Trend n issue [integer]

3
Secara tradisi, pelajar belajar berpandukan buku teks dan dibimbing oleh guru-guru semasa di sekolah. Apabila meningkat dewasa, malangnya ramai yang tidak menyedari bahawa segala ilmu yang dipelajari digunakan sepanjang hayat. Situasi ini mungkin disebabkan oleh pelajar belajar hanya untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Kejayaan bagi seorang guru ialah apabila pelajar memahami apa yang diajar. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian kami, apabila guru mengajar sesuatu topik dalam situasi yang menyeronokkan, pelajar akan mudah mengingatinya. Untuk membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan, guru seharusnya melakukan aktiviti seperti kuiz, permainan dan sebagainya. Kami telah memilih satu tajuk dalam bab Integer Tingkatan 1 iaitu menukarkan perkataan kepada nombor integer samada negatif atau positif. Dalam soalan penyelesaian masalah yang melibatkan penambahan dan penolakan integer, pelajar sering melakukan kesilapan terutamanya dalam menaksir ayat matematik tersebut. Sebagai contoh Sebuah basikal bergerak 700 m dari suatu simpang empat ke arah utara. Kemudian, ia bergerak 350 m ke selatan, dan akhirnya bergerak lagi 1200 m ke arah selatan. Berapakah jauh basikal tersebut dari simpang empat itu? Kebanyakan pelajar masih keliru dengan penggunaan integer positif dan negatif untuk arah utara dan begitu juga arah selatan. Jadi, kami telah mencipta satu permainan yang dipanggil Draw in Rows untuk mengatasi masalah kekeliruan pelajar. Konsep permainan in diilhamkan daripada salah satu rancangan realiti, Running Man yang popular di Korea Selatan.

description

A game that can be used in Mathematics class.

Transcript of Trend n issue [integer]

Page 1: Trend n issue [integer]

Secara tradisi, pelajar belajar berpandukan buku teks dan dibimbing oleh guru-guru

semasa di sekolah. Apabila meningkat dewasa, malangnya ramai yang tidak menyedari

bahawa segala ilmu yang dipelajari digunakan sepanjang hayat. Situasi ini mungkin

disebabkan oleh pelajar belajar hanya untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Kejayaan

bagi seorang guru ialah apabila pelajar memahami apa yang diajar. Berdasarkan pengalaman

dan pemerhatian kami, apabila guru mengajar sesuatu topik dalam situasi yang

menyeronokkan, pelajar akan mudah mengingatinya. Untuk membuatkan proses pengajaran

dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan, guru seharusnya melakukan aktiviti

seperti kuiz, permainan dan sebagainya.

Kami telah memilih satu tajuk dalam bab Integer Tingkatan 1 iaitu menukarkan

perkataan kepada nombor integer samada negatif atau positif. Dalam soalan penyelesaian

masalah yang melibatkan penambahan dan penolakan integer, pelajar sering melakukan

kesilapan terutamanya dalam menaksir ayat matematik tersebut. Sebagai contoh

Sebuah basikal bergerak 700 m dari suatu simpang empat ke arah utara. Kemudian, ia

bergerak 350 m ke selatan, dan akhirnya bergerak lagi 1200 m ke arah selatan.

Berapakah jauh basikal tersebut dari simpang empat itu?

Kebanyakan pelajar masih keliru dengan penggunaan integer positif dan negatif untuk arah

utara dan begitu juga arah selatan.

Jadi, kami telah mencipta satu permainan yang dipanggil Draw in Rows untuk

mengatasi masalah kekeliruan pelajar. Konsep permainan in diilhamkan daripada salah satu

rancangan realiti, Running Man yang popular di Korea Selatan.

Permainan Draw in Rows memerlukan bilangan pelajar yang sama banyak dalam satu

barisan. Pemain pertama akan diberi satu ayat dan dikehendaki menukarkan ayat tersebut

dalam bentuk lukisan. Misalnya, mereka diberikan ayat

Page 2: Trend n issue [integer]

Kapal selam tersebut berada dua puluh meter di bawah aras laut.

Jadi, pemain pertama berkemungkinan akan melukis kapal selam seperti di bawah.

Kemudian, pemain pertama akan menunjukkan lukisan mereka kepada pemain kedua.

Pemain kedua akan mengenal pasti lukisan tersebut dan melukisnya semula dan begitulah

seterusnya. Pemain terakhir dikehendaki menulis satu nombor positifatau negatif berdasarkan

lukisan tersebut. Jadi jawapan yang betul bagisoalan di atas ialah−20 m.

Selepas permainan ini berakhir, kami mengharapkan pelajar dapat mengaplikasikan

ilmu ini apabila berhadapan dengan soalan integer yang melibatkan operasi. Kesimpulannya,

proses pembelajaran dan pengajaran akan lebih berkesan apabila guru mengajar dalam situasi

yang menyeronokkan.