Titas - Sistem Kepercayaan Dan Agama Sebelum Islam

5
Draf esei berkumpulan – Bahagian Individu (Mohd Nor Taufik, BA14110324) Sistem Kepercayaan dan Agama Sistem kepercayaan dan agama dalam tamadun Islam dapat dibahagikan kepada dua fasa. Fasa yang pertama adalah ketika sebelum tersebarnya ajaran Islam iaitu pada zaman Jahiliah. Fasa kedua adalah dimana ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W mulai berkembang dan tersebar ke seantero dunia sehinggalah kini. Pada zaman Jahiliah, kesesatan dalam sistem kepercayaan dan agama memiliki pertalian dengan ciri-ciri zaman tersebut. Masyarakat Arab pada ketika itu sedang menempuhi zaman kegelapan. Pengaruh asing merupakan faktor utama yang membawa kepada penyebaran pelbagai agama di Semenanjung Tanah Arab. Semenanjung Tanah Arab sentiasa terdedah atau menjalinkan hubungan dua hala dengan negara luar khususnya dalam urusan perdagangan, hubungan diplomatik, atau kegiatan-kegiatan keagamaan. Terdapat beberapa kawasan yang memainkan peranan penting dalam hubungan dua hala ini. Kawasan di pesisiran pantai dan bandar- bandar strategik iaitu Makkah, Hirah, Yaman, Oman dan Bahrain terkenal sebagai pusat tumpuan perdagangan dan kebudayaan di peringkat lokal dan antarabangsa. Makkah, misalnya merupakan pusat kegiatan agama dan penyembahan berhala pada zama tersebut. Golongan beragama di Semenanjung Tanah Arab dikategorikan kepada lima. Pertama, agama Wathani iaitu agama yang menyembah berhala. Kedua, agama yang menyembah api iaitu agama Majusi. Agama lain termasuklah agama Yahudi, Nasrani (Kristian) dan agama Hanif (Samawi). Agama menyembah berhala adalah agama yang paling penting dan berpengaruh dalam kalangan orang Arab pada ketika itu. Menurut Ibn Kalbi, agama menyembah berhala bermula bila Umar bin Luai yang melawat ke Syam (Syria) untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan. Pada ketika itu, beliau melihat kaum Balqa’ menyembah berhala. 1 Beliau membawa agama ini ke Makkah. Pendapat lain pula menyatakan, selepas mengerjakan haji, mereka mengutip batu-batu di Kaabah dan sekitarnya. Mereka kemudiannya membawa batu-batu tersebut ke tempat masing-masing untuk disembah sebagai mengagungkan Kaabah. Satu lagi pendapat iaitu kepercayaan sesetengah orang Arab terhadap Hajar as-Aswad yang berada 1 Abi al-fida’ Ismail Ibn Khathir, Al-Sirah Al-Nabawiyyah, Jilid 1, (Beirut: Dar ar Ma’rifah, t.t), hlm.61.

Transcript of Titas - Sistem Kepercayaan Dan Agama Sebelum Islam

Draf esei berkumpulan Bahagian Individu (Mohd Nor Taufik, BA14110324)

Sistem Kepercayaan dan AgamaSistem kepercayaan dan agama dalam tamadun Islam dapat dibahagikan kepada dua fasa. Fasa yang pertama adalah ketika sebelum tersebarnya ajaran Islam iaitu pada zaman Jahiliah. Fasa kedua adalah dimana ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W mulai berkembang dan tersebar ke seantero dunia sehinggalah kini. Pada zaman Jahiliah, kesesatan dalam sistem kepercayaan dan agama memiliki pertalian dengan ciri-ciri zaman tersebut. Masyarakat Arab pada ketika itu sedang menempuhi zaman kegelapan. Pengaruh asing merupakan faktor utama yang membawa kepada penyebaran pelbagai agama di Semenanjung Tanah Arab. Semenanjung Tanah Arab sentiasa terdedah atau menjalinkan hubungan dua hala dengan negara luar khususnya dalam urusan perdagangan, hubungan diplomatik, atau kegiatan-kegiatan keagamaan. Terdapat beberapa kawasan yang memainkan peranan penting dalam hubungan dua hala ini. Kawasan di pesisiran pantai dan bandar-bandar strategik iaitu Makkah, Hirah, Yaman, Oman dan Bahrain terkenal sebagai pusat tumpuan perdagangan dan kebudayaan di peringkat lokal dan antarabangsa. Makkah, misalnya merupakan pusat kegiatan agama dan penyembahan berhala pada zama tersebut.Golongan beragama di Semenanjung Tanah Arab dikategorikan kepada lima. Pertama, agama Wathani iaitu agama yang menyembah berhala. Kedua, agama yang menyembah api iaitu agama Majusi. Agama lain termasuklah agama Yahudi, Nasrani (Kristian) dan agama Hanif (Samawi). Agama menyembah berhala adalah agama yang paling penting dan berpengaruh dalam kalangan orang Arab pada ketika itu. Menurut Ibn Kalbi, agama menyembah berhala bermula bila Umar bin Luai yang melawat ke Syam (Syria) untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan. Pada ketika itu, beliau melihat kaum Balqa menyembah berhala.[footnoteRef:2] Beliau membawa agama ini ke Makkah. Pendapat lain pula menyatakan, selepas mengerjakan haji, mereka mengutip batu-batu di Kaabah dan sekitarnya. Mereka kemudiannya membawa batu-batu tersebut ke tempat masing-masing untuk disembah sebagai mengagungkan Kaabah. Satu lagi pendapat iaitu kepercayaan sesetengah orang Arab terhadap Hajar as-Aswad yang berada di Kaabah dikatakan berpunca daripada langit. Maka mereka menyembahnya sebagaimana mereka menyembah bintang-bintang di langit. Berhala-berhala yang disembah diperbuat daripada emas atau perak yang berbentuk asli atau replika. Antara berhala-berhala yang masyhur disebut dalam Al-Quran ialah berhala al-Lat (Taif), al-Uzza (Nakhlah), al-Manar (antara Makkah dengan Madinah) dan Hubal (kota Makkah). Makkah merupakan pusat agama berhala dan di sekeliling Kaabah dianggarkan terdapat sejumlah 360 buah berhala yang disembah pada ketika itu. [footnoteRef:3] [2: Abi al-fida Ismail Ibn Khathir, Al-Sirah Al-Nabawiyyah, Jilid 1, (Beirut: Dar ar Marifah, t.t), hlm.61.] [3: Saffiy al-Rahman al-Mabarkafuri, al-Rahiq al-Makhtum, al Wafa Lial tabaah wa al-nasyr, t.t, hlm.34.]

Terdapat beberapa kepercayaan dan agama pada zaman Jahiliah. Antaranya adalah agama menyembah api atau Majusi yang berasal dari Parsi. Kaum Majusi tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabu yang diutuskan oleh Allah S.W.T. Kaum ini mengikut ajaran-ajaran nabi-nabi palsu. Agama Majusi ini terbahagi kepada tiga aliran iaitu Kayumarthiah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Penganut agama majusi menetap di Yaman, Oman, dan Bahrain. Hal ini kerana semua kawasan ini berada dalam pengaruh jajahan Parsi. Zaradushtiyah atau Zarathushtra atau juga dapat disebut dengan agama Zoroaster merupakan agama wahyu yang memiliki umur cukup tua yang masih ada sehingga ke hari ini. Di negara barat, agama ini lebih dikenali sebagai Zoroastrianisme.[footnoteRef:4] [4: H. Mukti Ali. Agama-Agama Dunia, (Yogyakarta: IAIN Sunan Kallijaga Press, 1988), hlm. 269.]

Agama Yahudi ialah agama yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. dan baginda diutuskan membawa kitab suci Taurat. Penganut asal agama ini adalah berasal daripada kalangan bani Israel di Utara Semenanjung Tanah Arab. Kitab Taurat mengandungi 39 Safr dan sekarang telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.[footnoteRef:5] Namun begitu, golongan agama bani Israel telah mengubahsuai kandungan kitab suci Taurat dan ini dilaknat oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud : Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulish Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: Ini dari Allah, (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu (Surah Al Baqarah: Ayat 79). Antara yang menganut agama Yahudi ini ialah Yusuf Dhu Nawas, pemerintah terakhir kerajaan Himyar. [5: http://www.academia.edu/9373139/Agama_Yahudi (Diakses pada 29 Mac 2015)]

Nasrani merupakan agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. yang diturunkan Allah s.w.t. kepadanya bersama-sama kitab suci Injil dan penganut asalnya yang juga dari kalangan bani Israel. Mereka juga mengingkari ayat-ayat Allah s.w.t dengan mengubahsuai kitab suci Injil menurut keperluan dan kepentingan mereka. Agama Nasrani berkembang ke utara Semenanjung Tanah Arab menerusi peranan penduduk Ghassan dan Hirah dan di sebelah selatan melalui peranan penduduk Habsyah pada kurun ke-6 Masihi. Terdapat beberapa suku Arab yang meenerima agama ini iaitu suku Ghassan, Judham, Salih, Lakhm (di timur), Tayy dan Thalabah (di tengah). Pusat agama Nasrani yang terkenal ialah di Najran, kawasan barat daya Semenanjung Tanah Arab. Di kota Makkah sendiri, terdapat beberapa tokoh yang juga menganuti agama Nasrani termasuklah Waraqah bin Naufal.Agama Hanif atau digelar Hunafa dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. dan dianuti oleh segelintir orang Arab. Al-Quran menyatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. adalah hanif(jamak: hunafa) yang mentauhidkan Allah s.w.t. Baginda sorang hanif dan Muslim, bukan Yahudi atau Nasrani. Antara yang menganut agama ini ialah Nabi Muhammad s.a.w. dan Zaid Ibn Amru bin Naufal. Penganut agama ini tidak menyembah berhala, berjudi, minum arak, melakukan maksiat dan tidak melakukan perbuatan keji dan dikutuk oleh Allah s.w.t. Walaupun begitu, sebahagian masyarakat Arab tidak beragama dan sebahagian pula mengamalkan kepercayaan animism seperti menyembah roh, penunggu atau kuasa ajaib; dancorak penyembahan dan pemujaan yang dilakukan bergantung kepada suasana tempat tinggal dan pekerjaan mereka. Antaranya masyarakat Petra dan Palmyra yang menyembah matahari, sementara bulan dipuja oleh masyarakat Main. Matahari dan bulan disembah kerana kedua-duanya dianggap menghidupkan tanaman mereka. Mereka percaya bahawa yang mereka sembah adalah punca kepada kehidupan mereka. Selain itu, masyarakat Arab juga mempunyai kepercayaan terhadap adat (sunnah) yang dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara yang diamalkan ialah menilik nasib bagi melihat masa depan mereka sama ada baik atau buruk. Mereka juga mempercayai kekuasaan ahli sihir dan kuasa azimat.Kepercayaan dan agama masyarakat Arab ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertama, kepercayaan beragama dan kedua, kepercayaan animism. Secara umumnya, sejumlah besar masyarakat Arab Jahiliah berada dalam kehidupan yang penuh dengan kesesatan dan terpesong daripada akidah yang sebenar. Maka itu, kedatangan Islam pada tahun 610 Masihi menerusi Nabi Muhammad s.w.t. telah mengubah masyarakat Arab khususnya dan dunia amnya. Ia bukan sekadar akidah tetapi juga aspek-aspek ketamadunan manusia. Namun begitu, tidak dinafikan tamadun Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. dan para Sahabat telah mulai goyah. Pada masa kini, pegangan agama masyarakat telah mulai goyah. Kepercayaan kepada Tuhan telah mulai longgar dalam kalangan masyarakat Muslim di seluruh dunia khususnya golongan remaja. Golongan remaja khususnya semakin hilang identiti sebagai seorang Muslim. Ada segelintir daripadanya yang tersesat daripada ajaran sebenar yang dianjurkan Islam. Hal inilah merupakan salah satu punca berlakunya gejala sosial yang serius dan menjatuhkan maruah seseorang individu tersebut dimata orang lain. Bukan sahaja maruah individu tersebut, malah maruah agama juga tercalar akibat perbuatan tidak berakhlak tersebut. Terdapat juga individu yang sudah jauh terpesong dan menjadi murtad.Terdapat juga sesuatu kumpulan yang terlalu fanatik dan melakukan keganasan dan peperangan atas nama Jihad. Ia pada asalnya adalah untuk tujuan yang baik. Namun disebabkan beberapa kumpulan dan individu-individu tertentu menggunakan perkataan tersebut sebagai ideology mereka untuk menuntut kemahuan mereka. Perkara ini sudah tentunya melanggar hukum dan juga menjatuhkan nilai agama. Mereka ini dipercayai sama ada orang Muslim yang ekstrim atau juga orang bukan Muslim yang sengaja ingin menjatuhkan martabat Islam dengan melakukan kerosakan atas nama Jihad. Namun begitu, tidak semuanya perkara negatif yang sedang terjadi pada ketika ini. Sangat banyak perkara positif yang wujud dalam dunia Islam pada hari ini. Pada hari kita dapat lihat semakin banyak rancangan-rancangan yang berunsurkan keagamaan. Malah, terdapat stesen televisyen dan radio khas untuk rancangan perkongsian ilmu agama sahaja. Semakin banyak motivasi, cerama dan sebagainya di corong-corong radio dan di paparan televisyen. Terdapat juga banyak aktiviti amal, aktiviti keagamaan dan sebagainya di pusat-pusat ilmu seperti di masjid, surau, institusi pendidikan malah di tempat awam juga. Hal ini telah berjaya menyebarkan erti Islam yang sebenar dan berjaya menarik minat orang bukan Islam untuk belajar tentang Islam dan seterusnya menerima Islam. Semakin ramai yang berhasrat untuk memeluk Islam setelah memahami ajaran Islam.