Tort Idea Asas Ganti Rugi

2
Idea asas ganti rugi adalah agak mudah: Semua kecederaan boleh dikurangkan kepada jumlah kewangan. Kesukaran sebenar datang dalam mengira ganti rugi.Kerugian (Damage) Elemen yang terakhir yang perlu dibuktikan yang mana plaintif sebenarnya telah mengalami kerugian. Yang mana ianya terjadi akibat dari pelanggaran kewajipan tugas itu, plantiff telah mengalami kerugian ataau kerosakkan. Contohnya. a. Dalam kes Steven Phoa Cheng Loon & 72 Ors v Highland Properties Sdn Bhd & 9 Others [2003] 3 AMR 3567 Blok berdekatan dengan blok tempat tinggal plantiff- plantiff telah roboh dan mengakibatkan mereka terpaksa berpindah dari kawasan tersebut. Mereka pun menuntut daripada defendan akibat kerugian ekonomi yang dialami. Dalam tuntutan terhadap defendan- defendan yang terdiri dari pemaju perumahan, arkitek, jurutera dan pihak berkuasa tempatan, plantiff-plantiff menyatakan kecuaian dipihak defendan-defendan mengakibat keruntuhan blok berdekatan dan seterusnya menyebabkan mereka mengalami kerugian. Mahkamah memutuskan yang kerugian adalah boleh di pra-lihat ( foreseen ) dan maka dari itu tanggungan wujud di pihak defendan- defendan. b. Dalam kes Palsgraf lwn. Long Island R.R. [1928] 162 N.E. 99, dua orang pengawal keretapi semasa membantu

description

law

Transcript of Tort Idea Asas Ganti Rugi

Page 1: Tort Idea Asas Ganti Rugi

Idea asas ganti rugi adalah agak mudah: Semua kecederaan boleh dikurangkan

kepada jumlah kewangan. Kesukaran sebenar datang dalam mengira ganti

rugi.Kerugian (Damage) Elemen yang terakhir yang perlu dibuktikan yang mana

plaintif sebenarnya telah mengalami kerugian. Yang mana ianya terjadi akibat dari

pelanggaran kewajipan tugas itu, plantiff telah mengalami kerugian ataau kerosakkan.

Contohnya.

a. Dalam kes Steven Phoa Cheng Loon & 72 Ors v Highland Properties Sdn

Bhd & 9 Others [2003] 3 AMR 3567 – Blok berdekatan dengan blok tempat

tinggal plantiff-plantiff telah roboh dan mengakibatkan mereka terpaksa

berpindah dari kawasan tersebut. Mereka pun menuntut daripada defendan

akibat kerugian ekonomi yang dialami. Dalam tuntutan terhadap defendan-

defendan yang terdiri dari pemaju perumahan, arkitek, jurutera dan pihak

berkuasa tempatan, plantiff-plantiff menyatakan kecuaian dipihak defendan-

defendan mengakibat keruntuhan blok berdekatan dan seterusnya

menyebabkan mereka mengalami kerugian. Mahkamah memutuskan yang

kerugian adalah boleh di pra-lihat (foreseen) dan maka dari itu tanggungan

wujud di pihak defendan-defendan.

b. Dalam kes Palsgraf lwn. Long Island R.R.[1928] 162 N.E. 99, dua orang

pengawal keretapi semasa membantu seorang penumpang, dengan cuainya

menyebabkan satu bungkusan terlepas daripada pegangannya lalu jatuh.

Bungkusan itu, walaupun pada luarannya kelihatan seperti biasa, sebenarnya

mengandungi bunga api. Satu letupan berlaku apabila bungkusan itu terjatuh

di bawah keretapi yang sedang bergerak menyebabkan penumpang yang

berada tidak jauh dari situ terjatuh ke atas Plaintif. Walaupun kecuaian telah

dibuktikan namun juri memutuskan bahawa Plaintif tidak boleh mendapat

kembali ganti rugi kerana kecederaan kepada Plaintif tidak dapat diramalkan.

Menurut juri, Plaintif berada ‘di luar lingkungan bahaya yang dapat

diramalkan’.

c. Dalam konteks jangkitan HIV, Untuk berjaya dalam tuntutan kerana kecuaian

merebakkan HIV melalui hubungan seksual, plaintif perlu membuktikan

bahawa perbuatan defendan merupakan penyebab dan juga proximate cause

Page 2: Tort Idea Asas Ganti Rugi

kepada jangkitan tersebut. Bukanlah satu perkara yang sukar bagi plaintif

untuk membuktikan dia telah mengalami kerugian. Sebaik sahaja individu itu

telah disahkan positif HIV adalah penting untuk memantau sistem

imunisasinya, dan seseorang yang telah dijangkiti dinasihatkan mengambil

dadah jenis AZT. Apabila ini berlaku, maka kos-kos perubatan dan juga

pemantauan akan bermula.