Tugasan al fiqh al islami 1 soalan kedua (konsep nasab menurut pandangan ulama)
-
Upload
norafsah-awang-kati -
Category
Education
-
view
590 -
download
3
description
Transcript of Tugasan al fiqh al islami 1 soalan kedua (konsep nasab menurut pandangan ulama)
NO. KUMPULAN: __UPSI 06_____NAMA PENSYARAH: _DR MOHD NOOR BIN DAUD_
KERJA KURSUS
HIS3073 AL FIQH AL-ISLAMI II
NAMA PELAJAR
SHIMILA KAUR @ NORAINI
NO. ID
D20112055595
PENDIDIKAN JARAK JAUHUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
[0]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
PENDAHULUAN 2
PENGENALAN 3
1.1 Definisi Nasab 6
1.2 Konsep Nasab Dalam Islam 6
1.3 Sebab Penetapan Nasab Anak Kepada Ibu 7
1.4 Sebab Penetapan Nasab Anak Kepada Bapa 7
1.5 Pembuktian Bagi Penetapan Nasab 7
2. Dasar-dasar Nasab Menurut Fiqh Islam 8
i. Melalui pernikahan yang sah 8
ii. Nasab yang ditetapkan melalaui pernikahan fasid 11
iii. Nasab yang disebabkan karena senggama subhat (Zina) 12
3. Status Nasab Anak Luar Nikah Menurut Hukum Islam 12
i. Anak yang dibuahi tidak dalam pernikahan yang sah, 13
namun dilahirkan dalam pernikahan yang sah.
ii. Anak yang dibuahi dan dilahirkan di luar pernikahan 14
yang sah
[1]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
4. Islam Memelihara Nasab 14
4.1 Ayah Tidak Boleh Mengingkari Nasab Anaknya 14
4.2 Menisbatkan Anak Kepada Selain Ayahnya Sendiri 16
Menyebabkan Laknat
4.3 Definisi Anak Tak Sah Taraf 19
4.4 Kedudukan Nasab Dan Hak Anak Tak Sah Taraf 19
Menurut Pendapat Ulama
4.5 Jangan Mengabaikan Hak Anak Termasuk 16
Nasab Anak
5. Hukum Nasab Anak Tak Sah Taraf 18
Menurut Pendapat Ulama
6. Nasab Anak Tak Sah Taraf Berdasarkan 22
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Agama Islam Malaysia
RUMUSAN 23
BIBILIOGRAFI 24
[2]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para
sahabat baginda. Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerna dengan
izin dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Al-Fiqh Al-Islami 1 (HIS3073)
ini dapat disiapkan sepenuhnya.
Objektif tugasan ini ialah untuk mendedahkan kepada pelajar hukum-
hakam yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih berserta sokongan dalil-dalil
daripada Al-Quran Al-Karim mahu pun Hadith-hadith sahih Rasulullah s.a.w.
Tugasan ini mengandungi dua tajuk pilihan iaitu “Pandangan Ulama
Mengenai Konsep Upah (Ujrah) serta Konsep Nasab Menurut
Pandangan Ulama” . Beberapa perkara penting yang menerangkan
konsep Upah (Ujrah) dan konsep Nasab telah pun dihuraikan secara
terperinci sama ada dari sudut definisi, hukum dalam Islam, klasifikasi,
kaedah-kaedah tertentu, syarat-syarat tertentu, contoh-contoh
berkaitan, kepentingan, ikhtilaf Ulama seterusnya diakhiri dengan
rumusan keseluruhan tentang konsep Upah (Ujrah) & konsep Nasab
dalam Islam.
Dalam kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi
ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam
membincangkan persoalan demi persoalan yang terkandung dalam tugasan
ini, terutamanya kepada pihak pensyarah selaku penyelia tugasan ini di atas
tunjuk ajar dan bimbingan beliau. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan
perbincangan serta soal-jawab bersama. Kerjasama dan keperihatinan
semua pihak amat saya hargai.
Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak ilmu bermanfaat kepada
diri saya terutamanya dari sudut latihan ilmiah sterusnya dapat mewujudkan
pembelajaran berbentuk perbandingan. Sesuai dengan respon daripada
pelajar yang lebih bersikap terbuka, menerima kepelbagaian pendapat
dalam menjawab permasalahan Fiqh seterusnya menjadi landasan atau
panduan amalan kita di muka bumi Allah ini. Saya juga berharap semoga
hasil tugasan ini menjadi bahan rujukan kepada semua penuntut. Semoga
[3]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa
sempadan,
(Shimila Kaur @ Noraini) 14 November 2013
1. PENGENALAN
Islam amat mementingkan nasab dan Islam juga menganjurkan
supaya sentiasa menjaga atau memelihara nasab supaya terhindar daripada
perbuatan-perbuatan yang diharamkan oleh syara’. Sebagaimana firman
Allah S.W.T. apabila Nabi Muhammad SAW mengangkat seorang anak
yang bernama Zaid bin Haritsah lalu mereka dinasabkan kepada Nabi :
“Allah sekali-sekala tidak menjadikan bagi seseorang dua
buah hati dalam rongganya; dan dia tidak menjadikan isteri-
isterimu yang kamu dzihar itu sebagai ibumu, dan dia tidak
menjadikan anak-anak kandungmu (sendiri). Yang demikian
itu hanyalah perkataan dimulut saja. Dan Allah mengatakan
yang sebenarnya. Dan dia menunjukkan jalan (yang benar).
Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai)
nama bapak-bapak mereka, itulah yang lebih adil pada sisi
Allah, Dan jika kamu tidak mengetahui bapak-bapak mereka,
maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudara
seagamamu dan maula-maulamu. Dan tidak ada dosa atasmu
terhadap apa yang kamu khilaf kepadanya, Tetapi (yang ada
[4]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah
maha pengampun lagi maha penyayang”.1
Berdasarkan ayat di atas, Allah S.W.T. telah menegaskan bahawa
anak angkat tidak dapat menjadi anak kandung, Hal ini dilihat pada
sebahagian ayat di atas iaitu :
Allah S.W.T. turut menegaskan bahawa anak angkat tetap
dinasabkan kepada ayah kandungnya, bukan kepada bapa angkatnya.
Perintah ini terdapat pada lafaz berikut :
Selain itu Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda dalam sebuah
hadith Sahih Muslim seperti berikut :
“Barang siapa menisbahkan dirinya kepada selain ayah
kandungnya padahal ia mengetahui bahwa itu bukanlah ayah
kandungnya, maka diharamkan baginya surga”.(Sahih
Muslim).2
Hadith di atas menunjukkan kepada kita bahawa tidak akan masuk
syurga seseorang yang menasabkan dirinya kepada orang lain selain ayah
kandungnya apatah lagi jika tahu siapa ayahnya.
Nasab juga merupakan nikmat Allah S.W.T. yang paling besar kepada
hamba-Nya, sebagaimana Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-Furqan
(Ayat 54) seperti berikut :
“Dan dia pula yang menciptakan manusia dari air, lalu dia
jadikan manusia itu (punya) keturunan mushaharah
1 Surah Al-Ahzab : 4 & 5.2 Imam Muslim. Sahih Muslim, Beirut : Dar Al-Fikr, h. 127.
[5]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
(hubungan kekeluargaan yang berasal dari perkahwinan) dan
adalah Tuhanmu yang Maha Kuasa.3
Selain itu, nasab juga merupakan salah satu dari lima Maqasid As-
Syariah,4 yang memberi rahmat kepada manusia sebagaimana Allah
berfirman dalam Surah Yunus (Ayat 57) seperti berikut :
{ الص�د�ور� ف�ي �م ا ل ف اء� و ش� �م� �ك ب ر� م�ن م�و�ع�ظ ة� �م �ك اء ت ج ق د� �اس� الن �ه ا ي أ ا ي
�ين �م�ؤ�م�ن �ل ل ح�م ة� و ر {و ه�د,ى
“Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu
pelajaran daripada Tuhanmu penyembuh bagi penyakit-
penyakit dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-
orang yang beriman”.5
Maqasid As-Syariah atau objektif syara’ ialah lima prinsip asas Islam
dan tumpuan hukum syara’ yang terdiri daripada Dhururiyyat Al-Khomsah
iaitu Memelihara Agama (Hifzu Ad-Din); Memelihara Jiwa/Nyawa (Hifz An-
Nafs); Memelihara Akal (Hifz Al-Aql); Memelihara Keturunan (Hifz An-
Nasab); dan juga Memelihara Harta (Hifz Al-Mal). Imam As-Syathibi dan
Imam Al-Ghazali telah bersepakat terhadap lima objektif syara’ ini yang
mana ia menjadi mustahak dan perlu diambil kira dalam ijtihad hukum,
penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan. Kehidupan yang
berlandaskan Maqasid As-Syariah ini amat penting bagi memelihara segala
keperluan, kehendak dan aspirasi kehidupan manusia yang selaras dengan
tuntutan syara’.
Sebagai umat Islam kita perlu menjaga dan memelihara keturunan.
Usaha menjaga dan memelihara nasab ini menekankan kepada penerapan
akhlak mulia dan kawalan diri berlandaskan syariat Islam seterusnya
berusaha menyelamatkan institusi keluarga dan masyarakat daripada gejala
sosial seperti perbuatan zina serta pergaulan bebas atau tidak terbatas
3 Surah Al-Furqan : 54.4 Abi Ishaq Ibrahim Bin Musa Al-Syathibi. Al-Muwafaqat Fi Usul As-Syari’ah : Tahqiq Muhammad Abdullah Darraz dan Abdul Salam Abdul Shafi, Beirut : Dar al-Kutub Al-Ilmiah, Juz II, h. 12- 23. 5 Surah Yunus: 57.
[6]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
antara golongan lelaki dan perempuan sehingga mengakibatkan terhasilnya
nasab dengan jalan yang tidak diredhai Allah S.W.T.
1.1 Definisi Nasab
Nasab dari segi bahasa bermaksud kerabat, keturunan atau
menetapkan keturunan.6
Manakala dari segi istilah, nasab mempunyai beberapa definisi iaitu
seperti berikut :
i. Nasab adalah keturunan ahli waris atau keluarga yang berhak
menerima harta warisan karena adanya pertalian darah atau
keturunan.7
ii. Nasab menurut Wahbah Al-Zuhaily merupakan suatu sandaran yang
kukuh untuk meletakkan suatu hubungan kekeluargaan berdasarkan
kesatuan darah atau pertimbangan bahawa yang satu adalah
bahagian daripada yang lain. Misalnya seorang anak adalah
bahagian daripada ayahnya, dan seorang ayah adalah bahagian dari
datuknya. Dengan demikian orang-orang yang serumpun nasab
adalah orang-orang yang mempunyai satu pertalian darah.8
iii. Nasab menurut Ibn Arabi didefinisikan sebagai ibarat daripada hasil
percampuran air antara seorang laki-laki dengan seorang wanita
menurut keturunan-keturunan syar’i.9
iv. Nasab merupakan pengakuan syara’ ke atas hubungan seorang
anak dengan garis keturunan ayahnya berdasarkan tali darah, sama
ada hasil daripada pernikahan yang sah atau nikah fasid atau pun
senggama subhat sehingga anak tersebut menjadi salah seorang
anggota keluarga keturunan tersebut.
6 Mahmud Yunus, 1973. Kamus Arab Indonesia, Jakarta : Yayasan Penyelanggara, h. 449.7 M. Abdul Mujieb, Mabruri & Syafi’ei AM, 1994. Kamus Istilah Fiqh, Jakarta : Pustaka Firdaus, h. 59.8 Wahbah Al-Zuhaily, 1997. Al-Fiqh Al-Islamiy Wa A’dilatuhu. Beirut : Dar Al-Fikr, h. 7247.9 Ibid, h. 7247.
[7]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
1.2 Konsep Nasab Dalam Islam
Nasab adalah ikatan hubungan kekeluargaan yang berdasarkan
pertalian darah, sebagai salah satu akibat dari pernikahan yang sah, atau
nikah fasid, atau senggama syubhat (zina). Nasab merupakan sebuah
pengakuan syara’ bagi hubungan seorang anak dengan garis keturunan
ayahnya sehingga dengan itu anak tersebut meenjadi salah seorang
anggota keluarga dari keturunan itu dan dengan demikian anak itu berhak
mendapatkan hak-hak sebagai akibat adanya hubungan nasab seperti
hukum waris10, pernikahan, perwalian dan sebagainya.
1.3 Sebab Penetapan Nasab Anak Kepada Ibu
Terdapat beberapa sebab ditetapkan nasab seorang anak kepada
ibunya iaitu adanya kelahiran, sama ada kelahiran itu akibat persetubuhan
yang sesuai dengan syara’ mahu pun hasil persetubuhan yang menyalahi
syara’.11
1.4 Sebab Penetapan Nasab Anak Kepada Bapa
Penetapan nasab seorang anak kepada bapanya adalah disebabkan
beberapa perkara iaitu perkahwinan yang sah, perkahwinan yang fasid
(rosak), persetubuhan yang syubhah atau pun dengan pengakuan nasab.12
1.5 Pembuktian Bagi Penetapan Nasab
Menurut Fiqih Islam, asal-usul seorang anak dapat diketahui melalui
tiga cara berikut13 :
10 Muhammad Ali Ash-Sahabuni, 1995. Al-Mawaris Fi Asy-Syari;yyat Al-Islamiyyah A’la Dhou′ Al-Kitab Was-Sunnah. Terjemahan A.M. Basalamah “Pembahagian Waris Menurut Islam Jakarta : Gema Insani Press, h. 39
11 Wahbah Al-Zuhaily, 1997. Al-Fiqh Al-Islamiy Wa A’dilatuhu. Beirut : Dar Al-Fikr, h. 675.12 Ibid h. 681. 13 Jauhari, Imam, 2008. Advokasi Hak-Hak Anak Ditinjau Dari Hukum Islam & Peraturan Perundangan-Undangan, Medan : Pustaka Bangsa, h. 182
[8]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
i. Al-Firasy iaitu berdasarkan kelahiran kerana adanya perkahwinan
yang sah.
ii. Iqrar iaitu pengakuan yang dilakukan oleh seseorang terhadap
seorang anak dengan menyatakan bahawa anak tersebut adalah
anaknya.
iii. Bayyinah iaitu dengan membuktikan bahawa seseorang itu benar-
benar anak kepada seseorang berdasarkan bukti-bukti yang sah sama
ada anak tersebut lahir dari wathi’ syubhat atau pun anak yang lahir
daripada nikah fasid.
Menurut hukum Islam, terdapat dua keadaan atau status nasab anak
iaitu yang diketahui atau jelas hubungan darah dengan bapanya dan juga
anak yang tidak jelas hubungan darah dengan bapanya. Bagi anak yang
tidak jelas hubungan darah dengan bapanya, maka status nasabnya
ialah disandarkan kepada ibunya yang melahirkannya dan boleh nasabnya
disandarkan kepada seseorang sekiranya dia membuat pengakuan bahawa
anak tersebut adalah anaknya.14
2. Dasar-dasar Nasab Menurut Fiqh Islam
Para ulama sepakat bahwa nasab seseorang kepada ibunya terjadi
kerana kehamilan akibat adanya hubungan senggama yang dilakukan
berdasarkan akad nikah maupun melalui perzinaan.15 Adapun dasar-dasar
tetapnya nasab daripada seorang anak kepada ayahnya adalah disebabkan
oleh beberapa perkara iaitu :
i. Melalui pernikahan yang sah
Para Ulama Fiqh telah sepakat menegaskan bahawa para wanita
yang bersuami dengan akad yang sah apabila melahirkan anak maka
anaknya itu dinasabkan kepada suaminya itu. Sebagaimana yang
terkandung dalam hadith Nabi S.A.W. yang bermaksud :
“Anak-anak yang dilahirkan adalah untuk
14
15 Wahbah Al-Zuhaily, 1997. Al-Fiqh Al-Islamiy Wa A’dilatuhu. Beirut : Dar Al-Fikr, h. 7249.
[9]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
laki-laki yang punya isteri (yang melahirkan anak itu)
dan bagi penzina adalah rajam”.16
Anak yang dilahirkan itu dinasabkan kepada suami ibu yang melahirkan
dengan syarat-syarat seperti berikut :
a. Menurut Mazhab Hanafiyah anak itu dilahirkan enam bulan setelah
perkawinan. Jumhur ulama menambah syarat, apabila suami isteri itu
telah melakukan persetubuhan dan jika kelahiran itu kurang dari enam
bulan, maka anak itu dapat dinasabkan kepada suami si ibu tersebut.
Batasan enam bulan ini didasarkan pada kesepakatan para ulama
bahawa masa minima kehamilan adalah enam bulan. Kesepakatan ini
adalah berdasarkan beberapa ayat Al-Quran antaranya Surah Al-
Ahqaf, ayat 15 yang berbunyi :
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat
baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya
mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkan
dengan susah payah pula, mengandung sampai
menyapihnya adalah selama tiga puluh bulan sehingga
apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat
puluh tahun ia berdo’a : Ya Tuhanku , tunjukilah aku
untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Kau
berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya
aku dapat berbuat amal sholeh yang Engkau redhai;
16 Ibn Hajar AL-Asqalani. Fath Al-Barry : Juz XII, Beirut : Dar Al-Fikr, h. 127.
[10]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberikan
kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku
bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku
termasuk orang-orang yang berserah diri.17
Dan firman Allah S.W.T. dalam Surah Luqman, ayat 4 yang
berbunyi :
“Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya
berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya
telah mengandungnya dalam keadaaan lemah yang
bertambah-tambah dan menyapihnya selama dua
tahun”18
Dalam Surah Al-Ahqaf ayat dijelaskan bahwa masa kehamilan dan
menyusui adalah 30 bulan, tanpa ada perincian berapa masa
menyusui adalah 2 tahun atau 24 bulan. Kesimpulannya ialah masa
minima kehamilan adalah enam bulan.19 Pada masa Khalifah Usman
Bin Affan pernah terjadi suatu peristiwa seorang wanita setelah enam
bulan menikah, lalu dia melahirkan anak. Suaminya merasa curiga dan
melapor kepada Usman bin Affan. Lalu Usman bin Affan merancang
untuk merajamnya kerana menyangka si wanita telah melakukan zina
dengan laki-laki lain. Kes ini lalu diketahui oleh Ibnu Abbas lalu beliau
menyampaikan ayat di atas dengan menyimpulkannya bahwa masa
minima kehamilan bagi seorang wanita adalah enam bulan.20
17 Surah Al-Ahqaf : 15.18 Surah Luqman : 4.19 Abu Al-Walid Muhammad Bin Ahmad, 1999. Bidayah Al-Mujtahid Wa Nihayah Al- Muqtasid, Beirut : Dar Ibni Al-Hazm, h. 348.20 Abu Bakr Masu’ud Bin Ahmad Al-Kasani, 1986. Badai’u Ash-Sonaiu’ Fi Tartibi
Asy-Syaroii’, Beirut : Dar Al-Kutub Al-I’lmiah, h. 372.
[11]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
b. Laki-laki yang mejadi suami wanita tersebut haruslah seseorang yang
layak atau berupaya untuk berketurunan iaitu menurut kesepakatan
ulama adalah laki-laki yang sudah baligh. Oleh sebab itu, anak yang
dilahirkan oleh seorang wanita dengan suami yang masih kecil atau
belum baligh yang mana dia belum boleh berketurunan, atau yang
tidak boleh melakukan persetubuhan, maka tidak boleh dinasabkan
kepada suaminya yang belum baligh tersebut meskipun anak itu lahir
setelah enam bulan dari perkahwinan.21
c. Suami isteri pernah bertemu minima satu kali setelah akad nikah. Hal
ini disepakati oleh Ulama. Namun dari sudut pertemuan mereka timbul
persoalan sama ada pertemuan tersebut bersifat lahiriyah atau
sebaliknya. Ulama Hanafiyah berpendapat bahawa pertemuan
berdasarkan batiniyyah secara logik boleh terjadi. Oleh sebab itu,
apabila wanita itu hamil selama enam bulan sejak ia diperkirakan
bertemu dengan suaminya, maka anak yang lahir daripada
kandungannya itu dinasabkan kepada suaminya. Namun pendapat ini
ditolak oleh jumhur ulama.22
ii. Nasab yang ditetapkan melalaui pernikahan fasid
Pernikahan fasid adalah pernikahan yang dilangsungkan dalam
keadaan cacat syarat sahnya. Misalnya menikahi wanita yang masih
dalam masa i’ddah. Menurut kesepakatan Ulama Fiqh, penetapan
nasab anak yang lahir dalam pernikahan fasid sama dengan
penetapan nasab anak dalam pernikahan yang sah. Akan tetapi Ulama
Fiqh mengemukakan tiga syarat dalam penetapan nasab anak dalam
pernikahan fasid tersebut iaitu :
a. Suami punya kemampuan menjadikan isterinya hamil, iaitu
seorang yang baligh dan tidak memiliki satu penyakit yang boleh
menyebabkan isterinya tidak hamil.
b. Hubungan persetubuhan boleh dilaksanakan.
c. Anak dilahirkan dalam waktu enam bulan atau lebih terjadinya
akad fasid (menurut Jumhur Ulama) dan sejak hubungan
21 Wahbah Al-Zuhaily, 1997. Al-Fiqh Al-Islamiy Wa A’dilatuhu. Beirut : Dar Al-Fikr, h. 7247.22 Ibid, h. 7258.
[12]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
senggama (menurut Ulama Hanafiyah). Apabila anak itu lahir
sebelum waktu enam bulan setelah akad nikah atau melakukan
hubungan persetubuhan, maka anak itu tidak boleh dinasabkan
kepada suami wanita tersebut.
Apabila anak lahir setelah pasangan suami isteri melakukan
persetubuhan dan berpisah, kemudian anak itu lahir sebelum masa
maksima masa kehamilan, maka anak itu dinasabkan kepada suami
wanita tersebut. Namun jika anak itu lahir setelah masa maksima
kehamilan, maka anak itu tidak bisa dinasabkan kepada suami wanita
tersebut.23
iii. Nasab yang disebabkan karena senggama subhat (Zina)
Senggama subhat maksudnya terjadinya hubungan seksual antara
seorang laki-laki dengan seorang wanita yang dalam keyakinannya
yang sah dan bukan pula karena adanya senggama dalam akad nikah
yang fasid dan bukan pula dari perbuatan zina, tetapi karena telah
terjadi kesalahdugaan. Misalnya; dalam keadaan malam yang gelap
seorang laki-laki menyenggamai seorang wanita didalam kamarnya
yang menurut keyakinannya adalah isterinya. Dalam kasus seperti ini
jika wanita itu hamil dan melahirkan setelah enam bulan sejak
terjadinya senggama subhat dan sebelum masa maksimal kehamilan,
maka anak yang lahir itu dinasabkan kepada laki0laki yang
menyenggamainya. Akan tetapi jika anak itu lahir setelah masa
maksimal masa kehamilan maka anak itu tidak dapat dinasabkan
kepada laki-laki itu.24
3. Status Nasab Anak Luar Nikah Menurut Hukum Islam
Mengenai status anak luar nikah, para ulama sepakat bahawa anak
itu tetap mempunyai hubungan nasab dengan ibunya dan keluarga ibunya.
Tanggungjawab atas segala keperluannya, baik material mahupun spiritual
23 Wahbah Al-Zuhaily, 1997. Al-Fiqh Al-Islamiy Wa A’dilatuhu. Beirut : Dar Al-Fikr, h. 7263.24 Ibid, h. 7264.
[13]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
adalah ditanggung oleh ibunya dan keluarga ibunya. Demikian pula dengan
hak waris-mewaris.25 Terdapat dua kategori anak luar nikah iaitu :
iii. Anak yang dibuahi tidak dalam pernikahan yang sah, namun
dilahirkan dalam pernikahan yang sah :
Menurut Imam Malik dan Imam Syafie’i, anak yang lahir setelah
enam bulan dari perkawinan ibu dan bapanya, anak itu dinasabkan
kepada bapanya. Jika anak itu dilahirkan sebelum enam bulan, maka
anak itu dinasabkan kepada ibunya. Berbeza dengan pendapat Imam
Abu Hanifah iaitu anak di luar nikah tetap dinasabkan kepada bapanya
sebagai anak yang sah.26 Perbezaan pendapat ini disebabkan karena
terjadinya perbezaan ulama dan perbezaan dalam mentafsirkan lafaz
firasy seperti yang disebut dalam hadith Nabi S.A.W. berikut :
“Anak itu bagi pemilik tilam dan bagi pezina adalah hukum
rajam”.
Majoriti ulama mentafsirkan lafaz firasy menunjukkan kepada
perempuan, yang diambil ibarat dari tingkah iftirasy (duduk berlutut) .
Namun ada juga ulama yang mergartikan kepada laki-laki (bapa).27
iv. Anak yang dibuahi dan dilahirkan di luar pernikahan yang sah
Status anak diluar nikah dalam kategori yang kedua, disamakan statusnya dengan anak zina dan anak li’an. Oleh itu, maka lahirlah hukum-hukum seperti berikut:
a. Tidak ada hubungan nasab dengan bapanya. Anak itu hanya mempunyai hubungan nasab dengan ibunya. Bapanya tidak wajib memberikan nafkah kepada anak itu, namun secara biologi ia tetap anaknya. Jadi hubungan yang timbul hanyalah secara manusiawi, bukan secara hukum.
b. Tidak ada saling mewaris dengan bapaknya, karena hubungan nasab merupakan salah satu penyebab kewarisan.
25 Abu Al-Walid Muhammad Bin Ahmad, 1999. Bidayah Al-Mujtahid Wa Nihayah Al- Muqtasid, Beirut : Dar Ibni Al-Hazm, h. 357.26 M. Ali Hasan, 1997. Asas-asas Hukum Islam : Pengantar Ilmu Hukum & Tata Hukum Islam Di Indonesia, Jakarta : Raja Wali Press, h. 81.27 Muhammad Bin Ahmad Al-Mahalli, 1999. Syarh Al-Waraqats Fi Usul Al-Fiqh, Filasthin : Jamiah Al-Qudus, h. 31.
[14]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
c. Bapa tidak dapat menjadi wali bagi anak diluar nikah. Apabila anak diluar nikah itu kebetulan seorang perempuan dan sudah dewasa lalu akan menikah, maka ia tidak berhak dinikahkan oleh bapa biologinya (kandungnya).28
4. Islam Memelihara Nasab29
Anak adalah rahsia orang tua dan pemegang keistimewaannya.
Waktu orang tua masih hidup, anak sebagai penenang dan sewaktu ia
pulang ke rahmatullah, anak sebagai pelanjut dan lambang keabadian. Anak
mewarisi tanda-tanda kesamaan orang tua, termasuk juga ciri-ciri khas, baik
mahupun buruk, tinggi mahupun rendah. Dia adalah belahan jantungnya dan
potongan dari hatinya.
Justeru, Allah S.W.T. mengharamkan zina dan mewajibkan kahwin,
demi melindungi nasab, Anak boleh dikenal siapa ayahnya dan ayah pun
dapat dikenal siapa anaknya. Dengan perkahwinan, seorang isteri menjadi
hak milik khusus suami dan dia dilarang mengkhianati suami atau menyiram
tanamannya dengan air orang lain. Oleh karena itu setiap anak yang
dilahirkan dari tempat tidur suami adalah mutlak menjadi anak suami
tersebut tanpa memerlukan pengakuan atau pengumuman dari seorang
ayah atau pengakuan dari seorang ibu.
4.1 Ayah Tidak Boleh Mengingkari Nasab Anaknya30
Seorang suami tidak boleh mengingkari anak yang dilahirkan oleh
isterinya dalam perkahwinan mereka yang sah. Pengingkaran seorang
suami terhadap nasab anaknya akan membawa bahaya yang besar dan
suatu aib yang sangat jelek, baik terhadap isteri maupun terhadap anaknya
itu sendiri. Justeru itu seorang suami tidak boleh mengingkari anaknya
28 Amir Syarifuddin, 2002. Merentas Kebekuan Ijtihad, Jakarta : Ciputat Press, h. 195.29Muhammad Yusuf Qardhawi, 1993. Halal dan Haram dalam Islam (Alih Bahasa :
H.Mu’ammalHamidy), Surabaya : PT Bina Ilmu.
30 Muhammad Yusuf Qardhawi, 1993. Halal dan Haram dalam Islam (Alih Bahasa : H.Mu’ammalHamidy), Surabaya : PT Bina Ilmu.
[15]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
kerana suatu keraguan, atau dugaan atau kerana ada berita tidak baik yang
mendatang.
Seandainya seorang isteri mengkhianati suami dengan beberapa
bukti yang dapat dikumpulkan dan beberapa tanda (qarinah) yang tidak
dapat ditolak, maka syariat Islam tidak membiarkan seorang ayah harus
memelihara seorang anak yang menurut keyakinannya bukan anaknya
sendiri, atau memberikan waris kepada anak yang menurut keyakinannya
tidak berhak menerimanya, atau paling tidak anak yang selalu diragukan
identitinya sepanjang hidup. Maka Islam telah membuat jalan keluar iaitu
dalam ilmu Fiqh dikenal sebagai li‘an. Maka barangsiapa yakin atau
menuduh, bahwa isterinya telah membasahi ranjangnya dengan air orang
lain kemudian si isteri itu melahirkan seorang anak padahal tidak ada bukti
yang tegas, maka waktu itu suami boleh mengajukan ke pengadilan,
kemudian pengadilan mengadakan mula’anah (sumpah dengan melaknat)
antara kedua pihak. Perkara ini adalah berdasarkan kepada Firman Allah
S.W.T. dalam Surah An-Nur, ayat 6 hingga 9 berikut :
“Para suami yang menuduh isterinya padahal mereka tidak
mempunyai saksi melainkan dirinya sendiri, maka kesaksian
tiap orang dari mereka ialah empat kali kesaksian dengan
nama Allah, bahwa ia termasuk orang-orang yang benar.
Sedang yang kelimanya ialah, bahwa laknat Allah akan
menimpa kepadanya jika dia termasuk orang-orang yang
berdusta. Dan dihilangkan dari perempuan itu siksaan (dera)
lantaran dia bersaksi empat kali kesaksian dengan nama
Allah, bahwa dia (laki-laki) termasuk orang-orang berdusta.
Sedang yang kelimanya , bahwa murka Allah akan menimpa
kepadanya (perempuan) jika dia (laki-laki) itu termasuk
orang-orang yang benar.” (An-Nur 6-9 )
Sesudah itu keduanya diceraikan untuk selama-lamanya, dan
anaknya ikut kepada ibunya.
[16]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
4.2 Menisbatkan Anak Kepada Selain Ayahnya Sendiri Menyebabkan
Laknat31
Sebagaimana Islam telah mengharamkan seseorang ayah
mengingkari anaknya tanpa suatu alasan yang dapat dibenarkan, demikian
jugalah Islam tidak membenarkan seorang anak menyandarkan nasabnya
kepada orang lain, sehinggab menggelarkan ayahnya bukan dengan
panggilan ayahnya sendiri. Nabi menilai perbuatan tersebut sebagai
kemungkaran yang menyebabkan laknat daripada Allah S.W.T.Hal ini telah
diriwayatkan dari atas mimbar oleh Sayyidina Ali R.A dari suatu lembaran
yang ada padanya, daripada Rasulullah S.A.W. lalu bersabda :
“Barangsiapa mengaku ayah bukan ayahnya sendiri
atau membangsakan dirinya kepada keluarga orang lain
, maka dia akan mendapat laknat Allah. Malaikat dan
manusia semuanya , Allah tidak akan menerima
daripadanya nanti di hari kiamat, taubat maupun
tebusan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kemudian daripada Saad bin Abu Waqqash daripada Rasulullah s.a.w.
baginda bersabda :
“Barangsiapa mengakun barangsiapa mengaku ayah
bukan ayahnya sendiri, sedang dia tahu bahwa dia itu
bukan ayahnya, maka sorga tidak mahu menerimanya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
4.3 Jangan Mengabaikan Hak Anak Termasuk Nasab Anak32
Selain Islam melindungi masalah nasab, Islam juga menetapkan
untuk anak dan orang tua, masing-masing mempunyai hak sesuai dengan
kedudukannya sebagai orang tua dan anak. Disamping itu Islam juga
31 Muhammad Yusuf Qardhawi, 1993. Halal dan Haram dalam Islam (Alih Bahasa : H.Mu’ammalHamidy), Surabaya : PT Bina Ilmu.
32 Muhammad Yusuf Qardhawi, 1993. Halal dan Haram dalam Islam (Alih Bahasa : H.Mu’ammalHamidy), Surabaya : PT Bina Ilmu.
[17]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
mengharamkan beberapa hal kepada mereka masing-masing demi
melindungi dan menjaga hak-hak tersebut.
Anak mempunyai hak hidup. Ayah dan ibu tidak boleh merenggut
hidupnya si anak, baik dengan membunuh ataupun dengan menanam
hidup-hidup, sebagaimana yang biasa dilakukan orang-orang Arab di zaman
Jahiliyah. Ketentuan ini berlaku untuk anak laki-laki maupun wanita. Firman
Allah S.W.T. :
“Jangan kamu membunuh anak-anakmu lantaran takut
kelaparan, Kamilah yang akan memberi rezeki kepada
mereka maupun kepadamu, sesungguhnya membunuh
mereka satu dosa besar.“
(Al-Isra’:31)
“Dan apabila diperiksa anak perempuan yang ditanam
hidup-hidup. Sebab dosa apakah dia dibunuh ? “(at-
Takwir:8-9)
Dorongan untuk berbuat kemungkaran ini ada kalanya disebabkan
masalah ekonomi, misalnya takut untuk menghadapi kelaparan dan
kemiskinan, atau alasan lain, misalnya takut tercela kalau si anak itu
kebetulan perempuan, Maka Islam mengharamakn perbuatan biadab ini
dengan sangat keras sekali. Perbuatan seperti itu dapat memutuskan
kekeluargaan dan menyebabkan permusuhan.
Untuk masalah ini Rasulullah S.A.W. pernah ditanya,
dosa apakah yang teramat besar? Baginda menjawab :
“Engkau menyekutukan Allah padahal Dialah yang
menjadikan kamu.” “Kemudian apa lagi?” Maka baginda
menjawab : “Engkau bunuh anakmu lantaran kamu takut
dia makan bersamamu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah S.A.W. pernah juga membai’at orang-orang perempuan
sebagaimana halnya ia membai’at orang laki-laki,iaitu dengan melarangnya
[18]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
daripada melakukan perbuatan jahat tersebut dan supaya mereka
menghentikannya. Bai’at tersebut adalah seperti berikut :
“Hendaklah mereka (perempuan) tidak menyukutukan Allah sedikitpun dan
tidak mencuri dan berzina dan tidak membunuh anak-anak
mereka.” (Al-Mumtahinah:12)
Hak anak yang harus ditunaikan oleh ayahnya ialah memberikan
nama yang baik. Seorang ayah tidak boleh memberi nama anaknya dengan
nama yang dapat menganggu perasaan anak apabila dia sudah cukup
dewasa. Adalah diharamkan si ayah memberi nama anaknya dengan
Hamba lain selain Allah S.W.T. misalnya, Abdum Nabi, (hamba Nabi) ,
Abdul Masih (hamba Isa al-Masih) dan sebagainya.
Disamping itu anak juga mempunyai hak perlindungan, pendidikan
dan nafkah yang sama sekali tidak boleh diabaikan. Sabda Nabi Muhammad
S.A.W. :
“Tiap-tiap kamu adalah pemimpin, dan tiap kamu akan
diminta pertanggungjawaban tentang yang dipinjamnya
itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Cukup berdosa seseorang yang mengabaikan orang
yang menjadi tanggungannya”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya Allah akan minta pertangungjawabkan
kepada setiap pemimpin terhadap yang dipimpinnya,
apakah dia itu memperhatikan, ataukah mengabaikan,
sampai pun ia akan minta pertanggungjawaban
kepada seorang laki-laki tentang keluarga rumahnya.”
(Riwayat Ibnu Hibban)
5. Hukum Nasab Anak Tak Sah Taraf
Sebelum diterangkan hukum nasab anak tak sah taraf, adalah lebih
baik untuk kita amati tentang definisi anak tak sah taraf. Berikut adalah
definisi anak tak sah taraf :
[19]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
5.1 Definisi Anak Tak Sah Taraf
Dari sudut istilah bahasa Arab anak tak sah taraf disebut walad al-
zina yang bermaksud anak zina atau anak luar nikah (suatu ketika dahulu
masyarakat di kampung menggelarkannya sebagai anak gampang ).
Berdasarkan perbincangan para fuqaha’ tentang nasab seseorang
anak, secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa anak zina adalah
merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan dari
perkahwinan yang sah atau pun persetubuhan syubah.33
Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor)
2003, istilah anak tak sah taraf adalah satu istilah yang digunakan bagi anak
yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah.34 Peruntukan
undang-undang menyatakan : “Tak sah taraf hubungan dengan seseorang
anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan
syubah”.
Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah persekutuan)
1984 juga mempunyai peruntukan yang sama dalam Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam di negeri-negeri lain di Malaysia.35
5.2 Kedudukan Nasab Dan Hak Anak Tak Sah Taraf Menurut Pendapat
Ulama36
Pada umunya, para Fuqaha’ semua mazhab bersependapat bahawa
seseorang anak yang pembenihannya dan kehamilannya itu berlaku
sebelum pernikahan kedua ibu bapanya adalah anak hasil daripada
perzinaan dan anak tersebut adalah anak tak sah taraf. Walau
33Persetubuhan syubah adalah merujuk kepada persetubuhan oleh lel;aki dan perempuanyang menyangka mereka adalah suami isteri yang sah. Lihat Dr.Abd.Karim Zaydan, al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi al-Syariah al-Islamiyyah, , Muassasah al-Risalah, h..341-344.
34 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ( Negeri Selangor ) 2003,seksyen 2.35 Akta Undang-undang Keluarga Islam ( Wilayah-wilayah Persekutuan ) 1984, sesyen 2 .36 Muhammad Yusuf Musa, 1967. Al-Nasab Wa Atharuhu, Kaherah : Dar al-Ma’rifah, h. 7-20.
[20]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
bagaimanapun, terdapat beberapa persoalan yang perlu dilihat secara lebih
terpirinci.
Menurut pendapat Mazhab Hanafi, jika seseorang lelaki berkahwin
dengan seorang wanita, kemudian wanita tersebut melahirkan anak dalam
tempoh kurang daripada enam bulan dari tarikh pernikaan mereka, anak
tersebut tidak boleh dinasabkan kepada lelaki berkenaan kerana
pembenihan telah berlaku sebelum nikah, maka ia bukan daripada
suaminya. Sekiranya suami tersebut hendak menafikannya, maka ia
hendaklah berli’an, kerana nasab boleh disabitkan melalui perkahwinan
yang wujud. Li’an hendaklah berdasarkan qazaf tanpa perlu wujudnya
anak.37
Walau bagaimanapun, berdasarkan Al-Fatwa Al-Zahiriyyah, jika
seseorang lelaki berzina dengan seorang perempuan yang kemudiannya
berlaku pembenihan, apabila ternyata hamil dan lelaki tersebut
mengawinninya, maka perkahwinan tersebut adalah harus.
Jika anak dalam kandungan tersebut lahir dalam tempoh selepas enam
bulan atau lebih, maka anak tersebut boleh dinasabkan kepada lelaki
tersebut. Sebaliknya, jika dilahirkan kurang daripada enam bulan, maka
anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepadanya kecuali jiak ia mengaku
bahawa anak itu adalah anaknya dan bukan dari hasil perzinaan.38
Menurut pendapat Mazhab Syafi’ei, jika dikahwini seorang wanita
yang hamil dari perzinaan, kemudian ia melahirkan anak yang sempurna
tempohnya, maka terdapat empat keadaan mengenainnya, iaitu39 :
i. Sama ada suami menafikan anak tersebut zahir dan batin tanpa
melakukan li’an iaitu anak yang dilahirkan kurang daripada tempoh
enam bulan daripada berlaku perhubungan suami isteri selepas akad
nikah atau lebih daripada empat tahun dari tarikh terakhir berlaku
perhubungan suami isteri.
37 Abi al-Hasan Ali bin Khalil al-Trablusiy, 1973. Mu’in al- Hukum, Ala al-Din. Mesir : Syarikah Maktabah wa Matba’ah Mustafa al-Halabiy wa Awladihi, h. 33238 Ibid, h. 332.39 Al Sayyid Abd.Rahman bin Muhammad bin Husayn bin Umar. Bughyah Al- Mushtarshiddin. Beirut : Dar al-Fikr, h. 386.
[21]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
ii. Sama ada dihubungkan anak dengan suami tersebut dan sabit bagi
anak tersebut hukum perwarisan dan selainnya secara zahir, yang
sepatutnya menafikannya kerana anak tersebut lahir lebih daripada
masa enam bulan dan kurang dari empat tahun. Suami tersebut
mengetahui atau berat Sangka bahawa anak itu bukan daripada
benihnya kerana ia tidak menyetubuhi isterinya selepas akad dan
tidak memasukkan spermanya.
iii. Sama ada menghubungkan anak tersebut kepada suami secara
zahir tetapi tidak perlu menafikannya jika suami sangka bahawa anak
tersebut daripada benihnnya walaupun tanpa sangkaan yang berat.
Telah berlaku istibra’ selepas perhubungan suami isteri dan anak
tersebut dilahirkan lebih daripada enam bulan selepas perhubungan
suami isteri. Terdapat keraguan mengenai perzinaan isterinya.
Dalam keadaan sedemikian, sunat (nadb) menghubungkan anak
tersebut dengan suami.
iv. Sama ada dihubungkan anak tersebut kepada suami dan haram
menafikannya jika berat sangkaan anak tersebut adalah daripada
benihnya. Atau pun terdapat dua perkara yang sama iaitu anak
tersebut lahir setelah enam bulan dan lebih sehingga empat tahun
daripada berlakunya perhubungan suami isteriserta tidak berlaku
istibra’ selepas itu. Atau berlaku istibra‘ tetapi anak tersebut
dilahirkan kurang daripada enam bulan, maka dihubungkan melalui
firasy (perkahwinan yang sah).
Terdapat perbezaan pendapat mengenai anak zina yang dilahirkan
tanpa firash, maksudnya ibu kepada anak tersebut tidak berada dalam
ikatan perkahwinan. Jumhur ulama’ berpendapat bahawa tidak harus
disambungkan nasab anak zina dengan bapa biologinya. Manakala terdapat
segelintir ulama’ yang mengharuskannya seperti Muhammad Bin Sirrin dan
Ibn Taimiyyah serta diperkukuhkan oleh anak muridnya, Ibn Qayyim,
Hassan al-Basry dan Ibrahim al-Nakha’iy berpendapat bahawa harus
menghubungkan anak zina dengan bapa zinanya setelah dikenakan
hukuman hudud.
[22]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
6. Nasab Anak Tak Sah Taraf Berdasarkan Keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia
Selain daripada peruntukan undang-undang dan enakmen neger-
negeri, terdapat juga keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang menyatakan
tentang status anak yang dikandung ibunya di luar pernikaan yang sah iaitu
perempuan yang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi
anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pusaka
daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh
menjadi walinya. Anak zina atau anak luar nikah (anak tak sah taraf) sama
ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak,
hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.
Dari segi tanggungjawab untuk memberi nafkah, Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia memberi pandangan bahawa segala nafkah dan saraan hidup
anak tak sah taraf adalah menjadi tanggungjawab ke atas ibunya. Ini adalah
kerana anak tak sah taraf dinasabkan kepada ibunya dan tidak kepada lelaki
yang menyetubui ibunya.
[23]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
RUMUSAN
Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa Islam telah
menetapkan nasab sebagai bukti hubungan kekeluargaan yang berdasarkan
hubungan darah hasil daripada pernikahan yang sah, atau nikah fasid, atau
senggama subhat (Zina). Nasab juga merupakan pengakuan syara’ bagi
hubungan seorang anak dengan garis keturunan ayahnya, serta mempunyai
hak dan kewajiban pula dari keturunan ayahnya. Menjaga dan memelihara
keturunan. adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi perpaduan, umat
Islam perlu pada penerapan akhlak mulia dan kawalan diri berlandaskan
syariat Islam. Tindakan perlu diambil oleh setiap individu untuk menjaga dan
memelihara institusi keluarga dan masyarakat. Langkah ini penting supaya
setiap entiti umat tahu dan mengamalkan suruhan dan meninggalkan
larangan agama agar perpaduan umat Islam subur dalam keadaan
harmonis. Amalan menjaga dan memelihara keturunan ini juga perlu dilihat
dalam skop yang turut mencakupi hal akhlak hubungan sesama manusia.
Elemen penyakit hati seperti hasad, fitnah, mencela, mengadu domba dan
lain-lain lagi antara puak-puak tertentu perlu dihentikan kerana ia tidak
mencerminkan ajaran Islam bahkan amat dilarang oleh Allah S.W.T. Bagi
status anak di luar nikah iaitu anak yang dilahirkan di luar perkahwinan yang
sah, menurut hukum Islam ia adalah disamakan dengan anak zina dan anak
li’an iaitu tidak ada hubungan nasab anak itu dengan bapa biologinya
(kandungnya), baik dalam bentuk nafkah, waris dan bapa kandungnya tidak
dapat untuk menjadi wali melainkan berwali hakim atau qhadhi. Akhir sekali
bagi menjaga nasab dalam institusi kekeluargaan serta masyarakat, kita
hendaklah mendalami mengapakah Islam amat menitikberatkan tentang
nasab seseorang dan perlu mengetahui dasar-dasar yang telah ditetapkan
oleh syara’ terhadap ketentuan nasab tersebut. Sesungguhnya menjaga
[24]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
nasab merupakan salah satu objektif-objektif syariat Islam yang lima iaitu
iaitu Memelihara Agama (Hifzu Ad-Din); Memelihara Jiwa/Nyawa (Hifz An-
Nafs); Memelihara Akal (Hifz Al-Aql); Memelihara Keturunan (Hifz An-
Nasab); dan juga Memelihara Harta (Hifz Al-Mal).
BIBILIOGRAFI
Al-Quran Al-Karim
Abi Ishaq Ibrahim Bin Musa Al-Syathibi. Al-Muwafaqat Fi Usul As-Syari’ah
Tahqiq Muhammad Abdullah Darraz dan Abdul Salam Abdul Shafi, Beirut
: Dar al-Kutub Al-Ilmiah
Abdullah Darraz dan Abdul Salam Abdul Shafi, Beirut : Dar al-Kutub Al-
Ilmiah, Juz II, h. 12-23.
Abu A-A′la Al-Maududi, 1993. Kejamkah Hukum Islam, Jakarta : Gema
Insani Press, h.37.
Akta Undang-undang Keluarga Islam ( Wilayah-wilayah Persekutuan ) 1984,
sesyen 2 .
Amir Syarifuddin, 2002. Merentas Kebekuan Ijtihad, Jakarta : Ciputat Press,
h. 195.
Abu A-A′la Al-Maududi, 1993. Kejamkah Hukum Islam, Jakarta : Gema
Insani Press, h.37.
Abdul Karim Zaidan, 1993. Al-Mufassol Fi Ahkam Al-Mar’ah.Beirut :
Muassasah Ar-Risalah, Juz 9, Hal 321.
Abu Bakr Masu’ud Bin Ahmad Al-Kasani, 1986. Badai’u Ash-Sonaiu’ Fi
Tartibi Asy-Syaroii’, Beirut : Dar Al-Kutub Al-I’lmiah, h. 372.
[25]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
Abu Al-Walid Muhammad Bin Ahmad, 1999. Bidayah Al-Mujtahid Wa
Nihayah Al-Muqtasid, Beirut : Dar Ibni Al-Hazm, h. 357.
Al Sayyid Abd.Rahman bin Muhammad bin Husayn bin Umar. Bughyah Al-
Mushtarshiddin. Beirut : Dar al-Fikr, h. 386.
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ( Negeri Selangor ) 2003,
seksyen 2.
Jauhari, Imam, 2008. Advokasi Hak-Hak Anak Ditinjau Dari Hukum Islam &
Peraturan Perundangan-Undangan, Medan : Pustaka Bangsa, h. 182
M. Ali Hasan, 1997. Asas-asas Hukum Islam : Pengantar Ilmu Hukum &
Tata Hukum Islam Di Indonesia, Jakarta : Raja Wali Press, h. 81.
Muhammad Bin Ahmad Al-Mahalli, 1999. Syarh Al-Waraqats Fi Usul Al-Fiqh,
Filasthin : Jamiah Al-Qudus, h. 31.
Mahmud Yunus, 1973. Kamus Arab Indonesia, Jakarta : Yayasan
Penyelanggara, h. 449.
M. Abdul Mujieb, Mabruri & Syafi’ei AM, 1994. Kamus Istilah Fiqh, Jakarta :
Pustaka Firdaus, h. 59.
Muhammad Yusuf Musa, 1967. Al-Nasab Wa Atharuhu, Kaherah : Dar al-
Ma’rifah, h. 7-20.
Muhammad Ali Ash-Sahabuni, 1995. Al-Mawaris Fi Asy-Syari;yyat Al
Islamiyyah A’la Dhou′ Al-Kitab
Wahbah Al-Zuhaily, 1997. Al-Fiqh Al-Islamiy Wa A’dilatuhu. Beirut : Dar Al-
Fikr, h. 7247
[26]
KONSEP NASAB MENURUT PANDANGAN ULAMA
Was-Sunnah. Terjemahan A.M. Basalamah “Pembahagian Waris Menurut
Islam”. Jakarta : Gema Insani Press, h. 39
[27]