Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

17
1 PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM PENGAJARAN MATEMATIK 1.0 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk dibincangkan. Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan kehendak objektif kurikulum matematik sekolah menengah, iaitu memperkasakan kebolehan murid menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Berteraskan kepada kurikulum sekolah menengah yang disemak semula, juga mementingkan kebolehan para pelajar menggunakan teknologi dengan cara yang berkesan dalam pembelajaran. Ini jelas menunjukkan dalam era perkembangan teknologi ini, penggunaan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian pembelajaran interaktif dan dinamik, merupakan elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk mempersiap dan memperkasakan murid dalam menghadapi cabaran di masa hadapan. Selaras dengan kandungan dan harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu; “memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani yang bertujuan melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri dan seterusnya memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Terdapat beberapa strategi pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya menggunakan paparan multimedia, internet dan perisian interaktif yang kaya dengan teknologi terkini. Untuk memastikan teknologi digunakan di dalam kelas, maka guru perlu mempunyai persepsi dan kesediaan terhadap teknologi yang digunakan. Ini kerana persepsi guru terhadap teknologi maklumat memainkan peranan yang penting sebagai faktor yang menentukan keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

description

SME 6044

Transcript of Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

Page 1: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

1

PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM PENGAJARAN MATEMATIK

1.0 PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Teknologi dalam pendidikan bukan lagi suatu isu yang baru untuk dibincangkan.

Pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian dinamik

bergrafik mahupun media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Ini selaras dengan kehendak objektif kurikulum matematik sekolah menengah,

iaitu memperkasakan kebolehan murid menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk

membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu

matematik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

Berteraskan kepada kurikulum sekolah menengah yang disemak semula, juga

mementingkan kebolehan para pelajar menggunakan teknologi dengan cara yang berkesan

dalam pembelajaran. Ini jelas menunjukkan dalam era perkembangan teknologi ini,

penggunaan teknologi seperti komputer, kalkulator saintifik, perisian pembelajaran interaktif

dan dinamik, merupakan elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia

bertujuan untuk mempersiap dan memperkasakan murid dalam menghadapi cabaran di masa

hadapan. Selaras dengan kandungan dan harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu;

“memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi

dan jasmani yang bertujuan melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam mencapai

kesejahteraan diri dan seterusnya memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

Terdapat beberapa strategi pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk

mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya

menggunakan paparan multimedia, internet dan perisian interaktif yang kaya dengan

teknologi terkini. Untuk memastikan teknologi digunakan di dalam kelas, maka guru perlu

mempunyai persepsi dan kesediaan terhadap teknologi yang digunakan. Ini kerana persepsi

guru terhadap teknologi maklumat memainkan peranan yang penting sebagai faktor yang

menentukan keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 2: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

2

matematik. Dalam Pelan Rancangan Malaysia Kesembilan juga memberi perhatian terhadap

kepentingan teknologi dalam pengajaran pendidikan, iaitu:

“Kurikulum bagi latihan perguruan juga akan dikaji semula, antaranya untuk menambah

baik kandungan mata pelajaran, meningkatkan kemahiran pedagogi dan membolehkan

penggunaan ICT yang lebih meluas dalam bidang pendidikan.” (RMK 9, 2006, p. 31)

Lantaran itu, menyedari kepentingan penggunaan teknologi pada masa kini, maka guru

digalakkan mengukuhkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran. Antara usaha

untuk membentuk satu proses pengajaran supaya pelajar memahami sesuatu konsep adalah

dengan mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam bentuk yang boleh difahami oleh

pelajar. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih bermakna dengan mengintegrasikan

teknologi di dalam pengajaran ini juga, guru perlu mempunyai kesediaan dan pengetahuan

mengenai teknologi yang akan digunakan. Terutamanya memberi perhatian terhadap

bagaimana dan bila teknologi dapat digunakan dengan berkesan di dalam kelas matematik

(Powers & Blubaugh, 2005). Penggunaan teknologi sebagai bahan bantu mengajar juga dapat

menggalakkan pembelajaran secara penemuan dan bereksperimen.

1.1 PENGAYAAN PERSEKITARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BERBANTUKAN KALKULATOR DALAM BILIK DARJAH

Di negara maju, banyak usaha telah dijalankan untuk membawa teknologi ke bilik darjah.

Apa yang diperlukan ialah tenaga pengajar yang kreatif, berdaya maju dan sanggup

mempelajari sesuatu yang baru, khususnya teknologi kalkulator supaya penggunaannya dalam

pendidikan dapat diperluaskan. Para pendidik adalah pihak yang bertanggungjawab menjadi

agen perubahan, dengan menggunakan keupayaan teknologi sepenuhnya dalam pengajaran

dan pembelajaran. Ini kerana ia bukan sahaja mampu membantu dalam tugas pengurusan

pejabat malah berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan

pembelajaran. Secara umumnya, kita boleh lihat penggunaannya daripada 3 perspektif

i. Kalkulator sebagai subjek

Murid boleh didedahkan untuk mempelajari kalkulator sebagai bahan bantu dalam

proses pembelajaran. murid boleh diterangkan mengenai sejarah penciptaan

kalkulator, bagaimana menggunakan kalkulator secra optimum, komponen dalam

kalkulator dan kesan penggunaan kalkulator dalam bilik darjah.

Page 3: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

3

ii. Kalkulator sebagai alat

Antara kaedah yang paling berkesan untuk memanfaatkan keupayaan kalkulator

adalah dengan menggunakan kalkulator sebagai alat untuk membantu guru dan murid

dalam bilik darjah supaya lebih mudah dan berkesan.

iii. Kalkulator sebagai tenaga pengajar

Pengajaran boleh terjadi dalam bentuk persembahan bahan pengajaran, sesi soal-jawab

dengan murid, dan latihan kendiri yang bersifat individu. Melalui penggunaan

kalkulator, murid dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat dan menyemak

jawapan sendiri.

1.2 LATAR BELAKANG ISU

Penggunaan kalkulator di kalangan murid di Malaysia bermula di peringkat sekolah

menengah dan ke atas. Di sekolah menengah, terbahagi kepada dua peringkat. Bermula

tingkatan 1 hingga 3, penggunaan kalkulator hanya untuk menjawab soalan di Kertas 1 sahaja

(objektif) dan di menengah atas ialah pada Kertas 1 dan Kertas 2. Jadi, kesimpulan yang boleh

dibuat di sini ialah, penggunaan kalkulator masih terhad penggunaannya di kalangan murid-

murid di Malaysia.

Dapatan dari Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)

menunjukkan, proses pengajaran yang menggunakan kalkulator dan komputer mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam matematik ke peringkat lebih baik. Murid juga dapat menumpukan

perhatian terhadap pemahaman konsep matematik dan pengaplikasiannya dalam kehidupan

harian. Oleh itu, kemahiran penyelesaian masalah di kalangan murid dapat ditingkatkan.

Penggunaan kalkulator telah lama diamalkan di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di

negara-negara maju lain. Selain itu, kemajuan sains dan teknologi telah membawa satu makna

baru dalam kehidupan manusia masa kini. Dengan perkembangan yang pesat dalam bidang

elektronik, berbagai ciptaan baru telah dihasilkan termasuklah mesin pengira atau kalkulator.

Sepanjang tahun 1984 hingga 1989, cadangan penggunaan kalkulator dalam bilik

darjah hebat dibincangkan. Isu penggunaan kalkulator ini telah disiarkan dalam satu artikal

Berita Matematik ( September,1984) yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

Keadaan yang sama juga berlaku di negara lain. Dalam rencana yang ditulis oleh John

Costello ( 1992 ) yang bertajuk " A failed Revolution ", beliau menyatakan bahawa walaupun

dari tahun 1962 hingga 1965, isu mengenai kalkulator diterbitkan dalam stiap terbitan

Page 4: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

4

Mathematics Teaching, tetapi nampaknya penggunaan kalkulator memberikan kesan yang

kecil dalam pendidikan matematik.

Menurut kajian Hillary Shuad ( 1992 ), ramai orang dewasa sama ada guru, ibubapa

atau pihak kementerian yang menggunakan kalkulator hampir setiap hari dalam kerja mereka,

masih berasa satu keraguan untuk menyokong penggunaan kalkulator di sekolah. Antara

perkara - perkara yang dikhuatiri oleh mereka adalah seperti berikut:

i. Murid yang menggunakan kalkulator akan menjadi malas kerana mereka tidak perlu

berfikir.

ii. Murid yang menggunakan kalkulator mungkin tidak pandai menjalani algoritma yang

biasa yang melibatkan empat operasi, seterusnya mereka mungkin kurang faham

dengan konsep asas nombor.

Memang tidak boleh dinafikan bahawa setiap sesuatu perubahan baru diperkenalkan akan

mengakibatkan beberapa masalah. Kajian Lisa dan Carlos Curto ( 1992 ) mengenai

kepercayaan guru dan pengetua tentang penggunaan kalkulator dalam matematik sekolah

rendah juga memperolehi dapatan yang hampir sama iaitu :" teachers have fears that

calculator could have a negative impact on student's math learning but the principal's fear is

weaker".

Dalam satu kajian yang dijalankan di luar negara oleh Cockcroft pada awal tahun 1982,

telah melaporkan bahawa penggunaan kalkulator di sekolah rendah tidak akan menjejaskan

kemampuan murid membuat pengiraan secara congak atau bertulis. Ini adalah kerana

kalkulator tidak akan membantu seseorang yang tidak tahu memilih operasi yang sesuai.

mereka mesti dahulu mampu berfikir dalam menentukan operasi yang sesuai digunakan.

Tambahan pula kanak-kanak yang menggunakan kalkulator akan dapat belajar konsep

matematik seperti perpuluhan dan nombor negatif pada peringkat yang lebih awal daripada

mereka yang mengikuti kurikulum matematik biasa tanpa diperkenalkan dengan kalkulator.

Satu lagi kebaikan ialah pengalaman kanak-kanak mengenai nilai tempat dan sifir juga turut

diperluaskan.

Laporan mengenai penilaian Matematik Keempat (Lindquist, 1989) yang dijalankan di

Amerika Syarikat telah memaparkan hasil dapatan berikut:

Page 5: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

5

i. Secara amnya, murid yang menggunakan kalkulator mencapai prestasi yang lebih baik

daripada murid tanpa menggunakan kalkulator apabila membuat soalan pengiraan.

ii. Murid yang menggunakan kalkulator lebih berjaya menyelesaikan soalan yang mana

nombor dan operasi yang diberi adalah mengikut susunan dan tidak perlu menyusun

semula (reordering ). Perkara ini menjadi lebih ketara untuk soalan yang melibatkan

pembahagian.

Di Malaysia, terdapat beberapa rencana yang membincangkan isu kalkulator serta menyokong

dan menggalakkan penggunaan kalkulator di sekolah - sekolah pada tahun (1984-1989) oleh

(Palanisamy ,1984, Lim, 1986, Zaleha Ismail dan Maizah Hura Ahmad, 1989), tiada kajian

empirikal dijalankan ke atas sampel murid di malaysia. keadaan ini berlaku kerana kalkulator

masih belum dibenarkan penggunaannya oleh murid sekolah rendah. Namun, kajian telah

dijalankan oleh para pendidik (Abu Osman Md Taib dan rakan-rakan) di UKM untuk

meninjau kesan kalkulator terhadap sikap dan kebolehan pelajar kursus matrikulasi dalam

pelajaran matematik. hasil dapatan mereka adalah seperti berikut:

i. Pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap matematik dengan penggunaan

kalkulator dan penggunaan buku sifir.

ii. Pelajar boleh menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat menggunakan

kalkulator jika dibandingkan dengan penggunaan buku sifir atau congak.

Hasil kajian tempatan ini masih belum dapat mengurangkan atau meyakinkan beberapa

pihak yang terlibat tentang penggunaan kalkulator di sekolah tetapi hasil kajian luar negeri

sudah sedikit membatasi keraguan ini. Isu yang mungkin timbul berkenaan penggunaan

kalkulator ialah murid tidak akan dapat mengira secara manual, mencongak dan terlalu

bergantung kepada kalkulator sekiranya kita membenarkan penggunaannya seawal sekolah

rendah. Tidak semua pelajar yang boleh mencongak dan mengira secara manual terutamanya

apabila melibatkan pendaraban dan pembahagian. Jangankan di sekolah rendah, di sekolah

menengah juga menghadapi masalah yang sama. Walaupun bukan semua murid tetapi ia

melibatkan sebahagian besar murid. Apabila murid ini memasuki masyarakat, mereka akan

tetap menggunakan kalkulator untuk membuat pengiraan.

1.3 PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA

Page 6: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

6

1.3.1 Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

Pusat Perkembangan Kurikulum telah memberi garis panduan berkenaan kurikulum

matemaik iaitu Kurikulum Matematik Sekolah Rendah memberi penegasan terhadap

pembentukan asas ilmu matematik supaya penyemaian dan penyuburan pengetahuan, minat,

sikap dan nilai estetik berjaya melahirkan generasi yang berbudaya matematik. Di samping itu

kemahiran berfikir dan kemahiran belajar diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran

yang menegaskan penguasaan konsep, proses dan bahasa matematik. Ia juga bertujuan untuk

membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan

kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan

penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat

membantu murid melanjutkan pelajaran.

Sukatan Pelajaran matematik sekolah rendah juga menyenaraikan kandungan yang

perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah. Kandungan tersebut diolah mengikut

empat bidang pembelajaran utama iaitu Nombor, Ukuran, Bentuk dan Ruang dan Statistik.

Bagi setiap bidang, tajuk-tajuk disusun secara hierarki daripada yang paling asas kepada yang

abstrak.

1.3.2 Objekif Kurikulum Matematik

Pusat Perkembangan Kurikulum telah menggariskan objektif, Kurikulum Matematik

Sekolah Rendah. Objektif yang dirangka adalah untuk membolehkan murid:

i. Mengetahui serta memahami konsep, hukum dan prinsip yang berkaitan

dengan nombor, operasi, ruang, ukuran dan perwakilan data.

ii. Menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan

bahagi.

iii. Menguasai kemahiran bergabung.

iv. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu membuat anggaran dan

penghampiran, mengukur, mengendali data, mewakilkan maklumat dalam

bentuk graf dan carta.

Page 7: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

7

v. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi merancang strategi

menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam

kehidupan seharian.

vi. Menggunakan laras bahasa matematik yang betul.

vii. Menggunakan perkakasan dan perisian teknologi yang bersesuaian, untuk

membina pemahaman konsep, menguasai kemahiran matematik dan

menyelesaikan masalah.

viii. Mengamalkan ilmu matematik secara bersistem, heuristik, tepat dan teliti.

ix. Mendapat peluang melibatkan diri dalam perkembangan dunia pendidikan

matematik.

x. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

1.3.2 Kalkulator Di Sekolah Rendah Dan Menengah

Penggunaan kalkulator di kalangan pelajar di Malaysia bermula di peringkat sekolah

menengah dan ke atas. Di sekolah menengah, terbahagi kepada dua peringkat. Bermula

tingkatan 1 hingga 3, penggunaan kalkulator hanya untuk menjawab soalan di Kertas 1 sahaja

(objektif) dan di menengah atas ialah pada Kertas 1 dan Kertas 2. Jadi, kesimpulan yang boleh

dibuat di sini ialah, penggunaan kalkulator masih terhad penggunaannya di kalangan pelajar

di Malaysia.

Dapatan dari TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) menunjukkan,

proses pengajaran yang menggunakan kalkulator dan komputer mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam matematik ke peringkat lebih baik. Pelajar juga dapat menumpukan perhatian

terhadap pemahaman konsep matematik dan pengaplikasiannya dalam kehidupan harian. Oleh

itu, kemahiran penyelesaian masalah di kalangan pelajar dapat ditingkatkan. Penggunaan

kalkulator telah lama diamalkan di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di negara-

negara maju lain.

1.3.4 Rasional Penggunaan Kalkulator Dalam Pendidikan Di Sekolah

Isu yang mungkin timbul berkenaan penggunaan kalkulator ialah murid tidak akan

dapat mengira secara manual, mencongak dan terlalu bergantung kepada kalkulator sekiranya

kita membenarkan penggunaannya seawal sekolah rendah. Tidak semua pelajar yang boleh

Page 8: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

8

mencongak dan mengira secara manual terutamanya apabila melibatkan pendaraban dan

pembahagian. Jangankan di sekolah rendah, di sekolah menengah juga menghadapi masalah

yang sama. Perkembangan teknologi dalam pendidikan telah banyak merevolusikan amalan

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Inder (1982), “Mathematics is a

language which is a way of describing, recording in mathematical sentences and

interpretating the symbols used to relationship.”

Selain itu, Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi

kandungan, kegunaan dan cara mempelajarinya. Bagi ahli matematik, matematik adalah satu

bahasa yang unik di mana ia melibatkan komunikasi konsep-konsep melalui simbol.

Matematik yang diajar di sekolah perlu turut berubah. Terdapat juga desakan-desakan supaya

kaedah pengajaran matematik direvolusikan selari dengan kemajuan bidang sains dan

teknologi pada masa kini.

2.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA

2.1 Keperluan Perubahan Pendidikan di Malaysia

Perkembangan teknologi telah banyak mempengaruhi setiap liku-liku kehidupan masa

kini. Oleh itu, budaya sekolah seharusnya perlu diubahkan daripada sesuatu yang berdasarkan

memori kepada berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan

teknologi terkini (KPM, 1997). Perlaksanaan Sekolah Bestari dapat membuka tempat dan

ruang seluas-luasnya kepada teknologi dalam sistem pendidikan. Mengikut pengarang buku

“Reshaping Schools Mathematics: A Philosophy and Framework For Curriculum” (National

Research Council, 1990) telah membincangkan kepentingan perubahan dalam pendidikan

matematik. Antaranya ialah:

i. Pendidikan matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua

rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarakat. Oleh yang

demikian, skop dan kualiti Matematik perlu diperkembangkan lagi dengan idea-idea

baru yang canggih.

ii. Ciri-ciri bidang matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik

matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru.

Page 9: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

9

iii. Perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan

penyelesaian masalah yang efektif.

iv. Pandangan pelajar juga telah berubah di mana kanak-kanak zaman kini ingin belajar

dengan lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan menganalisa dan

menerokai penyelesaiaan masalah mereka.

v. Perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan suatu aspek yang

membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik pada semua peringkat.

vi. Teknologi elektronik seperti kalkulator dan komputer adalah alatan penting dalam

pengajaran, pembelajaran dan penyelesaian matematik. Alatan ini membekalkan imej

visual bagi idea-idea matematik; mereka juga mempermudahkan jalan kerja untuk

mengatur dan menganalisa data; serta mereka menjalankan komputasi dengan cekap

dan tepat.

Teknologi juga dapat digunakan untuk memupukkan pemahaman konsep matematik.

Dalam program matematik, teknologi patut digunakan dengan meluas dan dengan

tanggungjawab, untuk mencapai matlamat serta tujuan memperkayakan pembelajaran murid-

murid di dalam matematik. Kewujudan, keserbabolehan dan kuasa yang terkandung di dalam

teknologi membolehkannya untuk menyemak semula matematik apakah yang patut murid-

murid belajar serta juga bagaimanakah mereka dapat belajar dengan paling baik.

Di samping itu, alatan teknologi dapat meyokong penyiasatan dan penerokaan yang

dijalankan oleh murid-murid dalam semua aspek matematik, termasuklah geometri, statistik,

algebra dan nombor. Apabila teknologi sedia wujud dalam proses pembelajaran murid-murid,

mereka dapat lebih menumpu perhatian ke atas aktiviti-aktiviti membuat keputusan atau

kesimpulan, merenung atau membuat refleksi, menaakul dan menyelesaikan masalah.

Menurut James T. Fey (1989), murid-murid dapat belajar lebih banyak matematik dengan

lebih mendalam dan terperinci lagi apabila menggunakan teknologi yang sesuai.

Kajian Trafton dan Claus (1994) menyatakan “Technology is dramatically changing

mathematics; as a result, the mathematics that students learn also must change. It has been

said that same mathematics has become more important because technology requires it; some

mathematics has become less important because technology replaces it; and some

mathematics has become possible because technology allows it.”

Page 10: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

10

Daripada titik ini, pengiktirafan peranan teknologi dalam pendidikan matematik telah

membawa pembelajaran matematik menjangkau batasan amalan pengajaran dan pembelajaran

tradisional seterusnya menimbulkan keperluan dalam merombak semula kandungan konsep

serta konseptual dengan mata pelajaran matematik secara umumnya.

2.2 KELEBIHAN PENGGUNAAN KALKULATOR

Melalui dapatan kajian-kajian terdahulu dan pemerhatian, tidak disangkal lagi

penggunaan kalkulator dalam bilik darjah mempunyai kelebihannya tersendiri. Melalui

penggunaan kalkulator secara lebih komprehensif, tahap keseronokan dalam bilik darjah dapat

ditingkatkan. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dapat memberi keyakinan diri

kepada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara pembelajaran yang

berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan (kaedah tradisional). Melalui kaedah ini,

murid boleh membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu mereka belajar nombor

seterusnya boleh menambah dan menolak nombor yang lebih besar. Selain itu, kurikulum

yang lebih terbuka dapat diwujudkan. Pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi

(kalkulator) dapat memberi peluang kanak-kanak mengembangkan idea dengan lebih bernas.

Kanak-kanak boleh mengira nombor sehingga angka yang lebih besar seterusnya menerapkan

kaedah pengajaran berbentuk eksplorasi kepada mereka.

Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini dapat menambah pengalaman dengan

meneroka pengetahuan baru seperti memperkenalkan nombor perpuluhan dan nombor negatif

pada peringkat yang lebih awal. Ini seterusnya memberi idea kepada pengenalan kurikulum

baru di peringkat sekolah rendah bagi menggantikan kurikulum yang sedia ada yang nampak

seperti statik. Melalui kandungan kurikulum yang baru di mana kalkulator menawarkan cara

pembelajaran yang berbeza. Kalkulator juga boleh memperkenalkan simbol dan menerangkan

konsep dengan mencari pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah. Tambahan pula,

kalkulator juga mampu meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak

seperti menggunakan prinsip penaakulan (number sense) atau bekerja dengan cara yang

berbeza.

Selain itu, penggunaan kalkulator mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti

penerokaan ke atas nombor di kalangan murid. Contoh untuk menyelesaikan masalah seperti

1 + 24 = 25, 3 + 22 = 25, 26 – 1 = 25 dan sebagainya di mana dengan menggunakan

Page 11: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

11

kalkulator pelbagai kemungkinan kombinasi jawapan boleh dibentuk dengan cepat dan tepat.

Penggunaan kalkulator ini sebenarnya lebih menekankan kepada satu corak pembelajaran

yang mampu meningkatkan pengiraan secara kreatif di samping mampu untuk menerangkan

atau menjelaskan sesuatu konsep asas pengiraan khususnya bagi sekolah rendah. Lantaran itu,

secara tidak langsung kalkulator mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk

permainan dan penyiasatan. Ini seterusnya mampu mencungkil kebolehan dan pengetahuan

murid dalam menerima sesuatu siri pembelajaran matematik sebagai persediaan mental untuk

memahami matematik dalam bentuk yang lebih abstrak.

Tambahan pula, murid yang menggunakan kalkulator lebih berjaya menyelesaikan

soalan yang mana nombor dan operasi yang diberi adalah mengikut susunan dan tidak perlu

menyusun semula (reordering). Murid yang telah menguasai kemahiran asas akan lebih cepat

menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Keadaan ini seterusnya dapat memberi motivasi

terhadap pembelajaran matematik secara mendalam dan berterusan. Ini adalah kerana

penggunaan kalkulator membolehkan murid menjawab soalan-soalan yang lebih mencabar

pada peringkat yang lebih awal. Dengan menggunakan kalkulator, pelajar boleh menumpukan

perhatian kepada aplikasi konsep dan penyelesaian masalah. Murid-murid tidak akan

berhadapan dengan jalan penyelesaian yang panjang lebar dan akan menjadikan pembelajaran

matematik lebih seronok dan bermakna.

2.3 KEBURUKAN PENGGUNAAN KALKULATOR

Kalkulator merupakan mesin ciptaan manusia yang digunakan untuk membantu

manusia dalam pengiraan dan penyelesaian masalah dengan lebih cepat dan tepat. Namun,

penggunaan dalam pembelajaran matematik di kalangan kanak-kanak dikhuatiri akan

menjejaskan minda mereka yang akan terlalu bergantung kepada mesin (kalkulator)

berbanding kemampuan kognitif masing-masing. Oleh hal yang demikian, akan wujud

keburukan akibat kebergantungan kepada kalkulator.

Perkara utama yang paling dibimbangkan oleh pendidik dan masyarakat adalah

hilangnya seni matematik itu sendiri. Murid akan lebih malas mendalami ilmu matematik dan

motivasi murid untuk melakukan latih tubi atau mengulangi pengiraan yang dijalankan secara

manual berkurangan kerana kalkulator boleh melakukannya dengan lebih cepat dan tepat.

Murid akan bergantung sepenuhnya kepada kalkulator walaupun untuk pengiraan congak

Page 12: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

12

mudah. Selain itu, kemungkinan murid lebih cuai dalam pengiraan berbanding sebelumnya.

Keadaan ini terjadi kesilapan semasa melakukan pengiraan menggunakan kalkulator dan

murid tidak membuat semakan semula. Jawapan yang diberikan murid juga mungkin tidak

sama dengan jawapan yang menggunakan pengiraan secara manual kerana jalan kerja yang

berbeza.

Tambahan pula, terdapat kebimbangan bahawa murid akan ambil mudah mata

pelajaran matematik. Sesetengah murid tidak memaksimumkan penggunaan kalkulator.

Mereka tidak berminat untuk mempelajari cara menggunakan kalkulator dengan lebih

mendalam. Mereka hanya menggunakan kalkulator bagi mendapatkan jawapan akhir sahaja.

Dengan penggunaan kalkulator juga menyebabkan murid tidak menghafal sifir dengan baik.

Kegagalan menguasai sifir-sifir asas (sifir 2 hingga 9) akan menyebabkan pelajar lemah

dalam pecahan dan algebra asas. Natijahnya, motivasi murid untuk melakukan latih tubi dan

membuat latihan akan berkurangan kerana kalkulator telah mengambil alih jalan kerja secara

manual (pensel dan kertas).

2.4 CABARAN PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM MATEMATIK

John Costello (1992) dalam rencana beliau yang bertajuk “A failed Revolution”

menyatakan bahawa sejak tahun 1962 hingga 1965 isu penggunaan kalkulator dalam

matematik telah diterbitkan dalam setiap terbitan Mathematic Teaching tetapi akhirnya ia

merupakan “calculator have made remarkably little impact on school mathematics”. Begitu

juga yang terjadi di Malaysia dalam Berita Matematik terbitan Pusat Perkembangan

Kurikulum mengenai isu penggunaan kalkulator telah di tolak keras oleh Pembuat Dasar

negara Malaysia.

Namun di luar negara terutama di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Perancis,

Jerman Australia dan jiran terdekat Malaysia iaitu Singapura telah mengaplikasikan

penggunaan kalkulator dalam pengajaran matematik secara berperingkat-peringkat bagi

bersaing dalam era globalisasi kini. Cabaran yang menghantui masyarakat kita mengenai

penggunaan kalkulator dalam matematik ialah:

i. Mereka bimbang kanak-kanak akan malas berfikir. Namun, jika difikirkan sudah

tentu kenyataan dan alasan ini terlalu lemah, untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Page 13: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

13

penyelesaian masalah matematik, pelajar perlu berfikir terlebih dahulu cara untuk

menyelesaikannya.

Contoh:

“Daniel mempunyai 105 ekor ayam, dia menjual 44 ekor ayamnya di pasar. Dalam

perjalanan pulang, Siti telah meminta 6 ekor ayam Abu. Berapa ekor ayam yang

tinggal?”

Bagi soalan ini, murid mesti memikirkan terlebih dahulu operasi apakah yang patut

digunakan, kemudian barulah merangka jalan penyelesaian.

ii. Mereka bimbang murid-murid serta pelajar akan kurang faham penggunaan

algoritma dan konsep asas nombor. Walaupun kebimbangan ini berasas, murid akan

mampu menguasai konsep asas nombor dengan sendirinya setelah mereka mahir

menggunakan kalkulator. Apa yang penting guru haruslah menerangkan dan sentiasa

mengingatkan murid-murid tentang konsep asas nombor dan bahasa matematik.

Proses pengulangan mampu menambahbaik konsep asas nombor dan bahasa

matematik murid.

iii. Mereka bimbang murid akan leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam

mengikuti isi pelajaran matematik di sekolah. Bagi menangani isu ini, guru perlu

menjana sesuatu kaedah, kerangka jalan kerja dan strategi baru yang dapat menarik

minat murid dalam mengikuti pembelajaran matematik. Di samping itu mereka pasti

akan lebih seronok lagi menyiapkan tugasan kerana merasa semua soalan adalah

senang untuk diselesaikan. Di dalam peperiksaan, murid selalunya tidak dapat

menyelesaikan semua soalan dalam masa yang telah ditetapkan kerana terpaksa

menyelesaikan masalah tersebut dengan cara panjang dan mesti menghafal sifir

dengan baik. Murid kita dapat menyelesaikannya namun memerlukan masa yang

panjang berbanding dengan murid yang menggunakan kalkulator.

iv. Mereka bimbang akan adanya sikap kebergantungan kepada elemen moden

sahaja tanpa berusaha untuk mendalaminya secara manual. Untuk merevolusikan

bidang pendidikan, setiap langkah sememangnya akan mengundang risiko.

Walaubagaimanapun, cuba kita renung situasi di sekeliling kita, kita ingin murid maju

ke depankah, mundur ke belakangkah atau tidak bergerak langsung? Tamadun

teknologi dan IT telah menguasai dunia sekarang, jika kita mengharapkan generasi

Page 14: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

14

masa depan kita maju ke depan kita perlu bergerak seiring dengan tamadun tersebut,

murid juga mempunyai impian dan hasrat kearah itu.

v. Kemahiran mengira akan terbantut. Kemahiran mengira boleh dilatih melalui

proses pengulangan. Cuba renung melalui analogi seperti murid yang menggunakan

telefon bimbit, mereka boleh menaip pesanan ringkas tanpa perlu melihat huruf-huruf

kerana mereka telah menguasai konsep tersebut. Begitu juga dengan kalkulator, proses

pengulang pasti berlaku, maka mereka juga mampu mengusai kemahiran mengira

tersebut. Contoh soalan darab, 6 x 6 = 36, soalan bukan sekali akan muncul seumur

hidup mereka pasti berulang kali, maka mungkin kali kedua mereka masih belum

menguasai, tetapi untuk kali ketiga dan seterusnya pasti mereka telah mampu

menguasai, jadi secara tidak langsung mereka tidak perlu lagi menggunakan kalkulator

untuk mengiranya.

Walaubagaimanapun menurut laporan Cockfort (1982), Penyataan 378

menyatakan penggunaan kalkulator dalam matematik tidak akan menjejaskan

kemampuan murid membuat pengiraan secara congak atau bertulis. Pengguna

kalkulator mesti mampu berfikir dalam menentukan operasi yang sesuai untuk

digunakan. Kajian yang dijalankan oleh Hembree dan Dessart (1986) ke atas 79 kajian

kesan penggunaan kalkulator dalam pencapaian prestasi matematik didapati:

Murid yang menggunakan kalkulator dari pengajaran tradisi tidak menjejaskan

kemahiran mereka dalam penggunaan algoritma, malah ia mempertingkatkan

lagi kemahiran murid sederhana dalam empat operasi dan penyelesaian

masalah.

Sikap positif terhadap matapelajaran matematik dan membina keyakinan diri

yang tinggi daripada rakan-rakan yang tidak menggunakan kalkulator.

Kebolehan menyelesaikan banyak soalan/permasalahan matematik dengan

cepat dan tepat.

Menjimatkan masa guna tenaga kerja berbanding penggunaan kertas dan

pensel.

Page 15: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

15

3.0 KESIMPULAN

Penggunaan kalkulator dalam pendidikan matematik adalah untuk memberi peluang

kepada guru dan murid memaksimumkan perhubungan di antara fizikal (kertas dan pensel)

dan mental melalui persembahan bilik darjah yang lebih berkesan dan bermakna. Memang

akan timbul beberapa isu dan masalah melalui penggunaan kalkulator dalam matematik

khususnya sekolah rendah. Walaubagaimanapun, sesuatu yang mempunyai potensi untuk

meningkatkan penguasaan matematik di kalangan murid tidak harus diketepikan. Sesuatu

inovasi akan mengambil masa untuk diterapkan dalam amalan biasa, namun disinilah peranan

guru sebagai pendidik dan pemudah cara bagi menarik minat dan memberi motivasi kepada

murid agar hasrat kerajaan dan falsafah pendidikan negara akan terlaksana.

Selain itu, penggunaan teknologi seperti kalkulator memberikan banyak kelebihan dan

keberkesanan dalam pengajaran matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah.

Kalkulator sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada guru untuk mempraktikkan

pengajaran penyiasatan secara lebih komprehensif dan meluas. Di samping itu, penggunaan

kalkulator perlu ditangani dengan sebaik-baiknya agar keberkesananya benar-benar berguna

kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 16: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

16

4.0 RUJUKAN

1) Abu Osman bin Md.Tap, Zainodin Hj. Jubok, Mokhtar bin Abdullah dan Ahmad

Mahir Razali ( 1986 ). “Kesan kalkulator terhadap pendidikan matematik di sekolah:

Jurnal Pendidikan”. 10 dan 11. ms 71-78.

2) Cockcoft (1982). “The Cockcroft Report: Mathematics Count.” New University of

Ulster, Coleraine, UK.

3) Hassan Langgulung ( 1991 ) “Kreativiti dan Pendidikan. Satu Kajian Psikologi dan

Falsafah.” Dewan Bahasa dan Pustaka.

4) Hembree R. and D. Dessart. (1986). “Effects of hand-held calculators in precollege

mathematics education: A meta-analysis.” Journal for Research in Mathematics

Education.

5) James T. Fey (1989) Educational Studies in Mathematics. “Technology and

Mathematics Education: A Survey of Recent Developments and Important Problems.”

The Joint Committee of the Mathematical Association of America & The National

Council of Teachers of Mathematics, USA.

6) KPM (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Suatu Lonjakan Saujana, Kuala Lumpur.

7) Lisa Leonor Grable and Carlos Curto (2001), ” Middle School Science and

Mathematics Teachers and Their Students: Adapting to Technologies that Work”,

North Carolina State University, USA.

8) National Council of Teachers of Mathematics. ( 1974 December ). “NCTM Board

approves policy statement on the use minicalculator in the mathematics classroom.”

NCTM newsletter.

9) National Council of Teachers of Mathematics (2001). “Principles and Standards for

School Mathematics.” New York.

10) Palanisamy, K.V. ( 1984 ). kalkulator elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik. Berita Matematik, no. 29, September 1984. ms. 2-7. Kuala Lumpur: Pusat

perkembangan Kurikulum.

11) Robert Powers and William Blubaugh (2005). “Technology in Mathematics

Education: Preparing Teachers for the Future.” University of Northern Colorado,

USA.

12) Shuard, Hilary ( 1992 ): “Let's stop wasting time.” Micromath, spring 1992, v.8, n.1,

29-30.

Page 17: Tugasan 2 Penulisan Ilmiah Kumpulan 7

17

13) Trafton, P.R. & Claus, A.S. (1994) A Changing Curriculum for a Changing Age.

Windows of Opportunity: Mathematics for Students with Special Needs, The National

Council of Teacher of Mathematics Inc. Virginia, USA

14) Zaleha Haji Ismail dan Maznah Hura Haji Ahmad ( 1989 ). Bantuan kalkulator dalam

pengajaran matematik.

Berita Matematik. no. 35, Disember 1989, m.s. 30-36. Kuala Lumpur: Pusat

Perkembangan Kurikulum.