TOPIK 3.6 Perjuangan Menuntut Kemerdekaan.pptx

12
PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN PERANAN GOLONGAN AGAMA PERANAN BERPENDIDIKAN TEMPATAN

Transcript of TOPIK 3.6 Perjuangan Menuntut Kemerdekaan.pptx

Slide 1

PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN

PERANAN GOLONGAN AGAMA PERANAN BERPENDIDIKAN TEMPATAN

TOK JANGGUT

LATAR BELAKANG HajiMat Hassan bin Munasdikenali juga sebagaiTok Janggut. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Haji Mat Hassan mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Mekah. Beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada dan sebab itulah beliau dikenali sebagai TokJanggut. Tok Janggut juga mahir dalam ilmu persilatan. Beliau yang menetap di Kampung Nering, bekerja sebagai petani dan peniaga. Beliau merupakan salah seorang pejuang tanah air di Kelantan yang terkorban semasa pendudukan British.

PERANAN TOK JANGGUT DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN Memperjuangkan nasib orang Melayu di Kelantan Menentang penjajah Inggeris dan Siam Menentang kerajaan Kota Bharu yang diketuai oleh tali barut penjajah Inggeris dan Siam Menyahut cabaran kerajaan Turki Uthmaniyyah untuk menentang penjajah Barat

MAT KILAU

LATAR BELAKANG Nama penuh beliau adalahMat Kilau bin Imam RasuatauTok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda Iaitu anak kepadaTok Kaut Burau. Mat kilau dipercayai lahir pada tahun 1865/1866 diKampung masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajarberdikir rebana yang dikenali sebagai"Dikir Pahang". Hobi beliau adalah bermain gasingdan berlaga buah keras.

PERANAN MAT KILAU DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN Menentang pendudukan British di tanah air beliau. Menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran,Terengganu dan Kelantan bersama beberapa pengikut/pembesar beliau. Menyatakan bahawa cukai yang dikenakan oleh pihak inggeris sebagai penjajah terlalu tinggi dan mendapat persetujuan oleh pahlawan yang lain seperti Tok janggut di Kelantan dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu.

TOK KENALI

LATAR BELAKANG Muhammad Yusuf bin Ahmadatau lebih dikenali sebagaiTok Kenali. Beliau dipercayai lahir pada tahun 1870. Menuntut di Mekah selama 22 tahun. Sangat alim dalam ilmu tatabahasa arab. Beliau seorang Alim Rabbani dan hidupnya banyak berpandukan Al-Quran dan Sunnah

PERANAN TOK KENALI DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Sebagai Ahli Majlis Dewan Ulama Beliau juga terlibat dalam pemerintahan negeri Beliau telah membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama dan adat istiadat Melayu Kelantan. Beliau juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri

DATO BAHAMAN

LATAR BELAKANGAbdul Rahman Bin Tuanku Imam Nuh,lebih dikenali sebagaiDato'Bahamanialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu. Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British

PERANAN DATO BAHAMAN DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN Dilucutkan jawatan kerana enggan mendengar arahan orang Inggeris Mengetuai pengikut-pengikutnya untuk menyerang hendap orang Inggeris. Tidak gentar dengan ancaman orangInggeris

TOKOH GAJAH

LATAR BELAKANG Nama beliau sebenarnya Iman Rasu Bin Shahrun dan gelarannya adalah Orang Kaya Iman InderaGajah Pahang. Beliau adalah salah seorang daripada pahlawan-pahlawan yang terlibat dalampemberontakan di negeri Pahang tahun 1893-1895. Semasa beliau berumur 56 tahun iaitu padatahun 1901, beliaumeninggal dunia di Kampung Pasir Nering, terletak kira-kira 8km dari bandar Kuala Berang. Beliau merupakan ayah kepada pahlawan Melayu Pahang iaituMat Kilau.Pada tahun 1891 hingga 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintahnegerinya.

PERANAN TOK GAJAH DALAM PERJUANGAN KMERDEKAAN

Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan DatukLela menentang penjajah Inggeris.

Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendakmerampas pemerintahan negeri Pahang.

Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepandengan askar-askarInggeris yang lengkap bersenjata.

TERIMA KASIH