TUGASAN 1 SCE3112(Pengurusan Makmal)
-
Upload
nita-jebee -
Category
Documents
-
view
298 -
download
6
Transcript of TUGASAN 1 SCE3112(Pengurusan Makmal)
TUGASAN 1 :Sekolah anda diberi peruntukan sebanyak RM30,000.00 untuk membeli peralatan makmal sains. Huraikan prosedur lengkap pembelian peralatan makmal sains tersebut sehingga peralatan makmal sains itu dimasukkan dan di susun dalam makmal sains dengan menggunakan prosedur yang betul dan direkodkan dalam buku yang betul.
1 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
1.1 Pengenalan
Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di
dalam makmal sains. Ini bermakna para murid, sama ada yang mengikuti aliran sastera
mahupun aliran sains menggunakan malmal sains sekurang-kurangnya 80 minit setiap
minggu. Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmal
sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagi
memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu
pengetahuan dan kemahiran mengurus dan menyelenggara makmal sains adalah penting
bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelak
berlakunya sebarang kecelakaan.
1.2 Kepentingan Pengurusan dan Penyelenggaraan Makmal SainsSetiap makmal sains di sekolah perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik .
Matlamatnya ialah :
• Menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam makmal.
• Mengelak sebarang kecelakaan semasa bekerja di dalam makmal.
• Mengelak pembaziran.
• Memudahkan pencarian bahan dan alat yang diperlukan untuk pengajaran.
• Merancang penggunaan peruntukan secara berkesan.
1.3 Peruntukan Makmal SainsMakmal sains mendapat peruntukan kewangan dari beberapa sumber.
2 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Subsidi kerajaan
peruntukan sains
Sains Kimia Fizik
peruntukan dari sekolah
1.4 Belanjawan Makmal Sains
Suatu proses yang melibatkan perancangan yang sistematik tentang perbelanjaan sejumlah
wang yang diperuntukkan. Proses ini memerlukan kebijaksanaan perancangan supaya
faedah yang maksimum diperolehi daripada peruntukan tersebut.
1.4.1 Bagaimana membuat belanjawan
Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan
pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal.
Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-guru kanan mata
pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua.
1.4.2 Saranan membuat belanjawan makmal
1. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item.
2. Ketua Jabatan Sains tentukan:
(a) Kegunaan tahunan item-item pakai habis.
(b) Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.
(c) Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.
(d) Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.
(e) Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.
3. Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan.
4. Periksa kemudahan dalam setiap makmal – bekalan air, elektrik, gas ,perabot, dll.
5. Semak harga semasa item dalam makmal dan buat pelunjuran harga untuk tahun
hadapan.
6. Daripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah menyediakan
satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Jelaskan jenis, model dan kuantiti item
yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi: (a) bahan-bahan pakai habis; (b) bahan-
bahan tahan lama; (c) bahan-bahan kaca, plastik dan logam;(d) spesimen biologi dan
slaid-slaid; (e) bekalan gas, air, elektrik; (f) peralatan pejabat; (g) perabot; (h) buku-buku
sains; (i) peralatan-peralatan bengkel; dll.
3 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
7. Adakan mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan dan Guru Kanan) untuk
menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.
Garis panduan menyediakan senarai keperluan
1. Apakah item-item yang:
sangat diperlukan?
boleh diubahsuaikan?
boleh dibeli dengan murah?
boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari rumah, sekolah, sekitaran?
boleh dibuat oleh Kelab Sains sekolah?
2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar?
1.5 Pesanan dan pembelian
Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada Pengetua atau Ketua Jabatan.
Segala urusan surat-menyurat dan tanda tangan dilakukan oleh Pengetua.
Pertimbangan sebelum pembelian:
1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang dilantik
oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke sekolah.
Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada sesuatu masa:
Kuantiti banyak, lebih murah.
Bahan kimia, jangan beli banyak.
2. Masa pembelian:
Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan “segar”.
Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum.
3. Cari pembekal yang murah:
Harga mahal dari pembekal alatan sains.
Beli dari syarikat yang belum terkenal.
Beli dari kedai biasa.
1.5.1 Prosedur pembelian
Jika anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah melalui cara tender.
4 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Bagi pembelian kurang daripada RM50,000 (contoh RM30,000) pembelian adalah
melalui sebut harga.
Pembelian melalui sebut harga merangkumi tujuh langkah, iaitu:
1. Meminta Sebut harga
Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5)
pembekal meminta sebut harga.
Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan.
Nyatakan tarikh tutup sebut harga.
Simpan salinan surat.
2. Pemilihan pembekal
Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga.
Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu barangan, status
pembekal, perkhidmatan selepas jualan.
Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu.
3. Borang pesanan.
Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya.
Simpan salinan pesanan
4. Surat/nota tanda terima
Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan.
Failkan bersama-sama dengan borang pesanan.
5. Nota hantaran
Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa
barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang
pesanan.
Surat menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang akan dihantar.
Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran.
Failkan nota bersama-sama dokumen lain.
5 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
6. Penerimaan barangan
Pembekal menghantar barangan.
Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota
hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah
ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh
sekolah.
7. Invois
Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran
yang telah ditandatangani.
Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang
dibuat.
Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran.
6 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
1.5.2 Proses Kerja Dan Carta Aliran
Urusan Persediaan Dan Pembelian Radas, Bahan Peralatan Sains Untuk Keperluan
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Makmal Sains
Aktiviti 1.5.2Peraturan Pentadbiran :Urusan Pembelian Radas, Bahan Dan Peralatan Sains Untuk Keperluan
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Makmal Sains
Subaktiviti (a) Tatacara Pembelian Peralatan
1 Senarai pembelian hendaklah berpandukan kepada stok di akhir tahun
2 Sebut harga perlu diperolehi daripada syarikat pembekal sains sebelum pembelian
dilakukan.
3 Perbincangan dan persetujuan perlu diperolehi dengan Ketua Bidang Sains atau Guru
Kanan Matapelajaran sebelum pembelian dilakukan.
4 Bagi pembelian bahan dan peralatan sains semasa dalam tempoh persekolahan
hendaklah berbincang dengan Ketua Bidang Sains dari segi keperluan dan kuantiti
serta kemampuan kewangan.
5 Memastikan Nota Minta atau KEW.PA-11 dicatatkan sebelum ianya diluluskan oleh
Pentadir Sekolah (Pengetua).
7 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Aktiviti 1.5.2Proses Kerja :
Urusan Pembelian Radas, Bahan Dan Peralatan Sains Untuk Keperluan Pengajaran
Dan Pembelajaran Di Makmal Sains
Subaktiviti (a) Tatacara Pembelian Peralatan
Bil Proses Kerja Pegawai yang Meluluskan/Dirujuk Sesi Undang-
undang Peraturan
1 Senaraikan pembelian
berpandukan baki terakhir
semasa semakan stok dan
senarai tambahan dari guru-guru
sains
Guru Sains/
Ketua Pembantu Makmal/
Pembantu Makmal
2 Mengisi borang ‘Nota Minta’ atau
KEW.PA-11 untuk diluluskan
oleh Pengetua sekolah
Ketua Pembantu Makmal/
Pembantu Makmal/ Pengetua
3 Dapatkan sebutharga dari
syarikat pembekal sains untuk
dibuat perbandingan harga
Ketua Bidang Sains /
Ketua Pembantu Makmal/
Pembantu Makmal
4 Berbincang mengenai pembelian
Bahan/Radas atau peralatan
berdasarkan kualiti dan
sebutharga yang terendah.
Ketua Bidang Sains /
Ketua Pembantu Makmal/
Pembantu Makmal
5 Mengisi ‘ Borang Pesanan
Kerajaan’ (Local Order)
Ketua Pembantu Makmal/Tadbir
Pembantu Makmal/Tadbir
6 Rekodkan BPK ke dalam Buku
daftar pembelian
Ketua Pembantu Makmal/
Pembantu Makmal
Tatacara
Pengurusan Aset
Alih Kerajaan – TPA-
Bil 5/2007
Tatacara
Pengurusan Stor
Kerajaan –
TPS-Bil 5/2009
8 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Aktiviti 1.5.2 Carta Aliran :Urusan Pembelian Radas, Bahan Dan Peralatan Sains Untuk Keperluan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Makmal Sains
Subaktiviti (a) Tatacara Pembelian Peralatan
Membuat Senarai Pembelian dan
dapatkan sebutharga dari pembekal
Terima jawapan sebutharga dari pembekal-pembekal sains
Berbincang dengan Ketua Bidang Sains/Guru Kanan Matapelajaran Sains
Mengisi Borang Nota Minta/KEW.PA-11 beserta dengan anggaran pembelian
Serahkan kepada Pengetua untuk diluluskan
Terima kelulusan pembelian dari Pengetua
Membuat permohonan pembelian kepada Syarikat Pembekal yang terpilih.
Terima pesanan dari pembekal dengan mengesah dan menandatangani dokumen (Invoice/Delivery Order)pembelian-
YA/ KEW.PA-1/ TIDAK - KEW.PS-1/KEW.PA-2 PASTIKAN LENGKAP
Mengisi Borang Pesanan Kerajaan
Daftarkan ke dalam rekod seperti kehendak Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan/Pengurusan Stor Kerajaan
9 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
MULA
AKHIR
Aktiviti 1.5.3Proses Kerja :Urusan Penerimaan, Penyimpanan, Pelupusan Stok Bahan, Radas dan Peralatan serta Mengemaskini Stok Tahunan
Subaktiviti (a) Tatacara Penerimaan, Penyimpanan Bahan, Pelupusan Stok Serta Mengemaskini Stok Tahunan
Bil Proses Kerja Pegawai yang Meluluskan/Dirujuk
Sesi Undang-undang Peraturan
1 Terima dokumen dari Syarikat Pembekal Sains.
Guru Sains/Ketua Pembantu Makmal/ Pembantu Makmal
2 Semak dan pastikan kualiti dan jenama yang dipesan mengikut spesifikasi yang dipesan.
Ketua Pembantu Makmal/ Pembantu Makmal/ Pengetua
KEW.PA-1KEW.PS-1KEW.PS-2
3 Tandatangan dokumen (Invoice dan Delivery Order), cop dan tarikh
Ketua Bidang Sains /Ketua Pembantu Makmal/ Pembantu Makmal
4 Catat dan rekod dalam Stok /Inventori/Harta Modal Ketua Bidang Sains /
Ketua Pembantu Makmal/ Pembantu Makmal
KEW.PA-2KEW.PA-3KEW.PS-2
5Serahkan dokumen pembelian ke pejabat untuk tujuan pembayaran Ketua Pembantu Makmal
Ketua Pembantu TadbirPembantu Makmal/Tadbir
Invoice SyarikatNOTA MINTAKEW.PS-11
6 Menyimpan Bahan/radas/peralatan mengikut cara penyimpanan
Ketua Pembantu Makmal/ Pembantu Makmal
7 Merekod penagihan alat/radas ke makmal-makmal (Stor Unit)
Ketua Pembantu Makmal/ Pembantu Makmal
KEW.PS-3KEW.PS-4
8 Menyemak rekod Alat/rekod yang pecah dan hilang bagi tujuan pelupusan dan hapuskira
Ketua Pembantu Makmal/ Pembantu Makmal
9 Isi Borang Pelupusan dan Hapuskira Ketua Pembantu Makmal/ Pembantu Makmal
KEW.PA-16KEW.PS-17KEW.PS-19
10 Serah semua dokumen dan laporan kepada Ketua Bidang Sains/Guru Kanan Matapelajaran
Ketua Bidang Sains/Guru Kanan Matapelajaran
KEW.PS-20KEW.PS-21KEW.PS-22
10 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Aktiviti 1.5.3Carta Aliran :Urusan Penerimaan, Penyimpanan, Pelupusan Stok Bahan, Radas Dan Peralatan Serta Mengemaskini Stok Tahunan
Subaktiviti (a)Tatacara Penerimaan, Penyimpanan Bahan, Pelupusan Stok
Serta Mengemaskini Stok Tahunan
Terima bahan dari Pembekal
Kemukakan semulaKepada Pembekal Tidak memuaskan(KEW.PA-1/KEW.PS-2) Kualiti/Kuantiti/Spesifikasi
mengikut pesanan
Tandatangan Dokumen Penerimaan, Pengesahan (Invoice/Delivery Order)
Catat Rekod di KEW.PA-2, KEW.PA-3,KEW.PS-3, KEW.PS-4,
Serah Invoice ke Pejabat bagi tujuan pembayaran
Simpan alat/radas ke dalam stor
Rekod pengagihan bahan/radas ke makmal-makmal
Semak buku rekod alat/radas yang pecah untu tujuan pelupusan/hapuskira
11 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
MULA
Buat senarai Pelupusan/Hapuskira
Serah kepada Ketua Bida
12 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
AKHIR
1.6 PENYIMPANAN RADAS SAINS
1.6.1 Jenis stor
Di sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan.
Di sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan.
STOR UTAMA STOR AGIHAN
Menyimpan semua alat dan bahan
pengajaran sains.
Bahan/alat dari stor ini tidak diagihkan
kepada individu.
Bahan/alat diagihka kepada stor di
setiap makmal.
Di setiap makmal.
Agihan/pengeluaran bahan/alat kepada
murid di makmal berkenaan.
Ciri-ciri stor utama:
• Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat bawah untuk memudahkan
hantaran bahan/alat.
• Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan troli.
• Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas.Cukup cahaya di lorong, antara
lorong dan antara rak.
1.6.2 Sistem penyimpanan item-item sains
Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet, rak dan
sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya. Selain label,
ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari bahan/item semasa
pemeriksaan stok.
13 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Contoh:
Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan lima (5) kabinet dalam makmal Fizik II.
Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2, F1K3, F1K4 dan F1K5.
Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2, F2K3, F2K4 dan F2K5.
Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan/alat.Kad-kad stok biasanya
disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang setiap item dalam bentuk kod.
Contoh:
Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna botol spesimen disimpan di makmal
Biologi I, dalam kabinet nombor 3.
Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan. Pastikan
setiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya.
1.6.3 Dokumen-dokumen penting di dalam makmal
• Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet yang berkunci.
• Hanya kakitangan makmal boleh melihat dokumen. Orang lain mesti terlebih dahulu
mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Sains.
• Jangan dibawa keluar dari makmal.
Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut harga, Nota pesanan,
Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual arahan, Katalog, Risalah dan Kad-kad stok.
Kad-kad Stok:
• Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap item yang disimpan
di dalam stor.
• Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item, untuk memudahkan
pemeriksaan stok.
• Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu item-item pakai habis)
dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (item-item tahan lama).
14 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Contoh kad stok:
(a) Item-item tahan lama.
(Nama sekolah)
Item: Kelalang,volumetrik 500ml
Lokasi : K8
Tarikh Stok
Masuk
Tarikh Kuantiti
Dibeli
Harga Jumlah
stok
Tarikh Dipinjam
,
Rosak,
dll.
Baki Tanda
tangan
2000
12/5
5
20/7 4 RM 15
5
4
2 pecah 3
4
(b) Bahan pakai habis.
STOK
MAKSIMUM
2 kg
(Nama sekolah)
STOK
MINIMUM
0.5kg
Nama bahan: Kuprum sulfat ( hablur)
Lokasi : K3
Tarikh Stok
Masuk
Tarikh Kuanti
ti
Diterm
a
Harg
a
Pembek
al
Jumla
h Stok
Digunak
an
Bak
i
Tanda
tanga
n
2013 1.5kg
26/4 0.5kg RM3
0
Holly
Sdn Bhd
2.0kg 0.5kg
1.5k
g
15 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
1.7 PENYIMPANAN BAHAN KIMIA
A. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia
• Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari
bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, higroskopik ,
mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya.
• Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama.
• Gunakan stok yang lama dahulu.
• Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang.
• Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.
a. Bahan kimia tak organik
• Simpan berasingan daripada bahan kimia organik.
• Label pada botol mengikut nama logam.
• Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup.
• Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk.
• Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama
logam.
Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium.
Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang
boleh menghilangkan air habluran ke udara.
Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara : asid sulfurik pekat,
barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kalium karbonat,
16 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat, kobaltum (II)
klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II) klorida, kuprum (II)
nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natrium hidroksida, natrium iodida,
natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida, zink nitrat.
Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara : ammonium karbonat,
boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat (II), magnesium sulfat,
natrium asetat, natrium karbonat, natrium sulfat.
(a) Bahan kimia organik
Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari bahan-bahan lain.
Abaikan penambahan ortho, para, di, tri.
Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang meruap, beracun dan mudah
terbakar. Oleh itu, bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan yang baik dan
penggunaan api dilarang.
(b) Bahan kimia cecair yang mengkakis
Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Jangan letak di atas rak yang tinggi.
Sebaliknya, letak di atas lantai atau rak-rak yang hampir dengan lantai.
(c) Logam alkali
Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara.
Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan, gunakan
penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan.
(d) Fosforus kuning (putih)
Sangat berbahaya dan sangat aktif .
Disimpan di dalam air sejuk.
(e) Bahan kimia yang terurai oleh cahaya
Contoh, argentum nitrat dan asid nitrik pekat.
17 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.
(f) Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas
Contoh : vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida.
Disimpan di dalam peti sejuk.
(g) Bahan kimia yang sangat berbahaya
Contoh : sebatian arsenik dan garam sianida. Boleh membawa maut serta–merta
jika tertelan.
Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.
B. Cara menyimpan peralatan
(a) Bahan kaca
Disimpan mengikut saiz. Jangan disimpan terlalu tinggi atau bersama-sama
benda-benda yang berat atau logam.
Alat yang mahal seperti “Kipp’s Apparatus” hendaklah disimpan dalam bungkusan
dan kotak asal. Labelkan kotak jengan jelas.
Bahan-bahan kaca disimpan mengikut saiz dan jenis.
. Kelalang – mengikut saiz dan dalam kotak yang berbeza.
. Buret – disimpan berdiri atau dalam laci yang panjang yang dialas
dengan kapas.
. Bahan-bahan kaca yang kecil (slaid mikroskop, piring petri, tiub
spesimen) – disimpan di dalam talam di rak ataupun dalam
laci. Labelkan setiap laci dengan jelas.
. Termometer – disimpan dalam kotak asal mengikut jenis dan julat.
. Tiub dan batang kaca – disimpan tegak dan diberi sokongan di
bahagian tengah. Tiub kaca yang bergaris pusat besar
disumbat kedua-dua hujung untuk mengelak habuk/debu.
Bahan –bahan ini mesti disimpan mengikut “berat”
(berdinding nipis, sederhana atau tebal). Setiap kategori
disimpan mengikut garis pusat luar. Jika belun digunakan,
simpan dalam pembalut asal.
18 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
. Alat kaca yang panjang (contoh : buret dan pipet) disimpan
derdiri tegak pada rak khusus.
(b) Bahan/alat plastik
Jauhkan dari punca panas.
Jangan simpan dengan/bersama-sama alat yang berat.
(c) Bahan-bahan logam
Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disimpan bersama dan perlu diperiksa dari
semasa ke semasa.
(d) Bahan bantu mengajar
Disimpan dalam almari “bertingkap” cermin.
Carta – ditutup dengan helaian plastik lutsinar.
(e) Pelbagai item kecil
Contoh : mancis, gabus, paku, penyepit tabung uji dan spatula.
Disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak kecil.
(f) Model-model yang besar
Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan plasik untuk
mengelak debu.
(g) Mikroskop
Disimpan dalam almari yang dipasangkan dengan beberapa buah mentol 25
watt sepanjang masa. Bahagian dalam almari dilapik dengan beberapa keping
zink atau aluminium untuk memastikan udara di dalamnya panas dan kering.
Tujuannya adalah untuk mengelak percambahan kulat. Dinding almari ditebuk
beberapa lubang kecil supaya udara bergerak dengan bebas.
19 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
BUKU DAFTAR INVENTORI BERPUSAT
Aktiviti 1.8Carta Aliran :Urusan Penerimaan, Penyimpanan, Pelupusan Stok Bahan, Radas dan Peralatan serta Mengemaskini Stok Tahunan
Subaktiviti (b)Arah Pergerakan Catatan Bahan Kimia Dan Alatan Radas
Dalam Daftar Stok Jabatan Sains
Terima Dari Pembekal
Rekod dalam KEW.PA-2/ KEW.PA-3/ KEW.PS-3)
Agihkan kepada Stor Unit
20 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Daftar Stor Utama/Pusat
DAFTAR STOR UNIT
Agih Ke Makmal Sains Dengan Menggunakan Kad Petak Kew.Ps-4
Mengikut Lokasi
Rekod Peralatan Pecah Dan Rosak
Rekod Pemindahan Dan Pinjaman
AKHIR
MULA
Aktiviti1.8
Carta Aliran :Urusan Penerimaan, Penyimpanan, Pelupusan Stok Bahan, Radas Dan Peralatan Serta Mengemaskini Stok Tahunan
Subaktiviti (c) Tatacara Pelupusan Stok Bahan Kecil
Mengenalpasti rekod pecah
Menyedia laporan pelupusan stok bernilai rendah kpd Unit Pengurusan AsetKEW.PS-19/ KEW.PS-21
Disemak oleh Pegawai Pemeriksa dan disahkan oleh Ketua Jabatan
TIDAK
LengkapYA
Terima Kelulusan
Ambil tindakan mengikut kelulusan
21 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
MULA
AKHIR
Aktiviti 1.8Checklist :Urusan Penerimaan, Penyimpanan, Pelupusan Stok Bahan, Radas dan Peralatan serta Mengemaskini Stok Tahunan
Subaktiviti (a) Tatacara Penerimaan, Penyimpanan, Pelupusan Stok Bahan,
Radas Dan Peralatan
Tindakan Tanda ( ) Catatan
1. Semak peralatan yang diterima
2. Menandatangani dan mengesah Invoice dan rekod penerimaan
3. Daftar stok peralatan/radas ke dalam Daftar Rekod Stok
4. Stok peralatan/radas di simpan mengikut kesesuaian atau diagihkan kepada stor-stor unit
5. Penyediaan laporan pelupusan dan kerosakan untuk dihantar kepada Unit Pengurusan Aset/Pentadbir
6. Terima syor hasil laporan pelupusan atau kerosakan
7. Kemaskini stok
22 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
KETUA PANITIA SAINS PUAN NOORHANITA ZAKARIA
KETUA PEMBANTU MAKMAL C22ENCIK RUDY B SAMSURI
1.9 CARTA ORGANISASI MAKMAL SAINS
ORGANISASI (PENGKHUSUSAN) STAF JABATAN SAINS
SMK. SUAI, P.O.BOX 235, PEJABAT POS BATU NIAH,98200,MIRI
23 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
KETUA BIDANG SAINS DAN MATEMATIKCIK JACQUALINE HOO MEI CHOO
PEMBANTU MAKMAL C17PUAN WAHEEDA HUDA
KIMIA/FIZIK T4-5
PEMBANTU MAKMAL C17ENCIK KENNY AK
MASINGKIMIA/FIZIK T4-5
GURU-GURU SAINS
GURU-GURU SAINS
2.1 KESELAMATAN DI DALAM MAKMAL SAINS
Para murid memang seronok menjalankan aktiviti makmal, terutamanya eksperimen. Namun
demikian mereka mestilah menyedari tentang kemungkinan berlakunya kemalangan jika
langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Oleh yang demikian, guru bartanggungjawab
menerangkan kepada murid tentang aspek keselamatan dan langkah-langkah keselamatan
serta memastikan setiap pengguna makmal sains mematuhi peraturan dan langkah-langkah
keselamatan.
GURU PELAJAR
MESTILAH MENGAMBIL LANGKAH PERLU SEDAR TENTANG BAHAYA
SUPAYA SEGALA AKTIVITI DAPAT YANG MUNGKIN BERLAKU SUPAYA
DILAKSANAKAN TANPA SEBARANG DI SAMPING MENDAPAT FAEDAH
KEMALANGAN DARIPADA AKTIVITI, KEMALANGAN
DAPAT DIHINDARI
2.1.1 Mengapa kemalangan berlaku
Kajian-kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar kemalangan di dalam makmal sains
berlaku antaranya kerana:
Kurang kefahaman tentang bahan, proses dan peralatan yang digunakan.
Guru gagal memberi arahan dan menyelia secukupnya.
Guru tidak merancang aktiviti dengan baik.
Peralatan perlindungan/peralatan yang betul tidak digunakan.
Tidak mematuhi arahan-arahan/peraturan-peraturan.
Guru meninggalkan makmal semasa pelajar menjalankan amali.
Tergesa-gesa dalam melakukan amali.
Sikap “tidak apa” pengguna makmal.
24 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
2.1.2 Keselamatan makmal – tanggungjawab siapa?
SEKOLAH DAN KAKITANGAN MAKMAL
Menyediakan kemudahan peralatan dan penyelenggaraan supaya wujud suasana kerja
yang selamat.
GURU
Merancang aktiviti makmal dengan baik. Memberi arahan yang jelas termasuk langkah
keselamatan dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan dan peraturan.
PELAJAR
Mempelajari bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan yang berpunca dari bahan kimia,
peralatan, dan teknik yang digunakan supaya bahaya adalah minimum.
Sedar bahawa ia bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan
semasa di makmal
1.9.3 Aspek-aspek keselamatan di dalam makmal
1. RUANG 2. PERALATAN 3. PENGGUNA 4. LANGKAH
. STOR . API . GURU . PERATURAN AM
. MAKMAL . SPESIMEN . PELAJAR . ARAHAN
. ELEKTRIK . PEMBANTU KESELAMATAN
25 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
. KACA MAKMAL . PROSEDUR
. BAHAN KECEMASAN
KIMIA . RAWATAN
. PELUPUSAN
. PERALATAN
KHUSUS
. PERSEDIAAN GURU
5. JENIS KEMALANGAN . LUKA . KEJUTAN . BAHAN BERACUN
. BAHAN KIMIA . KEBAKARAN
2.1.3 Langkah-langkah keselamatan dalam makmal
i. Peraturan makmal – Satu senarai tentang apa yang murid patut patuhi semasa berada
dan bekerja di dalam makmal sains. Pastikan setiap murid memahami peraturan
berkenaan penerangan tentang peraturan diber semasa murid pertama kali
mengunakan makmal. Tampalkan peraturan makmal ditempat yang mudah dilihat oleh
murid
ii. Kemahiran manipulatif – Pastikan murid tahu menggunakan teknik yang betul semasa
mengendalikan alat radas dan bahan kimia serta sentiasa mematuhi arahan guru
tentang prosedur amali.
iii. Kotak pertolongan cemas – Pastikan kotak pertolongan cemas tidak berkunci dan
mengandungi peralatan untuk rawatan kecemasan.
iv. Peralatan keselamatan – Pastikan semua peralatan keselamatan, misalnya alat
pemadam kebakaran berada dalam keadaan baik dan berfungsi serta diletakkan di
tempat yang mudah diambil. Pastikan juga semua murid tahu menggunakan peralatan
berkenaan.
26 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
v. Petunjuk – Pamerkan petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA di tempat yang
mudah dilihat dalam setiap mmakmal.
vi. Kebersihan – Makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah
hendaklah disediakan.
vii. Rancangan untuk keadaan kecemasan – Pastikan murid tahu prosedur menyelamatkan
diri jika berlaku kebakaran.
viii. Pencahayaan dan pengudaraan – Pastikan cukup pencahayaan dan pengudaraan di
dalam makmal.
ix. Panduan keselamatan – Sediakan panduan keselamatan makmal dan pastikan guru
dan kakitangan makmal memahami isi kandungannya serta dapat mengambil langkah-
langkah keselamatan bila perlu.
x. Peralatan- Pastikan semua peralatan, termasuk pendawaian dan palam elektrik berada
dalam keadaan baik.
xi. Pelupusan bahan sisa – Pastikan bahan sisa makmal dilupuskan dengan cara yang
betul.
xii. Rawatan kecemasan – Pastikan guru dan kakitangan makmal tahu tentang cara-cara
memberi rawatan kecemasan apabila diperlukan.
Selain memastikan aktiviti di makmal berjalan lancar, guru mempunyai tanggungjawab
tambahan, iaitu:
Pengetahuan tentang pertolongan cemas; dan,
Rancangan tindakan untuk keadaan cemas.
27 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
2.1.4 Rawatan Kecemasan
Pengetahuan tentang rawatan kecemasan sangat penting dalam langkah memberi rawatan
awal sebelum mangsa mendapat rawatan profesional. Empat perkara asas dalam rawatan
kecemasan ialah:
AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN.
JANGAN CEMAS.
TAHU PUNCA KEMALANGAN.
TAHU BAGAIMANA MEMBERI RAWATAN AWAL
i. Jenis dan punca kemalangan
K
E
M
A
L
A
N
G
A
N
JENIS PUNCA
KEBAKARAN
PENUNU BUNSEN
LITAR PINTAS
UNSUR-UNSUR LOGAM
AKTIF
KERACUNAN
BAHAN KIMIA
GAS
SPESIMEN BIOLOGI
LUKA
ALATAN KACA
RADAS
KEJUTAN
ALAT ELEKTRIK
PENDAWAIAN,
PUNCA KUASA,
PALAM
28 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Pengetahuan tentang jenis dan punca kemalangan yang berlaku di dalam makmal
dapat membantu guru mengenal pasti langkah dan cara rawatan yang bersesuaian.
ii. Prosedur pertolongan cemas
TERBAKAR
. Mengurangkan kesan haba .Mengurangkan kesakitan . Mengurangkan
bengkak . Memastikan mangsa mendapat cukup minuman .Mententeramkan
mangsa. Mengurangkan kejutan
iii. Kaedah rawatan kebakaran
API
Rendamkan bahagian yang terbakar
dalam air sejuk (ais) dengan segera untuk
mengurangkan kesakitan.
Jika luka, balutkan dengan pembalut yang
steril untuk mengelakkan infeksi.
Dapatkan rawatan profesional.
BAHAN
KIMIA
Tanggalkan pakaian dan barang-barang
yang terkena bahan . Basuh dengan air
mengalir selama 15 minit.
Dapatkan rawatan profesional. Jika
melecur ringan, beri rawatan awal.
29 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
KEBAKARAN RINGAN
iv. KEBAKARAN RINGAN
ASID
Basuh dengan air.
Sapukan larutan natrium bikarbonat 1 %.
Basuh dengan air.
ALKALI
Basuh dengan air.
Sapukan asid asetik 1 %.
Basuh dengan air.
BROMIN Basuh dengan air.
Sapukan larutan ammonia cair
(1 bahagian ammonia : 15 bahagian air)
BROMIN
Basuh dengan air.
Sapukan larutan ammonia cair
(1 bahagian ammonia : 15 bahagian air)
NATRIUM
dan
KALIUM
Buang logam dengan menggunakan
penyepit.
Rendam dalam air selama 20 minit.
Keringkan dan balut dengan pembalut yang
steril.
FOSFORUS
Basuh dengan air.
Basuh dengan larutan kuprum sulfat 1%.
Balut dengan pembalut yang lembap.
30 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
v. Merawat kecederaan ringan
LUKA
RINGAN DAN SEDIKIT BERDARAH
Buang kekotoran / kaca.
Basuh dengan air.
Balut dengan pembalut yang bersih dan steril.
Dapatkan rawatan doktor. Suntikan antiteta diberiakn jika perlu.
JIKA BANYAK DARAH
Hentikan pendarahan dengan
menekan tempat yang luka.
Jika luka pada tangan atau kaki, tekan pada titik tekanan.
PATAH
Jangan gerakkan pesakit kecuali jika terdapat wasap atau kebakaran.
Berikan rawatan untuk luka dan kejutan.
Dapatkan rawatan profesional.
KEJUTAN
GEJALA : Pucat, kulit dingin dan lembap, berpeluh pada kulit dan tapak
tangan, muntah, menggigil, susah bernafas.
RAWATAN :
Baringkan pesakit dengan kepalanya lebih rendah daripada badan.
31 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Jangan gerakkan pesakit.
Pastikan badannya panas, iaitu dengan menyelimutkannya.
Pastikan saluran pernafasan terbuka.
Jika sedar, berikan kopi atau teh untuk memulihkan peredaran darah.
KEJUTAN ELEKTRIK
Tutup punca arus dan berikan rawatan untuk kejutan.
Untuk menarik mangsa dari punca arus elektrik:
Berdiri atas bahan penebat, misalnya kasut getah.
Gunakan sarung tangan getah/kayu
Lakukan pernafasan buatan dengan segera, jika perlu.
Panaskan badan mangsa dengan selimut.
Panggil doktor.
KERACUNAN
DALAM
MULUT
Keluarkan dengan segera dan
basuhkan dengan air yang banyak.
Dapatkan rawatan doktor.
TERLELAN
Jika sedar, berikan 2 – 4 gelas air/susu
dengan segera.
Panaskan badan mangsa.
Panggil doktor dengan segera.
Bawa mangsa ke tempat yang lapang.
Berikan oksigen (jika ada alat).
Panaskan badan mangsa.
Dapatkan bantuan doktor.
32 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
TERHIDU Jika boleh, kenal pasti jenis bahan
toksik.
Jika pernafasan berhenti, berikan
pernafasan buatan.
3.1 Bahan-bahan Yang Berbahaya
Setiap bekas atau botol bahan kimia yang berbahaya mestilah ditandakan dengan
simbol yang khusus, misalnya bahan mengkakis, bahan beracun dan bahan mudah
terbakar.
Guru mestilah mengetahui sama ada sesuatu bahan itu berbahaya dan kesannya
ke atas kesihatan supaya langkah berjaga-jaga dapat diambil dan penggunaan
bahan berkenaan dapat dielak atau dikurangkan.
Terdapat pelbagai sifat dan kesan bahan kimia. Ada yang sangat beracun, sangat
mengkakis, meruap, boleh meletup, membebaskan gas beracun, dan sebagainya.
Kesannya pula, ada yang menyebabkan kematian, karsinogenik, merosakkan
organ-organ di dalam badan, dan sebagainya.
Contoh-contoh berikut menunjukkan betapa bahayanya bahan-bahan kimia tertentu
terhadap kesihatan:
Arsenik : Beracun; boleh meyebab maut.
Asbestos : Debunya menyebabkan barah paru-paru.
Asid hidroklorik pekat : Meruap; beracun.
Asid sulfurik pekat : Amat mengkakis.
Benzena : Sangat beracun; boleh meresap melalui kulit;
merosakkan hati, ginjal dan sum-sum tulang; menyebabkan barah.
Kalium : Meletup bila dicampurkan dengan air.
Kalsium klorida : Debunya merosakkan mata.
Natrium sianida : Beracun; boleh menyebabkan maut dengan
segera.
33 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
Piridina : Amat beracun; meruap; menyebabkan kemandulan pada
lelaki.
Merkuri : Wapnya sangat beracun; merosakkan hati dan ginjal;
meresap melalui kulit.
Trikloroetana : Merosakkan mata dan hati.
3.1.1 Tindak Balas Kimia Yang Berbahaya
Tindak balas kimia juga merupakan salah satu punca kemalangan di dalam makmal.
Contoh: 1. Gas hidrogen - boleh menyebabkan letupan jika sesuatu tindak balas
membebaskan terlalu banyak hidrogen.
2. Mencampurkan alkali kuat dengan asid kuat akan menghasilkan tindak balas
yang hebat dan sangat berbahaya.
3. Letupan juga boleh disebabkan oleh tindak balas antara agen pengoksida yang
kuat seperti kalium klorat dengan agen penurun yang kuat seperti serbuk
logam sulfur.
4. Pencairan asid pekat juga boleh menyebabkan letupan yang berbahaya. Cara
mencairkan asid pekat ialah:
CAMPURKAN ASID PEKAT KE DALAM AIR PERLAHAN-LAHAN SAMBIL
MENGACAUNYA. JANGAN SEKALI-KALI MENCAMPURKAN AIR KEPADA
ASID KUAT.
Beberapa contoh tindak balas yang berbahaya ialah:
Bahan Bahaya jika dicampurkan dengan Kesan
1. Air Kalium, natrium, asid pekat, kalsium
karbida Meletup
2. Asid nitrik Etanol, metanol, selulosa Meletup
pekat
3. Klorin Hidrogen, ammonia, benzena Meletup
4. Asid sulfurik Asid oksalik, asid formik, Membebaskan
34 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
pekat format, oksalat gas karbon
monoksida
yang
beracun
4.1 Pelupusan Bahan Sisa
Elakkan membuang bahan sisa ke dalam sistem saliran atau longkang. Bahan-
bahan toksik boleh menyebabkan pelbagai masalah, terutamanya pencemaran
alam sekitar. Sebelum menuang sesuatu larutan ke dalam sistem saliran,
pertimbangkan dahulu perkara-perkara berikut:
Adakah larutan itu mengancam kehidupan haiwan dan tumbuhan?
Bolehkah dicairkan dengan sempurna?
Adakah bahan itu telah dirawat supaya boleh dicairkan?
Adakah bahan itu boleh larut dalam air?
4.1.1 Cara-cara pelupusan yang sesuai:
(a) Pencairan – merupakan cara paling baik bagi pelupusan cecair dan gas.
Bahan yang larut dalam air boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran dengan
air yang banyak.
Bahan-bahan organik yang tidak larut dalam air hendaklah dikumpulkan di dalam
botol dan dilabellkan. Jangan buang bahan-bahan itu ke dalam sistem saliran.
(b) Rawatan secara kimia – Kebanyakan bahan sisa makmal boleh dijadikan tidak
berbahaya melalui rawatan secara kimia. Ada yang boleh dimusnahkan melalui
tindak balas tertentu dan ada pula yang boleh dineutralkan dan dicairkan
sebelum dibuang.
Garam-garam logam, terutamanya merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan
terlebih dahulu. Merkuri ialah logam yang paling berbahaya di dalam makmal. Langkah
keselamatan mestilah diutamakan semasa mengguna dan membuang bahan ini.
(c) Pembuangan bersama-sama sampah – Bahan-bahan pepejal yang tidak berbahaya
boleh dibuang secara ini. Bahan-bahan kaca dan logam hendaklah diasingkan.
Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna semula.
35 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
(d) Penanaman – Najis, bangkai haiwan serta sisa tumbuhan boleh ditanam di tempat
yang sesuai. Pastikan lubangnya agak dalam. Bahan-bahan kimia tidak sesuai
dilupuskan melalui cara ini kerana boleh mencemarkan sumber air bawah tanah
yang berdekatan
36 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
BUKU REKOD KESELAMATAN MAKMAL SAINS
BIL TARIKH MASA NAMA PELAJAR JENIS KEMALANGA
N
TINDAKAN/CATATAN
37 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
BUKU REKOD KESELAMATAN MAKMAL SAINS
BIL TARIKH MASA NAMA PELAJAR JENIS KEMALANGAN
TINDAKAN/CATATAN
38 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
KEKUATAN DAN KELEMAHAN TUGASAN
Dalam tugasan kali ini, banyak perkara berguna dibincangkan terutamanya kepada guru- guru
sains. Isu-isu yang diperkatakan amat penting bagi kegunaan guru sains pada masa akan
datang. Isi-isi penting menjurus terus kepada perkara-perkara penting yang seharusnya semua
guru sains mengetahuinya. Pengurusan makmal perlu diketahui oleh semua guru sains bukan
sekadar menyerahkan semua urusan kepada pembantu makmal. Pembantu makmal boleh
membantu guru untuk menguruskan pembelian tetapi bukan bermakna guru boleh
mengabaikan terus perkara ini.
Bagi guru di sekolah menengah, biasanya urusan pembelian barang-barang, radas, dan bahan
kimia diuruskan oleh pembantu makmal tetapi di sekolah rendah ia perlu dilakukan oleh guru
sendiri. Jadi, adalah sangat baik tugasan kali ini yang membincangkan perkara ini.
Kekuatan pada tugasan ini, sebenarnya adalah isu yang dibangkitkan sangat spesifik. Ia
menerangkan kepada guru sains bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan yang
diperuntukan kepada panitia sains. Bermula dari perbelanjawan, membuat pesanan dan
akhirnya proses penerimaan barang-barang, diperjelaskan secara kemas dan terperinci.
Ia amat mudah untuk difahami kerana disertakan dengan proses kerja dan carta aliran yang
lengkap. Setiap proses kerja disertakan sekali bersama pegawai-pegawai yang perlu dirujuk
semasa setiap urusan itu dilakukan.
Bagi guru-guru sains yang baru, terutamanya guru-guru sekolah rendah yang tidak mempunyai
pembantu makmal, panduan seperti ini amat berguna dipelajari. Disekoalh rendah biasanya
guru sains menguruskan sendiri tentang proses pembelian bahan di makmal. Dengan adanya
pengetahuan tentang perkara ini, sudah pasti amat membantu mereka menguruskan makmal
dengan baik.
KELEMAHAN
Sementara kelemahan tugasan ini ialah masa yang agak terhad. Masa yang panjang
memungkin ianya dihasilkan sebaik mungkin. Banyak isu berkaitan boleh dikupas seandainya
39 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS
banyak masa diperuntukan bagi mendapatkan bahan yang paling sesuai. Memandangkan
kekangan masa, ianya hanya mampu diselesaikan seadanya.
REFLEKSI
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh!!!
Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan ruang dan kesempatan kepada saya menyiapkan
tugasan ini dari mula hinggalah ke akhirnya. Walau agak sibuk dengan kerja-kerja disekolah
tugasan ini saya siapkan juga.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami, Puan Balkisnah kerana memberi
tunjuk ajar bagaimana untuk memenuhi kriteria dan kehendak soalan yang diberikan.
Penjelasan yang diberikan mudah untuk difahami.
Tugasan kali ini, sebenarnya amat mudah untuk dikupas memandangkan segala isu adalah
berkaitan dengan perkara yang biasa dilakukan di sekolah. Saya rasa amat bersyukur kepada
Allah swt kerana diletakkan untuk menguruskan pembelajaran anak-anak di sekolah menengah.
Dengan pemahaman yang agak baik, maka saya sedikit sebanyak boleh menghuraikan segala
isu dengan mudah. Semuanya adalah atas pengalaman sendiri sejak bergelar seorang guru.
Kadang-kadang saya rasa amat terbeban dengan segala kerja-kerja di sekolah yang
sememamngnya amat banyak. Yang saya nampak Cuma tekanan, tekanan dan tekanan.
Kini saya sedar, ada kebaikannya mengajar di sekolah menengah.
Bahan-bahan untuk tugasan dengan mudah saya ambil terus dari makmal sekolah, termasuk
semua invois yang saya kepilkan sebagai lampiran.
Tugasan saya juga, banyak dibantu oleh pembantu makmal serta rakan-rakan. Saya juga turut
merujuk Ketua Tadbir Sekolah untuk mendapatkan contoh-contoh dokumen yang berkaitan dan
beliau dengan rasa berbesar hati untuk membantu.
Syukurlah kerana saya ditempatkan di sebuah sekolah di mana pihak Pentadbir adalah di
kalangan orang-orang yang amat menyokong program pensiswazahan ini. Segala bantuan dan
sokongan diberikan sepenuhnya tanpa kompromi.
Saya cuba untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik yang mungkin. Walau telah berusaha
segigihnya namun kerana terlalu banyak tugas yang perlu diselesaikan maka, tugasan ini tidak
disiapkan dengan sebaik mungkin. Pengurusan masa tidak dapat dilakukan dengan baik.
40 | SCE3112
2014PENGURUSAN MAKMAL SAINS