TRANSX KEMBARA - BULETIN BWP ISU BUMPER 2003

8
GURU BERKUALITI ASPIRASI NEGARA TransX BADAN WAKIL PELAJAR 21 mei 2003 EDISI NOMBOR Yang menarik kali ini MINDA HEP Tingkatkan Kesungguhan Dan Komitmen Anda SKOP Minggu Aktiviti Tunas Saintis Candle Light Dinner Sambutan Hari Bumi Sedunia Pesta Sukan dan Permainan Bila Murai Tercabut Ekornya MINDA ISLAM Jejak Iman Jejak Sahabat Hayati Roh Maulidur Rasul DARI PENA PENGETUA Guru Berkualiti Pelajar Cemerlang ENGLISH WORLD Reading for a Reason EDISI Mendidik antara papan batu, kapur dan LCD 2003

description

antara buletin yang diterbitkan oleh bwp mrsm transkrian

Transcript of TRANSX KEMBARA - BULETIN BWP ISU BUMPER 2003

Page 1: TRANSX KEMBARA - BULETIN BWP ISU BUMPER 2003

GURU BERKUALITI ASPIRASI NEGARA

TransX BADAN WAKIL PELAJAR 21 mei 2003

EDISINOMBOR

Yang menarik kali ini

MINDA HEP Tingkatkan Kesungguhan Dan Komitmen Anda

SKOP Minggu AktivitiTunas SaintisCandle Light DinnerSambutan Hari Bumi SeduniaPesta Sukan dan PermainanBila Murai Tercabut Ekornya

MINDA ISLAMJejak ImanJejak SahabatHayati Roh Maulidur Rasul

DARI PENA PENGETUAGuru Berkualiti Pelajar Cemerlang

ENGLISH WORLDReading for a Reason

EDISIMendidik antara papan batu, kapur dan LCD

2003

Page 2: TRANSX KEMBARA - BULETIN BWP ISU BUMPER 2003

DARI PENA PENGETUA

GURU BERKUALITI PELAJAR CEMERLANG

Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi akhirnya satu lagi buletin BWP telah berjaya dihasilkan. Setelah empat edisi usianya, kini ianya muncul dengan wajah baru dengan pengisian yang agak menarik untuk tatapan semua pelajar. Dahulunya buletin ini dikenali sebagai BULETIN BWP tetapi ianya ditukar namanya kepada KEMbara TransX sejajar dengan pengisian yang meliputi aktiviti-aktiviti maktab, akademik, pengisian rohani dan sahsiah. Sesungguhnya perubahan ini menunjukkan tahap kematangan seluruh warga kerja penerbitan Kembara.

Di sini cikgu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “SELAMAT HARI GURU” kepada seluruh warga guru di maktab ini yang banyak menaburkan jasa kepada pihak maktab untuk mendidik anak bangsa demi kemajuan negara kita. Guru berkualiti pelajar cemerlang merupakan intipati yang ingin cikgu selitkan di dalam budaya pengajaran dan pembelajaran di maktab ini. Sempena hari guru yang kita sambut pada setiap 16 Mei ini cikgu mengharapkan para pelajar sekalian dapat mengenang pengorbanan para guru-guru yang tidak kenal rasa putus asa untuk mendidik dan melayan kerenah para pelajar. Sesungguhnya martabat seorang guru amat tinggi tempatnya di dalam masyarakat kita.

Di sini kita dapat lihat guru-guru yang ditugaskan di sini adalah dari lepasan ijazah dalam bidang masing-masing. Malah, pihak maktab dan MARA juga menyediakan pelbagai kursus kepada mereka untuk peningkatan guru dalam proses pengajaran supaya guru yang kita sediakan untuk para pelajar adalah guru yang terbaik dan berkualiti. Maka, perlulah kepada semua pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang kerana apa yang disajikan oleh pihak maktab adalah tenaga pengajar yang hebat dan terbaik. Sebagai seorang pelajar, belajar adalah perkara wajib ke atas kita maka menghormati guru adalah wajib ke atas para pelajar. Jadi, usahlah kita berdendam atau bersikap kurang ajar kepada guru kerana siapalah kita yang boleh berdiri di maktab ini jika bukan kerana pengorbanan guru-guru yang pernah mengajar kita untuk mengenal huruf, membaca dan mengira. Janganlah sesekali kita menyombong diri dan melawan kata-kata guru kerana kita ini tidak ubah seperti seorang yang rugi di sisi Allah SWT.

Kepada semua pelajar suka cikgu ingatkan, kami di sini tidak mengharapkan apa-apa dari para pelajar cuma kejayaan yang mungkin dapat membalas segala pengorbanan kami. Biarlah pengorbanan kami ini berbaloi dengan segala usaha yang kami curahkan kepada anak-anak didik kami ini. Ya Allah, kami bermohon kepada mu terangkanlah pintu hati anak-anak didik kami supaya mereka berjaya di dalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Amin. Wasalam.

En. Salleh b. OsmanPengetua

Pengetua....

Badan Wakil Pelajar Sesi 2002/03

PenaungEn. Salleh b Osman

(Pengetua)

Penasihat UtamaEn. Mohd Yusuf b Yahya

(Pen. Pengetua HEP)

PenasihatPn. Nor Lidza Watie Sulaiman

En. Norsham AbidinCik Sufiah Adnan

PresidenAhmad Taufiq Ahmad Zamzuri

Timb. PresidenNurain Mohd. Seri

SetiausahaFatim Tahirah Mirza Mohd Tahir

Naib Presiden 1Nuraini Ghazali

Naib Presiden 2Ikhwan Hafiz Muhamad

Ketua Biro Agama & AkhlakFakhrurazi Izaidin Kamarudin

Ketua Biro Komunikasi & MaklumatShamsul Azhar Abdullah

Ketua Biro AkademikFaisal Mohd Yusof

Ketua Biro Sukan & RekreasiKhairi Asraf Ahmad

Ketua Biro Pemakanan & KesihatanAzah Azreen Arnain

Ketua Biro Hal Ehwal PuteriNur Safura Mizhar

Ketua Biro KebajikanShaidatul Ak’mar Yahya

Ketua Biro Kebudayaan & KesenianSharifah Intan Sharina Syed Abdullah

Ketua EditorShamsul Azhar Abdullah

Editor Penyusunan & PenjilidanNorbaizura Mohd Zakri

Ajk GrafikMohd Haafiz Mohd Ares

Amir Subhi Wan OmarAjk Pengumpulan Maklumat

Rose Melainei Mohd JaafarAhmad Sufian Arifin

Mohd Ridhwan AhmatAjk Pengedaran

Shazana SukimanMohd Aqeel Sarom

Zolrina ZolkapliEmma Nur Adzli Yanna

SIDANG REDAKSI KEMBARA

1

TransX

Page 3: TRANSX KEMBARA - BULETIN BWP ISU BUMPER 2003

Tingkatkan Kesungguhan Dan Komitmen Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jumpa lagi, semoga ruangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar sekelian memahami aspirasi pentadbiran MRSM Transkrian khasnya dan aspirasi MARA amnya. Di keluaran yang lepas Cikgu telah menghuraikan dengan panjang lebar apakah yang dimaksudkan dengan cemerlang dari perspektif akademik dan juga sahsiah. Kedua-duanya perlu seiring sekiranya matlamat kita ialah untuk cemerlang di dunia dan akhirat. Dengan kata-kata lain di samping IQ, EQ juga tidak kurang penting kepada kita.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian. Tanggal 19 Mac lalu, kita telah mengadakan Mesyuarat Senat pertama 2003. Seperti biasa ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada Pengetua, dua Penolong Pengetua, Ketua UPPM, Ketua-ketua Jabatan (K.J) dan Guru-guru Kanan (G.K) subjek. Agenda perbincangan adalah mengenai akademik pelajar khususnya memfokus kepada prestasi akademik pelajar Tingkatan 5. Kita merujuk dan melihat analisa Ujian Semester 1 & 2, 2002 yang dikeluarkan oleh UPPM. Secara umumnya perlu dinyatakan di sini bahawa prestasi anda (Ting. V) sangat TIDAK MEMUASKAN dan ada di kalangan guru-guru tidak dapat membendung perasaan risau dan ‘takut’ mereka. Ini adalah kerana dalam Ujian Semester 1, 2002 terdapat 90 orang (66.67%) dan untuk Ujian Sem. 2, 2002 pula terdapat 86 orang (63.71%) dalam keadaan ‘tenat’ TPNG di bawah 2.5. Keadaan ini sememangnya merisaukan dan setelah berbincang dengan panjang lebar, keputusannya ialah ahli-ahli mesyuarat bersetuju untuk menyerahkan kepada K.J dan G.K untuk merancang dan meneruskan secara lebih serius program-program akademik sedia ada. Guru-guru merasakan program-program sedia ada seperti kelas-kelas tambahan, klinik-klinik, studi group dan lain-lain mampu mencemerlangkan pelajar. Cumanya tambahan masa sahaja yang diperlukan. Oleh itu selepas ini lebih banyak masa akan diberikan kepada guru-guru untuk membimbing pelajar-pelajar ini dan kita harapkan setelah paluan gendang SPM minggu lepas dibunyikan, kesungguhan dan komitmen mereka akan meningkat.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian. Diam tak diam pada tanggal Aprilfool nanti Maktab kita kini akan menyambut ulangtahun pertama. Setakat ini kita masih belum berpuashati tentang pencapaian kita dalam semua aspek. Banyak lagi yang perlu dibuat bagi menjurus warga MRSM Transkrian ke arah kecemerlangan. Persoalannya sekarang ialah apakah mekanisma yang boleh digunakan untuk mencapai hasrat ini? Dalam hal ini Cikgu melihat SISTEM MATA boleh digunakan. Kita akan bincangkan perkara ini dengan terperinci di masa akan datang, Insya Allah.

Mohd Yusuf Yahaya Pen. Pengetua (HEP)

2

TransX

TransX

SKOP

Page 4: TRANSX KEMBARA - BULETIN BWP ISU BUMPER 2003

3

TransX

Minggu aktiviti

Pada 31 Mac hingga 6 April 2003. maktab ini telah mengadakan minggu aktiviti buat kali kedua sejak ia dibuka. Minggu aktiviti kali ini telah dimeriahkan oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 4 kerana kebanyakan aktiviti yang utama dijalankan oleh mereka. Bagi pelajar tingkatan 2 dan 5, kebanyakan aktiviti mereka adalah tertumpu kepada kegiatan akademik. Kemuncak minggu aktiviti ini adalah pada hari terakhir di mana upacara penyampaian hadiah dijalankan. Ketika inilah segala penat jerih pelajar dalam usaha memenangi pertandingan yang disertai dibalas dengan hadiah dan piala-piala pusingan. Namun terdapat juga pelajar yang tidak dapat menyertai minggu aktiviti pada kali ini atas sebab-sebab tertentu contohnya demam campak dan sebagainya. Secara keseluruhannya minggu aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti yang dijalankan.

Tunas Saintis

Antara aktiviti yang dijalankan di dalam minggu aktiviti adalah pertandingan tunas saintis peringkat maktab bagi memilih wakil maktab untuk bertanding dalam pertandingan tunas saintis peringkat kebangsaan. Bagi kategori projek fizik telah dimenangi oleh kumpulan yang diketuai oleh Marina, 5E dengan projek pengawal suhu penyaman udara automatik. Bagi kategori kimia pula telah dimenangi oleh kumpulan Mohammed Hashim, 5C dengan ciptaan ubat antiseptik daripada bunga tahi ayam. Kumpulan yang diketuai oleh Ikhwan Hafiz, 5B dengan ciptaannya baja Suellizer iaitu baja campuran hampas tebu dan kulit telur telah menjuarai kategori Biologi.

Candle Light Dinner

Pada 22 April yang lalu, Badan Wakil Pelajar maktab ini telah menganjurkan satu Majlis Makan Malam sempena ulang tahun pelajar ‘Pioneer MRSM TransX’. Hatta banyak kekangan yang melanda, namun majlis ini teteap berjalan dengan lancar dan menarik ditambah dengan ‘Si Penyeri Majlis’ tidak lain tidak bukan, Wan Akmal, bekas pelajar tingkatan 5 maktab ini juga bekas Bendahari Agung BWP maktab ini. Pada malam tersebut, kesemua pelajar datang dengan memperagakan baju tercantik dan tidak kurang juga yang memakai baju baru yang masih berbau kedai yang dibeli semata-mata untuk dipakai pada malam tersebut sahaja. Persembahan-persembahan pada malam tersebut sememangnya menyelerakan pelajar-pelajar yang hadir dengan sajian yang membusungkan perut pelajar masing-masing. Penganjur utama iaitu Biro Pemakanan dan Kesihatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga majlis ini menjadi ingatan di masa tua kepada pelajar ‘Pioneer MRSM TransX’.

SKOP

FAKTA SAHABAT RASULULLAH

UMAR IBNUL KHATTAB(AL-FARUQ)

Sayyidina Umar r.a merupakan orang ketiga dalam urutan pejuang-pejuang dakwah Islamiah sesudah Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a.

Umar Ibnul Khattab berasal dari kabilah Quraisy dan bertemu saudara sedarah dengan Rasulullah s.a.w. pada datuk mereka, Ka’ab bin Luai.

Umar mewarisi beberapa kekhususan dari unsur-unsur Arab. Dia berasal dari suku kaum Bani Hasyim. Semasa kanak-kanaknya dia mengembala domba milik ayahnya.

Fakta sahabat keluaran berikutnya:Utsman Ibnu Affan (Dzunnurain)

Page 5: TRANSX KEMBARA - BULETIN BWP ISU BUMPER 2003

4

TransX MINDA ISLAM

Sambutan Hari Bumi Sedunia

Maktab ini telah menganjurkan Hari Bumi Sedunia peringkat maktab pada 26 April yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Objektif utama sambutan ini adalah untuk menyemaikan semangat cintakan alam sekitar di kalangan pelajar MRSM Transkrian. Pada asalnya, Hari Bumi sepatutnya disambut pada 22 April setiap tahun. Disebabkan beberapa perkara, sambutan ini telah ditangguhkan ke 26 April. Perasmian dijalankan dengan upacara penanaman pokok renek oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Pulau Pinang dan diikuti oleh penanaman pokok oleh pengetua.

PESTA SUKAN DAN PERMAINAN MRSMZON UTARA (MENENGAH RENDAH)

Pada 9 hingga 11 Mei 2003, maktab ini telah menjadi tuan rumah bagi Psta Sukan & Permainan Zon Utara (Menengah Rendah). Sebanyak tujuh buah maktab telah menyertai pesta ini termasuk maktab ini. Maktab-maktab tersebut adalah MRSM Langkawi, MRSM Pendang, MRSM PDRM Kulim, MRSM Lenggong, MRSM Gerik dan MRSM Kuala Kubu Bharu. Permainan yang telah dipertandingkan ialah tenis, badminton , bola tampar, bola sepak, takraw dan bola jaring. Berikut adalah keputusan penuh bagi pertandingan-pertandingan tersebut:

Bola Sepak LenggongBola Tampar (L) LangkawiBola Tampar (P) GrikTenis PendangBadminton Kuala Kubu BharuTakraw LangkawiBola Jaring Grik

Juara keseluruhan bagi pesta kali ini disandang oleh MRSM Langkawi diikuti dengan MRSM PDRM Kulim sebagai naib juara. Syabas diucapkan kepada kontijen maktab ini atas semangat kesukanan dan usaha yang ditunjukkan walaupun gagal mendapat tempat yang baik.

TAHNIAH KEPADA KONTINJEN MRSM TRANSKRIAN KERANA BERJAYA MEMBERI SAINGAN

YANG HEBAT DI “PESTA SUKAN DAN PERMAINAN”.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SUKARELAWAN YANG BANYAK MEMBANTU GURU-GURU DAN

KAKITANGAN SEMASA TEMASYA INI BERLANGSUNG.

Bila Murai Tercabut Ekornya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Apa khabar rakan-rakan sekalian? Murai berharap semuanya berada di dalam keadaan sihat walafiat. Nampaknya, rakan-rakan Murai semuanya sibuk menelaah pelajaran kerana minggu ini merupakan minggu peperiksaan terakhir. Murai pun agak sibuk menelaah pelbagai subjek. Teringin juga di hati hendak naik pentas untuk menerima anugerah pengetua seperti mana yang rakan-rakan kita telah terima pada awal bulan Mei ini. Kepada mereka, Murai mengucapkan SYABAS. Kejayaan anda kejayaan guru-guru kita juga. Ha! Kepada semua guru-guru Murai ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Semoga guru-guru kita lebih bersemangat untuk menabur bakti kepada kita dan negara. Tidak lupa juga kepada semua kontinjen MRSM Transkrian, tidak perlulah kita kesali kegagalan kita untuk bergelar JUARA di tempat sendiri. TAHUN DEPAN CUBA LAGI. TRANSX BOLEH. Akhir kata dari Murai sebelum cuti semester 1, gunakanlah masa cuti anda dengan lebih berfaedah. Kepada pelajar Tingkatan 5, SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN DAN SELAMAT

Page 6: TRANSX KEMBARA - BULETIN BWP ISU BUMPER 2003

TransX

5

ENGLISH WORLD

jejak IMANJAMINAN SYURGA

KEBAHAGIAN yang paling besar dan hakiki dalam kehidupan ini adalah apabila berjaya masuk ke dalam syurga yang penuh dengan berbagai kenikmatan. Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan teladan dan contoh yang paling baik untuk merentasi jalan ke syurga. Begitu pula para sahabat dan salafussoleh, telah menunjukkan kepada kita jalan mudah untuk melintasi syurga.

Bagaimanakah jalan yang mereka tunjukkan? Yakni, tiada seorangpun dari mereka yang berehat dalam pembela panji-panji Islam, dan tiada seorang pun yang lupa akan tujuan utamanya iaitu akhirat.

Kemuncak perjuangan mereka adalah keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Mereka amat mendambakan datangnya saat-saat seruan Allah: “Hai, jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhan-mu dengan hati yang puas ;agi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”

(Al-Fajr: 27-30)

jejak SAHABAT

ABU BAKAR BIN ABI QUHAFAH(ASH-SHIDDIQ)

SALASILAHNYAAbu Bakar Ash-Shiddiq r.a. adalah orang Quraisy

dari kabilah yang sama dengan Rasulullah s.a.w. tetapi berlainan keluarga. Abu Bakar berasal dari keluarga “Tamimi”, sedangkan Rasulullah s.a.w. dari keluarga “Hasyim”. Tetapi kedua-duanya berasal dari satu suku, iaitu Quraisy.

KEUTAMAANNYAAbu Bakar Ash-Shiddiq adalah seorang pedagang

yang selalu memelihara kehormatan dan harga diri. Ia seorang yang kaya harta, pengaruhnya besar dan memiliki akhlak yang mulia. Dari sebelum datangnya agama Islam, ia sudah menjadi kawan akrab Muhammad s.a.w. oleh kerana sifat dan tabiatnya hampir sama dengan Muhammad s.a.w.

Belum pernah ada orang yang menyaksikan dia meminum arak atau menyembah berhala. Dia juga tidak pernah berdusta. Oleh kerana itu tidak hairanlah bila dia berkawan rapat dengan Muhammad s.a.w. usianya sudah hampir sama dengan usia Nabi Muhammad s.a.w. Begitu pula dalam kemuliaan, minat dan keturunan, sehingga tidak hairan bila dia menjadi khalifah pertama sesudah Rasululluh s.a.w. wafat.

Abu Bakar r.a. seorang pedagang, begitu pula Rasullulah s.a.w. Dia menempati kedudukan terhormat di kalangan kaumnya, begitu pula Rasulullah yang dikenali sebagai pemuda jujur (Al-Amin). Maka tidak menghairankan, bila Abu Bakar menjadi lelaki pertama yang menyambut dan menerima dakwah Rasulullah s.a.w.

Keluaran hadapan: Rahsia keberanian Abu BakarAbu Bakar Mengajak Manusia Kepada Islam

Keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad disambut umat Islam di seluruh dunia pada setiap 12 Rabiulawal tahun hijrah. Nabi Muhammad diputerakan pada 12 Rabiulawal 571 Masihi, iaitu di tengah-tengah masyarakat jahiliyah Quraisy yang kebanyakannya menyembah berhala, selain tamak, zalim dan dengki. Nabi tabah dalam mengharungi tugas berdakwah semata-mata untuk menyampaikan wahyu Allah serta mahu membawa mereka keluar daripada kegelapan menuju cahaya keimanan. Baginda berdepan pelbagai cabaran khususnya kaumnya di Mekah yang menentang. Tidak cukup perasaan benci dan perkataan kesat, kaum Quraisy meletakkan halangan, seperti duri di jalan bagi menghalang Muhammad menyebarkan dakwah Islam.

Kalangan pemimpin mereka pula merancang pembunuhan Rasulullah. Namun, Allah Maha Berkuasa, melindungi baginda daripada kecelakaan yang dirancang musuh. Situas genting yang kian menghimpit menyebabkan Rasulullah berhijrah ke Madinah. Di sana, tanpa disangka beliau disambut dalam suasana kasih sayang dan penuh penghormatan, menambahkan lagi keyakinannya untuk menyebarkan dakwah.

Apabila mengetahui kehadiran Rasulullah, penduduk Madinah keluar beramai-ramai menyambut ketibannya, diiringi pujian yang dialun merdu melalui ungkapan syair. Muhammad diibaratkan bulan purnama yang menerangi kehidupan mereka dengan sinar keimanan. Sambutan penduduk Madinah berbeza berbanding penduduk Mekah. Mereka bukan sahaja mendengar dan memerhati, malah menerima serta menjadikan tingkah laku dan ucapan Rasulullah sebagai panduan hidup.

Harus diingat sambutan dan pujian penduduk Madinah terhadap Rasulullah itu adalah ikhlas, tidak disuruh oleh sesipa. Ia lahir daripada hati gersang yang mengharapkan petunjuk Ilahi. Tetapi yang berlaku dalam masyarakat kita, sesetengah orang Islam tidak ikhlas apabila memuji dan mengadakan sambutan terhadap Rasulullah apabila masing-masing ada kepentingan tersendiri.

Dalam perjuangan itu, Rasulullah mendapat kejayaan bukan sahaja kerana sokongan penduduk Madinah, malah faktor dirinya, seperti sifat amanah, bercakap benar, penyabar dan bijak menangani percaturan kehidupan masyarakat. Baginda tidak pernah khianat dalam menyampaikan dakwah Allah kepada manusia. Tiada wahyu llah disembunyikannya daripada manusia, malah ia disusuli dengan hadis, menjadikan ajaran Islam sempurna.

Sempena Maaulidur Rasul 1424 Hijrah ini, umat Islam tidak hanya memuji dan menghadiri majlis meraikan keputeraanny, malah perlu menjadikan tindakan dan sifatnya sebagai panduan. Bagaimanapun, masih terdapat orang Islam yang mengamalkan kehidupan tidak selari dengan tingkah laku Rasulullah. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah roh Maulidur Rasul tidak dirasai orang Islam. Justeru, sempena sambutan Maulidur Rasul, diharap umat Islam tidak lagi terjerumus dengan gejala yang bertentangan dengan sunah Rasul dan ajaran al-Quran.

HAYATI ROH MAULIDUR

RASUL

Page 7: TRANSX KEMBARA - BULETIN BWP ISU BUMPER 2003

VOCABULARY

Fill in the blanks with the correct words from the list below:

abstract complete consists(of)adequate comprehensible deficientbasics concrete limited/unlimitedcombined consistent systematic

1. Water ________ of hydrogen and oxygen. That is, hydrogen and oxygen can be _________ to form water.

2. There is only a ________ amount of fossils fuels (coal, oil, gas) on earth, but the sun supplies an _________supply

of energy.

3. Studying grammar in a language class is a __________way to learn a foreign language.

4. Our teacher explains something one way on one day and a different way on another day. Her explanations are not

___________.

5. I cannot speak or understand Chinese. When someone speaks Chinese, it is not ______________ to me

6. A person who has much less than averageintelligence is considered to be mentally _________________ .

7. Things that we can see and touch are _____________ things. Concepts such as “happines” and “freedom” are not

things that we can see and touch. They are ______________ ideas.

8. There are fifteen students in the classroom and fifteen chairs, so there is an ___________ number of chairs.

9. There should be four bowls in this set of dishes. There are only three bowls. This set is not _____________ .

10. Good food, adequate rest, and exercise are the __________ of good health.

TransX

6

EDISI

Language

Language is a marvelous thing. Every language consists of a limited number of sounds, a limited number of ways in which these sounds can be combined to form words, and a limited number of rules for combining words into sentences. For example, English has about 45 sounds patterns and about 30 patterns for combining these sounds into sentences. Yet from these limited quantities of sounds and limited number of rules and patterns for combining the sounds, a speaker of English can produce an unlimited number of sentences that will be understood by other speakers of English.

The above is true of all languages. All languages are systematic. That is, all language have an internally consistent system of rules for combining sound into speech that is comprehensible to all those who speak the same language. There is no such thing as a “primitive” language, meaning an incomplete or rule-deficient language. A highly technological culture and a primitive culture each have a systematic, internally consistent language. Both cultures can discuss concrete things and abstract ideas. Both cultures can use their languages to gossip, to lie, to tell jokes, to tell stories and to discuss life.

And all human beings of normal hearing and adequate intelligence learn at least one language. Babies who are born deaf and cannot hear language have trouble learning to speak. (They can, nevertheless, learn another systematic form of language called sign language). Also, some severely retarded children can fail to learn a complete language system. The rest of us, however, learn the basics of our first languages by the tie we are five years old, a remarkable achievement.

PESAN BESTARI“The utmost extent of man’s knowledge, is to know that he knows nothing.”

JOSEPH ADDISON

Page 8: TRANSX KEMBARA - BULETIN BWP ISU BUMPER 2003

MENDIDIKAntara papan hitam, kapur dan LCD

7

Pada sekitar tahun 40-an dan sebelumnya sehinggalah tahun 60-an, guru adalah segala-galanya bagi seorang murid. Hanya guru sahaja sumber ilmu untuk mereka. Guru pada masa itu dikenali sebagai guru am iaitu seorang guru harus mengajar semua mata pelajaran sama ada Ilmu Hisab, Tawarikh, Ilmu Alam atau Bahasa Melayu. Apatah lagi suasana pemerintahan ketika itu dijajah oelh Inggeris, maka sumber ilmu atau buku teks adalah terhad, hanya sekolah sahaja yang membekalkan buku tersebut.

Apabila pengajaran bermula, guru akan mengedarkan beberapa buah buku teks kepada murid yang kemudian harus berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dan selepas habis pengajaran, guru mengambil semula buku-buku berkenaan untuk dipakai oleh murid dari kelas lain. Namun kini, Tokoh Guru Kebangsaan 2001, Mohamed Saat Bongek, 64, sumber ilmu bukannya dari guru semata-mata. “Dan inilah cabaran yang dihadapi oleh guru, suatu cabaran yang tinggi untuk memanipulasi kemudahan ilmu yang banyak untuk disalurkan kepada murid-murid ini,” katanya.

Jika seorang, guru didedahkan dengan komputer, laptop, projector paparan cecair kristal (LCD), projektor overhead dan perakam video sebagai kaedah membantu pengajaran, dahulu, guru hanya ada papan hitam dan kapur sahaja. Manakala murid ketika itu hanya mempunyai buku latihan dan papan batu. Namun tegas Mohamed Saat, walaupun pelbagai kaedah pengajaran yang diperkenalkan oleh sistem pendidikan negara yang penting adalah kegigihan guru dan keprihatinan mereka terhadap murid-murid.

Jangan kata guru dahulu tidak menghadapi sebarang cabaran semasa mengajar, cabaran tetap ada sama ada dahulu atau pun sekarang. Dahulu cabaran guru adalah untuk memastikan anak murid celik huruf dan ilmu, menjadikan murid pandai supaya generasi kita tidak dijajah lagi. Kesungguhan guru-guru pada masa itu amat tinggi, semangat berapi-api untuk mendidik anak bangsa supaya mereka dapat memerdekakan negara ini.

Biar apa pun wujud perbezaan pengalaman di antara guru-guru zaman dahulu dengan sekarang. Namun, apa yang dapat kita rumuskan ialah profesion guru yang sememangnya mulia tidak perlu dimartabatkan lagi, yang perlu dimartabatkan ialah diri individu. Sebagai pesanan kepada seluruh warga pengajar MRSM Transkrian, guru sekarang tidak seharusnya berpuas hati dengan kelulusan yang ada pada mereka sama ada diploma mahu pun ijazah, sebaliknya perlu menimba ilmu setinggi mungkin dan menjadikan pembelajaran sepanjang hayat. SELAMAT HARI GURU.

LAGU RASMI HARI GURULagu dan lirik oleh Hashim Ahmad

Kami guru MalaysiaBerikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpinPutera puteri negara kita

Pada Seri PadukaKami tumpahkan setia

Rukun negara kitaPanduan hidup kami semua

Di bidang pembangunanKami tetap bersamaMembantu, membinaNegara yang tercinta

Amanah yang diberiKami tak persiakanApa yang kami janji

Tunai tetapkan kami tunaikan

IKRAR GURU

Bahawasanya kamiGuru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrarMendukung terus cita-cita kami

Dan menyatakan keyakinan kamiPada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbaktiKepada masyarakat

Dan negara kami

Kami sentiasa menjunjungPerlembagaan negaraKami mengamalkan

Prinsip-prinsip Rukun NegaraPada setiap masa