TITAS 3

35
“BERTEKAD CEMERLANG” NAMA NO MATRIK TANDATANGAN ALDEN ALEX RAYMOND BA09110143 MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF BA09110022 AIMY NABILLA BT MOHAMAD YUSOF BA09110233 STEFANIE VERONICA FERNANDEZ BA09110181 NUR IZWA NADIA BT ABDUL RAHIM BA09110274 KURSUS: TAMADUN ISLAM DAN ASIA (UW00202) TAJUK: “BUDAYA KEBENDAAN (MATERIALISTIK) BARAT DAN IMPAK TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA” PENSYARAH: PUAN DAYANG HAFIZAH MASA: 7:00 - 9:00 MALAM

Transcript of TITAS 3

Page 1: TITAS 3

“BERTEKAD CEMERLANG”

NAMA NO MATRIK TANDATANGAN

ALDEN ALEX RAYMOND BA09110143

MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF BA09110022

AIMY NABILLA BT MOHAMAD YUSOF BA09110233

STEFANIE VERONICA FERNANDEZ BA09110181

NUR IZWA NADIA BT ABDUL RAHIM BA09110274

KURSUS: TAMADUN ISLAM DAN ASIA (UW00202)

TAJUK: “BUDAYA KEBENDAAN (MATERIALISTIK) BARAT

DAN IMPAK TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA”

PENSYARAH: PUAN DAYANG HAFIZAH

MASA: 7:00 - 9:00 MALAM

TEMPAT: DEWAN KULIAH PUSAT 7 (DKP7)

(SEKSYEN 11)

Page 2: TITAS 3

ISI KANDUNGAN

1.0) PENGENALAN (BUDAYA KEBENDAAAN /MATERIALISTIK)

2.0) FAKTOR YANG MENYEBABKAN BUDAYA MATERIALISTIK

3.0 ) IMPAK KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA

4.0 ) CARA-CARA MENANGANI BUDAYA MATERIALISTIK

5.0 ) KESIMPULAN

6.0 ) RUJUKAN

7.0 ) DAPATAN KAJIAN SOAL SELIDIK

8.0 ) RUJUKAN

9.0 ) LAPORAN MINIT MESYUARAT

Page 3: TITAS 3

1.0 PENGENALAN

Kita sering tertanya-tanya adakah generasi yang akan datang dapat

mempertahankan budaya dan adat resam yang kita amalkan sejak zaman dahulu

lagi. Sejak akhir-akhir ini kita dapat melihat dan merasai bahawa budaya dan adat

resam yang diamalkan semakin hari semakin pudar. Budaya yang menunjukkan

ciri-ciri ketimuran masyarakat kita seolah-olah ditranfomasikan menjadi satu

budaya baru seperti budaya materialistik.

Sekadar memerhati di kompleks beli-belah di sekitar ibu Negara, kita dapat

menyaksikan masyarakat Malaysia yang memakai atau menggunakan barangan

yang berjenama1. Pandangan kita tentunya tidak terlepas dari memandang baik

dari segi pakaian yang menyaluti tubuh mereka, aksesori seperti beg tangan

sehinggalah kepada telefon bimbit, kenderaan yang dipandu, produk-produk

kecantikkan dan cermin mata hitam yang dipakai semuanya barangan yang

berjenama dan sudah pasti mahal harganya2. Kebanyakkan mereka yang memakai

barangan yang berjenama akan mengunjungi cafe-cafe atau restoran-restoran yang

elit seperti Starbucks, Coffee Bean, hotel bertaraf lima bintang dan sebagainya.

Topik yang melingkari kehidupan mereka menjadi bualan ketika bersembang atau

melepak bersama ialah tentang ketaasuban mereka terhadap barangan yang

berjenama yang terkini yang sering terpampang di media cetak ataupun media

elektronik3.

Selain itu, jika dahulu mereka yang memakai barangan yang berjenama

sering dikaitkan dengan status seseorang, tetapi tidak lagi pada zaman era

globalisasi ini, kebanyakan masyarakat Malaysia sudah dapat memakai atau

menggunakan barangan yang berjenama asalkan mereka mempunyai wang yang

banyak dan sedikit sebanyak sikap ini akan menjadi ikutan rakyat Malaysia yang

lain4. Mereka akan berlumba-lumba untuk memenuhi keperluan diri yang tidak

1 Muhammad Haffy Zikry, 2009 , Dewan Siswa ,Remaja Dipasung Jenama, Dawama Sdn.Bhd2 ibid.3 Ibid.4 Che Mahzan Ahmad, 2009 , Dewan Siswa, Pesona Jenama, Dawama Sdn.Bhd

Page 4: TITAS 3

sepatutnya itu untuk memastikan mereka berada dalam golongan yang tidak

ketinggalan dari segi berfesyen atau menggunakan gajet yang terkini5. Citarasa

masyarakat Malaysia dewasa kini sudah jauh berubah. Mereka lebih berminat

menggunakan atau membeli barangan keluaran luar Negara berbanding dengan

barangan tempatan6.

Barangan yang berjenama yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang ialah

Louis Vuitton, Gucci, Prada, Georgio Armani, Salvatore Faragamo, Dior dan Dunhill.

Jenama-jenama berkenaan selalunya menjadi pilihan golongan yang lebih dewasa.

Manakala, antara jenama yang menjadi ikutan remaja pula ialah seperti Calvin

Klein, Guess, MNG, DKNY, Quicksilver, Billabong, Zara, Adidas, Nike dan Paul Smith

yang mana rekaan dan fesyennya menepati citarasa dan kemahuan remaja pada

hari ini. Jenama tersebut rata-rata mampu dimiliki meskipun harganya masih

dianggap mahal.

Sikap masyarakat kita pada hari ini seolah-olah menunjukkan bahawa

masyarat Malaysia semakin hari semakin pudara identitinya. Identiti yang

dimaksudkan ialah mengenai budaya yang melambangkan masyarakat Malaysia

seperti cara berpakaian dan ini dapat dilihat melalui cara pemakaian masyarakat

Melayu yang dahulunya menutup aurat dan memakai pakaian yang bersopan,

cantik dan tidak mementingkan jenama7. Mereka juga menggunakan tekstil

tempatan untuk membuat pakaian seperti kain songket dan batik. Walaupun tekstil

yang digunakan tidak mempunyai jenama tetapi, baju yang dihasilkan itu tahan

lama bak kata pepatah “alah membeli menang memakai”. Akan tetapi, masyarakat

zaman sekarang lebih gemar memilih tekstil dari luar Negara seperti Indonesia,

India, Itali, Cina, Korea, dan sebagainya. Antara contoh tekstil yang terkenal yang

dihasilkan dari luar Negara ialah sutera, shifon, lace, satin, sari dan lain-lain lagi.

Mereka menganggap bahawa barangan dari luar Negara adalah berkualiti dan

tahan lama berbanding dengan barangan buatan tempatan.

5 Ibid.6 Hamzah Hamdani, 2009 , Dewan Bahasa Dan Pustaka7 Ibid.

Page 5: TITAS 3

2.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENGARUH BUDAYA KEBENDAAN

BARAT DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA.

Dunia komunikasi yang terbuka dan sentiasa berkembang dengan maklumat

terkini serta terknik penciptaan yang serba canggih, sering berubah menampakkan

masyarakat hari ini lebih ke arah budaya kebendaan barat. Di sini, kita dapat

melihat bahawa media massa merupakan medium yang sangat penting dalam

mempengaruhi minda masyarakat. Dengan adanya media massa berbentuk media

cetak sehinggalah ke media elektronik seperti televisyen, radio, internet, surat

khabar, risalah, majalah, dan juga papan iklan maka segala maklumat dapat

disampaikan kepada masyarakat dengan tepat. Remaja merupakan pembeli utama

majalah hiburan dan fesyen. Pendedahan secara meluas kepada gaya semasa

sedikit sebanyak telah mewarnai dan mencorakkan kehidupan mereka. Apa sahaja

benda atau rekaan terbaru di pasaran, pasti mereka akan berusaha untuk

mendapatkannya. Dalam memburu keinginan dan kehendak ini, remaja sebenarnya

tertipu akan barangan berjenama barat atau apa-apa sahaja slogan yang digunakan

oleh pengeluar barangan yang hanya merujuk kepada kualiti dan sifat barangan

tersebut, tetapi bukan sifat si pemakainya. Sementara gaya atau model yang

ditampilkan pula sememangnya sempurna dari segala segi. Perkara yang penting di

sini ialah tidak semestinya apa-apa yang digunakan atau dipakai ke badan model

sesuai dengan diri si pembeli.

Iklan-iklan dapat mempengaruhi masyarakat dengan warna-warna yang

menarik perhatian dan yang paling penting, iklan-iklan sering memaparkan

promosi-promosi yang sering menjerat pengguna untuk berfikiran bahawa mereka

harus memiliki barang yang diiklankan itu. Di sini, pengguna lebih bersifat ke arah

kebendaan barat mungkin kerana iklan mempengaruhi mereka untuk membeli

barangan yang tidak penting untuk dimiliki dan kadang kala tidak berguna dalam

kehidupan seharian mereka. Hal ini adalah disebabkan apabila masyarakat melihat

iklan-iklan yang mempromosikan barang yang menarik terutamanya iklan barangan

yang berjenama barat seperti Levi’s, Gucci dan sebagainya mereka akan terus

membeli barang tersebut kerana berpendapat bahawa memiliki barangan

Page 6: TITAS 3

berjenama adalah sesuatu yang melambangkan status ataupun taraf seseorang dan

apabila mereka memiliki barangan berjenama berkenaan mereka beranggapan

bahawa status mereka jauh lebih tinggi dari orang yang tidak menggayakan

pakaian ataupun aksesori tersebut.

Hampir semua pengguna amat mengharapkan kepuasan yang maksimum

terhadap barangan yang ingin dimilkinya dan disebab itu mereka lebih memandang

tinggi terhadap barangan berjenama barat yang berkualiti tanpa mementingkan

soal wang ringgit khususnya bagi golongan berada dan yang berkemampuan. Selain

itu, masyarakat pada era globalisasi ini berfikiran bahawa barangan yang

berjenama mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding dengan barangan yang

murah dan yang tidak berjenama. Bagi sesetengah pengguna pula, mereka

berpendapat bahawa dengan memiliki barangan yang berjenama barat seperti

Louis Vuitton, Gucci, DKNY dan sebagainya mereka akan merasa kepuasannya dan

ini tidak akan difahami oleh orang lain. Umum mengetahui, masyarakat hari ini

lebih memandang kepada status seseorang maka dengan memiliki banyak

barangan berjenama dari Negara barat ini, reputasi seseorang akan lebih terjaga

khususnya kepada golongan yang terlalu mementingkan taraf dan kedudukan.

Selain itu faktor persekitaran juga mempengaruhi sikap dan juga tingkah laku

seseorang. Sebagai contoh, apabila seseorang dibesarkan dalam keluarga yang

kaya dan sering dilimpahi dengan semua barangan mewah sejak dari kecil maka

tidak hairanlah apabila mereka dewasa kelak mereka lebih memandang kepada

barangan yang berjenama terutamanya barangan dari barat. Mereka yang hidup

dikelilingi oleh orang yang kaya dan mementingkan jenama juga akan terasa

terpengaruh untuk membeli barangan berjenama. Hal ini adalah kerana mereka

akan merasa tergugat dengan orang yang berada disekelilingi mereka yang

memiliki barangan yang berjenama tersebut.

Ekoran daripada pertumbuhan ekonomi yang pesat, maka kebanyakan

masyarakat kita mampu membeli barangan yang diingini. Hal ini disebabkan oleh

pendapatan isi rumah yang semakin meningkat dan menyebabkan masyarakat

lebih cenderung untuk berbelanja lebih dari kebiasaannya. Mereka berpendapat

bahawa jika pendapatan meningkat, mereka mampu untuk membeli barang yang

sudah lama dihajati. Namun begitu jika pendapatan isi rumah meningkat, harga

Page 7: TITAS 3

barang-barang di pasaran juga akan meningkat dan pengguna juga akan

mengalami kerugian. Oleh itu, mereka akan melakukan apa-apa sahaja untuk

memenuhi kemahuan dan impian mereka. Selain itu, masyarakat Malaysia juga

mempunyai sikap bersaing antara satu sama lain. Hal ini adalah kerana apabila

melihat orang yang lebih bagus kedudukan ekonominya ditambah lagi apabila

orang tersebut memiliki banyak barang berjenama, maka rasa persaingan akan

wujud untuk melihat ekonomi siapa yang lebih kukuh.

Apabila wujudnya persaingan, maka keinginan untuk mengatasi antara satu

sama lain akan wujud di dalam diri masing-masing dan ketika itulah sikap ingin

menunjuk-nunjuk timbul. Hal ini akan menyebabkan masyarakat bersikap

materialistik dan membeli barang-barang di luar kemampuan mereka hanya

dengan tujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk bahawa mereka pun mampu

untuk memiliki barangan berjenama barat yang tinggi harganya contohnya perabot

Lorenzo .Mereka juga akan beranggapan bahawa masyarakat luar akan

memandang tinggi jika mereka menggunakan barangan dan pakaian yang

berjenama barat.

3.0 IMPAK TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA

Sememangnya, budaya kebendaan atau lebih dikenali sebagai ‘materialistic’

mendatangkan kesan kepada masyarakat Malaysia khususnya, dimana ianya boleh

dibahagikan kepada dua aspek iaitu kesan positif dan negatif. Malaysia merupakan

sebuah Negara yang sedang pesat membangun dan dijangka akan mencapai

Negara maju menjelang tahun 20208. Namun dalam mengejar kemajuan, nilai-nilai

MORAL tidak haruslah diketepikan begitu sahaja. Sebelum mencapai wawasan 2020

seperti yang di perkatakan oleh mantan Perdana Menteri kita yang ke-empat iaitu

Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad. Malaysia telah mengalami satu

arus perubahan yang amat ketara dari segi sosialnya. Antara perubahan yang dapat

kita lihat ialah ‘budaya kebendaan barat’ yang semakin mendominasi masyarakat

Malaysia pada masa kini9.

8Haw Tian Soo, 6.5.92 ,Dr Mahathir Mahu Belia Siap Sedia, Berita Harian. 9 Ibid.

Page 8: TITAS 3

Berdasarkan kepada dapatan kajian, responden telah berhujah bahawa

impak negatif yang dapat kita bincangkan akibat daripada pengaruh kebendaan

barat terhadap masyarakat Malaysia ialah, ianya akan menimbulkan masalah sosial

dalam kalangan remaja seperti masalah pelacuran. Masalah pelacuran akan berlaku

apabila sesetengah remaja sanggup menggadaikan maruah demi mendapatkan apa

yang mereka inginkan. Hal ini kerana faktor kurangnya kemampuan untuk memiliki

barangan berjenama barat seperti Gucci kerana harganya yang amat mahal. Dan

sememangnya perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam mayarakat Malaysia

kerana ini bukan sahaja mencemarkan maruah diri sendiri tetapi juga maruah

keluarga, bangsa dan Negara.

Selain itu, impak negatif yang berlaku terhadap masyarakat Malaysia adalah,

mendorong ke arah sikap mementingkan dri sendiri tanpa mengambil berat tentang

kebajikan orang lain. Dimana keadaan seperti ini akan membawa banyak

keburukan kepada orang lain sedangkan masyarakat Malaysia terkenal dengan

budayanya yang tersendiri seperti, tolong-menolong dan bantu-membantu.

Masyarakat secara umumnya perlulah prihatin kepada golongan yang kurang

bernasib baik. Sebagai contoh, kita seharusnya menyumbangkan derma kepada

golongan yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa dan budaya daripada

menbelanjakan duit tersebut dengan membeli pelbagai barangan yang berjenama

barat yang mempunyai harga yang mahal. Dengan ini, secara tidak langsung kita

dapat memberikan bakti dan sumbangan kepada orang lain.

Menurut responden, selain masalah yang telah dinyatakan diatas, terdapat

juga masalah sosial lain yang berlaku iaitu, berlakunya jurang sosial antara

masyarakat. Dimana orang yang mempunyai kemewahan seperti melalui cara

pemakaiannya yang menggunakan pelbagai barangan yang mempunyai jenama

besar dari barat seperti Levi’s, Prada, Louise Vuitton dan sebagainya akan

dipandang tinggi dan juga lebih dihormati berbanding dengan orang yang hanya

memakai barangan buatan tempatan yang tidak berjenama. Hal ini akan

menimbulkan ketidakpuasan dalam sesetengah masyarakat itu. Dalam pada itu,

masalah ini juga akan menimbulkan perasaan individualistik, mementingkan diri

sendiri, serta perasaan tinggi diri (ego) yang akan memberi kesan negatif kepada

pembentukan gagasan 1 malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita

yang ke-enam Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Page 9: TITAS 3

Selain itu masalah yang berlaku akibat daripada budaya kebendaan barat

ialah, sesetengah masyarakat akan melakukan apa sahaja cara untuk mencapai

kesenangan ataupun ingin memiliki kemewahan walaupun dengan cara yang tidak

‘HALAL’. Pernyataan tidak halal ini bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yang

dilarang oleh Agama. Sebagai contoh, melakukan kes penculikan, ragut ,rasuah dan

sebagainya. Dan ini secara tidak langsung akan mengundang bahaya serta mampu

mengancam keselamatan masyarakat umum. Ini akan menyebabkan kesejahteraan

dan kemakmuran rakyat tergugat.

Selain itu, berdasarkan kepada kajian soal selidik responden juga telah

mengatakan budaya kebendaan barat mampu membawa kesan negatif kepada

sesebuah institusi keluarga itu. Dalam sesebuah institusi kekeluargaan pula

sekiranya mereka mementingkan kebendaan atau bersikap materialistik mereka

akan menumpukan perhatian kepada kerjaya semata-mata tanpa memikirkan

keharmonian dalam keluarga sehingga membawa banyak masalah kepada

sesebuah keluarga. Hal ini boleh berlaku apabila kedua-dua ibu bapa tidak

mempunyai waktu untuk meluangkan masa bersama anak-anak sehingga menjadi

penyebab utama kepada berlakunya keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan.

Sebaliknya kita seharusnya mempunyai kesedaran bahawa apabila seseorang itu

terlalu mementingkan kehendak mereka tanpa mengetahui baik dan buruknya

sesuatu keadaan, itu merupakan nafsu semata-mata.

Disamping itu, responden juga telah mengatakan bahawa budaya kebendaan

barat ini mampu memberikan impak negatif dari aspek ekonomi Negara kita. Impak

negatif yang dimaksudkan responden adalah barangan buatan Malaysia tidak

mampu bersaing dengan barangan luar Negara dan menyebabkan kepada

ketidakstabilan ekonomi Negara. Dimana kita dapat melihat walaupun kosnya tinggi

tetapi dalam masa yang sama dapat menjamin kualiti yang sangat baik. Sebagai

contoh, mengimport lebih banyak kereta buatan Negara asing sehingga

mengabaikan kereta buatan Negara sendiri dimana hal ini akan menyebabkan

lebihan keluaran mata wang ke Negara asing lalu mengurangkan keuntungan

Negara.

Pengaruh budaya kebendaan barat terhadap masyarakat Malaysia juga

menyebabkan pembaziran yang keteterlaluan. Masyarakat sanggup beberbelanja

Page 10: TITAS 3

dengan boros untuk mendapatkan sesuatu tanpa memikirkan kesan dan akibat

yang berlaku. Terdapat segelintir masyarakat yang sanggup meminjam daripada

ceti haram untuk memuaskan kehendak mereka. Selain itu, kesan daripada

masalah ini boleh menyebabkan kualiti hidup akan menurun kerana dibebani oleh

beban hutang yang banyak.

Namun yang demikian, berdasarkan kepada kajian soal selidik yang telah

kami jalankan, responden telah menyatakan bahawa walaupun budaya kebendaan

barat ini memberikan impak yang negatif terhadap masyarakat Malaysia dan juga

ekonomi negara tetapi pada masa yang sama ia mampu memberikan impak positif

kepada sosio-ekonomi umumnya. Antara kebaikan pengaruh budaya kebendaan

dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah, Meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Hal ini dapat dinilai apabila nasyarakat berlumba-lumba untuk memperbaiki taraf

ekonomi dan sosial dan ini secara tidak langsung mampu meningkatkan taraf hidup

masyarakat Malaysia.

4.0 CARA MENGATASI MASALAH PENGARUH BUDAYA KEBENDAAN BARAT

Untuk menangani masalah budaya kebendaan barat ini terdapat pelbagai

langkah yang boleh diambil antaranya peranan ibu bapa terhadap anak-anak

mereka. Ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam mendidik anak mereka serta

tidak terlalu memanjakan anak-anak mereka dengan pemberian pelbagai barangan

yang berjenama terutamanya dalam lingkungan umur remaja iaitu dengan

mengawal setiap perbelanjaan mereka dan memastikan setiap wang yang diberikan

kepada anak-anak mereka perlu dibelanjakan ataupun digunakan dengan bijak bagi

mengelakkan berlakunya pembaziran10. Ini dapat dilihat dengan penggunaan wang

yang diberi itu dengan membeli keperluan yang lebih berfaedah seperti buku-buku

pelajaran dan bukanya menggunakan wang yang diberi itu membeli pelbagai

barangan mewah yang berjenama.

10 Muhammad Haffy Zikry, 2009 , Dewan Siswa ,Remaja Dipasung Jenama, Dawama Sdn.Bhd.

Page 11: TITAS 3

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang amat penting terhadap anak-

anaknya. Hal ini kerana, dunia remaja adalah sebuah dunia yang rapuh dan mudah

terpengaruh dengan keadaan persekitaran terutamanya oleh rakan sebaya. Ibu

bapa sebagai orang yang terdekat seharusnya mengawasi setiap tingkahlaku anak

mereka11. Pengaruh ke atas barangan-barangaan berjenama mewah ini perlu diberi

perhatian oleh ibu bapa di peringkat awal seperti kata pepatah “melentur buluh

biarlah dari rebungnya” agar apabila mereka dewasa kelak, mereka tidak akan

terpengaruh dengan budaya barat yang sedikit sebanyak dapat melunturkan nilai

dan norma masyarakat Malaysia pada masa kini.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, bahawa barangan berjenama

kebiasaannya mempunyai kualiti yang amat baik sesuai dengan harganya12. Namun

begitu, kita juga perlu menerima hakikat bahawa masih banyak lagi barangan

keluaran tempatan yang terdapat di Malaysia atau yang kurang berjenama memiliki

kualiti yang hampir sama. Jenama-jenama yang terkenal telah menjadi daya tarikan

dalam kalangan rakyat negara ini kerana mereka beranggapan bahawa apabila

mereka menggunakan sesuatu jenama tersebut ianya akan membawa atau

menampilkan satu budaya hidup moden, bergaya dan mengikut peredaran masa

(tidak ditelan zaman).

Selain daripada itu, masyarakat di negara ini yakni Malaysia perlulah

menanam sikap berjimat cermat. Hal ini amatlah penting untuk mengurangkan

setiap perbelanjaan dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan pembaziran.

Seterusnya peranan media massa media massa seperti media elektronik ataupun

cetak perlulah memainkan peranan dengan memperbanyakkan paparan mengenai

barangan buatan tempatan bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terpengaruh

dengan budaya kebendaan yang mana memberikan impak negatif terhadap rakyat

Malaysia. Seperti yang kita lihat di dalam majalah-majalah hiburan seperti

Hai,Media hiburan, surat khabar, iklan-iklan di dalam televisyen ataupun iklan-iklan

di papan-papan iklan pada hari ini kebanyakannya memaparkan maklumat ataupun

cerita yang berkaitan dengan budaya meterialistik barat dan ianya ditambah lagi

dengan cerita-cerita orang kenamaan dan artis tempatan yang menggunakan

pelbagai barangan berjenama mewah di dalam kehidupan seharian mereka.

11 Ibid.12 Ibid.

Page 12: TITAS 3

Sebagai contoh di dalam akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan budaya

meterialistik yang diamalkan dalam kalangan artis iaitu Dato Siti Nurhaliza yang

telah membelanjakan RM100 ribu ringgit untuk memiliki barangan berjenama itu

iaitu lebih daripada 20 jenis termasuk beg tangan, dompet dan beg pakaian

berjenama Louis Vuitton13. Tambahan pula, pada hari jadinya yang ke 31 tahun

pada 11 january 2010, Datuk Khalid Mohd Jiwa suaminya telah menghadiahkan Siti

Nurhaliza dengan sebuah bag tangan yang berjenama Louis Vuitton yang berharga

RM40 ribu ringgit14. Beg tersebut yang merupakan edisi terbaru jenama tersebut

dan merupakan satu-satunya model yang dijual di Kuala Lumpur ketika ini dan pada

hari jadinya yang ke 30 tahun tahun lalu suaminya telah menghadiahkan seutas

jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 ribu ringgit15.

Ini juga dapat dilihat daripada hantaran perkahwinan penyanyi itu yang diberi

oleh suaminya adalah set permata Chopard, kain lace, beg tangan Louis Vuitton dan

seutas jam tangan Roger Dubuis semasa pernikahan mereka pada 21 ogos 200616.

Apabila media lebih memilih memaparkan pelbagai barangan barat yang berjenama

berbanding memaparkan barangan buatan tempatan ini akan menyebabkan para

pembaca lebih mengetahuhi dan tertarik kepada barangan berjenama barat

berbanding dengan barangan buatan tempatan dan hal ini akan menyebabkan

barangan buatan tempatan tidak mendapat tempat dihati pengguna dan sekaligus

dipinggirkan berbanding barangan buatan barat yang semakin mendapat sambutan

dan menjadi kegilaan rakyat malaysia. Oleh hal yang demikian, media massa

perlulah mengambil langkah yang sewajarnya dengan memperbanyakkan paparan

mengenai barangan buatan tempatan berbanding barangan buatan barat agar

rakyat negara ini tahu akan kelebihan dan kualiti buatan tempatan berbanding

dengan barangan buatan barat.

Antara lain untuk menangani budaya meterialistik barat ini pihak kerajaan

juga perlulah memainkan peranan dengan menjalankan pelbagai bentuk kempen

seperti ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’ sebagai usaha untuk membantu

merangsang ekonomi negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna, telah melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia pada 16

13 Utusan Malaysia.14 www.Utusan.com.my, 12.1.2010 , Bag Tangan Lv Buat Siti, Utusan Malaysia.15 Ibid.16 Sadatul Mahiran Rosli dan Wan Syamsul Almy, 22.8.2006, Siti Sah Jadi Isteri Datuk K.

Page 13: TITAS 3

Januari 200917. Kempen ini akan dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk

semua jenis barang buatan Malaysia. Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh

negara untuk memberi impak kepada sektor ekonomi18. Justeru itu, Pejabat-Pejabat

Negeri dan Cawangan-Cawangan KPDNHEP harus memainkan peranan masing-

masing untuk menjayakan kempen tersebut19. Untuk menjayakan kempen itu,

masyarakat pengguna, penjual, pengilang dan media perlulah membantu kerajaan

dengan bersungguh-sungguh agar kempen kali ini benar-benar membuahkan hasil

yang diharapkan.

Setiap pengguna seharusnya mengubah sikap dan tanggapan terhadap

barangan buatan tempatan. Kita tidak boleh menafikan masih ramai rakyat

Malaysia terutama golongan pertengahan dan atasan yang lebih cenderung untuk

membeli barangan buatan barat. Jika sikap sedemikian berterusan, kempen yang

dijalankan kerajaan ini akan terbantut20. Dengan membeli barangan tempatan, kita

bukan sekadar menyokong industri tempatan malah membantu melestarikan

ekonomi negara21. Membeli barangan tempatan sekurang-kurangnya

mengurangkan pengaliran wang negara keluar. Membeli dan menggunakan

barangan tempatan adalah tindakan awal yang perlu kita ambil untuk bersama-

sama menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara22.

Selain itu pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan(NGO) amatlah

penting dalam menangani masalah ini. Pertubuhan dan badan-badan bukan

kerajaan(NGO) perlu digerakkan bagi membentuk remaja yang bersifat dan

berlandaskan kepada ajaran agama, budaya dan jati diri yang kukuh. Masalah-

masalah sosial remaja atau tingkah laku sosial remaja yang tidak terkawal perlu

ditangani secara berterusan. Hal ini penting kerana,tanda kepada keruntuhan nilai,

budaya, dan moral dalam kalangan remaja semakin terasa dinegara kita sejak

kebelakangan ini.

17 www.Pusat Maklumat Rakyat.Penerangan.gov.my/Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia, 6.1.2009, Ucapan Y.B Dato Shahrir bin Abdul Samad Menyeri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.18 Ibid.19 Ibid.20 Ibid.21 Ibid.22 Ibid.

Page 14: TITAS 3

Ini kerana apabila kerajaan menjalankan kempen yang sedemikian ianya

akan membuka mata rakyat malaysia akan kesungguhan kerajaan dalam

mempromosikan barangan buatan tempatan yang setanding dengan barangan

buatan barat sekaligus dapat mempertingkatkan penjualan barangan tersebut hasil

daripada promosi yang dijalankan secara besar-besaran yang mendapat liputan

media massa dan ianya akan dapat menaikkan nama negara sekaligus pendapatan

negara. Kerajaan juga telah melakukan pelbagai usaha bagi ,memupuk kesedaran

semangat patriotisme di dalam kalangan belia negara ini yang semakin diperlukan

pada alaf baru ini ekoran daripada pelbagai cabaran yang bakal dihadapi

terutamanya ancaman globalisasi seperti budaya meterialistik barat yang semakin

hari semakin meresap ke dalam jiwa belia negara ini23.

Perdana menteri Malaysia Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan menteri

belia dan sukan Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata kesedaran patriotisme

itu perlu dalam membina kekuatan dalaman diri yang akan menjadi tonggak

kekuatan diri masing-masing daripada terpengaruh dengan budaya-budaya barat

serta mengenali apa yang harus ditapis dan dikikis bukan saja pengaruh budaya

barat tetapi segala-galanya yang mempunyai unsur-unsur kebaratan24.

5.0 PENUTUP

Konklusinya, sikap materialistik banyak memberikan impak negatif

berbanding dengan impak positif. Faktor ekonomi, politik dan juga sosial

mempengaruhi budaya hidup sesebuah masyarakat. Dari aspek ekonomi kita boleh

lihat apabila pertumbuhan ekonomi yang pesat maka pelbagai faktor

mempengaruhi antaranya ialah persaingan. Apabila persaingan berlaku maka

masyarakat akan lebih berusaha dan bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidup

bagi memperbaiki kehidupan mereka.23 Haw Tian Soo, 6.5.92 ,Dr Mahathir Mahu Belia Siap Sedia, Berita Harian, 6.12.92 ,Belia Profesional Tahun 2020

Akan Punyai Hidup Tersendiri, Utusan Malaysia, Amir Sarifudin, 19.2.2001 ,Generasi Muda Perlu Pupuk Semangat

Patriotisme, utusan Malaysia,19.2.2001, Kesedaran Patriotisme Di Kalangan Belia Perlu, Utusan Malaysia.

24 Ibid.

Page 15: TITAS 3

Bagi faktor sosial pula media massa seperti iklan, majalah, internet dan juga

radio memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pemikiran

masyarakat kerana setiap hari kita disajikan pelbagai penawaran yang bercorak

kebendaan barat dimana akan menarik minat masyarakat untuk memiliki barangan

tersebut. Corak hidup dan juga persekitaran individu juga meningkatkan minat

kearah budaya materialistik itu sendiri yang mana jika seseorang individu

dibesarkan dengan dilimpahi kemewahan maka sudah tentulah apabila menjadi

dewasa kelak mereka akan terus cuba mendapatkan setiap barangan yang ingin

dimilikinya. Populariti artis tempatan itu sendiri adalah sebagai pendorong budaya

kebendaan ini. Hal ini kerana golongan artis sering menjadi idola dan ikutan

masyarakat baik dari segi pakaian mahupun penampilan mereka. Golongan artis

kebanyakannya lebih memilih untuk menampakkan diri dan cara hidup mereka

lebih mewah dan bergaya contohnya dengan memakai beg tangan yang berjenama

seperti Louia Vuitton. Jadi secara tidak langsung masyarakat tempatan semakin hari

semakin berminat untuk mendapatkan barangan seperti idola mereka tidak kira

sama ada ia berjenama ataupun tidak. Filem-filem ataupun drama tempatan pada

hari ini kebanyakannya lebih berminat untuk membawakan cerita yang

memaparkan cara hidup yang mewah. Keadaan ini sekaligus mendekatkan lagi

budaya kebendaan kepada masyarakat dalam kehidupan mereka.

Budaya materialistik yang diamalkan tanpa batasan akan mempengaruhi

kehidupan seseorang. Seseorang itu mungkin akan melupakan budaya dan adat

yang diamalkan sejak turun-temurun. Oleh itu, sikap atau budaya kebendaan barat

ini perlu ditangani dengan segera agar ia tidak menular dalam sanubari masyarakat

di Malaysia.

Page 16: TITAS 3

6.0 DAPATAN KAJIAN SOAL SELIDIK :

BUDAYA KEBENDAAN BARAT (MATERIALISTIK) DAN IMPAK

KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA

Page 17: TITAS 3

3.0 STATISTIK DAPATAN KAJIAN (RESPONDEN)

RAJAH 1

Berdasarkan kepada graf diatas, kami telah menjalankan kajian soal selidik

keatas 42 responden, dan rajah 1 mununjukkan 27 orang responden bersetuju

bahawa budaya kebendaan barat membawa kepada impak negatif dan 11 orang

responden sangat setuju dimana pengaruh kebendaan barat membawa kepada

impak negatif. Dalam pada itu, 4 orang responden berpendapat bahawa budaya

Page 18: TITAS 3

kebendaan barat juga membawa kepada impak positif kepada masyarakat

Malaysia. Mereka bersetuju dan sangat bersetuju bahawa budaya kebendaan barat

mendatangkan impak negatif kepada individu atau masyarakat kerana, ianya boleh

menyebabkan jurang sosial semakin jauh, menyebabkan berlakunya masalah sosial

seperti pelacuran, rasuah dan kegiatan jenayah dalam kalangan masyarakat

semata-mata dengan tujuan untuk mendapatkan barangan tersebut. Antara lain

mereka juga berpendapat budaya kebendaan barat ini akan menyebabkan individu

itu lupa akan asal usul mereka, akan menyebabkan berlakunya penindasan antara

masyarakat disebabkan mereka terlalu sibuk mengejar kabendaan dan

menyebabkan individu itu terlalu boros dalam memiliki barangan berjenama barat

yang harganya terlalu mahal. Selain itu para responden juga, berpendapat apabila

seseorang itu terlalu mengejar kepada kebendaan ianya akan menyebabkan

timbulnya perasaan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kebajikan orang

lain, timbulnya budaya suka bermegah, berlakunya ketidakseimbangan dari segi

ekonomi dan sebagainya.

Sebaliknya terdapat 4 responden yang bersetuju bahawa budaya kebendaan

barat memberikan impak positif kapada masyarakat kerana ianya boleh

meningkatkan taraf hidup sesebuah masyarakat itu dan menyebabkan individu itu

bekerja keras untuk memperoleh sesuatu dan meningkatkan motivasi diri di dalam

diri masyarakat itu untuk terus bersaing dalam mendapatkan taraf ekonomi yang

baik dan sekaligus membolehkan mereka memiliki apa yang mereka mahukan.

Selain itu juga budaya kebendaan barat ini membolehkan individu itu mendapat

kesenangan dan keselesaan hidup serta ianya juga boleh menjana ekonomi Negara.

Dapat disimpulkan disini bahawa, budaya kebendaan barat sememangnya

lebih banyak mendatangkan kesan negatif daripada kesan positif secara umumnya

kepada masyarakat Malaysia. Ini dapat dibuktikan berdasarkan dapatan kajian yang

telah kami jalankan dengan menggunakan kaedah kajian soal selidik yang

respondennya terdiri daripada masyarakat luar dan juga para pelajar. Oleh yang

demikian pelbagai langkah perlulah diambil oleh kerajaan dan masyarakat

sendirinya bagi mengelakkan budaya ini terus diamalkan oleh masyarakat Malaysia

khususnya. Hal ini kerana sekiranya masalah ini tidak dibendung atau diatasi

dengan segera ianya akan melunturkan nilai dan moral masyarakat Malaysia.

Page 19: TITAS 3

7.0 LAMPIRAN

GAMBAR YANG MENUNJUKKAN CONTOH-CONTOH BUDAYA METERIALISTIK BARAT YANG TERDAPAT DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Page 20: TITAS 3

(Diantara barangan yang berjenama dari barat yang menunjukkan sikap meterialistik kepada si pemilik dan pemakainya berikutan dari harganya yang

begitu mahal mencecah ribuan ringgit untuk satu barang sahaja contohnya seperti yang diatas barangan berjenama GUCCI yang berasal dari negara ITALI iaitu kasut,

bag tangan dan sebagainya)

Page 21: TITAS 3

(Dato Siti Nurhaliza Taruddin bersama dengan sebuah bag tangan yang berjenama Louis Vuitton yang berharga RM40000 ringgit Malaysia. Beg tersebut yang

merupakan edisi terbaru jenama tersebut dan merupakan satu-satunya model yang dijual di Kuala Lumpur ketika ini)

(Para artis di Malaysia yang menggunakan barangan berjenama dari barat seperti Loise Vuitton yang berasal dari negara Paris dan Gucci berasal dari negara Itali yang

berharga ribuan ringgit bagi setiap barangannya)

Page 22: TITAS 3

(Diantara contoh barangan berjenama dari barat yang menjadi plihan jenerasi muda zaman sekarang untuk digayakan dalam kehidupan seharian seperti Adidas, Nike

dan Levi’s)

(Budaya memanjakan diri di Spa yang dahulunya sangat terkenal di barat tetapi kini telah menjadi budaya rakyat negara ini terutamanya bagi golongan elit)

(Pelbagai jenama cosmetics dari barat seperti MAC,DIOR,CHANEL dan BOBBI BROWN yang menjadi pilihan pengguna terutamanya wanita berbanding cosmetics

buatan tempatan contohnya AVON)

8.0 RUJUKAN

- Muhammad Haffy Zikry, 2009 , Dewan Siswa ,Remaja Dipasung Jenama,

Dawama Sdn.Bhd.

Page 23: TITAS 3

- Che Mahzan Ahmad, 2009 , Dewan Siswa, Pesona Jenama, Dawama

Sdn.Bhd.

- Hamzah Hamdani, 2009 , Dewan Bahasa Dan Pustaka.

- Haw Tian Soo, 6.5.92 ,Dr Mahathir Mahu Belia Siap Sedia, Berita Harian.

- 6.12.92 ,Belia Profesional Tahun 2020 Akan Punyai Hidup Tersendiri, Utusan

Malaysia

- Amir Sarifudin, 19.2.2001 ,Generasi Muda Perlu Pupuk Semangat

Patriotisme,

utusan Malaysia.

- 19.2.2001, Kesedaran Patriotisme Di Kalangan Belia Perlu, Utusan Malaysia.

- www.Utusan.com.my, 12.1.2010 , Bag Tangan Lv Buat Siti, Utusan Malaysia,

diekses pada 24.1.2010.

-Sadatul Mahiran Rosli dan Wan Syamsul Almy, 22.8.2006, Siti Sah Jadi Isteri

Datuk K, Utusan Malaysia

-www.Pusat Maklumat Rakyat.Penerangan.gov.my/Kempen Belilah Barangan

Buatan Malaysia, 6.1.2009, Ucapan Y.B Dato Shahrir bin Abdul Samad

Menyeri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, diekses pada

24.1.2010.

Page 24: TITAS 3

9.0 LAPORAN MINIT MESYUARAT

LAPORAN MESYUARAT PERTAMA

NAMA NO.MATRIK TANDATANGANALDEN ALEX RAYMOND (KETUA KUMPULAN)

BA09110143

MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF (SETIAUSAHA)

BA09110022

AIMY NABILLA BINTI MOHD YUSOFF

BA09110233

STEFANIE VERONICA FERNANDEZ

BA09110181

NUR IZWA NADIA BINTI ABDUL RAHIM

BA09110274

Lokasi:Perpustakaan

Tarikh :8/1/2010 (waktu 3.00pm-4.30pm )

Perkara yang dibincangkan :

i) Membincangkan soalan yang baru diterima pengaruh budaya meterialistik barat impak kepada rakyat Malaysia.

ii) Semua ahli kumpulan berpendapat bahawa soalan ini boleh dipandang dari 3 aspek iaitu faktor, kesan dan cara mengatasi.

iii) Seteruanya kami berbincang mengenai kajian soal selidik yang perlu dilakukan untuk mengetahui adakah pengaruh budaya meterialistik barat ini memberi impak kepada rakyat Malaysia dengan mengambil pelajar UMS dan orang luar sebagai responden.

iv) Kami mengagihkan tugas kepada ahli-ahli kumpulan untuk mencari maklumat-maklumat yang sesuai dengan tajuk berkenaan.

v) Kami menetapkan perjumpaan ke 2 pada 13/1/2010vi) Kami telah bersurai pada jam 4.30pm

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………… ……………………

(MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF) (ALDEN ALEX RAYMOND)

SETIAUSAHA KETUA KUMPULAN

Page 25: TITAS 3

LAPORAN MESYUARAT KEDUA

NAMA NO.MATRIK TANDATANGANALDEN ALEX RAYMOND (KETUA KUMPULAN)

BA09110143

MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF (SETIAUSAHA)

BA09110022

AIMY NABILLA BINTI MOHD YUSOF

BA09110233

STEFANIE VERONICA FERNANDEZ

BA09110181

NUR IZWA NADIA BINTI ABDUL RAHIM

BA09110274

Lokasi:Perpustakaan

Tarikh :13/1/2010 (waktu 3.00pm-5.00pm)

Perkara yang dibincangkan :

i) Ketua kumpulan telah mengucapkan terima kasih diatas kehadiran ahli-ahli kumpulan dalam membincang tugasan titas ini.

ii) Kami telah berbincang mengenai soalan kajian soal selidik yang ingin dibuat untuk diberikan kepada para responden serta mengumpulkan maklumat-maklumat yang dicari dan telah berbincang mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam mencari maklumat tersebut kerana di perpustakaan UMS tidak mempunyai langsung maklumat yang berkaitan dengan tajuk kami.

iii) Oleh itu kami telah bersetuju untuk pergi ke Perpustakaan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Perpustakaan Negeri Sabah dan Perpustakaan Tun Fuad Stephean untuk mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dalam menyelesaikan masalah tersebut pada 15/1/2010.

iv) Kami menetapkan perjumpaan ke 3 pada 20/1/2010. v) Kami telah bersurai pada pukul 5.00pm.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………… ……………………

(MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF) (ALDEN ALEX RAYMOND)

SETIAUSAHA KETUA KUMPULAN

Page 26: TITAS 3

LAPORAN MESYUARAT KETIGA

NAMA NO.MATRIK TANDATANGANALDEN ALEX RAYMOND (KETUA KUMPULAN))

BA09110143

MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF (SETIAUSAHA)

BA09110022

AIMY NABILLA BINTI MOHD YUSOF

BA09110233

STEFANIE VERONICA FERNANDEZ

BA09110181

NUR IZWA NADIA BINTI ABDUL RAHIM

BA09110274

Lokasi:Perpustakaan

Tarikh :20/1/2010 (waktu 3.00pm-4.00pm )

Perkara yang dibincangkan :

i) Ketua kumpulan telah mengucapkan terima kasih diatas kehadiran ahli-ahli kumpulan dalam membincangkan tugasan titas ini.

ii) Walaupun kami telah pergi ke tiga buah perpustakaan untuk memcari maklumat, namun maklumat yang diperolehi masih sedikit lagi dan kami tidak memperolehi sebarang maklumat daripada buku dan hanya memperolehi maklumat daripada surat khabar.

iii) Ketua kumpulan kami telah mengarahkan ahli-ahli kumpulan untuk mengabungkan maklumat-maklumat yang dicari dan mengolah maklumat tersebut dalam bentuk karangan dan akan dihantar kepadanya pada perjumpaan minggu depan.

iv) Seterusnya kami berbincang mengenai kajian soal selidik yang ingin dijalankan dan telah sebulat suara mencari responden di lapangan terbang terminal satu MALAYSIA AIRLINES dan pelajar-pelajar UMS sendiri dalam menjalankan kajian tersebut dan menetapkan 26/1/2010 untuk menjalankan kajian soal selidik itu.

v) Kami menetapkan perjumpaan ke4 pada 27/1/2010vi) Kami telah bersurai pada pukul 4.00pm

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………… ……………………

(MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF) (ALDEN ALEX RAYMOND)

SETIAUSAHA KETUA KUMPULAN

Page 27: TITAS 3

LAPORAN MESYUARAT KEEMPAT

NAMA NO.MATRIK TANDATANGANALDEN ALEX RAYMOND (KETUA KUMPULAN)

BA09110143

MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF (SETIAUSAHA)

BA09110022

AIMY NABILLA BINTI MOHD YUSOF

BA09110233

STEFANIE VERONICA FERNANDEZ

BA09110181

NUR IZWA NADIA BINTI ABDUL RAHIM

BA09110274

Lokasi:Perpustakaan

Tarikh :27/1/2010 (waktu 3.00pm-5.30pm )

Perkara yang dibincangkan :

i) Ketua kumpulan telah mengucapkan terima kasih diatas kehadiran ahli-ahli kumpulan dalam membincangkan tugasan titas ini.

ii) Maklumat-maklumat yang telah disiapkan dalam bentuk karangan telah diserahkan kepada ketua kumpulan untuk digabungkan.

iii) Kami telah berbincang dan telah menyemak setiap maklum balas yang telah dinyatakan oleh responden di setiap borang soal selidik yang telah kami berikan kepada mereka serta sekaligus menganalisis borang tersebut dan membuat laporan mengenainya.

iv) Kami menetapkan perjumpaan ke5 pada 3/2/2010v) Kami telah bersurai pada pukul 5.30pm

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………… ……………………

(MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF) (ALDEN ALEX RAYMOND)

SETIAUSAHA KETUA KUMPULAN

LAPORAN MESYUARAT KELIMA

Page 28: TITAS 3

NAMA NO.MATRIK TANDATANGANALDEN ALEX RAYMOND (KETUA KUMPULAN)

BA09110143

MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF (SETIAUSAHA)

BA09110022

AIMY NABILLA BINTI MOHD YUSOF

BA09110233

STEFANIE VERONICA FERNANDEZ

BA09110181

NUR IZWA NADIA BINTI ABDUL RAHIM

BA09110274

Lokasi:Perpustakaan

Tarikh :3/2/2010 (waktu 3.00pm-4.30pm )

Perkara yang dibincangkan :

i) Ketua kumpulan telah mengucapkan terima kasih diatas kehadiran ahli-ahli kumpulan dalam membincangkan tugasan titas ini.

ii) Kami telah mengumpulkan semula semua hasil tugasan kami dan meminta setiap ahli kumpulan untuk melakukan proses penyemakkan yang terakhir sebelum tugasan ini dihantar.

iii) Akhirnya selesai juga tugasan titas ini walaupun kami mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat mengenai tajuk ini namun begitu Puan Dayang telah memberitahu kami bahawa jika maklumat yang diperolehi tidak mempunyai sumber seperti daripada buku, Puan Dayang Hafizah akan melihat dari segi kajian soal selidik yang kami lakukan.

iv) Ketua kumpulan telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap ahli kumpulan diatas sumbangan mereka dalam menjayakan tugasan ini.

v) Kami telah bersurai pada pukul 4.00pm.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………… ……………………

(MUHAMMAD SAFUAN BIN YUSOFF) (ALDEN ALEX RAYMOND)

SETIAUSAHA KETUA KUMPULAN