TUGASAN 2 RPH

12
Soalan 2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MATEMATIK TAHUN 2 Tarikh : 21 Ogos 2015 (Jumaat) Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi (60 minit) Mata pelajaran : Matematik Tahun : 2 Merah Bilangan Murid : 25 orang (14 lelaki, 11 perempuan) Topik : Masa dan Waktu Standard Kandungan : 9.1 Menyatakan masa dalam jam dan minit Standard Pembelajaran : 9.1.1 Menyata dan menunjukkan masa dalam jam dan gandaan lima minit. 9.1.2 Merekodkan masa dalam jam dan gandaan lima minit dalam bentuk angka. 9.1.3 Merekodkan aktiviti harian mengikut masa dalam jam dan minit. Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 4

description

TUGASAN 2 RPH

Transcript of TUGASAN 2 RPH

Soalan 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MATEMATIK TAHUN 2

Tarikh: 21 Ogos 2015 (Jumaat)Masa: 9.00 pagi 10.00 pagi (60 minit)Mata pelajaran: MatematikTahun: 2 MerahBilangan Murid: 25 orang (14 lelaki, 11 perempuan)Topik: Masa dan WaktuStandard Kandungan: 9.1 Menyatakan masa dalam jam dan minitStandard Pembelajaran:9.1.1 Menyata dan menunjukkan masa dalam jam dan gandaan lima minit.9.1.2 Merekodkan masa dalam jam dan gandaan lima minit dalam bentuk angka.9.1.3 Merekodkan aktiviti harian mengikut masa dalam jam dan minit.Objektif Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:1. Menyebut dan merekodkan masa dalam jam dan gandaan lima minit.2. Menyata dan merekodkan aktiviti harian mengikut masa dalam jam dan minit.Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid telah mengenal tanda senggatan jam dan minit pada muka jam.Penerapan Nilai: Menepati masa, bekerjasama, beraniEMK: Keusahawanan, kreativiti dan inovasiKemahiran: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran motor halusResos Matematik: Lembaran kerjaBahan Bantu Belajar: Jam dinding, kalendar masa, kertas mahjongKaedah/Teknik Pengajaran: Berpusatkan media, demonstrasi, penyoalan, berpusatkan bahan, koperatif dan kolaborasi, kerja amali

Fasa / MasaIsi Kandungan dan Cadangan AktivitiCadangan KomunikasiCatatan

1. PersediaanSet induksi(5 minit)

1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan kecil.

2. Guru memainkan tayangan klip video iaitu lagu Bangun pagi.

3. Murid melihat dan mendengar tayangan klip video.

4. Guru mengemukakan tajuk pembelajaran iaitu Masa dan waktu.

Guru: Murid-murid, mari kita bersama-sama menonton satu klip video.

Guru: Kita melakukan banyak perkara pada masa yang berlainan. Hari ini, kita akan belajar tentang masa dan waktu.EMK:Keusahawanan

BBB:Klip video

Kaedah/Teknik:Berpusatkan media

2. PerkembanganLangkah 1:Penjanaan idea(15 minit)

1. Guru melekatkan jam dinding pada papan putih.

2. Guru menunjukkan masa seperti yang telah disebut dalam klip video (6.00 pagi).

3. Guru bertanya soalan kepada wakil daripada setiap kumpulan.

4. Guru meminta wakil kumpulan menunjukkan masa dalam jam dan gandaan lima minit pada jam dinding seperti yang ditunjukkan sebentar tadi.

Guru: Murid-murid, klip video tadi menyebut bangun pagi. Kita bangun pada pukul berapa?(6.00 pagi)

Guru: Kita gosok gigi pada pukul berapa? (6.05 pagi)

Guru: Kita pakai baju pada pukul berapa? (6.20 pagi)

Guru: Kita makan roti pada pukul berapa? (6.30 pagi)

Guru: Kita pergi ke sekolah pada pukul berapa? (7.05 pagi)

Nilai:Menepati masa

BBB:Jam dinding

Kaedah/Teknik:Demonstrasi, penyoalan

Langkah 2:Sintesis data(15 minit)

1. Guru memperkenalkan satu pertandingan.

2. Setiap kumpulan menghantar seorang wakil ke hadapan.

3. Guru memberi kalendar masa kepada wakil tersebut.

4. Guru menunjukkan masa pada jam dinding dan murid tersebut dikehendaki menunjukkan masa yang betul pada kalendar masa.

5. Wakil tersebut dibenarkan untuk berbincang sesama ahli kumpulan bagi menunjukkan masa yang betul.

6. Murid yang menunjukkan masa dengan betul memperoleh satu mata manakala yang salah tidak mendapat mata.

7. Kumpulan yang mengumpul jumlah mata tertinggi akan mendapat hadiah misteri.

8. Guru memuji kumpulan yang menang dan menggalakkan mereka yang kalah.

Guru: Sekarang, kita akan menjalankan satu pertandingan. Cikgu akan menunjukkan masa pada jam dinding dan wakil kumpulan akan menunjukkan masa yang tepat pada kalendar masa. Anda boleh berbincang dengan ahli kumpulan untuk mendapat jawapan yang betul.

Guru: (tunjukkan masa pada jam dinding) 8.00 9.15 9.45 10.10 11.25 12.35 1.20 2.55Nilai:Bekerjasama

Kemahiran:KBKK

EMK:Keusahawanan

BBB:Jam dinding, kalendar masa

Kaedah/Teknik:Berpusatkan bahan, koperatif dan kolaborasi

Langkah 3:Pelaksanaan kreativiti(20 minit)

1. Guru membekalkan setiap kumpulan dengan sehelai kertas mahjong.

2. Guru meminta murid melukis aktiviti harian yang dilakukan pada masa-masa yang tertentu.

3. Murid dibenarkan melukis mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

4. Tempoh masa yang diberi adalah selama 15 minit.

5. Setiap wakil kumpulan diberi 1 minit untuk membentangkan hasil lukisan masing-masing.

6. Guru memberi galakan kepada setiap kumpulan yang berani mencuba.

Guru: Murid-murid, sekarang setiap kumpulan dikehendaki melukis aktiviti harian mengikut masa seperti yang ditetapkan: 7.35 pagi 10.15 pagi 1.05 petang 5.30 petang 7.10 malam 9.45 malam

Guru: Sekarang, setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk menerangkan hasil lukisan.Nilai:Berani

Kemahiran:KBKK

EMK:Kreativiti dan inovasi

BBB:Kertas mahjong

Kaedah/Teknik:Kerja amali

3. Penutup(5 minit)

1. Guru memainkan video klip sambil menunjukkan pergerakan.

2. Murid diminta untuk bersama-sama melakukan pergerakan diiringi oleh lagu.

3. Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid.

4. Murid-murid dikehendaki menyiapkan lembaran kerja sebagai kerja rumah.

Guru: Murid-murid, mari kita sama-sama menari dengan iringi lagu sebentar tadi.

Guru: Sila menyiapkan lembaran kerja ini dan hantar tepat pada hari Isnin.Nilai:Menepati masa

Kemahiran:Motor halus

Resos:Lembaran kerja

Kaedah/Teknik:Demonstrasi

PentaksiranBerdasarkan kepada kebolehan dan keupayaan murid menjawab soalan dalam Lembaran Kerja.

Nilai dan SikapTerapkan sifat menepati masa, bekerjasama dan berani mencuba semasa PdP dijalankan di dalam bilik darjah.

Lembaran Kerja (Masa dan Waktu)Nama: _______________________________Kelas: ________________Arahan: Lukiskan masa yang tepat pada jam yang berikut.(1) 10.15 pagi(2) 7.35 malam

(3) 12.20 tengah hari(4) 4.40 petang

(5) 6.05 petang(6) 9.15 malam

Bahan Bantu Belajar (BBB)

Gambar 1: Jam dindingGambar 2: Kalendar masa

Gambar 3: Kombinasi penggunaan jam dinding dan kalendar masa.4