TUGASAN 2

7
NAMA: GOKILADEVI A/P CHANDRAKUMAR NO.KAD PENGENALAN :930830-10-6068 TUGASAN 2 (PENULISAN REFLEKTIF) Tuliskan satu esei reflektif bertajuk “ buktikan sifat keusahawanan (entrepreneurship) yang tinggi dalam kalangan guru berupaya meningkatkan pencapaian murid/ sekolah dan prestasi akademik ” Keusahawanan dikatakan sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada diri sendiri tetapi ia juga dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta sumbanagan kepada orang lain. Ia merupakan proses mewujudkan serta mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati. Selain itu , konsep keusahawanan merupakan bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahairan dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahawan. keusahawanan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan. Menurut Cole (1969) keusahawanan didefinisikan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan. Keusahawanan merupakan keseluruhan sikap, nilai pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan sesorang itu mampu bahkan cekap untuk mencari, mengenal dan merebut peluang dan menterjemahkannya kepada strategi-strategi dan usaha-usaha perniagaan untk faedah ekonomi dan keuntungan. Sifat keusahawanan dan sifat perguruan mempunyai persamaan yang mampu meningkatkan pencapaian murid, sekolah dan prestasi akademik. Sifat-sifat keusahawanan yang tinggi dalam kalangan guru dapat meningkatkan pencapaian murid atau sesebuah sekolah. Terdapat beberapa sifat keusahawanan yang telah dikenalpasti untuk membina guru-guru yang berjaya dan berkomitmen tinggi. Guru

Transcript of TUGASAN 2

NAMA: GOKILADEVI A/P CHANDRAKUMARNO.KAD PENGENALAN :930830-10-6068

TUGASAN 2 (PENULISAN REFLEKTIF)Tuliskan satu esei reflektif bertajuk buktikan sifat keusahawanan (entrepreneurship) yang tinggi dalam kalangan guru berupaya meningkatkan pencapaian murid/ sekolah dan prestasi akademik Keusahawanan dikatakan sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada diri sendiri tetapi ia juga dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta sumbanagan kepada orang lain. Ia merupakan proses mewujudkan serta mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati. Selain itu , konsep keusahawanan merupakan bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahairan dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahawan. keusahawanan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan. Menurut Cole (1969) keusahawanan didefinisikan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan. Keusahawanan merupakan keseluruhan sikap, nilai pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan sesorang itu mampu bahkan cekap untuk mencari, mengenal dan merebut peluang dan menterjemahkannya kepada strategi-strategi dan usaha-usaha perniagaan untk faedah ekonomi dan keuntungan. Sifat keusahawanan dan sifat perguruan mempunyai persamaan yang mampu meningkatkan pencapaian murid, sekolah dan prestasi akademik. Sifat-sifat keusahawanan yang tinggi dalam kalangan guru dapat meningkatkan pencapaian murid atau sesebuah sekolah. Terdapat beberapa sifat keusahawanan yang telah dikenalpasti untuk membina guru-guru yang berjaya dan berkomitmen tinggi. Guru boleh menerapkan sifat keusahawanan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Antara sifat keusahawanan yang perlu ada pada seorang guru ialah inisiatif dan bertanggungjawab, komitmen dan kesungguhan tingggi, kreatif dan inovasi , optimistik , bersifat terbuka, meyakinkan orang lain dan juga sifat kepelbagaian kebolehan. Meyakinkan orang lain merupakan salah satu sifat keusahawanan yang perlu ada dalam kalangan guru. Seorang usahawan akan mempengaruhi keadaan persekitarannya. Usahawan perlu berurusan dengan persekitarannya untuk menggerakkan sumber-sumber organisasi, mendapatkan bahan mentah, mengelolakan proses pengeluaran dan perkhidmatan. Kesemua aktiviti tersebut memerlukan kemahiran untuk memujuk dan meyakinkan orang lain. Tanpa kemampuan ini, keusahawan akan gagal mempengaruhi pelanggan atau pembekal untuk memberi sokongan kepada perniagaannya. Sifat ini dapat membantu seseorang guru untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana keyakinan yang dapat diwujudkan oleh guru dalam kalangan pelajar dapat mempengaruhi prestasi seseorang murid. Guru perlu mempengaruhi persekiarannya untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan murid. Guru yang meyakinkan pelajarnya dengan cara pengarajaran yang berlaiana dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi membantu pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Sekirannya seseorang guru itu gagal untuk menakinkan pelajarnya ia akan menjatuhkan prestasi pendidikan sesebuah sekolah. Seseorang yang berinisiatif dan tanggungjawab adalah individu yang membuat sesuatu kerja tanpa diarah dan mempunyai sikap proaktif dan giat berusaha untuk membangunkan dan menjayakan perniagaannya. Melalui sifat kompetensi keusahawanan ini seorang guru mampu lebih maju dan menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajarannya dengan berjaya. Sikap inisiatif membolehkan seorang guru untuk berusaha mencari peluang , mengambil tindakan awal menyediakan keperluan untuk memulakan pengajarannya bagi menyampaikan isi kandungan pembelajaran. Melalui sikap mengambil inisiatif, seorang guru sentiasa peka terhadap perubahan semasa dan juga menyediakan dirinya untuk menyesuaiakan dengan peruahan semasa supaya tidak ketinggalan zaman. Guru yang bertanggungjawab akan sentiasa peka terhadap anak muridnya dan prestasi kerjanya supaya ia tidak dicemari. Contohnya En.Zazolnizam bin Zakaria yang telah berjaya merangkul gelaran Guru Cemerlang Sains peringkat negeri Pulau Pinang menerusi inisiatifnya Super Science Project atau (SSP) bagi tahun 2011. Guru yang bertanggungjawab sentiasa akan memahami tugasnya sebagai seorang pendidik yang akan mendidik anak bangsanya. Guru perlu menyediakan dirinya sebagai model yang baik. Menurut Albert Bandura, beliau berpendapat bahawa seseorang itu suka untuk mempelajari melalui meniru perilaku yang ditonjolkan oleh seseorang yang dijadikan sebagai model kehidupannya. Guru merupakan seorang role model yang dicontohi oleh anak-anak murid. Hal ini kerana setiap tingkah laku dan gerak geri seorang guru sentiasa dijadikan sebagai contoh dan teladan untuk murid-murid menjejaki dan mereka berpendapat bahawa seorang guru itu sentiasa akan menunujukkan perilaku yang baik . Sebagai contohnya seorang guru perlu menepati masa sewaktu mengajar mahupun sesuatu pengajaran dimulakan. Sikap menepati masa ini dapat diterapkan dalam kalangan pelajar. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015, konsep menepati masa diberi penekanan iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai masa pada masa akan datang. Sifat keusahawanan yang seterusnya ialah kecekalan. Sikap kecekalan dan tabah dapat dilihat melalui tindakan usahawan seperti tidak merasa jemu untuk mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah. Seorang usahawan sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan yang boleh menyekat pencapaian matlamatnya. Begitu juga dengan para guru. Seorang guru sentiasa berhadap dengan pelbagai risko dan permasalahan. Hal ini kerana seorang guru itu perlu berhadap dengan murid-murid yang berbagai bagai karenah. Mereka juga perlu berhadap dengan murid berkeperluan khas seperti hiperaktif, slow learner dan juga murid yang mengalami disleksia. Seorang guru perlu mempunyai sifat kecekalan dan tabah untuk menghadapi semua murid ini dan juga mengajar mengikut kemampuan kognitif setiap murid supaya murid-muridnya dapat menunjukkan prestasi akademik yang cukp baik di peringkat sekolah. Disamping itu ,guru juga perlu menyesuaikan diri mengikut perubahan kurikulum dan sistem pendidikan terkini. Sebagai contoh, perubahan kurikulum KBSR kepada KSSR serta pengubahsuaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah , perubahan bentuk peperiksaan PMR kepada PT3 dan perubahan tangga gaji. Tambahan pula, sifat keusahawanan yang perlu ada pada seorang guru untuk meningkatkan pencapaian murid adalah kreativi dan inovatif. Guru yang kreatif dan berinovatif mampu melahirkan murid yang berkaliber dan berprestasi tinggi. Guru ynag berkreatif dan inovatif mempunyai kebolehan untuk membuat pembaharuan dan mengubahsuai sesuatu idea selaras dengan perubahan transformasi kini. Sistem pendidikan Malaysai bukan hanya memberi tumpuan kepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan tetapi kini ia lebih mementingkan perkembangan kemahiran berfikir aras tinggi. Bagi kerajaan untuk mencapai matlamat ini, murid-murid perlu mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif serta berimaginasi yang tinggi. Guru yang berfikiran kreatif dan inovatif dapat membentuk para pelajar yang berkemahiran tinggi. Poh Swee Hiang (1999) menyatakan bahawa pemikran kreatif amat penting untuk membentuk warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiranya dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam zaman globalisasi ini. Sebagai contohnya , seorang guru yang mengajar mata pelajaran sejarah perlu mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah ini. Hal ini kerana mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai satu mata pelajaran yang agak membosankan. Guru yang kreatif akan menggunakan pelbagai kaedah seperti stimulasi, lakonan, lawatan dan juga kaedah berpusatkan murid untuk menarik minat pelajar. Guru yang bersifat kreatif dapat melahirkan modal insan yang kreatif seperti yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.Guru yang mempunyai sifat membuat perancangan yang sistematik seperti usahawanan mampu melahirkan dan meningkatkan pencapaian murid dalam akademik. Seorang usahawan yang membuat perancangan yang sistematik akan berusaha untuk mempermudahkan tugasnya dan dapat mencapai matlamat yang hendak dicapai olehnya. Seorang usahawan akan menggunakan Rancangan Perniagaan untuk merancangan perniagaannya supaya tidak mengalami kerugian. Begitu juga dengan seorang guru yang membuat perancangan yang sistematik dapat melahirkan murid-murid yang berprestasi tinggi dalam akademik. Guru akan menggunakan Rancangan Pengajaran Tahunan untuk membuat rancangan tahuan yang akan dilaksanankan dalam setahun yang mampu meningkatkan prestasi akademik para pelajar dan prestasi kerjanya. Selain itu juga, seorang guru juga akan menggunakan Rancangan Pengajaran Harian untuk melaksanankan proses pengajaran dan pembelajaran harian dengan terancang dan sistematik.Buktinya dapat dilihat melalui pencapaian Sk Ulu Lubai yang mempunyai para guru yang membuat perancangan sistematik. SK Ulu Lubai, 55 kilometer dari Bandar Limbang adalah sekolah terakhir di hulu Sungai Lubai. Sekolah ini mula menempa nama sebagai antara sekolah terbaik pada 1992 dengan merekodkan kelulusan 100 % dalam UPSR. Pada tahun 2005, seorang pelajar berjaya meraih 5A dalam UPSR dan inilah kejayaan pertama sekolah ini dalam tempoh 41 tahun sejak sekolah itu dibuka pada tahun 1964. Pada tahun 2008,2009,2010 sekolah ini mencapai 100% dan begitu juga gred purata sekolah (GPS) meningkat. Contohnya, 2008 puratanya 1.83, 2009 (1.53) dan 2010 pula 1.20. Hal ini kerana perancangan yang sistematik yang telah dilaksanankan oleh guru-gurunya untuk meningkatkan prestasi sekolahnya. Selain itu juga, SK Ulu Lubai merupakan sekolah luar Bandar ertama di Malaysia yang dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) Kohort Dua oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 2011. Sekolah ini juga pernah menjadi Juara Anugerah Commanwelth education Good Pratice Awards dan kini menjadi pencalonan Unesco Education of International Best Practies 2010. Ini semua adalah berkat perancangan sistematik guru yang sentiasa ingin melihat kejayaan pelajar-pelajarnya.Disamping itu, seorang guru yang mempunyai komitmen yang tinggi juga amat penting bagi meningkatkan prestasi murid di sekolah. Menurut Dave dan Rajput(1998) terdapat beberapa jenis komitmen bagi seseorang guru. Guru yang komited terhadap tugas professionnya dan guru juga berkomitmen dengan para pelajar. Guru yang berkomited akan mematuhi etika kerja di sekolah. Guru ini akan menepati masa, tidak akan menjadi ringan tulang dan tidak akan melakukan perkara yang menjatuhkan prestasi sekolah. Guru yang berkomited dengan kerjayanya akan sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan mutu pengajarannya. Guru ini juga menyediakan rancangan pengajaran untuk menyediakan pengajaran yang berkualiti. Guru yang berkomited dengan pelajarnya pula mempunyai perasaan sayang terhadap murid-muridnya dan sentiasa bersedia untuk membantu pelajarnya. Guru ini juga mementingkan perkembangan pendidikan pelajarnya. Kerajaan sering melaksanakan kursus-kursus yang tertentu bagi warga pendidik melalui Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 hingga 2015. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan, guru dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang perguruan.Kesimpulannya, sifat-sifat keusahawanan dalam guru adalah penting untuk meningkatkan pencapaian murid-murid di sekolah. Ciri-ciri seperti meyakinkan orang lain, inisiatif dan tanggungjawab, kreatif dan inovatif, kecekalan, komitmen yang tinggi dan juga membuat perancangan yang sistematik haruslah diapliaksikan oleh semua guru di Malaysia untuk meningkatkan pencapaian akademik seseorang pelajar. Hal ini kerana murid-murid kini akan menjadi pemangkin pembangunan negara pada masa akan datang. Oleh itu, tanggungjawab seorang guru untuk memastikan bahawa murid-murid mempunyai ilmu dan kemahiaran yang mencukupi untuk menghadapi masa depan yang penuh dengan cabaran maka sifat-sifat keusahawana perlu dikekalkan dalam diri seorang guru.