Topik 3: Membentuk kreativiti dan inovatif keusahawanan · Web viewPilih objek atau kad...

17
Topik 3: Membentuk kreativiti dan inovatif keusahawanan Pengenalan: Objektif: 1. Menerangkan makna dan konsep kreativiti dan inovatif 2. Menerangkan proses kreativiti 3. Membuktikan teknik kreativiti 4. Memberikan contoh inovatif 5. Membincangkan halangan kreativiti dan inovatif 3.1Apa itu kreativiti? Pernahkah anda terfikir betapa pentingnya kreativiti kepada usahawan? Terdapat beberapa definasi untuk kreativiti. Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn (2003), kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi. Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap. 3.2Proses Kreativiti Adakah kreativiti amat perlu bagi pengusaha? Seorang usahawan perlu memikirkan idea untuk mengimplementasi strategi baru. Secara amnya, idea tersebut diperkembangkan dari proses kreatif yang mana imaginasi individu akan membayangkan, memasukkan dan memajukan dan seterusnya akan dilaksanakan dan sebagai pulangan usahawan dan organisasi akan mendapat manfaatnya. Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa(langkah) utama di dalam proses kreatif iaitu: 1) Pengumpulan Pengetahuan (Knowledge Accumulation) 2) Inkubasi (Incubation) Penetasan??? 3) Idea 4) Penilaian dan Pelaksanaan 1

Transcript of Topik 3: Membentuk kreativiti dan inovatif keusahawanan · Web viewPilih objek atau kad...

Topik 3: Membentuk kreativiti dan inovatif keusahawanan

Pengenalan:

Objektif:1. Menerangkan makna dan konsep kreativiti dan inovatif2. Menerangkan proses kreativiti3. Membuktikan teknik kreativiti4. Memberikan contoh inovatif5. Membincangkan halangan kreativiti dan inovatif

3.1 Apa itu kreativiti?

Pernahkah anda terfikir betapa pentingnya kreativiti kepada usahawan?

Terdapat beberapa definasi untuk kreativiti. Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn (2003), kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi.

Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap.

3.2 Proses Kreativiti

Adakah kreativiti amat perlu bagi pengusaha?

Seorang usahawan perlu memikirkan idea untuk mengimplementasi strategi baru. Secara amnya, idea tersebut diperkembangkan dari proses kreatif yang mana imaginasi individu akan membayangkan, memasukkan dan memajukan dan seterusnya akan dilaksanakan dan sebagai pulangan usahawan dan organisasi akan mendapat manfaatnya.

Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa(langkah) utama di dalam proses kreatif iaitu:

1) Pengumpulan Pengetahuan (Knowledge Accumulation)2) Inkubasi (Incubation) Penetasan???3) Idea4) Penilaian dan Pelaksanaan

1

Fasa 1:

Pengumpulan Pengetahuan

Untuk memulakan proses kreatif, seseorang perlu bersedia mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini melibatkan akitiviti membaca, perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam bidang yang sama, menghadiri seminar profesional atau bengkel dan sebagainya. Dengan pendedahan begini, ia dapat memberikan pandangan yang luas mengenai masalah dan mempunyai asas yang kukuh mengenai kreativiti demi untuk membangunkan produk baru, perkhidmatan atau pelaburan perniagaan.

Fasa 2:

Inkubasi

Di dalam fasa ini, seseorang individu mungkin tidak terlibat secara langsung dengan sebarang perniagaan yang berkaitan dengan aktiviti atau masalah tersebut. Malahan mereka mungkin akan cuba membuangkan masalah tersebut dan membiarkan minda bawah sedar (subconscious) melakukan tugas tersebut. Pembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari mana sumber datang. Perkara seperti ini boleh berlaku semasa tidur, berehat, membaca bahan yang tidak berkaitan dengan masalah tersebut, bermain badmintan atau sedang meditasi.

Fasa 3:

Idea

Ini merupakan fasa yang paling mengasyikkan mengenai proses kreativiti. Dalam fasa ini, jalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya. Kadang-kadang fasa ini juga dikenali sebagai ‘faktor eureka’. Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak sengaja. Sebagai contoh: semasa makan, berjalan, mandi dan sebagainya

2

Fasa 4:

Penilaian dan Pelaksanaan

Pada fasa terakhir, usahawan akan menukar idea tersebut menjadi realiti. Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Kebolehan menentukan idea yang boleh dilaksana dan dipratikkan akan menentukan kejayaan usahawan di dalam sesuatu perniagaan. Apabila sesuatu idea mula timbul(muncul) dari fasa ketiga dalam idea kasar, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarnya kepada bentuk idea yang terakhir. Kemudian, usahawan tersebut boleh memilih idea yang terbaik untuk memulakan aktiviti perniagaan yang menguntungkan.

3.3 Sekatan Terhadap Kreativiti

Kita perlu ingat tidak semua idea kreatif yang telah dihasilkan boleh diterima. Kreativiti tidak bermakna ia tidak mempunyai sekatan, tidak mengalami kecewaan dan tidak mengalami kegagalan. Terdapat empat sekatan terdapat kreativiti iaitu:

a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs)Masalah utama yang menjadi penghalang kepada kreativiti adalah kepercayaan yang kita tidak kreatif. Dengan ini kita telah menyekat daya kreativiti dari berlaku. Sekiranya kita sering mengatakan yang kita bukan seorang yang kreatif, maka tidak perlulah kita belajar untuk menjadi seorang yang kreatif.

Tak perlulah bersusah payah melakukan sesuatu sekiranya yang jauh dilubuk hati kita sudah mengatakan “aku tidak boleh melakukannya”.

“Tidak ada istilah ‘mencuba’ yang ada hanyalah istilah ‘lakukan’ atau ‘tidak lakukan’ ”.

b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism)Sesetengah orang takut menerima kritikan. Mereka takut orang akan mengatakan idea mereka gila, bodoh dan tidak praktikal. Untuk mengelak dari di kritik, golongan seperti ini akan bertindak secara kebiasaan dan menjadi pengikut sahaja. Mereka tidak akan melakukan perkara yang berbeza.

“Akan senantiasa ada manusia yang akan mengkritik usaha kita walau pun idea tersebut baik(cemerlang)”

“Jadikan kritikan sebagai satu cabaran bukan satu masalah”

3

c) Pengurusan yang berlebihan (Over-Management)Persaingan di dalam pasaran, tugasan yang bertimbun, jadual yang padat dan permintaan segera akan menyebabkan kurangnya daya kreativiti. Ini mungkin terjadi apabila keadaan kerja persekitaran tidak memberi ruang untuk para pekerja menjadi kreatif. Dengan itu pekerja tersebut akan melakukan tugas hanya untuk memenuhi kehendak tugasan.

d) Tekanan (Stress)Tekanan berlaku apabila manusia merasakan mereka menghadapi permintaan yang terlalu tinggi, keadaan mendesak atau peluang yang diterima dan mereka merasa tidak pasti sama ada dapat melakukan tugas tersebut dengan efektif. Tekanan bukan sahaja boleh melemahkan (menghabiskan) tenaga seseorang malah ia tidak elok untuk kesihatan.

3.4 Bagaimana untuk membina idea yang kreatif

Setiap manusia mempunyai cara berfikir yang tersendiri. Terdapat beberapa teknik untuk membaiki kreativiti. Antara teknik tersebut adalah:

Brainstroming Analogi Paksaan (Forced Analogy) Do it Peta Minda (Mind Mapping) Kumpulan Nominal (Nominal Group)

a) BrainstormingBrainstorming adalah teknik yang berkuasa (berpengaruh) dan selalu digunakan untuk menghasilkan idea. Semasa sessi brainstorming, setiap ahli kumpulan akan mencadangkan idea dan idea tersebut kemudiannya akan dibincang bersama. Kumpulan brainstorming selalunya diantara empat hingga tujuh orang. William, 2000 menjelaskan terdapat empat peraturan apabila melakukan brainstorming:

i) lagi banyak idea, lagi baikii) semua idea perlu diterima, walaupun idea tersebut nampak macam

gila atau tidak betuliii) gunakan idea ahli group yang lain untuk memperolehi lebih banyak

ideaiv) Idea berbentuk kritikan atau penilaiain (evaluation) tidak dibenarkan

b) Analogi Paksaan (Forced Analogy)Analogi paksaan teknik yang berguna dan amat berkesan untuk menjana idea. Sesebuah idea akan dibandingkan dengan masalah yang

4

mempunyai sedikit atau tiada kaitan langsung untuk mendapat pandangan (insight) baru. Terdapat beberapa cara untuk ‘memaksa’ hampir keseluruhan hubungan dan mendapat jalan penyelesaian yang baru, seperti anda dan sebatang pen, musik dan komputer, produk dan pasaran. Perhubungan secara paksaan boleh membantu membina pandangan baru dan juga mencari jalan alternatif yang lain. Untuk membina suatu hubungan, ia memerlukan pilihan terdapat sesuatu objek atau kad bergambar yang akan membantu menjana idea. Pilih objek atau kad tersebut secara rawak dan apa jenis hubungan yang boleh dipaksa.

c) DO ITLangkah pertama untuk teknik DO IT, kita perlu menganalisa masalah tersebut dengan memastikan soalan yang betul telah diajukan. Mempelajari dan memahami masalah adalah saat yang kritikal untuk membolehkan kita mengenali punca sebenar masalah tersebut. Sekiranya masalah tersebut nampaknya terlalu besar, pecahkan masalah tersebut kepada bahagian-bahagian yang kecil dan lakukan ringkasan masalah tersebut secara singkat jika boleh.

DO IT singkatan untuk:

D Define problem (kenal pasti masalah)O Open mind and apply creative technique (Berfikiran terbuka dan

laksanakan teknik kreatif)I Identify best solution (kenal pasti penyelesaian terbaik)T Transform (lakukan)

Langkah kedua, selepas berjaya kenal pasti masalah tersebut, keluarkan (dijana) idea sebanyak yang mungkin untuk memperolehi jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Setiap idea yang dikeluarkan (dijana) adalah amat penting tanpa mengira sama ada idea tersebut baik atau buruk.

Langkah ketiga, kita perlu melakukan kajian dan analisa secara terperinci sebelum memilih cara yang terbaik untuk menyelesaian masalah tersebut. Semua penyelesaian yang ada haruslah diperolehi dari langkah kedua tadi.

Langkah keempat, selepas jalan penyelesaian terbaik dipilih, kini tiba masanya untuk perlaksanaan. Dalam langkah keempat ini, ia melibatkan pembinaan produk yang bersesuaian (reliable) dari idea yang dihasilkan, pasaran dan strategi perniagaan. Ia selalunya melibatkan masa, kos dan tenaga.

5

d) Peta Minda (Mind Mapping)Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan (word phases) untuk mengurus (organise) dan membangunkan pendapat secara ‘non linear’. Ia membantu kita ‘melihat’ sesuatu masalah dan jalan penyelesaiannya.

Kebanyakkan manusia menggunakan mind mapping semasa: Brainstorming Mengambil nota (taking notes) Menyegarkan ingatan mereka (refreshing their memory)

Peta minda (Mind mapping) juga boleh digunakan untuk menjana produk baru, menyelesaikan masalah, plan strategi atau membangunkan sesuatu proses. Kunci utama adalah untuk menjana idea dan menyelesaikan masalah tidak semestinya difikirkan secara logikal. Sekiranya suatu idea dijana dari idea lain, jangan cuba menganalisanya dahulu. Tuliskan sahaja idea tersebut di dalam mind map. Sama seperti brainstorming, semakin berserabut hubungan tersebut semakin baik. Dengan cara ini, jalan penyelesaian yang benar-benar inovatif akan dapat dihasilkan.

e) Kumpulan Nominal (Nominal Group)Kumpulan nominal digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan penyelesaian dengan cara bersemuka (face-to-face) di dalam sesebuah kumpulan; setiap ahli kumpulan akan mencatatkan idea mereka sebanyak yang mungkin di dalam helaian kertas. Selepas itu, setiap ahli kumpulan akan menyatakan idea mereka dan seterusnya idea tersebut akan dibincangkan untuk memperolehi penjelasan (clarification) dan penilaian. Akhirnya setiap ahli kumpulan akan mengundi secara senyap idea mana yang terbaik.

Ciri-ciri individu yang kreatif

Terdapat lapan ciri individu yang kreatif:

1. Individu kreatif adalah seorang yang merendah diri (humble) dan bangga diri (proud) dalam waktu yang sama.

2. Kebanyakkan individu yang kreatif perasaan yang amat kuat (passionate) mengenai kerja mereka, walaupun begitu mereka juga merupakan seorang yang sangat objektif mengenainya.

3. Individu kreatif adalah berani untuk mencuba idea yang baru.

4. Individu kreatif bersifat terbuka apabila menerima kritikan.

6

5. Individu kreatif mempunyai kombinasi seorang yang suka bermain (playfulness) dan seorang yang disiplin atau seorang yang bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab.

6. Individu kreatif sering kali mempunyai kawalan diri yang baik.

7. Individu kreatif adalah individu yang mempunyai matlamat (goal-directed), tidak tergesa-gesa dan membuat pertimbangan di dalam membuat sebarang keputusan

8. Individu kreatif sanggup mengambil risiko yang telah dikenal pasti.

3.6 Apa itu Inovasi?

Setelah usahawan menjalani proses kreatif dan memperolehi jalan penyelesaian terbaik, langkah mereka kemudian akan melakukan aplikasi dan seterusnya melakukan inovasi. Kreativiti adalah syarat awal kepada inovasi. Hari ini, inovasi dipercayai merupakan kunci kepada kejayaan banyak organisasi. Syarikat yang berjaya bersaing dan menang adalah syarikat yang membangunkan produk baru atau sistem baru untuk mengeluarkan produk senantiasa membaharuinya.

Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk & perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak, tidak akan membenarkan syarikat mereka berpuas hati dengan apa yang ada (complacent), terutama sekali apabila pesaing akan menghasilkan idea yang kreatif.

(Chell, 2001) Inovasi juga berfikir (deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation).

Usahawan mencipta permintaan baru di dalam pasaran dengan menukar kombinasi faktor pengeluaran untuk mencipta sesuatu yang baru. Oleh itu, inovasi adalah kunci usahawan untuk bertahan (survival) di dalam keadaan persaingan perniagaan yang sengit. ‘Inovasi atau mati’ sepatutnya menjadi prinsip harian kepada setiap usahawan.

7

3.7 Jenis Inovasi

Setiap orang di dalam perniagaan mestilah inovatif untuk membolehkan perniagaan tersebut berubah dengan pantas sejajar dengan kehendak dan keperluan pengguna. Kuratko dan Hodgetts, 2004 menyatakan terdapat empat asas kepada inovasi:

1. Penciptaan (Invention) – mencipta produk, perkhidmatan atau proses yang baru. Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba. Contoh: Penciptaan telegraph oleh Samuel Morse

2. Perluasan (Extension) – Penambahan atau tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses yang sedia ada. Contoh: Samsung yang terkenal dengan produk elektrik dan elektronik telah memperluaskan perniagaan mereka kepada automobil.

3. Duplikasi (Duplication) – Proses membuat pendua (replication) terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada. Proses ini bukan sekadar meniru bulat-bulat tetapi menambah fungsian tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses sedia ada. Contoh: Fungsi telefon bimbit membolehkan kita berhubung dengan rakan tanpa mengira waktu dan lokais. Tetapi kini, telefon bimbit telah mempunyai fungsian tambahan seperti pemain mp3, MMS dan WAP.

4. Perpaduan (Synthesis) – Proses untuk mengabungkan bahagian-bahagian lain untuk menjadi sesuatu produk atau aplikasi yang baru dengan mengambil kira beberapa idea atau barang yang telah sedia ada. Contoh: Gabungan diantara komputer dan rangkaian menghasilkan Internet.

8

3.8 Sumber kepada Inovatif

Usahawan memerlukan idea yang kuat sebelum beliau berupaya (inspire) memberikan inspirasi kepada produk, perkhidmatan dan proses baru. Terdapat empat punca sumber usahawan untuk inovasi. (Drucker, 1985; Kuratko dan Hodgetts, 2004)

a) Secara tidak sengaja (Unexpected Events)Usahawan selalunya memperolehi idea secara tidak disangka. Peristiwa yang tidak disangka memberi peluang yang baik sekali untuk usahawan menggunakan kepakaran mereka untuk melaksanakan aplikasi tersebut. Kejayaan atau kegagalan yang tidak disangka boleh menjadi sumber utama kepada inovatif apabila sesuatu tersebut tidak menarik perhatian atau tidak dirancang.

b) Konsep pengetahuan yang baru (New-Knowledge Concept)Pasaran masa kini, kita boleh memperolehi produk atau perkhidmatan baru dengan mudah. Malah kebanyakkan produk atau perkhidmatan adalah inovasi berdasarkan pengetahuan yang memerlukan masa yang lama untuk melakukan penyelidikan dan dibangunkan oleh segolongan pakar. Pengetahuan baru boleh diperolehi melalui pembacaan, menghadiri seminar atau persidangan atau perbincangan diantara para profesional.

c) Perubahan Demografis (Changes of Demographics)Perubahan demografis terhadap umur, peringkat pendidikan, pendapatan dan jenis pekerjaan telah menjadi sumber utama kepada inovatif kepada usahawan. Penukaran terhadap ciri-ciri demografis telah mencipta peluang yang besar untuk usahawan menjelajahi (explore). Sebagai contoh: taraf hidup dan peningkatan pendapatan, permintaan terhadap barangan mewah dan produk kesihatan telah juga meningkat.

d) Keperluan Proses (Process Needs)Keperluan proses perlu wujud di dalam proses perniagaan, industri atau perkhidmatan. Ia akan menjadikan proses yang sedia ada menjadi sempurna, mengantikan mana yang lemah, mereka bentuk semula proses sedia ada dan sebagainya. Semua ini menyediakan peluang untuk usahawan untuk menghasilkan produk, perkhidmatan atau proses yang sesuai dengan kehendak dan keperluan pengguna. Contoh: di dalam proses untuk menjadi masyarakat yang sihat, manusia akan mula melakukan lebih kerap senaman. Dengan ini, usahawan boleh menyediakan pusat penjagaan kesihatan untuk mereka yang berminat.

9

3.9 Halangan kepada Inovasi

Walaupun usahawan mempunyai banyak idea yang inovatif, namun terdapat juga kekurangan yang menjadi penghalang kepada inovasi. Halangan kepada inovasi sering kali berlaku di dalam organisasi, terutama dari kakitangan itu sendiri. Di bawah senaraikan halangan kepada inovasi:

a) Organisasi tidak mengalakkan inovatifSesetengah organisasi berpuas hati dengan apa yang ada dan tidak mahu sebarang perubahan. Bagi organisasi seperti ini, perubahan boleh mengancam budaya dan prosedur organisasi tersebut. Dan kemungkinan perubahan akan mengancam kedudukan mereka. Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, pihak pengurusan akan menolak atau mengelak untuk memberi perhargaan kepada inovatif di dalam organisasi. Selain dari itu, batasan diantara jabatan yang berlainan turut juga menghalang berlakunya komunikasi untuk inovatif idea dikalangan kakitangan.

b) Tidak cukup sumberSesetengah organisasi hendakkan perubahan dan inovatif tetapi menghadapi kekurangan sumber seperti sumber manusia, kewangan dan kelengkapan yang menjadi satu benda yang penting untuk menjayakan inovatif.

c) Tingkah laku tradisi pihak pengurusan (Traditional Management Behaviour)Pihak pengurusan mahu mengawal kakitangan daripada menjadi kreatif. Ini berlaku apabila pengurusan dikawal oleh kakitangan yang telah lama bertugas dan mereka ini masih mengekalkan cara mereka berfikir dan menolak sebarang perubahan.

Selain dari halangan berpunca dari organisasi, terdapat juga halangan datang dari sikap individu itu sendiri seperti:

1. Takut untuk mencuba (fear to trying)2. Takut untuk melakukan kesilapan3. Motivasi yang salah (improper motivation)4. Takut kepada perubahan5. Takut kepada kegagalan (fear to fail)6. Tidak percaya pada diri sendiri – individu tersebut merasa diri mereka

terlalu tua atau tidak pandai untuk melakukan tugas tersebut. Akibatnya beliau tidak mencuba untuk mencari jalan inovasi untuk mengatasi masalah tersebut.

10

3.10 Pentingnya Kretiviti dan Inovatif untuk Usahawan

a) Untuk memastikan organisasi berjaya mengharungi halangan (to ensure an organisation’s survival)Kreativiti dan inovatif adalah sangat penting untuk membolehkan sesebuah organisasi bertahan dalam jangka masa yang panjang. Masa hadapan sesuatu perniagaan bergantung kepada keupayaan mereka untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baru. Sesebuah organisasi tidak lagi boleh menunggu permintaan daripada pengguna, organisasi haruslah boleh mengeluarkan sesuatu yang unik untuk para pelanggannya.

b) Untuk meneroka pasaran baruDengan adanya produk dan perkhidmatan baru, usahawan boleh mengambil kesempatan meneroka pasaran baru. Seorang usahawan yang kreatif dan inovatif akan senantiasa berfikir untuk menguasai pasaran baru dengan mengenalkan produk dan perkhidmatan baru. Contoh: apabila Philips memperkenalkan pemain DVD yang pertama di pasaran pada tahun 1995, ia berjaya menguasai keseluruhan pasaran seluruh dunia.

c) Untuk mengguna sumber asliTerdapat banyak sumber asli didunia ini. Usahawan seharusnya mengunakan sumber ini tanpa melakukan sebarang kerosakkan kepada alam sekitar. Malah kreativiti dan inovatif adalah pencipta sumber. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab untuk mencipta ‘nilai’ terhadap sumber asli tersebut untuk kegunaan manusia sejagat.

3.11 Strategi untuk mengalakkan Kreativi dan Inovatif

i) Kenal pasti kebolehan sendiri – adalah penting untuk mengetahui yang kita mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut secara kreatif dan inovatif. Tetapi berhati-hati dengan kebolehan sendiri agar ia tidak menjadi penghalang kepada mencari jalan penyelesaian.

ii) Tukar persepsi (pandangan) anda – Cuba melihat sesuatu masalah

atau peluang dari berbagai sudut. Menguji masalah dan peluang tersebut dengan memecahkannya menjadi pecahan-pecahan kecil, cari masalah sebenar atau jalan penyelesaian yang terbaik.

11

iii) Tukar budaya orgnisasi – Organisasi mesti mengalakkan kakitangan mereka menjadi kreatif dan inovatif. Berikan ganjaran kepada kakitangan yang melebihi di dalam mencipta sesuatu yang unik.

iv) Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) – Setiap kegagalan atau kesilapan haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Ujian 1

1. Apa itu kreativiti? Berikan definasi kretiviti?

Kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi.

Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap.

2. Secara ringkas terangkan proses kreatif.

a) Pengumpulan PengetahuanPerlu bersedia mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini melibatkan akitiviti membaca, perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam bidang yang sama, menghadiri seminar profesional atau bengkel dan sebagainya

b) InkubasiPembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari mana sumber datang. Perkara seperti ini boleh berlaku semasa tidur, berehat, membaca bahan yang tidak berkaitan dengan masalah tersebut, bermain badmintan atau sedang meditasi

c) IdeaJalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya. Dikenali sebagai ‘faktor eureka’. Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak sengaja.

12

d) Penilaian dan PelaksanaanMenukar idea tersebut menjadi realiti. Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan.

3. Bagaimanakah cara untuk memperolehi maklumat yang relevan untuk pengumpulan pengetahuan.

Mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini melibatkan akitiviti membaca, perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam bidang yang sama, menghadiri seminar profesional atau bengkel dan sebagainya.

4. Terangkan langkah-langkah pernilaian untuk proses kreatif.

Menukar idea tersebut menjadi realiti. Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian,

disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Kebolehan menentukan idea yang boleh dilaksana dan dipratikkan akan

menentukan kejayaan usahawan di dalam sesuatu perniagaan. Apabila sesuatu idea mula timbul(muncul) dari fasa ketiga dalam idea

kasar, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarnya kepada bentuk idea yang terakhir.

Usahawan tersebut boleh memilih idea yang terbaik untuk memulakan aktiviti perniagaan yang menguntungkan.

5. Senaraikan dan terangkan halangan untuk kreativiti?

a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs)Kepercayaan yang kita tidak kreatif.

b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism)Sesetengah orang takut menerima kritikan. Mereka takut orang akan mengatakan idea mereka gila, bodoh dan tidak praktikal.

c) Pengurusan yang berlebihan (Over-Management)Tugasan yang bertimbun, jadual yang padat dan permintaan segera akan menyebabkan kurangnya daya kreativiti.

d) Tekanan (Stress)Tekanan berlaku apabila manusia merasakan mereka menghadapi permintaan yang terlalu tinggi, keadaan mendesak atau peluang yang

13

diterima dan mereka merasa tidak pasti sama ada dapat melakukan tugas tersebut dengan efektif.

6. Bagaimana anda mengeluarkan idea kreatif?

Brainstroming Analogi Paksaan (Forced Analogy) Do it Peta Minda (Mind Mapping) Kumpulan Nominal (Nominal Group)

7. Terangkan singkatan DO IT.

DO IT singkatan untuk:

D Define problem (kenal pasti masalah)O Open mind and apply creative technique (Berfikiran terbuka dan

laksanakan teknik kreatif)I Identify best solution (kenal pasti penyelesaian terbaik)T Transform (lakukan)

8. Bagaimana caranya MIND mapping boleh menjana idea?

Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan (word phases) untuk mengurus (organise) dan membangunkan pendapat secara ‘non linear’. Ia membantu kita ‘melihat’ sesuatu masalah dan jalan penyelesaiannya.

Digunakan untuk menjana produk baru, menyelesaikan masalah, plan strategi atau membangunkan sesuatu proses.

Menjana idea dan menyelesaikan masalah tidak semestinya difikirkan secara logikal. Sekiranya suatu idea dijana dari idea lain, jangan cuba menganalisanya dahulu. Tuliskan sahaja idea tersebut di dalam mind map. Sama seperti brainstorming, semakin berserabut hubungan tersebut semakin baik. Dengan cara ini, jalan penyelesaian yang benar-benar inovatif akan dapat dihasilkan.

14

9. Apa itu kumpulan nominal?

Kumpulan nominal digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan penyelesaian dengan cara bersemuka (face-to-face) di dalam sesebuah kumpulan; setiap ahli kumpulan akan mencatatkan idea mereka sebanyak yang mungkin di dalam helaian kertas.

Setiap ahli kumpulan akan menyatakan idea dan seterusnya idea tersebut akan dibincangkan untuk memperolehi penjelasan (clarification) dan penilaian.

Ahli kumpulan akan mengundi secara senyap idea mana yang terbaik.

Ujian 2

1. Senaraikan lapan ciri seorang individu yang kreatif

1. Seorang yang merendah diri (humble) dan bangga diri (proud) dalam waktu yang sama.

2. Perasaan yang amat kuat (passionate) mengenai kerja mereka, walaupun begitu mereka juga merupakan seorang yang sangat objektif mengenainya.

3. Berani untuk mencuba idea yang baru.

4. Bersifat terbuka apabila menerima kritikan.

5. Kombinasi seorang yang suka bermain (playfulness) dan seorang yang disiplin atau seorang yang bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab.

6. Mempunyai kawalan diri yang baik.

7. Mempunyai matlamat (goal-directed), tidak tergesa-gesa dan membuat pertimbangan di dalam membuat sebarang keputusan

8. anggup mengambil risiko yang telah dikenal pasti.

15

2. Apa itu inovasi?

Setelah usahawan menjalani proses kreatif dan memperolehi jalan penyelesaian terbaik, langkah mereka kemudian akan melakukan aplikasi dan seterusnya melakukan inovasi. Kreativiti adalah syarat awal kepada inovasi. Hari ini, inovasi dipercayai merupakan kunci kepada kejayaan banyak organisasi.

Nnovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk & perkhidmatan yang lebih baik.

3. Terangkan secara ringkas empat jenis inovasi

Penciptaan (Invention) – mencipta produk, perkhidmatan atau proses yang baru. Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba.

Perluasan (Extension) – Penambahan atau tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses yang sedia ada.

Duplikasi (Duplication) – Proses membuat pendua (replication) terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada. Proses ini bukan sekadar meniru bulat-bulat tetapi menambah fungsian tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses sedia ada.

Perpaduan (Synthesis) – Proses untuk mengabungkan bahagian-bahagian lain untuk menjadi sesuatu produk atau aplikasi yang baru dengan mengambil kira beberapa idea atau barang yang telah sedia ada.

4. Berikan beberapa contoh untuk setiap inovasi

Penciptaan (Invention) – Penciptaan telegraph oleh Samuel Morse

Perluasan (Extension) – Samsung yang terkenal dengan produk elektrik dan elektronik telah memperluaskan perniagaan mereka kepada automobil.

Duplikasi (Duplication) – Fungsi telefon bimbit membolehkan kita berhubung dengan rakan tanpa mengira waktu dan lokais. Tetapi kini, telefon bimbit telah mempunyai fungsian tambahan seperti pemain mp3, MMS dan WAP.

Perpaduan (Synthesis) – Gabungan diantara komputer dan rangkaian menghasilkan Internet.

16

5. Bagaimanakah usahawan memperolehi idea untuk produk baru, perkhidmatan dan proses?

i) Kenal pasti kebolehan sendiri – ukur baju sendiri ii) Tukar persepsi (pandangan) anda – Cuba melihat sesuatu masalah

atau peluang dari berbagai sudut.

iii) Tukar budaya orgnisasi – Mengalakkan kakitangan mereka menjadi kreatif dan inovatif. Berikan ganjaran kepada kakitangan yang melebihi di dalam mencipta sesuatu yang unik.

iv) Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) – Setiap kegagalan atau kesilapan haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

6. Apakah halangan untuk inovasi?

a) Organisasi tidak mengalakkan inovatifb) Tidak cukup sumberc) Tingkah laku tradisi pihak pengurusan d) Takut untuk mencuba (fear to trying)e) Takut untuk melakukan kesilapanf) Motivasi yang salah (improper motivation)g) Takut kepada perubahanh) Takut kepada kegagalan (fear to fail)i) Tidak percaya pada diri sendiri

7. Mengapakah kreatif amat penting untuk usahawan.

a) Untuk memastikan organisasi berjaya mengharungi halanganb) Untuk meneroka pasaran baruc) Untuk mengguna sumber asli

17