TUGASAN 2

10
TUGASAN 2 1. Teori Pembelajaran 2. Pengajaran 3. Behaviorisme 4. Kognitivisme 5. Konstruktivisme

description

TUGASAN 2. Teori Pembelajaran Pengajaran Behaviorisme Kognitivisme Konstruktivisme. Teori Pembelajaran. Proses pembelajaran merupakan suatu bentuk perubahan kekal yang berlaku dalam diri seseorang individu dari segi tingkah laku, kognitif & kemahiran sosial - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of TUGASAN 2

Page 1: TUGASAN 2

TUGASAN 2

1. Teori Pembelajaran2. Pengajaran

3. Behaviorisme4. Kognitivisme

5. Konstruktivisme

Page 2: TUGASAN 2

Proses pembelajaran merupakan suatu bentuk perubahan kekal

yang berlaku dalam diri seseorang individu dari segi tingkah

laku, kognitif & kemahiran sosial

Proses pembelajaran berlaku melalui kelima-lima deria manusia

:

1. Penglihatan : melihat (visual) kejadian sesuatu peristiwa

2. Pendengaran : mendengar (auditory) sesuatu bunyi

3. Bau : bau (olfactory) makanan membuat kita merasa lapar

4. Rasa : lidah kita merasa (taste) & dapat membezakan antara

masin & masam

5. Sentuhan : kulit kita merasa sentuhan (tactile) & dapat

membezakan antara permukaan licin & kasar.

TEORI PEMBELAJARAN

Page 3: TUGASAN 2

PENGAJARAN Susunan maklumat & suasana bagi memudahkan pembelajaran serta suatu set tatacara luaran yang menyokong proses-proses dalaman yang terlibat bagi mencapai hasil pembelajaran. Terdiri daripada tiga set major preskripsi iaitu 1. Preskripsi kaedah pengajaran berlainan untuk setiap lima kategori keupayaan pembelajaran mengidentifikasikan sembilan adegan pengajaran2. Preskripsi menerangkan pengajaran yang diingini bagi membina mana-mana keupayaan 3. Preskripsi cara untuk turutan pengajaran berdasarkan kepada kemahiran intelektual

Page 4: TUGASAN 2

Terdapat sembilan adegan pengajaran: Menarik perhatian Memberitahu pelajar tentang objektif Mengingat semula rangsangan dalam pembelajaran sebelum itu Mempersembahkan rangsangan Menyediakan panduan pembelajaran Mengawal pencapaian Menyediakan maklum balas Menilai pancapaian Mengingatkan semula & memindahkan

Page 5: TUGASAN 2

TEORI BEHAVIORISME Proses pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku hasil daripada peneguhan & maklum balas serta pengajaran. Peneguhan & maklum balas tersebut akan membimbing pelajar ke arah tujuan yang mahu dicapai. Menggabungkan stimulasi & peneguhan dengan maklum balas.Contoh uji kaji oleh Pavlov: -Ujikaji loceng (rangsangan berkondisi) dengan serbuk daging (rangsangan tak berkondisi) terhadap anjing. - Setiap kali loceng dibunyikan, serbuk daging akan diberikan kepada anjing.- Ini menyebabkan anjing mengeluarkan air liur (maklumbalas tak berkondisi)- Proses tersebut diulang beberapa kali- Akibatnya dengan mendengar bunyi loceng sahaja anjing akan mengeluarkan air liur.

Ivan P. Pavlov

Page 6: TUGASAN 2

Terdapat beberapa prosedur dalam teknologi pengajaran behavioris:1. Mengenalpasti ransangan yang berpotensi

kepada pelajar menerusi soalan yang dikemukakan.

2. Mengenalpasti & menerangkan tingkahlaku yang dicita-citakan & tingkahlaku masukan pelajar.

3. Mendefinisikan beberapa siri tingkahlaku, bermula dengan tingkahlaku masukan kepada tingkahlaku dicita-citakan.

4. Menggerakkan pelajar melalui turutan tingkahlaku dengan menggunakan demonstrasi & pengajaran, bergabung dengan peneguhan positif variasi behavioral

5. Memastikan latihan peneguhan diberikan lagi, setiap tingkahlaku yang dipelajari & sebelum dilanjutkan kepada tingkahlaku yang seterusnya.

Page 7: TUGASAN 2

TEORI KOGNITIVISME Terdapat dua jenis struktur pengetahua, iaitu

pengetahuan deklaratif & pengetahuan prosedural. Pengetahuan deklaratif ialah pengumpulan

fakta seperti ‘burung boleh terbang’. Pengetahuan prosedural pula ialah pengumpulan

urutan aksi linear yang dilakukan oleh seseorang untuk mencapai tujuan. Menekankan model teori pemprosesan maklumat

yang diwakili oleh fitur-fitur asas seperti jangkaan, memori jangka panjang, memori jangka pendek, persekitaran & ‘receptor’. Struktur dalam model pemproses maklumbalas

ini menunjukkan pengaliran rangkaian neural bagi mentranformasikan & menghantar maklumat dari satu struktur kepada struktur lain.

Page 8: TUGASAN 2

PERSEKITARAN

EFEKTOR

KAWALAN EKSEKUTIF

GENERATOR TINDAKAN

JANGKAAN

MEMORI JANGKA

PANJANG

MEMORI JANGKA PENDEK

RECEPTOR

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMBALAS

Page 9: TUGASAN 2

TEORI KONSTRUKTIVISME Konsep utama ialah pengetahuan yang dibina oleh pelajar bukan hanya disebarkan oleh orang perseorangan. Satu perspektif psikologi & falsafah dengan mengambil kira bagaimana seseorang individu membina @ membentuk apa yang dipelajari & difahami oleh mereka. Proses pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif & ini bermaksud dibentuk oleh pengalaman. Malah, konstruktivisme percaya bahawa seseorang itu adalah aktif & membina pengetahuan di dalam bilik darjah dengan tujuan & keinginan hendak tahu. Selain itu, pembelajaran itu ialah penemuan & tranformasi maklumat kompleks & pengajaran tradisional berpusatkan guru merancang, kemahiran & kandungan pengajaran kurang tepat.

Page 10: TUGASAN 2

Konstruktivisme mengandungi beberapa andaian seperti berikut:1. Pembelajaran dibina daripada

pengalaman.2. Pembelajaran ialah satu proses yang

melibatkan pelajar membina representasi dalaman pengetahuan mereka.

3. Pembelajaran adalah hasil daripada interpretasi seseorang & bukan perkongsian realiti.

4. Pembelajaran bersifat bersituasi, iaitu yang berlaku dalam konteks yang kaya, reflektif kepada dunia sebenar & asli (authentic).

5. Pembelajaran juga adalah aktif bermaksud dibina berdasarkan pengalaman.

6. Pembelajaran berbentuk persepakatan kerana maksud ditentukan menerusi persetujuan yang dicapai berdasarkan pelbagai perspektif.

7. Ujian diintegrasikan dengan tugasan & bukan dua aktiviti yang dianggap berasingan.