Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

30
T PENGENALAN Dalam topik ini, kita akan menghuraikan konsep kekeluargaan dalam Islam yang merangkumi persoalan hukum-hukum perkahwinan dan perceraian. Kita juga akan membincangkan hak dan kewajipan suami isteri dan aspek-aspek penting yang berkenaan dengannya seperti nafkah, penjagaan anak dan sebagainya. T o o p p i i k k 4 4 Undang- undang Keluarga Islam Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud undang-undang kekeluargaan Islam seperti pertunangan, perkahwinan, perceraian, nafkah, iddah dan sebagainya; 2. Menyenaraikan kriteria penting dalam pemilihan pasangan hidup baik lelaki mahupun wanita; 3. Menjelaskan langkah-langkah berlakunya sebuah perkahwinan dalam Islam serta rukun-rukun asas kepada perkahwinan; 4. Menghuraikan tanggungjawab dan hak yang ada bagi pasangan suami isteri dalam sebuah perkahwinan; 5. Menerangkan maksud perceraian dan jenis-jenis perceraian yang terdapat dalam Islam; 6. Menghuraikan tentang hak dan kewajipan kepada suami dan isteri selepas berlakunya perceraian, terutamanya semasa tempoh iddah; dan 7. Menyenaraikan hak-hak ibu bapa selepas bercerai dalam menjaga anak-anak mereka. HASIL PEMBELAJARAN

description

gmn

Transcript of Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

Page 1: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

T

� PENGENALAN Dalam topik ini, kita akan menghuraikan konsep kekeluargaan dalam Islam yang merangkumi persoalan hukum-hukum perkahwinan dan perceraian. Kita juga akan membincangkan hak dan kewajipan suami isteri dan aspek-aspek penting yang berkenaan dengannya seperti nafkah, penjagaan anak dan sebagainya.

Tooppiikk��

44 � Undang-

undang Keluarga Islam

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan maksud undang-undang kekeluargaan Islam seperti pertunangan, perkahwinan, perceraian, nafkah, iddah dan sebagainya;

2. Menyenaraikan kriteria penting dalam pemilihan pasangan hidup baik lelaki mahupun wanita;

3. Menjelaskan langkah-langkah berlakunya sebuah perkahwinan dalam Islam serta rukun-rukun asas kepada perkahwinan;

4. Menghuraikan tanggungjawab dan hak yang ada bagi pasangan suami isteri dalam sebuah perkahwinan;

5. Menerangkan maksud perceraian dan jenis-jenis perceraian yang terdapat dalam Islam;

6. Menghuraikan tentang hak dan kewajipan kepada suami dan isteri selepas berlakunya perceraian, terutamanya semasa tempoh iddah; dan

7. Menyenaraikan hak-hak ibu bapa selepas bercerai dalam menjaga anak-anak mereka.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 76

APAKAH PERKAHWINAN 4.1

Adalah lebih baik untuk kita membincangkan makna dan pengertian perkahwinan sebelum kita membincangkan perkara-perkara lain yang bersangkutan dengan perkahwinan ini. Terdapat pelbagai definisi kepada perkahwinan sebagaimana yang telah diutarakan oleh fuqaha Islam. Secara umumnya perkahwinan bermaksud satu ikatan sah yang wujud dan terjalin di antara dua jantina yang berbeza iaitu di antara lelaki dan perempuan yang menghalalkan perhubungan jenis di antara ke dua-duanya. Dari hasil perhubungan yang sah ini, maka terlahirlah pelbagai hak dan tanggungjawab ke atas kedua-dua pihak iaitu yang disebut sebagai suami dan isteri. Melalui perkahwinan yang sah ini juga akan terbentuklah satu kehidupan bersama yang dikenali sebagai keluarga. Sebuah keluarga terdiri daripada ayah, ibu dan anak-anak. Daripada sebuah keluarga inilah terbentuknya generasi manusia. Dalam Islam, perhubungan lelaki dan perempuan hanya menjadi sah, sekiranya perhubungan itu terbentuk daripada sebuah perkahwinan yang diiktiraf oleh syarak, iaitu perkahwinan yang memenuhi segala rukun dan syaratnya. Oleh itu, mana-mana perhubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak memenuhi rukun dan syarat sebuah perkahwinan, maka hubungan tersebut tidak dianggap sah, dan keluarga serta anak-anak yang terhasil daripada perhubungan yang tidak sah ini dianggap haram. Sebuah perkahwinan yang mulia dan bahagia itu akan bermula dengan proses mencari pasangan yang betul. Oleh itu, amat baik jika kita mulakan dengan menjelaskan bagaimanakah proses mencari calon suami atau isteri mengikut pandangan Islam.

AKTIVITI 4.1

1. Bincangkan dengan rakan sekelas anda pasangan yang macam manakah yang anda impikan.

2. Huraikan kaedah terbaik untuk kita memahami pasangan kita.

3. Jelaskan mengapa sebahagian daripada kita susah untuk mendapat jodoh.

Page 3: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM � 77

4.1.1 Mencari Calon Suami atau Isteri

Islam amat mengutamakan soal agama dalam setiap aspek kehidupan bagi seorang Muslim. Oleh itu, tidak keterlaluan jika dalam usaha untuk mencari jodoh pun, aspek yang diutamakan oleh Islam adalah aspek agama, di samping Islam tidak meminggirkan aspek-aspek yang lain. Ini kerana sebuah keluarga yang hendak dibentuk nanti, bukanlah untuk satu jangka waktu sahaja, tetapi akan berkekalan dengan kehadiran anak-anak, cucu cicit dan sebagainya. Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud: „Sebaik-baik isteri adalah bila diberikan sesuatu dia bersyukur, bila tidak diberikan apa-apa dia bersabar, bila kamu memandangnya, menyenangkan hatimu, bila kamu menyuruhnya, dia akan mentaatimu‰. (HR Muslim) Oleh itu, bagi menjamin kesejahteraan kepada perhubungan yang mulia dan panjang ini, agama sering kali memainkan peranannya yang utama. Tanpa agama maka hilanglah kesabaran, keikhlasan, kewarasan serta perkiraan dosa dan pahala dalam sebuah kehidupan berkeluarga. Padahal dalam sebuah kehidupan berkeluarga, ianya dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul oleh suami dan isteri serta anak-anak. Islam menganggap, kehidupan manusia tidak akan menjadi luhur, sehingga sahsiahnya terlebih dahulu perlu diluhurkan mengikut acuan dan kehendak agama. Oleh itu dalam sebuah hadis yang lain, Nabi ada menjelaskan bahawa seorang itu dikahwini kerana pelbagai faktor seperti rupanya, kedudukannya, hartanya dan agamanya. Di sini Nabi menyarankan supaya diutamakan pilihan ke atas faktor agamanya, kerana itulah yang akan menjamin kebahagian berterusan ke atas mahligai yang bakal terbina nanti. Nabi s.a.w pernah bersabda: „Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikannya semata-mata, mungkin kecantikkan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana hartanya semata-mata, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agamanya. Seorang sahaya yang hitam kulitnya, tebal bibirnya, tetapi beragama adalah lebih baik. (HR Ibn Majah)

4.1.2 Pertunangan dalam Islam

Pertunangan merupakan satu proses yang berlaku sebelum termeterainya kontrak yang disebut akad perkahwinan di antara seorang lelaki dan perempuan yang bakal menjadi pasangan suami isteri. Dalam al-QurÊan Allah menyebut

Page 4: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 78

perkataan Khitbah atau pertunangan sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah ayat 235:

��������� ���� ���������� ��� ������� ��� ���� �� � ����������� � ����� ��� �� �� ���� ��� ������������ ��� ���� �������� �� ������ �� ����� ��� �� ������ ������� ����� ������������������ ��

����������� ��������������� ��������� ���� � ��!� ��"� �!�" ���# �#�$� ������ �$����������� ������� ����������� �� ��#����� ��� ����������%� % �� & ������ ������� ���������!%��� �'"� ��!&'()*

Maksudnya: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan secara sindiran untuk mmeminang perempuan yang kematian suaminya dan masih dalam iddah, atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati mereka dalam hati kamu, akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit-sulit selain daripada menyebutkan kata-kata secara sindiran yang sopan...... dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (Surah al-Baqarah 2: 235) Di zaman kita ini, pertunangan sering kali dikaitkan dengan percintaan antara dua pasangan sebelum terdirinya sebuah rumah tangga. Biasanya pasangan yang bercinta akan melangsungkan pertunangan dan kemudiannya akan berkahwin. Jadi agak penting untuk kita memahami apakah yang dikatakan cinta.

4.1.3 Cinta dan Perkahwinan

Telah diceritakan pada suatu hari, ahli falsafah terkenal Plato terlibat dalam perbincangan dengan gurunya, lantas Plato bertanyakan gurunya akan makna cinta dan gurunya pun menjawab: „Masuklah kamu ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurut pendapatmu yang paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan terus ke depan dan jangan lagi mundur ke belakang. Pada saat engkau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut‰.

Page 5: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM � 79

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan kemudiannya dia keluar tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato: „Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya terfikir barangkali di depan saya masih ada ranting yang lebih bagus. Walaupun begitu, setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik mengikut pandangan saya. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa‰. Guru itu pun berkata: „Itulah cinta‰.

Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan, gurunya pun menjawab: „Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang engkau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.‰ Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi, juga tidak terlalu indah. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato: „Saya bertemu banyak pohon yang indah daunnya, besar batangnya, tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar pohon itu dari dalam hutan tersebut, akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui lagi pohon seperti ini lagi di hadapan sana, akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.‰ Lalu sang guru berkata: „Itulah makna perkahwinan.‰ Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon berserta rantingnya di dalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih, tidak satu pun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang beredar ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari semalam. Jadi pilihlah yang terbaik menurut pandangan dan keyakinan kita, dan terimalah seadanya, berusahalah untuk menjadikan kehidupan berumah tangga itu nanti yang terbaik untuk kita, dengan saling faham memahami, lengkap melengkapi di antara satu sama yang lain. Bagi menjaga keharmonian manusia, dan bagi menghormati cinta dan kasih sayang di antara manusia, Islam tidak membenarkan seseorang Muslim yang lain untuk menawarkan pinangan atau pertunangan ke atas wanita yang telah dipinang oleh orang lain. Ini supaya hubungan cinta dan kasih sayang antara insan tersebut terpelihara dan akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Terdapat beberapa hadis Nabi s.a.w mengenai pertunangan, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar, katanya Nabi s.a.w bersabda:

Page 6: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 80

„Tak boleh meminang seorang atas pinangan saudaranya hingga yang meminang sebelumnya itu meninggalkan pinangannya atau diizinkan baginya‰. (HR Bukhari) Mughirah bin SyuÊbah pernah menceritakan bahawa beliau pernah meminang seorang perempuan, lalu Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya, „Sudahkah engkau melihat perempuan tersebut?‰ Jawabnya, „Belum‰. Lalu Nabi s.a.w bersabda kepadanya, „Lihatlah perempuan itu terlebih dahulu agar nanti kamu boleh hidup lebih selesa bersamanya dalam rumah tangga yang bakal terbina‰. (HR Tirmidzi)

4.1.4 Hikmah Pertunangan

Secara mudahnya boleh difahami bahawa antara hikmat besar mengapa Islam mengsyariatkan pertunangan adalah bagi memastikan wujudnya keserasian antara kedua-dua pasangan. Selain daripada itu juga, keserasian adalah penting antara kedua-dua keluarga yang terlibat. Waktu pertunangan ini adalah satu waktu yang amat baik, untuk lebih kenal mengenal antara satu sama lain. Ianya merupakan persiapan yang amat mustahak sebelum terbentuknya sebuah ikatan perkahwinan yang akan meneruskan kelangsungan generasi manusia. Jika ada apa-apa masalah berbangkit di peringkat ini, maka kedua-dua pihak bolehlah membatalkan perkahwinan yang bakal terjadi, tanpa menimbulkan mudarat yang besar. Ini lebih baik berbanding dengan pembatalan jika berlaku selepas kontrak perkahwinan telah termeterai antara kedua belah pihak. Walau bagaimanapun kedua-dua pihak tidak wajar memutuskan pertunangan tanpa sebarang alasan yang munasabah, kerana pertunangan ini merupakan satu bentuk perjanjian antara kedua belah pihak. Dalam hal ini, Allah S.W.T telah berfirman:

��� ## �(�� �#�+,�� $���� ���� ��� ������� � ���)��� ���� ��

Maksudnya: „Wahai orang yang beriman, tunaikan serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian kamu‰. (Surah al-MaÊidah 5:1)

Dalam hadis juga Nabi s.a.w telah bersabda yang maksudnya: „Orang-orang Islam terikat dengan perjanjian mereka dan perkara-perkara yang mana mereka telah bersetuju‰. (HR Muslim)

Page 7: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM � 81

Perlu diingati oleh kedua-dua belah pihak bahawa tempoh pertunangan bukanlah tempoh untuk berdua-duaan antara pasangan masing-masing dan mereka tidaklah dibenarkan melakukan perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh syarak. Dalam hal ini, Nabi s.a.w ada bersabda: „Jangan seorang lelaki bersama dengan perempuan yang tidak halal baginya (termasuklah ketika dalam pertunangan) kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan kecuali kalau ada mahramnya‰. (HR Imam Ahmad) Oleh itu, pada peringkat ini setiap pihak perlu menjaga batas-batas perhubungan, jangan sesekali melanggari batasan pergaulan, kerana hal tersebut boleh merosakkan perkahwinan atau sekurang-kurangnya menghilangkan keberkatan perkahwinan yang bakal terbina di kemudian hari.

SEMAK KENDIRI 4.1

(a) Nyatakan sebab-sebab utama anda tertarik dengan pasangan anda sewaktu mula-mula bertemu dahulu.

(b) Bincanglah dengan rakan sekelas anda bagaimanakah untuk mendapatkan pasangan yang terbaik untuk anda.

(c) Pada pendapat anda, apakah faktor yang paling utama dalam kebahagiaan rumah tangga selain faktor agama? Huraikan.

PERKAHWINAN 4.2

Sebagaimana yang telah kita sebutkan sebelum ini, perkahwinan merupakan satu ikatan sah yang wujud dan terjalin di antara dua jantina yang berbeza. Dari sini dapat difahami bahawa perkahwinan mengikut tafsiran Islam ialah satu kontrak mulia yang terjalin di antara lelaki dan perempuan. Ianya merupakan satu kontrak yang dituntut oleh Islam bagi menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan, maka ianya dianggap sebagai ibadat, dan pelakunya akan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T, di samping kelebihan-kelebihan yang lain yang tidak dinikmati oleh orang-orang yang tidak berkahwin. Allah berfirman misalnya dalam Surah al-Rum:

Page 8: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 82

�� ����%� � ��� �#� �� ����-���*������� ����� ����������&+. ���,���� ���!�������'���� ��� ��/ ���� ��� � �! 0 �����) ����(� ��!�% ������� ��1��.�-).� �#�2*3�� �� �'�����$� �� ���#&'4*

Maksudnya: „Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia (Allah) menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir‰. (Surah al-Ruum 30:21) Dalam Islam, perkahwinan ini adalah sesuatu yang mudah, ia tidak memerlukan kepada majlis yang rasmi, hebat dan gilang-gemilang. Perkahwinan boleh diadakan dan dianggap sah dari segi undang-undangnya, apabila adanya sighah iaitu tawaran oleh satu pihak, dan wujudnya penerimaan oleh pihak yang satu lagi, maka termeterailah perkahwinan tersebut. Dalam Islam, perkahwinan yang sah ialah perkahwinan yang memenuhi segala rukun-rukunnya.

AKTIVITI 4.2

1. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah makna kasih sayang dan tenteram dalam sebuah perkahwinan.

2. Huraikan apakah yang dikatakan faham memahami antara suami isteri mengikut pemahaman anda.

4.2.1 Rukun-rukun Perkahwinan

Antara mazhab-mazhab dalam Islam, terdapat sedikit perselisihan berhubung dengan rukun-rukun perkahwinan. Dalam mazhab Shafie misalnya, rukun-rukun perkahwinan adalah seperti berikut:

� Lelaki yang bakal menjadi suami

� Perempuan yang bakal menjadi isteri

� Wali yang adil

� Dua orang saksi yang adil

� Ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan)

Page 9: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM � 83

Syarat-syarat bakal suami adalah seperti berikut: (a) BBeragama Islam Tidak dibenarkan bagi perempuan Islam untuk berkahwin dengan lelaki

yang bukan Islam. Dalam al-QurÊan, Allah menyatakan dengan jelas bahawa lelaki yang bukan Islam tidak dibenarkan sama sekali untuk dikahwini oleh perempuan Islam. Oleh itu, beragama Islam adalah rukun yang penting dalam sebuah kontrak perkahwinan. Allah berfirman:

��������/��! ���.� �� ��0 ��� ��"� �!�� �� 5 �#�+� ���6 ��!� �� �� 5 #�+��7 ��� ���,� �� ��0 #����� ���� �� ��# �1���-��������/��!���89�� ��0 ��� ��"� �!����!�� 5 �#�.��� ���� ��/� �� 5 #�+��7 ��� ���,:��0 #����� ���� ���# �1���-�10;�� �� ��1������� �#� �<�0%��!� �2 �� ��

�� ������#� �<��� �� �1�� �0���� �2��� � ��� � ���- 3 �2�8�9�� �# ��� � ��� �#� ��34� ������� ������������$� �����#&''4*

� Maksudnya: Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan-perempuan Islam

dengan lelaki-lelaki musyrik sebelum mereka beriman dan memeluk agama Islam. Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran daripadanya. (al-Baqarah: 2:221)

(b) TTidak Berihram Haji atau Umrah Perkahwinan juga hendaklah tidak diadakan semasa lelaki tersebut

berihram haji atau berihram umrah.

Dalam hal ini, Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud: „Orang yang sedang dalam ihram tidak boleh kahwin dan tidak boleh pula

mengahwinkan (menjadi wali atau wakil) dan tidak boleh meminang‰. (HR Muslim).

Page 10: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 84

(c) LLelaki Tertentu (TaÊ ayin) Hendaklah ditentukan calon lelaki tersebut. Oleh itu jika berlaku dalam

akad perkahwinan, di mana calon lelakinya tidak ditentukan, maka perkahwinan itu tidak sah. Misalnya apabila juru nikah berkata, „Aku kahwinkan kamu dengan mana-mana lelaki yang ada di dalam majlis ini‰, maka perkahwinan itu tidak sah, kerana tidak ada penentuan calon pengantin lelaki atau disebut taÊ ayin.

(d) BBukan Muhrim kepada Perempuan yang Bakal Menjadi Isterinya Islam tidak membenarkan perkahwinan berlaku sesama muhrim. Antara

hikmatnya adalah bagi mengelakkan perkelahian sesama saudara jika berlaku perceraian dan juga supaya hubungan manusia itu berkembang dan bukan hanya berkisar di kalangan keluarga tertentu sahaja.

(e) BBelum Mempunyai Empat Orang Isteri Calon lelaki yang hendak dikahwini itu mestilah masih belum mempunyai

empat orang isteri. Jika lelaki tersebut sudah mempunyai empat orang isteri, maka tidak dihalalkan berkahwin dengannya lagi. Dalam hal ini Harith bin Qais berkata: „Apabila saya memeluk Islam saya telah mempunyai lapan orang isteri maka Rasulullah s.a.w telah menyuruh saya menceraikan isteri-isteri yang lain, dengan mengekalkan hanya empat orang sahaja‰. Rasulullah lalu bersabda yang bermaksud: „Pilihlah daripada kalangan-kalangan mereka empat orang‰. (HR Abu Dawud)

Pada dasarnya, syarat-syarat bakal isteri pula adalah hampir sama dengan syarat-syarat bakal suami kecuali dalam beberapa perkara. Maka syarat-syarat bakal isteri adalah seperti berikut: (a) BBeragama Islam atau Kitabiyyah Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia memberi tafsiran yang ketat

mengenai wanita kitabiyyah ini iaitu sama ada:

(i) Seorang perempuan dari keturunan Bani YaÊqub (ii) Seorang perempuan Nasrani dari keturunan orang Nasrani sebelum

Nabi Muhammad menjadi Rasul (iii) Seorang perempuan Yahudi dari keturunan orang Yahudi sebelum

Nabi Isa menjadi Rasul (b) SSeorang Perempuan Tertentu (TaÊayin) (c) BBukan Muhrim kepada Lelaki yang Bakal Menjadi Suaminya (d) TTidak Berihram Haji atau Umrah (e) BBukan Isteri Orang dan Tidak dalam Iddah Orang Lain

Page 11: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM � 85

Islam tidak membenarkan perempuan mempunyai lebih daripada seorang suami; oleh itu tidak dihalalkan bagi seorang perempuan berkahwin lebih daripada satu lelaki. Sedangkan Islam membenarkan suami berkahwin sehingga empat orang perempuan, dengan syarat lelaki tersebut mampu zahir dan batin serta boleh berlaku adil antara isteri-isterinya. Islam juga tidak membenarkan seseorang lelaki berkahwin dengan perempuan yang masih dalam iddah. Oleh itu, perkahwinan hendaklah dilakukan selepas daripada berakhirnya iddah bagi seseorang perempuan itu.

(f) BBukan Isteri yang Telah Diceraikan Sebanyak Tiga Kali Seseorang lelaki tidak dibenarkan berkahwin dengan isteri yang telah

diceraikan olehnya sebanyak tiga kali, sehingga perempuan tersebut berkahwin dengan lelaki lain dan kemudiannya diceraikan pula oleh lelaki tersebut dengan cara biasa.

4.2.2 Keizinan Wali di dalam Sebuah Perkahwinan

Mazhab Shafie mensyaratkan keizinan wali bagi melangsungkan sesebuah perkahwinan. Walau bagaimanapun, mazhab Hanafi tidak memerlukan keizinan wali untuk melangsungkan perkahwinan. Oleh itu, mengikut mazhab Shafie, jika perkahwinan dilakukan tanpa keizinan daripada wali kepada perempuan tersebut, maka perkahwinannya adalah tidak sah. Shafie bersandarkan hadis-hadis seperti berikut: Dari Sulaiman bin Musa dan Zuhri dan Unwah dan Aisyha, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda „Sesiapa saja perempuan yang kahwin tanpa izin walinya maka perkahwinannya terbatal‰. (HR Abu Daud) Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda „Hendaklah perempuan tidak menikahkan perempuan dan hendaklah perempuan tidak menikahkan dirinya sendiri, kerana perempuan penzina itu ialah yang menikahkan diri sendiri‰. (HR Ibn Majah dan Daraqutni) Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah pula, dia berkata Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: „Tiada perkahwinan kecuali berwali dan pemerintah adalah wali bagi orang yang tidak punyai wali‰. (HR Ibn Majah)

Page 12: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 86

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w telah bersabda, „Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali dan dua orang saksi yang adil. Jika tidak, perkahwinan itu tidak sah‰. (HR Ahmad) Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, Mazhab Hanafi membolehkan seseorang perempuan yang sudah baligh berkahwin tanpa memerlukan atau mendapat izin walinya. Antara hadith-hadith yang dirujuk oleh Mazhab Hanafi di antaranya adalah seperti berikut: Dari Ibn Abbas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: „Janda lebih berhak dari walinya mengenai dirinya dan anak dara diminta kebenaran mengenai dirinya dan keizinannya ialah diamnya‰. (HR Muslim) Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas sesungguhnya ada seorang gadis datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu ia menerangkan bahawa ayahnya telah menikahkannya sedang ia tidak suka, lalu Nabi Muhammad s.a.w. menyuruhnya untuk memilih sama ada untuk menerima perkahwinan itu atau membatalkannya. (HR Abu Dawud) Diriwayatkan oleh Khansa binti Khidam bahawa ayahnya telah mengahwininya sedang dia janda tetapi dia tidak menyukai perkahwinan itu, lalu dia datang kepada Rasulullah s.a.w. maka baginda membatalkan perkahwinan itu. (HR Bukhari) Hadis yang telah diriwayatkan oleh Aisyah bahawa seorang gadis berjumpanya dan berkata bahawa bapanya telah mengahwinkannya kepada anak saudaranya supaya kepapaannya dialihkan darinya. Aisyah menyuruh gadis itu tunggu. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendengar aduannya, beliau menyuruh memanggil bapanya. Beliau kemudian membenarkan gadis itu berkahwin mengikut pilihannya. Kemudian gadis itu berkata, „Ya Nabi! Sesungguhnya saya menerima apa yang telah diputuskan oleh bapa saya. Saya tidak bermaksud untuk membatalnya, apa yang saya lakukan ini hanya bertujuan untuk membolehkan kaum perempuan yang lain mengetahui bahawa mereka mempunyai kuasa yang penuh atas diri mereka dalam hal perkahwinan‰. (HR Nasai)

Page 13: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM � 87

4.2.3 Wali dalam Sesebuah Perkahwinan dan Syarat-syaratnya

Para ulama telah membahaskan berkenaan dengan pengertian kepada wali dalam perkahwinan. Di sini boleh dirumuskan bahawa wali adalah seorang lelaki yang mempunyai syarat-syarat seperti berikut:

� Islam

� Baligh

� Kerelaannya sendiri, bukan paksaan

� Tidak berihram haji atau umrah

� Tidak fasik

� Tidak cacat akal fikirannya Manakala susunan keutamaaan atau Tartib Wali dalam sebuah perkahwinan itu adalah seperti berikut:

� Bapa kandung

� Datuk lelaki sebelah bapa ke atas

� Saudara lelaki seibu sebapa

� Saudara lelaki sebapa

� Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah

� Anak saudara lelaki sebapa ke bawah

� Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa

� Bapa saudara sebelah bapa sebapa

� Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah

� Anak lelaki bapa saudara bapa sebelah bapa sebapa ke bawah

� Bapa saudara bapa seibu sebapa

� Bapa saudara bapa sebapa

� Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa

� Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa

� Bapa saudara nenek lelaki seibu sebapa

� Bapa saudara nenek lelaki sebapa

Page 14: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 88

� Anak lelaki bapa saudara nenek lelaki seibu sebapa ke bawah

� Anak lelaki bapa saudara nenek lelaki sebapa ke bawah

� Sultan (wali raja)

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Bincangkan dengan rakan sekelas kamu adakah lebih baik bagi seseorang perempuan mendapatkan izin daripada walinya?

2. Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada perkahwinan tanpa keizinan wali, atau kahwin lari.

3. Jelaskan adakah antara anda yang pernah berhadapan dengan situasi di mana walinya tidak menerima kekasihnya untuk dijadikan isteri. Apakah cara terbaik yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

4.3 IJAB DAN QABUL

Apakah yang dimaksudkan dengan ijab dan qabul? �

(a) SSighah Ijab Ijab bererti tawaran (offer) atau penawaran daripada satu pihak kepada

pihak yang lain. Dalam perkahwinan, apabila disebut ijab maka bererti penawaran daripada wali pihak perempuan untuk mengahwinkan perempuan tersebut dengan seorang lelaki yang bakal menjadi suaminya. Bagi sighah ijab biasanya digunakan lafaz tazwij atau nikah atau dengan terjemahan daripada dua lafaz itu dalam apa bahasa sekalipun. Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri ataupun wakilnya.

(b) SSighah Qabul Qabul bererti penerimaan (acceptance) atau ucapan penerimaan daripada

calon lelaki itu sendiri atau wakilnya kepada sighah ijab (ucapan pelawaan) daripada pihak wali bagi perempuan tersebut atau wakilnya.

Maka hendaklah difahami bahawa dalam perkahwinan, ijab dan qabul ini memainkan peranan yang cukup besar yang akan menentukan sah dan tidak sahnya sesebuah perkahwinan itu. Maka apabila ijab atau penawaran itu dilakukan oleh pihak yang mempunyai hak untuk membuat penawaran tersebut yang disebut sebagai wali atau wakilnya, dan pihak yang satu lagi menerimanya,

Page 15: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM � 89

maka termeterailah kontrak perkahwinan itu. Dari sini, bermulalah sebuah perkahwinan yang sah di antara lelaki dan perempuan, pada masa yang sama, kedua-duanya disebut sebagai pasangan suami isteri dan masing-masing perlu menunaikan hak dan tangungjawab masing-masing. Dalam hal ini, Nabi s.a.w telah bersabda dalam hadisnya: „Takuti Allah mengenai perempuan. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka atas keamanan Allah dan persetubuhan dengan mereka telah dihalalkan dengan kalimah-kalimah Allah. (HR Muslim)

4.3.1 Mahar atau Disebut Mas kahwin

Mahar atau dalam bahasa Melayunya disebut sebagai mas kahwin adalah satu pemberian yang wajib diberi oleh pihak suami kepada isterinya dengan sebab berlakunya perkahwinan. Oleh yang demikian, ia adalah hak pengantin perempuan. Mahar boleh dibayar secara tunai mahupun hutang atau gabungan kedua-duanya. Walaupun mahar wajib dibayar, namun ia bukanlah suatu rukun dalam terbentuknya suatu perkahwinan. Dengan kata lain, sekiranya mahar tidak dibayar secara tunai semasa akad nikah berlangsung, maka perkara ini tidak menjejaskan kesahihan akad tersebut. Sebaliknya pembayaran mahar itu akan tertangguh dan dianggap sebagai hutang yang perlu dijelaskan oleh pihak suami di masa hadapan. Oleh itu, sekiranya seseorang suami itu masih belum menjelaskan maharnya kepada isteri dan berlaku kematian, maka mahar itu akan dianggap sebagai hutang yang perlu dijelaskan oleh waris-warisnya atau diambil daripada harta peninggalannya. Berhubung dengan mahar ini Allah S.W.T telah berfirman dalam al-QurÊan:

������ �� ����������� ���0= 45� ����65����7 �>��3 ���8 ?�8�� ����� �6��"�9� !����7��� ���%��� �� ���5@%��!���5@%# 0:�A&B*

Maksudnya: ‰Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya‰. (Al-NisaaÊ 4: 4)

Page 16: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 90

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: „Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .‰ (HR Bukhari) Mas kahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada kedua-dua pihak untuk menentukannya berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut.��

4.3.2 Bahagian-bahagian Mahar

Menurut para fuqaha, mahar ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang disebut sebagai Mahar Mithil dan Mahar Musamma. (a) MMahar Mithil

Iaitu jumlah mas kahwin atau mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang lain yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya di samping menilai keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya. Ini berlaku jika penetapan mahar tidak dinyatakan secara jelas sebelum perkahwinan berlaku.

(b) MMahar Musamma

Iaitu jumlah mas kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak sebelum perkahwinan itu berlangsung dengan tidak mengambil kira nilai mas kahwin bagi saudara-saudara perempuan yang lain. Oleh itu suami wajib membayar sejumlah mas kahwin yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, walaupun mas kahwinnya lebih mahal daripada mas kahwin saudara-saudara perempuannya yang lain.

SEMAK KENDIRI 4.3

1. Bincangkan dengan rakan sekelas berapakah mas kahwin yang baik dan berpatutan berdasarkan situasi sekarang.

2. Nyatakan pendapat kamu sekiranya ayah kamu menuntut mahar yang tinggi daripada bakal suami kamu, apakah yang kamu akan lakukan?

3. Adakah mas kahwin yang tinggi lambang status kejayaan seseorang pengantin? Jelaskan.

Page 17: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM � 91

NAFKAH SEMASA PASANGAN TERSEBUT SUDAH MENJADI SUAMI ISTERI

4.4

Islam telah menetapkan bahawa kewajipan ke atas suami untuk menanggung nafkah ke atas isteri dan anak-anaknya. Oleh sebab itulah dalam al-QurÊan Allah S.W.T mengangkat darjat kaum lelaki berbanding dengan kaum perempuan, antaranya kerana nafkah yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas para suami. Allah berfirman:

�C� �+�8� ��D���. ���� �E����� ����� �����/ �;�� ���� �� �; ����� �E�9< ������� ������� ������� ���� � ��.��������

Maksudnya: Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (al-Nisaa' 4:34) Kewajipan memberi nafkah itu terhasil kerana wujudnya ikatan perkahwinan iaitu suami terhadap isteri dan anak-anaknya. Manakala jumlah nafkah yang wajib diberikan adalah mengikut kemampuan dan kebiasaan setempat.

4.4.1 Pengertian Nafkah

Nafkah ialah pemberian belanja daripada harta seseorang (suami) untuk sesuatu yang baik, atau untuk dirinya, atau untuk orang-orang yang di bawah tanggungannya seperti isteri atau anak-anaknya. Kewajipan nafkah itu telah ditentukan oleh al-QurÊan sebagaimana firman Allah S.W.T:

� �E����)��� ����: �$ ������ �����,0%�� ;= �=������ ���F� � ���: ������G������<>�� �������� ���� ����

Maksudnya: „Dan kewajipan bapa (suami) pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu (isteri) menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya‰. (Al-Baqarah 2: 233)

Page 18: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 92

Oleh itu wajib bagi lelaki yang bergelar suami dan ayah untuk berusaha bersungguh-sungguh demi menyediakan nafkah yang secukupnya bagi menyempurnakan kehidupan mereka semua. Dalam hal ini, jika terdapat misalnya lelaki yang kaya tetapi bakhil untuk berbelanja ke atas isteri dan anak-anaknya, maka pihak isteri misalnya diizinkan mengambil harta atau duit daripada suaminya pada kadar yang munasabah dan secukupnya untuk perbelanjaan isteri dan anak-anaknya. Dalam hal ini, telah terjadi di zaman Nabi s.a.w di mana seorang isteri telah mengadu kepada Rasulullah berkenaan dengan suaminya yang kaya tetapi bakhil untuk membelanjakan ke atas isteri dan anak-anaknya, maka sebagai jawapan kepada perempuan tersebut, Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: „Ambillah daripada harta suamimu secukupnya mengikut kebiasaan setempat (urf) untuk perbelanjaanmu dan anak-anakmu‰. (HR Bukhari)

AKTIVITI 4.3

1. Bincangkan dengan rakan sekelas. Seorang isteri yang tinggal di Kuala Lumpur, tidak bekerja dan mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah, berapakah nafkah yang secukupnya yang patut diberikan oleh suaminya?

2. Nyatakan apakah yang dikatakan keperluan asas bagi isteri yang tinggal di kota besar seperti Kuala Lumpur yang patut disediakan oleh suaminya kepadanya?

PERCERAIAN 4.5

Islam sebagai satu agama yang bersifat rahmah, amat menitikberatkan kebahagiaan suami isteri. Oleh itu, suami isteri diwajibkan menyempurnakan kewajipan masing-masing, di samping diberikan kepada mereka berdua hak-hak yang perlu dilaksanakan oleh setiap pasangan. Walau bagaimanapun, jika sesuatu perkahwinan itu tidak dapat lagi untuk diteruskan, kerana pelbagai sebab dan masalah yang melanda, maka Islam menyediakan kepada pasangan tersebut, jalan keluar iaitu melalui perceraian. Dalam al-QurÊan, Allah menyebut misalnya:

Page 19: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM � 93

��= =H �(�� �#�8,�� $���� ���!��� ��� �-�>� ���/�����.� �� �� 5 ��� �?� �?���������� ���8� ��@/ �# �����AI���B���������� ������ � ������� ��)������= �J�C��� ���2�� ������D�� ���� ����!8����� &&� ���

EK �L�@&BM*

Maksudnya: „Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya maka sekali-kali tidak wajib atas mereka 'iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya, Maka berilah mereka mut'ah dan lepaskanlah (cerailah) mereka itu dengan cara yang sebaik-baiknya‰. (al-Ahzab 33:49) Berdasarkan ayat di atas, maka jelaslah keharusan untuk menceraikan isteri, walaupun menceraikan isteri itu adalah sesuatu yang amat dibenci oleh Allah. Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: „Perbuatan halal yang paling dibenci Allah ialah talak‰. (HR Abu Daud)

4.5.1 Pengertian Talak

Perkataan „talak‰ merupakan satu kalimah yang berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud „menceraikan‰ atau „melepaskan‰. Manakala mengikut pengertian atau istilah syarak, talak bermaksud „Melepaskan ikatan pernikahan atau perkahwinan dengan menggunakan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau perceraian‰. Oleh hal yang demikian, apabila seorang suami melafazkan kalimah talak ini ke atas isterinya, maka dengan sendirinya gugurlah ikatan perkahwinan antara mereka dan isterinya di kala itu berada dalam keadaan iddah. Jika sewaktu iddah, kedua pasangan ingin berdamai dan meneruskan perkahwinan, mereka dibenarkan untuk rujuk semula tanpa melalui proses pernikahan yang baru. Dalam hal ini, Allah S.W.T berfirman:

Page 20: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 94

� �- 3 ���� �2�� ���� �� �������� ����������(��FF� � ��� ����� �����0%���,F� � ��������0= �A�� ���N���-*C ����� ��!������� ���� ������� �� GB� ������ � ��. �-�C���#� � �� ����� ��HI�� 5 �#�� � ��3������ � ������2��� ����@-I��#���/ ���D �O$ ��$��&+��E �P&'*

Maksudnya: „Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan cara yang baik atau lepaskanlah (cerailah) mereka dengan baik. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar‰. (al-Talak 65:2) Mengikut pandangan fuqaha, lafaz talak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

� Talak Sarih

� Talak Kinayah Apakah yang dikatakan Talak Sarih? Talak Sarih membawa maksud „terang‰ atau „jelas‰, iaitu talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang. Apabila suami menggunakan lafaz seumpama ini, maka lafaz tersebut hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya. Oleh itu menurut fuqaha, lafaz seperti kalimah „Talak‰ atau „Cerai‰ membawa makna talak sarih. Apabila seorang suami berkata:

� Aku ceraikan kau dengan talak satu

� Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau

� Hari ini aku ceraikan kau maka talaknya sah dan ikatan perkahwinannya berakhir, walaupun tanpa niat dan saksi. Ini kerana lafaz yang digunakan oleh pihak suami adalah jelas dan terang. Lafaz ini dengan sendirinya membawa kepada perceraian antara mereka berdua. Sementara jenis yang satu lagi disebut sebagai Talak Kinayah. Ia bermaksud perceraian dengan menggunakan lafaz atau kalimah yang secara tidak langsung, atau sindiran yang boleh difahami lebih daripada satu maknanya. Apabila suami mengucapkan kepada isterinya lafaz-lafaz seperti berikut:

Page 21: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM � 95

� Aku tak ingin kau lagi, kau boleh pulang ke rumah orang tuamu

� Berambus engkau dari rumahku ini. Pergilah ke mana-mana tempat yang engkau inginkan

� Hubungan antara kita berdua sudah berakhir di sini maka ucapan-ucapan seperti ini dianggap termasuk dalam kategori talak kinayah. Oleh itu, penghakimannya berdasarkan niat suami. Jika suami ketika menyebut lafaz-lafaz ini tidak berniat untuk menceraikan isterinya, maka perkahwinannya masih kekal. Walau bagaimanapun, jika suami mempunyai niat menceraikan isterinya ketika melafazkan kalimah-kalimah ini, maka terjadinya talak atau perceraian antara mereka berdua. Perlu dinyatakan di sini bahawa bagi mana-mana pasangan yang meragui akan lafaz yang telah diucapkan oleh suami masing-masing, mereka hendaklah menghubungi pihak Mahkamah Syariah bagi mendapatkan kepastian. Demikian juga bagi pasangan yang ingin merujuk kembali kepada pasangan masing-masing, mereka hendaklah melaporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahan.

SEMAK KENDIRI 4.4

1. Bincangkan secara berkumpulan apakah faktor yang paling utama berlakunya perceraian antara pasangan suami isteri.

2. Jelaskan apakah cara-cara yang paling berkesan untuk mencegah gejala cerai berlaku secara berleluasa dalam masyarakat.

3. Sebutkan lima kesan sampingan jika berlaku perceraian antara pasangan suami isteri.

4.5.2 Jenis-jenis Talak

Menurut pendapat ulama, talak dalam perceraian itu boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis seperti berikut:

� Talak RajÂi

� Talak Battah

� Talak Bain

Page 22: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 96

� Menjatuhkan talak tiga sekali gus

� Talak Sunni

� Talak BidÂi (a) Talak RajÂi: Ia bermaksud talak yang boleh dirujuk semasa isteri di dalam

iddah dengan lafaz-lafaz tertentu, pada peringkat ini pasangan tidak dikehendaki melalui majlis pernikahan atau ijab dan qabul yang baru. Oleh itu, talak yang dilafazkan oleh suami hanya dikira Raj'i jika ia merupakan talak yang pertama atau talak yang kedua.

(b) Talak Battah: Ia bermaksud talak yang dilafazkan oleh suami kepada

isterinya buat selama-lamanya, umpamanya suami berkata kepada isterinya: „Aku menceraikan kamu untuk selama-lamanya‰. Menurut pandangan Imam SyafiÂe, talak Battah ini hanya dikira menurut niat si-suami tersebut, jika si-suami berniat satu, maka talak hanya disabitkan satu, tetapi jika si-suami berniat tiga, maka talak tersebut dikira tiga.

(c) Talak Bain: Ulama membahagikan Talak Bain ini kepada dua bahagian:

(i) Talak Bain Kubra

(ii) Talak Bain Sughra

Bain Kubra adalah talak yang telah berlaku kepada pasangan tersebut sebanyak tiga kali, iaitu suami telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali. Pasangan ini tidak dibenarkan lagi untuk rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya, melainkan si-isteri tersebut terlebih dahulu perlu menikahi lelaki lain, dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah. Kemudian, jika sekiranya ditakdirkan isteri ini diceraikan lagi oleh suaminya yang baru, atau suaminya yang baru itu meninggal dunia, maka di kala itu suaminya yang terdahulu berhak untuk berkahwin semula dengannya.

Talak Bain Sughra adalah talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak dibenarkan untuk rujuk kembali, melainkan dengan pernikahan yang baru, walaupun isterinya dalam iddah. Sebahagian daripada talak Bain Sughra adalah seperti berikut: � Talak yang diputuskan oleh Hakim

� Talak melalui KhuluÂ

� Talak yang difasakhkan oleh Hakim

Page 23: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM � 97

(d) MMenjatuhkan Talak Tiga Sekali Gus Semasa zaman Nabi s.a.w dan juga di zaman Abu Bakar r.a, talak yang dijatuhkan tiga dalam satu waktu dihukum sebagai talak satu. Walau bagaimanapun, semasa Umar Ibnu Khattab r.a menjadi Khalifah yang kedua, beliau telah memutuskan talak jenis ini sebagai talak tiga. Keputusan ini diambil oleh Umar memandangkan wujud di zamannya itu sebahagian masyarakat mengambil mudah lafaz talak yang diucapkan.

(e) TTalak Sunni

Perkataan Sunni itu bererti sunnah, maka Talak Sunni ini adalah talak yang mengikut sunnah Nabi s.a.w. Ia berlaku apabila si-suami menceraikan isterinya ketika isterinya telah suci daripada haid dan sebelum mereka kembali melakukan persetubuhan. Di kala itu suami melafazkan talak di hadapan dua orang saksi. Inilah jenis talak yang paling baik.

(f) TTalak BidÂi

Talak jenis ini berlaku apabila suami mengucapkan talak ketika isteri dalam keadaan berikut:

(i) Talak sewaktu isteri dalam keadaan haid

(ii) Talak sewaktu isteri dalam keadaan nifas

(iii) Talak sewaktu isteri dalam keadaan suci tetapi selepas suami menggaulinya yakni selepas suami bersetubuh dengannya

Jumhur ulama sepakat mengatakan bahawa talak bid'i ini melahirkan dosa bagi si- pelakunya, namun jika terjadi talak yang seperti ini, maka hukumnya tetap sah dan talaknya tetap berlaku. Sebagai kesimpulan yang boleh dinyatakan di sini bahawa Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah, maka Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Disyariatkan oleh Allah perkahwinan kerana Allah mengetahui manusia memerlukan pasangan dalam kehidupan mereka. Pada masa yang sama, diizinkan oleh Allah untuk memutuskan perkahwinan ini, jika pasangan masing-masing merasakan bahawa sudah tidak sesuai lagi untuk mereka berdua meneruskan kehidupan bersama. Oleh itu, Allah telah memerintahkan seseorang Muslim supaya memperisterikan seseorang wanita dengan cara yang baik, dan jika difikirkan bahawa tidak ada lagi keserasian untuk hidup bersama, maka berpisahlah dengan mereka dengan cara yang paling baik. Islam sama sekali tidak membenarkan wujudnya unsur-unsur kezaliman dan penindasan antara suami dan isteri.

Page 24: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 98

1. Nyatakan lima hikmah daripada perkahwinan dan lima keburukan bila berlakunya perceraian.

2. Jelaskan adakah kamu bersetuju bahawa faktor kewangan merupakan alasan terbesar mengapa remaja biasanya bercerai dengan pasangan masing-masing.

3. Pernahkah rumah tangga anda bergolak? Jika pernah, apakah sebab utamanya?

4. Huraikan mengapakah pada pandangan anda, rumah tangga nenek moyang kita, walaupun mereka mungkin miskin, tetapi utuh dan berkekalan.

AKTIVITI 4.4

HAK-HAK ISTERI SELEPAS BERLAKUNYA PERCERAIAN

4.6

Bila berlakunya perceraian antara pasangan suami isteri ini, maka bagi seorang perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya berhak membuat beberapa tuntutan ke atas bekas suaminya. Tuntutan-tuntutan tersebut akan dibincang dalam beberapa subtopik yang berikut.

4.6.1 Mut‘ah

MutÂah bererti satu pemberian daripada suami kepada isteri sewaktu dia menceraikannya. Pemberian ini adalah wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami, bukan kemahuan isteri dan bukan kematian suami. Banyaknya pemberian itu adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya sama ada kaya ataupun miskin. Allah berfirman dalam al-QurÊan:

�.� �� ��� �:��� ���F� �����F� : G��� ��2�J� �!� �E��+94� I���� �&'B4*

Maksudnya: „ Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) mutÂah menurut yang makruf sebagai suatu kewajiban bagi orang-orang yang bertakwa‰. (Al-Baqarah 2: 241)

Page 25: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM � 99

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

��� ������D������ �E�KF �����: �$ �% % ����� �E�����H�� ��� �$ �% % �����L�� �����F� : G��� ��2�J� �!� �E��89�!���/��: �&'(Q*

Maksudnya: Dan hendaklah kamu berikan suatu mutÂah (pemberian) kepada mereka. Orang yang mampu menurut kemampuannya dan orang yang miskin menurut kemampuannya (pula), iaitu pemberian menurut yang patut. Yang demikian itu merupakan ketentuan bagi orang-orang yang berbuat kebajikan. (al-Baqarah 2:236) Islam tidak menetapkan kadar mutÂah atau pemberian yang wajib selepas perceraian ini. Dasar penetapan kadarnya adalah bergantung kepada keredaan dan persetujuan suami isteri. Walau bagaimanapun, jika kadarnya menjadi isu pertelingkahan antara suami isteri, maka Mahkamah Syariah akan memutuskan kadar yang patut berdasarkan kemampuan seseorang suami tersebut. Dalam Islam, walaupun seorang isteri yang diceraikan itu mempunyai pendapatan dan pekerjaan yang baik, si-isteri tersebut tetap berhak menuntut haknya kerana perceraian itu atas kehendak suami.

4.6.2 Nafkah Iddah

Kesemua mazhab empat bersependapat bahawa wajib bagi suami menyediakan nafkah dan tempat tinggal sewaktu dalam iddah. Oleh itu, seorang isteri yang telah diceraikan oleh suami selepas disetubuhi, wajib menjalani satu waktu yang dipanggil iddah, sebelum wanita tersebut dibenarkan untuk berkahwin dengan lelaki lain. Bagi seseorang isteri yang diceraikan, dia berhak untuk mendapat nafkah iddah, dengan syarat:

(a) Isteri tersebut diceraikan secara talak raj'i (talak yang boleh dirujuk). Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w di mana baginda telah bersabda: „Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya‰. (HR Ahmad)

(b) Isteri yang hamil yang ditalak dengan talak bain (tidak boleh dirujuk) berhak juga mendapat nafkah sehingga anak itu dilahirkan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T: maksudnya: „Kalau mereka itu hamil, maka berilah

Page 26: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 100

nafkah kepada mereka hingga mereka melahirkan anaknya‰. (At-Talaq, 65: 6)

(c) Isteri hendaklah taat dan patuh kepada suami iaitu isteri yang tidak nusyuz. Berdasarkan hukum syarak, seseorang isteri yang telah diceraikan oleh suaminya berhak mendapat nafkah iddahnya sekiranya isteri tersebut diceraikan dengan talak rajÊi, atau dengan talak bain sedangkan si-isteri tengah hamil, dan isteri tersebut tidak melakukan perbuatan yang dianggap nusyuz. Namun, jika isteri itu nusyuz, maka gugurlah nafkah iddahnya.

4.6.3 Hak Jagaan Anak atau Hadhanah

Dari segi bahasa, hadhanah bermakna penjagaan atau pemeliharaan. Manakala, dari segi istilah hadhanah merujuk kepada penjagaan atau pemeliharaan anak lelaki atau anak perempuan yang masih kecil dan belum mampu berdikari. Penjagaan ini termasuklah menjaga kepentingan anak-anak tersebut, melindungi mereka daripada segala yang membahayakan mereka, menjaga dan mendidik rohani dan jasmani serta akal mereka supaya kanak-kanak ini dapat membesar dengan baik dan mempunyai jiwa yang seimbang dan mampu untuk berhadapan dan juga mengatasi masalah kehidupan yang bakal dihadapi mereka nanti. Pada dasarnya, Islam meletakkan kewajipan ini kepada kedua-dua ayah dan ibu mereka, kerana ibu bapa merekalah orang yang bertanggungjawab terhadap mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku perceraian, siapakah yang lebih berhak untuk menjaga anak-anak ini? Menurut Islam, ibu adalah orang yang paling hampir dan amat memahami dan amat menyayangi anak-anak jika dibandingkan dengan ayah. Ibu juga lebih sabar dalam mengasuh anak-anaknya berbanding ayah. Ibu juga pada kebiasaan mempunyai masa yang lebih luas berdampingan dan bermanja dengan anak-anak berbanding dengan bapa yang selalu sibuk dengan tugas di luar. Allah S.W.T telah menjadikan ibu mempunyai fitrah dan sifat semula jadi yang sebegitu. Oleh itu, jika berlaku perceraian, maka pihak ibu akan diberi keutamaan, selagi ibu tersebut belum berkahwin dengan lelaki lain. Ini dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawasanya seorang perempuan telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya: „Ya Rasulullah, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku‰. Selepas

Page 27: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM � 101

mendengar aduan itu Rasulullah s.a.w bersabda, „Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain‰. (HR Abu Daud) Hak penjagaan anak akan diberikan keutamaan kepada si-ibu selagi dia masih belum berkahwin dan anak tersebut masih belum mencapai umur mumaiyyiz (sekitar usia 7 tahun). Selepas daripada usia tersebut, maka anak tersebut diberi pilihan untuk menentukan dengan siapa dia mahu tinggal bersama. Ini dikuatkan dengan hadis Nabi s.a.w di mana baginda telah menyuruh seorang anak yang sudah mumaiyyiz supaya memilih sama ada dia lebih suka tinggal bersama ibu atau bapanya. (HR Ibnu Majah) Dalam hadis yang lain, di mana berlaku pertelingkahan antara si-bapa dan si-ibu dalam urusan penjagaan anak-anak selepas penceraian, Rasulullah s.a.w menyuruh anak itu memilih antara ibu atau bapa, dengan sabdanya: „Ini bapa engkau dan ini ibu engkau. Pilihlah siapa antara kedua-duanya yang engkau suka tinggal bersama‰. Maka anak itu pun memilih ibunya dengan memegang tangan ibunya itu, lalu perempuan itu pun membawa anaknya itu pulang bersamanya‰. (HR Abu Daud) Sebagai kesimpulannya, kita sebagai ibu dan ayah, hendaklah melihat apa yang terbaik untuk anak-anak kita, meskipun setelah berlaku perceraian antara kita. Jangan jadikan anak-anak kita sebagai mangsa dalam perceraian kita suami isteri. Apalah gunanya berkelahi untuk merebut hak penjagaan anak-anak, jika akhirnya anak-anak kita yang menjadi korban rumah tangga kita. Anak-anak berhak untuk mendapatkan yang terbaik, dan mereka adalah pewaris kepada generasi kita yang seterusnya.

SEMAK KENDIRI 4.5

1. Bincangkan dengan rakan sekelas anda mengapakah si-suami biasanya berat untuk menunaikan tanggungjawab kepada anak-anak dan isteri, terutama selepas berlakunya perceraian.

2. Nyatakan apakah yang seharusnya dilakukan oleh pihak isteri jika bekas suaminya tidak membayar nafkah untuknya dan anak-anaknya.

3. Jelaskan pada pendapat anda hukuman yang setimpal yang patut dikenakan ke atas suami yang tidak membayar nafkah wajib selepas perceraian.

Page 28: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 102

� Perkahwinan merupakan fitrah manusia sejagat yang saling perlu memerlukan di antara satu sama lain.

� Islam menjadikan kebaikan yang banyak kepada orang-orang yang berkahwin, yang tidak diberikan kepada mereka yang masih belum berkahwin.

� Sebelum melangsungkan sebuah perkahwinan, pasangan hendaklah berusaha untuk mendapatkan pasangan yang paling sesuai dan secocok.

� Rasulullah telah menegaskan bahawa pilihan yang paling utama harus diberikan kepada calon yang beragama, dengan tidak menafikan faktor-faktor yang lain.

� Dalam sebuah perkahwinan, saling faham memahami adalah kunci kepada keamanan dan keharmonian hidup berumah tangga.

� Perceraian adalah sesuatu yang amat tidak digalakkan oleh Islam. Ia merupakan pilihan terakhir kepada pasangan suami isteri.

� Suami hendaklah sentiasa menghormati isterinya, terutamanya jika mereka dikurniakan anak.

� Suami wajib melaksanakan kewajipan nafkah semasa perkahwinan, dan juga nafkah yang wajib selepas perceraian.

� Suami yang baik ialah seseorang yang tidak berniat buruk kepada isterinya, manakala isteri yang baik ialah isteri yang tidak menderhakai suaminya.

� Anak-anak adalah kurniaan Allah bagi pasangan suami isteri. Jangan sia-siakan kehidupan mereka, meskipun selepas perceraian antara suami isteri.

� Didiklah anak-anak kita mengenali Allah, di samping didikan dunia yang lain.

� Kejayaan berkeluarga bukan bersandarkan kejayaan material semata-mata; kerukunan hidup, kedamaian dan ketenteraman adalah kejayaan yang sejati.

���

Page 29: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM � 103

Nikah Ziwaj MutÂah Mahal Mithil Mahal Musamma Talak Sarih Talak Kinayah Bain Kubra Talak RajÂi Talak Sunni

Khitbah TaÂyin Kitabiyyah Iddah Baligh Sighah Ijab Sighah Qabul Bain Sughra Talak Battah Talak BidÂi

Ibrahim, Ahmad. (1999). Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Kuala

Lumpur: Malayan Law Journal Sdn. Bhd.

Abdullah,Raihanah. (2007). Prosedur Perkahwinan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Nik Badli Shah,Nik Noriani. (2002).Perkahwinan dan perceraian di bawah undang-undang Islam. Kuala Lumpur: International Law Book Services. Hassan, Abd. Kadir Abd. (2002).Perkahwinan dalam Islam. Kuala Lumpur: Pustaka al-Hidayah.

Ismail, Salleh. (2003). Pembubaran perkahwinan mengikut fiqh dan undang-undang keluarga Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Majid, Mahmood Zuhdi. (1993). Kursus perkahwinan dan undang-Undang keluarga Islam. Kuala Lumpur: Dasar Padu.

Abdul Aziz, Zarizana. (1996). Panduan umum undang-undang keluarga Islam: perkahwinan. Pulau Pinang :Pusat Krisis Wanita.

Hj. Daud, Mustaffa. (1993) Perkahwinan menurut Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Mohd. Hassan, Abd. Jalil. (1993). Perkahwinan dalam Islam: Berdasarkan kepada dalil, hukum, hikmat dan panduan kebahagiaan. Kuala Lumpur: A. S. Noordeen.

Page 30: Topik 4 Undang Undang Keluarga Islam

� TOPIK 4 UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 104

Abd. Rahman, Mat Saad. (1993). Undang-undang keluarga Islam: Aturan perkahwinan: suatu pendekatan berdasarkan amalan semasa. Shah Alam: Hizbi Publications.

Roshdi Yusof, Muhammad. (1993). Perkahwinan dan kekeluargaan: menurut perspektif Islam. Medan: Penerbitan Insan Digjaya.

Syarifuddin, Amir. (2006). Hukum Perkahwinan Islam di Indonesia. Jakarta: Fajar Interpratama Offset.