Tokoh Kreativiti..Paul Torrance

download Tokoh Kreativiti..Paul Torrance

of 2

Transcript of Tokoh Kreativiti..Paul Torrance

  • 7/27/2019 Tokoh Kreativiti..Paul Torrance

    1/2

  • 7/27/2019 Tokoh Kreativiti..Paul Torrance

    2/2

    (e) Percubaan

    Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik

    adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar.

    Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan

    apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses

    mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat

    ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika

    menghasilkan karya.

    (f) Penerokaan

    Galakan kepada pelajar bagi membuat penerokaan dan ekplorasi dengan

    menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di sekeliling kita. Dalam

    konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing

    pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam

    proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajarberkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang

    individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

    (g) Memanipulasi

    Seseorang individu yang mampu bertindak dan menghasilkan sesuatu melalui bahan

    atau keadaan yang ada merupakan satu proses memanipulasi yang sempurna. Ini

    bermakna apabila seseorang pelajar mampu menggunakan bahan dan objek yang

    berada di sekelilingnya untuk menghasilkan satu karya seni maka proses memanipulasi

    telah pun berlaku. Manakala di dalam proses pembelajaran seni pula, ia mampu

    menyedarkan pelajar supaya lebih berjimat cermat di samping mengelakan darimelakukan pembaziran penggunaan bahan semasa menghasilkan karya.

    (h) Aktiviti / Bermain

    Aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanak-kanak

    bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran.

    Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang

    sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu

    merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat.

    Monday, November 2, 2009

    http://flow-sharul.blogspot.com/2009/11/tokoh-kreativiti-ellis-paul-torrance.html

    SHARULNIZAM RAMLI

    http://flow-sharul.blogspot.com/2009/11/tokoh-kreativiti-ellis-paul-torrance.htmlhttp://flow-sharul.blogspot.com/2009/11/tokoh-kreativiti-ellis-paul-torrance.htmlhttp://www.blogger.com/profile/06143311861035301721http://www.blogger.com/profile/06143311861035301721http://flow-sharul.blogspot.com/2009/11/tokoh-kreativiti-ellis-paul-torrance.html