tugasan 1.doc

11
Tugasan 1 Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai langkah dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan visi negara. Pelaksanaan tersebut telah mula sebelum negara menggapai merdeka lagi. Langkah dan usaha kerajaan tersebut meliputi pelbagai perkara dan segenap sudut seperti aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan banyak lagi. Langkah dan usaha kearah kemajuan dan pembangunan Negara yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila terhasilnya Laporan Rahman Talib, Ordinan Pelajaran, Laporan Razak dan lain – lain lagi yang bertujuan ke arah pembangunan dalam bidang pendidikan. Dewasa ini, bidang pendidikan telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu profesion. Daripada teks Ucapan Hari Guru Tahun lalu, menyatakan sistem pendidikan Negara yang bagus adalah faktor utama kepada penghasilan modal insan yang berkualiti seperti yang dihasratkan negara. pelbagai usaha dan langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan mutu sistem pendidikan negara bertambah baik dari semasa ke semasa. Antara usaha tersebut ialah dengan memartabatkan profesion keguruan. Sebelum melihat dan menganalisis dengan lebih mendalam berkaitan pemartabatan profesion keguruan, akan dibincangkan terlebih dahulu tentang kerjaya guru yang diiktiraf sebagai suatu profesion. Pada era 2000, kerjaya guru kurang mendapat perhatian masyarakat berikutan ledakan kemajuan negara ketika itu menjadikan penjanaan peluang pekerjaan yang berasaskan kemajuan infrastruktur, teknologi maklumat, perindustrian dan perkilangan. Namun kini, telah berubah apabila kerjaya guru menjadi rebutan khususnya pelajar-pelajar lepasan SPM. Pada setiap tahun permintaan terhadap bidang ini semakin meningkat. Sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad (Syed Ismail dan Ahmad, 2012). Hal ini ekoran kesukaran para lulusan universiti mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Bagi memastikan profesionalisme pendidikan guru berada di landasan yang betul dan

Transcript of tugasan 1.doc

Page 1: tugasan 1.doc

Tugasan 1

Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai langkah dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan visi negara. Pelaksanaan tersebut telah mula sebelum negara menggapai merdeka lagi. Langkah dan usaha kerajaan tersebut meliputi pelbagai perkara dan segenap sudut seperti aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan banyak lagi. Langkah dan usaha kearah kemajuan dan pembangunan Negara yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila terhasilnya Laporan Rahman Talib, Ordinan Pelajaran, Laporan Razak dan lain – lain lagi yang bertujuan ke arah pembangunan dalam bidang pendidikan. Dewasa ini, bidang pendidikan telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu profesion.

Daripada teks Ucapan Hari Guru Tahun lalu, menyatakan sistem pendidikan Negara yang bagus adalah faktor utama kepada penghasilan modal insan yang berkualiti seperti yang dihasratkan negara. pelbagai usaha dan langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan mutu sistem pendidikan negara bertambah baik dari semasa ke semasa. Antara usaha tersebut ialah dengan memartabatkan profesion keguruan.  

Sebelum melihat dan menganalisis dengan lebih mendalam berkaitan pemartabatan profesion keguruan, akan dibincangkan terlebih dahulu tentang kerjaya guru yang diiktiraf sebagai suatu profesion. Pada era 2000, kerjaya guru kurang mendapat perhatian masyarakat berikutan ledakan kemajuan negara ketika itu menjadikan penjanaan peluang pekerjaan yang berasaskan kemajuan infrastruktur, teknologi maklumat, perindustrian dan perkilangan. Namun kini, telah berubah apabila kerjaya guru menjadi rebutan khususnya pelajar-pelajar lepasan SPM. Pada setiap tahun permintaan terhadap bidang ini semakin meningkat. Sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad (Syed Ismail dan Ahmad, 2012). Hal ini ekoran kesukaran para lulusan universiti mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Bagi memastikan profesionalisme pendidikan guru berada di landasan yang betul dan dijamin kualitinya, pihak kementerian telah menyediakan pelbagai kemudahan dan mewajibkan bakal guru serta guru terlatih menjalani pelbagai kemahiran baharu sesuai dengan arus globalisasi.

Latihan yang khusus adalah penting kepada seorang bakal guru untuk membolehkannya melangkah ke alam profesion guru. Syed Ismail dan Ahmad (2012) menyatakan, menurut Kamus Dewan, ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan

Page 2: tugasan 1.doc

latihan khas. Mengikut Lieberman (1956), pula, sesuatu kerjaya yang digolongkan sebagai profesion haruslah mengandungi beberapa ciri khusus. Pertama, mereka golongan profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu. Seterusnya, pekerjaan itu, merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Selain itu, pekerjaan yang menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. Kemudian mereka golongan pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya. Mereka juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi perkhidmatan. Pekerja dalam kerjaya itu terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahli. Seterusnya, setiap ahli mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu. Terakhir, setiap ahli akan bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya.

Berdasarkan ciri - ciri tersebut, Mok Soon Sang (1996)  merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Oleh hal yang demikian, adalah pasti bahawa kerjaya guru merupakan suatu profesion berdasarkan ciri-ciri dalam kerjaya guru yang menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh Liberman.

            Dalam dunia pendidikan, terdapat beberapa istilah yang nampak hampir sama pada zahirnya, tetapi berlainan pada maknanya. Istilah-istilah ini adalah penting untuk diketahui dan difahami. Pertama konsep perguruan dan kosep keguruan. menurut Kamus Dewan (1989), konsep perguruan diertikan sebagai pengajaran, misalnya kepada guru pelatih, pelajar dan sebagainya. Konsep keguruan adalah perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas, kelayakan dan sebagainya. Kemudian, konsep profesion keguruan dan konsep profesion perguruan. Menurut Kamus Dewan (1989) juga, konsep profesion keguruan adalah pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Manakala, konsep profesion perguruan adalah pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tnggi dan latihan khas.

Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) dalam konteks keguruan, guru yang profesional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran professional guru iaitu mempunyai

Page 3: tugasan 1.doc

ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya. Ciri seterusnya, bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Ciri ketiga, ialah terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid. 

            Meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan adalah suatu pandangan positif yang telah dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini dibuktikan berdasarkan perancangan dan langkah yang telah dan akan direncana kerajaan kearah memartabatkan profesion keguruan. KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul. KPM berusaha memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon guru dengan cara memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon melalui Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris, telah banyak dijalankan oleh fakulti pendidikan di universiti. Pemilihan melalui penampilan calon guru seperti pertuturan, dan cara pembawaan, pandangannya terhadap sesuatu isu, kebolehannya untuk mengawal perasaan dan keadaan fizikal seseorang merupakan kriteria yang boleh diuji semasa sesi temuduga dijalankan. Tanpa temuduga seperti ini, kita dapat mengesan individu yangmempunyai kelemahan atau kecacatan tertentu seperti tidak pandai bertutur dengan baik, perwatakan yang tidak sesuai dan sikap terlalu gugup tidak dapat dikesan. Tindakan tersebut juga terpaksa diambil untuk memastikan seseorang guru tidak memilih opsyen perguruan sebagai pilihan terakhir mereka.

Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesion keguruan, kerajaan telah memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih berkesan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsungdengan lancar,

Page 4: tugasan 1.doc

teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan,kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sebuah buku Sudut Pandang Muhyiddin, beliau menyatakan satu daripada contoh langkah memartabatkan profesion keguruan ialah program pensiswazahan guru yang mensasarkan supaya menjelang 2015, kita akan mempunyai 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus di sekolah menengah. Menurut Noriati et al. (2010) KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mengadakan pelbagai program pensiswazahan. Antara program pensiswazahan guru yang dikendalikan oleh KPM adalah Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Program ini memsiswazahkan guru-guru sekolah menengah dan merupakan program khas KPM yang telah dimulakan pada tahun 1999. Program ini melibatkan kerjasama antara IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) dengan IPG (Institut Pendidikan Guru). Namun begitu, PKPG telah ditamatkan ambilannya pada tahun 2006 setelah Keputusan Jemaah menteri yang berkaitan Memorandum Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia memutuskan ambilan terakhir pelatih seramai 1500 orang dalam PKPG penempatan di sekolah menengah adalah pada tahun 2006. Kedua, Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Program ini khsusus ditawarkan kepada guru-guru sekolah rendah untuk memberikan peluang kepada mereka menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP). Program ini bermula dengan ambilan November 2008. Program yang menggunakan mod Kursus Dalam Cuti (KDC) adalah tempoh pengajiannya selama 4 tahun. Hal ini bermakna, guru-guru yang mengikuti program PGSR akan mengikuti pengajian hanya pada waktu cuti sekolah dan pada hari-hari lain mereka meneruskan kerjaya mengajar seperti biasa. Seterusnya Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) yang dilaksanakan oleh Institut Aminuddin Baki dalam memastikan bahawa Guru Besar di sekolah memiliki ijazah. Program yang dijalankan secara kolaborasi dengan Inuversiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim ini merupakan program pengajian selama 3 tahun.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, langkah lain dalam memartabatkan profesion keguruan adalah pada aspek kenaikan pangkat, pelbagai faedah disediakan untuk perkhidmatan perguruan dan kebanyakannya tidak dinikmati sektor perkhidmatan yang lain. Satu contoh ialah Kerajaan meluluskan Bayaran Berprestasi Tinggi bagi menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi. Begitu juga keputusan kerajaan mewujudkan jawatan Guru Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal memegang gred tertingi dalam perkhidmatan awam.

Page 5: tugasan 1.doc

Semua ini sepatutnya boleh dilihat sebagai isyarat jelas betapa kerajaan amat serius dalam usaha memartabatkan profesion keguruan.

            Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan sistem pendidikan negara, diwujudkan pula Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sistem ini adalah salah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu pembangunan dalam sistem pendidikan negara yang telah berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2003. SKPM telah pun diperakui dan diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan (sekolah), (Noriati et al, 2010). Antara tujuan SKPM adalah satu inisiatif yang memberikan fokus kepada pemantapan profesionalisme tenaga pendidik di sekolah yang dapat meningkatkan standard kualiti pendidikan di sekolah dapat dilaksanakan. Seterusnya ia sebagai satu nilai tara atau sukatan tahap kecemerlangan pada sekolah dapat dilakukan. Sistem ini juga bertujuan supaya peningkatan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sekolah yang bermatlamat akhirnya ialah peningkatan tahap pencapaian murid.

            Peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan modal indan cemerlang yang dapat membawa kepada perubahan negara. Sehubungan dengan itu, yang diberi keutamaan adalah pembentukan modal insan dengan hasrat guru dapat menjalankan tanggungjawab dan peranan dengan baik. Hal ini berkait rapat dan bergantung kuat kepada sistem latihan perguruan kepada guru-guru. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat perubahan dalam sistem latihan perguruan apabila menaik taraf maktab perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG). Maktab perguruan yang selama ini melatih guru di peringkat Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan telah berubah apabila guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebagai bekalan tenaga pendidik di sekolah rendah. Program pensiswazahan ini telah bermula pada tahun 2006. Menurut Noriah et al. (2010) aspirasi KPM adalah untuk melahirkan guru siswazah di sekolah rendah akan tercapai apabila IPG mendapat kelulusan melaksanakan pogram ijazah.

            Peningkatan profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan tujuan yang jelas akan menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif dalam segenap aspek dan perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan. Hal ini sememangnya sanagat perlu, berikutan peranan pelbagai yang dimainkan oleh seseorang guru yang cemerlang. Guru yang mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara. golongan ini akan memainkan peranan dengan cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan yang cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan negara yang akan memacu kemajuan dan memelihara

Page 6: tugasan 1.doc

keharmonian dan keamanan negara. Modal insan ini juga adalah generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini.  

            Guru yang berada di tahap profesion keguruan yang baik akan dapat membuatkan kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut mempunyai telah dilengkapi dan disediakan dengan ciri-ciri professional seorang guru.  Guru yang profesional mempunyai akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut mempunyai integriti dan etika guru yang baik. Akan lahir minat untuk belajar dalam diri murid atau pelajar yang dididik oleh seorang guru yang profesional. Hal ini kerana guru tersebut akan merancang dan memastikan beliau dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut Syed ismail dan Ahmad (2012) guru berakauntabiliti mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa depan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keihklasan dan sifat penyayang akan memberi impak yang baik.

            Implikasi peningkatan profesion keguruan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Peranan guru bukanlah terbatas kepada komuniti dan masyarakat dalam sekolah sahaja, tetapi guru yang juga sebagai agen perubahan berperanan membawa perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan mengajarkannya kepada masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap masyarakat akan mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diadaptasi dan diamalkan oleh masyarakat dalam kehidupan harian mereka. 

Etika Profesion Keguruan yang dimaksudkan seperti satu sistem dasar akhlak,

adat tingkak laku atau kesusilaan (Dewan Bahasan & Pusaka, 1995), Prinsip moral

(Kamaus Oxford, 1994) , dan dari persepktif islam , etika merujuk kepada tingkah laku

betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Semua garis panduan yang

bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dab displin dalam perkhidmatan

dengan member penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan

dan peradapan, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.Kod Etika

merupakan suatu sistem yang   menjelaskan tindakan-tindakan berkaitan dengan betul

yang perlu dasar akhlak dan diikuti dan tindakan- tingkah laku bagi tindakan salah yang

sesuatu kumpulan perlu dihindari oleh manusia atau individu-individu organisasi dalam

sesuatu profesion. Meliputi aspek- aspek moral yang baik dan yang buruk. Bertujuan

untuk mengekalkan integriti moral dan memberi garis sesuatu panduan kepada

profesion ahli-ahli berkenaan.

Page 7: tugasan 1.doc

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai

bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut

Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan

jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang

berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah

mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima

keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah

termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah

mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal

lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-

pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial

dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di

bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya

guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan

mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik

dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas

harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana

seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian

perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang

serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat

menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh

guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang

boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak

menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan

perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru

akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap

proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan

pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media

massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap

Page 8: tugasan 1.doc

profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah

di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.Sekolah

ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap

tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam

sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan

sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-

tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha

PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak

pentadbiran sekolah.

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita

dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat

berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai

rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan

masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di

kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku

baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa

berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan

tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat

atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah

sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing

mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih

tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah

menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi

tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di

antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan

yang diterima oleh masyarakat .

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang

Page 9: tugasan 1.doc

pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.