Tingkatan 4 Bab 5: Pasaran -...

4
www.SPMSureSkor.com 1 Tingkatan 4 Bab 5: Pasaran 1. Permintaan Pasaran a) Jadual di bawah menunjukkan permintaan sejenis barang dalam pasaran yang terdiri daripada dua orang pengguna. Harga (RM) Kuantiti Diminta Oleh Amin (kg) Kuantiti Diminta Oleh Bardul (kg) 5 3 6 10 2 4 15 1 2 b) Kuantiti permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan kuantiti diminta oleh Amin dan Bardul. Harga (RM) Permintaan Pasaran (kg) 5 3 + 6 = 9 10 2 + 4 = 6 15 1 + 2 = 3 c) Keluk permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan kesemua keluk permintaan individu secara mendatar dalam pasaran. - Pada tingkat harga RM5, kuantiti diminta oleh Amin ialah 3kg dan kuantiti diminta oleh Bardul ialah 6kg, maka permintaan pasaran ialah 9kg (ditunjukkan oleh titik a). - Pada tingkat harga RM10, kuantiti diminta oleh Amin ialah 2kg dan kuantiti diminta oleh Bardul ialah 4kg, maka permintaan pasaran ialah 6kg (ditunjukkan oleh titik b). - Pada tingkat harga RM15, kuantiti diminta oleh Amin ialah 1kg dan kuantiti diminta oleh Bardul ialah 2kg, maka permintaan pasaran ialah 3kg (ditunjukkan oleh titik c). - Apabila titik a, b dan c disambungkan, maka terbentuklah keluk permintaan pasaran (D P D P ). Keluk ini mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan harga barang dan kuantiti diminta adalah berhubung secara negatif.

Transcript of Tingkatan 4 Bab 5: Pasaran -...

www.SPMSureSkor.com 1

Tingkatan 4 Bab 5: Pasaran

1. Permintaan Pasaran a) Jadual di bawah menunjukkan permintaan sejenis barang dalam pasaran

yang terdiri daripada dua orang pengguna.

Harga (RM)

Kuantiti Diminta Oleh Amin (kg)

Kuantiti Diminta Oleh Bardul (kg)

5 3 6

10 2 4

15 1 2

b) Kuantiti permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan kuantiti diminta

oleh Amin dan Bardul.

Harga (RM) Permintaan Pasaran (kg)

5 3 + 6 = 9

10 2 + 4 = 6

15 1 + 2 = 3

c) Keluk permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan kesemua keluk permintaan individu secara mendatar dalam pasaran.

- Pada tingkat harga RM5, kuantiti diminta oleh Amin ialah 3kg dan kuantiti diminta oleh Bardul ialah 6kg, maka permintaan pasaran ialah 9kg (ditunjukkan oleh titik a).

- Pada tingkat harga RM10, kuantiti diminta oleh Amin ialah 2kg dan kuantiti diminta oleh Bardul ialah 4kg, maka permintaan pasaran ialah 6kg (ditunjukkan oleh titik b).

- Pada tingkat harga RM15, kuantiti diminta oleh Amin ialah 1kg dan kuantiti diminta oleh Bardul ialah 2kg, maka permintaan pasaran ialah 3kg (ditunjukkan oleh titik c).

- Apabila titik a, b dan c disambungkan, maka terbentuklah keluk

permintaan pasaran (D P D P ). Keluk ini mencerun ke bawah dari kiri

ke kanan menunjukkan harga barang dan kuantiti diminta adalah berhubung secara negatif.

www.SPMSureSkor.com 2

2. Penawaran Pasaran a) Rajah berikut menunjukkan keluk penawaran bagi firma A dan firma B.

b) Pembentukan Keluk Penawaran Pasaran

c) Keluk penawaran ialah satu keluk yang menunjukkan jumlah kuantiti suatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua firma dalam suatu pasaran pada suatu tingkat harga tertentu dalam satu jangka masa tertentu.

- Pada tingkat harga RM20, kuantiti ditawarkan oleh firma A ialah 2 unit dan firma B ialah 4 unit, maka penawaran pasaran ialah 6 unit (ditunjukkan oleh titik A).

- Pada tingkat harga RM30, kuantiti ditawarkan oleh firma A ialah 4 unit dan firma B ialah 6 unit, maka penawaran pasaran ialah 10 unit (ditunjukkan oleh titik B).

- Pada tingkat harga RM40, kuantiti ditawarkan oleh firma A ialah 6 unit dan firma B ialah 8 unit, maka penawaran pasaran ialah 14 unit (ditunjukkan oleh titik C).

www.SPMSureSkor.com 3

- Pada tingkat harga RM50, kuantiti ditawarkan oleh firma A ialah 10 unit dan firma B ialah 10 unit, maka penawaran pasaran ialah 20 unit (ditunjukkan oleh titik D).

- Apabila titik A, B, C dan D disambungkan, maka terbentuklah keluk

penawaran pasaran (S P S P ). Keluk ini mencerun ke atas dari kiri ke

kanan menunjukkan harga barang dan kuantiti ditawar adalah berhubung secara positif.

3. Keseimbangan Pasaran a) Keseimbangan pasaran dicapai apabila kuantiti diminta dengan kuantiti

ditawar adalah sama pada suatu tingkat harga tertentu. b) Titik persilangan keluk permintaan pasaran dengan keluk penawaran pasaran

(D P D P = S P S P ).

c) Rajah keseimbangan pasaran bagi seluar sukan:

- Berdasarkan rajah di atas, pada tingkat harga RM50, kuantiti diminta oleh para pengguna hanya 3 helai dan kuantiti yang ditawarkan oleh pengeluar ialah 15 helai. Berlaku lebihan penawaran sebanyak 12 helai. Keadaan ini menyebabkan harga menurun. Kesannya, kuantiti permintaan akan bertambah manakala kuantiti penawaran seluar sukan akan jatuh.

- Pada tingkat harga RM10, didapati kuantiti yang diminta oleh pengguna adalah sebanyak 15 helai tetapi kuantiti yang ditawarkan oleh pengeluar hanya 3 helai. Berlaku lebihan permintaan sebanyak 12 helai di pasaran. Keadaan ini menyebabkan harga meningkat. Apabila harga meningkat, permintaan akan jatuh manakala penawaran akan meningkat.

- Pada tingkat harga RM30, harga tidak berkecenderungan untuk berubah kerana keseimbangan telah dicapai. Pada tingkat harga ini, kuantiti diminta adalah sama dengan kuantiti ditawarkan, iaitu sebanyak 9 helai.

4. Pasaran Faktor a) Ialah suatu keadaan apabila pembeli dan penjual faktor bertemu secara

langsung atau tidak langsung untuk berurus niaga faktor-faktor pengeluaran iaitu buruh, tanah dan modal (faktor keusahawanan tidak diurusniagakan dalam pasaran faktor).

5. Aliran Pusingan Pendapatan Dalam Ekonomi Dua Sektor a) Terdapat dua unit ekonomi yang penting:

www.SPMSureSkor.com 4

i. Sektor firma – pembeli faktor-faktor pengeluaran dan pembekal barang dan perkhidmatan.

ii. Sektor isi rumah – pengguna barang dan perkhidmatan dan pembekal faktor-faktor pengeluaran.

b) Perbezaan antara aliran fizikal dengan aliran wang:

Aliran Fizikal Aliran Wang

i. Isi rumah akan membekalkan faktor pengeluaran (modal, tanah, buruh, usahawan) kepada firma melalui pasaran faktor.

ii. Firma menggunakan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan kepada isi rumah melalui pasaran barang.

iii. Contoh:

Syarikat XYZ menjual kasut kepada Ali.

Ali berkerja dengan Syarikat XYZ.

i. Firma membayar sewa / faedah / upah / untung kepada isi rumah melalui pasaran faktor.

ii. Isi rumah menggunakan pendapatan / ganjaran daripada faktor pengeluaran untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan melalui pasaran barang.

iii. Contoh:

Syarikat XYZ membayar upah RM800 kepada Ali.

Ali membelanja RM20 untuk membeli kasut Syarikat XYZ.

c) Perbezaan antara pasaran barangan dan pasaran faktor:

Pasaran Barangan Pasran Faktor

- Firma menawarkan barang dan perkhidmatan.

- Isi rumah meminta barang dan perkhidmatan.

- Harga pasaran dapat ditentukan.

- Firma meminta faktor pengeluaran seperti modal, buruh dan tanah.

- Isi rumah menawarkan faktor pengeluaran seperti modal, buruh dan tanah.

- Pendapatan faktor dapat ditentukan.

Contoh: Syarikat Heng Heng mengeluarkan radio. Puan Ooi berkerja dengan Syarikat Heng Heng dengan gaji bulanan RM1500. Pada bulan Ogos, Puan Ooi telah membelanjakan RM500 untuk membeli sebuah radio dari Syarikat Heng Heng.

Aliran Pusingan Pendapatan Ekonomi Dua Sektor