TUGASAN ETNIK BANJAR

25
EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN ETNIK BANJAR 1.0 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada berbilang kaum dan etnik dari pelbagai sosio budaya.Kepelbagaian sosio budaya ini boleh ditinjau dari segi sejarah, adat resam, pantang-larang,kepercayaan dan kebudayaan.Umumnya ,penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu,Cina,India,Kadazan ,Bajau,Iban dan pelbagai etnik kecil yang lain.Meskipun mempunyai corak sosio budaya yang berbeza,namun rakyat Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan saling membantu. Ramai yang menyedari bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa yang bersatu di bawah lembayung negara yang makmur iaitu, Malaysia. Namun yang demikian, peratusan yang mengetahui kesemua suku yang menjadi penduduk di Malaysia masih boleh dibilang dengan jari. Ramai yang tidak mengetahui bahawa, rumpun masyarakat Melayu terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza seperti Jawa,Minang dan Bugis. Etnik Banjar juga merupakan salah satu suku kaum yang terdapat dalam rumpun Masyarakat Melayu. Walaupun sejarah kedatangannya hampir sama dengan masyarakat Jawa namun, ramai yang tidak mengetahui mengenai etnik Banjar ini. Seperti etnik lain, etnik Banjar juga merupakan masyarakat yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Tradisi Banjar serta adat istiadatnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak. Justera itu, tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional ketiga-tiga kaum tersebut. 1

Transcript of TUGASAN ETNIK BANJAR

Page 1: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

ETNIK BANJAR

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada

berbilang kaum dan etnik dari pelbagai sosio budaya.Kepelbagaian sosio budaya ini

boleh ditinjau dari segi sejarah, adat resam, pantang-larang,kepercayaan dan

kebudayaan.Umumnya ,penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa seperti

Melayu,Cina,India,Kadazan ,Bajau,Iban dan pelbagai etnik kecil yang lain.Meskipun

mempunyai corak sosio budaya yang berbeza,namun rakyat Malaysia hidup dalam

suasana harmoni dan saling membantu.

Ramai yang menyedari bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai

bangsa yang bersatu di bawah lembayung negara yang makmur iaitu, Malaysia.

Namun yang demikian, peratusan yang mengetahui kesemua suku yang menjadi

penduduk di Malaysia masih boleh dibilang dengan jari. Ramai yang tidak

mengetahui bahawa, rumpun masyarakat Melayu terdiri daripada beberapa suku

kaum yang berbeza seperti Jawa,Minang dan Bugis.

Etnik Banjar juga merupakan salah satu suku kaum yang terdapat dalam

rumpun Masyarakat Melayu. Walaupun sejarah kedatangannya hampir sama

dengan masyarakat Jawa namun, ramai yang tidak mengetahui mengenai etnik

Banjar ini. Seperti etnik lain, etnik Banjar juga merupakan masyarakat yang

kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini.  Tradisi Banjar serta

adat istiadatnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak.

Justera itu, tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional ketiga-

tiga kaum tersebut.

1

Page 2: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

2.0 ASAL-USUL ORANG BANJAR

Terdapat sekurang-kurangnya dua pendekatan yang cuba menerangkan

mengenai asal- usul orang Banjar. Pertama, pendekatan primordialisme yang

dikemukakan oleh Alfani Daud. Kedua, pendekatan konsruktifis atau situasionalis

yang pada mulanya dikemukakan oleh Idwar Saleh (1986), dikembangkan oleh

Marko Mahin (2004).

2.1 PENDEKATAN PRIMORDIALISME

Mengikut Alfani Daud (1997; 2004: 85) suku bangsa Banjar ialah penduduk

asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan, iaitu selain kabupaten Kota

Baru. Mereka itu diduga berintikan penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya

lebih dari seribu tahun yang lalu. Setelah berlalu masa yang lama sekali, dan setelah

bercampur dengan penduduk yang lebih asli, yang biasanya dinamakan secara

umum sebagai suku Dayak, dan dengan imigran yang datang kemudian, akhirnya

terbentuklah setidak-tidaknya lima subsuku iaitu, Banjar Pahuluan, Banjar Batang

Banyu, Banjar Kuala, Banjar Alai dan Banjar Kaluak.

Orang pahuluan pada asasnya ialah penduduk daerah lembah sungai-sungai

(cabang sungai negara) yang berhulu ke Pergunungan Meratus. Orang Batang

Bayuh mendiami lembah sungai negara, sedangkan orang Banjar Kuala mendiami

daerah sekitar Banjarmasin dan Martapura. Bahasa yang mereka kembangkan

dinamakan bahasa Banjar, yang pada asasnya ialah bahasa Melayu sama halnya

seperti mereka berada di daerah asalnya di Sumatera atau sekitarnya yang di

dalamnya terdapat banyak sekali kosa kata yang berasal dari kata Dayak dan Jawa.

Nama Banjar diperoleh kerana mereka dahulu, sebelum dihapuskan pada tahun

1860, adalah warga Kesultanan Banjarmasin atau dianggap sebagai Banjar, sesuai

dengan nama ibukotanya pada masa mula-mula didirikan. Ketika ibukota

dipindahkan arah ke pedalaman, terakhir di Martapura, nama Banjar tersebut

nampaknya sudah diterima umum dan tidak berubah lagi.

2

Page 3: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

2.2 PENDEKATAN KONSTRUKTIFIS ATAU SITUASIONALIS

Mengikut Idwar Saleh (1986:12) pula, sebelum dan pada awal berdirinya Kesultanan

Islam Banjar, etnik Banjar pada waktu itu belum menjadi identiti suku atau agama,

dan hanya sebagai identiti diri yang merujuk pada kawasan teritorial tertentu yang

menjadi tempat tinggal mereka. Idwar Saleh menyimpulkan suku Banjar terdiri dari

tiga subetnik berdasarkan wilayah tempat tinggal mereka dan unsur pembentukan

suku iaitu Banjar Pahuluan iaitu campuran Melayu dan Bukit ( Bukit sebagai ciri

kelompok ), Banjar batang Banyu iaitu campuran Melayu, Maayan, Lawangan, Bukit

dan Jawa (Maayan sebagai ciri kelompok) dan Banjar Kuala iaitu campuran Melayu,

Ngaju, Barangas, Bakumpai, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Ngaju sebagai

ciri kelompok).

3.0 PENGHIJRAHAN KE SUMATERA DAN MALAYSIA

Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu

dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar.

Pertama, pada tahun 1780 terjadi penghijrahan besar-besaran ke Pulau Sumatera.

Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran

Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran

Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana

sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati.

Kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke pulau

Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran

Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat

pemerintahan Kerajaan Banjar di Kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan

Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah

menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar.

Ketiga, pada tahun 1905 etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan besar-

besaran ke pulau Sumatera. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan

Muhammad Seman yang menjadi raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati Syahid di

tangan Belanda.

3

Page 4: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Penghijrahan Suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri

Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan sultan Isa, raja Indragiri sebelum raja

yang terakhir. Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia

antara lain ke negeri Kedah, Perak ( Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh ), Selangor

( Sabak Bernam, Tanjung Karang ), Johor (Batu Pahat) dan di Malaysia Timur,

Sabah ( Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau ), Sarawak (Kuching, Sri Aman).

3.0 HUBUNGAN DENGAN KAUM DAYAK

Hubungan antara suku Banjar dan kaum Dayak selalunya dalam keadaan

baik. Beberapa kaum Dayak masuk Islam dan berasimilasi dengan budaya suku

Banjar seta memanggil diri mereka orang Banjar. Kaum Dayak menganggap suku

Banjar sebagai saudara. Ini diperkuatkan lagi dengan banyaknya perkahwinan

antara suku Banjar dan kaum Dayak termasuk pada peringkat raja. Contohnya,

Biang Lawai, isteri kepada raja Banjar adalah dari etnik Dayak Ngaju. Hubungan ini

menjadi kuat apabila mereka berhadapan dengan penjajahan. Mereka bersama-

sama berperang dan beberapa pejuang yang terlibat dalam Perang Banjar adalah

dari etnik Dayak. Contohnya, Panglima Batur, dari etnik Dayak Siang Murung,

Panglima Wangkang, ayahnya Dayak Bakumpai dan ibunya Banjar dan Panglima

Batu Balot (Tumenggung Marha Lahew), pahlawan wanita yang menyerang Kubu

Muara Teweh pada tahun 1864 -1865.

4.0 ASAL-USUL MASYARAKAT BANJAR DI MALAYSIA

Masyarakat Malaysia terkenal kerana mempunyai pelbagai kelompok etnik.

Kelompok etnik ialah kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui

sesuatu warisan sepunya, baik warisan yang benar mahupun yang dianggap. Identiti

etnik dipupuk dengan membezakan kelompok diri daripada kelompok yang lain

menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa, agama, dan tingkah laku. Proses yang

melahirkan pengenalpastian sebegini dikenali sebagai etnogenesis.

Salah satu golongan etnik yang besar ialah etnik Banjar. Seperti golongan

etnik lain, orang Banjar juga merupakan satu golongan yang kompleks dan

mempunyai sejarah yang tersendiri di negara ini. Orang Banjar adalah tergolong

dalam rumpun bangsa Melayu. Walaupun begitu, tidak banyak yang diketahui

tentang masyarakat ini. Keadaan ini agak berbeza dengan orang Jawa yang lebih

dikenali walaupun kedua-dua masyarakat ini mempunyai latar belakang

4

Page 5: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

penghijrahan yang hampir sama dan berasal dari negara yang sama iaitu Indonesia.

Satu hal yang agak menarik juga, kedua-dua masyarakat tersebut tinggal di

kawasan petempatan yang berdekatan di Malaysia, contohnya di daerah Batu

Pahat, Johor, daerah Sabak Bernam dan Tanjung Karang, Selangor dan daerah

Bagan Datoh di Perak. Sehingga kini, belum ada penulisan yang benar-benar

lengkap tentang sejarah kedatangan atau perkembangan masyarakat tersebut di

negara ini, walaupun sumbangan mereka dalam bidang sosial, ekonomi dan politik

bangsa Melayu khasnya di negara ini secara keseluruhannya tidak kurang

pentingnya.

Orang Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimatan,

Indonesia di kawasan selatan Basin Barito, terutama sekali dari daerah Banjar

Masin, iaitu pusat bandar daerah utama tempat asal orang Banjar tersebut ialah dari

daerah Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margas. Sebahagian dari mereka juga

berasal dari Sumantera Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat. Daerah-daerah

tersebut merupakan kawasan penanaman padi. Oleh demikian, mereka berhijrah ke

Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani mahir dalam penanaman padi. Di

samping itu, pekerjaan khusus seperti melukis, tukang permata dan berniaga juga

ditekankan oleh mereka. Pekerjaan inilah yang membezakan mereka dari suku-suku

bangsa lain di daerah orang-orang Dayak yang tinggal lebih ke utara barat Banjar

Masin. Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran membuat peralatan dari besi,

seperti peralatan pertanian dan senjata. Kebanyakan mereka suka tinggal di lembah

beberapa buah sungai seperti di sepanjang lembah Sungai Barito dan Banjar Masin

hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara.

Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dipastikan, tetapi

menurut Afred Bacon Hudson merupakan pengkaji orang Banjar, migrasi ini bermula

dalam pertengahan abad ke-19. Penempatan yang awal sekali dapat dikesan ialah

di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, mereka sering berulang alik berdagang dan

berniaga kelapa kering melalui Siak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat dan

Singapura. Selain daripada itu Bagan Dato, Perak juga di katakan tempat

pertapakan awal masyarakat ini di Tanah Melayu.

Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain. Mereka masih lagi

menjalankan aktiviti yang serupa seperti bertani, berkebun getah, kelapa dan

sebagainya. Pada masa kini, masyarakat Banjar boleh di dapati di beberapa

kawasan pantai barat, terutamanya di kawasan penanaman padi seperti daerah

5

Page 6: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Kerian, Sungai Manik dan Bagan Dato, Perak, Sabak Bernam dan Tanjung Karang

di Selangor serta Batu Pahat di Johor. Di Sabah orang Banjar terdapat di Sandakan,

Tenom, Keningau dan Tawau. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapa

puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan,

Anumtai dari Amuntai, Barabai, dari daerah Alai, Negara dan Kandangan dari

daerah Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah

Martapura. Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri mereka berdasarkan

daerah tempat asal-usul mereka di Tanah Banjar.

5.0 CIRI-CIRI MASYARAKAT BANJAR

Apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri awal orang Banjar di Tanah

Melayu ini ialah sosio budaya orang Banjar pada tahap awal pertapakan mereka di

Tanah Melayu iaitu sekitar abad ke-19 sehingga pertengahan abad ke-20. Terdapat

ciri-ciri yang dominan dan ketara pada masyarakat ini yang membezakannya

dengan masyarakat Melayu tempatan pada masa itu. Di antara ciri-ciri awal yang

dapat diperhatikan dalam masyarakat ini pada masa itu ialah, fahaman kesukuan,

teguh pegangan agama dan cara hidup sederhana, berani dan panas baran

Kini, orang Banjar di Malaysia sebagaimana masyarakat-masyarakat

penghijrah dari Indonesia yang lain seperti orang Jawa, Bugis, Mandailing, Rawa,

Kerinchi, Batak, Minangkabau dan lain-lain lagi, telah mengalami arus perubahan

yang pesat seiring dengan kepesatan pembangunan di negara ini sendiri. Proses

asimilasi yang berlaku ke atas masyarakat ini amat ketara terutama apabila mereka

sudah tidak tinggal lagi bersama-sama dalam kelompok mereka mahupun apabila

berlakunya perkahwinan campur. Program pendidikan di negara ini juga sedikit

sebanyak telah mengasimilasikan masyarakat ini ke dalam masyarakat Melayu

tempatan. Generasi muda masyarakat ini sudah agak kurang mahupun tidak tahu

atau malu untuk bertutur dalam bahasa Banjar walaupun ketika berbicara sesama

mereka.

Begitu juga dengan orang-orang tua, mereka hanya bercakap dalam bahasa

Banjar sesama kenalan atau saudara yang sebaya dengan mereka kerana anak

muda sudah tidak tahu berbahasa Banjar. Kalau pun mereka faham tetapi mereka

masih tidak mampu untuk betutur dalam bahasa Banjar. Bahasa yang dituturkan

oleh masyarakat Banjar zaman sekarang sudah bercampur dengan loghat daerah,

mungkin hanya ada beberapa patah sahaja bahasa Banjar yang disebut.

6

Page 7: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Sifat mereka yang suka merantau masih membara di jiwa mereka. Buktinya,

apabila adanya pembukaan tanah-tanah rancangan sama ada oleh FELDA

mahupun FELCRA, mereka akan memberikan sambutan yang menggalakkan untuk

menjadi peserta. Kini, orang Banjar juga banyak di dapati di kawasan-kawasan

tanah rancangan contohnya, di negeri Pahang.

Di petempatan yang majoritinya adalah terdiri daripada masyarakat Banjar,

perpaduan mereka masih erat dan mereka masih terus memelihara dan

menggunakan bahasa Banjar dalam pertuturan harian. Namun, dari segi

pengamalan adat resam dan organisasi sosial orang Banjar serta prasangkanya

terhadap orang bukan Banjar sudah agak berkurangan dan mungkin sudah tiada

lagi. Sikap mereka terhadap pendidikan juga telah jauh berubah di mana anak-anak

mereka juga telah berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dan

menjawat jawatan-jawatan yang tinggi di sektor awam mahupun swasta. Namun

begitu, pendidikan agama masih tetap menjadi pilihan utama kebanyakan dari

mereka dan buktinya dapat diperhatikan daripada ramainya anak-anak masyarakat

ini yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi terutama orang Banjar dari daerah

Kerian, Perak dan daerah Sabak Bernam, di Selangor.

6.0 ADAT RESAM MASYARAKAT BANJAR

Seperti istiadat perkahwinan masyarakat lain, perkahwinan dalam masyarakat

Banjar juga berlangsung dalam keadaan meriah, tetapi dalam suasana cukup

ringkas. Sebelum upacara perkahwinan berlangsung, mereka tidak ada adat merisik

ini kerana dalam masyarakat Banjar zaman dahulu, perkahwinan mereka

berlangsung antara sesama saudara, seperti sepupu dan sebagainya. Mungkin juga

kerana kuatnya pegangan mereka kepada agama menyebabkan mereka menolak

beberapa elemen tidak bersesuaian dan pembaziran. Pensyarah Jabatan Pengajian

Jabatan Melayu, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Khairi Muhammad Nor,

berkata upacara ini bermula apabila kedua-dua belah pihak berkenaan, keluarga

lelaki berjanji akan datang ke rumah perempuan, dan selalunya mereka datang

selepas waktu Isyak. Dalam majlis ini, tiada acara berbalas pantun antara kedua-dua

belah pihak seperti yang popular dalam masyarakat Melayu lain.

7

Page 8: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

“Sebaliknya pihak lelaki akan menyatakan hajat kedatangan mereka untuk

meminang anak perempuan secara berterus terang. Sekiranya pihak perempuan

bersetuju, mereka terus sepakat membuat perjanjian untuk menentukan tarikh bila

hendak diadakan majlis perkahwinan. “Dalam masyarakat Banjar, majlis

perkahwinan selalunya diadakan selepas mengetam atau menuai padi. Hal ini

kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah membeli beras, sebaliknya boleh

menggunakan beras yang diusahakan sendiri. “Selepas rundingan, masyarakat

Banjar dulu biasanya menetapkan perbelanjaan hangus dan mas kahwin sebanyak

RM300, tetapi sekarang mencecah antara RM5,000 hingga RM7,000 atau lebih.

Ketika tempoh menunggu majlis perkahwinan berlangsung atau sepanjang tempoh

bertunang, menurut adat masyarakat Banjar, kedua-dua bakal pengantin dilarang

sama sekali untuk berjumpa. Di samping itu,ibu pihak lelaki akan menyuapkan gula

kepada bakal pengantin perempuan menggunakan sudu agar segala percakapan

yang manis sahaja diuatarakan dan bukannya kata-kata nista dalam perkahwinan

kelak.

“Majlis akad nikah dalam masyarakat Banjar akan diadakan seminggu

sebelum majlis kenduri berlangsung. Majlis akad nikah biasanya dilakukan pada

waktu siang, dalam suasana cukup ringkas di rumah Tok kadhi. Upacara ‘mandi

adat’ atau ‘berpapai’ dijalankan ditempat khas yang dipanggil balai, diperbuat

daripada empat batang tiang, dan pada setiap batang tiang diikat dengan empat

batang tebu. Pada setiap batang tebu itu pula diikat mayang pinang dengan benang

kuning dan digantung buah pisang, ketupat, dan kuih cincin pada balai itu. Dalam

kawasan balai, ada bidan atau pembantu untuk memandikan pengantin dengan

menggunakan upih pinang. Pengantin lelaki akan pergi ke rumah pengantin

perempuan untuk mandi bersama atau ‘mandi adat’ dan acara ini dilangsungkan

antara jam 5 hingga 6 petang. Saya sendiri pernah melihat upacara ini semasa

kawan sekampung saya berkahwin dahulu.

Persandingan adat Banjar begitu unik. Mereka disandingkan di tengah laman,

di atas buaian sambil dipersembahkan pencak silat sembah pengantin dan diiringi

paluan dua biji gendang serta satu gong. Ketika majlis persandingan ini berlangsung

tidak ada upacara merenjis pengantin, sebaliknya hanya ada salam pengantin.

Selain itu, pada hari persandingan itu juga, satu majlis khatam al-Quran pengantin

diadakan dan tetamu diberi bunga telur sebagai kenangan.

8

Page 9: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Seterusnya adalah menguruskan kematian bagi orang Banjar. Mereka masih

mengekalkan proses tersebut mengikut kaedah Islam walaupun mereka mempunyai

budaya tersendiri. Hal ini sesuai dengan masyarakat tersebut yang mempunyai

pegangan agama yang kuat. Apabila berlaku kematian mereka akan mengetuk

beduk bagi memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa berlakunya

kematian. Sekiranya orang tua yang meninggal dunia beduk akan diketuk sebanyak

tujuh kali manakala bagi kanak-kanak sebanyak tiga kali. Mereka akan datang

menziarahi serta membacakan surah Yasin serta al-Quran. Menjelangnya subuh

mereka akan menumbuk tepung beras untuk dibuat serabai , menyediakan gula

waluh dan ayam bapak. Ayam bapak ini dipercayai dapat menggerakkan mayat

terbabit di akhirat kelak.

            Urusan pengkebumian jenazah dilakukan oleh orang kampung tanpa

sebarang bayaran sebaliknya bergotong-royong untuk urusan mandi, kafan, gali

kuburdan sebagainya. Jika ingin menyembahyangkan jenazah, jika tidak cukup 40

oang jemaah maka penduduk dari kampung lain akan dipanggil dan tuan rumah

akan menyediakan sampu berisi RM 5 untuk diberkan kepada jemaah yang datang.

Untuk mengebumikan jenazah pula keranda tidak digunakan sebaliknya jenazah

diletakkan di atas kain usungan atau pelikat dan ditutup dengan kain batik lepas.

Pengusung tersebut dibuat daripada dua batang buluh. Anak-anak pula akan

mengelilingi di bawah mayat tersebut sebanyak tiga pusingan apabila pengusung

diangkat supaya mereka tidak terlalu mengingati arwah.

            Manakala pakaian yang pernah dipakai oleh arwah juga akan disedekahkan

kepada saudara mara atau jiran tetangga terdekat. Jika suami yang meninggal dunia

isteri tiada tempoh berkabung untuk isterinya pergi ke mana-mana. Masyarakat

Banjar juga akan mengadakan kenduri tahlil dan bacaan Yasin iaitu pada hari

pertama, kedua, ketiga, ketujuh, ke-25, ke-40 dan penutupnya hari yang ke-100.

Setahun sekali juga akan diadakan kenduri sebagai memperingati arwah

7.0 PANTANG LARANG MASYARAKAT BANJAR

Masyarakat Banjar juga mengamalkan pantang larang seperti orang Melayu

yang lain. Antaranya bagi wanita hamil terdapat beberapa pantang larang yang perlu

diikuti bagi mengelakkan berlakunya musibah. Terdapat banyak pantang larang bagi

wanita yang hamil tetapi semuanya agak sama dengan masyarakat Melayu yang

9

Page 10: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

lain. Jika makan buah-buahan kulitnya tidak dibenarkan dibuang di dalam semak

sebaiknya buang di tempat yang terbuka dan orang boleh melihatnya. Perkara ini

disebabkan bayi yang dilahirkan nanti tidak disukai orang lain apabila dipandang.

Selain itu, jika sedang makan dan ada orang yang datang ke rumah maka perlulah

dipelawa orang tersebut untuk makan bersama. Jangan buat tidak endah sahaja

kerana dikhuatiri anak dikatakan akan bisu dan sombong. Begitu juga apabila ada

orang yang datang dan duduk di hadapan kita, jangan memalingkan muka atau

membelakangi orang tersebut kerana anak yang bakal lahir tidak disukai orang lain.

Penggunaan air pelongsor yang sekarang ini disebut air selusuh, begitu

popular dalam masyarakat Banjar dan masih digunakan sehingga kini untuk tujuan

mudah melahirkan anak. Tempoh berpantang dalam masyarakat Banjar untuk ibu

lepas bersalin adalah 44 hari. Amalan dalam berpantang juga kuat diamalkan orang

dahulu. Hari-hari minum air halia, makan ikan bakar bersama air asam bawang putih

bersama lada. Banyak jenis makanan yangi tidak berani untuk memakannya

terutama yang berangin dan sejuk seperti kacang panjang.

Selepas bersalin, wanita Banjar gunakan barut sepanjang bermeter-meter.

Dalam balutan tebal itu dimasukkan pelbagai jenis herba di dalamnya. Ada halia,

jintan manis dan bawang putih. Orang Banjar pandai dengan pemilihan herba

kerana di sekitar kampung memang ada bahan-bahan sebegitu. Bau rempah-

rempah ini cukup wangi dan mengujakan.

8.0 KEBUDAYAAN MASYARAKAT BANJAR

Budaya berendoi dan cukur jambul sangat sinonim dalam masyarakat

Melayu. Lain ekniknya, lain pula cara mengendalikannya tetapi semuanya menjurus

kepada kaedah yang hampir sama iaitu adanya marhaban dan diikuti dengan tetamu

yang hadir menggunting sebahagian rambut sebagai mengambil syarat upacara itu.

Biasanya, bayi diletak dalam buaian yang dihias indah. Diletak bantal di kiri

kanan untuk manambah keselesaannya. Pendek kata, anak kecil itu diraikan begitu

istimewa. Apa saja cara dilakukan untuk memastikan dia selesa dalam sesak orang

ramai. Tangisnya cepat diredakan supaya tidak terasa tertekan dan gelisahnya

ditangani sebaiknya. Lain pula halnya dengan masyarakat Banjar. Budaya berendoi

mereka unik sekali. Melihat kepada bagaimana mereka meletak anak dalam buaian

10

Page 11: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

seperti menyeksa bayi. Kedudukannya nampak tidak selesa dan jika salah faham

boleh ditafsirkan seperti mahu menjerut bayi.

Budaya itu dinamakan ‘bapukung’ bukan sekadar untuk majlis cukur jambul

tetapi dipraktikkan sejak dulu hingga hari ini. Kaedah meletakkan anak dalam buaian

pelik dan kelihatan menyeksakan. Di mana saja, tidak kira di rumah atau di kebun,

bayi diletak dalam buaian dengan cara sama. “Bayi seawal usia sebulan sudah

boleh dipukung. Bayi akan rasa lebih selesa berbanding kaedah buaian biasa.

Memang nampak macam terseksa tapi sebaliknya bayi lebih selesa dan dapat tidur

lama. Kanak-kanak sehingga usia sembilan bulan masih boleh dipukung. Ada yang

sampai lebih setahun pun mahu dipukung. Ada yang ketagih, tidak dapat bakupung,

tidak boleh lena.

“Jika kanak-kanak menangis, merengek, perut tidak selesa, suka meragam

atau kena sawan tangis, bakupung boleh menyelesaikan masalah itu. Pendek kata,

bapukung bukan sekadar kaedah buaian tetapi juga satu penawar. Semua orang

Banjar tahu bagaimana buat bapukung, cuma sekarang tidak ramai guna cara ini

sebab tidak ada buaian kain di rumah. “Uniknya, bapukung ialah kedudukan bayi itu

sendiri. Jika kaedah buaian biasa, bayi terbaring dan melihat ke langit, bapukung

membolehkan bayi duduk dan lihat ke depan sekali gus membuatkan dia rasa lebih

selamat. Sekurang-kurangnya bayi boleh melihat keadaan sekeliling dan tidak

bosan.

8.1 Makanan Tradisional

Semua etnik pasti ada makanan tradisinya sendiri. Seperti juga orang Banjar,

mereka juga ada pelbagai makanan unik terutama berkaitan kuih tradisi yang sering

dimasak untuk majlis tertentu atau sekadar santapan ketika santai. Wanita Banjar di

Kampung Tebuk Mantau, Harison Jafar, 60, berkata ada pelbagai jenis kuih dalam

masyarakat Banjar dengan yang paling popular ialah kuih cengkaruk batu, kalakatar,

wadai kepeng, balungan hayam, kalalapun (buah melaka), batil pisang (lengat) dan

dadar gulung (ketayap).

“Paling popular dalam masyarakat Banjar ialah wadai kepeng iaitu sejenis

kuih dari tepung beras pulut yang diuli dengan air garam. Ia biasanya dibuat ketika

menuai padi dan sebarang majlis gotong-royang kerana dapat menambahkan

keseronakan dan kemeriahannya. Paling sukar ialah menyediakan kalakatar iaitu

sejenis makanan tradisional yang dibawa dari tanah Banjar . Prosesnya agak renyah

11

Page 12: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

kerana menggunakan air kelapa muda dan boleh dibuat secara lengat atau dibakar.

Makanan ini jarang sekali dibuat kerana prosesnya yang memakan masa.

Bukan semua orang tahu membuat makanan tradisi ini kerana sekiranya ada

tersilap sedikit, ia tidak menjadi. Hanya orang tertentu yang pandai membuatnya dan

kebanyakannya generasi lama. Malah, generasi berusia 50 tahun pun ramai tidak

tahu membuatnya. Namanya pun timbul disebabkan proses memotongnya sedikit

ketat dan melekat, sekaligus disebut kalakatar. Balungan hayam lebih popular di

kalangan peniaga. Ia mempunyai bentuk di hujung seperti balung ayam. Ia bukanlah

makanan popular tetapi lebih banyak dijual di kedai makan Ia juga menggunakan

tepung beras pulut dan berintikan kelapa.

Satu lagi makanan orang Banjar ialah wadik. Wadik atau pekasam versi

Banjar, berbeza dari pekasam buatan lain-lain etnik dari penggunaan garam kasar ,

jumlah asam yang digunakan dan ikan yang digunakan. Jumlah garam yang

digunakan adalah lebih banyak yang menyebabkan ikan wadik tahan lebih lama

(antara 6 bulan - 1 tahun). Garam juga membuatkan struktur daging ikan lebih

memejal dan ini membuatkan ikan wadik tidak mudah hancur bila di goreng,

manakala pekasam pula menggunakan garam dalam kuantiti yang kecil. Ini

membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh

kita makan. Ikan yang menjadi pilihan masyarakat Banjar juga berkait rapat dengan

pekerjaan mereka sebagai pesawah. Oleh itu, ikan yang dijadikan wadik adalah ikan

sawah seperti ikan sepat, haruan, keli dan puyu. Walau bagaimanapun, ikan sepat

tetap menjadi pilihan untuk dibuat wadik.

8.2 Pakaian Tradisional

Dari segi berpakaian, memang orang Banjar ada pakaian tradisinya dan

kemungkinan turut digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya pun ringkas

dan sekadar mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani. Tidak seperti

pakaian tradisi etnik lain yang sarat dengan aksesori.

Pakaian tradisional yang biasa dipakai dihari biasa oleh remaja dan orang

dewasa kaum lelaki Banjar adalah seluar panjang yang menutup kaki. Sebagai

pasangannya dikenakan kemeja lengan panjang dengan leher baju bulat. Bahagian

dada terbelah berkancing tiga, tanpa poket. Pada saat-saat tertentu kelengkapan

pakaian ini ditambah dengan kain sarung yang diletakkan di bahu. Sedangkan

dalam acara-acara rasmi seperti menghadiri upacara adat seluar diganti dengan

12

Page 13: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

kain sarung. Warna yang digunakan oleh remaja lebih terang, dominan seperti

warna kuning.

            Lelaki yang telah berusia bagi masyarakat Banjar pula mengenakan baju

palimbangan, iaitu kemeja berlengan panjang dengan leher baju bulat dilengkapi

dengan butang lima dan mempunyai poket sebanyak tiga buah. Pasangannya

digunakan kain sarung yang lazim disebut tapih kaling, sejenis sarung terbuat dari

katun atau sutra bermotif garis-garis melintang dan membujur. Sebagai penutup

kepala digunakan kopiah dari kain beludru, kain satin (kupiah Padang) atau kupiah

jangang. Alas kakinya ada berbagai jenis, iaitu sandal kalipik, sandal tali silang, dan

selop .

8.3 Rumah Tradisional

Rumah Adat Banjar adalah rumah tradisional suku Banjar. Arkitektur

tradisional ciri-cirinya yangmempunyai perlambang, mempunyai penekanan pada

atap, ornamental, dekorasi dan simetris.

Rumah tradisonal Banjar adalah jenis-jenis rumah khas Banjar dengan gaya

dan ukirannya yang tersendiri mulai sebelum tahun 1871 hingga tahun 1935.

Umumnya rumah tradisional Banjar dibangun dengan beranjung (ba-anjung) iaitu

sayap bangunan yang menjorok dari samping kanan dan kiri bangunan utama

kerana itulah disebut Rumah Baanjung. Anjung merupakan ciri khas rumah

tradisional Banjar, walaupun ada pula beberapa jenis Rumah Banjar yang tidak

beranjung jenis rumah yang paling bernilai tinggi adalah Rumah Bubungan Tinggi

yang biasanya dipakai untuk bangunan keraton (Dalam Sultan). Jadi nilainya sama

dengan rumah joglo di Jawa yang diguna sebagai keraton.

Keagungan seorang pemimpin pada masa pemerintahan kerajaan diukur

oleh jumlah ukuran dan kualiti seni serta kemegahan bangunan-bangunan kerajaan

khususnya istana raja (Rumah Bubungan Tinggi). Dalam suatu perkampungan suku

Banjar terdiri dari pelbagai jenis rumah Banjar yang mencerminkan status sosial

mahupun status ekonomi pemilik rumah. Dalam kampung tersebut rumah dibangun

dengan pola linear mengikuti arah aliran sungai mahupun jalan raya terdiri dari

rumah yang dibangun mengapung di atas air, rumah yang didirikan di atas sungai

mahupun rumah yang didirikan di daratan, baik pada lahan basah (alluvial) mahupun

lahan kering.

13

Page 14: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

8.4 Seni Tarian Tradisional

Memang agak sukar untuk dipastikan sama ada dalam masyarakat Banjar,

tarian yang ditari mencerminkan budaya masyarakat itu. Hal ini mungkin berikutan

daripada sejarah kedatangan mereka ke negara ini sebagai masyarakat yang tinggi

pegangan agamanya menjadikan jika adapun tarian di tanah asal, berkemungkinan

ia tidak dibawa ke sini.

            Cuma perbezaaan etnik Banjar dengan etnik yang lain adalah dari segi

berpakaian. Hal ini kerana, orang Banar sememangnya ada pakaian tradisinya yang

turut digunakan dalam persembahan budaya. Pakaiannya juga ringkas dan sekadar

mencerminkan imej masyarakat itu yang menjadi petani. Tidak seperti pakaian

tradisi etnik yang lain, sarat dengan aksesori. Jika diperhatikan, sebenarnya

masyarakat Banjar mempunyai rentak muzik yang tersendiri kerana rentak yang

diiramakan mengadaptasi kegiatan harian etnik dan cara hidup yang diamalkan.

Tarian yang terdapat dalam etnik ini mengadaptasi kegiatan harian ini dengan

menyelitkan elemen kelembutan dan nilai seni tradisional yang tinggi selain

membuktikan bahawa etnik ini sangat mementingkan pengekalan busana asal

masyarakat ini.

            Tarian yang ditarikan mempamerkan kelembutan gadis Banjar menyambut

tetamu dengan kata-kata indah serta lemah-gemalai gerak seni tari yang dicipta

melambangkan seni tari kreatif dan keindahan bahasa dilafazkan. Secara

kesimpulannya, jika dilihat sekali pandang, tarian yang memang lemah lembut ini

sedikit menyerupai tarian inang di mana penarinya hanya menggerakkan tangan dan

melangkah lembut tanpa gerak yang tangkas. Ulik tangan pun sekadar melentik ke

kiri dan ke kanan penuh kelembutan.

9.0 BAHASA

Bahasa banjar adalah satu bahasa Austronesia yang dipertuturkan oleh suku

banjar di Kalimantan Selatan, Indonesia sebagai bahasa ibunda. Bahasa banjar

adalah cabang bahasa yang berkembang dari bahasa Melayu. Bahasa ini berasal

dari provinsi Kalimantan Selatan yang terdiri daripada Banjar Kandangan, Amuntai,

Alabiu, Kalua, Alai dan lain-lain. Bahasa Banjar dihipotesiskan sebagai bahasa

proto-Malayik sama seperti bahasa Minangkabau dan bahasa Serawai (Bengkulu).

Selain Kalimantan Selatan, bahasa Banjar yang asalnya berupa bahasa suku kaum

juga menjadi lingua franca di kawasan-kawasan lain, iaitu Kalimantan Tengah dan

14

Page 15: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Kalimantan Timur serta di daerah Kabupaten Indragiri Hilir, Riau, sebagai bahasa

perantaraan sesama suku.

Bahasa banjar banyak dipengaruhi oleh bahasa Melayu, Jawa dan bahasa-

bahasa Dayak. Bahasa Banjar dipercayai mempunyai hubungan dengan bahasa

Kedayan (Brunei) dan sering pula disebut Bahasa Melayu Banjar. Dalam

perkembangannya, bahasa Banjar nampaknya terlalu banyak meminjam perkataan

dari bahasa Indonesia dan bahasa-bahasa asing. Namun demikian, bahasa banjar

berada dalam kategori yang masih jauh dari kancah kepupusan kerana ia masih

digunakan sebagai bahasa perbualan seharian oleh masyarakat banjar mahupun

pendatang. Kini, bahasa Banjar sudah diajarkan di sekolah-sekolah di Kalimantan

Selatan sebagai mata pelajaran setempat.

Jika diperhatikan, para penutur bahasa Banjar dapat dikenal pasti adanya

kelainan-kelainan dalam pengucapan atau perbezaan kosa kata sesama kelompok

loghat iaitu Bahasa banjar Hulu Sungai atau Bahasa Banjar Hulu dan Bahasa Banjar

Kuala. Loghat Banjar Kuala pada umumnya ditutur oleh penduduk asli sekitar kota

Banjarmasin, Martapura dan Pelaihari, manakala dialek Banjar Hulu pula ditutur oleh

penduduk daerah Hulu Sungai umumnya, iaitu kawasan Kabupaten Tapin, Hulu

Sungai selatan, Hulu Sungai Tengah, Hulu Sungai Utara ( dan Balangan ) serta

Tabalong. Penutur dialek Banjar Hulu ini jauh lebih luas dan masih kelihatan

beberapa kelainan subloghat lagi yang disebutkan oleh Amuntai, Alabiu, Kalua,

Kandangan, dan Tanjung.

Selain itu, Den Hamer amat berpendapat bahawa bahasa yang dipakai oleh

orang Bukit iaitu penduduk pedalaman pergunungan Meratus, merupakan salah satu

subdialek Banjar Hulu juga dan mungkin subloghat baik Banjar Kuala mahupun

Banjar Hulu itu masih banyak lagi, jika dilihat banyaknya kelainan penuturan bahasa

Banjar yang masih memerlukan penyelidikan lanjut dari para ahli dialektrografi

sehingga bahasa Banjar itu dengan segala subloghatnya boleh diletakkan secara

teliti dan tepat. Berdasarkan pengamatan yang ada, perbezaan kelompok dialek

Banjar Kuala dengan Banjar Hulu setidak-tidaknya ada dua perkara penting iaitu

adanya perbezaan pada kosa kata tertentu dan perbezaan pada sebutan fonem

tertentu. Di samping itu ada pula pada perbezaan nada dan tekanan meskipun yang

terakhir ini bersifat tidak membezakan.

15

Page 16: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Di bawah ini ditunjukkan perbezaan beberapa perkataan antara bahasa

Banjar Hulu dan Banjar Kuala serta maksudnya di dalam bahasa Melayu.

Banjar Hulu Banjar Kuala Bahasa Melayu

banyu dingin banyu dingin air sejuk

gani’i Dangani menemani

ma-hurup ma-nukar membeli

Hingkat Kawa dapat / boleh

Arai Himung senang

Balalah Bakunjang bersiar-siar

Linger Tuang tuang

Tuti tadih / hintadi tadi

Kadai Warung warung

Uma Mama Ibu

9.0 KEPERCAYAAN MASYARAKAT BANJAR

Perkara ini sangat berkait rapat dengan keadaan mereka yang baru berhijrah

dari Tanah Banjar ke Tanah Melayu yang masih asing bagi mereka. Jadi bagi

memastikan kebajikan mereka terjaga, mereka sentiasa tinggal dalam satu

kelompok. Salah satu ciri terpenting wujud pada masyarakat tersebut pada masa itu

ialah mendalamnya fahaman kesukuan. Mereka merasakan orang-orang selain dari

suku mereka dianggap “orang luar”. Keadaan inilah yang telah mempengaruhi

perkembangan keperibadian dan corak pergaulan mereka. Menurut beliau lagi,

jarang berlaku perkahwinan di luar suku Banjar. Justeru, mereka dapat

mengekalkan ciri-ciri keperibadian yang tersendiri dalam masyarakat ini. Keadaan

kehidupan mereka juga amat sederhana, rumah mereka dikatakan kosong kerana

tidak mempunyai alat-alat perabot seperti karusi, meja dan almari. Peralatan yang

ada seperti tikar mengkuang yang dibentangkan ketika tetamu datang dan lain-lain

perkakas yang mustahak sahaja.

Satu hal yang agak mustahak juga ialah, masyarakat ini tidak suka bekerja

makan gaji dengan kerajaan kerana mereka lebih suka bekerja sendiri khasnya

dalam bidang pertanian. Perkara ini juga berkait dengan kebebasan untuk mereka

membuat perkara-perkara sampingan khasnya untuk mendalami ilmu-ilmu

16

Page 17: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

keagamaan. Pekerjaan bertani khasnya penanaman padi mempunyai ruang masa

yang banyak dan bebas untuk mereka melakukan perkara-perkara tersebut seperti

ketika menunggu musim menuai dan seumpamanya. Kedudukan seseorang yang

tinggi ilmu agama juga amat dihormati dan mendapat tempat yang istimewa dalam

kalangan orang Banjar.

Disebabkan kebanyakan masyarakat banjar tinggal di kawasan penanaman

padi, maka terdapat satu budaya yang dinamakan “berderau” bagi aktiviti

penanaman padi ini. Berderau dalam erti kata lain adalah menjalankan aktiviti

penanaman padi secara berkumpulan. Aktiviti ini diadakan apabila musim

penanaman padi bermula. Pemilik sawah padi akan disertai oleh beberapa orang

yang datang membantu untuk menanam padi. Sebagai contoh, jika tuan pemilik

tanah sawah padi ingin menanam padi, terdapat 10 orang yang datang untuk

membantu menanam padi maka pemilik sawah tersebut harus membantu pula 10

orang itu menanam padi mereka. Aktiviti ini menunjukkan satu sikap kerjasama

yang baik antara pemilik sawah padi tersebut untuk membantu menanam padi selain

mempercepatkan proses menanam padi.

Nilai yang diberi ke atas seseorang individu dalam masyarakat ini adalah

berdasarkan keahlian dalam ilmu-ilmu agama Islam. Nilai-nilai seperti ini

menjadikan masyarakat ini begitu kuat dan taat berpegang kepada ajaran Islam dan

kepada kepimpinan yang ahli dalam bidang agama Islam. Perkembangan

pendidikan secara formal yang wujud dalam masyarakat ini hanyalah berupa kelas

membaca Al-Quran , mempelajari hal ehwal syariat Islam dan mendalami ilmu

agama yang lain. Tambahan pula, kebanyakan orang banjar yang berhijrah ke

tanah Melayu terdiri daripada mereka yang kuat pegangan agama Islam dan

mengamalkan cara hidup yang sempurna. Oleh yang demikian, tidak hairanlah

bahawa masyarakat Banjar ini amat condong terhadap perkara-perkara berkaitan

agama Islam dalam kehidupan mereka.

 

17

Page 18: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

10.0 RUMUSAN

Sebenarnya banyak lagi budaya masyarakat Banjar yang dibawa dari

Banjarmasin tetapi semakin tidak diamalkan. Adalah sesuatu yang dianggap

mustahil untuk melihat beberapa budaya lama, malah tidak ramai juga yang mampu

berkongsi cerita tentang adat budaya masyarakat banjar dewasa ini. Tambahan

pula, masyarakat Banjar ini semakin terhakis.

Di Malaysia kaum Banjar ramai tinggal kawasan Bagan Serai, Sungai Manik,

Teluk Intan dan Parit Buntar di Perak Sekincan,Sabak Bernam dan di Johor boleh

didapati di Batu Pahat. Dari kajian yang di buat ini,membuktikan bahawa masyarakat

Banjar masih ramai lagi terdapat di daerah Kerian iaitu daerah yang kami diami

sekarang. Kaum Banjar dapat dikenali melalui warna kulit sawo matang agak

keputih-putihan dan mempunyai kelopak mata yang agak sepit. Justeru itu, kami

rasa berbangga kerana dapat bersama-sama hidup dalam kalangan masyarakat

Banjar ini.Masyarakat Banjar bukan sahaja dari rumpun melayu yang kaya dengan

budaya dan adat malah mereka juga mempunyai keistimewaan dan sejarah

tersendiri.

Masyarakat Banjar kini kurang bertutur bahasa Banjar , hanya golongan tua

sahaja yang masih bertutur menggunakan bahasa Banjar. Hanya beberapa patah

perkataan sahaja yang dapat difahami oleh generasi muda kini seperti kulaan,

guring dan pengulir. Namun begitu, ada juga perkataan yang digunakan dalam

bahasa banjar sama dengan bahasa Melayu dan dialek lain, contohnya seperti

bahasa Jawa. Begitu juga dengan adat budaya dan pantang larang, mungkin ada

yang sama seperti etnik yang lain. Anak cucu orang Banjar zaman sekarang tidak

lagi tahu berbahasa banjar. Sekiranya warisan ini tidak dipelihara, kemungkinan

bahasa ini akan lenyap terus dan tinggal sejarah sahaja. Begitu juga dengan

generasi banjar kini, mereka tidak tahu dan kurang faham dengan bahasa Banjar.

Namun begitu, jika pihak pertubuhan, contohnya Pertubuhan Banjar Malaysia atau

lain-lain pertubuhan Banjar memainkan peranan yang penting, mungkin dapat terus

memelihara segala adat resam , kebudayaan dan bahasa etnik Banjar ini.

Melalui pendokumentasian ilmiah ini, benarlah bahawa masyarakat

Banjar sememangnya merupakan masyarakat yang masih berpegang kepada

identiti dan cara hidupnya yang tersendiri. Proses asimilasi yang berlaku tidak

18

Page 19: TUGASAN ETNIK BANJAR

EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

menghilangkan identiti mereka dan tidak juga membuat mereka melupakan

tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia. Kesimpulannya, etnik Banjar juga

merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu dan perlu dihormati dan dijaga

identitinya.

19