Toturial Minggu 1_Linguistik Sinkronik Dan Diakronik

download Toturial Minggu 1_Linguistik Sinkronik Dan Diakronik

of 15

description

Toturial Minggu 1_Linguistik Sinkronik Dan Diakronik

Transcript of Toturial Minggu 1_Linguistik Sinkronik Dan Diakronik

PowerPoint Presentation

BMM3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYUIPG KAMPUS KENT TUARAN, SABAH

APENGC-QAFATINLULUKAK IZKUMPULAN 1

Linguistik DiakronikLinguistik SinkronikKonsep ini diketengahkan oleh Ferdinand de Saussure (Bapa Linguistik Moden).

Linguistik SinkronikPengkajian bahasa pada masa yang terbatas. (http://cakrabuwana.wordpress.com/2008/10/15/rochmat-zaenuri-noor-bab-2-linguistik-sebagai-ilmu/)Misalnya mengkaji bahasa Melayu pada abad ke-20.Nama lain - linguistik deskriptif.Dalam kajian linguistik sejarah, kajian secara sinkronik (deskriptif) adalah penting. Kajian secara terperinci dibuat dalam beberapa zaman atau masa dan tempat yang tertentu.

Linguistik sinkronik meneliti bahasa dengan tidak mempersoalkan urutan waktu, iaitu bersifat horizontal. (www.ideal.upm.edu.my/~ideal/tugasan/.../BBM3201_minggu09.ppt) Linguistik sinkronik (huraian) berkenaan dengan bentuk sesuatu bahasa pada masa yang tertentu.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik)

linguistik sinkronik = kajian tentang bahasa yang tertentu, pada sesuatu tempat yang tertentu, dituturkan oleh suatu golongan yang tertentu dan pada masa atau zaman yang tertentu juga berdasarkan bahan-bahan yang terdapat pada waktu itu.Bahan utama kajian tulisan dan lisan atau pertuturan daripada penutur jati. Bidang fonologi, morfologi dan sintaksis.(http://pmipgm.blogspot.com/)

Pengenalan Linguistik DiakronikMula bertapak dan berpengaruh pada abad ke-19.Disebabkan pengaruh bidang fizik mekanistik dan teori evolusi biologi, maka pendekatan dalam ilmu bahasa barat condong ke arah menganalisis bahasa dari segi sejarah yang selaras dengan pertumbuhannya. Hasilnya, minat pengkajian dalam abad ke-19 hanya tertumpu pada aspek sejarah dan perbandingan bahasa.Nama lain - linguistik historis dan linguistik bandingan.

Pengkajian bahasa pada masa yang tidak terbatas, iaitu dari mula bahasa itu wujud sehingga bahasa itu mati. Linguistik diakronik ialah subdisiplin linguistik yang mengkaji perkembangan bahasa dari semasa ke semasa, iaitu kajian yang bersifat vertikal.(www.ideal.upm.edu.my/~ideal/tugasan/.../BBM3201_minggu09.ppt) Konsep Linguistik Diakronik

Kajian secara diakronik (perbandingan antara beberapa zaman) dibuat untuk melihat perubahan, perbezaan dan perkembangan yang berlaku dalam bahasa tersebut. Perbandingan boleh dibuat dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan, dan sebagainya.

Linguistik diakronik (sejarah) mengkaji perubahan-perubahan yang berlaku dalam sebuah bahasa atau keluarga bahasa dengan berlalunya masa. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik)

Disiplin linguistik yang bersangkutan denganperkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. (http://pmipgm.blogspot.com/)

Pakar linguis historis membuat kajian secara historis, misalnya peringkat untuk memperoleh data, maka kajian akan dilakukan secara sinkronik. Selepas seseorang pakar berpuas hati dengan dapatan kajian secara sinkronik maka kajian secara diakronik akan dijalankan, iaitu membuat perbandingan antara beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam bahasa tersebut. (http://pmipgm.blogspot.com/)

Pendapat De Sassure - satu aspek yang tidak dipentingkan oleh pendekatan sejarah ialah aspek penggunaan bahasa. Pengkajian bahasa dari segi sejarah tidak memberikan apa-apa maklumat tentang fungsi bahasa dari segi orang yang menggunakan bahasa tersebut.Sebab sejarah bahasa tidak penting bagi seseorang penutur sewaktu penggunaan sesuatu bahasa itu. Yang penting ialah hubungan antara unit-unit bahasa dan konteks sistem bahasa itu sendiri.

Linguistik sinkronik telah mempengaruhi pengajian nahu selepas linguistik diakronik.Konsep linguistik sinkronik ialah kajian terhadap bahasa sebagai sistem yang wujud pada kesatuan masa yang tertentu. Berbeza dengan linguistik diakronik yang melihat bahasa dari segi sejarah dan perkembangannya.Rumusan

Sebarang soalan sila kemukakan

APENGC-QAFATINLULUKAK IZ

SEKIAN TERIMA KASIH

APENGC-QAFATINLULUKAK IZKUMPULAN 1