Tugasan 1 (b) - EnDY

12
7/21/2019 Tugasan 1 (b) - EnDY http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-b-endy 1/12 DEFINISI MONSUN Perkataan monsun berasal daripada perkataan arab iaitu “mausim” di mana ia membawa maksud “musim”. Para pedagang kuno yang berulang alik melalui Lautan India dan Lautan Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem peralihan angin yang bertiup dari arah timur laut semasa musim sejuk di hemisfera utara dan bertiup dari arah barat daya semasa musim panas di hemisfera utara. Angin monsun boleh didefinisikan sebagai satu pola angin musiman yang bertiup tanpa perubahan arah untuk beberapa bulan dan kemudian angin ini hilang untuk satu tempoh masa yang singkat, iaitu kebiasaanya satu bulan. Walau  bagaimanapun, angin ini bertiup kembali dari arah yang bertentangan untuk beberapa bulan lagi yang tinggal dalam satu tahun tersebut. Oleh itu, angin monsun ini boleh didefinisikan sebagai tiupan angin lazim yang berlaku dua kali dalam setahun dan ia mengalami perubahan yang jelas dari segi musim serta ia berlaku di kawasan benua dan lautan yang berhampiran dengan kawasan tropika lembap. Kebiasaanya angin monsun akan mula bertiup dari awal  bulan November hingga bulan Mac dan dari awal bulan Mei hingga bulan September. Angin monsun yang bertiup dari awal bulan November hingga bulan Mac dikenali sebagai angin monsun timur laut. Pada masa ini, angin lazimnya adalah dari arah timur laut dengan kelajuan di antara 10 knot dan 20 knot. Manakala angin monsun yang memulakan tiupannya dari awal  bulan Mei hingga bulan September dikenali sebagai angin monsun barat daya. Angin lazim secara amnya dari arah barat daya mempunyai tahap kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15 knot.

description

blogging

Transcript of Tugasan 1 (b) - EnDY

Page 1: Tugasan 1 (b) - EnDY

7/21/2019 Tugasan 1 (b) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-b-endy 1/12

DEFINISI MONSUN

Perkataan monsun berasal daripada perkataan arab iaitu “mausim” di mana ia membawa

maksud “musim”. Para pedagang kuno yang berulang alik melalui Lautan India dan Lautan

Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem peralihan angin yang bertiup dari

arah timur laut semasa musim sejuk di hemisfera utara dan bertiup dari arah barat daya

semasa musim panas di hemisfera utara. Angin monsun boleh didefinisikan sebagai satu pola

angin musiman yang bertiup tanpa perubahan arah untuk beberapa bulan dan kemudian angin

ini hilang untuk satu tempoh masa yang singkat, iaitu kebiasaanya satu bulan. Walau

 bagaimanapun, angin ini bertiup kembali dari arah yang bertentangan untuk beberapa bulan

lagi yang tinggal dalam satu tahun tersebut. Oleh itu, angin monsun ini boleh didefinisikan

sebagai tiupan angin lazim yang berlaku dua kali dalam setahun dan ia mengalami perubahan

yang jelas dari segi musim serta ia berlaku di kawasan benua dan lautan yang berhampiran

dengan kawasan tropika lembap. Kebiasaanya angin monsun akan mula bertiup dari awal

 bulan November hingga bulan Mac dan dari awal bulan Mei hingga bulan September. Angin

monsun yang bertiup dari awal bulan November hingga bulan Mac dikenali sebagai angin

monsun timur laut. Pada masa ini, angin lazimnya adalah dari arah timur laut dengan kelajuan

di antara 10 knot dan 20 knot. Manakala angin monsun yang memulakan tiupannya dari awal

 bulan Mei hingga bulan September dikenali sebagai angin monsun barat daya. Angin lazimsecara amnya dari arah barat daya mempunyai tahap kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15

knot.

Page 2: Tugasan 1 (b) - EnDY

7/21/2019 Tugasan 1 (b) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-b-endy 2/12

PROSES BERLAKUNYA MONSUN DAN PENGARUHNYA TERHADAP CUACA

DAN IKLIM.

Monsun berlaku adalah disebabkan oleh perbezaan suhu antara daratan dan juga lautan hasil

daripada pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, daratan benua akan sejuk

dengan cepat di mana ia menghasilkan suhu yang amat rendah di kawasan tengah Asia.

Keadaan yang sedemikian menyebabkan tekanan atmosfera meningkat lalu membentuk

sistem tekanan yang tinggi iaitu antisiklon di Siberia. Udara sejuk tersebut bergerak keluar

dari Siberia sebagai angin barat laut. Namun, apabila tiba di perairan pantai china sebelum

menuju ke Asia Tenggara angin barat laut tersebut akan bertukar menjadi angin timur laut.

Dari semasa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk kuat (luruan monsun) saling

 bertindak dengan sistem tekanan rendah (siklon) yang terbentuk berhampiran dengan

khatulistiwa lalu menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta

membawa sejumlah hujan yang lebat di pantai semenanjung dan pantai barat Sabah dan

Sarawak. Secara amnya, purata jumlah hujan di semenanjung Malaysia adalah berjulat

daripada 1500 mm hingga 4500 mm. Kawasan yang paling lembap mencatatkan purata

 jumlah hujan melebihi 3500 mm setahun adalah dicatatkan di sekitar kawasan Bukit

Larut,Perak dan kawasan padalaman Terengganu. Sebaliknya, kawasan paling kering yang

mencatatkan purata jumlah hujan kurang daripada 2000 mm setahun adalah dicatatkan di

negeri-negeri utara semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Utara Kedah, Pantai Selatan Perak,

 Negeri Sembilan, Melaka dan juga Utara Johor. Corak taburan hujan yang diterima di

semenanjung Malaysia adalah berkait rapat dengan monsun yang dialaminya. Negeri-negeri

di pantai timur semenanjung Malaysia menerima purata jumlah hujan yang banyak pada awal

sehingga pada pertengahan monsun timur laut iaitu pada bulan November, Disember, dan

 juga Januari. Namun pada penghujung monsun timur laut iaitu semasa bulan Februari hingga

Mac negeri-negeri pantai timur terutamanya Kelantan dan Terengganu serta negeri-negeri

utara semenanjung seperti Perlis dan Kedah akan berganjak ke arah cuaca yang kering.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia pada bulan November 2014 yang lalu di

semenanjung Malaysia terutamanya di negeri Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan,

Melaka dan Barat Johor telah menerima jumlah hujan yang banyak iaitu 20 peratus hingga

melebihi 60 peratus daripada paras purata iaitu dengan mencatatkan jumlah hujan di antara

400mm hingga 900mm. Walau bagaimanapun, pada waktu yang sama terdapat satu dua

kawasan di tengah Pahang menerima jumlah hujan kurang daripada paras purata iaitu dengan

Page 3: Tugasan 1 (b) - EnDY

7/21/2019 Tugasan 1 (b) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-b-endy 3/12

mencatatkan jumlah hujan kurang daripada 200mm. Namun kawasan-kawasan lain menerima

 jumlah hujan pada paras purata.

Manakala di Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan pula secara

umumnya, purata jumlah hujan tahunan adalah berjulat daripada 1000 mm hingga 4500 mm.

Di Sabah kebanyakkan kawasan menerima purata jumlah hujan melebihi 2500 mm dalam

setahun. Kawasan paling lembap adalah sekitar pantai barat utara Sabah di mana ia

mencatatkan purata jumlah hujan melebihi 4000 mm setahun. Sebaliknya, sekitar Keningau

dan selatan Tawau merupakan kawasan paling kering iaitu hanya mencatatkan jumlah hujan

kurang daripada 2000 mm setahun. Kawasan Keningau menerima jumlah hujan yang sedikit

dan sekata adalah disebabkan kawasannya yang dilindungi oleh banjaran gunung. Semasa

 berlakunya monsun timur laut 2014 kebanyakkan kawasan di negeri Sabah menerima jumlah

 purata hujan antara 200 mm dan 300mm. Walau bagaimanapun, Kudat dan Sandakan

menerima jumlah hujan di bawah paras purata iaitu dengan pengurangan anomali sebanyak

20 peratus sehingga 40 peratus.

Sarawak pula menerima purata jumlah hujan yang paling banyak dalam satu tahun

 berbanding negeri lain di Malaysia iaitu melebihi 3000 mm kecuali bahagian barat Miri iaitu

hanya mencatatkan jumlah purata hujan sebanyak 2000 mm. Menurut Jabatan Meteorologi

Malaysia semasa monsun timur laut 2014 lalu berlaku, seluruh kawasan Sarawak menerima

taburan hujan pada paras purata 300 mm hingga 800 mm. Walau bagaimanapun, bahagian

Sibu dan Bintulu mencatatkan jumlah penerimaan hujan antara 500 mm dan 600 mm.

Manakala di bahagian Sri Aman jumlah hujan yang dicatatkan adalah rendah iaitu kurang

daripada 300 mm.

Page 4: Tugasan 1 (b) - EnDY

7/21/2019 Tugasan 1 (b) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-b-endy 4/12

 

Rajah 1: Monsun Timur Laut

Pada musim panas di hemisfera utara khususnya di kawasan pedalaman Asia wujud

sel-sel tekanan udara rendah akibat daripada keadaan suhu yang tinggi. Sebaliknya pada masa

yang sama, di kawasan sederhana dunia di hemisfera selatan khususnya benua Australia dan

laut sekitarnya pula wujud sel-sel tekanan udara tinggi akibat daripada keadaan suhu yang

rendah. Perbezaan tekanan udara antara kedua-dua tempat tersebut meneybabkan berlakunya

 pergerakan udara dari utara benua Australia menuju ke arah kawasan pedalaman Asia.

Kumpulan udara sejuk dari benua Australia bergerak keluar menuju ke kawasan sel tekanan

udara rendah iaitu di pedalaman Asia. Kumpulan angin ini pada asalnya adalah sIstem angin

monsun Tenggara kerana dibiaskan oleh daya koriolis. Namun sebaik sahaja angin ini

merentasi kawasan khatulistiwa angin ini terbias ke arah kanan oleh daya koriolis yang sama

di hemisfera utara. Oleh itu, angin ini akhirnya dikenali sebagai monsun barat daya. Monsun

 barat daya kurang membawa hujan ke pantai barat semenanjung Malaysia kerana tiupan

anginnya dihalang oleh sistem banjaran gunung yang terdapat di Kepulauan Sumatera.

Page 5: Tugasan 1 (b) - EnDY

7/21/2019 Tugasan 1 (b) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-b-endy 5/12

 

Rajah 2: Monsun Barat Daya

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia semasa berlakunya monsun barat daya pada

Mac 2015 lalu, negeri-negeri di pantai timur seperti barat Kelantan, Terengganu dan

sebahagian besar pedalaman Pahang menerima jumlah hujan di bawah paras purata iaitu

kurang daripada 200 mm. Begitu juga dengan negeri Selangor dan barat Kedah di mana

 berlakunya pengurangan peratusan anomali adalah sebanyak 20 peratus sehingga melebihi 60

 peratus daripada paras purata. Walau bagaimanapun, terdapat juga kawasan yang menerima

 jumlah hujan dengan jumlah yang banyak seperti padalaman negeri Kelantan, Perak dan

Melaka. Ketiga-tiga kawasan tersebut telah merekodkan hujan di atas paras purata dengan

 pertambahan sebanyak 20 peratus sehingga melebihi 60 peratus.

Di Sarawak pula semasa monsun barat daya kawasan pedalaman Sarawak juga turut

mencatatkan penurunan jumlah penerimaan hujan iaitu di bawah paras purata dengan jumlah

taburan hujan terkumpul kurang daripada 200 mm. Sementara Kuching mencatatkan hujan di

atas paras purata dengan pertambahan anomali sebanyak 20 peratus sehinnga 40 peratus

daripada paras purata.

Secara umumnya, di negeri Sabah ketika berlakunya monsun barat daya kebanyakkan

kawasan menerima taburan hujan di bawah paras purata kurang 200 mm. Walau

 bagaimanapun, Tawau dan selatan Sabah menerima jumlah hujan pada paras purata.

Page 6: Tugasan 1 (b) - EnDY

7/21/2019 Tugasan 1 (b) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-b-endy 6/12

  Kesimpulannya, monsun yang berlaku sama ada monsun timur laut atau monsun barat

daya mempengaruhi keadaan cuaca dan iklim. Hal ini kerana apabila berlakunya monsun

timur laut ia membawa sejumlah hujan yang lebat ke arah pantai timur semenanjung

Malaysia dan pantai barat Sabah, Sarawak dan Labuan. Kuantiti hujan yang banyak ini boleh

meningkatkan kelembanpan kawasan tersebut. Ini menyebabkan keadaan cuaca kawasan

tersebut lembap dan iklimnya sederhana. Kesannya, boleh menyebabkan berlakunya

fenomena La-Nina. Sebaliknya, monsun barat daya kurang membawa hujan ke arah pantai

 barat semenanjung Malaysia menyebabkan kelembapan di kawasan tersebut kurang. Ini boleh

mengakibatkan keadaan cuaca menjadi kering. Kesannya ia boleh menyebabkan berlakunya

kejadian El-Nino di kawasan berkenaan.

Rajah3: La-Nina

Page 7: Tugasan 1 (b) - EnDY

7/21/2019 Tugasan 1 (b) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-b-endy 7/12

NILAIKAN RAMALAN MONSUN YANG BOLEH MEMPENGARUHI CORAK

HUJAN, SUHU, KELAJUAN ANGIN DAN KELEMBAPAN BANDINGAN.

Monsun timur laut berlaku pada awal bulan November hingga bulan Mac iaitu semasa

hemisfera utara mengalami musim sejuk. Suhu persekitaran kawasan tersebut melampau iaitu

di bawah 0 darjah celcius. Suhu persekitaran yang rendah ini mewujudkan sel-sel tekanan

udara yang tinggi di kawasan tersebut khususnya di sekitar pedalaman Asia seperti Dataran

Tinggi Tibet, Siberia dan Mongolia. Namun pada masa yang sama, di hemisfera selatan

 berlaku musim panas di mana nilai suhunya kadang kala melebihi 30 darjah celcius. Suhu

yang tinggi di kawasan hemisfera utara mewujudkan sel-sel tekanan udara rendah di sekitar

utara benua Australia dan laut di sekitarnya. Perbezaan tekanan udara antara kedua-dua

kawasan tersebut mewujudkan satu cerun tekanan yang bermula dari arah pedalaman Asia

(tekanan udara tinggi) menuju ke arah kawasan yang mempunyai set tekanan udara yang

rendah iaitu benua Australia. Ini menyebabkan wujudnya satu pola pengaliran udara dari

 pedalaman Asia menuju ke arah benua Australia. Udara yang bergerak keluar dari sel tekanan

udara tinggi di padalaman akan dibiaskan ke kanan olah daya koriolis. Ini menyebabkan

 berlakunya angin monsun timur laut yang membawa sejumlah hujan yang lebat ke arah

 pantai timur semenanjung Malaysia dan pantai barat sabah, Sarawak dan Labuan.

Berdasarkan forum kaji iklim kebangsaan berkaitan iklim, negeri yang mencatatkan

 jangkaan hujan bulanan yang paling tinggi adalah negeri Terengganu. Jangkaan jumlah hujan

 bulanan bagi negeri tersebut adalah 560 sehingga 860 mm pada bulan November. Nilai

 jangkaan tersebut adalah pada paras purata. Negeri ini dijangka menerima sejumlah hujan

yang lebat adalah disebabkan pada waktu tersebut sedang berlakunya monsun timur laut.

Monsun timur laut kebiasaanya membawa sejumlah hujan yang lebat ke negeri-negeri yang

 berada di pantai timur semenanjung Malaysia. Hujan lebat yang turun di negeri Terengganu

menyebabkan suhu di negeri tersebut menurun. Jika suhu negeri tersebut menurun maka

kelembapan bandingan di negeri berkenaan akan bertambah. Pada masa yang sama kelajuan

anginnya juga turut meningkat disebabkan oleh tahap kecerunan udara yang tinggi.

Berdasarkan forum kaji iklim kebangsaan berkaitan iklim tersebut juga, terdapat

kawasan yang mencatatkan jangkaan hujan bulanannya yang paling rendah iaitu Langkawi.

Jangkaan jumlah hujan bulanan bagi Langkawi adalah 10 mm sehingga 20 mm pada bulan

Januari. Nilai jangkaan tersebut adalah di bawah paras purata. Langkawi dijangka menerima

sedikit hujan adalah disebabkan kedudukannya yang berada di pantai barat semenanjung

Page 8: Tugasan 1 (b) - EnDY

7/21/2019 Tugasan 1 (b) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-b-endy 8/12

Page 9: Tugasan 1 (b) - EnDY

7/21/2019 Tugasan 1 (b) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-b-endy 9/12

 

Negeri/WilayahPersekutuan

Jangkaan JumlahHujan Bulanan

mm

TempohTinjauan Cuaca (Berkaitan

dengan Hujan)

Kuala Lumpur

240  – 430

200  – 330

140 –

 230

150  – 230

210  – 230

November

Disember

Januari

Februari

Mac

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Putrajaya

200  – 430

150  – 330

130  – 190

100  – 160

120  – 180

November

Disember

Januari

Februari

Mac

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Negeri Sembilan

190  – 280

120  – 230

70 –

 140

70  – 170

130  – 250

November

Disember

Januari

Februari

Mac

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Melaka

190  – 280

120  – 180

70 – 110

80 – 110

110 – 170

November

Disember

Januari

Februari

Mac

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Paras Purata

Kelantan

Pasir Mas,Tanah

Merah, Jeli,GuaMusang,

Kuala Krai

330  – 500

410  – 610

100 –

 130

60  – 80

70  – 90

November

Disember

Januari

Februari

Mac

Paras Purata

Paras Purata

Sedikit Bawah Purata

Sedikit Bawah Purata

Sedikit Bawah Purata

Tumpat,Bachok,

Kota Bharu,Pasir Puteh,

Machang

530  – 790

450  – 670

80 – 110

30  – 50

70  – 90

November

Disember

Januari

Februari

Mac

Paras Purata

Paras Purata

Sedikit Bawah Purata

Sedikit Bawah Purata

Sedikit Bawah Purata

Terengganu

560  – 850

430  – 650

80 –

 110

40  – 80

90  – 160

November

Disember

Januari

Februari

Mac

Paras Purata

Paras Purata

Sedikit Bawah Purata

Sedikit Bawah Purata

Sedikit Bawah Purata

Page 10: Tugasan 1 (b) - EnDY

7/21/2019 Tugasan 1 (b) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-b-endy 10/12

KESAN MONSUN TERHADAP MANUSIA DAN CARA MANUSIA

MENGHADAPINYA

Kesan Negatif

Kejadian kemarau berlaku kesan daripada fenomena semula jadi monsun barat daya.

ketika monsun barat daya ini, permukaan bumi kekurangan air dan imbangan air negatif

 berlaku kesan daripada kadar sejatan yang melebihi daripada kerpasan. Keadaan ini

menyumbang kepada kemusnahan ekositem hutan. Kemarau menyebabkan kebakaran hutan

 berlaku secara semula jadi mudah berlaku. Perkara ini dapat kita lihat apabila berlakunya

 jerebu teruk baru-baru ini sehingga indeks pencemaran udara hamper mencecah bacaan

merbahaya iaitu 400. Hal ini berikutan daripada kebakaran hutan yang berlaku di sumatera,

Indonesia akibat daripada udara kering dan kelembapan udara yang rendah. Seterusnya,

 jerebu yang berlaku akan menjejaskan kesihatan dan kehidupan seharian penduduk setempat.

Apabila jerebu, masalah kesihatan seperti sakit mata, sakit tekak dan sesak nafas akan timbul.

Kehidupan dan aktiviti harian penduduk juga terkesan kerana jerebu tersebut menghadkan

 penglihatan mereka. Jadi, kesihatan dan kehidupan harian mereka terjejas kerana jerebu yang

melanda akibat daripada fenomena kemarau tersebut.

Kejadian monsun ini memberikan kesan terhadap manusia lebih-lebih lagi dalamkegiatan pertanian. Pertanian tembakau yang dilakukan di Kelantan, Pahang, Kedah, Negeri

Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu sangat dipengaruhi oleh fenomena monsun.

Kegiatan pertanian tembakau ini lebih elok dilakukan pada monsun barat daya kerana semasa

tempoh monsun barat daya itu, keadaan atmosfera lebih kering dan bebas daripada lebihan

hujan. Pada kebiasaanya, semasa tempoh monsun timur laut, kegiatan pertanian akan terjejas

dan tergendala kerana banyak kawasan pertanian yang ditelenggami air akibat daripada

fenomena lebihan hujan atau lebih dikenali sebagai La-Nina. Secara tidak langsung, hasil

 pertanian tembakau ini berkurangan dan terjejas. Sekaligus menyebabkan hasil pendapatan

 petani juga terkesan.

Kejadian monsun ini memberi kesan terhadap manusia dalam melakukan kegiatan

 pembalakan. Semasa monsun timur laut, hujan yang lebat dan berpanjangan akan berlaku di

Malaysia. Jadi, aktiviti pembalakan ini tidak boleh dilakukan pada waktu hujan. Perkara ini

disebabkan oleh keadaan jalan yang licin boleh mengakibatkan proses pengangkutan kayu

 balak intu tergendala akibat terlibat dalam kemalangan atau sebagainya. Bukan itu sahaja,aktiviti penebangan pokok balak juga agak sukar dilakukan pada watu hujan kerana tanah

Page 11: Tugasan 1 (b) - EnDY

7/21/2019 Tugasan 1 (b) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-b-endy 11/12

runtuh berlaku akibat daripada ketidakstabilan tanah. Oleh hal yang demikian, aktiviti

 pembalakan ini sangat sesuai dilakukan pada monsun barat daya, di mana keadaan jalan pada

masa itu baik sekaligus membolehkan proses pengangkutan kayu balak itu berjalan lancar

dan tiada masalah.

Kesan Positif

Fenomena monsun ini bukan sahaja memberikan kesan negatif terhadap manusia,

namun terdapat juga kesan positif fenomena semula jadi ini. Semasa monsun timur laut,

 bawaan hujan yang lebat membekalkan air yang sangat mencukupi untuk penanaman padi

swah yang meluas di asia tenggara. Perkara ini memberi kelebihan kepada para petani di asia

tenggara kerana adanya sistem pengairan yang baik yang boleh meningkatkan hasil

 pengeluaran padi pada satu-satu masa. Hal ini seterusnya boleh meningkatkan lagi hasiil

 pendapatan para petani di Malaysia sendiri. Selain itu, kesan positif monsun yang lain ialah

dari segi aktiviti pelayaran oada masa dahulu. Pada suatu ketika dahulu, aktiviti pelayaran

adalah aktiviti terpenting kerana aktivti ini digunakan dalam aktiviti perdagangan. Pedagang

dari china datang ke Malaya denga berpandukan angina monsun timr laut. Mereka juga

menunggu angina monsun barat daya untuk kembali ke Negara china.

Page 12: Tugasan 1 (b) - EnDY

7/21/2019 Tugasan 1 (b) - EnDY

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-1-b-endy 12/12

RUJUKAN

Ahrens. C.D. (2008),  Essential Of Meteorology An Invitation To The Atmosphere  (fifth

edition). Thomps Brooks/Cole, Usa,

Laman web rasmi jabatan meteorologi malaysia

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=839&Itemid=1586

Laman web rasmi jabatan meteorologi Malaysia

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=75&Itemid=999999

99&limit=1&limitstart=1

Laman web rasmi jabatan meteorologi Malaysia

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=841&Itemid=1586

&lang=malay

Siti fadzilatulhusni mohd sani. (2011)  Analisis Taburan Hujan Dan Impak Terhadap

Sumber Air Di Pulau Pinang. Malaysian Journal Of Society And Space, 7(1), 53-63.

Smithson. P. Addison, K. and atkison K.  Fundamental Of The Physical Environment  

(3rd ed.), Routledge. New fetter lane, London, 2002