Tragedi Nuklear Fukushima

4
Tragedi Nuklear Fukushima Khamis, 12 May 2011 | Oleh: Gibran | Tarikh 11 March 2011, 14:46 ( waktu tempatan (WT) Jepun), gempa berukuran 8.9 skala richter berlaku pada kedudukan 100km utara perairan Jepun, keseluruhan operasi 6 reaktor Fukushima lumpuh serta merta dan proses penjanaan tenaga yang sedang berlaku waktu itu berhenti secara automatik. Walaupun proses tindakbalas nuklear berjaya dihentikan, bahan bakar berbentuk rod Uranium Oksida telah pun berada di dalam reaktor dan belum sempat dikeluarkan!. Dalam pada itu haba bersuhu tinggi (>1000 Celcius) kesan dari tindakbalas sebelumnya masih wujud di dalam reaktor. Dalam standad operasi, apabila berlaku bencana, semua reaktor nuklear akan berhenti beroperasi secara automatik dan agen/sistem pendingin akan terus beroperasi bagi mengstabilkan suhu reaktornya. Inilah yang sedang berlaku kepada reaktor Fukushima. Pada masa ini, sistem penyejuk diharap dapat mengawal suhu reaktor tersebut. Setelah kehilangan bekalan elektrik dari luar, pusat janakuasa nuklear Fukushima bergantung sepenuhnya kepada 13 generator diesel untuk menggerakkan sistem pendinginnya. Sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai setengah jam generator beroperasi, tsunami berketinggian 14 meter pula membadai Fukushima. Tsunami yang turut membanjiri kawasan reaktor, telah menyebabkan 12 generator gagal beroperasi dan diburukkan lagi oleh kerosakan lintar pintas pada sistem pendawaian/elektrik reaktor. Pada pukul 15:42 WT, kesemua bekalan tenaga dari generator sudah tidak lagi berfungsi dan seluruh stesen reaktor kini mengalami kegagalan bekalan tenaga elektrik (Blackout).

Transcript of Tragedi Nuklear Fukushima

Page 1: Tragedi Nuklear Fukushima

Tragedi Nuklear Fukushima

Khamis, 12 May 2011 | Oleh: Gibran |

Tarikh 11 March 2011,  14:46 ( waktu tempatan (WT) Jepun), gempa berukuran 8.9 skala richter berlaku pada kedudukan 100km utara perairan Jepun, keseluruhan operasi 6 reaktor Fukushima lumpuh serta merta dan proses penjanaan tenaga yang sedang berlaku waktu itu berhenti secara automatik.

Walaupun proses tindakbalas nuklear berjaya dihentikan, bahan bakar berbentuk rod Uranium Oksida telah pun berada di dalam reaktor dan belum sempat dikeluarkan!. Dalam pada itu haba bersuhu tinggi (>1000 Celcius) kesan dari tindakbalas sebelumnya masih wujud di dalam reaktor. Dalam standad operasi, apabila berlaku bencana, semua reaktor nuklear akan berhenti beroperasi secara automatik dan agen/sistem pendingin akan terus beroperasi bagi mengstabilkan suhu reaktornya. Inilah yang sedang berlaku kepada reaktor Fukushima.

Pada masa ini, sistem penyejuk diharap dapat mengawal suhu reaktor tersebut. Setelah kehilangan bekalan elektrik dari luar, pusat janakuasa nuklear Fukushima bergantung sepenuhnya kepada 13 generator diesel untuk menggerakkan sistem pendinginnya.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai setengah jam generator beroperasi, tsunami berketinggian 14 meter pula membadai Fukushima. Tsunami yang turut membanjiri kawasan reaktor, telah menyebabkan 12 generator gagal beroperasi dan diburukkan lagi oleh kerosakan lintar pintas pada sistem pendawaian/elektrik reaktor. Pada pukul 15:42 WT, kesemua bekalan tenaga dari generator sudah tidak lagi berfungsi dan seluruh stesen reaktor kini mengalami kegagalan bekalan tenaga elektrik (Blackout).

Page 2: Tragedi Nuklear Fukushima

                        

           Janakuasa Nuklear Fukushima mengguna reaktor jenis BWR (Boiling Water Reactor)

 

Sejurus selepas kegagalan sistem generator dikesan, sistem kecemasan tenaga dari bateri dihidupkan untuk terus membekalkan elektrik kepada Sistem pendinginnya. Dikatakan sistem kecemasan tenaga dari bateri ini, mampu membekalkan tenaga selama 12 jam. Tapi Sistem Pemerhatian (monitoring system) tidak boleh digunakan ketika itu kerana kerosakan lintar pintas tadi. Oleh itu pihak pengurusan reaktor tidak dapat mmastikan ketepatan jangka masa sebenar tenaga bateri tersebut mampu bertahan untuk terus menghidupkan generator. Tanpa sistem pemerhatian, pihak pengurusan juga tidak dapat mengenalpasti tahap kerosakan yang dihadapi akibat tsunami. Buat masa ini tiada siapa dapat menentukan dan menjamin tahap keselamatan pusat janakuasa tersebut.

Oleh itu TEPCO (Tokyo Electric Power Company) yang bertanggungjawab menguruskan pusat janakuasa ini sudah sedia maklum akan situasi yang dihadapi dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa. Hanya pada jam 19:30 WT, Perdana Menteri Naoto Kan mengumumkan "Kecemasan Nuklear" dan mengarahkan penduduk sekitar segera mengosongkan kawasan lingkungan radius 20km persegi dari reaktor nuklear Fukushima.

Sementara itu di dalam reaktor, tindak balas penyejukan antara air dan haba dari bahan bakar rod Uranium Oksida sedang berlaku. Aktiviti tindak balas ini telah menghasilkan  sejumlah besar gas hidrogen yang telah meningkatkan tekanan udara/gas di dalam setiap reaktor-reaktor. Pada 12 March, bagi mengurangkan tekanan gas yang semakin meninggkat, TEPCO telah bertindak melepaskan kuantiti kecil gas secara manual dari reaktor 1 dan 2 ke udara. Gas yang dibebaskan mengandungi radioaktif yang masih di bawah paras selamat dan tidak membahayakan manusia.

Page 3: Tragedi Nuklear Fukushima

 

Pada 13 March, dalam kesibukan proses mengawal tekanan gas reaktor sedang dilakukan, letupan dilaporkan telah meletus pada reaktor 1.  Pada 14 March, reaktor 3 pula meletup. Keesokannya 15 March, reaktor 2 mengalami nasib yang serupa. Reaktor 4 pula dilihat terbakar dan pihak berkuasa bertungkus lumus untuk mengawal kebakaran tersebut. Tiada kerosakan nyata pada reaktor 5 dan 6 kerana 2 reaktor ini telah ditutup terlebih dahulu untuk diselenggara.

Insiden ini telah menyebabkan 37 cedera dan 2 dibawa ke hospital. Beberapa siri letupan ini dipercayai berlaku disebabkan tekanan gas hidrogen yang terlalu tinggi terperangkap di dalam reaktor. Kebiasaannya gas hidrogen akan dibawa keluar melalui sistem ekzos reaktor. Tapi disebabkan lintar pintas dan kegagalan bekalan elektrik, sistem ekzos tersebut tidak dapat digunakan langsung.

Berikutan dari letupan tersebut, bahan radioaktif terbebas ke udara Fukushima sehingga merebak ke Korea Selatan, Iceland, China, Amerika dan Switzerland. Menurut sebuah agensi di Amerika, EPA (Agensi Perlindungan Alam Sekitar) dapati peningkatan elemen radioaktif di sekitar Amerika. Bahan radioaktif seperti Iodine-131, Cesium-134, and Cesium-137 dikesan wujud pada air minuman dan susu. Kemaskini maklumat lokasi air minuman dan susu yang dikesan mengandungi radioaktif di Amerika boleh di dapati di sini. Namun tahap radioaktif yang dikesan hanya pada skalar kecil. Sehingga kini Kerajaan Jepun dan pemerhati antarabangsa IAEA (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa) masih memantau situasi di Fukushima.

Sumber Rujukan:

http://bravenewclimate.com/2011/03/13/fukushima-simple-explanation/

http://theenergycollective.com/barrybrook/53461/fukushima-nuclear-accident-simple-and-accurate-explanation

https://netfiles.uiuc.edu/mragheb/www/NPRE%20402%20ME%20405%20Nuclear%20Power%20Engineering/Fukushima%20Earthquake%20and%20Tsunami%20Station%20Blackout%20Accident.pdf

http://makanaka.wordpress.com/2011/05/21/in-pictures-342-pm-fukushima-nuclear-power-station-on-11-march/

http://www.bbc.co.uk/news/science-environment-12722719

http://kpdnkk.bernama.com/newsBm.php?id=499982&cat=fe

Carta Radiasi:

Page 4: Tragedi Nuklear Fukushima

http://www.exohuman.com/wordpress/wp-content/uploads/2011/04/radiation_chart_3.png

Gambar:

http://connect.in.com/fukushima-reactor/photos-1f-613c16e53fdad304.html

http://www.infiniteunknown.net/2011/04/13/tepco-admits-damage-to-part-of-fukushima-reactor-no-4-spent-nuclear-fuel-pool-japan-government-we-must-devise-some-ways-to-reinforce-the-quake-resistance-of-the-buildings-where-radiation-leve/

http://www.backsidesmack.com/tag/fukushima-1/