Title Layout
-
Upload
muhamdsyukri -
Category
Documents
-
view
240 -
download
0
description
Transcript of Title Layout
MUHAMMAD SYUKRI BIN MUSTAFFA
MENGANALISIS AKTA PENDIDIKAN 1996
MINGGU 6
• Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 yang bertujuan untuk memantapkan serta mengemaskinikan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.
• Akta ini menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.
• Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.
TUJUAN
Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan
Memperkukuh kedudukan bahasa
kebangsaan
Memperkukuh latihan perguruan
Memperluas dan memperkenalkan
perundangan mengenai pendidikan
Memperluas bidang kuasa Mentor
Pendidikan
Pendidikan Islam diperluaskan untuk
pelajar islam
Mencakupi perundangan pada
tahap prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi
Mempertingkatkan pendidikan teknikal
Penyelarasan semua jenis kurikulum kategori
sekolah melalui kurikulum kebangsaan
sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri.
Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan
BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR UTAMA
KURIKULUM KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH SEMUA SEKOLAH
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa mata pelajaran lain yang ditetapkan.
Dalam hal sekolah swasta, subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan yang dinyatakan dalam Jadual diajarkan di sekolah itu.
(4) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintahyang disiarkan dalam Warta menambah, meminda atau mengubahJadual.
SEKOLAH HENDAKLAH MENYEDIAKANMURID BAGI PEPERIKSAAN YANG DITETAPKAN
Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan diwajibkan mengambil peperiksaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan dengan itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid- murid dari sekolah-sekolah di negara kita.
Sekian terima kasih