Topik 4 Latihan 1,2,3

3
Topik 4 LATIHAN 1 Lukis dan labelkan satu pelan makmal Matematik yang sesuai untuk sekolah anda dan beri justifikasi tentang pelan anda. JAWAPAN : Dalam sesuatu pelan Makmal Matematik, terdapat kelengkapan- kelengkapan dan susunan yang sesuai dalam makmal matematik seperti projektor LCD dan rak-rak. Projektor LCD diguna untuk memaparkan slaid-slaid Powerpoint ke skrin putih yang boleh mempermudahkan proses pengajaran guru. Rak-rak pula boleh diguna untuk menyimpan pelbagai resos matematik samada yang dibeli di pasaran atau dibina oleh pelajar dan alat- alat tulis seperti pen marker, pembaris, gam dan kertas. Kelengkapan alat tulis dengan bilangan yang mecukupi pada awal semester serta mudah diperolehi bila diperlukan dalam pengajaran akan memudahkan persediaan dan pengurusan pengajaran. Tambahan pula, murid juga boleh dilatih untuk mengambil alat-alat secara cepat dan tanpa diarah apabila mereka memerlukan alat-alat berkenaan. meja-meja berbentuk heksagon dapat memberi peluang maksimum untuk murid-murid berinteraksi secara bersemuka dalam aktiviti kumpulan

description

yyyy

Transcript of Topik 4 Latihan 1,2,3

Topik 4 LATIHAN 1Lukis dan labelkan satu pelan makmal Matematik yang sesuai untuk sekolah anda dan beri justifikasi tentang pelan anda.

JAWAPAN : Dalam sesuatu pelan Makmal Matematik, terdapat kelengkapan-kelengkapan dan susunan yang sesuai dalam makmal matematik seperti projektor LCD dan rak-rak. Projektor LCD diguna untuk memaparkan slaid-slaid Powerpoint ke skrin putih yang boleh mempermudahkan proses pengajaran guru. Rak-rak pula boleh diguna untuk menyimpan pelbagai resos matematik samada yang dibeli di pasaran atau dibina oleh pelajar dan alat-alat tulis seperti pen marker, pembaris, gam dan kertas. Kelengkapan alat tulis dengan bilangan yang mecukupi pada awal semester serta mudah diperolehi bila diperlukan dalam pengajaran akan memudahkan persediaan dan pengurusan pengajaran. Tambahan pula, murid juga boleh dilatih untuk mengambil alat-alat secara cepat dan tanpa diarah apabila mereka memerlukan alat-alat berkenaan. meja-meja berbentuk heksagon dapat memberi peluang maksimum untuk murid-murid berinteraksi secara bersemuka dalam aktiviti kumpulan tanpa mengubah tempat duduk. Hal ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan pengurusan bilik darjah. Tambahan pula, meja berbentuk heksagon ini mempunyai ruang yang lebih besar dan ini memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti penerokaan yang melibatkan pengolahan bahan-bahan konkrit dan manipulatif.

LATIHAN 21. Apakah makmal matematik?JAWAPAN : makmal Matematik adalah serupa dengan idea makmal sains. Makmal ini menyediakan banyak alat-alat Matematik yang boleh digunakan oleh murid-murid terutamanya dalam melakukan sebarang aktiviti seperti mengira isipadu cecair dengan menggunakan bekas yang mempunyai ukuran. Sekiranya digunakan dengan baik, makmal matematik boleh memainkan peranan yang penting dalam jaminan kualiti proses pembelajaran matematik di sekolah.2. Mengapakah makmal matematik penting untuk pembelajaran matematik di sekolah rendah?JAWAPAN: Makmal matematik ini penting bagi p&p di sekolah rendah kerana ia memainkan pelbagai peranan dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran matematik di sekolah. Antara peranan penting makmal matematik adalah fungsinya sebagai pusat bagiI. menjalankan aktiviti penerokaan matematikII. menjalankan aktiviti praktikal matematikIII. menyimpan bahan resos matematikIV. memaparkan bahan resos matematik

LATIHAN 31. Apakah sudut matematik?JAWAPAN : Sudut matematik menyerupai makmal mini untuk matematik. Ia memainkan peranan yang lebih kecil berbanding dengan makmal matematik. Penyediaan sudut matematik hanya memerlukan ruang yang sedia ada di dalam atau di luar bilik darjah. 1. Mengapakah sudut matematik penting untuk pembelajaran matematik di sekolah rendah?JAWAPAN : Secara umumnya sudut matematik direka untuk menyokong program pembelajaran matematik dalam bilik darjah. Ia penting untuk pembelajaran matematik di sekolah rendah sebagai tempat untuk mereka mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan tajuk-tajuk dalam Matematik dan juga sebagai pusat pameran mereka. Sebagai contoh, setiap alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru selepas kelas p&p tamat, maka alat itu boleh diletakkan pada sudut Matematik sebagai pameran mereka.