Tokoh Perniagaan

5
TOKOH PERNIAGAAN TAN Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad. Bhd. Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak Niaga Holdings Berhad.

Transcript of Tokoh Perniagaan

Page 1: Tokoh Perniagaan

TOKOH

PERNIAGAAN

TAN Sri Rozali Ismail adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad. Bhd. Kejayaan

besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam

Puncak Niaga Holdings Berhad.

Page 2: Tokoh Perniagaan

KERJAYA

• Tan Sri Rozali dilahirkan pada bulan Disember 1957, iaitu tahun

Malaysia mencapai kemerdekaan. Tan Sri Rozali adalah peguam

yang kemudiannya melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Sebelum

melibatkan diri dalam dunia perniagaan, beliau bekerja dengan

kerajaan dan lapan agensi kerajaan selama lapan tahun.

• Selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun

1981, Tan Sri Rozali memulakan kerjayanya di Biro Penyiasatan

Kebangsaan sebelum bekerja dengan UDA sebagai Penasihat

Undang-undang dalam perkara yang berkaitan dengan pekerja,

pembangunan dan perancangan.

Page 3: Tokoh Perniagaan

KEJAYAAN

• Kejayaan besarnya tiba apabila beliau memiliki 33.9 peratus kepentingan dalam Puncak

Niaga Holdings Berhad. Tan Sri Rozali juga memiliki kepentingan dalam dua buah lagi

syarikat yang tersenarai, iaitu U-Wood Holdings Berhad dengan 8.1 peratus kepentingan dan

WWE Holdings Berhad dengan 30 peratus kepentingan melalui Peribadi Johan Sdn. Bhd.

• Puncak Niaga Holdings Berhad memegang konsesi dalam 28 buah pusat rawatan air di

Selangor, menjadikannya pembekal air yang terbesar di Selangor dengan membekalkan

1,929 juta liter air sehari. Konsesi itu berakhir pada tahun 2020.

• Kontrak yang dianugerahkan bagi menjalankan sistem pembekalan air Selangor dan Wilayah

Persekutuan bernilai RM1 bilion. Projek ini melibatkan pembekalan dan penggantian pair air

dan ini dijalankan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), yang dikuasai oleh

Tan Sri Rozali melalui syarikatnya, Central Plus (M) Sdn. Bhd. yang memegang 69.9

peratus kepentingan dan adiknya Mat Hairi yang memegang 30 peratus saham dalam Syabas

melalui syarikatnya, Corporate Line (M) Sdn Bhd.

Page 4: Tokoh Perniagaan

PENGIKTIRAFAN DAN

ANUGERAH

• Antara anugerah yang pernah diterima oleh Tan Sri Rozali adalah Fellowship Award dari Institut Pemasaran Malaysia pada 6 November 2001. Ini adalah kerana sumbangannya kepada institut itu dan juga strategi unik yang digunakan bagi memasarkan projek Bandar Baru Puncak Alam dan Bandar Puncak Perdana.

• Pada 26 Mac 2002, Tan Sri Rozali dianugerahkan Anugerah Pengurusan Air Cemerlang peringkat Asia 2002 bagi kategori Anugerah Individu oleh Persatuan Air Malaysia. Ini adalah kerana sumbangannya dalam menjana pengurusan yang cemerlang dan amalan terbaik dalam industri air.

• Pada 16 Januari 2003, Tan Sri Rozali dinamakan sebagai antara 10 usahawan terbaik Malaysia oleh Ernst & Young. Ini adalah kerana sumbangannya dalam bidang keusahawanan dan kepimpinan.

Page 5: Tokoh Perniagaan

TAN Sri Rozali Ismail