

Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran

hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat

diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru

menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran

Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)

Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat

membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media

yang sesuai.

Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah

ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan

sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru

menyediakan tindak susulan bagi membantu pelajar yang belum mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti

pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau

kuantitatif. Contoh penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran:

Objektif pembelajaran         

Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Menggunakan bahasa seni visual

2. Mengaplikasikan bahan dan media

3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber:

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media,

kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses

pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:

1. Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif

yang hendak dicapai.

Page 6: tht tmk

2. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.

3. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Sebagai contoh media & BBM dalam bidang menggambar tajuk kraf tradisional:

Media :

Alat : pita pengukurBahan :lidi, plastesin, pensel dan ranting kayu

Bahan Bantu Mengajar :

Contoh slaid atau gambar cara-cara membuat tembikar & tembikar.

Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih

bahan sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya.

Adakah bahan ini menepati kurikulum?

Adakah isipelajaran menepati kurikulum?

 Adakah laras bahasanya jelas?

Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?

Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar?

Adakah bahan ini berkualiti?

Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?

Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?

Adakah ada panduan pengguna?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif

pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.

4. Gunakan Media dan Bahan Sumber:

Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan

pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memastikan kejayaan

penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan

oleh guru.

Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru

Page 7: tht tmk

hendaklah mengkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum

digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar

sesuai dengan kumpulan pelajar dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.

Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran:

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif

akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua

teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa

berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti

pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis,

permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar

dalam aktiviti pembelajaran.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu

dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam proses belajar, Gambar foto, slaidm

gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat

menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.

6. Nilai dan Semak Semula:

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini

menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian

pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai

dengan keupayaan pelajar. Contoh penulisan refleksi:-

Refleksi:

P&P hari ini boleh dikatakan berjaya kerana murid berupaya menghasilkan tembikar.

Murid-murid mengambil perhatian yang sepenuhnya semasa saya menerangkan

cara tembikar dihasilkan. Kesannya adalah tidak boleh dinaffikan apabila sesi

Page 8: tht tmk

penyoalan dikemukakan kerana murid-murid berupaya menyatakan kegunaan

hasilan tembikar dengan betulnya. Proses p&p ada sedikit bising semasa murid

membuat tembikar kerana ini merupakan kali pertama mereka membuat kraf

tradisional. Saya berharap p&p seterusnya juga akan dapat menarik minat murid dan

dapat mengajar mereka terus menghargai warisan budaya kita.

Soalan 2:

Bahan bantu belajar (BBB) memainkan peranan yang amat penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan sejauh manakah media

pengajaran berupaya memainkan peranan sebagai bahan pengajaran efektif

dalam bilik darjah.Bahan bantu belajar (BBB) memainkan peranan yang amat

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bincangkan sejauh

manakah media pengajaran berupaya memainkan peranan sebagai bahan

pengajaran efektif dalam bilik darjah.

Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah

satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan

menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di

dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam

pendidikan. Artikel ini akan membincangkan peranan media pengajaran dan faedah

kepada guru dan murid. Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat

dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir

pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati

sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses

pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria

masing-masing

Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti

berikut:

Pengajaran lebih terancang

Melibatkan pelbagai deria

Page 9: tht tmk

Memperkayakan pengalaman

Perluasan batasan komunikasi

Pembelajaran individu

Keseronokan belajar/motivasi

Sumber maklumat

Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid.

Menguat dan mengekalkan daya ingatan

Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit

Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah

Menjimatkan masa

Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas

Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

Pemilihan Media Pengajaran 

Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor

berikut perlu diberikan perhatian:

1. Kesesuaian

2. Peringkat penerimaan/kefahaman

3. Pemerolehan

4. Harga

5. Mutu 

Kesesuaian

 Sebelum memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu menetapkan objektif yang

hendak dicapai terlebih dahulu. Contohnya, kalau objektif guru adalah supaya murid

mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di dalam pembelajaran

bahasa kedua, dan di samping membetulkan bunyi sebutannya, maka murid perlu

mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Boleh

juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan

mustahak. Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut:

Memenuhi kehendak isi dan objektif murid

Memudahkan kefahaman murid

Page 10: tht tmk

Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya

Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan

Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari

satu tempat ke satu tempat yang lain

Selamat digunakan oleh murid