Ting 2 kandungan - puteriamkb.files.wordpress.com · bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir,...
Transcript of Ting 2 kandungan - puteriamkb.files.wordpress.com · bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir,...
i
H U RA I A N S U K A T A N P EL A J A RA N P E ND I D I KA N M O RA L
KBSM
KANDUNGAN
RUKUN NEGARA ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ii i
KATA PENGANTAR iv
PENDAHULUAN 1
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 3
PEMBINAAN KEMAHIRAN MELALUI PERKEMBANGAN MORAL
7
BIDANG PEMBELAJARAN 1 : Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
9
BIDANG PEMBELAJARAN 2 : Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan
17
BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar
21
BIDANG PEMBELAJARAN 4 : Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme
25
BIDANG PEMBELAJARAN 5 : Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia
29
BIDANG PEMBELAJARAN 6 : Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi
34
BIDANG PEMBELAJARAN 7 : Nilai Berkaitan Dengan Keamanan dan Keharmonian
39
ii
H U RA I A N S U K A T A N P EL A J A RA N P E ND I D I KA N M O RA L KBSM
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iii
H U RA I A N S U K A T A N P EL A J A RA N P E ND I D I KA N M O RA L
KBSM
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan w arganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjaw ab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
iv
H U RA I A N S U K A T A N P EL A J A RA N P E ND I D I KA N M O RA L KBSM
KATA PENGANTAR Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, teori kecerdasan pelbagai, pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran secara konstru ktivisme, dan pembelajaran akse s kendiri. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.
Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan mengambil kira perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan. Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan, dan individu yang mewakili badan-badan tertentu.
Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
1
H U RA I A N S U K A T A N P EL A J A RA N P E ND I D I KA N M O RA L
KBSM
PENDAHULUAN
Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.
Pendidikan Moral di sekolah menengah memberi tumpuan kepada usaha memupuk ke kuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu, murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Hal ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan so sial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.
Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.
Prinsip-prinsip itu ialah : • bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang
lain.
• berpegang teguh pada ajaran agama.
• prihatin kepada alam sekitar. • mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup.
• bersemangat patriotik.
• menghormati hak asasi manusia; dan
• mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, sebanyak tujuh bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut :
i. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri ii . Nilai berkaitan dengan Kekeluargaan ii i. Nilai berkaitan dengan Alam Sekitar iv. Nilai berkaitan dengan Patriotisme
v. Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia vi. Nilai berkaitan dengan Demokrasi vii. Nilai berkaitan dengan Keamanan dan
Keharmonian
Takrifan Pendidikan
Moral
Tujuh Bidang
Pembelajaran
2
H U RA I A N S U K A T A N P EL A J A RA N P E ND I D I KA N M O RA L
KBSM
Pengajaran nilai berfokus pada Model Insan Menyeluruh yang meliputi tiga dimensi moral yang saling berkaitan. (Rajah 1: Model Insan Menyeluruh). Perwatakan yang positif harus terdiri daripada tiga dimensi moral ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Pendidikan Moral yang efektif seharusnya membantu murid memahami nilai-nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmen terhadapnya, serta mengamalkannya dalam kehidupan harian. Ketiga-tiga dimensi ini perlu untuk membolehkan seseorang murid mencapai tahap kematangan moral. Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah yang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi ini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa gembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak bermoral. Program Pendidikan Moral ini tidak seharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nurani yang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensi moral tersebut.
PEMIKIRAN MORAL
PERASAAN MORAL
TINDAKAN MORAL
KESEDARAN HATI NURANI
RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH
INSAN BERAKHLAK
MULIA
Rangka Konsepsi
3
H U RA I A N S U K A T A N P EL A J A RA N P E ND I D I KA N M O RA L
KBSM
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan ke stabilan negara serta masyarakat global.
Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid : i. memahami dan menghayati nilai-nilai yang
diperlukan untuk berakhlak mulia;
ii. menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam se kitar serta berusaha ke arah mengekalkannya;
ii i. meningkatkan persefahaman dan kerjasama
bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik;
iv. mengembangkan pemikiran dan perasaan
moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan
v. mempunyai i ltizam untuk mengamalkan tingkah
laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid. Buku ini juga menyediakan penerangan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral dalam bilik darjah dengan berkesan.
Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan akademik, hasil pembelajaran, dan cadangan aktiviti pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dan nilai diperincikan mengikut tahun. Walaupun bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar pada setiap tahun, skop dan penekanan adalah berbeza kerana isu moral atau kandungan yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap kematangan murid. Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format empat lajur utama, iaitu : Lajur Nilai Lajur Kandungan Akademik Lajur Hasil Pembelajaran Lajur Cadangan Aktiv iti Pembelajaran
Matlamat Pendidikan
Moral
Objektif Pendidikan
Moral
Tujuan
Penerangan Lajur
1
2
Format Empat
Lajur
3 4
4
H U RA I A N S U K A T A N P EL A J A RA N P E ND I D I KA N M O RA L
KBSM
Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang terkandung di bawah Bidang Pembelajaran. Setiap nilai disertakan penerangannya yang dipetik daripada Sukatan
Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (Semakan).
Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang diolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap kematangan murid bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara hingga ke peringkat antarabangsa.
Kandungan akademik bagi setiap tingkatan disusun
dengan jelas bermula dengan tema diikuti oleh tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran yang disertakan dengan contoh jika perlu bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam perkembangan kurikulum dan proses pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh dipisahkan daripada kandungan atau pengetahuan akademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikir secara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadap se suatu isu moral jika mereka dapat mengkaji dan memahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesan-ke sannya. Dengan adanya kandungan akademik ini, murid dapat mentelaah dan mengkaji bahan pembelajaran secara lebih terperinci. Kandungan akademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa dan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandungan akademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai dan kemahiran dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan Moral. Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid dijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan akademik yang disampaikan.
5
Lajur Nilai
Lajur Kandungan Akademik
Lajur Hasil
Pembelajaran
6
7
1
2
3
4
5
6
7
8
8
5
H U RA I A N S U K A T A N P EL A J A RA N P E ND I D I KA N M O RA L
KBSM
Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan contoh isu atau situasi untuk pengajaran dan pembelajaran. Isu atau situasi yang dikemukakan bukan sahaja yang berkaitan dengan pengalaman diri murid tetapi juga meliputi hubungannya dengan keluarga, komuniti, negara, dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada cadangan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini tetapi guru boleh mengambil contoh lain daripada pelbagai sumber asalkan dapat memperkukuh nilai yang diajar. Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perlu dihubungkaitkan dan digabungjalinkan supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur i lmu daripada pelbagai mata pelajaran lain harus disepadukan dalam merancang aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Lajur Cadangan
Aktiviti Pembelajaran
6
H U RA I A N S U K A T A N P EL A J A RA N P E ND I D I KA N M O RA L
KBSM
TINGKATAN 2 BIDANG PEMBELAJARAN 1: Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri LAJUR NILAI Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan Penerangan nilai : Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK Tema : Percaya kewujudan Tuhan asas
kesejahteraan hidup Tajuk pengajaran : Agama benteng hidup manusia Huraian tajuk pengajaran : • Keperluan beragama dalam kehidupan manusia
- Sikap taat dan patuh kepada suruhan Tuhan
- Agama memandu manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup
LAJUR HASIL PEMBELAJARAN Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup
LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN i . Berbincang tentang kepentingan agama dalam
kehidupan ii. Menghasilkan esei bertema `Buat baik dibalas
baik’
Contoh Persembahan
Lajur
7
H U RA I A N S U K A T A N P EL A J A RA N P E ND I D I KA N M O RA L
KBSM
PEMBINAAN KEMAHIRAN UNTUK PERKEMBANGAN MORAL
Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran so sial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid menghadapi dunia ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Mengajar murid kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara memupuk dan merangsang perkembangan moral mereka. Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik yang akan membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai dengan mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan dan mengelakkan sebarang konflik. Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan moral supaya murid dapat menilai sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran
pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesai masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka. Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari dan bertemu dengan cara penyelesaian dan alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan dalam usaha pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang baik daripada rakan sebaya mereka tetapi mengajar murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain dan mempertahankan nilai moral sendiri. Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa depan di kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa yang lampau, masa kini dan masa depan. Ini membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.
Kemahiran Utama
Kemahiran Mengkaji
Masa Depan
Kemahiran Pemikiran
Kritikal
Kemahiran Pemikiran
Kreatif
Kemahiran Menentang
Tekanan Rakan
Sebaya Kemahiran Penyelesaian
Konflik
8
H U RA I A N S U K A T A N P EL A J A RA N P E ND I D I KA N M O RA L
KBSM
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, murid diberi kesempatan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, cakera padat dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain itu melalui Pendidikan Moral, murid-murid dapat membuat pertimbangan dengan mencari maklumat yang positif dan mengelakkan mereka daripada melayari laman-laman web yang berunsur negatif.
Kemahiran sosial memberi penekanan kepada kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam sesuatu situasi sosial yang boleh diterima oleh masyarakat dan pada masa yang sama bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran so sial ini boleh diajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.
Kemahiran Teknologi Maklumat
Kemahiran Sosial
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
BIDANG PEMBELAJARAN 1
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
10
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
11
BIDANG PEMBELAJARAN 1 : N ILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.1 Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
Percaya kewujudan Tuhan asas kesejahteraan hidup
Agama panduan hidup manusia • Keperluan beragama dalam kehidupan
manusia - Sikap taat dan patuh kepada suruhan
Tuhan - Agama memandu manusia ke arah
kebaikan dan kesejahteraan hidup
Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup
i. Berbincang tentang kepentingan agama
dalam kehidupan ii. Menghasilkan esei bertema `Buat baik
dibalas baik’.
1.2 Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
Amanah menjamin perhubungan yang harmonis
Sikap amanah menimbulkan kepercayaan orang lain • Sikap amanah dalam setiap perhubungan
- Anggota keluarga - Rakan sebaya - Warga sekolah - Anggota masyarakat
Bersikap amanah dalam hubungan dengan anggota keluarga dan individu lain
i. Melakonkan satu situasi sikap amanah
dalam kehidupan ii. Menyenaraikan ciri amanah dalam
pelbagai situasi - Koperasi sekolah - Bendahari persatuan/kelab
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
12
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.3 Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu me mulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
Sayang akan diri membentuk peribadi mulia Perlakuan yang baik membentuk jati diri • Tingkah laku yang merosakkan diri perlu
dijauhi - Kumpulan kongsi gelap - Pergaulan bebas - Penyalahgunaan dadah - Tabiat merokok
Menghindari amalan yang boleh menjejaskan maruah diri
i. Ceramah yang bertema `Tingkatkan
maruah diri’
ii. Simulasi/main peranan sebagai murid yang mengelak daripada terlibat dalam kegiatan yang menjejaskan maruah diri
1.4 Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
Sikap bertanggungjawab menjamin kesejahteraan hidup
Amalan bertanggungjawab menjamin kesempurnaan tugas • Sikap bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas - Rumah - Sekolah - Masyarakat
Menjalankan tanggungjawab di rumah, sekolah dan dalam masyarakat dengan sempurna
i. Menyenaraikan tanggungjawab diri di
rumah, sekolah dan dalam masyarakat ii. Main peranan untuk menunjukkan sikap
bertanggungjawab dalam pelbagai situasi
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
13
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.5 Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
Hemah tinggi mencerminkan peribadi mulia
Tutur kata dan tingkah laku yang selaras dengan norma masyarakat • Tutur kata dan tingkah laku terpuji
- Menghormati orang lain - Berterima kasih atas pemberian
• Jauhi sikap negatif - Angkuh - Mementingkan diri
Mengamalkan pertuturan dan tingkah laku yang sesuai dengan norma masyarakat
Memerhati tingkah laku rakan di sekolah dan menyenaraikan tingkah laku yang berhemah
1.6 Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Toleransi menjalin kemesraan
Amalan toleransi mengekalkan hubungan yang mesra • Toleransi dalam perhubungan
- Anggota keluarga - Rakan sebaya - Warga sekolah - Masyarakat
Bertolak ansur dan mengawal diri bagi menjaga hubungan yang baik dengan keluarga dan orang lain
i. Berkongsi pengalaman tentang sikap
bertoleransi dalam menjaga hubungan yang baik dengan keluarga dan orang lain.
ii. Perbincangan tentang kesan jika sikap
bertoleransi tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
14
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Berdikari membawa kejayaan
Kemampuan menyelesaikan masalah memupuk sikap berdikari • Keupayaan menyelesaikan masalah
- Secara individu - Secara kumpulan
Berkeupayaan menyelesaikan masalah sendiri secara individu atau berkumpulan
i. Main peranan sebagai anak/murid yang
berdikari dalam me mbuat kerja rumah/ sekolah
ii. Menceritakan tentang anggota keluarga
yang berjaya atas hasil usaha sendiri
1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
Rajin dan usaha tangga kejayaan
Kegigihan dalam kehidupan seharian • Usaha yang gigih menjamin kejayaan
- Diri - Keluarga - Sekolah
Berusaha dengan gigih demi kepentingan diri, keluarga dan sekolah
i. Mengumpul dan membincangkan
kata-kata hikmah berkaitan tema ii. Mewawancara atau kajian kes tentang
individu yang telah berjaya
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
15
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.9 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
Kasih sayang asas kesejahteraan hidup
Kasih dan sayang semua hidupan di dunia • Sayangi semua hidupan
- Manusia - Fauna - Flora
Menyayangi dan tidak memusnahkan semua hidupan di dunia
i. Menghayati dan membincangkan lirik lagu
bertemakan kasih sayang ii. Lawatan ke rumah kebajikan, zoo, hutan
rekreasi dan membuat laporan
1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
Keadilan menjamin kesejahteraan bersama Keadilan membentuk budaya sekolah • Keadilan di sekolah tanggungjawab bersama
- Hukuman dan ganjaran - Layanan antara murid - Kemudahan
Menerima dan mengamalkan prinsip keadilan di sekolah
i. Menulis esei berkaitan dengan tema
amalan keadilan di sekolah ii. Main peranan
- Pelaksanaan prinsip keadilan di sekolah
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
16
NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
Sikap rasional membentuk pemikiran yang matang Pemikiran terbuka menjamin keputusan yang bijak • Keupayaan menimbangkan pelbagai pilihan
berdasarkan beberapa faktor sebelum membuat keputusan - Bukti yang kukuh - Pengetahuan - Pengalaman
Membuat keputusan setelah menimbangkan pelbagai faktor
i. Menyenaraikan kebaikan membuat
keputusan setelah menimbangkan pelbagai faktor.
ii. Mengumpul keratan akhbar tentang
kegiatan perlumbaan haram, rasuah, penyalahgunaan dadah dan membuat analisa akibat kegiatan tersebut.
1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
Hidup sederhana asas kesejahteraan bersama
Sikap sederhana dalam hubungan • Keupayaan mengimbangi kepentingan diri
dan orang lain - Pergaulan - Membantu mengikut kemampuan diri
Mengambil tindakan dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain
Melengkapkan senarai semak kendiri tentang nilai kesederhanaan dalam hubungan dengan orang lain.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
17
NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN
BIDANG PEMBELAJARAN 2
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
18
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
19
BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
Kasih sayang asas keluarga bahagia
Kebahagiaan keluarga tanggungjawab bersama • Kasih dan sayang terhadap anggota
keluarga • Hubungan keluarga yang harmonis
Menyayangi ibu bapa dan anggota keluarga yang lain
i. Peta minda tentang ciri-ciri keluarga
bahagia ii. Main peranan sebagai anak yang
menyayangi ibu bapa dan anggota keluarga yang lain
2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota
Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
Pegangan agama menjamin keluarga bahagia Hormat dan taat kepada ibu bapa tuntutan agama • Kedudukan ibu bapa mengikut perspektif
agama - Islam - Buddha - Hindu - Kristian - Sikh
Memulia dan mentaati ibu bapa seperti yang dituntut agama
i. Menyenaraikan perlakuan yang
menunjukkan sikap hormat dan taat kepada anggota keluarga
ii. Mengumpul maklumat daripada pelbagai media dan membincangkan tentang kedudukan ibu bapa mengikut perspektif agama
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
20
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
Tradisi kekeluargaan warisan berharga
Amalan adat menghidupkan tradisi kekeluargaan • Amalan tradisi oleh keluarga sejak turun-
temurun - Sambutan sesuatu perayaan bersama
keluarga
Mematuhi adat dan tradisi yang diamalkan oleh keluarga
Mengumpul gambar beserta penerangan ringkas mengenai adat dan tradisi keluarga dan menghasilkan buku skrap
2.4 Tanggungjawab terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
Tanggungjawab terhadap keluarga ialah satu amanah Maju diri demi kebahagiaan hidup keluarga • Sikap bertanggungjawab untuk memajukan
diri dan keluarga - Pendidikan - Kerjaya
i. Belajar bersungguh-sungguh
untuk kemajuan diri dan keluarga
ii. Menjalankan tanggungjawab
terhadap keluarga
Membina carta roda masa depan yang menunjukkan kemajuan diri dalam pendidikan dan kerjaya
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
BIDANG PEMBELAJARAN 3
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
22
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
23
BIDANG PEMBELAJARAN 3 : N ILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam
Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Persekitaran berkualiti kesejahteraan bersama Keceriaan sekolah tanggungjawab bersama • Tanggungjawab memelihara dan
memulihara persekitaran sekolah - Kebersihan dan penghijauan
persekitaran sekolah
Menjaga persekitaran supaya sentiasa bersih dan segar
i. Menjaga dan menceriakan kawasan
di sekolah ii. Membuat penilaian tentang kebersihan
kawasan-kawasan di sekolah
3.2 Keharmonian antara Manusia dengan
Alam Sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
Air sumber alam berharga
Air nadi kehidupan • Kepentingan air dalam kehidupan
- Punca air dan kegunaannya - Tanggungjawab menjaga kebersihan
sumber air - Penjimatan air
Menjaga kebersihan sumber air dan mengelakkan pembaziran
i. Menghasilkan poster bertemakan `Air ’ ii. Buku skrap:
- Kepentingan air
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
24
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
3.3 Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.
Perlindungan santuari hidupan tanggungjawab bersama
Zon persisiran pantai perlu dilindungi • Pembangunan terkawal di zon persisiran
pantai • Pengekalan kawasan terumbu karang untuk
pembiakan hidupan marin
Melibatkan diri dalam melindungi zon persisiran pantai
i. Tayangan video mengenai perlindungan
santuari. ii. Mengadakan aktiviti membersihkan
persisiran pantai.
3.4 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.
Bencana alam ialah fenomena semulajadi
Peka terhadap kejadian bencana alam demi keselamatan bersama • Kesan bencana alam kepada alam sekitar • Persediaan menghadapi bencana alam
Peka terhadap kejadian dan kesan bencana alam serta mengenal pasti langkah-langkah persediaan dalam menghadapi bencana alam
i. Membina peta aliran yang menunjukkan
persediaan yang dibuat dalam menghadapi bencana alam.
ii. Mengumpul maklumat daripada media
cetak atau elektronik dan berbincang tentang bencana alam.
iii. Melakonkan satu latihan kecemasan.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
BIDANG PEMBELAJARAN 4
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
26
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
27
BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
4.1 Cinta akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Nikmat dan keselesaan hidup tanda kemakmuran negara
Kemudahan awam dan perkhidmatan sosial negara tanggungjawab bersama • Perasaan bangga dengan kemudahan
awam dan perkhidmatan sosial negara • Sikap bertanggungjawab menjaga
kemudahan awam dan perkhidmatan sosial yang terdapat dalam negara
Berbangga serta menggunakan sebaik-baiknya segala perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan
Surat kepada sahabat di luar negeri menceritakan tentang rasa bangga tentang kemudahan awam/perkhidmatan sosial yang ada dalam negara
4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.
Raja dan pemimpin ialah payung negara Kesetiaan kepada raja dan negara ialah kewajipan bagi setiap rakyat • Tatalaku dalam majlis yang dihadiri oleh
pembesar negara • Taat setia kepada raja dan negara
- Hari Keputeraan - Hari Kebangsaan - Pertabalan Raja
i. Menghormati dan mentaati
upacara dan majlis rasmi yang dihadiri oleh pembesar negara
ii. Menyokong dan menyertai
program-program sambutan hari kebesaran negara
i. Menunjukkan rakaman pertabalan Yang Di
Pertuan Agong/Sultan dan membuat perbincangan tentang tata laku dalam majlis tersebut.
ii. Merancang dan menyertai program Hari
Kebangsaan di peringkat sekolah - Melukis/mewarna/mengibar Bendera
Malaysia - Sudut patriotisme di dalam kelas
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
28
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK
HASIL
PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN
4.3 Sanggup Berkorban
untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.
Sanggup berkorban demi kebajikan masyarakat dan kemakmuran negara
Kesanggupan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan • Sedia mengorbankan masa dan tenaga
dalam kerja-kerja amal - Ekonomi - Kesihatan - Pendidikan - Sukan
Sanggup mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan demi negara
Membuat laporan tentang aktiviti kemasyarakatan yang pernah disertai.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA
BIDANG PEMBELAJARAN 5
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
30
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
31
BIDANG PEMBELAJARAN 1 : N ILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak
Membela, me mberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.
Persekitaran mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak Ibu bapa pelindung kanak-kanak • Tanggungjawab ibu bapa memastikan
anak-anak mendapat kehidupan sempurna - Pendidikan - Perlindungan
Menyedari kanak-kanak berhak mendapat pendidikan dan perlindungan untuk menjamin kehidupan yang sempurna
Berbincang dan menghasilkan buku skrap tentang persekitaran yang selesa untuk kanak-kanak - Tempat tinggal - Suasana pembelajaran
5.2 Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
Pengiktirafan hak wanita menjamin pembangunan insan
Hak wanita tanggunggjawab bersama • Peka terhadap hak wanita
- Hal-hal kebajikan - Peluang kenaikan pangkat - Pengeksploitasian - Iklan
Bersikap terbuka dalam mengikfiraf wanita sebagai golongan yang berkebolehan, berpotensi dan bermaruah
Mengumpul maklumat dari media cetak dan media elektronik mengenai pengeksploitasian wanita dan mempamerkan di kelas
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
32
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
5.3 Melindungi Hak Pekerja
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.
Majikan yang prihatin meningkatkan produktiviti negara Majikan prihatin pekerja berjaya • Tanggungjawab majikan dalam menjaga
kebajikan pekerja - Keselesaan tempat kerja - Peluang meningkatkan kerjaya - Kemudahan berekreasi
Menerima hakikat bahawa kebajikan pekerja merupakan tanggungjawab majikan
i. Mengumpul iklan kerja dari akhbar dan
membuat perbandingan tentang kemudahan serta faedah yang ditawarkan
ii. Simulasi
- Mewawancara dengan pekerja atau majikan tentang kebajikan pekerja
5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.
Golongan kurang berupaya insan ciptaan Tuhan
Prihatin terhadap golongan kurang berupaya • Golongan kurang berupaya memerlukan
layanan dan sokongan daripada pelbagai pihak - Keluarga - Rakan sebaya - Anggota masyarakat
Memberi layanan dan sokongan yang baik kepada golongan kurang berupaya
i. Lawatan ke pusat spastik atau kelas
pendidikan khas dan membuat laporan ii. Tayangan video berkaitan golongan
kurang berupaya dan berbincang tentang layanan yang diberi
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
33
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
5.5 Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
Kesedaran pengguna tanda masyarakat matang
Pendidikan kepenggunaan asas kepekaan pengguna • Kepekaan pengguna terhadap hak dan
tanggungjawab - Maklumat tentang barangan dan
perkhidmatan supaya mudah membuat pilihan dan mengelakkan penipuan
- Perlindungan daripada penggunaan barangan dan perkhidmatan yang membahayakan
Menyedari dan mengenal pasti hak pengguna untuk mendapat perlindungan dan maklumat tentang barangan dan perkhidmatan
i. Mengumpul, membincang dan
mempamerkan maklumat tentang hak pengguna daripada media cetak dan elektronik
ii. Menulis surat aduan kepada Persatuan
Pengguna tentang barangan/perkhidmatan yang tidak memuaskan
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI
BIDANG PEMBELAJARAN 6
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA
35
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
36
BIDANG PEMBELAJARAN 6 : N ILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang Menerima dan mematuhi peraturan dan
undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
Undang-undang menjamin kesejahteraan hidup masyarakat
Undang-undang menjamin keselamatan di jalan raya • Patuhi undang-undang dan peraturan
jalan raya • Tidak terlibat dalam perbuatan yang
menyalahi undang-undang jalan raya - Perlumbaan haram - Memandu tanpa lesen - Memandu dalam keadaan mabuk - Kecuaian pejalan kaki
Mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi menjamin keselamatan diri dan orang lain
i. Mencari maklumat mengenai kesalahan-
kesalahan di jalan raya ii. Ceramah keselamatan di jalan raya oleh
pegawai JPJ atau Polis iii. Mempamerkan keratan akhbar yang
berkaitan dan mengadakan perbincangan tentang pentingnya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya
6.2 Kebebasan Bersuara Kebebasan berucap dan mengeluarkan
fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.
Kebebasan bersuara mencerminkan keluarga berfikiran terbuka
Amalan bermusyawarah sebagai budaya hidup berkeluarga • Kebebasan mengeluarkan pendapat dalam
perbincangan keluarga - Perbincangan bersama keluarga
dalam pelbagai hal - Perasaan dan emosi dikawal
Berbincang dengan anggota keluarga dalam suasana yang harmoni
Sketsa atau main peranan sebagai anggota keluarga yang mengamalkan kebebasan bersuara dalam perbincangan secara terbuka dan harmoni
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA
37
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
6.3 Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Kebebasan beragama lambang masyarakat majmuk
Rakyat Malaysia merayakan pelbagai upacara keagamaan • Kebebasan meraikan upacara keagamaan
- Sambutan Maulidur-Rasul (Islam) - Hari Wesak (Buddha) - Thaipusam (Hindu) - Good Friday (Kristian) - Hari Vasakhi (Sikh)
Meraikan upacara keagamaan sendiri dan menghormati upacara keagamaan orang lain
i. Perbincangan tentang perayaan
keagamaan sendiri dan pentingnya menghormati perayaan keagamaan orang lain
ii. Menghasilkan folio tentang perayaan keagamaan di Malaysia
6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan
Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
Minda yang sihat melalui aktiviti yang bermanfaat
Aktiviti kemasyarakatan dijayakan bersama • Penyertaan dalam aktiviti luar sekolah yang
membina dan berfaedah - Aktiviti kebajikan dengan masyarakat
setempat
Melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan demi pembangunan negara
Menyenaraikan aktiviti luar sekolah yang berfaedah dan mengkaji kesannya
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
38
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
6.5 Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
Sikap terbuka tanda kematangan fikiran
Teguran yang membina penting untuk kebaikan bersama • Pendapat dan teguran diterima dengan
sikap terbuka - Akademik - Kokurikulum - Bimbingan dan kaunseling
Menerima pandangan dan teguran orang lain demi kebaikan bersama
Main peranan - Orang yang memberi teguran dan orang
yang menerima teguran dalam sesuatu hal.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
BIDANG PEMBELAJARAN 7
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
40
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA
41
BIDANG PEMBELAJARAN 7 : N ILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
7.1 Hidup Bersama Secara Aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
Perpaduan masyarakat tunggak kesejahteraan negara
Semangat kejiranan membentuk kesejahteraan masyarakat • Konsep kejiranan sebagai amalan dalam
kehidupan bermasyarakat - Kunjungan Muhibah (Rumah terbuka, hari keluarga, saling
membantu, ziarah-menziarahi)
Menjadi jiran yang baik boleh dicontohi oleh masyarakat
i. Membincangkan ciri-ciri jiran yang baik ii. Projek : membantu jiran dan membuat
laporan
7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
Hidup sepakat membawa berkat Permuafakatan masyarakat untuk kebaikan bersama • Permuafakatan dalam melaksanakan tugas
kemasyarakatan - Gotong royong - Rukun Tetangga - Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung - Program Permuafakatan
Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti masyarakat untuk kesejahteraan bersama
Melibatkan diri dalam salah satu program komuniti dan membuat laporan ringkas
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA
42
NILAI
KANDUNGAN AKADEMIK
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
7.3 Saling Menghormati antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.
Kesepakatan antara negara menjamin kemakmuran sejagat
Amalan saling menghormati antara negara menjamin kemantapan ekonomi • Perasaan bertolak ansur dan
hormat-menghormati antara negara untuk kesepakatan serantau
Menerima hakikat bahawa perasaan bertolak ansur dan saling menghormati antara negara menjamin kesepakatan dan pembangunan serantau
i. Menghasilkan buku skrap tentang
kesepakatan antara negara serantau dalam pelbagai aspek.
ii. Mengumpul maklumat daripada pelbagai
sumber tentang penyelesaian secara diplomasi isu kesempadanan antara negara dan mempamerkan di kelas