Tugasan 2 kolaborasi

download Tugasan 2 kolaborasi

of 5

Transcript of Tugasan 2 kolaborasi

  • 7/23/2019 Tugasan 2 kolaborasi

    1/5

    Tugasan 2

    Kolaborasi didefinisikan sebagai bekerja dengan orang lain dalam projek bersama

    yang mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai. Kolaborasi mampu meningkatkan

    kejayaan apabila kumpulan yang berkolaborasi sama-sama berkongsi pengetahuan dan

    mencapai kata sepakat bagi mengatasi sesuatu permasalahan. Seperti pelajar juga, guru

    perlu melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan perlu mempunyai peluang untuk

    berbincang, membuat refleksi dan mencuba pendekatan pengajaran yang lebih baik. Dalam

    kolaborasi wujud musyawarah. Musyawarah ialah rundingan yang berlangsung dan

    mencapai kata sepakat atau persetujuan terhadap sesuatu tindakan yang diambil. Dalam

    sesuatu kerja berkumpulan, musyawarah sangat penting bagi membina suatu kesepakatan.

    Pepatah orang tua menyebut bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana

    muafakat. Pepatah ini menggambarkan bahawa dalam sesuatu kerja yang hendak

    dijalankan kolaborasi dan musyawarah sangat penting bagi memastikan kejayaan sesuatu

    kerja. Malahan !slam sendiri menegaskan musyawarah sebagai suatu tindakan yang terpuji.

    Kepentingan kolaborasi ini adalah kerana melalui kajian mendapati bahawa guru boleh

    berkembang secara profesional melaluinya. "#ieberman, $%&'a, $%&'b( )opkins etall.,$%%*+. #ieberman juga menekan bahawa sesebuah sekolah akan lebih berjaya untuk

    guru dan muridnya sekiranya guru bekerja secara kolaboratif untuk menyelesaikan

    masalah,dan diberi kuasa autonomi yang maksimum untuk menjalankan kerja mereka. Di

    mana kepakaran dalam pengajaran lahir daripada proses perkongsian, mencuba idea-idea

    baharu, membuat refleksi ke atas amalan dan membina pendekatan-pendekatan baharu.

    Mengapakah guru perlu berkolaborasi Pelbagai dapatan kajian dan penyelidikanmenunjukkan bahawa guru perlu memperkembang ilmu pengetahuan, kefahaman dan

    kemahiran dalam dimensi profesional agar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid.

    Salah satu cara untuk mencapai matlamat ini adalah dengan mewujudkan kolaborasi

    profesional dalam kalangan guru di sekolah. Seperti yang disarankan oleh #ieberman,

    sekolah tidak boleh maju tanpa kaki tangannya bekerja bersama- sama "#ieberman, $%&'+.

    anyak kajian telah mendapati bahawa guru boleh berkembang secara profesional melalui

    kolaborasi "#ieberman, $%&'a, $%&'b( )opkins et al., $%%*+. #ieberman juga menekankan

    bahawa sesebuah sekolah akan lebih berjaya untuk guru dan muridnya sekiranya guru

  • 7/23/2019 Tugasan 2 kolaborasi

    2/5

    bekerja secara kolaboratif untuk menyelesaikan masalah dan diberi autonomi yang

    maksimum untuk menjalankan kerja mereka.

    Melalui kolaborasi, perkembangan profesional berlaku kerana melibatkan proses

    lingkaran berkaitan dengan aktiiti berkongsi, memberi dan menerima. !dea dan cadangan

    setiap indiidu atau guru perlu didengar, dibuat refleksi dan dihormati. Setelah menganalisis

    jurnal yang bertajuk /kepimpinan berasaskan permuafakatan ke arah peningkatan budaya

    mengkaji di kalangan guru0, saya dapati bahawa budaya musyawarah boleh dikaitkan

    dengan usaha untuk meningkatkan kemahiran profesionalisma dan pembelajaran sepanjang

    hayat guru. 1ontohnya, dalam kajian yang saya menganalisis penyelidik meninjau sejauh

    manakah permuafakatan berlaku dalam perancangan program perkembangan staf.

    Keberkesanan permuafakatan ialah perkara asas dalam pengurusan organisasi, menerusi

    permuafakatan, akan wujud perkongsian tanggungjawab untuk perancangan program

    perkembangan staf.

    2uru berkongsi wawasan yang sama tentang pengajaran dan pembelajaran dan

    secara tidak langsung mendorong guru menjadikan rakan sejawatan sebagai sumber

    maklum balas, sokongan dan idea alternatif "1lement, et al.,344$5 *6+. Permuafakatan juga

    menjanjikan prospek peningkatan pengetahuan guru "1lement et al., 344$5 **+. Program

    perkembangan staf yang dirancang menerusi permuafakatan menjadi medan untuk

    meningkatkan pengetahuan tentang tugas, kemahiran, atau sikap, serta menjurus terhadap

    peningkatan pembelajaran pelajar menerusi kebolehan guru yang dikembangkan.

    Selain itu, permuafakatan membolehkan program berkenaan dilihat sebagai suatu

    proses, bukan semata-mata projek atau peristiwa, serta melibatkan anjakan besar dalamperancangannya "Steiner, 3443+. 2uru sentiasa bersedia dengan aktiiti perubahan

    berterusan. 2uru berasa selamat untuk bereksperimen dengan inoasi dan

    penambahbaikan. Masalah indiidu diangkat sebagai masalah keseluruhan sekolah.

    7init8ky et al. "$%%65 $$9+ menamakannya sebagai pemilikan bersama masalah. Menerusi

    permuafakatan, guru memperoleh keberanian mengemukakan idea baru, dan sanggup

    menggalas cabaran mengambil risiko terhadap perubahan "en-Peret8, 344$5 *&+.

  • 7/23/2019 Tugasan 2 kolaborasi

    3/5

    Permuafakatan juga meningkatkan kepuasan kerja guru. 1lement, 344$5 **

    mengatakan bahawa The feelings of control and satisfaction that originate from this

    participation contribute to teachers willingness to develop professionally. Motiasi kerja guru

    yang bermuafakat juga adalah lebih tinggi "akkenes et al., $%%%5 $%*+, menyediakan

    sokongan emosi dan galakan untuk perubahan menerusi perancangan program yang

    menepati keperluan profesional guru ":ohnson, 34495 9*'+.

    Di samping itu, permuafakatan dalam perancangan program perkembangan staf

    menyuburkan komunikasi profesional. "1lift, et al., $%%45 '$+. Menerusi permuafakatan,

    jurang komunikasi antara guru lama dengan guru baru bakal berkurangan dan ini akan

    membantu guru baru melihat gambaran atau perspektif lebih menyeluruh dalam menjana

    aktiiti pengajaran dan pembelajaran berkualiti untuk pelajar daripada guru berpengalaman

    ";0Shea, et al., $%%%5 $6'+. Permuafakatan juga adalah landasan terbaik untuk menghormati

    perbe8aan pendapat dan mengurus konflik "7init8ky et al., $%%65 $$&( )all, 344$5 99*+.

    ;rientasi berlainan dianggap sebagai kekuatan, bukan halangan.

    Melalui jurnal yang saya analisis didapati permuafakatan dalam merancang program

    perkembangan staf tidak mengubah struktur dan goernan sekolah, tetapi mengubah

    budaya sekolah ke arah permuafakatan "7init8ky et al., $%%65 $$*+. )impunan idea dan

    bahan menjimatkan masa perancangan indiidu guru, di samping kekuatan yang dimiliki oleh

    sebahagian guru dapat menampung kelemahan sebaahgian guru yang lain. Kerenggangan

    dan kecurigaan dalam hubungan profesional disebabkan perbe8aan usia juga dapat diatasi.

  • 7/23/2019 Tugasan 2 kolaborasi

    4/5

    =aburan jawapan responden menunjukkan bahawa guru menerima pelaksanaan

    permuafakatan secara positif. Keinginan membuktikan bahawa label indiidualistik yang

    diberikan kepada profesion perguruan sebagai kurang tepat adalah begitu kuat. 2uru

    bersedia memainkan peranan lebih besar dalam permuafakatan, menerima baik proses

    permuafakatan, sedia berkongsi pengalaman

    dan pendapat profesional. Dengan penerimaan

    positif sebegini pemimpin sekolah boleh mengambil peluang untuk mewujudkan budaya

    mengkaji di kalangan guru. Keinginan ini bagaimanapun dibayangi oleh kekurangan peluang

    membuat keputusan bersama, serta kekangan masa dari segi susunan jadual waktu dan

    masa lapang di sekolah yang terhad. Kekurangan ini akan dapat diatasi sekiranya pemimpin

    sekolah menggalakkan budaya mengkaji kerana dengan kajian peluang untuk membuat

    keputusan secara bersama lebih luas.

  • 7/23/2019 Tugasan 2 kolaborasi

    5/5

    Selain itu, kerjasama di antara sekolah-sekolah adalah lebih diutamakan untuk

    memupuk kesefahaman dan perpaduan di antara anggota-anggota yang terdiri daripada

    pelbagai kaum. Maka, di samping meningkatkan kerjasama dalam bidang aktiiti kurikulum

    dan kokurikulum di antara sekolah-sekolah daerah, negeri dan negara, konsep sekolah

    wawasan pula diperkenalkan oleh ahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

    Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, pada bulan Disember $%%6 bertujuan

    memberi peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk belajar dan

    berinteraksi bersama dalam sesuatu kawasan yang sama demi memupuk dengan lebih awal

    lagi perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat berbilang kaum.

    ?umusannya, musyawarah dan kolaborasi perlu dijadikan amalan oleh para guru

    dalam menentukan sesuatu keputusan bersama-sama demi perolehi hasil yang cemerlang.

    :ika kita meneliti aliran falsafah arat, permuafakatan lebih cenderung kepada aliran

    progresif, atau dikenali juga sebagai eksperimental, manakala indiidualistik lebih cenderung

    kepada aliran eksistential. Dari perspektif !slam pula, permuafakatan adalah suatu tuntutan.

    Konsep taawun alal birri wattaqwa, wala taawanu alal ithmi wal udwan sepatutnya menjadi

    motiasi untuk guru melaksanakan permuafakatan, justeru asasnya yang sangat kukuh, iaitu

    kebaktian dan ta@wa, dan serentak itu, menolak permuafakatan dalam perkara dosa dan

    permusuhan. Profesion guru memberi peluang untuk bertolong-tolongan demi kebaktian dan

    ta@wa, demi mencapai keredaan !lahi. Program-program yang dirancang itu perlu selari

    dengan polisi permuafakatan sekolah dan pelan pembangunan sekolah. Sebaik-baiknya

    aspek ketelusan yang bakal meningkatkan amalan permuafakatan diberi penekanan dengan

    pembentukan struktur tugas yang dapat diterima oleh keseluruhan guru. Pengamalan

    budaya permuafakatan membolehkan guru-guru berpeluang untuk berkongsi pengalaman

    melalui kajian dan belajar bersama-sama untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan

    pengajaran.