trankrip

9
S1 Salam sejahtara cikgu. Boleh cikgu terangkan serba sedikit tentang latar belakang cikgu sebagai seorang pendidik. R1 Salam sejahtera. Saya ni lepasan Ijasah Sarjana Muda Perguruan daripada IPG Kota Bharu. Saya sudah mengajar selama 3 tahun di sekolah kawasan bandar. Subjek major saya semasa di IPG ialah Matematik dan subjek minor pula Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani. Di sekolah saya sekarang, saya mengajar Matematik dan Pendidikan Jasmani. R2 Salam Sejahtera cikgu. Saya mendapat Ijazah Pensiswazahan Guru dari KPM di bawah program BPG. Belajar di UniMas dulu. Mengajar ni lama dah, cukup 30 tahun bulan September depan ni. Macam-macam sekolah saya dah mengajar. Semasa mula-mula posting dulu, kena sekolah pedalaman, mengajar di sekolah tengah-tengah bandar Kuala Lumpur pun pernah juga tetapi sekarang ni sudah balik ke kampung. Mengajar anak kampung sendiri pula (sambil ketawa). Semua subjek pun saya pernah mengajar tetapi di sekolah saya sekarang ini saya mengajar subjek Sains, Pend Moral dan Pend Jasmani. R3 Saya mula melangkah ke alam pendidikan ini pada tahun 2006, di mana saya mula memasuki IPG Kampus Pulau Pinang. Sebagai seorang pelajar yang memasuki bidang TEYL ( Teaching English to Young Learners ), saya mengikuti program tersebut selama 6 tahun. Program ni ialah program bekembar di bawah naungan UUM. Pada tahun 2012, saya dipostingkan di sekolah saya sekarang ini, di kawasan pedalaman. S2 Apakah yang cikgu faham tentang ICT / Teknologi Maklumat dan Komunikasi ? R1 Dalam fahaman saya, TMK ni teknologi teknologi terkini macam laptop dan software-software didalamnya. Termasuk jugalah handphone yang canggih- canggih zaman sekarang ni. Kalau kat sekolah pula, bahan-bahan TMK ni seperti LCD Projector, Laptop, Komputer dan macam-macam lagilah. R2 (ketawa) Saya ni orang lama dah. Pengetahuan saya pasal TMK ni kurang sikit. Yang saya tahu TMK ini seperti peralatan elektronik yang kita gunakan. Macam laptop, handphone dan sebagainya. R3 ICT adalah kaedah terkini yang digunakan dalam proses penyampaian maklumat, yang menggunakan peralatan-peralatan terkini, fokus adalah dalam penggunaan internet serta media-media elektronik yang lain. S3 Sejauh manakah pengetahuan dan kemahiran cikgu dalam penggunaan TMK ini dan pengintegrasiannya dalam bilik darjah ? R1 Mahir tui tidaklah. Tetapi kalau peralatan dan perisian asas itu pandailah saya gunakan. Tetapi kalau lebih-lebih tidak pandai juga saya.

description

j

Transcript of trankrip

Page 1: trankrip

S1 Salam sejahtara cikgu. Boleh cikgu terangkan serba sedikit tentang latar belakang cikgu sebagai seorang pendidik.

R1 Salam sejahtera. Saya ni lepasan Ijasah Sarjana Muda Perguruan daripada IPG Kota Bharu. Saya sudah mengajar selama 3 tahun di sekolah kawasan bandar. Subjek major saya semasa di IPG ialah Matematik dan subjek minor pula Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani. Di sekolah saya sekarang, saya mengajar Matematik dan Pendidikan Jasmani.

R2 Salam Sejahtera cikgu. Saya mendapat Ijazah Pensiswazahan Guru dari KPM di bawah program BPG. Belajar di UniMas dulu. Mengajar ni lama dah, cukup 30 tahun bulan September depan ni. Macam-macam sekolah saya dah mengajar. Semasa mula-mula posting dulu, kena sekolah pedalaman, mengajar di sekolah tengah-tengah bandar Kuala Lumpur pun pernah juga tetapi sekarang ni sudah balik ke kampung. Mengajar anak kampung sendiri pula (sambil ketawa). Semua subjek pun saya pernah mengajar tetapi di sekolah saya sekarang ini saya mengajar subjek Sains, Pend Moral dan Pend Jasmani.

R3 Saya mula melangkah ke alam pendidikan ini pada tahun 2006, di mana saya mula memasuki IPG Kampus Pulau Pinang. Sebagai seorang pelajar yang memasuki bidang TEYL ( Teaching English to Young Learners ), saya mengikuti program tersebut selama 6 tahun. Program ni ialah program bekembar di bawah naungan UUM. Pada tahun 2012, saya dipostingkan di sekolah saya sekarang ini, di kawasan pedalaman.

S2 Apakah yang cikgu faham tentang ICT / Teknologi Maklumat dan Komunikasi ?

R1 Dalam fahaman saya, TMK ni teknologi teknologi terkini macam laptop dan software-software didalamnya. Termasuk jugalah handphone yang canggih-canggih zaman sekarang ni. Kalau kat sekolah pula, bahan-bahan TMK ni seperti LCD Projector, Laptop, Komputer dan macam-macam lagilah.

R2 (ketawa) Saya ni orang lama dah. Pengetahuan saya pasal TMK ni kurang sikit. Yang saya tahu TMK ini seperti peralatan elektronik yang kita gunakan. Macam laptop, handphone dan sebagainya.

R3 ICT adalah kaedah terkini yang digunakan dalam proses penyampaian maklumat, yang menggunakan peralatan-peralatan terkini, fokus adalah dalam penggunaan internet serta media-media elektronik yang lain.

S3 Sejauh manakah pengetahuan dan kemahiran cikgu dalam penggunaan TMK ini dan pengintegrasiannya dalam bilik darjah ?

R1 Mahir tui tidaklah. Tetapi kalau peralatan dan perisian asas itu pandailah saya gunakan. Tetapi kalau lebih-lebih tidak pandai juga saya.

R2 Jujurlah saya beritahu, pengetahuan saya pasal TMK ni memang kurang. Maklumlah saya orang lama. Kalau guna laptop tu, nak menaip pun masih merangkak lagi (ketawa). Telefon yang anak saya hadiahkan ini pun (sambil mengeluarkan telefon bimbit) saya tidak pandai macam mana nak guna. Mula-mula saya guna dulu nak telefon orang pun tidak pandai (ketawa).

R3 Pengetahuan dan kemahiran saya agak terbatas memandangkan saya tidak begitu lama menggunakan peralatan berteknologi tinggi. Buat masa sekarang saya hanya menumpukan untuk memahirkan diri dalam perkara-perkara asas sahaja. Sekiranya mempunyai masa atau diberikan kursus atau latihan, saya mungkin dapat meningkatkan kemahiran saya . mengintegrasikan TMK di sekolah ini mempunyai banyak kekangan memandangkan sekolah mempunyai peraltan yang terhad.

Page 2: trankrip

S4 Semasa cikgu dilatih dahulu ( IPG / Universiti ), adakah cikgu ada didedahkan dengan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ini dan sejauh manakah cikgu dilatih untuk menggunakan TMK ?

R1 Masa di IPG dulu memang banyak kami didedahkan dengan TMK ini. Semasa micro-teaching di dalam kelas pun kami digalakkan menggunakan bahan-bahan TMK. Sama juga dengan projek-projek pembentangan di dalam kelas. Semuanya menggunakan Powerpoint dan LCD. Markah pembentangan kami juga diberikan berdasarkan kekreatifan kami mempelbagaikan dan membuat pembentangan kami lebih menarik. Kami juga didedahkan dengan macam-macam lagi cara untuk guna TMK di dalam pdp kami, contohnya website-website yang boleh digunakan, website yang ada macam latihan-latihan yang ada animasi kartun dan juga nota-nota dalam bentuk grafik.

R2 Semasa saya belajar dulu kami tak banyak didedahkan dengan TMK ni. Lecturer lebih mementingkan pedagogi dan cara-cara nak tackle murid. Lebih kepada membina dan merancang BBM yang menarik. Kalau ada pembentangan di dalam kelas pun guna kertas mahjung sahaja. Paling canggih pun guna OHP, yang tulis nota atas kertas transperant tu. Tapi ada juga kawan-kawan saya yang sudah pandai guna komputer dan perisian di dalamnya.

R3 Ada, sungguhpun begitu, saya tidak mempraktikkannya dengan efisien di sini. Kami dilatih untuk menghasilkan slaid, membuat jadual, laman web dan sebagainya. Saya cuba untuk menguntegrasikan TMK dalam pdp saya, tapi ia memerlukan penerangan yang sangat terpeinci, memandangkan muird-murid disini ( sekolah pedalaman ) yang langsung tiada pendedahan awal.

S5 Bagi cikgu, adakah pengintegrasian TMK ini penting dan perlu dilaksanakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka ?

R1 Pada pendapat saya pengintegrasian TMK ini penting. Semua guru sepatutnya menggunakan TMK sebanyak yang boleh dalam proses pdp mereka. Selain dapat menarik minat murid, ia juga dapat menyampaikan isi pembelajaran dengan lebih mudah kepada murid. lebih-lebih lagi kepada murid lemah. Dengan nota grafik atau audio visual yang digunakan, murid lebih senang mendapat gambaran tentang isi pembelajaran yang ingin digunakan.

R2 Terpulanglah kepada cikgu iu sendiri. Kalau dia rasa lebih mudah dia nak mengajar menggunakan TMK, dia gunalah. Ada juga cikgu yang lebih selesa mengajar seperti biasa. Kalau cikgu tu dapat mengajar dan menyampaikan apa yang ingin diajarnya dengan baik tanpa menggunakan TMK pun tidak apa asalkan objektif pembelajaran itu tercapai. Kalau hebat macam mana sekalipun guna TMK tetapi murid tidak faham apa yang diajar tiada gunanya juga.

R3 Bagi saya, pengintegrasian TMK ini amat penting, supaya murid-murid di sekolah tidak ketinggalan dengan arus globalisasi yang kiat pesat berkembang.

S6 Apakah cikgu sendiri ada mengamalkan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran cikgu ?

R1 Ya. Dalam kelas matematik saya, saya lebih prefer menggunakan TMK untuk mengajar. Murid-murid saya pun sudah biasa dan excited bila tiba masa saya. Dengan penggunaan TMK ni murid-murid saya lebih bersemangat mengajar dan mereka pun lebih cepat faham apa yang ingin saya sampaikan.

R2 Ada juga sekali dua.

Page 3: trankrip

R3 Ada, sekiranya topik yang ingin saya sampaikan boleh diolah dan lebih mudah disampaikan melalui TMK.

S7 Apakah bahan ataupun sumber TMK yang selalu cikgu gunakan di dalam kelas ?

R1 Untuk memberi nota ataupun menyampaikan maklumat, saya selalu gunakan Powerpoint dan LCD. Senang saya nak terangkan tentang matematik, lebih-lebih lagi bila dapat gerakkan nombor-nombor tu kan. Contohnya bila saya mengajar matematik tajuk tambah dengan mengumpul semula. Selain dapat gunakan berbeza untuk bezakan nilai digit, saya juga dapat gerakkan nombor yang dikumpul semula tu ke atas (sambil membuat gestur pengiraan pengumpulan semula dalam bentuk lazim) dan murid pun snang dapat tangkap cara pengiraannya. Untuk latihan pula, kadang-kadang saya bawa mereka ke makmakl komputer, duduk berpasangan dan cuba jawab soalan dari website. Mereka seronok sebab kalau jawapan mereka betul ada bunyi gong yang menandakan mereka betul, siap kuatkan speaker lagi nak bagi kawan-kawan dan saya dengar yang mereka jawab betul (ketawa).

R2 Masa tu saya guna tayangan video je. Mengajar pasal cara perlindingan diri haiwan.

R3 Selalunya saya gunakan tanyangan gambar atau video. Tidak dapat saya menggunakan teknologi yang rumit kerana kemudahan dan sumber di sekolah saya tidak mencukupi. Mahu pakai LCD pun kena bergilir dengan guru-guru lain.

S8 Apakah tahap kesediaan cikgu dalam pembelajaran menggunakan TMK ?R1 Selalunya sebelum saya mengajar saya akan sediakan slaid Powerpoint. Banyak

juga masa yang diambil kalau nak buat slaid yang betul-betul menarik. Dan sebelum kelas saya, saya akan arahkan ketua kelas untuk sediakan LCD sebab mereka pun sudah biasa. Saya juga surf laman web untuk cari website yang bersesuaian bagi murid menjawab soalan.

R2 Video yang saya tayangkan itu saya dapat dari rakan saya.R3 Kalau cakap pasal persediaan ni, saya memang sentiasa bersedia

mengaplikasikannya, seandainya terdapat kemudahan dan prasarana yang sesuai dan mencukupi.

S9 Adakah cikgu memerlukan masa yang panjang untuk merancang aktiviti pembelajaran dan kesesuaian TMK dengan isi pembelajaran yang ingin disampaikan ?

R1 Ya. Lebih-lebih lagi kalau saya nak merancang penggunaan TMK yang betul-betul menarik. Kadang-kadang tidak ada masa yang mencukupi untuk merancang semua itu sebab biasala kan kita guru ni, banyak kerja. Belum lagi dengan urusan peribadi. Selalunya saya buat selepas balik dari sekolah, waktu petang atau malam di rumah. Kalau ada banyak masa free, dapatlah saya merancang pdp dengan pengintegrasian TMK yang betul-betul menarik, kalau tidak, saya buat yang simple-simple je. Takpun saya mengajar macam biasa saja kalau betul-betul tiada masa untuk merancang penggunaan TMK.

R2 Memang banyak masa yang diambil lebih-lebih lagi saya yang buta IT ni. Saya pula bukan semua perisian dalam laptop tu yang pandai saya gunakan. Sebab itu saya kurang betul menggunakan TMK ini dalam kelas.

R3 Ya, ini kerana terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Bagi pendapat saya, integrasi TMK dalam pdp seharusnya memudahkan lagi proses pdp, bukan merumitkannya lagi.

Page 4: trankrip

S10

Adakah kemudahan atau sumber fizikal kelas mencukupi untuk cikgu menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ?

R1 Sekolah saya mengajar sekarang ni memang lengkap dengan sumber dan peralatan TMK. Dalam setiap kelas pun ada LCD projector yang tergantung pada siling tu. Makmal komputer kami juga lengkap dengan capaian internet. Cuma bilangan murid yang ramai membuatkan mereka ni perlu berkongsi komputer kalau ke makmal tu.

R2 Macam yang saya bagitahu cikgu tadi, saya mengajar di sekolah kampung. Barang-barang teknologi ni memang kurang sangatlah. Makmal konputer tu ada, tapi komputer di dalam tu da tebal berdebu, sebab hampir semuanya dah rosak. Mungkin ada 1 atau 2 komuter sahaja yang boleh berfungsi. LCD pula adalah satu, itupun dibeli guna duit PIBG untuk kegunaan semasa mensyuarat. LCD tu disimpan di dalam bilik GB, jadi guru-guru pun segan nak minta kalau nak guna LCD untuk mengajar.

R3 Kemudahan dan sumber fizikal kelas tidak mencukupi. Ada peralatan sekolah yang rosak, malah terdapat yang sudah ketinggalan zaman. Bilangan komputer juga tidak memadai dengan jumlah murid yang ramai.

S 11

Sepanjang pengalaman cikgu mengajar, adakah cikgu pernah mengeluarkan duit poket sendiri untuk membeli alatan atau bahan TMK uuntuk digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran ?

R1 Pernah juga, tetapi tidaklah banyak. Saya gunakan untuk membeli cd pengajaran dan cd installer software terbaru yang berkaitan dengan pdp la. Ada juga teringin mahu beli LCD sendiri untuk mudah saya bawa ke mana-mana tetapi tidak mampu lagi setakat ini. Lagi pun sekolah ada membekalkan LCD yang mencukupi. Niat saya mahu beli itu kalau-kalaulah saya dipindahkan ke sekolah lain, dapatlah saya terus mengajar menggunakan TMK juga sebab saya memang prefer begitu dan ia pun sudah menjadi kebiasaan saya.

R2 Seingat saya tidak pernah lagi saya mengeuarkan duit sendiri sebab saya pun memang kurang menggunakan TMK ini di dalam kelas.

R3 Setakat ini, saya belum pernah mengeluarkan duit poket sendiri untuk membeli alatan atau bahan TMK. Sumber yang saya gunakan adalah perlatan yang sedia ada saya miliki, macam laptop dan telefon bimbit. Perlatan sendiri ini saya bawa ke kelas seandainya pdp saya memerlukan alatan-alatan tersebut.

S12

Apakah tahap kesesuaian bahan pembelajaran dalam mengintegrasikan TMK ?

R1 Untuk subjek Matematik, saya rasa hampir semua tajuk sesuai untuk diajar denganbantuan TMK. Dengan cara ini, murid lebih cepat faham, dan apa yang saya mahu sampaikan kepada murid lebih jelas dan teratur. Murid juga dapat membuat latihan yang menarik dan secara tidak langsung memotivasi mereka untuk menjawab soalan dengan betul dan membetulkan kesilapan mereka. Lain pula dengan subjeek Pendidikan Jasmani, tidak semua tajuk sesuai diajar dengan pengintegrasian TMK ni kecualilah tajuk-tajuk teori seperti tajuk-tajuk kesihatan tu. Yang lain tu memang kena diamalikan di padang atau gelangganglah.

R2 Tajuk-tajuk dalam subjek sains memang sesuai diajar menggunakan TMK ini. Contoh macam kita guna tayangan video, murid dapat melihat sendiri dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan atau kejadian proses tertentu berbanding terpaksa membayangkannya sahaja. Tajuk perkumuhan misalnya, dengan tayangan animasi bagaimana proses perkumuhan terjadi, murid dapat tengok sendiri bagaimana

Page 5: trankrip

proses itu berlaku sebab secara fizikalnya memang mustahil untuk kita tengok proses ini berlaku kerana ia berlaku di dalam badan kita kan.

R3 Saya dapati semua bahan pembelajaran bersesuaian jika mahu diajar menggunakan TMK. Disaping meudahkan lagi pemahaman murid, proses pembelajaran juga menjadi lebih menarik. Tidak perlu pun gunakan TMK yang rumit, memadai gunakan yang simple sahaja. Lebih-lebih lagi murid pedalaman ni. Mereka memang mudah tertarik dengan penggunaan TMK ni. Sekali kita dah dapat tackle sifat ingin tahu mereka, memang proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah.

S13

Bagaimanakah cara pihak pentadbir sekolah cikgu memperkasakan usaha pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ?

R1 Oh, guru besar dan penolong kanan 1 sekolah saya memang betul-betul menggalakkan kami cikgu-cikgu mengajar menggunakan TMK ini. Perkara ini juga sering diingatkan oleh mereka ketika perjumpaan, taklimat atau mesyuarat. GB saya juga memandang serius isu berkenaan kerosakan sumber fizikal TMK ini. Dia menegaskan sebarang kerosakan atau masalah teknikal dilaporkan kepadanya segera supaya ia tidak mengganggu proses pengajaran guru.

R2 Tidak ada pula mereka tekankan sangat. Bergantung kepada guru. Pihak pentadbir sekolah saya lebh mementingkan keputusan. Tidak kiralah guna apa kaedah sekalipun asalkan muird dapat mencapai objektif pembelajaran dan resul periksa mereka pon ok.

R3 Pihak pentadbir sekolah telah menyediakan sebuah kelas sebagai makmal komputer memandangkan sekolah kami tidak mempunyai makmal yang khusus. Guru Besar juga sering kali memberikan penekanan supaya menyelitkan integrasi TMK dalam pdp kami.

S14

Pada pendapat cikgu, adakah wujud hubungan di antara pengintegrasian TMK dengan pencapaian murid dalam pembelajaran ?

R1 Dalam pengalaman saya, memang jelas pencapaian murid meningkat apabila menggunakan TMK jika dibandingkan dengan pembelajaran secara chalk and talk. Ini kerana apabila saya menggunakan TMK, murid lebih berminat untuk belajar. Jika kadang-kadang saya masuk mengajar tanpa menggunakan TMK tu, ada murid yang mengeluh dan hilang minat serta tumpuan terhadap sesi pengajaran saya. Lebih-lebih lagi murid yang lemah. Walaupun tahap kognitif mereka rendah, penggunaan TMK dapat membantu menyampaikan isi pembelajaran dengan lebih teratur dan berkesan.

R2 Sama sahaja. Sebenarnya semua bergantung kepada guru. Saya ni masih mengajar menggunakan kapur dan latihan dalam buku teks. Masih juga pencapaian murid-murid saya memuaskan. Penggunaan TMK boleh diaplikasi jika guru rasa ia mungkin membantu pdp guru itu, tetapi kalau guru lama macam saya ni, saya mengaku memang lebih selesa mengajar dengan teknik lama. Saya pula yang kekok bila menggunakan TMK. Ini menyebabkan proses pdp saya terganggu kerana kemahiran saya mengaplikasikan TMK dalam pdp ini kurang.

R3 Pada pendapat saya, pencapaian murid dalam pembelajaran dapat ditingkatkan sekiranya integrasi TMK yang berkesan dapat diaplikasikan. Ini berikutan suasana pdp yang lebih menarik dan mampu menarik perhatian murid untuk belajar. Animasi yang digunakan dalam TMK juga memudahkan ilmu pembelajaran untuk disampaikan kepada murid.

S1 Adakah cikgu pernah mengalami sebarang masalah ketika mengintegrasikan

Page 6: trankrip

5 TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ?R1 Ada juga, bisalah tu. Kadang-kala sampai tergendala proses pdpd saya. Kadang-

kadang LCD yang tidak mahu hiduplah, ataupun laptop hang, perkara-perkara biasa macam itu. Kalau LCD dalam kelas gagal berfungsi, saya menggunakan portable LCD nilik sekolah. Ada sekali tu masa saya bawa murid untuk menggunakan internet di dalam makmal komputer, kebanyakan komputer tidak berfungsi. Selepas menghabiskan masa cuba menyelesaikan masalah itu, kami semua pulang ke kelas, banyak masa yang dibazirkan. Kalau saya nak repair sendiri memang saya tidak pandai. Kemahiran saya dalam penggunaan dan pengaplikasian ini ada, Cuma kalau nak repair barang-barang ni memang saya tidak pandai. Juruteknik kami dan beberapa orang guru lain yang selalu melakukan kerja-kerja ini.

R2 Ada, maklumlah saya ni. Memang betul kurang mahir guna barang canggih-canggih ni. Murid-murid pula yang lebih pandai dari saya. Ada sekali tu, saya mahu gunakan tayangan video tetapi tidak dapat dimainkan pula, pelik betul saya. Di komputer kawan saya video tu boleh dimainkan tetapi masuk ke komputer saya tidak dapat pula dimainkan. Ada masalah dengan ‘codec’ katanya. Saya sampai sekarang pun tidak tahu apa benda tu (ketawa). Anak murid saya kata kena tukar format ke apa macam tu lah.

R3 Saya memang seringkali megalami masalah tersebut. Memandangkan sekolah tidaka mempunyai kemudahan yang mencukupi dan selalu menghadapi masalah internet, kadang kala saya hanya memberikan penerangan biasa melalui gambar dan tulisan tangan. Capaian internet di kawasan hulu ni memang sangat lembap. Nak buka google pun merangkak (ketawa), macam mana pula nak masuk ke laman web lain. Dari segi kemahiran menggunakan perisian tu, saya rasa saya tiada masalah kalau perisian itu perisian yang basic-basic tu. Kalau yang rumit tu memang saya masih belum belajar lagilah. Contohnya VLE Frog tu, kami di sekolah memang tidak dapat langsung nak masuk ke laman webnya kerana capain internet yang lamabt. Pihak PPD ada bagi broadband, tapi apalah gunanya broadband tu di kawasan pedalaman ni. Simpan sampai berhabuk sahaja. Itu sahajalah masalah saya, dari segi capaian internet. Penggunaan perisian dan LCD semua tu saya tiada amsalah.

S16

Dari pengalaman cikgu, apakah faktor yang menjadi masalah utama kepada pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ?

R1R2 Maslah utamanya apabila guru-guru lama mcam saya ni disuruh mengajar

menggunakan TMK sedangkan dah berpuluh tahun kami mengajar tanpa menggunakannya. Dah menjadi kebiasaan kami mengajar guna kapur dan papan hitam dan latihan-latihan dalam buku teks. Tiba-tiba disuruh mengajar menggunakan TMK. Saya da di hujung-hujung tempoh perkhidmatan ni, nak belajar menggunakan TMK pun da malas. Memang susah untuk kami menukar cara pengajaran kami yang seakan sudah menjadi rutin hidup kami ni. Untuk guru-guru baru, mereka memang tiada masalah lah nak menggunakannya dan saya pun tidak menafikan memang penggunaanya menghasilkan kesan yang baik kepada anak murid tetapi kalau kaim yang disuruh guna TMK, saya rasa ia akan menjejaskan proses pengajaran dengan maslah-masalah teknikal yang timbul dan sebagainya.

R3 Pengalaman saya mengajar hanyalah 3 tahun, dan saya tidak mampulagi nak merangkumi semua. Daripada pengamatan saya, faktor yang menjadi masalah utama adalah kekurangan kemudahan dan kemahiran. Sekiranya kedua-dua faktor ini dititikberatkan oleh pihak bertanggunjgawan dan diambil tindakan, lebih ramai murid mampu menguasai TMK ini walaupun mereka berada di kawasan pedalaman.

Page 7: trankrip