TUGASAN 2 PENULISAN

download TUGASAN 2 PENULISAN

of 19

description

tugasan

Transcript of TUGASAN 2 PENULISAN

MAKSUD PENTAKSIRAN

Pengertian istilah pentaksiran atau assessmentadalah berasal daripada perkataan Greek Assidere iaitu bermaksud duduk di sisi (Adimin, 2011). (Ghafar, 2011) mendefinisikan pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian, proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisian dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap objektif pengajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. (Airasian, 2004) menyatakan bahawa pentaksiran adalah pengumpulan, sintesis dan interprestasi maklumat di mana pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru dalam membuat keputusan pembelajaran. Pentaksiran meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang pembelajaran pelajar (pemerhatian, penilaian prestasi atau projek, ujian kertas dan pensil) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai kemajuan pembelajaran (Linn &Miller, 2005).Justeruitu,pentaksiran yangdilaksanakandisekolahdanbilikdarjahmerujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi membuat penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

PENTAKSIRAN TRADISIONALPentaksiran tradisional adalah sejenis pentaksiran yang sering orang fikirkan ketika mereka mendengar perkataan "test" atau "ujian". Pentaksiran tradisional merujuk kepada jenis taksiran yang memaksa sesuatu pilihan seperti jenis soalan aneka pilihan (MCQ), isi tempat kosong dan sambungkan perkataan yang sepadan. Pentaksiran Tradisional dimaksudkan dengan teori skoran klasikal sebenar, iaitu berdasarkan ujian. Ia ditemui berdasarkan anggapan bahawa skoran perolehan seseorang keatas sesuatu ujian merangkumi skoran sebenar dan ralat pengukuran yang tidak berhubungkait.

Pentaksiran tradisional secara umumnya kerap digunakan oleh golongan pendidik kerana pentaksiran ini hanya memerlukan masa yang singkat sahaja untuk proses penyediaan dan ia mudah digunakan untuk menguji pencapaian matlamat pengajaran. Melalui pentaksiran ini juga situasi ketindasan terhadap pencapaian pelajar juga dapat dielakkan. Tambahan pula pentaksiran ini dapat dilaksanakan dalam bilik darjah selepas proses pembelajaran dan pengajaran.

Pembelajaran matapelajaran matematik dikatakan kurang menarik minat pelajar mungkin disebabkan kaedah pengajaran yang digunakan membosankan ataupun rumus yang sukar dihafal dan kurang difahami oleh pelajar. Ramai pendidik lebih cenderung menggunakan kaedah pentaksiran tradisional untuk memaksa pelajar mempelajari matematik pada awal pengenalan topik sahaja. Sebagai contoh, pendidik akan memberi kertas lembaran berbentuk soalan aneka pilihan(Multiple Choice Question - MCQ). Meskipun pelajar dapat menjawab kesemua soalan dengan tepat, ini tidak bermakna penguasaan pelajar terhadap sesuatu topik matematik adalah lengkap. Lantaran, lembaran kerja tidak mampu menguji tahap penguasaan pelajar terhadap masalah matematik yang telah dipelajari sepenuhnya. Kemungkinan besar pelajar hanya sekadar menghafal rumus sahaja, tetapi terlalu sukar bagi mereka untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

Walaubagaimanapun hasil daripada kajian Bol et al. (1998) menunjukkan guru-guru Matematik kurang menggunakan kaedah pentaksiran tradisional berbanding dengan guru-guru matapelajaran yang lain.

JENIS PENTAKSIRAN TRADISIONALPelbagai jenis pentaksiran tradisioanal boleh digunakan dalam pentaksiran ini. Diantaranya ialah

Soalan Aneka Pilihan (Multiple Choice Question)

Isi Tempat Kosong (Fill In The Blank ) Ujian Penempatan (Placement Test) Ujian Seragam (Standardized Tests) Ujian Akhir (Final Exams) Benar / Salah (True/False) Jawapan Pendek (Short Answer) Karangan (Essay) Padankan (Matching) Graf (Graphing)CIRI-CIRI PENTAKSIRAN TRADISIONAL Ujian tidak autentik Tumpuan utama sumatif, dan hasilnya tidak selalu digunakan dalam pengajaran

Penekanan dibuat kepada produk Pelajar diberikan markah berdasarkan bilangan atau peratusan yang betul

Ujian diskor dengan mudah dan cepat

Item yang sering digunakan adalah aneka pilihan, suaipadan atau betul/salah

Item ujian pengetahuan pasif(Pelajar hanya diperlukan untuk mengenali jawapan yang betul,bukan untuk menghasilkannya)

Pentaksiran ini biasanya dinilai untuk kesahan statistik dan kebolehpercayaan

KEBAIKAN PENTAKSIRAN TRADISIONALPentaksiran tradisional merupakan method yang efisen dan efektif untuk menentukan penguasaan pelajar terhadap isi pembelajaran. Ujian tradisional lebih mudah untuk dilaksanakan di dalam kelas dan ia mengambil masa yang singkat sahaja untuk mengetahui hasilnya berbanding dengan amalan pentaksiran yang lain. Pentaksiran ini amat sesuai terhadap guru yang mempunyai kekangan masa untuk mentaksir pelajarnya terutama di dalam bilik darjah. Ujian pentakrifan tradisional ini juga lebih berbentuk objektif dan keadaan ini dapat membantu mengelakkan penindasan oleh guru itu sendiri kerana ia tidak dipengaruhi oleh sikap guru yang menilai pelajar tersebut.

Pentaksiran Tradisional digunakan untuk mentaksirkan hasil pembelajaran bagi setiap sesi pembelajaran dan pengajaran. Ia juga bertujuan untuk membolehkan perbandingan keseluruhan populasi. Pentaksiran tradisional juga penting, di mana jenisnya yang bercorak aneka soalan aneka pilihan (MCQ), isi tempat kosong dan sambungkan perkataan yang sepadan merupakan aspek sebenar yang akan diuji di dalam peperiksaan akhir tahun. Justeru, perlaksanaan lembaran kerja perlu diseimbangkan sebagai latihan bagi mempersiapkan pelajar menduduki peperiksaan.

KELEMAHAN PENTAKSIRAN TRADISIONALUjian pentaksiran tradisional kurang memberi pendedahan terhadap pemahaman serta perkembangan pemikiran pelajar terhadap sesuatu pembelajaran. Ia lebih kepada proses hafalan serta pengulangan pengajaran. Pentaksiran tradisional tidak mengambil kira tentang pencapaian secara holistic dan bagaimana pelajar berupaya bekerja secara berkumpulan. Pentaksiran tradisional yang dijalankan oleh guru melalui lembaran kerja yang diberikan lebih berfungsi untuk menguji penguasaan isi kandungan pengajaran pelajar. Dalam lembaran kerja tersebut, guru menyediakan ruang kosong dan pilihan bagi setiap jawapan dan mengarahkan pelajar untuk memilih jawapan yang sesuai dari senarai yang diberikan. Keadaan ini hanya akan membantu guru untuk mendapat maklum balas dari pelajar, melalui kerjanya, terhadap penyampaian isi kandungan pengajaran yang dijalankan. Namun, oleh kerana pelajar masih lagi di tahap pendedahan, pasti ilmu yang disampaikan merupakan sesuatu yang baru kepada diri pelajar, sebaliknya amat penting bagi guru untuk mengambil kira proses pembelajaran pelajar tersebut.

Dengan menjalankan pentaksiran tradisional melalui aktiviti lembaran kerja, guru tidak dapat mengenalpasti maklumat-maklumat penting, seperti kekeliruan pelajar, kesukaran yang dialami oleh pelajar dan sebagainya, yang dapat membantu guru membina pengajaran yang dapat meningkatkan lagi pengetahuan pelajar.Pentaksiran yang sebegini tidak dapat membantu guru mengenal tahap penguasaan dan pemahaman pelajar yang sebenar kerana tiada platform untuk pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam konteks kehidupan harian. Malah, dengan penggunaan lembaran kerja yang berteraskan pembelajaran yang dijalankan, pelajar mungkin lebih cenderung kepada proses penghafalan. Ini menghalang guru dari membuat penyesuaian bagi pengajaran seterusnya dan tidak dapat menyokong proses pembelajaran pelajar secara berkesan.

PENTAKSIRAN ALTERNATIFPentaksiran alternatif secara umumnya ditakrifkan sebagai kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional seperti ujian pensil dan kertas. Pentaksiran alternatif menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti pentaksiran sumatif. Ia bertujuan untuk mendedahkan kemahiran pemikiran kritikal dan mentaksir pelajar dengan meminta pelajar untuk menyelesaikan tugasan terbuka yang mengambil tempoh lebih daripada satu kelas untuk melengkapkannya ( Companies, 2011 ). O Malley dan Valdez Pierce mendefinisikan pentaksiran alternative sebagai mana-mana cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan kanak-kanak dan pengajaran terurus dikatakan sebagai satu alternative kepada ujian tradisional terutama ujian soalan aneka pilihan ( Stiggins 1991 )

Jesturu itu, pentaksiran alternatif adalah pentaksiran di mana pelajar menghasilkan atau mencipta jawapan sendiri terhadap sesuatu persoalan, sama ada dalam bentuk esei atau lukisan yang mana bertentangan dengan kaedah memilih daripada jawapan yang telah diberikan seperti yang lazimnya dilihat pada ujian aneka pilihan. Pentaksiran alternatif termasuk menjawab soalan pendek, esei, penilaian prestasi, persembahan lisan, pameran, dan juga portfolio. Pentaksiran alternatif merupakan semua aktiviti pentaksiran yang dijalankan selain daripada aktiviti pentaksiran tradisional yang menekankan konsep pensil dan kertas untuk menguji dan mengukur. Maka, pentaksiran alternative boleh dirujuk sebagai pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran. Contohnya ialah dengan menanya soalan secara spontan kepada pelajar tanpa menulis soalan tersebut di papan putih iaitu:

Apa yang anda faham tentang garis nombor?

Bagaimana anda boleh guna garis nombor ini untuk membantu anda dalam pembelajaran Matematik?

Jelaskan bagaimana anda anda menyusun nombor berikut 3, , , 7.7, 8 dalam garis nombor?

Kemungkinan jawapan yang diterima dari pelajar.

a) Membantu mengira perpuluhan.

b) Boleh menunjukkan pecahan-pecahan di garis nombor.

c) Membantu mencari perbezaan antara dua nombor.

d) Membantu mengira dengan tepat.

Pelajar juga boleh menyusun nombor-nombor tersebut dengan turutan yang betul.

Seterusnya, pelajar diminta untuk menjawab soalan berikut: Cari nilai untuk a dan b

Pelajar akan memberikan jawapan yang berbeza-beza berdasarkan pengetahuan mereka masing-masing. Kemungkinan besar, boleh memberikan jawapan yang betul atau tidak betul bagi soalan di atas.

KELEBIHAN PENTAKSIRAN ALTERNATIFPentaksiran alternatif adalah satu jenis pentaksiran yang lebih autentik menurut Pavlenko 2001. Beliau menyatakan sedemikian kerana ia menunjukkan dan memaparkan kurikulum yang sebenar dijalankan dibilik darjah. Manakala menurut Cotton 1998, OMalley dan Valdez Pierce pula menyatakan bahawa pentaksiran alternatif boleh memberikan perspektif yang jelas dan berterusan tentang kemajuan murid dengan membekalkan maklumat kekuatan dan kelemahan setiap murid dan pelbagai jenis maklumat yang dapat menilai kemajuan murid. Keadaan ini membolehkan murid terus menunjukkan kemajuan dan pada masa yang ia boleh memberi peluang untuk mereka meningkatkan prestasi mereka. Sesetengah pentaksiran alternatif juga mudah dibangunkan dan mengurangkan masa persediaan berbanding dengan ujian tradisional. Tambahan pula ianya juga jarang menganggu aktiviti pembelajaran bilik darjah. Selain itu, murid juga dapat bergiat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dimana murid dapat menjawab persoalan yang diajukan oleh guru ketika sesi pengajaran. Pada masa yang sama melalui aktiviti ini, pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka dimana mereka dapat memberikan jawapan sama ada dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris ketika diajukan soalan. Seterusnya keadaan ini memberikan semangat keberanian kepada setiap individu untuk menjawab soalan. Selain itu, melalui pentaksiran alternatif juga membolehkan sseorang pelajar mempertingkatkan kemahiran berfikir mereka dimana seseorang dapat berfirkir secara analitika, kritikal dan kreatif untuk menjawab persoalan yang diajukan.

KELEMAHAN PENTAKSIRAN ALTERNATIFPelaksanaan pentaksiran alternatif diperingkat sekolah dan di dalam bilik darjah agak sukar untuk dilaksanakan. Berdasarkan kajian yangdilaksanakan oleh (Rahman & Ali, 2008) mendapati terdapat beberapa faktor permasalahan yang menghalang dan mengehadkan pelaksanaan pentaksiran kerja kursus atau protfolio yang mana sebahagian daripada pentaksiran alternatif atau dikenali sebagai pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Faktor guru adalah yang paling penting dalam melaksanakan pentaksiran alternatif. Kajian juga menunjukkan guru-gurumempunyai tahap pengetahuan dan kemahiranyangsederhanatinggidalammelaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus. Masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyelia dan membimbing pelajar serta mengganggap proses melaksanakan pentaksiran mengganggu tugas-tugas yang lain. Begitu juga kajian (Noor & Sahip, 2010) yang menunjukkan bahawa jadual waktu guru-guru yang agak padat menyukarkan guru untuk melaksanakan pentaksiran tersebut. Kajian oleh (Begum & Farooqui, 2008) pula menyatakan bahawa guru sangat optimis mengenai perubahan sistem pentaksiran. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun kerajaan telah melaksanakan sistem pentaksiran baru, kebanyakan guru-guru tidak mendapat latihan yangsecukupnya untuk melaksanakan projek tersebut. Guru yang tidak terlatih akan mempunyai kefahaman yang sedikit seterusnya akan menyebabkan markah tidak dapat diagihkan dengan berkesan akibat ketidakmampuan guru tersebut. Jika pentaksiran alternatif ini dilaksanakan tanpa menyediakan latihan yang mencukupi kepada guru-guru, jurang yang besar akan wujud antara strategi yang digubal oleh kerajaan dengan realiti sebenar dalam bilik darjah. Pada masa yang sama kebanyakkan pentaksiran alternatif juga mengambil dan memakan masa yang lama. Pentaksiran pembelajaran berpusat dengan murid yang terlibat secara keseluruhannya proses perancangan, matlamat dan aktivitti berterusan dan boleh menjadi kompleks dan mengambil masa yang lama. Pentaksiran alternatif juga boleh menjadi sukar untuk dilaksanakan kerana banyak sumber diperlukan bagi menjalankan pengajaran tersebut. Pentaksiran alternatif masih lagi subjektif dan akan memaparkan ketidakadilan pengajar dalam memberikan pentaksiran kepada murid-murid walaupun beberapa kriteria telah digunakan dan dibangunkan. Selain bentuk pentaksiran alternatif iaitu diluar bilik darjah adalah mahal untuk dibangunkan.

PENTAKSIRAN AUTENTIK

Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini bakal diubah menjelang tahun 2010. Dengan ini, satu sistem pentaksiran baru akan diperkenalkan yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan datang. Kini, ramai dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian bertulis tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan murid-murid tahap rendah. Ini adalah kerana, terdapat bias dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat yang boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman & Pearson, 1990). Menurut Ratcliff (1995) dan Reynolds (1982), menyatakan bahawa lebih muda usia murid-murid itu, maka lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan disebabkan kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian. Secara tidak langsung ini menjadikan keputusan serta kebolehgunaan sesuatu penilaian itu diragui. Di samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp dll., 1992; Katz, 1997; Meisels, 1995; Mindes, Ireton & Mardell-Czudnowski, 1995). Walaupun ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian pelajar di tahap rendah dan di tahap awal pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak betul-betul memenuhi kehendak dan tujuan pentaksiran diadakan dalam pendidikan murid. Untuk itu, konsep pentaksiran autentik telah diunjurkan.

Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh pelajar di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak/pelajar tahap rendah secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students).

Melalui pentaksiran autentik ini, ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan sahaja. Terdapat pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna.

CONTOH

KE ARAH PENTAKSIRAN AUTENTIK PRASEKOLAH.

Pentaksiran autentik juga disarankan oleh segelintir pakar psikologi sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontektual, kolaboratif, dan konstruktif. Ciri-ciri ini amat sesuai dengan sistem pendidikan prasekolah di Malaysia dewasa ini. Oleh itu,terdapat beberapa isu yang menyebabkan peralihan bentuk pentaksiran kepada pentaksiran autentik di prasekolah. Prosedur pentaksiran yang sedia ada kini iaitu yang berasaskan kepada peperiksaan ujian semata tidak dapat mengukur keseluruhan potensi pelajar yang meliputi sahsiah, emosi, rohani dan jasmani. Peperiksaan berbentuk objektif contohnya, hanya menekankan pentaksiran berbentuk kemahiran diskret dan tidak mengandungi kejituan dalam menilai penglibatan pelajar di dalam aktiviti kelas, interaksi sosial atau situasi sebenar kehidupan.

Menurut Rudner dan Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam kontek realiti yang bermakna. Pentaksiran ini ternyata dapat mengharapkan dan mengabungkan aspek ilmu pengetahuan dengan keadaan kehidupan sebenar dunia. Dengan ini, ia dapat membuka minda kanak-kanak tentang bagaimana ilmu pengetahuan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. KE ARAH PENTAKSIRAN AUTENTIK KSSR

Proses Pentaksiran sekolah melibatkan aktiviti-aktiviti seperti mengumpul maklumat autentik dan boleh diharap tentang prestasi murid secara berterusan berdasarkan pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi serta penggunaan pelbagai kaedah ,alat teknik dan konteks. Guru membuat penilaian dan melaporkan secara verbal atau bertulis tentang prestasi, potensi pencapaian dan keperluan murid.

Pentaksiran Autentik meliputi komponen praktikal sesuatu matapelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan. Disini murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar.Contoh: projek, pameran, penyampaian visual, lisan dan sebagainya. Melalui konsep KSSR ia dapat pengukur tahap pembelajaran murid kini dilakukan menerusi standard prestasi ke tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam. Mengikut konsep KSSR terdiri 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Di dalam Pentaksiran Autentik penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matlamat lebih bermakna. Penaakulan berupa mengembangkan kapasiti pemikiran logik dan kapasiti pemikiran kritis.

CONTOH

1)Topik Pecahan Tahun Satu, murid diajar tentang konsep keseluruhan bagi memastikan mereka memahami tentang konsep separuh dan suku.

2)Murid disini menyelesaikan masalah matematik yang kompleks menggunakan pelbagai strategi.Contohnya: menghasilkan corak berdasarkan bentuk 2D (segiempat,segitiga dan bulatan).

3)Murid mengaplikasika pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menzahirkan idea, kreativiti dan inovasi.

4)Murid mereka cipta model daripada bentuk bentuk 3D secara inovatif dan menerangkan model yang dibina.

5)Menggunakan logik matematik untuk berkomunikasi dengan tepat dan jelas dengan rakan sebaya, guru atau komuniti. PemerhatianUlasan

Ana sedang bermain pasir dengan beberapa orang rakannya.

Dia bangun dan mengatakan Penatlah main pasir, jom main

jongkang jongkit. Ana memanggil rakan-rakannya. Beberapa

orang murid berebut-rebut menaiki jongkang jongkit itu.

Ana : Jangan berebut.

Liza : Saya pun nak naik.

Ana : Gilir-gilirlah. OK., Minah, Rozi duduk hujung

sana. Noni , Milah hujung sini,ya!

Milah : Saya tak boleh dengan Noni, sebab dua-dua

kurus, ... ringan, nanti tak sama

Ana : .....aaa la, nanti tak sama.

Rozi : Tak mau, saya nak duduk dengan Minah juga

Ana : Ok, Som pun kurus, duduk depan Noni. Hah,

baru sama berat.

Ada ciri kepimpinan Mula memahami konsep (berat/ringan) Mula memahami konsep keseimbangan

Menunjukkan sifat toleransi dan kerjasama

KELEBIHAN PENTAKSIRAN AUTENTIK Pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna

Pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis).

Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikkan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan

Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

KELEMAHAN PENTAKSIRAN AUTENTIK Kurang sesuai dilaksanakan pada pelajar yang kurang berpengalaman dan pelajar yang taraf pencapaian akademik yang lemah.

Pelajar yang kurang pengalaman lebih suka meniru secara langsung bahan yang diberikan berbanding tugasan sebenar yang menghendaki pelajar lebih bersifat kreatif dan inovatif.

Dapatan tugasan dan komen yang diterima daripada guru boleh melemahkan semangat pelajar dan mengurangkan keyakinan diri pelajar.

CIRI-CIRI PRESTASI PELAJAR DALAM PENTAKSIRAN AUTENTIK

J. Michael O Malley merupakan seorang penyelia pentaksiran di Prince William County Public School, Virginia dan Lorraine Valdez Pierce, siswazah dari School of Education di Universiti George Mason telah menyenaraikan ciri-ciri prestasi pelajar yang perlu dipertimbangkan dalam pentaksiran autentik iaitu:

Membentuk reaksi ( (Constructed Response) Pelajar membentuk atau memberi reaksi berdasarkan kepada pengalaman mereka terhadap situasi dan menerokai pelbagai sumber baru dalam menghasilkan produk

Tahap pemikiran tinggi ((Higher-Order Thinking) Reaksi terhadap soalan terbuka memerlukan kemahiran menganalisis, mensintesis dan penilaian

Kejituan ((Authenticity) Tugasan yang bermakna, mencabar, dan melibatkan aktiviti dalam konteks kehidupan sebenar

Integratif ((Integrative) Tugasan meliputi kombinasi kemahiran kesusateraan dengan pelbagai kandungan lain yang merentasi kurikulum

Proses dan produk ( (Process and Product) Strategi dan prosedur yang boleh membawa kepada peningkatan potensi dan meneroka pelbagai penyelesaian terhadap masalah yang kompleks

Dalam melaksanakan pentaksiran yang jitu, perkara di atas perlu dipertimbang dengan teliti agar matlamat pentaksiran autentik sebagai pentaksiran yang holistik dapat dicapai. Sehubungan dengan itu, tahap perkembangan murid-murid yang berbeza perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum menggunakan pentaksiran autentik ini.

CIRI-CIRI PENTAKSlRAN AUTENTIK

Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam pentaksiran autentik dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan pelajar tahap 1.

Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan

Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya

Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi

Subjek membina maksud yang tersirat

Berpusatkan pelajar tahap 1

KEPELBAGAIAN KAEDAH PENTAKSIRAN AUTENTIK

O Malley dan Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah pentaksiran autentik dan tingkahlaku pelajar-pelajar tahap 1 yang boleh diperhatikan dan didokumentasikan. Contohnya adalah seperti yang terdapat di jadual di bawah.

Temubual ( Guru bertanya kepada pelajar tentang latar belakang, aktiviti, minat dan lain-lain lagi

Penceritaan semula / Bercerita ( Pelajar-pelajar bercerita melalui pengalaman atau melalui pembacaan mereka

Sampel penulisan ( pelajar-pelajar bercerita, memberikan penjelasan melalui penulisan

Projek/ Pameran ( pelajar-pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan projek atau pameran melibatkan persembahan atau pameran

Eksperimen/ Demostrasi ( pelajar-pelajar mendemostrasikan eksperimen, melaksanakan prosedur mengikut langkah yang ditetapkan dan mendokumentasikan hasil eksperimen

Pemerhatian guru ( Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan tumpuan dan interaksi pelajar di dalam kelas dan kerjasama di dalam aktiviti kelas

Portfolio ( Guru mengumpul koleksi hasil kerja pelajar-pelajar untuk melihat perkembangan dari masa ke semasa

Kaedah yang dinyatakan di atas merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam pentaksiran autentik. Melalui kaedah di atas, guru dapat melihat perkembangan murid-murid tahap 1 secara menyeluruh contohnya dari segi kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, sahsiah dan lain lain lagi.

PERBEZAAN PENTAKSIRAN DIANTARA TRADISIONALL, ALTERNATIF DAN AUTENTIKTradisionalAlternatifAutentik

Soalan berbentuk objektif/ tanda betul atau salah/memadankan jawapan yang betul dan mengisi tempat kosong. Soalan berupa bentuk ini sudah lama ada dalam sistem pendidikan kita.

Contoh:

8x2=

a. 15

b. 23

c. 16

d. 10Soalannya berbentuk amali dan mana-mana cara untuk mengetahui perkara yang murid-murid tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembanagan kanak-kanak menerusi pengajaran yang terurus.Pentaksiran yang lebih kepada penggunaan amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan dalam keadaan sebenar.Penaksiran ini dapat dilihat keaslian sebenar pelajar.

Contoh:

merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia.

Menggunakan medium pensel dan kertas . Murid murid hanya menggunakan pensel dan kertas bagi membuat set ujian yang diberi ini.

Contoh:

Ujian Sumatif, Kuiz Menggunakan kertas pensil tetapi penggunaannya tidak terlalu ditekankan.

Contoh:

PortfolioLangsung tidak menggunakan kertas dan pensel. Menggunakan konsep penaakulan, dimana murid-murid memberi alasan yang rasional ke atas masalah matematik yang diberi.

Contoh :

KSSR: Band 6

Pengetahuan dan pemahaman

lebih kepada proses hafalan serta pengulangan pengajaran.

Tidak mengambil kira tentang pencapaian secara holistik. Guru tidak dapat mengenal pasti pengetahuan dan pemahaman pelajar secara menyeluruh kerana pelajar masih menggunakan medium kertas pensil semasa melakukan ujian. Hal ini kerana walupun kertas projek diberikan kepada murid-murid, ia tidak semestinya murid-murid membuat sendiri, mungkin ibu bapa dia menolong untuk menyiapkannya.Mengenalpasti pengetahuan dan pemahaman pelajar secara langsung. (Wright, 2001)

Konteks terkawal

misalnya apa yang ditaksir adalah apa yang termaktub dalam sukatan dengan format yang ditetapkan di semua sekolah.

Contoh :

1. Ujian Sumatif PMR, SPMKonteks hidupan sebenar.

Guru bebas memberikan tugasan berdasarkan kemudahan dan persekitaran murid-murid. Murid-murid juga akan dibawa ke tempat sebenar dan diuji di situCampuran konteks terkawal dan keadaan sebenar. Dimana murid-murid akan diuji berdasarkan kemahiran yang sedia ada pada mereka berdasarkan konsep kehidupan sebenar dan kurikulum.

Murid-murid hanya akan menggunakan teknik mengimbas kembali fakta untuk menjawab soalan-soalan dalam set ujian.Murid-murid akan membina dan menstrukturkan idea mereka sendiri bagi menyelesaikan masalah dalam kumpulan kecil atau besar.Walaupun murid-murid membina idea mereka sendiri namun proses pembinaan dan penstrukturan idea ini akan dijalankan murid-murid secara individu dan bukannya dalam kumpulan besar seperti yang dijalankan dalam pentaksiran alternatif.

Terdapat beberapa perbezaan yang signifikan antara pentaksiran tradisional, alternatif atau autentik. Walaupun pentaksiran alternatif dan autentik membawa konsep yang sama namun satu-satunya perbezaan yang terdapat diantara kedua-dua pentaksiran ini ialah dari segi penggunaan kertas dan pensel dan cara pentaksiran ini dijalankan. Misalnya pentaksiran alternatif boleh dijalankan dalam kumpulan atau secara individu manakala pentaksiran autentik hanya dijalankan secara individu. Namun demikian pentaksiran jenis ini lebih mengutamakan kemajuan murid-murid secara holistik dan bukan seperti pentaksiran tradisional yang mementingkan keputusan akhir murid-murid bagi menaikkan nama sekolah.

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam pentaksiran tradisional berbentuk soalan berbentuk menumpu seperti soalan aneka pilihan, memilih jawapan yang betul, memadankan jawapan yang betul, mengisi tempat kosong dengan memilih jawapan yang betul. Tetapi pentaksiran autentik dan alternatif pula memberikan soalan yang berbentuk mencapah di mana murid-murid perlu membina dan menstruktur idea mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah yang diberi.

Contohnya setelah mengajar sesuatu topik , murid itu akan diberikan satu tajuk yang berkaitan dengan topik yang telah diajar. Murid-murid akan disuruh untuk mengumpul maklumat dari pelbagai sumber dan menghasilkan buku skrap. Maka untuk tujuan menyiapkan tugasan yang diberi, murid-murid akan bergerak sendiri megakses maklumat dari pelbagai sumber seperti keratan akhbar, internet dan sebagaiannya untuk menyiapkan buku skrap. Dalam proses mengumpul maklumat ini, murid-murid bukan hanya didedahkan dengan satu pengetahuan yang berkaitan dengan topik yang dipelajari malah murid-murid juga dapat menambahkan ilmu mereka dalam bidang-bidang lain seperti penggunaan komputer dan sebagaiannya.

Selain itu, pentaksiran tradisioanal menguji pemahaman murid dalam konteks terkawal. Dimana set-set ujian yang diberi dibina berdasarkan kurikulum yang ditetapkan dan ia dijalankan secara seragam di semua sekolah pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Manakala pentaksiran alternatif dan autentik meliputi konsep hidupan sebenar. Soalan-soalan melalui pentaksiran ini menguji pemahaman murid-murid yang sedia ada. Pentaksiran autentik dan alternatif ini mengamalkan teori Konstruktivisme dimana murid-murid membina idea mereka sendiri bagi menyelesaikan masalah yang diberi.

KESIMPULAN

Pentaksiran Alternaif / Autentik harus dimplimentasikan di semua sekolah kerana pentaksiran tradisional hanya berfokus akan menaikkan standard atau prestasi sekolah untuk menunjukkan kewibaawaannya sebagai institusi pengajian yang berkualiti dan bukan mengutamakan kemajuan murid-murid. Traditional test should not be the only form of assessment in school. The other type of alternative-are authentic, performance based assessments providing more reflective evaluation of what students are doing in classroom as opposed to general overview the traditional test measured NCTM 20004

5

7

a

b