tugasan 2

2
Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya. Menurut kamus perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran- kemahiran yang tertentu. Terapi yang saya memilih untuk tugasan yang telah diberi oleh pensyarah saya ialah terapi Gestalt. Terapi ini dipelopori oleh Frederich Salomon Perls (1893-1970). Terapi Gestalt ini dikatakan berasaskan daripada psikologi Gestalt yang diutarakan oleh ahli-ahli psikologi Jerman. Perls mendapat pendedahan awal daripada ahli psikologi Gestalt di Frankfrut-am-Main iaitu daripada Profesor Goldsteins’s dan Gelb. Tempat ini merupakan suatu tempat penempatan askar yang hilang ingatan semasa Perang Dunia Pertama.

description

bimbingan dan kaunseling

Transcript of tugasan 2

Page 1: tugasan 2

Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu

perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja)

"therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan

yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk

mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya. Menurut kamus

perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas

pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan

kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat

didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas

terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Terapi yang saya memilih untuk tugasan yang telah diberi oleh pensyarah saya

ialah terapi Gestalt. Terapi ini dipelopori oleh Frederich Salomon Perls (1893-1970).

Terapi Gestalt ini dikatakan berasaskan daripada psikologi Gestalt yang diutarakan oleh

ahli-ahli psikologi Jerman. Perls mendapat pendedahan awal daripada ahli psikologi

Gestalt di Frankfrut-am-Main iaitu daripada Profesor Goldsteins’s dan Gelb. Tempat ini

merupakan suatu tempat penempatan askar yang hilang ingatan semasa Perang Dunia

Pertama.

Selain itu, terdapat beberapa orang yang dikatakan telah banyak mempengaruhi

perkembangan dan intelek dan falsafah Perls iaitu Laura (1927-1950),isteri kepada

Perls yang bekebolehan dalam psikologi am. Karen dan William (1924-1936),

Goldstein, Gelb serta ahli psikologi Gestalt yang lain pada tahun 1926. Perls telah

mengumpul dan mencantumkan konsep-konsep pemikiran berbeza dan kreatif daripada

Lender dan memaparkan dalam bukunya pada 1947 tentang konsep ‘Ego’, ‘Hunger’,

dan ‘Aggresion’.