Tony Fernandes
-
Upload
mediateam-smktpi -
Category
Documents
-
view
32 -
download
0
description
Transcript of Tony Fernandes
7/14/2019 Tony Fernandes
http://slidepdf.com/reader/full/tony-fernandes-56327c882b09b 1/2
Tony Fernandes
Tony Fernandes
Tony Fernandes di sebuah acara Air Asia
Lahir 30 April 1964 (umur 48)
Kuala Lumpur , Malaysia
Pekerjaan Ketua pegawai eksekutif /
Pengarah AirAsia Berhad dan
pengasas Tune GroupSdn Bhd /
Pengerusi QPR Holdings Ltd / Ketua
Pasukan Caterham F1
Nilai
harta kekayaan
US$ 470 juta[1]
Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE (lahir 30 April 1964; juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang
usahawan dar iMalaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang
murah kepada penduduk Malaysia denganslogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai
kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah
syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-
persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekasPerdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan
tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat
penerbangan tambang rendah yang lain.
Pra-masa pengusahaan
Fernandez ialah seorang bangsa Goa bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur , Malaysia.
Ibubapanya ialah Dr. Stephen Edward Fernandes (meninggal), dan Ena Dorothy Fernandes. Pada masa muda lagi,
7/14/2019 Tony Fernandes
http://slidepdf.com/reader/full/tony-fernandes-56327c882b09b 2/2
dia sentiasa mengikut ibunya, seorang peniaga, ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware. Selepas
mendapat ijazah universiti daripada London School of Economics pada tahun 1987, dia bekerja sebentar
dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit, dan seterusnya dari tahun 1987 sehingga tahun 1989, dia menjadi pengawal
kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikatRichard Branson di London.
Sewaktu kembali ke Malaysia pada umur 27, dia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia)
Sdn Bhd.Selanjutnya dari tahun 1992 sehingga 2001, dia menjadi naib presiden Wilayah Asia TenggaraSelatan bagi Kumpulan Warner Music. Pada masa Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes
meninggalkan syarikatnya bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang
rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.
Pelancaran AirAsia
Adalah melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal
Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah
mengalami kesulitan disebabkan tanggunganhutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada
pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli
syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya,
Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut
dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur,
dan hutang sebanyak RM40 juta.
Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalamsejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah
menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga
meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu
menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia
dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh
masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130
peratus.