Tiga Cabaran Untuk Mencapai Perpaduan Dan Integrasi

download Tiga Cabaran Untuk Mencapai Perpaduan Dan Integrasi

of 12

description

Tiga Cabaran Untuk Mencapai Perpaduan Dan Integrasi

Transcript of Tiga Cabaran Untuk Mencapai Perpaduan Dan Integrasi

TIGA CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI

TIGA CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI

1.Berbeza Dalam Sistem Pendidikan

Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas.Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.

Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.

Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan.

Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.

Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.

Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran.

3.2Fokus Yang Berlainan Dalam Sektor Ekonomi

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.

Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka.

Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan bukan menghapuskannya.

3.3Berbeza Ideologi Politik dan Pengaruh

Majoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing. Contohnya, seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap dan semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing tanpa semangat kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan yang selama ini diusahakan oleh pihak kerajaan yang sudah pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston (2001), setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan, sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat tumpah darah mereka dan semua rakyatnya.

Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966, kira-kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip tandatangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah menentang penubuhan sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat Cina akan hilang sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara masyarakat.

Dari dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa dan juga pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan rakyat yang sudah pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah.http://unclemilydungun.blogspot.com/2013/07/tiga-cabaran-untuk-mencapai-perpaduan.htmlISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Sekolah satu aliran capai gagasan 1Malaysia

PELAKSANAAN sekolah satu aliran kembali menjadi perbualan hangat. Pelbagai pihak baik kalangan ahli akademik, tokoh sejarah mahupun orang politik mula memandang serius cadangan ini.

Malah ramai juga secara terus-terang mengutarakan sokongan mereka untuk melaksanakan cadangan tersebut dengan segera, baik pihak kerajaan mahupun pembangkang.Selama ini negara kita dianggap unik kerana kejituan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Ia jarang sekali berlaku di negara luar.Nenek moyang kita telah bekerja keras dan melakukan pelbagai pengorbanan untuk mencapai keharmonian kaum yang kita nikmati sekarang. Namun apa yang dikhuatiri, semangat perpaduan ini semakin lama semakin terhakis.Untuk itukerajaan perlu bertindak segera dan kembali kepada fitrah pembentukan semangat perpaduan seperti yang dilakukan oleh generasi terdahulu yang ternyata membuahkan hasil selama ini.Anak-anak kita yang bakal mewarisi negara ini perlu dididik dan dibentuk dari sekarang supaya mereka benar-benar dapat menghayati konsep dan erti sebenar perpaduan antara kaum yang terbina sekian lama.Apakah kita lupa bahawa anak-anak yang dilahirkanumpama sehelai kain putih. Justeru kita percaya ibu bapa dan guru yang rapat dengan mereka saban hari dapat membantu memupuk nilai dan semangat perpaduan yang kita kehendaki.Hanya sekolah dilihat sebagai tempat terbaik untuk membentuk anak- anak kita. Namun malangnya apa yang berlaku sekarang ialah anak- anak kita jelas terpisah dengan sekolah aliran masing-masing. Melayu di sekolah kebangsaan manakala Cina dan India masing-masing di sekolah jenis kebangsaan.Kita percaya sekolah satu aliran ini tidak akan menafikan hak kaum masing-masing yang mahu bahasa ibunda mereka dipelajari oleh anak-anak mereka.Ia juga pastinya tidak sama sekali menghilangkan identiti kaum tersebut. Bahasa ibunda masing-masing boleh terus diajar di sekolah satu aliran sebagai satu mata pelajaran wajib mengikut kaum masing-masing.Pokok pangkalnya adalah bak kata peribahasa'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Memang ada golongan yang menentang keras cadangan mewujudkan sekolah satu aliran. Mereka mengutarakan pelbagai alasan mengikut perspektif dan logik akal masing-masing yang jelas mempunyai agenda tersendiri, dipengaruhi oleh emosi dan rasa tidak puas hati.Dalam hal inikerajaan sewajarnya bertindak dengan lebih bijak dan berhemah dengan mengambil kira pandangan dan pendapat majoriti penduduk negara ini yang rata-rata menyokong cadangan penubuhan sekolah satu aliran. Pedulikan golongan yang sering menjadi pengacau kepada pelbagai program yang hendak dilaksanakan.Kerajaan perlu melihat secara lebih menyeluruh kepada manfaat yang bakal diperoleh hasil daripada pelaksanaan cadangan ini yang boleh membantu ke arah pembentukan sebuah negara bangsa yang dicita-citakan.Usah endahkan golongan yang sememangnya sinonim dengan budaya 'tidak setuju'. Mereka tidak pernah menyokong apa sahaja program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan sudah lali dengan budaya menentang dan membangkang.Jika kita mahu mencapai Wawasan 2020, Misi Nasional dan terkini gagasan 1Malaysia, maka kewujudan sekolah satu aliran adalah jawapan dan jalan penyelesaiannya.Hanya dengan sekolah satu aliran sahaja kita lihat anak-anak kita yang bakal mewarisi kepimpinan masa depan dapat meneruskan hasrat dan cita-cita yang telah kita bangunkan.Melentur buluh biarlah dari rebung. Anak-anak kita masih belum terlambat untuk dilentur atau dibentuk. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari.http://abihulwa.blogspot.com/2009/10/sekolah-satu-aliran-capai-gagasan.htmlPerpaduan Kaum Di Malaysia : Mengharap Sinar Di Hujung TerowongWritten by Muhammad Hisyam Bin Mohamad.Malaysia, Truly Asia. Itulah yang diungkapkan oleh Tourism Malaysia untuk menggambarkan satu keistimewaan yang tiada di negara-negara Asia yang lain tetapi ada di Malaysia. Keistimewaan yang dimaksudkan di sini ialah kemampuan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India di samping kumpulan-kumpulan kaum yang lain hidup bersama dalam suasana yang majmuk di dalam sebuah negara dan mewujudkan kepelbagaian budaya serta adat resam.Rasanya kita semua mengakui bahawa keharmonian kehidupan masyarakat berbilang kaum - yang kemudiannya dijadikan sebagai satu ciri penting kepada industri pelancongan negara - adalah berpunca daripada sikap tolak ansur yang ditunjukkan oleh kaum-kaum yang ada di Malaysia sehingga menjadi kita antara negara yang terkehadapan dalam pembangunan di rantau Asia. Sekira dibandingkan dengan negara-negara di Afrika mahupun Amerika Latin, kita adalah jauh lebih baik.Persoalannya sejauh mana sikap tolak ansur ini dapat bertahan? Ini kerana tolak ansur itu sendiri mencerminkan kewujudan unsur "tidak rela tetapi terpaksa" bagi mewujudkan satu suasana menang-menang yang ada kalanya menyebabkan satu pihak perlu membuat pengorbanan yang lebih besar berbanding pihak yang satu lagi. Justeru perpaduan antara kaum yang ada pada hari ini bukanlah satu bentuk perpaduan yang kukuh yang terbina hasil keluhuran hati dan sikap saling mempercayai antara satu sama lain.Buktinya apabila disebut berkenaan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera atau Dasar Ekonomi Baru, mahupun peri cadangan pengwujudan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan, maka ada pihak-pihak yang tertentu akan tidak senang duduk. Hatta perkara-perkara yang hanya ada menyentuh sesuatu kaum atau penganut agama tertentu sahaja, ada kaum / penganut agama lain yang dilihat melatah tanpa sebab yang munasabah.Jadi kita perlu mengakui dan menerima kenyataan bahawa perpaduan kaum di Malaysia yang wujud pada hari ini tertegak di atas asas yang tidak begitu kuat dan mantap. Semuanya berpunca daripada kegagalan kita memahami dan menghormati hak, budaya dan adat resam antara satu sama lain.Ini diburukkan lagi oleh kewujudan kumpulan-kumpulan siasah yang bersifat perkauman dan sikap para pemimpin siasah itu sendiri yang tidak bersungguh-sungguh untuk melihat masyarakat yang ada di Malaysia hidup dalam suasana yang majmuk. Dalam banyak keadaan, para pemimpin siasah sebenarnya lebih banyak merosakkan perpaduan yang sedia dengan menimbulkan pelbagai persoalan yang mencetuskan keresahan kaum. Semuanya dilakukan bagi meraih sokongan kumpulan yang mereka wakili.Selain itu sistem pendidikan kita yang sering bertukar hala tuju dan berbagai-bagai aliran merumitkan lagi usaha membentuk perpaduan kaum. Kita boleh berbangga dengan sistem pendidikan yang kononnya dikatakan antara yang terbaik di kalangan negara sedang membangun, akan tetapi adakah sistem pendidikan kita telah melahirkan satu kelompok pelajar yang mempunyai asas perpaduan kaum yang kukuh?Jawapannya tentulah tidak kerana daripada peringkat rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi, unsur perpaduan bukanlah agenda utama yang tersirat di sebalik sukatan pelajaran yang diajar kepada para pelajar. Pendidikan di Malaysia lebih tertumpu kepada kecemerlangan menjawab soalan peperiksaan.Keadaan yang ada sekarang juga sebenarnya tidak selari dengan matlamat utama Penyata Razak di mana di dalam penyata tersebut antara lain dinyatakan bahawa hasrat utama sistem pendidikan negara ialah menjurus ke arah perpaduan nasional. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana sekolah hanya mengejar kejayaan akademik dan mengenepikan unsur perpaduan.Jadi untuk mengatasi masalah kerapuhan perpaduan ini, pencetus-pencetus kepada masalah tadi perlu dilenyapkan atau diperbaiki agar ia tidak berterusan menjadi asas kepada ketidakstabilan kehidupan bermasyarakat di negara kita.Pertamanya perlu ada persefahaman di antara satu sama lain. Memang tidak dapat dinafikan bahawa adalah sukar untuk membentuk satu persefahaman yang jitu kerana ia ada kalanya akan melibatkan pengorbanan kepentingan oleh satu kaum demi kaum lain. Tapi hakikatnya, dalam satu-satu etnik itu sendiri, masalah perpaduan ada kalanya sukar untuk dibentuk, apatah lagi dalam satu negara yang mempunyai berbilang bangsa seperti Malaysia ini. Apapun kita perlu cuba untuk hidup dalam satu suasana yang majmuk dan cuba menjaga perasaan serta menghormati antara satu sama lain.Di sini ahli-ahli siasah tidak seharusnya melihat permasalahan-pemasalahan tertentu sebagai satu peluang bagi meraih kepentingan siasah masing-masing. Sebaliknya mereka perlu mengutamakan kebajikan dan kemaslahatan umum berbanding kepentingan peribadi. Malah ini sebenarnya yang disyariatkan oleh Islam. Mereka perlu sedar, kerjaya siasah mereka mungkin tidak akan ke mana jika berteraskan kepada pemahaman siasah perkauman yang sempit. Lihat apa yang terjadi kepada Pauline Hanson yang memperjuangkan segelintir hak kaum kulit putih Australia mahupun P.W Bortha yang mengamalkan sistem apartheid di Afrika Selatan. Kerjaya siasah mereka berkesudahan dengan kehinaan.Begitu juga dengan sistem pendidikan negara. Di Malaysia kita ada pelbagai jenis sekolah. Ada sekolah kebangsaan, ada jenis kebangsaaan, ada aliran agama mahupun sekolah antarabangsa. Memang tak salah untuk mempunyai pelbagai jenis sekolah dan memang tak salah kalau kita hendak hantar anak kita bersekolah di mana-mana.Akan tetapi di sini penulis menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Pada pandangan penulis apabila pelajar berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di peringkat rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang berpadu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Malah unsur ini perlu ditanam seawal yang mungkin kerana apabila dewasa baru hendak disemai dengan benih-benih perpaduan, penulis merasakan ia agak terlambat kerana pada tahap tersebut para pelajar sudah ada tanggapan tersendiri terhadap orang lain.Memang tidak dapat dinafikan perpaduan merupakan pemangkin kepada kemajuan negara. Tanpa unsur perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan tidak dapat dinikmati. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika pun kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakishttp://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/7871-perpaduan-kaum-di-malaysia-mengharap-sinar-di-hujung-terowongPerpaduan MalaysiaPERPADUAN MALAYSIA

Dewasa ini,perpaduan nasional di Malaysia masih di tahap yang lemah. Kita hanya bekerjasama dan bertolak ansur dalam hal-hal tententu sahaja. Apabila melibatkan perkara besar dan rumit, kita selesa berada bersama-sama kaum sendiri dengan membelakangkan kaum lain.Ini menunjukkan kelemahan perpaduan di negara ini.Mereka lebih merasa kaum mereka lebih hebat dari kaum lain.Keadaan inilah yang menyebabkan sesetenggah dari rakyat malaysia yang tidak mengamalkan perpaduan kaum dan lebih selesa hidup dalam kelompok kaum mereka sendiri sahaja.Apabila berlaku sesuatu isu mereka akan saling menyalahkan antara satu sama lain dan boleh berlaku rusuhan kaum.Keadaan ini boleh menjejaskan keamanan dan ekonomi negara.

Oleh itu, Datuk Seri Najib Razak. Telah memperkenalkan gagasan satu malaysia untuk mewujudkan perpaduaan antara kaum.

Satu Malaysia saya adalah satu harapan agar semua rakyat Malaysia dapat hidup aman dan harmoni tanpa batasan ideologi, budaya, etnik, atau agama. Oleh itu, Satu Malaysia saya akan sentiasa memberikan teguran kepada mereka yang lalai terhadap gagasan pembangunan untuk semua rakyat Malaysia secara adil dan saksama. Datuk Seri Najib Razak

Antara lain, 1Malaysia, mengikut penjelasan Perdana Menteri, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia ialah:

1. Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia, One Peopledan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

2. Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan; dan

3. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.

Untuk merealisasikan gagasan ini, Perdana Menteri menggariskan 8 nilai iaitu budaya cemerlang, daya tahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Sejauh mana gagasan 1Malaysia berjaya terpulang kepada kesungguhan, kejujuran dan keikhlasan Perdana Menteri dan jentera pemerintah melaksanakannya. Semua rakyat tanpa mengira idealogi politik harus memberikan kerjasama.

Perdana Menteri yakin sekiranya konsep 1Malaysia dihayati oleh pemimpin Barisan Nasional, rakyat akan kembali kepada Barisan Nasional. Saya amat setuju dengan kenyataan ini. Lapan nilai murni yang digariskan oleh Perdana Menteri sekiranya mampu dilaksanakan sepenuhnya, Malaysia akan jadi negara contoh di dunia.

Pada sambutan kemerdekaan ke-51 isu perpaduan ditekankan,sehingga tema kemerdekaan ke-51 ialah perpaduan teras kejayaan.Ini menunjukkan betapa pentingnya perpaduaan sehingga dianggkat sebagai teras untuk mengcapai kejayaan.Oleh itu rakyat Malaysia tidak kira keturunan atau kaum mestilah meyokong perpaduaan satu malaysia yang dicadangkan oleh perdana menteri kita kerana ia membawa banyak manfaat kepada ekonomi dan keamanan sejagat.

oleh: Muhammad Firdaus bin Aliasaak (206574)