Tugas Tugas Khas

5
Tugas-tugas Khas Sepanjang tempoh sebulan berada di sekolah, saya telah ditugaskan dengan beberapa perkara. Di antaranya ialah menjadi guru ganti bagi guru yang ada urusan di luar sekolah. Saya hanya menggantikan kelas hanya sekali sahaja sepanjang saya praktikum di sekolah ini. Kelas yang saya ganti ialah kelas 4J iaitu kelas yang saya ajar. Saya telah menggantikan kelas tersebut pada minggu pertama persekolahan iaitu pada hari Jumaat (04 April 2014). Peluang ini saya gunakan dengan sebaik mungkin untuk mendekati murid-murid dan membiasakan diri dengan kerenah murid-murid. Selain itu, saya juga dapat mempelajari gaya pembelajaran murid-murid dan tahap pecapaian murid-murid kaum Cina di situ. Saya juga dapat mempelajari beberapa bahasa harian dalam mandarin seperti ah ching iaitu diam, dan la usher yang bermaksud guru. Dalam aspek kokurikulum pula, saya telah ditugaskan menjadi pegawai pengadil. Pada hari khamis (03 April 2014) saya dan rakan praktikum saya Muhammad Syazwan telah ditugaskan untuk menjadi pegawai pengadil pra-sukan tahunan sekolah ini. Kami telah dibahagikan secara beberapa kumpulan guru dan diminta untuk mengendalikan acara lompat jauh. Dalam acara lompat jauh, saya ditugaskan menjadi AJK mengambil bacaan jarak lompatan murid-murid. Berikut saya sertakan sebahagian gambar yang sempat saya ambil semasa acara ini sedang dijalankan.

description

bahan port folio

Transcript of Tugas Tugas Khas

Page 1: Tugas Tugas Khas

Tugas-tugas Khas

Sepanjang tempoh sebulan berada di sekolah, saya telah ditugaskan dengan beberapa

perkara. Di antaranya ialah menjadi guru ganti bagi guru yang ada urusan di luar sekolah. Saya

hanya menggantikan kelas hanya sekali sahaja sepanjang saya praktikum di sekolah ini. Kelas

yang saya ganti ialah kelas 4J iaitu kelas yang saya ajar. Saya telah menggantikan kelas

tersebut pada minggu pertama persekolahan iaitu pada hari Jumaat (04 April 2014). Peluang ini

saya gunakan dengan sebaik mungkin untuk mendekati murid-murid dan membiasakan diri

dengan kerenah murid-murid. Selain itu, saya juga dapat mempelajari gaya pembelajaran

murid-murid dan tahap pecapaian murid-murid kaum Cina di situ. Saya juga dapat mempelajari

beberapa bahasa harian dalam mandarin seperti ah ching iaitu diam, dan la usher yang

bermaksud guru.

Dalam aspek kokurikulum pula, saya telah ditugaskan menjadi pegawai pengadil. Pada

hari khamis (03 April 2014) saya dan rakan praktikum saya Muhammad Syazwan telah

ditugaskan untuk menjadi pegawai pengadil pra-sukan tahunan sekolah ini. Kami telah

dibahagikan secara beberapa kumpulan guru dan diminta untuk mengendalikan acara lompat

jauh. Dalam acara lompat jauh, saya ditugaskan menjadi AJK mengambil bacaan jarak

lompatan murid-murid. Berikut saya sertakan sebahagian gambar yang sempat saya ambil

semasa acara ini sedang dijalankan.

Murid-murid sedang menjalankan Pra-sukan Tahunan Sekolah SJK (C) Sam Tet

Page 2: Tugas Tugas Khas
Page 3: Tugas Tugas Khas

Peluang yang ada saya gunakan sebaik mungkin untuk mempelajari teknik-teknik

kepengadilan yang betul bagi acara tersebut. Saya juga berpeluang meninjau bakat-bakat yang

ditunjukkan oleh murid-murid sekolah tersebut. Sukan tara atau pra-sukan itu diadakan bagi

mencungkil bakat-bakat dan kemahiran murid-murid sekolah tersebut dalam bidang sukan.

Dalam aspek kokurikulum pula, saya telah ditugaskan untuk menjadi jurulatih / guru

pembimbing dalam permainan catur bagi program 1 Murid 1 Sukan. Sesi latihan ialah pada

setiap hari Jumaat iaitu pada pukul 7.00pagi hingga 7.30pagi. Saya dan rakan saya akan

melatih murid-murid tahun 4 dan 5. Dalam sesi pertama saya ditugaskan menjadi jurulatih, saya

telah membahagikan murid-murid kepada beberapa pasangan. Saya telah memperkenalkan

secara ringkas peraturan-peraturan asas tentang permainan catur. Pada sesi kedua dan ketiga

perjumpaan bersama mereka, saya telah mengadakan perlawanan di antara murid-murid.

Perkara yang saya kagum tentang sekolah ini, catur yang disediakan oleh sekolah ini

sememangnya mencukupi untuk digunakan oleh semua murid-murid. Saya beranggapan

bahawa sekolah ini amat mementingkan aspek kecerdasan minda murid dalam melatih murid-

murid sentiasa berfikir dalam melakukan sesuatu. Peluang menjadi jurulatih ini saya gunakan

sebaik mungkin bagi memantapkan kemahiran saya dalam permainan ini. Selain itu, saya juga

dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari semasa berada di sekolah

sebenar kelak.

Pada minggu ketiga pada hari Khamis (17 April 2014) pula, saya telah mengambil

bahagian dalam menjadi AJK untuk program motivasi sekolah. Saya telah ditugaskan untuk

membawa seramai 38 orang murid tahun 4H ke dewan SMJK (C) Sam Tet. Program motivasi

tersebut telah disertai murid-murid tahun 4 dan 5.

Program Motivasi bagi murid-murid tahun 4 dan 5

Page 4: Tugas Tugas Khas
Page 5: Tugas Tugas Khas

Peristiwa Yang Terlibat

Peristiwa-peristiwa yang terlibat sepanjang praktikum ialah menghadiri mesyuarat