Tuas

12
BAB 6 UNIT 1 MESIN RINGKAS

description

Nota Mesin Ringkas

Transcript of Tuas

BAB 6 UNIT 1 MESIN RINGKAS

BAB 6UNIT 1

MESIN RINGKAS

MESIN RINGKAS

Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita mengangkat atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerakan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban.

Dalam ayat yang lebih mudah, mesin ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi senang.

MAKSUD

i-Think

TUAS / LeverTuas adalah mesin ringkas yang dibuat daripada sebatang kayu yang bebas bergerak pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum. Tuas terdiri daripada tiga bahagian, fulkrum (berbentuk segitiga), beban (lihat bentuk segiempat) dan sebatang rod (kayu panjang). MAKSUD

Kedudukan fulkrum akan menentukan jumlah daya yang diperlukan untuk mengangkat sesuatu objek.Untuk mengangkat beban yang berat, kita perlu :(a) meletakkan fulkrum paling dekat dengan beban, (b) daya dikenakan sejauh mungkin dari fulkrum, (c) gunakan kayu yang panjang, bukan kayu yang pendek.

Fulkrum diletakkan dekat dengan beban, sedikit daya diperlukan untuk menggerakkan beban.

Semakin berkurang / dekat jarak fulkrum dengan beban, semakin berkurang / sedikit daya yang diperlukan untuk menggerakkan beban.

Fulkrum diletakkan jauh dengan beban, lebih banyak daya diperlukan untuk menggerakkan beban.

Semakin bertambah / jauh jarak fulkrum dengan beban, semakin bertambah / banyak daya yang diperlukan untuk menggerakkan beban.

TUAS KELAS PERTAMA / First Class Lever

Pada tuas kelas pertama fulkrum berada di tengah tengah. Beban berada pada satu hujung dan daya di hujung yang satu lagi. Contoh Tuas Kelas Pertamajongkang-jongkitTukul kuku kambing

TUAS KELAS KEDUA / Second Class Lever

Tuas kelas kedua ialah apabila fulkrum berada pada satu hujung, daya menentang, beban berada di tengah tengah, dan daya berada pada hujung yang satu lagi. Contoh Tuas Kelas Kedua(kereta sorong)

TUASKELAS KETIGA / Third Class Lever

Tuas kelas ketiga ialah apabila fulkrum berada pada satu hujung, daya berada di tengah tengah dan daya menentang, beban berada pada hujung yang satu lagi.

Aktiviti BerkumpulanSetiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu nota berkaitan kelas-kelas tuas tertentu.Senaraikan juga beberapa contoh aktiviti harian berdasarkan kelas tuas yang kumpulan anda dapat.