Translation

9
KERTAS CADANGAN PROJEK CAKERA PADAT LAGU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL 1.0 Tajuk PROJEK CAKERA PADAT LAGU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL 2.0 Penena!an Sekali air bah sekali pa!ai ber"bah# De$kialah kea%aa &a' kii !"r"! $ela%a %"ia pe%i%ika ki!a# Kae%ah pe'a(ara %a pe$bela(ara !"r"! $e'ala$i per"baha seri' %e'a kehe%ak )a$a# Se(a(ar %e'a kehe%ak %a keperl"a Pela Pe$ba'"a Pe%i%ika Mala&sia*PPPM+ &a' $eekaka kepa%a ke$e(a%ia $"ri%, $aka i .asi %ala$ sis!e$ pe%i%ika perl" %iberi peekaa se/a(ar&a# Era %i'i!al kii !"r"! $e&e$araka keperl"a "!"k per"baha sebe'ii%ala$ %"ia pe%i%ika#Me&e%ari hakika! ii Ke$e!eria Pe%i%ika !"r"! $e&e%iaka %a $e'e%arka pelba'ai

description

terjemahan

Transcript of Translation

KERTAS CADANGANPROJEK CAKERA PADAT LAGU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL

1.0TajukPROJEK CAKERA PADAT LAGU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL

2.0PengenalanSekali air bah sekali pantai berubah. Demkianlah keadaan yang kini turut melanda dunia pendidikan kita. Kaedah pengajaran dan pembelajaran turut mengalami perubahan sering dengan kehendak zaman. Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Era digital kini turut menyemarakan keperluan untuk perubahan sebegini dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat ini Kementerian Pendidikan turut menyediakan dan mengedarkan pelbagai kemudahan dan prasarana untuk keperluan sekolah mengikut kehendak sezaman. Dalam masa yang sama sekolah-sekolah Tamil di nusa kita turut mengalami pelbagai transformasi. Dalam konteks ini pelbagai keperluan kesenian turut diperlukan untuk memenuhi perubahan dalam kaedah PdP. Sehubungan dengan ini, pebagai inovasi baharu dalam PdP di sekolah-sekolah Tamil diharapkan dapat menyuntik semangat kreatif dan inovasi untuk mengharungi kehendak dunia pendidikan kini yang dianggap sukar dan membosankan. Salah satu daripada pendekatan ini ialah penggunakan lagu dalam pengajaran dan pembelajaran.Penggunan lagu dalam pendidikan bahasa mempunyai pelbagai kelebihan. Manfaat yang pertama ialah penggunaan muzik mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif di samping menambah elemen keseronokan dan secara tidak langsung akan membantu murid-murid mengekalkan dan memberikan fokus kepada pelajaran serta merangsang imaginasi murid. Fadilat yang kedua ialah penggunaan muzik merintis jalan kepada pertambahan kadar rentensi pembelajaran bahasa yang lebih tinggi. Kita sedia maklum bahawa melodi asli, irama dan pengulangan boleh menggalakkan pengekalan pengetahuan di samping elemen-elemen tersebut berganding bahu untuk bertindak sebagai sebagai alat pengajaran dan pembelajaran bahasa yang berkesan dan efektif. Maslahat yang ketiga ialah penggunaan muzik mampu menyuburkan serta membangunkan kesedaran tentang budaya dan adat. Hal ini demikian kerana apabila lagu digunakan secara tidak langsung kita akan memperkenalkan maklumat dalam kandungan lagu. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan perbendaharaan kata yang khusus, tatabahasa dan sebutan baku daripada lirik lagu tersebut untuk proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Apabila seseorang murid mendengar dan mengingati lagu, sebenarnya mereka dapat memanfaatkan segala ilmu yang tersirat dalam lirik lagu tersebut. Kesedaran tentang budaya adat dan norma yang dijunjung dalam masyaratkan juga dapat direkayasakan. Faedah yang terakhir ialah penggunaan muzik mendorong dan melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran. Kita perlu akui bahawa muzik bertindak sebagai wadah motivasi yang berpengaruh dan lagu juga membolehkan murid untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pengalaman pembelajarannya. Lantaran itu, muzik membantu meningkatkan penglibatan pelajar, dan hal ini seterusnya membantu mereka membina sikap dan presepsi yang postif terhadap pembelajaran mereka. Secara tidak langsung, hal ini turut memperbaiki pandangan dan perasaan mereka terhadap bahasa yang dipelajari di samping lebih bersedia dan mampu menerima maklumat baharu.Dalam merumuskan kelebihan penggunaan lagu, Brewster (2002:16) dalam bukunya yang bertajuk The Primary English Teachers Guide pula melihat penggunaan lagu dalam pengajaran dan pembelajaran membawa kepada pelbagai kelebihan. Antaranya lagu mampu menjadi sumber pembelajaran. Baginya lagu merupakan sumber lingusitik yang menjadi media pengenalan bahasa baharu sekali gus menjadi wahana pemantapana tatabahasa dan kosa kata. Hal ini kerana lagu memungkinkan pengulanagan bahasa secara alamiah dan menyeronokan di samping mengembangkan semua keterampilan berbahasa secara integratif termasuk meingkatkan kemampuan sebutan murid. Selain itu, lagu juga menjadi sumber afektif dan psikologi. Hal ini kerana penggunaaan lagu memberi motivasi kepada murid dan memupuk sikap yang positif terhadap bahasa dan mereka tidak takut kepada kelemahan mereka terhadap bahasa tersebut. Di samping itu, penggunakan lagu juga menjadi sumber kognitif kerana meningkatkan daya ingatan, dan tumpuan terhadap proses penimbaan ilmu murid. Seterusnya penggunaan lagu dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu menjadi sumber kebudayaan dan sosial.

3.0Cadangan Bertujuan untuk menghasilkan lagu untuk kegunaan murid-murid dari darjah satu hingga enam Sebanyak 120 buah lagu akan dihasilkan. Sebanyak 20 buah lagu untuk setiap darjah. Daripadanya 10 lagu untuk mempertingkatan penguasaan dan kemahiran pengajaran bahasa Tamil dan selebihnya 10 lagu akan merangkumi aspek nilai moral, kenegaraan, pendidikan kemahiran kehidupan dan keagamaan. Bersama cakera padat lagu ini yang membantu pengajaran akan diselitkan buku panduan guru Pada penghujung darjah enam, seseorang murid dalam mempelajari 120 buah lagu iaitu setiap tahun 20 buah lagu yang bertujuan untuk mendidik mereka.

4.0Tema dan KandunganTema dan kandungan lagu-lagu yang dirancang ini tidak bertujuan utuk membantu pengajaran dan pembelajaran semata-mata tetapi akan menjurus kepada pengisian visi kudis negara iaitu Dasar 1Malaysia yang menobatkan perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara kita.

5.0 ImpakPenggubalan lagu-lagu ini mampu mengurangkan beban guru-guru di bilik darjah di samping meningkatkan penguasan kemahiran murid. Selain itu, projek ini mampu menambah baik porses pembelajaran di bilik darjah di samping memantapkan keterampilan berbahasa murid-murud. Lagu-lagu yang digunakan ini mampu juga mendidik akhlak murid di samping memperkasakan semangkat patriotik murid dan perpaduan di sekolah sejajar dengan wawasan yang tersirat dalam dasar 1 Malaysia yang seiring dengan kehendak dasar dan falsafah pendidikan negara.6.0Kerangka Tindakan 6.1 Pembentukan Jawatakuasa PerundingSatu jawatankuasa yang terdiri daripada tenaga pakar daripada Jabatan Pendidikan, Kesenian, dan Kesusasteraan dibentuk. Perunding yang terlibat ialahDatuk A. Sothinatahan : Seorang Tokoh yang terkenal dalam bahasa Tamil, mantan Pengelola Bahasa Tami Negeri serta seorang tokoh penerbitan yang terkenalEncik Baskaran : Pengelola Kebangsaan bagi Sekolah TamilEncik Raman Annamalai: Penolong Pengelola Sekolah Tamil Negeri SelangorPuan Kogilavani : Guru Besar SJKT Simpang LimaDR. Murasu Nedumaran: Mantan Guru Besar, Penyajak Sajak Kanak-Kanak, Penulis, Profesor Jemputan di Organisasi Penyelidikan Tamil Sedunia di Chennai.Encik NA. Hariputran : Pensyarah Muzik di Institusi Perguruan Malaysia

6.2.Pemilihan Penyajak yang sesuai untuk Menulis Puisi Kanak-KanakMemilih penyajak yang berkemapuan untuk mencipta puisi kanak-kanak. Hasil kerja penulis terkenal di dunia Tamil seperti Barathiar, Barathitasan dan A Valliyappa akan dipilih untuk projek ini.

6.3 Penggubalan LaguLagu-lagu yang digubal akan mengambil kira kesesuaianya dengan dasar pendidikan bahasa Tamil Malaysia. Lagu-lagu akan digubal mengikut kehendak tema, nilai murni kemanusiaan, dan kenegaraan dengan menggunakan penulis yang sesuai.

6.4Penerbitan LaguLagu yang berkualiti akan digubal dengan menggunakan artis yang sesuai dengan mengambil kira muzik, lontaran suara, dan sebutan yang jelas. Penekanan dan pertimbangan kepada dasar penciptaan lagu-lagu kanak-kanak akan diberikan penegasan dalam proses penerbitan ini.

6.5Buku PanduanLagu yang digubal itu juga akan dihasilkan dalam bentuk buku dan akan diselitkan dengan panduan guru untuk memaksimumkan penggunakan cakera padat lagu ini.

6.6PengagihanPenerbitan cakera padat muzik ini yang terdiri daripada enam bahagian dalam setiap set akan diedarkan secara percuma kepada semua sekolah.

6.7Tempoh ProjekProjek yang akan menerbitkan 120 lagu dalam 6 bahagian yang mengandungi 10 buah lagu setiap bahagian tersebut ini dijangka akan mengambil masa selama 10 bulan untuk diterbitkan. Dalam tempoh ini lirik lagu akan ditulis, seterusnya lagu akan digubal dan dirakam.

7.0PenutupProjek ini merupakan salah satu projek yang mampu memberi manfaat yang besar kepada pendidikan di sekolah-sekolah Tamil dan merupakan stau usaha yang telah ditunggu buat sekian lama. Lantaran itu, projek inai mampu membawa pelbagai transformasi kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran sekolah Tamil sering dengan anjakan transofrmasi yang memberi penegasan kepada kemenjadian murid dalam sistem pendidikan negara kita. Usaha ini bakal melengkapkan keperluan yang selama ini kelihatan bagai jauh api dari pangang dalma sistem pendidikan Sekolah Tamil terutamanya dalam konteks bahan bantu belajar.Dalam kesempatan ini , kita harus merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat Datuk Seri Muhammad Najib Bin Tun Abdul Razak yang telah memberi ruang kepada sekolah Tamil untuk merasai perubahan dalam dunia pendidikan kita.