Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi

19
1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kerja kursus pendek ini merupakan subjek kepada Bahasa Melayu Kontekstual di bawah Jabatan Pengajian Melayu. Kerja kursus pendek ini bertajuk Pengucapan Awam . Dalam kerja kursus ini, topik komunikasi secara kontekstual akan dikaji dari segi pengucapan awam iaitu ceramah serta menganalisis teks ucapan ceramah berdasarkan rakaman video yang didapati. Selain itu, teks pengucapan awam juga disediakan dan disampaikan dengan tepat dan berkesan. 1.2 OBJEKTIF Kerja kursus yang disediakan ini adalah bertujuan untuk mengaplikasikan kemahiran tatabahasa dalam konteks komunikasi secara berhemah dan bersopan. Seterusnya, kerja kursus ini dapat menjadikan proses komunikasi dijalankan secara teratur, tepat, dan berkesan atas penggunaan bahasa yang gramatis dan bersantun. Semasa kerja kursus ini dijalankan, penggunaan daya fikir yang kritis banyak dilaksanakan semasa menyelesaikan masalah sehingga dapat menyampaikan hujah-hujah atau pandangan masing-masing. Dengan ini, satu refleksi terhadap pengalaman atas menyediakan kerja kursus ini dihasilkan. 1.3 KAEDAH Dalam menyiapkan kerja kursus ini, kaedah perpustakaan digunakan untuk mencari buku rujukan seperti Bahasa Melayu 1 Edisi Pertama, Buku Karangan STPM dan sebagainya. Seterusnya, laman web juga dilayari untuk mencari rakaman video yang berkaitan dengan pengucapan awam iaitu ceramah. 1.4 BATASAN

description

Tugasan Bahasa Melyu Komunikasi

Transcript of Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi

1.0 PENDAHULUAN1.1 PENGENALANKerja kursus pendek ini merupakan subjek kepada Bahasa Melayu Kontekstual di bawah Jabatan Pengajian Melayu. Kerja kursus pendek ini bertajuk Pengucapan Awam. Dalam kerja kursus ini, topik komunikasi secara kontekstual akan dikaji dari segi pengucapan awam iaitu ceramah serta menganalisis teks ucapan ceramah berdasarkan rakaman video yang didapati. Selain itu, teks pengucapan awam juga disediakan dan disampaikan dengan tepat dan berkesan.

1.2 OBJEKTIFKerja kursus yang disediakan ini adalah bertujuan untuk mengaplikasikan kemahiran tatabahasa dalam konteks komunikasi secara berhemah dan bersopan. Seterusnya, kerja kursus ini dapat menjadikan proses komunikasi dijalankan secara teratur, tepat, dan berkesan atas penggunaan bahasa yang gramatis dan bersantun. Semasa kerja kursus ini dijalankan, penggunaan daya fikir yang kritis banyak dilaksanakan semasa menyelesaikan masalah sehingga dapat menyampaikan hujah-hujah atau pandangan masing-masing. Dengan ini, satu refleksi terhadap pengalaman atas menyediakan kerja kursus ini dihasilkan.

1.3 KAEDAHDalam menyiapkan kerja kursus ini, kaedah perpustakaan digunakan untuk mencari buku rujukan seperti Bahasa Melayu 1 Edisi Pertama, Buku Karangan STPM dan sebagainya. Seterusnya, laman web juga dilayari untuk mencari rakaman video yang berkaitan dengan pengucapan awam iaitu ceramah.

1.4 BATASANDalam kerja kursus ini, topik komunikasi secara konstektual hanya dibincang secara sepintas lalu terhadap konsep ceramah dan analisis teks ucapan ceramah berdasarkan rakaman video. Selain itu, teks ucapan berpandukan jenis pengucapan awam juga disediakan dan disampaikan dengan menekankan aspek-aspek komunikasi yang sesuai dan tepat.

1.5 DEFINISI KONSEP1.5.1 Pengucapan AwamMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 93,1755), pengucapan awam boleh didefinisikan sebagai satu komunikasi atau perihal yang menyebutkan kata-kata terbuka atau di depan orang ramai.

1.5.2 CeramahMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 270), ceramah boleh didefinisikan sebagai ucapan yang membicarakan sesuatu perkara. Ceramah juga ialah pengemukaan idea-idea dan fikiran melalui pengucapan yang disampaikan secara dua hala.

1.5.3 UcapanBerdasarkan Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I Edisi Kedua (2011: 250), ucapan ialah satu bentuk komunikasi sehala, iaitu pendengar hanya mendengar perkara yang disampaikan oleh orang yang memberi ucapan tersebut.

1.5.4 SyarahanMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1558), syarahan boleh dikatakan sebagai pidato yang terutamanya membicarakan sesuatu perkara.

2.0Tugasan Kumpulan2.1Ceramah2.1.1DefinisiMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 270), ceramah boleh didefinisikan sebagai ucapan yang membicarakan sesuatu perkara. Ceramah juga merupakan pengemukaan idea-idea dan fikiran melalui pengucapan yang disampaikan secara dua hala. Selain itu, ceramah juga boleh dikatakan sebagai satu ucapan yang disampaikan oleh seseorang yang dianggap berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu terutama majlis yang formal. Tambahan pula, ceramah ialah perbicaraan di depan umum dalam satu situasai yang tertentu untuk tujuan yang ditetapkan kepada pendengar. Di samping itu, ceramah berupaya penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, iaitu topik yang disampaikan kepada pendengar.

2.1.2Ciri-ciriSecara keseluruhannya, ceramah mewujudkan satu komunikasi secara dua hala. Disebabkan jenis komunikasi begini, ceramah boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama bagi ceramah akan dimulakan dengan pembentangan pendapat atau pengalaman oleh penceramah dalam bidang-bidang tertentu. Manakala bagi bahagian kedua pula, ceramah akan dibuka untuk para pendengar mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka. Seterusnya, penceramah akan cuba menjawab soalan yang dikemukakan supaya dapat memuaskan hati pendengar. Selain itu, ceramah disampaikan dalam situasi formal seperti pihak sekolah atau mana-mana organisasi mengundang pakar atau pegawai-pegawai profesional untuk menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan bidang yang dimaksudkan. Ini bermaksud ceramah diadakan di tempat awam iaitu tempat yang berhimpun dengan orang ramai. Di samping itu, ceramah adalah melibatkan bilangan sasaran yang ramai kerana ia diberikan kepada pendengar yang ramai. Biasanya, tentulah ceramah akan disertai oleh pendengar dan penonton yang banyak. Lagipun, ceramah biasanya mengalami interaksi antara sumber dengan penerima maklumat yang tinggi. Ini disebabkan oleh arah ceramah ialah dua hala dan menjadikan penceramah serta pendengar boleh berkomunikasi antara satu sama lain terutama tempoh mengemukakan soalan-soalan. Akhir sekali, aspek-aspek seperti suara, intonasi, nada, gaya, bahasa dan laras bahasa penceramah mestilah ditekankan semasa ceramah dijalankan supaya pendengar dapat tertarik akan apa yang diterangkan atau disampaikan.

2.1.3TujuanBiasanya, ceramah diadakan adalah bermatlamat untuk menghantar maklumat atau memberi satu gambaran umum kepada pendengar. Ceramah juga bertujuan untuk memberitahu sesuatu pandangan atau menerangkan sesuatu dasar yang baru kepada pendengar supaya mereka dapat bersaing dengan masyarakat lain. Seterusnya, kemahiran-kemahiran terhadap topik tersebut atau kemahiran untuk berkomunikasi juga boleh diketahui daripada penceramah. Dengan ini, pendengar boleh menimba ilmu daripada ceramah. Di samping itu, ceramah juga berperanan sebagai alat bantu dalam menerangkan sesuatu tindakan yang diambil seperti satu pesanan kepada pendengar. Akhir sekali, ceramah secara keseluruhannya adalah mempengaruhi pendengar untuk berfikir dan bertindak.

2.1.4Jenis-jenisCermah boleh dibahagikan kepada dua jenis seperti ceramah bagi kempen dan ceramah bagi penyampaian maklumat. Berdasarkan jenis ceramah bagi kempen, maklumat yang diberikan adalah untuk mendapat sokongan pendengar seperti ceramah menderma darah, kempen politik dan sebagainya. Bagi ceramah yang menyampaikan maklumat, ia adalah bermatlamat untuk memberi penerangan dan pemahaman kepada pendengar terhadap sesuatu idea atau konsep serta manfaat diberikan juga seperti ceramah agama, ceramah tanggungjawab keibubapaan.

2.1.5FormatDalam penulisan ceramah yang umum, ia boleh diterangkan kepada tiga bahagian iaitu, bahagian awal, isi dan akhir atau penutup. Bagi bahagian awal ceramah, penceramah haruslah menyatakan penghargaan kepada hadirin yang berkedudukan tinggi dalam majlis dahulu dan diteruskan kepada pengerusi majlis serta orang ramai yang hadir. Selepas itu, penceramah perlu mengucapkan terima kasih atas sudi diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah tersebut dan menjelaskan topik serta objektif yang ingin disampaikan secara umum.Penceramah akan memulakan ceramah dengan memetik ucapan atau kata orang ternama dan menyampaikan pujian kepada hadirin yang hadir dan akhirnya akan menerangkan isi ceramah yang disampaikan. Bagi bahagian isi pula, bahagian ini amat penting kerana isi akan menentukan nilai ceramah dan isi merupakan butir-butir sokongan kepada isi utama yang diterangkan semasa permulaan ceramah. Biasanya, ceramah haruslah mengandungi sekurang-kurangnya lima atau enam isi dan setiap isi perlu disokong dengan huraian, fakta, bukti dan contoh-contoh. Penceramah juga perlu menyebutkan penanda pada isi dengan alat penyambung ayat dan menyampaikan isi mengikut keutamaan. Sebelum mengakhiri ceramah, penceramah perlu mengulas perkataan-perkataan utama dengan menekankan isi-isi pokok tanpa membuat perincian dan menekankan hujah-hujah yang penting. Seterusnya, penceramah akan menyuarakan gagasan untuk bertindak dan juga membaiki hujah yang lemah agar menjadikan lebih kukuh. Tambahan pula, penceramah perlu membuat rumusan dan kesimpulan tentang ceramah dengan meninggalkan satu tanggapan yang positif terhadap tajuk yang dipilih supaya pendengar dapat bertindak balas. Akhirnya, ceramah haruslah ditutup dengan salam dan ucapan terima kasih serta penceramah boleh memohon maaf atas kesalahan berbahasa.

2.1.6Aspek-aspek yang dipertimbangkanBiasanya, satu ceramah yang diadakan tentulah akan menekankan semua aspek yang berkaitan dengan komunikasi. Antaranya, aspek suara, bahasa, intonasi dan nada, laras bahasa serta gaya seseorang penceramah akan diperhatikan oleh pendengar semasa ceramah dijalankan. Pertama sekali, aspek suara perlu ditekankan. Suara merujuk kepada cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Suara penceramah juga hendaklah jelas dan isi yang disampaikan perlu mudah difahami. Apabila mengemukakan soalan atau pandangan, penceramah sebaik-baiknya menggunakan nada suara yang menggambarkan keprihatinan dan hormat kepada ahli-ahli panel atau pendengar. Keduanya, aspek bahasa adalah amat mustahak dalam penyampaian ceramah. Penceramah haruslah menggunakan bahasa atau perkataan yang mudah difahami, padat, ringkas dan tepat bagi memastikan para pendengar faham akan apa yang dibincangkan. Penceramah juga perlu menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan pendengar supaya pendengar lebih memahami topik yang diterangkan. Lagipun, penceramah dielakkan daripada menggunakan istilah-istilah yang bombastik dan sukar difahami oleh pendengar supaya dapat mengelakkan masalah perselisihan faham dilakukan. Seterusnya, aspek intonasi merujuk kepada bunyi yang menaik atau menurun. Pada permulaan ceramah, biasanya nada dan intonasi penceramah akan mendatar dan lembut apabila mengalu-alukan kedatangan audien. Semasa tajuk ceramah disampaikan, penceramah akan menaikkan sedikit nada suara yang bermatlamat untuk menarik minat dan perhatian para hadirin. Sebaliknya, penceramah akan menggunakan nada suara yang perlahan dan rendah semasa hendak merayu. Di samping itu, laras bahasa merupakan kemampuan menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana atau situasi yang sesuai. Laras bahasa ini adalah bertujuan untuk berkomunikasi. Penceramah biasanya akan menggunakan laras bahasa yang sesuai seperti penggunaan bahasa yang tepat, jelas dan tidak meleret-leret semasa menyampaikan ceramah. Akhir sekali, aspek gaya mestilah banyak ditekankan oleh seseorang penceramah. Gaya boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu gaya bertenaga, gaya sederhana dan gaya menengah. Gaya sederhana bertujuan untuk menyampaikan maklumat, menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu. Gaya bertenaga adalah digunakan untuk menggerakkan pendengar dan pembaca untuk bertindak manakala gaya menengah adalah bertujuan untuk menghasilkan suasana yang tenang dan damai.Semasa menghuraikan isi-isi yang dikemukakan, penceramah akan menyampaikan secara mantap, logik, cermat dan menggunakan ayat yang mudah difahami oleh pendengar. Penceramah mestilah mahir dalam menyelitkan unsur-unsur kelucuan semasa menyampaikan ceramah supaya dapat mengelakkan kebosanan pendengar.Tambahan pula, penceramah hendaklah mewujudkan hubungan mata yang sesuai dengan pendengar iaitu melihat mereka semasa bercakap. Penceramah juga perlu menggunakan gaya tangan dan gerakan badan untuk menekankan fakta yang disampaikan dan juga boleh menarik perhatian pendengar. Akhirnya, penceramah harus bijak menunjukkan mimik muka yang sesuai dengan keadaan dan menyakinkan.

2.2Rakaman Video Ceramah Agama2.2.1Teks Ceramah Agama Para-para hadirin, dif-dif kehormat, seterusnya kepada ahli jawatankuasa yang menjadikan program ini, guru-guru dan seterusnya kepada pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalaamualikum wa rahmatullah.

Waalaikum salaam wa rahmatullah wabarakatuh. (Para murid membalas salam penceramah)Bagi mengurus kursus membaca al quran, tinggal di Shah Alam, sudah berkeluarga, bekerja dengan di shah alam sebagai ar seorang jurutera di sebuah salah sebuah syarikat arh... swasta di shah alam.Pertama-tamanya saya ingin mengatakan sumber kepada Allah Taala yang ada dengan limpah kurnia dan rahmatNya, dapat kita bersama-sama pada hari ini di pagi yang mulia ini, di dalam dewan yang mulia ini, bersama-sama kita, para guru, para intelektual, untuk bersama-sama menjayakan wadah wacana undang ini, untuk menerapkan ilmu ke dalam dada-dada dan jiwa setiap salubang anak-anak kita. Dan saya mengucapkan syabas kepada ahli jawatankuasa yang telah menjalankan motivasi ini dengan jayanya, dan saya juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak PIBG menjemput ..arh ..Madrasah Haji Zabir untuk datang memberi sepatah dua kata aluan sebagai pembuka kata. Sebelum saya meneruskan ucapan ini, inzinkan saya untuk menerangkan serba sedikit latar belakang Madrasah Haji Zabir.Walaupun usianya baru setahun jagung tetapi perancangan ... ... kurang daripada 10 tahun yang tak tahu. Moto ataupun motif matlamat Haji Zabir ialah berpandu kepada 13 prinsip kemanusiaan. Antaranya ialah pertama, jangan marah, kerana dalam agama dan mana-mana agama di dunia ini pun menganjur macam agama ataupun dengan kata lain, bersabar. Sesungguhnya bersabar itu adalah terbaik kepada kamu baik siapa yang awak miliki.Kedua, Madrasah Haji Zabir menyokong moto mengatakan membuat baik antara satu sama lain. Kita sebagai manusia liga ini menjadikan seperti dalam mana al quran menyatakan menjadikan kamu manusia ini bersungguh-sungguh, berbangsa-bangsa dan berpandang jauh supaya dapat kamu kenal-mengenali antara satu sama lain dan supaya kamu dapat hasil dengan saing akan satu sama lain.Moto ketiga disokong oleh Madrasah Haji Zabir iaitu sayang seseorang seperti sayang nyawa sendiri. Sayang kita kepada setiap insan yang ada di muka bumi ini, tidak kira apapun keturunannya, warna kulitnya, kepercayaan latar belakang agamanya, itu tidak mengira tanpa hebat. Dan moto yang keempat iaitu sentiasa mengingati antara satu sama lain, libat atau tak libat. Dan seterusnya ada lagi kalau nak dihuraikan di sini mungkin banyak masa yang saya curikan. Alhamdulillah. Itu adalah moto ataupun matlamat utama Madrasah Haji Zabir. Kemudian dalam setiap organisasi mesti ada orang yang menjalankannya, mesti ada mereka-mereka yang menjayakan organisasi tersebut. Pertama, berasas matlamat beliau sendiri iaitu Tuan Haji Gamir bin Sulaiman sebagai pengasas dan juga penasihat. Beliau tidak dapat hadir hari ini kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Saya sebagai pengerusi Madrasah Haji Zabir dan untuk pengetahuan, saya juga membawa kerana saya selalu runsing sebagai setiausaha dan untuk pengetahuan juga saudara Udan bin Idris iaitu pengerusi bagai pendidikan arh PIBG merupakan arh.. bendahari kepada Madrasah Haji Zabir. Dan kita ada lagi arh..Encik Salleh yang handsome dan lagi bergaya, iaitu ahli jawatankuasa Madrasah Haji Zabir dan segala maklum yang kita ada seorang lagi keluarga Muhammad Kasihat dan juga tidak dapat hadir.Kemudian, meningkat Madrasah Haji Zabir iaitu Tuan Haji Rambli Sulaiman. Beliau merupakan pakar dalam bidang perubatan akademik ataupun yang kita kata sekarang perubatan paradigma, kursus dalam bidang perubatan herbal. Beliau juga pakar dalam bidang kaunseling, dalam bidang pegangan dan dalam bidang ilmiah. Bidang untuk mempunyai beliau sendiri untuk berkhidmat kepada masyarakat tak kira apa jenis bangsa dan keturunan dan kaum dan latar belakang agama kerana konsep bagi di mana awal yang saya kata tadi, apakah matlamat utama wujudnya madrasah kita. Dari kesempatan ini juga saya ingin menyampaikan salam daripada arh Tuan Haji Zabir sekiranya adanya segala-gala ataupun para guru, para ibu bapa yang ingin mendapatkan khidmat daripada beliau bolehlah hubungi mana-mana kami ahli jawatankuasa.Alhamdulillah, bersyukur kita sekali lagi kepada Allah S.W.T bahawasanya ceramah ataupun program sama motivasi pada wadah perjuangan untuk menanam dalam jiwa anak kita, menyemai ilmuan dalam jiwa anak kita supaya kita mendapat generasi yang akan datang yang lebih berintelektual, mantap, jati dirinya dan mempunyai kekuatan, spiritual, emotional dan IQ. Apa yang hendak kita sampaikan hari ini adalah seperti mana yang dikatakan dalam firman Allah S.W.T.Kita sebagai ibu bapa, tentulah bagi kita bagaimana untuk mencorakkan masa depan anak kita. Sesungguhnya, setiap bayi yang lahir itu umpama kain putih yang bersih. terpulanglah pada ibu bapa menentukan, mencorakkan jiwa kanak-kanak itu sama ada dia ke corak . Di sini para ibu bapa, peranan guru adalah amat penting, pentingnya kita untuk menanamkan semangat jati diri, cinta pada ilmu pengetahuan kerana sesungguh ilmu pengetahuan itu merupakan seluruh dalam hidup kita.Barang apapun yang kita lakukan, walaupun kita ingin masakkan juga perlulah ilmu. Ini ilmu untuk membawa kejayaan dalam hidup. Bimbingan daripada orang yang berilmu ataupun curahan daripada kasih sayang seorang guru kepada murid-murid itu amat penting. Di rumah, ibu bapa adalah guru kepada anak-anak. Di sekolah para guru pendidik adalah merupakan ibu bapa pula kepada anak. Justeru itu kita mestilah dengan jiwa yang murni dan terus bebas cuba untuk menyebarkan ilmu kepada semua anak-anak kita.

2.3Analisis Rakaman Ceramah Agama2.3.1Dari aspek Suara (Intonasi dan Nada)Dalam pembukaan ceramah, suara penceramah ini juga amat jelas dan tepat ketika mengalu-alukan kedatangan audien. Misalnya, penceramah menyatakan Pertama-tamanya saya ingin mengatakan sumber kepada Allah Taala yang ada dengan limpah kurnia dan rahmatNya, dapat kita bersama-sama pada hari ini di pagi yang mulia ini, di dalam dewan yang mulia ini, bersama-sama kita, para guru, para intelektual, untuk bersama-sama menjayakan wadah wacana undang ini, untuk menerapkan ilmu ke dalam dada-dada dan jiwa setiap salubang anak-anak kita. Dan saya mengucapkan syabas kepada ahli jawatankuasa yang telah menjalankan motivasi ini dengan jayanya, dan saya juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak PIBG menjemput ..arh ..Madrasah Haji Zabir untuk datang memberi sepatah dua kata aluan sebagai pembuka kata. Sebelum saya meneruskan ucapan ini, inzinkan saya untuk menerangkan serba sedikit latar belakang Madrasah Haji Zabir. dalam masa (00:47 01:54).Bagi permulaan ceramah, penceramah juga menggunakan nada dan intonasi yang mendatar dan lembut ketika mengalu-alukan kedatangan audien. Contohnya, penceramah menyatakan Para-para hadirin, dif-dif kehormat, seterusnya kepada ahli jawatankuasa yang menjadikan program ini, guru-guru dan seterusnya kepada pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. dalam masa ( 00:00 00:14). Penceramah juga menaikkan sedikit intonasi dan nada suara bertujuan untuk menarik minat dan perhatian audien. Misalnya, penceramah menyatakan Pertama-tamanya saya ingin mengatakan sumber kepada Allah Taala yang ada dengan limpah kurnia dan rahmatNya, dapat kita bersama-sama pada hari ini di pagi yang mulia ini, di dalam dewan yang mulia ini. dalam masa (00:47 - 01.02). Penceramah telah meninggikan sedikit nada suara semasa menyatakan rahmatNya dan mulia ini.Tambahan pula, penceramah juga menaikkan sedikit intonasi suaranya semasa menyatakan Antaranya ialah pertama, jangan marah kerana dalam agama dan mana-mana agama di dunia ini pun. dalam masa (02:15 02:21). Penceramah telah menggunakan nada suara yang tinggi semasa menyebut mana-mana agama di dunia ini pun .Penceramah juga menggunakan intonasi dan nada suara yang tinggi semasa menyatakan Kita sebagai manusia liga ini menjadikan seperti dalam mana al quran menyatakan menjadikan kamu manusia ini bersungguh-sungguh, berbangsa-bangsa dan berpandang jauh dalam masa (02:41 02:49). Beliau telah meninggikan nada suaranya apabila menyatakan berbangsa-bangsa.Penceramah turut menaikkan intonasinya apabila menyatakan untuk menanam dalam jiwa anak kita, menyemai ilmuan dalam jiwa anak kita supaya kita mendapat generasi yang akan datang yang lebih berintelektual, mantap, jati dirinya dan mempunyai kekuatan, spiritual, emotional dan IQ dalam masa (06:11 06:33). Beliau telah menggunakan nada yang tinggi ketika menyebut perkataan anak kita, berintelektual, mantap, jati dirinya , spiritual, emotional dan IQ.Selain itu, penceramah meninggikan sedikit nada suara dan intonasinya ketika menyatakan Kita sebagai ibu bapa, tentulah bagi kita bagaimana untuk mencorakkan masa depan anak kita sesungguhnya, setiap bayi yang lahir itu umpama kain putih yang bersih terpulanglah pada ibu bapa menentukan, mencorakkan jiwa kanak-kanak itu sama ada dia ke corak dalam masa (06:42 07:01). Beliau menggunakan nada suara yang tinggi apabila menyebut mencorakkan masa depan anak kita dan menentukan, mencorakkan jiwa kanak-kanak itu.Di samping itu, penceramah menggunakan intonasi dan nada suara yang tinggi apabila menyatakan Di sini para ibu bapa, peranan guru adalah amat penting, pentingnya kita untuk menanamkan semangat jati diri, cinta pada ilmu pengetahuan kerana sesungguh ilmu pengetahuan itu merupakan seluruh dalam hidup kita. Barang apapun yang kita lakukan, walaupun kita ingin masakkan juga perlulah ilmu. dalam masa (07:04 07:23). Beliau menaikkan nada suaranya apabila menyebut amat penting, jati diri, cinta pada ilmu pengetahuan dan barang apapun yang kita lakukan.Penceramah juga menggunakan intonasi dan nada yang melembut semasa memberikan ceramah. Contohnya, semasa penceramah menyatakan Sayang kita kepada setiap insan yang ada di muka bumi ini, tidak kira apapun keturunannya, warna kulitnya, kepercayaan latar belakang agamanya, itu tidak mengira tanpa hebat. dalam masa (03:05 03:15). Beliau telah menyebut perkataan mengira dengan suara yang lembut. Seterusnya, penceramah juga menggunakan intonasi dan nada yang merendah semasa menyampaikan ceramah. Penceramah menggunakan nada suara perlahan dan rendah apabila ingin berharap para pendengar memaafkan ketidakhadiran seseorang penasihat. Misalnya, ketika penceramah menyatakan Beliau tidak dapat hadir hari ini kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. dalam masa (04:03 04:07).

2.3.2Dari Aspek Bahasa (Laras Bahasa)Penceramah juga ada menggunakan sedikit bahasa yang tidak lancar semasa memberikan ceramah. Penceramah telah berulang menyatakan perkataan arh secara beberapa kali semasa memperkenalkan seseorang atau menyampaikan maklumat. Hal ini telah menunjukkan penceramah kurang fasih dengan topik yang ingin disampaikan. Sebagai contohnya, apabila penceramah menyatakan Bagi mengurus kursus membaca al quran, tinggal di Shah Alam, sudah berkeluarga, bekerja dengan di shah alam sebagai arh seorang jurutera di sebuah salah sebuah syarikat arh ... swasta di shah alam. dalam masa (00:30 00:46). Contoh yang seterusnya ialah beliau menyatakan saya juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak PIBG menjemput ... arh ... Madrasah Haji Zabir untuk datang memberi sepatah dua kata aluan sebagai pembuka kata. pada masa (01:28 01:45).Contoh yang ketiga ialah semasa penceramah menyatakan untuk pengetahuan juga saudara Udan bin Idris iaitu pengerusi bagai pendidikan arh PIBG merupakan arh bendahari kepada Madrasah Haji Zabir dan kita ada lagi arh..Encik Salleh yang handsome dan lagi bergaya dalam masa (04:20 04:37).Contoh yang lain ialah apabila penceramah menyatakan Dari kesempatan ini juga saya ingin menyampaikan salam daripada arh Tuan Haji Zabir dalam masa (05:38 05:45).Penceramah juga ada menggunakan Bahasa Inggeris ketika menyampaikan ceramah. Misalnya, penceramah menyatakan Kita adalah lagi Encik Zarim yang handsome dan lagi berdaya. dalam masa (04:32-04:37). Beliau telah menggunakan perkataan handsome untuk memperkenalkan Encik Salleh.Penceramah juga telah menggunakan perkataan emotional semasa menyampaikan sesuatu maklumat. Misalnya, apabila beliau menyatakan supaya kita mendapat generasi yang akan datang yang lebih berintelektual, mantap, jati dirinya dan mempunyai kekuatan, spiritual, emotional dan IQ. dalam masa (06:18- 06:32).Selain itu, penceramah juga menggunakan bahasa yang ringkas dan tepat semasa memberikan ceramah untuk menyedarkan para pendengar tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan kita. Contohnya, beliau menyatakan Ini ilmu untuk membawa kejayaan dalam hidup. dalam masa (07:24 -07:28).Penceramah menggunakan bahasa yang jelas dan padat ketika menyampaikan ceramah untuk mengingati semua orang kepentingan kerjasama semua pihak dalam sesuatu organisasi. Misalnya, beliau menyatakan Dalam setiap organisasi mesti ada orang yang menjalankannya. dalam masa (03:43-03:47).Penceramah juga menggunakan bahasa yang sesuai, mudah difahami dan tidak meleret-leret ketika menyampaikan maklumat yang amat penting. Hal ini akan membolehkan para audien berasa mudah memahami tentang kepentingan para guru mencurah kasih sayang kepada para murid. Misalnya, apabila penceramah menyatakan Bimbingan daripada orang yang berilmu ataupun curahan daripada kasih sayang seorang guru kepada murid-murid amat penting. Di rumah, ibu bapa adalah guru kepada anak-anak. Di sekolah para guru pendidik ada merupakan ibu bapa pula kepada anak. Justeru itu kita mestilah dengan jiwa yang murni dan terus bebas cuba untuk menyebarkan ilmu kepada semua anak-anak kita. dalam masa (07:29-07:46).Penceramah juga menggunakan bahasa yang padat bersama dengan jeda untuk berhenti sebentar untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan memberi masa kepada pendengar memahami hujah yang ingin disampaikan. Penceramah akan berhenti dalam setiap menghujahkan bidang-bidang yang diceburi. Contohnya, apabila penceramah menyatakan Beliau merupakan pakar dalam bidang perubatan akademik ataupun yang kita kata sekarang perubatan paradigma, kursus dalam bidang perubatan herbal. Beliau juga pakar dalam bidang kaunseling, dalam bidang pegangan dan dalam bidang ilmiah. dalam masa (05:08-05:23).Penceramah juga ada menggunakan sedikit bahasa yang tidak jelas dan menyebutnya dengan amat cepat telah mengelirukan pendengarnya. Tanda baca telah digunakan untuk menunjukkan teks yang tidak dapat didengar dengan jelas dalam video tersebut. Misalnya, apabila penceramah menyatakan Walaupun usianya baru setahun jagung tetapi perancangan ... ... kurang daripada 10 tahun yang tak tahu. dalam masa (01:55 - 02:03).Penceramah juga menyampaikan maklumat yang kurang jelas semasa menyatakan Alhamdulillah, bersyukur kita sekali lagi kepada Allah S.W.T bahawasanya ceramah ataupun program sama motivasi pada satu wadah perjuangan. dalam masa (06:00-06:11). Seterusnya, beliau juga menyampaikan maklumat dengan amat cepat ketika beliau menyatakan bahawa Sesungguhnya, setiap bayi yang lahir itu umpama kain putih yang bersih. terpulanglah pada ibu bapa menentukan, mencorakkan jiwa kanak-kanak itu sama ada dia ke corak . dalam masa ( 06:54-07:03). Penceramah juga menggunakan bahasa yang tidak formal dalam menyampaikan ceramah ini. Bagi ceramah, bahasa yang formal adalah perlu digunakan agar dapat menyesuaikan dengan situasi ceramah. Namun, penceramah menggunakan perkataan tak yang sebenarnya daripada perkataan tidak. Contohnya, ketika beliau menyatakan Walaupun usianya baru setahun jagung tetapi perancangan ... ... kurang daripada 10 tahun yang tak tahu. dalam masa (01:55 - 02:03). Penceramah menggunakan bahasa tidak formal iaitu nak yang sebenarnya daripada perkataan hendak. Contohnya, apabila beliau menyatakan Dan seterusnya ada lagi kalau nak dihuraikan di sini mungkin banyak masa yang saya curikan. dalam masa (03:27 03:33).

2.3.2 Dari Aspek GayaPenceramah telah menggunakan gaya bersemangat bertujuan untuk menekankan fakta yang disampaikan dan menggerakkan pendengar untuk bertindak. Misalnya, ketika beliau menyatakan Sesungguhnya, setiap bayi yang lahir itu umpama kain putih yang bersih. terpulanglah pada ibu bapa menentukan, mencorakkan jiwa kanak-kanak itu sama ada dia ke corak . Di sini para ibu bapa, peranan guru adalah amat penting, pentingnya kita untuk menanamkan semangat jati diri, cinta pada ilmu pengetahuan kerana sesungguh ilmu pengetahuan itu merupakan seluruh dalam hidup kita. Barang apapun yang kita lakukan, walaupun kita ingin masakkan juga perlulah ilmu. Unggul ilmu untuk membawa kejayaan dalam hidup. Bimbingan daripada orang yang berilmu ataupun curahan daripada kasih sayang seorang guru kepada murid-murid amat penting. Di rumah, ibu bapa adalah guru kepada anak-anak. Di sekolah para guru pendidik ada merupakan ibu bapa pula kepada anak. Justeru itu kita mestilah dengan jiwa yang murni dan terus bebas cuba untuk menyebarkan ilmu kepada semua anak-anak kita. dalam masa (06:50- 07:46).Di samping itu, penceramah juga menggunakan gaya sederhana bertujuan untuk menyampaikan maklumat, menyentuh perasaan dan menghasilkan suasana tertentu. Misalnya, semasa penceramah menyatakan Antaranya ialah pertama, jangan marah kerana dalam agama dan mana-mana agama di dunia ini pun menganjur macam agama ataupun dengan kata lain, bersabar. dalam masa (02:16- 02:30).Penceramah juga menggunakan gaya menengah semasa menyampaikan maklumat bertujuan untuk menghasilkan suasana yang tenang dan damai. Contohnya, ketika beliau menyatakan Di dalam dewan yang mulia ini,bersama-sama kita , para guru, para intelektual , untuk bersama-sama menjayakan wadah wacana undang ini, untuk menerapkan ilmu ke dalam dada-dada dan jiwa setiap salubang anak-anak kita. dalam masa (01:01-01:18).Begitu juga, penceramah menunjukkan mimik muka yang jenaka untuk bergurau dengan pendengar. Misalnya, semasa penceramah menyatakan Dan seterusnya ada lagi kalau nak dihuraikan di sini mungkin banyak masa yang saya curikan. dalam masa (03:27-03:33).Tambahan pula, penceramah juga menggunakan hubungan mata yang sesuai dengan penonton, iaitu melihat mereka semasa bercakap untuk menyakinkan para pendengar. Contohnya, apabila beliau menyatakan Moto ketiga disokong oleh Madrasah Haji Zabir iaitu sayang seseorang seperti sayang nyawa sendiri. dalam masa (02:58-03:03).Seterusnya, penceramah juga ada menggunakan unsur kecindan dalam menyampaikan ceramah untuk mengelakkan kebosanan audien. Misalnya, beliau menyatakan Dan seterusnya ada lagi kalau nak dihuraikan di sini mungkin banyak masa yang saya curikan. dalam masa (03:27-03:33). Tambahan pula, beliau juga menggunakan unsur kecindan semasa menyatakan Kita adalah lagi Encik Salleh yang handsome dan lagi berkarya. dalam masa (04:32-04:36).