tugasan 2

37
RIS KOD & NAMUS KBC6024 MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PROGRAM UNTUK INDIVIDU PINTAR TAJUK TUGASAN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON KALAI A/P THANGAVELU M20132001767 01126543189 1 | Page Tugasan 2: RANCANGAN PROGRAM INTERVENSI PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 TUGASAN 3

description

pintar cerdas

Transcript of tugasan 2

RIS

KOD & NAMUS

KBC6024MERANCANG DAN MELAKSANAKAN PROGRAM UNTUK INDIVIDU PINTAR

TAJUK TUGASAN Tugasan 2: RANCANGAN PROGRAM INTERVENSI

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

KALAI A/P THANGAVELUM2013200176701126543189

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF.MADYA. DR.MD NASIR A/L MASRAN

TARIKH SERAH: 06 MEI 2015

ISI KANDUNGAN

BilIsi KandunganM/s

1.0PENGENALAN3

2.0TEORI KECERDASAN HOWARD GARDNER4

3.03.1KAEDAH MENGENAL PASTI KANAK-KANAK PINTAR CERDASKriteria Pemilihan Responden(A) Kaedah Temubual(B) Kaedah Pemerhatian(C) Ujian Pengesanan Kecerdasan Online(D) Kaedah Senarai Semak5-16

4.04.14.24.3PROGRAM INTERVENSIProgram Mentor-menteeAktiviti Perkhemahan di SekolahProgram Kaunseling Kelompok17-19

5.0KESAN INTERVENSI TERHADAP RESPONDEN20

6.0KESIMPULAN21

7.0BIBLIOGRAFI22

LAMPIRAN23

1.0PENGENALAN

Pintar cerdas boleh dimaksudkan juga sebagai kanak-kanak yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari pelbagai jenis bidang. Antaranya adalah bidang kreativiti, intelektual, artistic, kebolehan kepimpnan dan mempunyai bakat dalam bidang muzik dan seni yang mengkagumkan. Secara umumnya kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri. Kebolehan dan kelebihan mereka boleh dikenalpasti sejak awal lagi oleh ibu bapa, saudara-mara atau kawan-kawan yang terdekat. Kanak kanak ini mempunyai potensi dan dan bakat yang tinggi dalam pelbagai bidang mengikut kecenderungan masing-masing. Kanak-kanak pintar cerdas juga mempunyai keupayaan yang jauh beza dan ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya dengn mereka dan dipercayai kanka-kanak pintar cerdas ini dapat mengatasi kepintaran atau kebolehan yang dimiliki oleh orang yang lebih dewasa daripadanya. Kanak-kanak yang pintar cerdas ini juga sering dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada taap IQ 130 dan ke atas.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat, pintar cerdas bermaksud cekap, pandai,banyak bercakap, cerdik licin dan mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Manakala, pandai pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Selain itu, Persekutuan memberi maksud kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat adalah mereka yang dikenalpasti sercara semulajadi kemampuan luar biasa danberkebolehan yang tinggi dalam melakukan sesuatu. Kanak-kanak ini memerlukan program pendidikan yang berbeza. Individu yang dikatakan pintar cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasisegala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Stanford Binet (1916), merupakan orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The Stanford -Binet Test telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan serta penaakulan yang baik.

2.0TEORI KECERDASAN PELBAGAI: HOWARD GARDNER

Teori pelbagai kecerdasan telahdiperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat dipertingkatkan sepanjang jangka hayat. Menurut Gardner, setiap manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah sesuatu yang diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan mempunyai IQ rendah tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati bahawa ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatnnya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.

Teori kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner sangat releven dengan pengesanan terhadap pelajar pintar cerdas yang mempunyai pelbagai kebolehan mengikut domain-domain tertentu. Menurut Gardner dalam teorinya, perkembangan tidak sekata dari segi intelek adalah salah satu ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas menunjukkan kebolehan yang berbeza-beza dalam perkembangan mengikut domain. Walaupun mereka menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam satu domain dari kelapan-lapan domain yang dikemukakan, maka di situ sudah jelas menunjukkan sudah ada potensi pintar cerdas dalam diri kanak-kanak tersebut.

Menurut Howard Gardner berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai, terdapat lapan jenis kecerdasan iaitu; kecerdasan logic-matematik, kecerdasan bahasa / linguistic, kecerdasan muzik, kecerdasan visual/spatial/ruang, kecerdasan kinestetik / sukan, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan akhir sekali kecerdasan naturalis.

3.0KAEDAH MENGENAL PASTI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Proses mengenalpasti individu pelajar pintar cerdas dan kecenderungan spesifik mereka sebenarnya sesuatu perkara yang sukar dan mencabar. Di sebabkan ada sesetengah bentuk prosedur ataupun pendekatan yang digunakan tidak mebuat pengujian secara holistik ke atas kriteria-kriteria yang sepatutnya, maka telah berlaku situasi terlepas pandang ke atas segelintir pelajar yang sepatutnya tergolong dalam kumpulan pelajar pintar cerdas. Bagi mengenalpasti kecenderungan pelajar di dalam sesuatu bidang secara spesifik Feldhusen ( 1999 ), mencadangkan kebolehan dan kepintaran individu pelajar adalah menerusi akademik, seni, vokasional dan aktiviti sosial. Antara beberapa set diagnostik pengenalpastian dan pentasiran yang boleh digunakan adalah : Scale For Rating The Behavioral Characteristics Of Superior Students oleh Renzulli Terdapat 10 kemahiran yang dinilai di dalam set ini. Penilaiannya merangkumi kecenderungan di dalam seni, muzik, drama, pembelajaran, kepimpinan, motivasi, ketepatan di dalam komunikasi, kreativiti, perancangan dan kebolehan ekspresi.

Academic Rating Scale Menilai keseluruhan kepintaran bagi akademik, sebagai contoh kepintaran di dalam matapelajaran matemati, sains, bahasa dan lain-lain matapelajaran

The Vocational Technical Rating Scale oleh Feldhusen Set ini menilai kecenderungan pelajar di bidang agrikultur, perniagaan dan aktiviti interpersonal

d ) Gardner,s Multiple Intelligence Framework e ) Multiple Intelligence Assesment Technique oleh Udall dan Passe

3.1Kriteria Pemilihan Responden

(A) Kaedah Temu Bual

Saya telah melakukan kaedah temubual dengan ibu bapa serta guru responden bagi mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan responden. Temu bual merupakan salah satu akedah yang mudah untuk mendapatkan maklumat tentang responden secara santai. Ibu responden Pn. Kavita telah memberitahu segala aspek yang saya kehendaki tentang responden yang saya kaji. Di samping itu, ibu bapa responden telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang saya menjalankan temu bual ini. Melalui kaedah temubual bersama ibu dan bapa responden saya dapat klasifikasikan kelebihan dan minat responden.

Saya juga telah menemubual guru serta jurulatih responden. Melalui temu bual bersama guru dan jurulatih responden saya dapat mengukuhkan lagi pendapat saya tentang minat dan kecenderungan responden terhadap kelebihan yang dimilikinya. Selain itu, melalui temu bual yang saya laksanakan saya dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang tingkah laku positif dan tingkah laku negative yang terdapat pada diri pelajar. Hal ini dapat membantu saya untuk merancang program intevensi untuk responden.

Melalui temubual ini saya mendapati responden lebih cenderung dan minat pada permainan bola sepak serta selalu menunjukkan minat yang tidak terhingga pada permainan yang melibatkan aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana responden memang cemerlang dan bagus dalam bidang tersebut. Dalam masa yang sama, responden turut mendapat pencapaian yang amat baik dalam setiap pertandingan bola sepak yang disertainya. Hal ini amat membanggakan pihak sekolah serta ibu bapa responden.

Berikut merupakan temubual bersama ibu bapa responden:-

Soalan:Bilakah anda mendapati Viswa (responden) mempunyai kelebihan?

Jawapan:Kami tidak pernah perasaan kelebihan yang ada pada dirinya sehingga Viswa melibatkan diri secara aktif dalam aktivti sukan yang melibatkan bola sepak.

UlasanKanak-kanak pintar cerdas akan menunjukkan pencapaian yang luar biasa pada domain yang dikuasai olehnya. Pencapaian responden dalam bidang yang diceburi menarik perhatian kedua ibu bapanya dan menyedarkan mereka bahawa minat yang ada pada permainan bola sepak bukan minat semata-mata.

Soalan:Adakah Viswa aktif sejak kecil lagi?

Jawapan:Ya, Viswa memang sangat aktif berbanding dengan abang dan kakak-kakaknya. Semasa dia masih bayi dia tidak merangkak tetapi terus berjalan. Viswa juga didapati mula bercakap serta berkomunikasi pada usia yang muda.

Ulasan:Kanak-kanak pintar cerdas dapat menunjukkan perbezaan yang ketara diantara adik beradiknya pada usia yang muda. Responden didapati berjalan terlebih dahulu sebelum merangkak. Kebolehan berkomunikasi pada usia yang muda berbanding adik-beradiknya juga merupakan salah satu ciri kanak-kanak pintar cerdas.

Soalan:Bagaimanakah tingkah laku Viswa di rumah?

Jawapan:Viswa merupakan seorang anak yang baik dan menurut kata. Viswa pandai menjaga adik kecilnya bila tiada orang dalam rumah. Dia berfikiran matang berbanding usianya dan mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

Ulasan:Kanak-kanak pintar cerdas dapat berfikir secara matang pada usia yang muda. Responden didapati mempunyai pemikiran yang matang dan dapat menerima arahan dari orang yang lebih dewasa dengan sikap yang terbuka.

Soalan:Apakah tingkah laku Viswa yang kurang digemari oleh anda?

Jawapan:Viswa merupakan seorang yang suka menyampuk perbualan orang dewasa. Dia sangat kurang bergaul dengan rakan-rakan atau adik beradik yang hampir sama usia dengannya. Selain itu, Viswa juga di lihat sebagai seorang yang obsess dengan permainan bola sepak. Jika juru latihnya mengajar sesuatu kemahiran pergerakan yang baru, dia akan berlatih bersungguh-sungguh sehingga dia mendapat menguasai kemahiran baru yang dipelajari sampaikan lupa untuk makan dan minum .

Ulasan:Kanak-kanak pintar cerdas kurang bersosialisasi dengan rakan-rakan sebayanya dan selalu mengambil bahagian dalam perbualan orang yang lebih dewasa. Hal ini demikian pemikiran matang dalam diri kanak-kanak pintar cerdas menyebabkan mereka merasakan perbualan rakan-rakan sebaya adalah remeh dan tidak bermakna. Viswa didapati menyertai perbualan ibu bapanya berbanding komunikasi antara rakan sebayanya. Selain itu, kanak-kanak pintar cerdas juga merupakan individu yang mementingkan kesempurnaan. Hal ini dapat dilihat pada responden yang dikatakan sangat obsess pada kemahiran baru yang dipelajari sehingga lupa untuk makan dan minum supaya dapat menguasai kemahiran baru yang dipelajari dengan baik.

Soalan:Adakah Viswa mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi?

Jawapan:Ya, Viswa mempunyai sifat ingin tahu tetapi ianya adalah bergantung pada topic yang dibincangkan. Jika ianya tidak menarik minat, contohnya kalau membincangkan tentang ekonomi Negara, dia tidak akan ambil kisah. Tetapi kalau ianya ada kaitan tentang dirinya, contohnya, sekolah atau perlawanan bola sepak yang terkini, dia akan berusaha untuk mengetahui semua perkara yang berkaitan dengannya.

UlasanKanak-kanak pintar cerdas mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Ini menyebabkan mereka sentiasa berfikir berkaitan pelbagai perkara dan sentiasa berusaha mencari sebab-musabab kejadian sesuatu perkara.

Berikut merupakan temubual bersama guru dan jurulatih responden:

Soalan:Bagaimanakah tingkah laku responden dalam kelas?

Jawapan:Merupakan murid yang baik mendengar kata. Tetapi mudah bosan dengan arahan yang mudah dan berulang. Menghabiskan kerja dengan awal dan mengacau rakannya yang belum menghabiskan tugasan yang diberi.

Ulasan:Kanak-kanak pintar cerdas mudah jemu dengan arahan yang mudah dan berulang. Mereka menganggap arahan yang diberi adalah amat remeh kerana kanak-kanak pintar cerdas mengemari arahan yang kompleks dan mencabar minda. Arahan yang mudah menyebabkan mereka menghabiskan kerja dengan awal dan mengacau rakannya. Responden juga didapati seorang yang sering jemu dengan arahan yang mudah.

Soalan:Bagaimanakan pencapaian akademik responden?

Jawapan:Responden didapati mengekalkan peratus markah yang konsisten sejak dari Darjah 4. Responden memerlukan masa untuk memahami soalan / kerja baru yang diberikan oleh guru, tetapi apabila responden menguasainya, didapati dia menghabiskan kerja yang diberikan dengan awal, Responden menghadapi masalah dalam mengingat teori dalam Sains dan matapelajaran Penulisan. Responden sering mendapat markah yang sederhana dalam kedua-dua matapelajaran tersebut. Responden kini berada dalam golongan pelajar yang berpencapaian sederhana atas.

UlasanKanak-kanak pintar cerdas mampu memahami isi pelajaran dalam masa yang singkat. responden didapati menyelesaikan latihan yang diberikan oleh guru. Walaupun pada beberapa minit yang pertama responden menggunakan masa untuk memahami soalan yang diberikan oleh guru, tetapi apabila memahami soalan tersebut, responden dapat menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dengan cepat. Hal ini mungkin kerana ayah responden prihatin dengan pencapaian akademik.

Soalan:Adakah murid menunjukkan sifat kepimpinan semasa berada didalam sekolah?

Jawapan:Responden memang dikenali sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab. Sebab itu responden di pilih sebagai Ketua pengawas perpustakaan. Responden dapat mengawal keadaan didalam perpustakaan dengan seorang diri tanpa kehadiran guru. Selain itu, semasa latihan bola sepak dijalankan, didapati responden dapat mengetuai kumpulan bola sepak untuk bermain dengan displin.

Ulasan:Kanak-kanak pintar cerdas biasanya mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam diri mereka. Kanak-kanak pintar cerdas juga dikatakan bersikap lebip superior dan dominan di dalam kumpulan. Hal ini dapat dilihat pada tingkah laku responden yang boleh mengawal kumpulan bola sepak serta keadaan dalam perpustakaan tanpa bimbingan orang yang lebih dewasa.

Soalan:Apakah tingkah laku yang kurang digemari pada diri responden?

Jawapan:Responden selalu menganggap dirinya tidak tergolong dalam golongan kanak-kanak / seusia dengannya. Ini kerana responden selalu merasakan dirinya cukup hebat dan boleh menyertai perlawanan pelajar senior. Selain itu, responden juga didapati kurang bersosialisasi dengan rakan sebaya dan sering masuk campur dalam perbualan orang dewasa.

Ulasan:Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran berfikir yang hebat serta dapat menyaingi pemikiran orang yang lebih tua. Kelebihan ini membolehkan kanak-kanak pintar cerdas menyesuaikan diri dengan mudah bersama golongan orang yang lebih tua. Hal ini juga boleh dikaitan dengan diri responden dimana responden lebih meminati perbualan orang yang lebih tua berbandin dengan perbualan golongan kanak-kanak yang seusia dengannya

Soalan:Bagaimanakan pencapaian ko-kurikulum responden setakat ini.

Jawapan:Responden merupakan murid harapan sekolah ini dari segi kokurikulum. Responden juga merupakan tokoh kourikulum sejak dua tahun berturut-turut. Responden mempunyai kecerdasan fizikal yang luar biasa berbanding dengan rakan-rakan sebayanya. Responden dapat mengimbangi koordinasi setiap tubuh badan dengan cekap. Setiap perkara ini dapat diperhatikan pada murid ini semasa murid bermain bola sepak. Selain itu, pencapaian responden juga menjelaskan bahawa murid ini dapat mengunakan koordinasi dan keseimbangan badan secara lebih mahir berbanding murid-murid yang sebaya dengannya. Responden merupakan murid yang sangat aktif dalam aktiviti kokurikulum didalam dan diluar sekolah.

Ulasan:Kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai kecerdasan kinestatik mempunyai kapasiti untuk mengendali objek dengan mahir. Hal ini kerana kecerdasan yang terdapat dalam dirinya mampu meliputi kemampuan fizikal dirinya seperti koordinasi, kesimbangan, ketrampilan, kekuatan dan kelenturan, kecepatan serta kemampuan untuk menerima rangsangan. Hal ini dapat dilihat pada responden setiap kali responden bermain , bertanding atau berlatih permainan bola sepak.

(B)Kaedah Pemerhatian

Melalui kaedah ini, saya telah membuat pemerhatian secara jarak dekat iaitu responden berhadapan dengan saya sendiri ketika saya menemubual ibu bapanya. Dalam masa yang sama saya mendapati responden petah bercakap ketika saya ajukan soalan kepada ibunya dan responden sendiri. Saya tidak kekok untuk bertanyakan lebih banyak soalan yang peribadi kepada responden. Di samping itu, saya mendapat tindak balas yang positif bagi mendapatkan segala maklumat mengenai responden melalui dirinya. Responden didapati beria-ia meminta saya berjumpa dengan ibunya untuk menemubual. Ibu bapa responden amat baik dan bersikap terbuka terhadap temu bual yang telah saya jalankan. Hal ini dapat diketahui melalui cara layanan mereka terhadap saya serta jawapan yang positif yang saya terima. Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan terhadap responden saya mendapati responden merupakan seorang yang aktif dan pandai menjaga adik. Saya juga mendapati responden seorang yang tidak kalah bercakap tetapi juga menurut kata ibu ayahnya. Responden juga didapati amat meminati bola sepak dan dapat menceritakan tentang perlawanan bola sepak dari awal hingga akhir secara terperinci. Saya juga mendapati responden mengetahui tentang acara-acara serta agenda terkini tentang bola sepak.

Selain itu saya juga telah menjalankan pemerhatian jarak jauh terhadap responden semasa responden berada di dalam sekolah dan menjalani latihan bola sepak. Melalui pemerhatian ini, saya mendapati responden mempunyai ciri-ciri kepimimpinan yang tinggi. Tidak dapat dinafikan yang beliau memang boleh mengetuai pasukan bola sepak sekolahnya. Melalui pemerhatian saya mendapati beliau dapat memberi arahan yang jelas serta terperinci pada rakan-rakan sekumpulannya untuk bermain bola sepak dengan baik. Selain itu saya mendapati responden juga tidak lokek ilmu dan sanggup mengajar rakannya untuk bermain dengan baik. Selain daripada pemerhatian yang saya lakukan di padang sekolah saya juga melakukan pemerhatian dalam kelas dan saya mendapati responden memang seorang yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana. Akan tetapi saya juga mendapati bahawa responden cuba sedaya upaya untuk menghabiskan tugasan yang diberikan oleh guru.( C ) Ujian Pengesanan Kecerdasan Online

Ujian merupakan satu kaedah dalam mendapatkan maklumat untuk membuat perancangan yang lebih berkesan. Ujian juga dilakukakan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar. Ujian pengesanan didefinisikan sebagai satu penilaian secara informal yang dijalankan oleh ibubapa, guru, pengasuh melalui cara pemerhatian atau senarai semak ke atas kanak-kanak. Dalam menjalankan ujian pengesanan ini tiada latihan khas yang dijalankan ke atas kanakkanak. Maklumat hasil dari ujian ini juga bertujuan membantu ibubapa menjalankan ujian ke atas kanakkanak seterusnya bagi merancang aktiviti yang boleh digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan keupayaan kanakkanak tersebut.

Ujian pengesanan perlu dilaksanakan bagi mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas kerana masalah akan wujud jika kanak-kanak tidak mencapai objektif pembelajaran kerana pemikiran kognitifnya yang jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak normal yang lain. Pelaksanaan ujian pengesanan bukan perkara yang dianggap mudah kerana ia memerlukan kemahiran yang tinggi yang membolehkannya melaksanakan ujian itu. Penilaian dan ujian pengesanan adalah proses yang kompleks yang melibatkan banyak cara bagi mengumpul maklumat berkaitan kanak-kanak.

Saya telah melaksanakan ujian pengesanan kecerdasan secara online terhadap responden. Saya telah memilih ujian pengesanan secara talian kerana keputusan ujian tersebut dapat diterima dalam jangka masa yang sangat cepat dan analisa dilakukan secara automatic. Ujian ini diperolehi daripada laman web http://www.edutopia.org/multiple-intelligences-assessment Melalui ujian pengesanan ini saya dapat mengetahui domain yang dikuasai oleh responden. Melalui ujian yang telah saya laksanakan terhadap responden saya juga dapat mengukuhkan pendapat saya tentang kelebihan yang ada pada responden. Berikut merupakan keputusan analisis bagi ujian pengesanan kecerdasan yang telah diambil oleh responden:

Berdasarkan keputusan ujian pengesanan kecerdasan, didapati responden lebih cenderung kepada Bodily-Kinesthetic, hal ini dapat diketahui melalui markah yang diperolehi pada domain tersebut adalah lebih banyank berbanding domain-domain yang lain. Domain kinestetik merupakan kecerdasan kinestetik dalam mengawal pergerakan badan dan kapasiti seseorang dalam mengendalikan objek dengan mahir. Orang-orang yang cenderung dalam domain ini didapati mempunyai ketrampilan yang luar biasa dalam mengendalikan aktiviti yang melibatkan pergerakan otot. Hal ini dapat dilihat pada responden, di mana responden merupakan seorang pemain bola sepak yang hebat. Responden juga didapati mempunyai keseibangan dan tahap kelenturan badan yang luar biasa. Melalui kecekapan responden dalam mengendalikan bola semasa perlawanan responden selalu meraih pngat dalam setiap pertandingan yang disertai olehnya.

Responden mendapat markah yang sangat kurang dalam domain Interpersonal. Kecerdasan interpersonal merupakan domain yang menekankan pergaulan social di antara diri sendiri dan orang lain, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Orang yang tidak menguasai domain ini merupakan oang yang kurang bersosial. Melalui temubual saya mendapati responden merupakan seorang yang kurang bersosial dengan rakan sebayanya. Hal ini dibuktikan lagi melalui ujian pengesanan kecerdasan yang telah dilakukan teradap responden.Responden juga didapati mendapat markah yang sederhana dalam domain Linguistics. Kecerdasan linguistik merupakan domain yang mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi dapat memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Mereka berkemampuan berbahasa dengan menggunakan kata secara efektif, baik lisan dan bertulis Individu yang mempunyai kecerdasan ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya.

Responden di lihat memperoleh markah yang sederhana dalam domain ini. Hal ini dapat dibuktikan bahawa responden memang menguasai linguistic secara sederhana melalui temu bual yang telah dijalankan dengan guru responden. Menurut guru responden, responden memang memperoleh markah yang sederhana dalam matapelajaran Penulisan. Responden didapati tidak pandai bermain kata-kata dalam Penulisan. Walaupun demikian responden didapati mendapat peratusan markah yang baik dalan matapelajaran Pemahaman serta Bahasa Inggeris. Hal ini mungkin kerana responden mendapati Bahasa Inggeris lebih mudah difahami kerana bahasa kedua yang digunakan dalam rumah responden merupakan Bahasa Inggeris.

( D )Senarai Semak

Senarai semak merupakan salah satu ciri ujian pengesanan yang boleh digunakan untuk mengesan damain kecerdasan yang terdapat pada pelajar. Saya telah menggunakan senarai semak Multiple Intelligence Checklist for Students daripada kanselor sekolah saya. Melalui senarai semak ini saya dapat mengesan kecerdasan yang terdapat pada individu. Saya telah menggunkan senarai semak ini terhadap responden untuk mengukuhkan lagi bahawa responden memang cenderung terhadap kecerdasan kinestetik.

Senarai semak yang saya perolehi terbahagi kepada beberapa bahagian kecil. Setiap bahagian dalam senarai semak tersebut menguji setiap kecerdasan yang terdapat pada murid. Struktur ini akan membantu saya untuk mentadbir pengesanan dengan lebih memahami responden berdasarkan kebolehan mereka. Menurut kaunselor sekolah, senarai semak yang saya perolehi sesuai digunakan untuk kanak-kanak berusia dari 4 hingga 18 tahun. Senarai semak yang dihasilkan untuk menguji kecerdasan pelbagai adalah amat spesifik dan mudah difahami. Responden juga boleh mengira markahnya sendiri dan mengetahui keputusan tentang domain yang dikuasai olehnya pada setelah selesai menjawab senarai semak tersebut. Melalui senarai semak ini saya mendapati responden mendapat hasil keputusan yang sama seperti ujian pengesanan kecerdasan yang telah responden lakukan. Keputusan senarai semak ini menunjukkan responden cendurung kearah domain kinestetik. Iaitu kecerdasan kinestetik yang melibatkan pergerakan fizikal. Melalui instrument-instrumen yang digunakan iaitu; ujian, temubual, pemerhatian serta senarai semak, dapat diketahui bahawa responden memang seorang individu pintar cerdas yang cenderung kearah domain kinestetik.

4.0PROGRAM INTERVENSI

Berdasarkan instrument yang teah digunakan pada responden didapati, responden merupakan seorang individu yang kurang bersosialisasi dengan rakan sebaya. Walaupun responden merupakan ketua pasukan bola sepak sekolah tetapi responden hanya berkomunikasi dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya atas alasan perlawanan bola sepak dan hanyalah perbualan yang professional dan tidak ramah. Selain itu didapati responden menganggap dirinya sebagai seorang yang superior dan ianya merupakan salah satu factor dimana responden kurang bergaul dengan rakan sebayanya. Hal ini dapat diperhatikan melalui tingkah laku responden yang sering menganggap dirinya layak untuk menyertai perlawanan bola sepak dalam golongan dewasa dan permainan bola sepak antara rakan-rakannya dianggap sebagai terlalu mudah dan tidak mencabar.

Oleh itu, saya bercadang untuk memperkembangan kemahiran social diantara responden dan rakan-rakan responden. Saya telah berbincang dengan kauselor sekolah responden dan melalui perbincangan yang dilakukan saya telah melaksanakan beberapa program intervensi untuk responden. Antara program intervensi yang dicadangkan adalah, program mentor-mentee, program kaunseling kelompok dan aktiviti perkhemahan di sekolah. Melalui program program ini diharapkan responden dapat bergaul dengan ramah serta mengembangkan kecerdasan interpersonal pada dirinya.

Program-program ini di rancang dengan teliti bersama kaunselor sekolah agar resoponden dapat mencapai objektifnya. Selain itu, program intervensi ini juga dirancang agar ianya tidak menganggu domain kecerdasan yang lain dan dirancang sepenuhnya untuk mengembangkan domain kecerdasan interpersonal responden. Program-program ini terdiri daripada objektif jangka masa pendek dan objektif jangka masa yang panjang. Melalui program intervensi yang dijalankan responden dapat membaiki dirinya dan diharapkan mempunyai keinsafan dalam dirinya untuk bergaul dengan rakan sebaya dan tidak menganggap dirinya terlalu hebat.4.1Program Mentor Mentee Program Mentor mentee merupakan kaedah yang paling sesuai dilakukan terhadap responden. Hal ini demikian kerana kanak kanak atau pelajar pintar yang selalu memerlukan sokongan serta dorongan daripada orang yang mereka sukai. Selain itu, mereka boleh berkongsi masalah dan berkongsi pendapat berkaitan apa sahaja dengan mentor atau role model mereka untuk memudahkan mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik. Menurut Albert Bandura dalam teori pembelajaran social, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengamatan selektif terhadap tingkah laku orang lain. Melalui program ini responden dapat mendapatkan contoh serta inspirasi dari guru yang digemarinya untuk bergaul dan bersosialisasi dengan rakan sebaya. Hal ini kerana kanak-kanak mengikut perbuatan orang yang digemarinya.

4.2Aktiviti Perkhemahan di Sekolah

Aktiviti ini sesuai dilaksanakan kepada responden supaya dapat mengatasi masalah kekurangan kawan dan masalah kurang bersosialisasi. Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpendapat, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain. Aktiviti perkhemahan ini memerlukan responden bekerja secara berkumpulan dalam melakukan pelbagai aktiviti seperti semasa aktiviti memasang khemah, memasak, kawad kaki, ice breaking dan sebagainya. Aktiviti aktiviti seperti ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kemahiran sosial dan ikatan persahabtan diantara rakan-rakan sebaya dan responden, sama ada rakan-rakan sebaya responden mempunyai minat yang sama ataupun berlainan minat.

4.3Program Kaunseling Kelompok

Kaunseling kelompok merupakan sesi kaunseling yang terdiri daripada lima hingga lapan individu dalam satu kumpulan. Ianya dibimbing oleh kaunselor yang akhirnya menjadi pemerhati sahaja dalam sesi kaunseling tersebut. Melalui sesi kaunseling ini responden dapat bertemu secara konsisten dengan rakan-rakan sebaya untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik. Melalui kauseling kelompok responden juga dapat memupuk perasaan pecaya mempercayai serta saling hormat menghormati terhadap rakan sebaya dan dirinya. Kaunseling kelompok juga dipercayai membuka jalan kepada responden untuk mengubah sikapnya yang introvert kepada seseorang yang lebih berfikiran terbuka dan pandai bersosialisasi.

Matlamat kaunseling berkumpulan ini adalah untuk membantu pertumbuhan murid dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat. Selain itu, mewujudkan program pencegahan yang dapat mengurangkan krisis dalam diri dan krisis di antara individu dan mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan suasana yang lebih seronok di sekolah. Kaunseling berkumpulan ini mampu dipercayai dapat menanamkan rasa penerimaan diri sendiri dan belajar untuk mengurangkan perasaan jual mahal atau tarik diri dalam diri responden. Melalui kaunseling kelompok ini dipercayai dapat memberi kesedaran dan menerima beberapa persamaan dalam diri responden.

5.0KESAN PROGRAM INTERVENSI

Melalui program intervensi yang dijalankan dalam jangka masa yang terdekat ini, iaitu program mentor-mentee ( 3 sesi ) dan program kaunseling berkelompok ( 2 sesi ), didapati responden mula bergaul dengan ramah dengan rakan sebayanya. Hal ini dapat diperhatikan melalu tingak laku responden yang mula bertegur sapa di luar bilik darjah dengan rakan-rakan yang menyertai kauseling kelompok dengannya. Selain itu, saya juga mendapati responden mula mesra dengan rakan-rakan sebayanya dan berkongsi minat iaitu bola sepak. Hal ini dapat diperhatikan melalui tingkah laku responden yang mula mengajar kemahiran yang dipelajarinya dengan rakan-rakan sebayanya yang bukan berada dalam pasukan bola sepak sekolah.

Saya juga telah menemubual semula juru latih responden serta ibu bapa responden. Menurut juru latih responden, didapati responden kini kurang bersikap superior dan mula bergaul rapat dengan rakan sepasukannya. Walaubagaimanapun keinginan untuk menyertai pasukan bola sepak yang terdiri daripada golongan dewasa masih ada pada diri responden. Selain itu, menurut ibu responden, didapati responden kini mula bergaul rapat dan memahami perasaan adik beradiknya dan didapati prihatin terhadap perasaan adik beradiknya. Walaupun begitu sikap menyampuk perbualan orang dewasa masih ada pada diri responden. Melalui intervensi yang dilaksanakan diharapkan responden dapat mengubah tingkah laku serta sikapnya ke arah lebih baik.

6.0KESIMPULAN

Kesimpulannya, kanak-kanak pintar cerdas merupakan salah satu golongan atau kelompok yang mempunyai kelebihan yang tidak ternilai di dunia. Mereka mempunyai bakat dan kelebihan dalam bidang bidang tertentu sama ada muzik, tarian mahupun, matapelajaran yang khusus. Kanak-kanak ini mempunyai sifat yang boleh dikatakan berlainan iaitu seperti mempunyai penumpuan yang lama dalan sesuatu perkara, mempunyai ciri kepimpinan, mempunyai matlamat yang tinggi serta boleh mengingati nama, tempat dan nombor dengan baik. Walaubagaimanapun, kecerdasan yang dimiliki meraka haruslah dikekalkan atau ditambah lagi supaya mereka boleh berjaya pada masa akan datang. Sekiranya, meraka mengalami kegagalan, maka kelebihan mereka adalah sia- sia sahaja. Oleh itu, sebagai guru kita haruslah berusaha dan berganding bahu untuk membaiki kesilapan dan membantu meningkatkan kelebihan yang dimilki mereka supaya mereka boleh menerajui masa depan negara dengan cemerlang.

Pelajar pintar cerdas merupakan aset yang bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada Negara dan masyarakat. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat berasajemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar. Personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami olehguru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai.

7.0BIBLIOGRAFI

Abd Majid Mohd Isa.1994. Keberkesanan Raven SPM dalam mengenalpasti kanakkanak Melayu pintar cerdas. Pertanika. J. Soc. Sci Hum 2(1): 63-68. Abdul Rahim M. Ali. (1991). Personaliti dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Murid-Murid Sekolah Rendah Luar Bandar. Laporan Penyelidikan M.Ed. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Che Mah Yusof dan Mariani Mohd Nor. (2001). Personaliti pelajar pintar dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Prosiding konferensi kebangsaan Kajian Pasca Siswazah (Greduc.), Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Chua, T. T. & Koh, B. B. (1992). Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fatanah Mohamed. (1997). Perkaitan antara pencapaian akademik dengan faktor personaliti dan persekitaran keluarga di kalangan pelajar MRSM. Tesis Phd. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Pulau Pinang. Nik Azis Nik Pa. (1999). Mitos dan realiti tentang pelajar pintar cerdas. Jurnal Kebajikan, 16(2), 87112, Disember 1994. Ng Seng Fa. (2005). Rahsia Individu Pintar Cerdas dan Masalah Mereka. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Terman, Lewis M. (1930). Genetic studies of genius: Mental and physical traits of a thousand gifted children (Vol 1). Stanford, CA: Standford University Press

LAMPIRANA Multiple Intelligences ChecklistMichael Berman is a leading authority on Multiple Intelligences and English Language Teaching. Michael believes that our intelligences can be developed and are not fixed. Michael also believes that we can all improve our learning if we (and our teachers!) know how we learn. The checklist which follows is taken from Michaels book A Multiple Intelligences Road To An ELT Classroom and is based in ideas developed by Howard Gardner, the educational psychologist. Use the checklist to find about more about how you learn best. At the end of the questionnaire you will find some ideas about how to learn based on your Multiple Intelligences profile.The following Multiple Intelligences Checklist for EFL students is adapted from an article by Mary Ann Christison published in the MEXTESOL (Mexican branch of the American Teachers Of English To Speakers Of Other Languages) Journal. When the original article was published, only seven intelligence types had been identified. More recently, the naturalist intelligence has been added to the list and the checklist has been rewritten to take this into account. Rank each statement 0, 1, or 2. Write 0 if you disagree with the statement and write 2 if you strongly agree. Write 1 if you are somewhere in between. Then calculate your score for each intelligence type.Interpersonal Intelligencea. ___Im often the leader in activitiesb. ___I enjoy talking to my friendsc. ___I often help my friendsd. ___My friends often talk to me about their problemse. ___Ive got a lot of friendsf. ___Im a member of several clubs

___TOTAL FOR INTERPERSONAL INTELLIGENCE

Intrapersonal Intelligencea. ___I go to the cinema aloneb. ___I go to the library alone to studyc. ___I can tell you some things Im good at doingd. ___I like to spend time alonee. ___My friends find some of my actions strange sometimesf. ___I learn from my mistakes

___TOTAL FOR INTRAPERSONAL INTELLIGENCELogical - Mathematical Intelligencea. ___I often do calculations in my headb. ___I like to put things into categoriesc. ___I'm good at chess and/or draughtsd. ___I like to play number gamese. ___I love to play around with Computersf. ___I ask lots of questions about how things work

___TOTAL FOR LOGICO-MATHEMATICAL INTELLIGENCE

Linguistic Intelligencea. ___I like to read books, magazines and newspapersb. ___I consider myself a good readerc. ___I like to tell jokes and Storiesd. ___I can remember people's names easilye. ___I like to recite tongue twistersf. ___I have a good vocabulary in my native language

___TOTAL FOR LINGUISTIC INTELLIGENCE

Bodily - Kinaesthetic Intelligencea. ___It's hard for me to sit quietly for a long timeb. ___It's easy for me to copy exactly what other people doc. ___I'm good at sewing, woodwork, building or mechanicsd. ___I'm good at Sportse. ___I enjoy working with my hands - working with clay or model making, for examplef. ___I enjoy physical exercise

___TOTAL FOR BODILY-KINAESTHETIC INTELLIGENCE

Spatial Intelligencea. ___I can read maps easilyb. ___I enjoy art activitiesc. ___I can draw welld. ___Videos and slides really help me to learn new Informatione. ___I love books with picturesf. ___I enjoy putting puzzles together

___TOTAL FOR SPATIAL INTELLIGENCEMusical Intelligence

a. ___I can hum the tunes to lots of songsb. ___Im a good singerc. ___I play a musical instrument or sing in a choird. ___I can tell when music sounds off-keye. ___I often tap rhythmically on the table or deskf. ___I often sing songs

___TOTAL FOR MUSICAL INTELLIGENCE

Naturalist Intelligence

a. ___I spend a lot of time outdoorsb. ___I enjoy listening to the sounds created in the natural worldbirdsong, for examplec. ___I can identify plant life and animal speciesd. ___I can distinguish between poisonous and non-poisonous snakes and/or between poisonous and edible mushroomse. ___I enjoy observing plants and/or collecting rocksf. ___Ive got green fingers - I keep pot plants at home and have an interest in gardening, for example

___TOTAL FOR NATURALIST INTELLIGENCE

NOW READ ON TO FIND OUT HOW YOU CAN USE YOUR SCORES TO DEVELOP AS A LEARNER.

According to Gardner, your intelligences profile is not fixed, which means that you can develop both your stronger and weaker areas. Knowing your multiple intelligences profile can also help you because you can identify the kinds of learning activities which can help you to learn well.

Interpersonal IntelligenceIf you scored highly in this area, you probably enjoy working with other people and have a good understanding of how other people are feeling. In class you probably enjoy working in pairs and groups more than working on your own. When learning vocabulary, you will probably benefit from studying with a friend.

Intrapersonal IntelligenceIf you scored highly in this area, you probably have a very strong sense of self-awareness and enjoy working on your own. In English lessons, your teacher might ask you to work with other students at times you might want to ask (politely!) if you can work alone by saying I work better when I study alone, if that s OK! Writing a private diary in English, may be a good way of developing your writing skills.

Logical-Mathematical IntelligenceIf you scored highly in this area, you probably have a very logical mind which analyses processes in steps. You like clear, logical grammatical explanations: sometimes we just have to accept that language learning isnt always logical. To understand grammar, (word order for questions for example), it might help if you analyse how sometimes we add new words (ie do/does/did) to make a question and how on other occasions we change the words order (with the verb to be).

Linguistic IntelligenceIf you scored highly in this area, you probably love words and learning languages. This is obviously very helpful if you are learning English, but dont worry if your score in this area is not your best. Many good speakers of English dont have highly developed linguistic intelligence and your Anglolang teacher will help you find other ways to make learning enjoyable! You may find comparing your language with English an interesting and useful activity to help you learn.

Bodily-Kinaesthetic IntelligenceIf you scored highly in this area, you probably use your body to express your emotions and you might find sitting still in the same seat quite difficult. If you scored highly in this area, you might want to improve your vocabulary by working with cut-up slips of paper which you move around to create word partnerships (collocations). You may also find that your learning improves if you try to move at the same time; you could try learning word stress by making a small jump for an unstressed syllable and a big jump for a stressed syllable.

Spatial IntelligenceIf you scored highly in this area, you probably have good spatial and visual awareness. You may find chess or parking your car in a small parking place easy when others find this really difficult. When you are learning vocabulary, you could try drawing a picture of the word you are learning. Using different colour ink (blue, red, black and green pens for example) will make your notes much more colourful and memorable.

Musical IntelligenceIf you scored highly in this area, listening to and even playing music are probably important in your life. Try listening to music when you are studying (some people recommend Mozart) and listen to songs in English as a way of accessing the language. You may even want to write your own memorable tune (a jingle) to help you remember some difficult language.

Naturalist Intelligence If you scored highly in this area, you probably enjoy being outside and nature in general. You are probably also good at classifying and categorising things into groups so when you are learning vocabulary, think of ways of grouping new words in ways which make sense to you.

1 | Page