TM7

7
MENCARI MAKLUMAT TENTANG CARA MENJALANKAN PENTAKSIRAN BAHASA RESEPTIF DAN BAHASA EKSPRESIF Tutorial Minggu 7

description

TM7

Transcript of TM7

Page 1: TM7

MENCARI MAKLUMAT TENTANG CARA MENJALANKAN PENTAKSIRAN BAHASA

RESEPTIF DAN BAHASA EKSPRESIF

Tutorial Minggu 7

Page 2: TM7

Bahasa Ekspresif

• Bahasa ekspresif merujuk kepada keupayaan pelajar untuk berkomunikasi dan meluahkan idea, perasaan, pemikiran atau pendapat kepada orang lain. Pentaksiran terhadap bahasa pentaksiran ini biasanya melibatkan aspek pengeluaran bunyi yang betul, ucapan , dan bahasa. Perucapan atau pertuturan adalah merupakan pengeluaran untuk menghasilkan bahasa ekpresif.

Page 3: TM7

Bahasa Reseptif

• Bahasa reseptif pula merujuk kepada keupayaan individu untuk menerima dan memahami input bahasa yang diterima daripada persekitaran. Pentaksiran terhadap bahasa reseptif ini misalnya akan melibatkan keupayaan pelajar untuk mendengar perkataan atau frasa dan dapat mempamerkan kefahaman mereka terhadapa isu yang diperkatakan tadi. Sebagai contoh, selepas memperdengarkan beberapa perkataan, murid tersebut akan disoal semula mengenai kefahaman beliau terhadap apa yang dibacakan tadi.

Page 4: TM7

Ciri-ciri Yang Mengalami Masalah Ekspresif Dan Reseptif

• Individu yang mengalami masalah lebih suka untuk berdiam diri daripada sebarang perbincangan dan perbualan.

• Memberi respons yang salah dengan arahan yang diberikan. • Mengalami kesukaran untuk bertukar giliran berkomunikasi

dan bercakap apabila mereka diminta untuk melakukan perbincangan.

• Kesemua masalah ini dapat dirawat jika diberi rawatan dan intervensi dengan segera. Psikoterapi dapat dijalankan untuk merawat masalah ini terutamanya bagi mereka yang menghidapi masalah dalam emosi dan juga tingkah laku,

Page 5: TM7

Cara Pentaksiran Terhadap Individu Yang Mengalami Masalah Lisan Ini

• Bagi melakukan pentaksiran terhadap individu yang mengalami masalah lisan ini, terdapat beberapa cara dan kaedah. Antaranya guru boleh menyediakan beberapa set soalan dalam memahami perkembangan bahasa mereka. Selain itu guru juga boleh melakukan deskripsi lisan, temuduga, perbincangan, penggunaan videotape dan mengadakan ujian yang standard kepada mereka.

Page 6: TM7

Jenis Ujian

• Contoh ujian yang sesuai dijalankan adalah seperti ujian kriteria. Aspek yang dinilai adalah ucapan dan juga bahasa. Komponen yang dinilai adalah seperti bahasa ekspresif dan reseptif, mimik muka atau gesture, pemvokalan yang betul, kepanjangan ayat dan juga ingatan audiotari. Ujian seperti ini biasanya dilakukan pada usia selepas lahir hingga berumur 7 tahun.

Page 7: TM7

Jenis Ujian

• Selain daripada ujian juga, guru boleh mengambil kira persekitaran sosial kanak-kanak tersebut. Hal ini dapat membantu guru membuat perkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid dan seterusnya merancang strategi bagi mengatasi masalah yang dihadapi.