Tips Hadir Temuduga

download Tips Hadir Temuduga

of 4

description

a

Transcript of Tips Hadir Temuduga

  • 5/24/2018 Tips Hadir Temuduga

    1/4

    TIPS HADIR TEMUDUGA

    pengalaman menghadiri temuduga biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) untuk sambung

    PHD.

    Tajuk terlalu umum. Perlu spesifik dan fokus kepada satu bidang sahaja. Kecilkan skop kajian -sedalam mungkin.

    Perlu mahir dalam bidang yang hendak dikaji secara mendalam. Contohnya jangan hendakmengkaji atau membuat model sesuatu program (komputer) tetapi tidak tahu software secara

    teknikal (programming).

    Proposal mestilah lengkap. Bukan hanya terbatas kepada 1 000 patah kata (5-6 halaman).

    Tuliskan sumber rujukan yang banyak. Terangkan kajian tersebut akan menggunakan model,

    teori dan konsep apa secara jelas.

    Objektif kajian mestilah berada pada peringkatnya. Bukan hanya "mengenal pasti" yang boleh

    dikaji oleh pelajar sarjana muda.

    Boleh menerangkan faedah kajian tersebut kepada organisasi terutama pada peringkat

    kementerian.

    Persediaan perlu mantap. Buat kajian terlebih dahulu. Adakan perhubungan dengan pensyarah

    terlebih dahulu untuk menjelaskan konsep atau latar belakang kajian tersebut. Hubungan denganpensyarah terlebih dahulu perlu dinyatakan sebagai sumber rujukan kajian.

    Bawa semua sijil yang ada termasuk buku atau apa sahaja hasil penulisan.

    Penampilan perlu juga dijaga. Ini adalah persaingan peringkat tinggi. Bawa kot /blazer untukpenampilan yang lebih profesional.

    Antara soalan yang ditanya :

    1. Pembukaan sesi dimulakan dengan anda dikehendaki menerangkan latar belakang diri andadan juga pengalaman profesional anda.

    2. Objektif, matlamat, kaedah dan lain-lain berkaitan kajian dihuraikan satu persatu. Soalansecara spontan oleh penemuduga akan diajukan berdasarkan huraian orang yang ditemuduga.

    3. Kaitkan kajian dengan pengalaman dan bidang kerja sekarang. Apakah sumbangan yang boleh

    diberikan kepada bidang profesional sekarang.

    4. Bagaimanakah kajian tersebut akan dijalankan. Huraikan.

  • 5/24/2018 Tips Hadir Temuduga

    2/4

    Ada juga soalan pengetahuan am tapi terlalu sedikit. 99% soalan adalah fokus kepada kajian

    yang hendak dijalankan. Ia bukan hanya satu sesi temuduga biasa tetapi lebih kepada

    pembentangan "viva" !.

    Soalan dalam BM dan juga BI. Jika tidak tahu tentang soalan yang diajukan, maka dengan jujur

    terus saja menjawab "maaf, saya tidak membuat kajian tentang hal itu" dan soalan berikutnyaakan diajukan.

    So, cadangan aku... mulalah menulis mulai sekarang ! kumpul sebanyak mungkin data yangperlu. Pastikan proposal dah cecah 100 helai.... dan bahan sokongan dah 2 fail baru gi jumpa dr

    dr tuh ... (yg temuduga ialah lepasan phd) ..selamat maju jaya..

    Jika anda lulus tapisan temudaga neh, anda akan diminta menghadiri satu kursus. Selepas itu

    barulah anda akan diiktiraf sebagai penerima HLP.

    ORG KE2

    terdapat satu bahagian dalam temuduga tersebut diminta jawab dalam Bahasa Inggeris.Panel soal sumbangan aku sepanjang karier dalam Bahasa Melayu. Bila aku nak mula

    jawab je dia pun kata " in English". Aku dah set minda jawab Melayu sebab soalan

    Melayu. Bila kena sergah macam tu, aku pun amik masa le nak tune. Memang le englishaku OK, tapi aku belum biasa sebut pembentangan kertas kerja

    "I've presented paper in Vocational and Technical Seminar at Sofitel Hotel ..

    aku mana nak hafal tajuk kertas kerja tu.. tu yang kantol.Lain kali aku kena latih bercakap tentang sumbangan dan tajuk dalam Bahasa Inggeris.

    resume

    aku tak print resume, jadi bile dia suruh aku cerita, mana aku nak ingat tahun berapa-

    berapa. Merapu je.Aku akan print satu resume letak kat sebelah aku dan baca bila dia tanya.

    Bahan bukti kertas kerja/ nama dalam buku prosiding/ jurnal/ buku

    Ni yang aku sakit hati. Memang le aku bentang, tulis buku, tulis dalam jurnal. Dalamsurat tak de kata pun bawak benda-benda tu. Kata bawa proposal dan sijil je. Bila aku

    kata aku bentang, dia terus tanya aku "apa proof you bentang? Mana sijil/ kertas kerja/

    buku/ jurnal" Ada pegawai India tu kerja kat Putrajaya juga. Dia sempat le balik amikbuku kat pejabat dia dan datang balik. Buku kerja Bahasa Tamil sekolah rendah je. Aku

    mana bawak, kat rumah le. Aku tulis buku sekolah menengah lagi.

    Aku akan bawa abstrak, buku yang aku tulis, aturcara seminar, sijil-sijil dan jurnal yang

    aku tulis dan bentang

    ProposalAku pun tak tahu le. Aku ni datang temuduga ke VIVA? Dah namanya proposal atau

    kertas cadangan. Buat le dalam 13 m/s. Lepas tu suruh aku buat satu Malaysia, tanya ada

    berapa kerangka teori yang ada, lepas tu suruh gabung, kenapa tak masukkan itu dan ini,ringkas sangat dan lain-lain soalan yang tak masuk akal. Kalau dah lengkap, tak le nama

    dia proposal itu dissertasi namanya. Lepas tu dah sampai depan pintu waktu mendaftar

    baru cakap nak 3 salinan proposal.

  • 5/24/2018 Tips Hadir Temuduga

    3/4

    Lain kali aku kena semak proposal tu betul-betul tapi aku tak nak print 3 salinan.

    Biarkan.

    Tesis sarjana tidak boleh diteruskan ke peringkat PHDMulanya panel tak tahu proposal tu berdasarkan dissertasi sarjana aku. Aku dah defend

    baik. Dia tanya kerangka teori, senang-senang je aku jawab. Tiba-tiba Dr Rahim

    (UTM)tanya tajuk tesis sarjana aku, baru panel tahu dan kondem proposal aku. Diaorangkata tak boleh diteruskan ke PHD.Tu yang aku geram dengan 'orang' UTM ni. Datang tempat aku kempen aku dan kekawan

    buat PHD kat UTM, masuk je, kita orang tolong. Tapi kalau dah masuk, mampus engkau

    le. Engkau-engkau, aku-aku. Dia dengan kaum dia sama je, jahat. Tak de maknanya. Akunyaris-nyaris tamat tanpa Sarjana, tapi aku bernasib baik kerana dengan pertolongan DR

    WIDAD OTHMAN aku dapat menamatkan pengajian. Itupun pada semester ke 10,

    tolong apa? Kalau tak hangus belanja belajar aku RM10,000.00. Pakai duit sendiri, bukan

    loan.

    Panduan Menulis Proposal Hadiah Latihan Persekutuan

    LAMPIRAN A (i): "PANDUAN MENULIS RANCANGAN PENGAJIAN UNTUKPROGRAM IJAZAH TINGGI BAGI PERKHIDMATAN GUNASAMA UNTUK

    PERMOHONAN HLP SESI PENGAJIAN 2011"

    "Guideline to Writing Research Proposal/Statement of Purpose for Ph.D/MastersProgramme"

    1) Panduan menulis cadangan penyelidikan (Ph.D dan mod pengajian -Penyelidikan Penuh)Guideline to writing research proposal (Ph.D and mode of study - Full Research)

    Pemohon dikehendaki mengemukakan satu kenyataan berkaitan cadanganpenyelidikan (calon PhD dan calon Sarjana secara Penyelidikan Penuh) Kenyataanharuslah mengandungi elemen berikut:

    Applicants are required to submit either a research proposal (Ph.D & Masters by fullresearch). The statement should comprise the following elements:

    Bidang penyelidikan (Sila letakkan di penjuru atas kanan muka depan kertas)Field of Research

    Cadangan Penyelidikan

    Research Proposal Latarbelakang atau kajian perpustakaan ringkas mengenai bidang kajian

    Background or a brief literature review on the research topic

    Rangka kajianTheoretical Framework

    Objektif KajianObjective of study

  • 5/24/2018 Tips Hadir Temuduga

    4/4

    Jelaskan apakah objektif yang mendorong tajuk ini dikajiExplain the objective(s) that influence the research

    Metodologi kajianMethodological Research

    Jelaskan metod-metod yang akan digunakan dalam membuat kajian seperti

    perpustakaan, kerja makmal, kajian luar, dokumentari, persejarahan,wawancara/soal selidik, penafsiran dan analisis, dan lainnyaExplain the methods used in the research such as library research, lab work, fieldwork, historical documentary, interview, survey, evaluation and analysis, etc.

    Rangka Jadual KerjaWork schedule

    Bibliografi ringkasBrief Bibliography

    Cadangan penyelidikan ini hendaklah tidak kurang daripada 10 muka surat (Ph.D) dan5 muka surat (Sarjana) ditulis dalam Bahasa Inggeris (pengajian di Luar Negara) dan

    Bahasa Malaysia (pengajian di Dalam Negara).The research proposal should not be less than 10 pages (Ph.D) or 5 pages (Masters),written in English (Overseas Studies) and Bahasa Malaysia (Local Studies).

    2) Panduan menulis cadangan pelan pengajian (mod pengajian - kerja kursus)Guideline to writing research proposal (mode of study - coursework)

    Pemohon dikehendaki mengemukakan satu kenyataan berkaitan dengan pelanpengajian. Kenyataan haruslah mengandungi elemen-elemen berikut:

    Applicants are required to submit a statement of purpose with study plan. The statementshould comprise the following elements:

    Bidang kursus (Sila letakkan di penjuru atas kanan muka depan kertas)Coursework

    Tajuk Kerja KursusTopic of coursework

    Pelan PengajianStudy Plan

    Potensi kepentingan Kerja Kursus kepada Perkhidmatan AwamPotential Interest of coursework towards Public Service

    Cadangan pelan pengajian ini hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 3

    mukasurat serta ditulis dalam Bahasa Inggeris (pengajian di Luar Negara) dan BahasaMalaysia (pengajian di Dalam Negara).The research proposal should not be less than 3 pages, written in English (OverseasStudies) and Bahasa Malaysia (Local Studies).