tokoh seni visual negara

3
NOOR MUSTAQIM BIN MOHAMED BA15110387 T. SENI VISUAL TUGASAN KULIAH 4 MOHD. SHAIMY HASHIM Dilahirkan di Panchur, Pekan, Pahang, pada 61 tahun dahulu. Mohd. Shaimy, yang telah berkarier selama lebih daripada 40 tahun, bukan sahaja artis beraliran surealisme, malah pentadbir persatuan seni yang disegani. Pengerusi Senika (Persatuan Seni Lukis dan Seni Reka Pahang) dan GAP (Gabungan Persatuan Pelukis Malaysia) ini hadir ke pameran solo kedua yang bertajuk “Mohd. Shaimy Hashim: Surealis 1981-2014”. Pameran ini menghimpunkan lebih daripada 30 karya sureal yang terpilih sepanjang kariernya. Mohd. Shaimy Hashim yang pernah melanjutkan pelajarannya di Pusat Seni, Universiti Sains Malaysia. Mohd Shaimy Hashim: Surealis 1981-2014 PERANAN Mohd. Shaimy mula memikirkan idea, metafora, simbolisme, subjek perlambangan yang konsisten, dan kandungan walaupun sebelum ini dia telah mahir dengan aspek kemahiran “membuat” lukisan. Beliau juga mewakili kurator Balai Seni Visual Negara ke majlis pengkisahan 25 Tahun Senika di Kuantan pada 2011. SUMBANGAN

Transcript of tokoh seni visual negara

Page 1: tokoh seni visual negara

NOOR MUSTAQIM BIN MOHAMEDBA15110387T. SENI VISUAL

TUGASAN KULIAH 4

MOHD. SHAIMY HASHIM

Dilahirkan di Panchur, Pekan, Pahang, pada 61 tahun dahulu. Mohd. Shaimy, yang telah berkarier selama lebih daripada 40 tahun, bukan sahaja artis beraliran surealisme, malah pentadbir persatuan seni yang disegani. Pengerusi Senika (Persatuan Seni Lukis dan Seni Reka Pahang) dan GAP (Gabungan Persatuan Pelukis Malaysia) ini hadir ke pameran solo kedua yang bertajuk “Mohd. Shaimy Hashim: Surealis 1981-2014”. Pameran ini menghimpunkan lebih daripada 30 karya sureal yang terpilih sepanjang kariernya. Mohd. Shaimy Hashim yang pernah melanjutkan pelajarannya di Pusat Seni, Universiti Sains Malaysia.

Mohd Shaimy Hashim: Surealis 1981-2014

PERANAN

Mohd. Shaimy mula memikirkan idea, metafora, simbolisme, subjek perlambangan yang konsisten, dan kandungan walaupun sebelum ini dia telah mahir dengan aspek kemahiran “membuat” lukisan. Beliau juga mewakili kurator Balai Seni Visual Negara ke majlis pengkisahan 25 Tahun Senika di Kuantan pada 2011.

SUMBANGAN

Mohd. Shaimy telah bermula a wal daripada itu pada sekitar tahun 1970-an dengan berkarya sendiri di sekitar Kuantan dan seterusnya menubuhkan Senika yang mewakili suara pelukis Pahang dan Pantai Timur umumnya. Mohd. Shaimy bertugas sebagai guru di sekolah swasta di beberapa buah negeri di Pantai Timur. Pengkaryaan awalnya dapat dikatakan sebagai rakaman atau rekod masa terhadap sesuatu persekitaran dan kadangkala menerima komisen atau aktiviti

Page 2: tokoh seni visual negara

NOOR MUSTAQIM BIN MOHAMEDBA15110387T. SENI VISUALberkumpulan untuk membuat lukisan potret di tempat awam. Selain itu, setelah menamatkan kursus jangka pendek di Pusat Seni, beliau didapatai cenderung dalam pengkaryaan. Mohd Shaimy pada masa itu yang mula memikirkan idea, metafora, simbolisme, subjek perlambangan yang konsisten, dan kandungan walaupun sebelum ini dia telah mahir dengan aspek kemahiran “membuat” lukisan.

KARYA

Shaimy Hashim dengan karya yang condong kepada surealisma. Alam tidak lojiknya cuba dijadikan kiasan. Keris dan keranda terbang sebagai metafora, menceritakan akan kuasa dan hak yang tidak berjejak. Warna suram dan mestri membungkus rasanya yang bergolak. Suasana politik ,ekonomi dan budaya berulang kali disingkap dan ini dapat dirujuk dari karyanya Keranda 152 , 27” x 35” dan Mimpi dalam mimpi ,56” x 46” media cat minyak, . Berikut adalah salah satu karya yang dihasilkan oleh beliau dan menjadi salah satu catan yang dipamerkan di balai seni lukis Negara.

Keranda 152 , 27” x 35” dan Mimpi dalam mimpi ,56” x 46” media cat minyak

SUMBER

1. http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?m=201411 2. MAJALAH DEWAN BUDAYA KELUARAN NOVEMBER 20143. https://vimeo.com/10855423 4. http://galeripantaitimur.blogspot.my/2008_08_01_archive.html