Tinjauan Perlaksanaan Pembelajaran Berkumpulan Di · PDF fileMerujuk kepada teori perkembangan...

download Tinjauan Perlaksanaan Pembelajaran Berkumpulan Di · PDF fileMerujuk kepada teori perkembangan kognitif, Salvin ... x ialah bilangan pelajar memilih sesuatu ... diri dengan proses

If you can't read please download the document

Transcript of Tinjauan Perlaksanaan Pembelajaran Berkumpulan Di · PDF fileMerujuk kepada teori perkembangan...

  • Muka surat 1/7

    Tinjauan Perlaksanaan Pembelajaran Berkumpulan Di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Di Johor Bahru

    Khairulhelmi Katip

    Bazitah Abu Bakar dan Florence Fletcher Malia

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

    Abstrak

    Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan pendekatan pembelajaran berkumpulan (Cooperative Learning Approach) bagi pelajar-pelajar di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Johor Bahru. Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Prinsip Pengurusan. Seramai 31 orang pelajar lelaki dan perempuan telah dipilih untuk melaksanakan kajian ini. Keputusan kajian adalah berdasarkan jawapan daripada soal selidik yang telah diberi kepada pelajar. Analisa keputusan kajian menunjukkan kedua-dua golongan pelajar lelaki dan perempuan menggemari pendekatan kerjasama dalam pembelajaran (pembelajaran berkumpulan cooperative learning approach) dalam menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi bagi sesuatu matapelajaran. Antara hasil kajian yang didapati menunjukkan pembelajaran berkumpulan adalah lebih efektif dan mempunyai kesan positif ke atas pelajar, terutamanya dalam meningkatkan kefahaman pelajar ke atas sesuatu matapelajaran. Justeru itu, kajian menunjukkan pendekatan kerjasama dalam pembelajaran berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran adalah sesuai di kalangan pelajar IPTS tersebut.

    PENGENALAN Pembelajaran berkumpulan adalah salah satu kaedah pembelajaran yang banyak ditekankan dewasa ini. Pembelajaran ini melibatkan perbincangan, penyelesaian masalah dan aktiviti lain yang dilaksanakan dalam kumpulan yang kecil atau secara berpasangan untuk mencapai matlamat bersama. Pembelajaran berkumpulan melibatkan pengawasan dan penggalakkan interaksi di kalangan pelajar berbanding dengan persaingan pembelajaran atau pembelajaran persendirian (Kagan, 1999). Sebahagian kaedah pembelajaran berkumpulan berorientasikan kepada penguasaan kemahiran asas dan pengetahuan seseorang. Sementara terdapat juga yang berorientasikan pelajar melengkapkan sesuatu projek yang sukar secara berkumpulan, yang menekankan kemahiran berfikir yang lebih kritis dan analitikal. Dalam pembelajaran berkumpulan, para pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dan kumpulan (Gokhale, 1995). Dengan itu, setiap ahli kumpulan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan dan komited dalam pembahagian tugas bagi memastikan tercapainya objektif pembelajaran. Elemen-elemen di dalam

  • Muka surat 2/7

    pembelajaran berkumpulan berupaya menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk belajar. Merujuk kepada teori perkembangan kognitif, Salvin (1996) berpendapat

    melalui perbincangan dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan pelajar dapat membantu mereka untuk menguasai konsep-konsep penting. Woolfolk (1995) mencadangkan situasi interaksi sesama pelajar adalah perlu untuk membantu proses berfikir pelajar. Menurut Panitz (1996) apabila pelajar diberi tanggungjawab untuk memastikan kejayaan kumpulan, mereka lebih berminat untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan berakhir dengan memikul lebih banyak tanggungjawab. Ini bukan sahaja menimbulkan sikap positif dalam pembelajaran bahkan ianya juga akan membentuk hubungan baik di antara ahli dalam pembelajaran bahkan ianya juga akan membentuk hubungan baik di kalangan ahli dalam kumpulan yang sama terutamanya kumpulan yang di mana di dalamnya terdapat perbezaan latarbelakang budaya dan sosio-ekonomi khususnya untuk pelajar di peringkat tertiary (pengajian atas) yang berbilang kaum di Malaysia. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui kaedah pembelajaran yang digunakan oleh para pelajar apabila menghadapi masalah dalam pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran. METODOLOGI Kajian dijalankan di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Johor Bahru. Institusi dipilih berdasarkan hubungan yang baik antara pihak pengurusan Institusi dengan penyelidik. Seramai 31 orang pelajar yang mengikuti matapelajaran Prinsip Pengurusan di institusi berkenaan telah terlibat sebagai subjek kajian. Pelajar terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan 19 orang pelajar perempuan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada bidang pelajaran yang memerlukan pelajar untuk mengingati, memahami dan menguasai konsep-konsep penting pelajaran serta memerlukan tindakan pelajar sekiranya berhadapan dengan masalah pembelajaran. Kaedah soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Soalan dalam borang soal selidik berlandaskan tiga (3) bentuk iaitu specific responses, checklist responses dan open-ended answers. Pelajar diberi masa selama 15 minit untuk menjawab soal selidik berikut yang merangkumi 15 soalan. Kaedah pengiraan yang digunakan adalah kaedah pengiraan frekuensi (FCM Frequency Count Method). Dimana, x ialah bilangan pelajar memilih sesuatu kaedah manakala n pula mewakili jumlah keseluruhan pelajar yang terlibat dalam kajian ini. y mewakili peratusan yang diperolehi. x/n X 100 % = y % DAPATAN KAJIAN Jadual dibawah menunjukkan bilangan sampel lelaki dan perempuan yang terlibat sebagai subjek kajian. Responden terdiri daripada pelajar yang mengambil matapelajaran Prinsip Pengurusan. Melayari internet dan lain-lain hanya diwakili oleh sampel perempuan. Mendapatkan bantuan pensyarah, belajar secara berkumpulan dan membuat rujukan di perpustakaan terdiri daripada kedua-dua kumpulan jantina. Berdasarkan sampel kedua-dua kumpulan jantina ini tidak akan membiarkan masalah

  • Muka surat 3/7

    begitu sahaja jika menghadapi kesukaran dalam pembelajaran. Bilangan sampel adalah seramai 31 orang, iaitu 19 orang pelajar perempuan dan 12 orang pelajar

    lelaki. JADUAL 1 : TABURAN RESPONDEN KAJIAN Kaedah Pembelajaran Lelaki Perempuan Bilangan Bantuan Pensyarah 3 4 7 Pembelajaran berkumpulan 8 9 17 Rujukan di perpustakaan 1 3 4 Melayari internet 0 2 2 Membiarkan masalah 0 0 0 Lain-lain 0 1 1 Jumlah 12 19 31 Melalui jawapan dari borang soal selidik yang dikutip, data-data berikut telah diperolehi; JADUAL 2 : MAKLUMAT DAPATAN BERDASARKAN BORANG SOAL SELIDIK. Kaedah Pembelajaran Lelaki Perempuan Bilangan Peratus (%)Bantuan Pensyarah 3 4 7 22.6Pembelajaran berkumpulan 8 9 17 54.8Rujukan di perpustakaan 1 3 4 12.9Melayari internet 0 2 2 6.5Membiarkan masalah 0 0 0 0.0Lain-lain 0 1 1 3.2Jumlah 12 19 31 100.0 Melalui data yang diperolehi, didapati kebanyakan pelajar, iaitu 54.8% menggunakan kaedah pembelajaran berkumpulan untuk menyelesaikan masalah berkaitan sesuatu matapelajaran. Salvin (1995), berpendapat melalui perbincangan dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan pelajar dapat membantu mereka untuk menguasai konsep-konsep penting. Hasil data turut menunjukkan peratusan pelajar yang meminta bantuan pensyarah adalah 22.6%, 12.9% membuat rujukan di perpustakaan, melayari internet 6.5% dan lain-lain seperti pembelajaran secara bersendirian sebanyak 3.2%. Dapatan juga menunjukkan pelajar tidak membiarkan masalah mereka berlalu tanpa mencari jalan penyelesaian.

  • Muka surat 4/7

    JADUAL 3 : MAKLUMAT DAPATAN KAJIAN BERDASARKAN JANTINA.

    Kaedah Pembelajaran Bilangan

    Lelaki Peratus

    (%)Bilangan

    Perempuan Peratus

    (%)Bantuan Pensyarah 3 25.0 4 21.0Pembelajaran berkumpulan

    8 66.7 9 47.4

    Rujukan di perpustakaan 1 8.3 3 15.8Melayari internet 0 0.0 2 10.5Membiarkan masalah 0 0.0 0 0.0Lain-lain 0 0.0 1 5.3Jumlah 12 100.0 19 100.0 Merujuk kepada Jadual 3, tidak dinafikan bahawa pembelajaran berkumpulan adalah kaedah pembelajaran yang diminati oleh kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan di IPTS tersebut. Walau bagaimanapun, peratusan pelajar lelaki yang melaksanakan pembelajaran berkumpulan mengatasi peratusan pelajar perempuan sebanyak lebih kurang 20%. Terdapat pelajar perempuan yang menggunakan kaedah pembelajaran secara internet, iaitu sebanyak 10.5% berbanding pelajar lelaki yang tidak langsung menggunakan kaedah tersebut. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan didapati 15.8% pelajar perempuan membuat rujukan ke perpustakaan bila menghadapi masalah dalam pembelajaran, sedangkan kaedah ini hanya melibatkan 8.3% pelajar lelaki sahaja. 5.3% pelajar perempuan memilih untuk belajar secara persendirian (lain-lain). PERBINCANGAN Pembelajaran berkumpulan adalah pembelajaran secara aktif yang memerlukan penglibatan dan kerjasama setiap pelajar di dalam kumpulan. Untuk menjayakan kaedah pembelajaran ini beberapa ciri-ciri telah dikenalpasti. Ianya adalah seperti berikut,

    Memerlukan sikap saling kebergantungan yang positif dikalangan ahli untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan.

    Setiap individu bertanggungjawab dalam menyelesaikan bahagian kerja masing-masing.

    Perlukan interaksi secara face to face. Ahli-ahli kumpulan perlu tahu menyesuaikan aplikasi kemahiran interpersonal,

    komunikasi, kepimpinan dan pengurusan konflik. Penilaian kumpulan secara kerap harus dilakukan untuk memperbaiki

    kelemahan dalam kumpulan dan meningkatkan kerjasama berkumpulan. Dari kajian yang dilaksanakan, didapati pembelajaran berkumpulan mempunyai lebih kesan positif ke atas pelajar yang menggunakan kaedah ini untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka. Di antara kesan-kesan yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut,

    Pelajar dapat mengeluarkan idea-idea baru berkenaan masalah yang mereka hadapi dalam sesuatu matapelajaran.

    Mengurangkan masalah ketidak fahaman mengenai sesuatu matapelajaran. Memberi peluang kepada pelajar berkongsi dan bertukar idea. Membantu pelajar berfikir secara analitikal dan kritis.

  • Muka surat 5/7

    Meningkatkan tahap keyakinan pelajar. Meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu matapelajaran.

    Walau