Tugasan 2(WAJ3106) (1)

download Tugasan 2(WAJ3106) (1)

of 2

Transcript of Tugasan 2(WAJ3106) (1)

  • 7/29/2019 Tugasan 2(WAJ3106) (1)

    1/2

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan selepas berlakunya peristiwa

    13 Mei 1969.Terangkan matlamat DEB dan strategi pelaksanaan yang telah

    dirangka bagi mencapai kadar pertumbuhan ekonomi negara dengan

    mengambilkira implikasi terhadap hubungan etnik .

    Dasar Ekonomi Baru merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri

    Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak selepas negara dikejutkan dengan

    peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Kerajaan telah mengambil daya usaha

    untuk melaksanakan DEB dalam usaha mengagihkan kekayaan negara kepada

    semua kaum terutama kaum bumiputera yang ketinggalan jauh di belakang dalam

    menikmati kekayaan di negara sendiri berbanding kaum Cina. Namun begitu, kaum

    bukan bumiputera tidak dinafikan hak mereka. DEB mempunyai dua tujuan utama

    iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di negara kita.

    Kedua-dua matlamat ini penting dalam usaha mengintegrasikan masyarakat majmuk

    di Malaysia.

    Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat utama DEB.

    Dilaporkan kaum Melayu merupakan kaum yang termiskin berbanding kaum-kaum

    lain. Kaum Melayu begitu ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum

    lain di negara kita pada masa itu. Oleh itu, kerajaan berusaha melengkapkan

    kemudahan asas dan memberi bantuan pendidikan seperti SPBT dan biasiswa.

    Antara strategi membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam DEB ialah

    memodenkan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah yang tinggal di bandar

    atau luar bandar dengan menyediakan kemudahan asas seperi hospital, klinik dan

    bantuan buku teks. Sebelum DEB, hanya masyarakat bandar yang kaya sahaja

    menikmati kemudahan asas seperti perubatan dan pendidikan. Dengan

    memodenkan keadaan ini, maka jurang kemiskinan dapat dikurangkan.

    Selain itu, kerajaan membuka peluang pekerjaan dengan membina kilang-kilang di

    kawasan pinggir bandar dan membuka penempatan baru seperti FELDA dan

    FELCRA. Dengan cara ini, rakyat memperoleh pekerjaan yang bakal mencorakkan

    kehidupan yang lebih baik berbanding zaman sebelumnya. Semua kaum diberi hak

    menceburi bidang baru. Contohnya kaum Melayu diberi peluang menceburkan diri

    dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang lain. Kaum Cina dan India juga diberi

    peluang menceburkan diri dalam bidang perkhidmatan dan perindustrian. Kerajaan

  • 7/29/2019 Tugasan 2(WAJ3106) (1)

    2/2

    juga menggalakkan semua kaum menyertai sektor yang berprestasi tinggi seperti

    perniagaan, perindustrian dan perkhidmatan. Tujuannya agar rakyat yang

    mempunyai modal yang besar mengembangkan bisnes dan memberi peluang

    pekerjaan kepada semua kaum. Kerajaan juga berusaha meningkatkan pendapatan

    rakyat dengan mempelawa rakyat menyertai rancangan tanah FELDA, FELCRA,

    projek perikanan dan ternakan moden, kegiatan perniagaan, pembuatan dan

    perkhidmatan moden, kemudahan bantuan kewangan serta peluang pendidikan dan

    latihan.

    Kerajaan juga menambah daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden

    dan kemudahan yang lebih baik seperti penanaman padi dua kali setahun,

    kemudahan parit dan tali air, pembinaan jalan raya baru dan kemudahan kredit.

    Semuanya dilakukan demi membasmi kemiskinan dalam kalingan masyarakat

    berbilang kaum di negara kita.

    DEB menjangkakan pemilikan bumiputera sebanyak 30% daripada jumlah saham

    dan sektor perniagaan menjelang 1990. Kaum bukan bumiputera pula dijangka

    mencapai kejayaan di sektor perniagaan sehingga 40% pemilikan. Selebihnya

    dikuasai oleh pelabur asing.

    Hubungan etnik di negara kita semakin baik. Tiada pertelingkahan antara etnik

    berlaku sepanjang DEB dilaksanakan. Segalanya atas sikap tolak ansur antara satu

    sama lain.

    Rujukan

    1. http://mohdfahdeli.blogspot.com/2011/07/dasar-ekonomi-baru-deb-kesannya.html

    2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

    3. http://abushifa.blogspot.com/2007/12/tumpuan-pentadbiran-dalam-dasar-

    ekonomi.html

    http://mohdfahdeli.blogspot.com/2011/07/dasar-ekonomi-baru-deb-kesannya.htmlhttp://mohdfahdeli.blogspot.com/2011/07/dasar-ekonomi-baru-deb-kesannya.htmlhttp://mohdfahdeli.blogspot.com/2011/07/dasar-ekonomi-baru-deb-kesannya.htmlhttp://mohdfahdeli.blogspot.com/2011/07/dasar-ekonomi-baru-deb-kesannya.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baruhttp://abushifa.blogspot.com/2007/12/tumpuan-pentadbiran-dalam-dasar-ekonomi.htmlhttp://abushifa.blogspot.com/2007/12/tumpuan-pentadbiran-dalam-dasar-ekonomi.htmlhttp://abushifa.blogspot.com/2007/12/tumpuan-pentadbiran-dalam-dasar-ekonomi.htmlhttp://abushifa.blogspot.com/2007/12/tumpuan-pentadbiran-dalam-dasar-ekonomi.htmlhttp://abushifa.blogspot.com/2007/12/tumpuan-pentadbiran-dalam-dasar-ekonomi.htmlhttp://abushifa.blogspot.com/2007/12/tumpuan-pentadbiran-dalam-dasar-ekonomi.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baruhttp://mohdfahdeli.blogspot.com/2011/07/dasar-ekonomi-baru-deb-kesannya.htmlhttp://mohdfahdeli.blogspot.com/2011/07/dasar-ekonomi-baru-deb-kesannya.html