Tokoh (1) Ibnu Sina

9
Tokoh : Ibnu Sina

description

Tokoh (1) Ibnu Sina

Transcript of Tokoh (1) Ibnu Sina

Tokoh (1) Ibnu Sina

Tokoh : Ibnu Sina

IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIANama : Abu Ali Hussien bin Abdullah b. Hassan b. Ali b. Sina Gelaran : AVICENNA Keturunan : Turki T/Lahir : 370H/980M di Turki. M/Dunia : 438H /1037M Umur : 58 tahun

1. Biodata; Hussin Bin Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin Sina Lahir 980M / 424H di Bukhara Keturunan turki Terkenal dalam bidang kedoktoran dan falsafah Islam

2. Sifat peribadi; Kreatif, gigih, dan tekun dalam menerokai ilmu khasnya ilmu perubatan . Bersungguh-sungguh mempelajari ilmu Mampu menggabungkan ilmu sains dengan perkara ghaib . Akalnya cerdas 3. Pendidikan: 3.1. Belajar sejak usia 5 tahun di Bukhara . 3.2. Belajar : Ilmu Tafsir , Al-Quran , Fikah ,Usuluddin , Tasawwuf , Ilmu Mantic, Matematik, Geografi, Sains, Fizik dan Astronomi 3.3. Hafaz al-Quran umur 10 tahun 3.4. Mempelajari ilmu kedoktoran semasa umur 17 tahun. 3.5. Menjadi doktor ketika berumur 17 tahun setelah mendapat galakan daripada Ibnu Yahya. Menghasilkan kitab dalam bidang perubatan iaitu Qanun Fi at-Tib ketika berusia 18 tahun. 3.6. Banyak membaca buku semasa bertugas di perpustakaan ( buat rujukan dan fakta hafaz

4. Sumbangan;

Menghasilkan kitab al-qanun fit-tib (membincangkan masalah kedoktoran secaraspekulatif dan praktikal )

Menghasilkan banyak risalah dalam bidang kedoktoran

Menjalankan kajian dalam bidang biologi dan fizik (diikitraf pemikirannya mendahului zamannya)

Membawa pemikiran: ( ilmu logic adalah salah satu cabang sains yang berhubung dengan kajian jiwa ) Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Qanun Fi At-Tib karangannya merupakan buku kedoktoran yang muktabar dan menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan dari generasi ke generasihinggalah sekarang. Ia telah diterjemahkan ke berbagai bahasa asing seperti bahasa Latin dan Inggeris

Dia juga menghasilkan beratus-ratus risalah mengenai bidang perubatan yang menjadi rujukanpara doktor.Selain daripada Qanun Fi At-Tib, hasil karangan beliau yang masyhur ialah :

a) Kitab Al-Najah dan Kitab Al-Isyarah yang berkaitan dengan alam tabie b) Kitab As-Syifa dalam bidang perubatan

5. KETOKOHAN

- Ahli Falsafah Islam- Ahli Perubatan Terkenal di mana beliau telah menghuraikan sebanyak 760 jenis penyakit dan kaedah pengubatanya.- Perdana Menteri di Hamzan setelah beliau menjadi doktor dan mampu menyembuhkan penyakit beberapa pemerintah di sana.- Pakar dalam bidang Anatomi.