Titas

41
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SELAMAT SEJAHTERA AHLI KUMPULAN PAVITTIRAN A/L GUNASELAN DHILIP KUMAR A/L AGILAN SHANMUGHA A/L M.KRISHNAN

description

titas

Transcript of Titas

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

SELAMAT SEJAHTERA

AHLI KUMPULANPAVITTIRAN A/L GUNASELANDHILIP KUMAR A/L AGILAN

SHANMUGHA A/L M.KRISHNAN

TAJUK : (a)LATARBELAKANG TAMADUN ISLAM YANG

MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN MALAYSIA.

PENGENALAN

Islam mempunyai kaitan yang rapat terhadap perkembangan

tamadun manusia termasuklah di Malaysia. Perkataan « Islam »

itu sendiri berasal daripada perkataan Arab salima, yang

bererti selamat sentosa atau kedamaian.

Dari perkataan salima ini lahir perkataan aslama yang

bermaksud terpelihara dalam keadaan selamat sentosa dan ia

juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat.

secara umumnya adalah sejahtera di mana sistem Allah s.w.t.

adalah seimbang dan sejahtera. Seluruh makhluk Allah s.w.t.

mengikut dengan patuh terhadap sistem Allah s.w.t. seperti

firman-Nya di dalam surah al-Imraan ayat 83 yang bermaksud:

"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu

mereka mencari lain daripada agama Allah? Padahal kepada-

Nyalah tunduk (taat) sekalian makhluk yang ada di langit dan di

bumi, sama ada dengan sukarela ataupun dengan paksa, dan

kepadaNyalah mereka dikembalikan"

Islam IslamPANDANGAN SEMESTA DAN TAMADUN ISLAM

Menurut Lucien Goldmann, unsur utama yang membezakan

antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah

pandangan semesta (world view / weltanschauung) yang

mendasarinya.

Ibn Khaldun mengatakan bahawa suasana persekitaran

merupakan unsur terpenting dalam membentuk pandangan

semesta sesebuah masyarakat.

Secara umumnya, pandangan semesta merupakan satu

konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan

terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang

dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu.

Syed Naquib al-Attas : pandangan semesta Islam merangkumi

dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan

persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta

dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau

hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai

kewujudan seluruh alam.

SIFAT – SIFAT TAMADUN ISLAM

KESEJAGATAN

KETERBUKAAN

SEPANJANG ZAMAN

TOLERANSI TERHADAP AGAMA DAN BUDAYA LAIN

KESATUAN DALAM

KEPELBAGAIAN

KESEIMBANGAN ANTARA ROHANI

DAN JASMANI

CIRI – CIRI KHUSUS BAGI

TAMADUN ISLAM

RABBANI

IDEALISTIK DAN

REALISTIK

UMUM

SEMPURNA DAN

MENYELURUH

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

Matlamat Umum :Mewujudkan perhubungan yang sejahtera sesama manusia dan alam.

Matlamat khusus : Mewujudkan hubungan dengan Pencipta iaitu Allah s.w.t. iaitu beribadat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH S.W.T.

Hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. bersifat

hubungan antara hamba dengan Penciptanya.

Hubungan tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan

paling mulia dalam kehidupan manusia, mengatasi hubungan

yang wujud antara manusia tersebut dengan mana-mana

manusia atau makhluk lain.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA

Masyarakat muslim adalah masyarakat yang terbentuk

berdasarkan konsep kesatuan ummah. Ini menjadikan

masyarakat Islam sebuah masyarakat yang berbentuk sejagat,

tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak

terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik.

Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat

tempat di sisi Allah Yang Maha Mencipta iaitu ketakwaan

kepadaNya, di samping berbuat baik kepada sesama manusia.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM

Allah s.w.t. telah mencipta alam semesta ini untuk dinikmati

oleh makhluk ciptaanNya Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t.

di muka bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk

memelihara alam ini.

Allah s.w.t. telah memberikan panduanNya kepada manusia

berhubung dengan hubungan yang sepatutnya antara manusia

dengan alam.

"Dan tiada satu pun di antara haiwan melata di bumi atau pun burung terbang dengan dua sayapnya melainkan mereka juga umat-umat seperti kamu; tiada satu pun yang Kami lupakan di dalam Kitab, kemudian kepada Tuhannya mereka dikumpulkan”.

(al-An’aam, 6 : 38)

Memberikan makanan dan minuman kepada haiwan, khususnya yang dipelihara, apabila diperlukan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani"

Mengasihani haiwan. Sabda Rasulullah s.a.w. apabila baginda melihat beberapa orang menjadikan burung sebagai sasaran panah mereka:

"Allah melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang mempunyai roh sebagai sasaran"

Tidak menyiksa binatang dengan apa cara sekalipun. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Seorang perempuan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan seekor kucing yang dikurungnya hingga mati, perempuan itu akan masuk neraka kerana kucing itu tidak diberi makan, tidak diberi minum dan tidak dibiarkan memakan binatang-binatang tanah".

(Bukhari)

SUMBER TAMADUN ISLAM

Sumber utama tamadun Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah.

Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dijelas

dan diperincikan oleh al-Sunnah.

Kedua-duanya ini merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk

membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun

mereka.

TUJUAN TAMADUN ISLAM

Tujuan utama tamadun Islam ialah memelihara keperluan manusia

yang

lima iaitu:

menjaga agama : menjaga jiwa : menjaga keturunan :

menjaga akal menjaga harta

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Islam merupakan suatu elemen yang sangat penting dan

signifikan dalam membincangkan tamadun Melayu.

Hal ini kerana, Islam banyak mempengaruhi perkembangan

tamadun Melayu. Kesan dan nilai Islam dapat ditemui pada

hampir segenap aspek dalam kehidupan masyarakat dan

tamadun Melayu

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

Beberapa teori telah dikemukakan.

Dari segi masa, ada yang menyatakan bahawa kedatangan

Islam ke Alam Melayu bermula pada abad ke lapan Masehi dan

ada yang berpandangan bahawa kedatangan Islam ke Alam

Melayu adalah pada abad ke sembilan Masehi.

Dari segi sumbernya, ada mengatakan Islam datang secara

langsung dari negeri Arab, ada yang mengatakan dari India dan

ada yang mengatakan dari China.

ISLAM DAN PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh

sekelompok manusia yang dogolongkan secara luas sebagai

kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia

Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Alam

Melayu, Nusantara, Tanah Jawi, Gugusan Kepulauan Melayu dan

sebagainya.

Wilayah ini ditandai dengan dua elemen iaitu bahasa Melayu

sebagai lingua franca dan agama Islam sebagai anutan majoriti

penduduknya.

Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan

keseluruhan pandangan semesta Melayu dan berlaku

pentakrifan semula tentangnya.

Pandangan semesta Melayu yang berpusatkan manusia Melayu

(man-centered) dan kesedaran bahawa seluruh hidup terfokus ke

arah tuhan (god-centered) membuatkan manusia Melayu

menyedari serta meyakini bahawa Allah Yang Maha Berkuasa,

Maha Mengasihani.

Ini seterusnya menjadikan pandangan semesta Melayu juga

dibentuk berasaskan hubungan manusia dengan Allah (hablum

minalLah) dan hubungan dengan sesama manusia (hablum

minannas).

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBANGAAN

Kedudukan agama Islam yang telah menjadi sebati dengan

kehidupan masyarakat Melayu khususnya di Negeri-negeri

Melayu hanya berubah selepas kedatangan British ke Tanah

Melayu bermula dengan Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang,

Melaka dan Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu,

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Borneo

(Sabah dan Sarawak).

Undang-undang Inggeris dilaksanakan di negeri-negeri Melayu

melalui piagam Keadilan I (1807), Piagam Keadilan II (1826) dan

Piagam Keadilan III (1855). Residen-residen Inggeris juga dilantik

untuk menasihati para Sultan di dalam perkara-perkara

pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara mengenai agama

dan adat istiadat Melayu.

Dalam konteks perlembagaan Malaysia pada masakini, dalam

Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas memberitahu

bahawa :

”Islam adalah agama rasmi persekutuan, tetapi agama lain boleh

diamalkan dengan bebas di dalam aman dan harmoni di dalam

mana-mana bahagian jua di dalam persekutuan ini.”

Menurut Perkara 3(1), Islam telah dinyatakan sebagai agama

rasmi persekutuan Malaysia. Dalam masa yang sama, agama-

agama lain juga bebas dipraktikkan dan diamalkan.

Kesan daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan ke atas

agama Islam dalam perkara 3(1) iaitu agama Islam sebagai

agama Persekutuan ialah :

o Bahawa seorang Melayu itu adalah seorang yang beragama

Islam, lazimnya bercakap di dalam Bahasa Melayu dan

mengikut istiadat Melayu.

o Melayu dan Islam adalah unsur yang bercantum dan tidak

boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan

Perlembagaan.

o Yang DiPertuan Agong dikalangan raja-raja di negeri Melayu

dan di dalam setiap perlembagaan negeri termasuk

Perlembagaan Negeri Johor. Mestilah berbangsa Melayu,

beragama Islam dan berketurunan raja.

Di dalam sumpah memegang jawatan Yang DiPertuan Agong

baginda mengangkat sumpah dengan didahului dengan lafaz

Wallahi, Wabillahi dan Watallahi yang merupakan lafaz sumpah

yang dikehendaki dalam agama Islam.

Yang DiPertuan Agong adalah ketua agama Islam di negeri

Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan

iaitu negeri yang tidak mempunyai Raja.

Raja dan Sultan di negeri-negeri beraja ialah ketua agama Islam

bagi negeri masing-masing.

Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama mereka

mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis

Mesyuarat Negeri.

Sultan dari segi praktikalnya semasa bertugas dibantu dan

dinasihati oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Walaubagaimanapun, sebagai satu perlindungan

tambahan terhadap status agama Islam sebagai agama

rasmi Malaysia, Perkara 11(4) ada menegaskan bahawa

Undang-undang Negeri dan Undang-undang Persekutuan

bagi Wilayah Persekutuan dan Labuan, boleh menjalankan

dan menguatkuasakan pengawalan dan penghalangan

terhadap apa-apa seruan, dakwah mahupun sebaran

agama-agama lain keatas penganut-penganut Islam.

Perkara 38(2)(b) pula memperuntukkan bahawa Sultan di

dalam Majlis Raja-Raja adalah ketua-ketua agama Islam dan

bertanggungjawab ke atas adat istiadat Islam.

Perkara 3(2) pula menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong

menjadi ketua agama bagi negeri-negeri yang tidak

mempunyai Sultan. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi

Malaysia seperti mana di dalam Perkara 3(1) di atas adalah

amat jelas, diperkuatkan dengan Perkara 11(4) yang

menghalang sebarang penyebaran agama lain kepada orang-

orang Islam.

Walaubagaimanapun, maksud Islam sebagai agama rasmi

negara disini haruslah diperjelaskan. Ini ialah kerana,

agama rasmi di sini bukanlah bererti Islam dan segala

prinsip-prinsipnya yang terkandung di dalam al-Quran, as-

Sunnah dan sumber-sumber lain diaplikasikan secara

menyeluruh di dalam segenap pelusuk hal ehwal

kenegaraan sebagaimana definisi Islam mengikut syarak.

Sebaliknya, kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam

Perkara 3(1) adalah dalam bentuk yang lebih kecil dan

terbatas kepada beberapa aspek kehidupan seperti, aqidah

iaitu kepercayaan, ibadah khusus seperti sembahyang,

puasa, zakat, haji serta beberapa aspek khusus kehidupan

masyarakat Islam seperti pernikahan, penceraian, waqaf,

harta pusaka serta beberapa kesalahan lain seperti

berzina, minum arak dan lain-lain.

KETERBATASAN

Hakikat bahawa maksud agama rasmi di dalam Perkara

3(1) hanya terbatas kepada beberapa perkara tertentu

sahaja dapat dibuktikan seterusnya melalui Perkara 160

yang jelas tidak memasukkan Undang-Undang Syarak di

dalam definisi dan undang-undangnya.

Kedudukan Islam menurut Perkara 3(1) perlembagaan

hanya terhad kepada perlaksanaan Islam di dalam

beberapa aspek kemasyarakatan umat Islam sahaja seperti

hal kekeluargaan, hal ketuhanan dan keimanan dan

beberapa aspek lain sahaja.

Jadual kesembilan di dalam senarai keduanya yang

mendefinisikan bidang kuasa Badan Penggubal Undang-undang

Negeri (State Legislature) juga telah menyenaraikan aspek-

aspek lain yang mana badan penggubal undang-undang negeri

boleh mengubal Undang-undang atau Enakmen-enakmen hukum

syarak di negeri-negeri masing-masing.

Makna agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan juga

jelas terbatas daripada perlaksanaan Sistem Perundangan

Malaysia yang jelas sebagai ambilan daripada sistem

Perundangan Negara-negara lain seperti England dan Australia.

Banyak di antara undang-undang negara ini yang mengambil

contoh undang-undang di England seperti pengamalan Undang-

Undang Common Law (undang-undang Lazim) dan Equity.

Ini bermakna kejelasan penggunaan hukum syarak tidak wujud

dalam undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan

Malaysia bahkan ambilannya adalah dari sistem Perundangan

negara-negara Sekular.

Selain itu, terdapat Akta-Akta Persekutuan yang bertentangan

dengan hukum syarak seperti Trustees Act, Age of Majority

Act, dan sebagainya yang masih lagi terpakai kepada orang

Islam dan bukan Islam di Malaysia.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah pula masih lagi terhad

kepada kes di mana kedua-dua pihak adalah Islam dan tidak

berkuasa ke atas orang bukan Islam.

PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM

PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Malaysia kini adalah sebuah negara bangsa berbentuk

persekutuan yang terdiri daripada komponen 14 buah negeri.

Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa sebenarnya

merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajaan-kerajaan

Melayu lebih awal.

Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut juga merupakan

kesinambungan daripada beberapa buah kerajaan atau pusat

tamadun Melayu yang pernah wujud di Alam Melayu seperti

Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor

Riau-Lingga dan sebagainya.

SISTEM PERUNDANGAN TRADISIONAL

Melaka : Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut

Melaka.

Johor : Undang-undang Johor, Undang-undang Tubuh

Negeri

Johor 1895.

Pahang : Undang-undang Pahang.

Kedah : Undang-undang Kedah.

Perak : Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang

Keturunan Daripada Turun Negeri Perak.

Terengganu : Perlembagaan Negeri Terengganu, 1911.

Negeri Sembilan : di Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu.

AGAMA ISLAM DAN ADAT-ADAT ISTIADAT MELAYU

Islam merupakan elemen penting dalam tamadun Melayu.

Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah satu

struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun Malaysia.

Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling

melengkapi dan berintegrasi ke dalam wadah kemelayuan.

Islam terus menjadi teras bagi identiti Melayu.

Dalam perlembagaan, orang Melayu didefinisikan sebagai

orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat

Melayu dan beragama Islam.

Agama Islam dijadikan salah satu daripada asas bagi

mengiktiraf seseorang sebagai berbangsa Melayu. Begitu

juga dengan perlantikan sultan bagi setiap negeri, sultan

dimestikan beragama Islam.

Sultan juga diberikan peranan yang besar dalam mengetuai

agama Islam di setiap negeri di Tanah Melayu.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA

Keistimewaan orang Melayu juga telah menjadi satu asas dalam

perkembangan ketuanan orang Melayu penerajuan dan

pemilikan negara Malaysia.

Keistimewaan ini telah diperuntukan dalam perlembagaan

Persekutuan Malaysia dalam Perkara 153.

Di samping, peruntukan perlembagaan memberikan

keistimewaan orang Malayu, perlembagaan Malaysia juga

memberikan perakuan dan pengiktirafan terhadap undang-

undang adat yang dilaksanakan di kalangan orang Melayu.

Namun demikian undang-undang adat ini tidak dapat mengatasi

atau melangkah kuasa Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

SEMANGAT KEBANGSAAN DAN JATI DIRI KEBANGSAAN

Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh kekuatan pegangan terhadap agama Islam sebenarnya telah banyak memberikan sumbangan kepada semangat juang di kalangan cendikiawan-cendikiawan Melayu dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan juga kebebasan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan.

Di bawah pemerintahan British semangat kebangsaan untuk berjuang mempertahan dan membebaskan tanah Melayu telah bermula seawal 1900 dengan diketuai oleh beberapa orang pemikir dan cerdik pandai yang memperolehi pendidikan tinggi dalam bidang pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar Mesir dan juga daripada beberapa universiti di Timur Tengah yang lain.

Mereka ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana dalam menyampaikan buah fikiran dalam beberapa majalah dan akhbar seperti al-Imam, Neracha dan al-Ikhwan.

PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DAN KESAN-KESANNYA

Penerapan nilai-nilai Islam yang telah menjadi akar umbi

kawalan terhadap semua dasar dan polisi yang dijalankan oleh

kerajaan telah menampakkan lagi kepada kita peranan agama

Islam dalam pembentukan negara Malaysia.

Nilai-nilai Islam yang suci dan universal telah dapat diterima

oleh semua bangsa majmuk yang tinggal dalam negara ini.

Nilai-nilai Islam yang berasaskan tauhid dan mencakupi semua

aspek hidup manusia telah menjadi satu mekanisme kawalan

dan panduan bagi kakitangan kerajaan dalam menjalankan

tugas mereka. Keistimewaan agama Islam yang menjadi identiti

bangsa Melayu telah menjadikan tamadun Melayu sebagai asas

tamadun Malaysia.

PENDEKATAN SISTEM PERBANKAN ISLAM

DALAM ERA GLOBALISASI

Dalam menghadapi era globalisasi masakini pendekatan

ekonomi negara dimantapkan lagi dengan sistem Perbankan

Islam yang dimulakan pada 1983.

Sekalipun sistem konvensional tetap wujud di Malaysia,

namun Sistem Perbankan Islam kini semakin popular

termasuk juga kepada golongan bukan Islam.

PENUTUP

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk wajah baru

dan memperkukuhkan identiti Melayu yang sebelumnya

dibayangi oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal.

Dengan berindentitikan Islam, bangsa Melayu akan dapat

menjayakan pepatah ’tidak Melayu hilang di dunia’.

Kejituan tamadun Melayu yang berasaskan agama Islam inilah

yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa

Melayu di Tanah Melayu terutama di Malaysia.

TERIMA KASIHPAVITTIRAN A/L GUNASELAN @ DHILIP KUMAR A/L AGILAN

SHANMUGHA @ M.KRISHNAN