Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
-
Upload
norafsah-awang-kati -
Category
Documents
-
view
3.401 -
download
13
description
Transcript of Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Pendahuluan 3
1. Pengenalan 4
1.1 Definisi najis mengikut hukum fiqh. 4
1.2 Jenis-jenis najis 5
1.2.1 Najis hakiki (aini) 5
1.2.2 Najis hukmi 5
1.3 Pembahagian najis mengikut ringan dan berat beserta cara 6
menyucikannya
1.3.1 Najis ringan atau najis mukhaffafah (مخففة)
6
1.3.2 Najis pertengahan atau najis mutawassitah (متوسطة)
7
1.3.3 Najis berat atau najis mughallazah (مغلظة) 7
1.4 Benda-benda yang merupakan najis 8
1.5 Perkara-perkara yang dimaafkan.dan tidak dihukum sebagai najis 9
2. Kenajisan Anjing Menurut Pandangan Ulama 10
2.1 Klasifikasi anjing 10
2.2 Anjing dari sudut pandangan Islam. 10
2.3 Perbezaan pandangan tentang hukum kenajisan anjing 13
di kalangan ulama
2.3.1 Mazhab Al-Hanafiyah 14
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 1
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
2.3.2 Mazhab Al-Malikiyah 15
2.3.3 Mazhab Asy-Syafi’iyah dan Mazhab Al-Hanabilah 16
2.4 Pandangan yang rajih (Kuat) 17
2.5 Sebab-sebab pandangan Mazhab Al-Malikyah merupakan pandangan 17
yang rajih terhadap kenajisan anjing
2.5.1 Kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh anjing 18
sebagai najis adalah qiyas yang lemah
2.5.2 Hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah s.a.w. 19
memenuhi undangan kerana ada anjing di dalam rumah
adalah lemah (dhaif)
2.5.3 Hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab Asy-Syafi’iyah 20
berakhir dengan lafaz “Sesungguhnya kucing bukan najis”
sebenarnya tidak wujud di dalam mana-mana kitab
hadis yang meriwayatkan hadis tersebut
2.6 Suruhan menyucikan bekas yang dijilat anjing walaupun 22
bukan kerana najis tetapi kerana taat kepada perintah Rasulullah
Rumusan 23
Bibiliografi 25
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 2
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Pendahuluan
Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda. Saya ingin
memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan
bagi kursus Al-Fiqh Islami 1 (HIS3063) ini dapat disiapkan sepenuhnya.
Objektif tugasan ini ialah untuk mendedahkan kepada pelajar hukum-hakam yang
berkaitan dengan tajuk yang dipilih berserta sokongan dalil-dalil daripada Al-Quran Al-
Karim mahu pun Hadith-hadith sahih Rasulullah s.a.w. Tajuk pilihan untuk tugasan A-Fiqh
Al-Islami 1 ini ialah “Kenajisan Anjing Menurut Pandangan Ulama” . Tugasan ini juga
dimulai dengan Pengenalan tentang najis iaitu Definisi najis mengikut hukum fiqh; Jenis-
jenis najis; Pembahagian najis mengikut ringan dan berat; 1.4 Benda-benda yang
merupakan najis; Perkara-perkara yang dimaafkan.dan tidak dihukum sebagai najis;
Kenajisan Anjing Menurut Pandangan Ulama Klasifikasi anjingAnjing dari sudut
pandangan Islam; Perbezaan pandangan tentang hukum kenajisan anjing di kalangan
ulama; Pandangan yang rajih (Kuat); Sebab-sebab pandangan Mazhab Al-Malikyah
merupakan pandangan yang rajih terhadap kenajisan anjing; Perintah menyucikan bekas
yang dijilat anjing walaupun bukan kerana najis tetapi kerana taat kepada perintah
Rasulullah.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya kepada
pihak pensyarah dan penyelia tugasan di atas tunjuk ajar kalian. Ucapan ribuan terima kasih
juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi
kolaborasi bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya hargai.
Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak ilmu bermanfaat kepada diri saya
terutamanya dari sudut latihan ilmiah sterusnya dapat mewujudkan pembelajaran berbentuk
perbandingan. Sesuai dengan respon daripada pelajar yang lebih bersikap terbuka dan
menerima kepelbagaian pendapat dalam masalah fiqh. Semoga Allah S.W.T. memberkati
usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa sempadan,
Disediakan oleh :
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 3
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
1. Pengenalan
Islam adalah agama yang mencintai kesucian dan kebersihan sama ada pada zahir
mahupun batin. Sebagai seorang muslim, kita perlu mengambil tahu tentang perkara-perkara
yang terkandung dalam ilmu Fiqh. Ini termasuklah bab kenajisan anjing. Menyentuh
tentang haiwan anjing, Islam sebenarnya membenarkan umatnya menggunakan anjing yang
telah dilatih dan dididik untuk dimanfaatkan sebagai binatang buruan untuk menangkap
penjahat. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan keselamatan seperti digunakan untuk
menangkap pencuri. Anjing seperti ini dikenali dengan qalbu mua’llam (anjing terpelajar).
Dalam memahami persoalan kenajisan anjing ini, para ulama berbeza pendapat dalam
menentukan hukum sama ada ia najis atau tidak. Dalam Al-Quran Al-Karim, tidak wujud
secara langsung tentang keharaman dan kenajisan anjing. Namun, para ulama telah
merujuk kepada dalil-dalil hadith Rasulullah s.a.w. untuk menetapkan hukum dalam bab
kenajisan anjing ini. Dalam tugasan ini, sebelum memperincikan kenajisan anjing menurut
pandangan ulama adalah lebih elok jika kita mendalamai beberapa perkara yang berkaitan
dengan najis mengikut hukum fiqh. Berikut adalah penjelasan tentang definisi najis
mengikut hukum fiqh, jenis-jenis najis, pembahagian najis mengikut ringan dan berat
beserta cara menyucikannya, benda-benda yang merupakan najis, seterusnya perkara-
perkara yang dimaafkan.dan tidak dihukum sebagai najis.
1.1 Definisi najis mengikut hukum fiqh
Najis dari segi bahasa ialah suatu nama bagi sesuatu yang dianggap kotor dan
menjijikkan, manakala najis dari segi istilah bermaksud benda kotor yang menghalang
daripada sahnya sembahyang seperti darah dan air kencing.1 Selain itu, Asy-Syafi’iyah
1 Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho, Ali Asy-Syarbaji, 2008. Kitab Fikah Mazhab Syafie,
Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd., h. 45.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 4
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
mendefinisikan najis secara istilah sebagai “sesuatu yang dianggap kotor dan mencegah
sahnya solat tanpa ada hal yang meringankan.2
Seterusnya Al-Malikiyah mendefinisikan najis sebagai “sifat hukum suatu benda yang
mengharuskan seseorang tercegah dari kebolehan melakukan solat bila terkena atau berada di
dalamnya”. 3
Najis juga ditujukan kepada semua benda selagi ada dalil yang menajiskannya.4
Najis turut dikenali sebagai an-najasah yang bermaksud kotoran (القذارة ). Disebut sebagai
الشيء iaitu sesuatu menjadi kotor. Asy-Syafi’iyah mendefinisikan an-najasah sebagai تنجس
kotoran yang menghalangi solat ( مرخص ال حيث الصالة يمنع 5 .(مستقذرة
Kesimpulannya, menurut Ibnu Muhammad El-Fandihani (2008) najis merupakan
segala jenis kotoran yang melekat pada badan, tempat dan pakaian sama ada ia berasal dari
dalam atau dari luar tubuh kita.
1.2 Jenis-jenis najis
Jenis-jenis najis ada dua iaitu najis hakiki (aini) dan najis hukmi iaitu seperti berikut :
1.2.1 Najis hakiki (aini)
Jenis-jenis najis terbahagi kepada dua iaitu najis hakiki (aini) dan najis hukmi. Najis
hakiki (aini) iaitu sesuatu yang berbentuk, mempunyai rasa, warna dan berbau sebagai
contoh tahi, kencing dan darah.
1.2.2 Najis hukmi
Manakala najis hukmi pula merupakan semua najis yang telah kering dan kesannya telah
dihilang yang mana kesan, warna atau bau najis tersebut tidak ada lagi, sebagai contoh baju
yang terkena kencing kemudian ia kering serta kesannya tidak zahir lagi. 6Demikianlah bekas
2 Shihabuddeen Ahmad Ibn Salamah, 2003. Hasyiyata Qalyubi Wa Umayrah A’la Syarhi Al-Mahalli A’la
Minhaj At-Tolibina’lal, Beirut : Darul Kutub Al-‘Ilmiyyah, jil. 1, h. 1-68.3 Muhammad Al-Dasuqi. Hasyiyah Al-Dasuqi A’la Asy-Syarh Al-Kabir, Dar Ihya’ Al-Kutub Al-Arabiah, Cairo, jil. 1, h. 1-32.4 Ibnu Muhammad El-Fandahani, 2008. Kaifiyat Bersuci Lengkap Dengan Dalil-dalil Serta Pendapat Para
Imam Mujtahid, Selangor Darul Ehsan : Cresent News (K.L) Sdn. Bhd., h. 1.
5 Shihabuddeen Ahmad Ibn Salamah, 2003. Hasyiyata Qalyubi Wa Umayrah A’la Syarhi Al-Mahalli A’la
Minhaj At-Tolibina’lal, Beirut : Darul Kutub Al-‘Ilmiyyah, jil.1, h. 1-68.6 Zanariah Noor, Mohd Noor Daud, Muhammad Rozaimi Ramle, 2012. Al-Fiqh Al-Islami HIS 306, Perak Darul Ridzuan : Universiti Pendidikan Sultan Idris, h. 10.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 5
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
najis yang dihukumkan dengan najis pada sesuatu tempat atau di sekitarnya seperti air
kencing yang sudah kering serta tidak diketahui sifat dan bentuknya.
Najis dari sudut akidah juga tergolong dalam najis hukmi (maknawi/batin). najis
tersebut Walaubagaimanapun ia tidak bermaksud bahawa diri dan badan orang yang musyrik
itu adalah najis.7 Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Taubah, ayat 28 :
ن�ج�س� } رك�ون� ال�م�ش� ا ن�م� { إ
Maksudnya : “Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir itu adalah najis”.
(Al-Taubah: 28).
1.3 Pembahagian najis mengikut ringan dan berat beserta cara menyucikannya
Mengikut mazhab Asy-Syafi’iyah pembahagian najis diklasifikasikan berdasarkan
tingkat kesulitan dalam mensucikan atau menghilangkannya.8 Pembahagian tersebut terdiri
daripada tiga bahagian iaitu najis ringan,(mukhaffafah) najis pertengahan (mutawassitah) dan
najis berat (mughallazah).
1.3.1 Najis ringan atau najis mukhaffafah (مخففة)
Najis ringan atau najis mukhaffafah (مخففة) ialah kencing bayi lelaki yang belum
berumur dua tahun dan belum makan apa pun kecuali air susu ibu. Ia menjadi najis yang
ringan disebabkan cara menyucikannya sangat ringan iaitu tidak perlu najis itu sampai hilang
sebaliknya memadai dengan memercikkan air ke atas tempat terkena najis.9,Sebagaimana
yang diterangkan di dalam hadith berikut :
7 Muhammad Khalaf Al-Qaz’al, 2005. Fikah Ibadat Mazhab Imam Syafii Karya Asal (Bahasa Arab “Fiqh Ibadah Al- Muyassar), Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa, h. 12.8 Ahmad Sarwat, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 2, Thaharah. Jakarta Selatan : DU Publishing, h. 56.9 Ahmad Sarwat, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 2, Thaharah. Jakarta Selatan : DU Publishing, h.56.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 6
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
1.3.2 Najis pertengahan atau najis mutawassitah (متوسطة)
Seterusnya najis pertengahan atau najis mutawassitah .(متوسطة) Najis ini adalah
selain daripada najis mukhaffafah dan mughallazoh seperti darah, nanah, muntah, tahi, air
kencing, wadi10,mazi,11 Cara menyucikannya ialah menggunakan air mutlak dengan
menghilangkan tiga perkara seperti ‘ainnya/zatnya/warnanya, baunya dan rasanya,
walaubagaimanapun ketiga-tiganya hendaklah dihilangkan tetapi sekiranya setelah
diusahakan dengan bersungguh-sungguh masih tidak hilang maka tidaklah diwajibkan
meneruskannya lagi kerana Allah s.w.t tidak memberati seseorang kecuali sekadar yang
termampu olehnya.12
1.3.3 Najis berat atau najis mughallazah (مغلظة)
Manakala najis berat atau najis mughallazah (مغلظة) ialah ditujukan kepada anjing
dan babi. Najis ini dikatakan berat kerana cara untuk menyucikannya tidak memadai dengan
air sahaja. Ia memerlukan penggunaan air sebanyak tujuh kali dan salah satu basuhan
hendaklah menggunakan air tanah.13 Penggunaan tanah tidak boleh diganti dengan sabun,
detergen, pemutih, pewangi dan sesuatu yang mengandungi pelbagai zat. Hal ini telah disebut
di dalam hadith Rasulullah s.a.w. seperti berikut.14
10 Air yang keluar daripada kemaluan orang yang bekerja berat.11 Air yang keluar daripada kemaluan lelaki mahupun wanita semaWsa naik syahwat. cecair yang memabukkan,
susu dan mani binatang yang tidak halal dimakan. Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Bin Abdul Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga & Masyarakat Sepanjang Hayat, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd., p.64.
12 Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Bin Abdul Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga & Masyarakat Sepanjang Hayat, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd., p.64.13 Zanariah Noor, Mohd Noor Daud, Muhammad Rozaimi Ramle, 2012. Al-Fiqh Al-Islami HIS 306, Perak Darul Ridzuan : Universiti Pendidikan Sultan Idris, h. 11.14 Ahmad Sarwat, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 2, Thaharah. Jakarta Selatan : DU Publishing, h. 58.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 7
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
1.4 Benda-benda yang merupakan najis
Najis datang daripada tubuh manusia, tubuh haiwan dan najis di luar keduanya.15
Justeru, terdapat beberapa najis yang berasal dari tubuh manusia antaranya ialah darah,
nanah, muntah, air kencing, mani, mazi, wadi, tinja dan segala yang keluar dari kemaluan
depan atau belakang. Asy Syafi’iyah dan Al-Hanabilah mengatakan bahawa muntah, air
kencing dan kotoran manusia adalah benda-benda yang najis. Pada dasarnya kerana muntah
adalah makanan yang telah berubah di dalam perut menjadi sesuatu yang kotor dan rosak.16
Bagi potongan tubuh manusia, jumhur ulama umumnya mengatakan bahawa bahagian
tubuh manusia yang terlepas dari tubuhnya hukumnya bukan najis. Sama ada potongan tubuh
itu terpisah semasa hidupnya atau pun setelah meninggal dunia.17,
Manakala najis daripada tubuh haiwan antaranya ialah darah, nanah, muntah, air
kencing, mani, mazi, wadi, tinja dan semua yang keluar dari kemaluan depan dan belakang
haiwan. Begitu juga dengan anjing dan babi merupakan benda najis. Di Samping itu, semua
binatang yang telah mati juga merupakan najis. Walaubagaimanapun sekiranya yang mati itu
adalah manusia, ikan atau belalang maka ia tidak menjadi najis. Selain itu, ulat dalam buah-
buhan atau seumpamanya yang terjadi dari makanan dan juga semua binatang yang tiada
darah mengalir seperti lalat, lipas atau seumpamanya sekiranya mati juga tidak menjadi najis.
Air yang dimasuki binatang-binatang tersebut juga tidak menjadi najis. 18 Sungguhpun begitu,
terdapat bahagian-bahagian haiwan (anjing dan babi adalah terkecuali) yang merupakan najis
antaranya anggota haiwan yang terpotong daripada haiwan tersebut. Ini kerana ia merupakan
bangkai kecuali bulunya. Bulu binatang tidak menjadi najis sama ada matinya dengan sebab 15 Ahmad Sarwat, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 2, Thaharah. Jakarta Selatan : DU Publishing, h. 59.16 Abu Ishak Ibrahim Bin Ali Ibn Yusuf Asy-Syirazi, 1425. Al-Muhazzib Fi Fiqh Al-Imam Asy-Syafi’ei Lishshirazi, Beirut : Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, h. 53-54.17 Ahmad Bin Muhammad Al- Thahthawi, 1231. Hasyiyah Al-Thahthawi A’la Al- Maraqi Al-Falah Beirut : Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, p. 49.18 Syaikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi, 1990. Bimbingan Mu’minin Pada Mencari Redha Rabbil A’lamin Oleh Imam Ghazali, Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd., h. 29.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 8
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
disembelih atau pun tidak tetapi tulangnya adalah najis jika matinya tidak disembelih.
Demikian juga dengan benda basah yang keluar dari badan haiwan itu, iaitu mana-mana yang
tidak mempunyai tempat yang tetap (anjing dan babi terkecuali) seperti air mata, keringat, air
liur dan hingus, maka hukumnya suci. Sebaliknya mana-mana yang tempatnya tetap, maka
hukumnya najis seperti tahi, kencing, nanah dan darah melainkan apa yang asalnya berpunca
dari haiwan itu sendiri seperti air mani dan telur.19
Selain najis daripada manusia dan haiwan, najis juga boleh berupa padat atau cecair
seperti arak (khamar) dan semua cecair yang boleh memabukkan.20
1.5 Perkara-perkara yang dimaafkan.dan tidak dihukum sebagai najis
Terdapat beberapa perkara yang dimaafkan dan tidak dihukum sebagai najis iaitu
tempat keluar najis (dubur) sesudah istinja’ yang menggunakan batu, dimaafkan jika najis
yang keluar itu tidak melampaui tempat itu; lumpur di jalanan atau debu dari kotoran tahi di
tengah jalan turut dimaafkan walaupun diyakini kenajisannya dengan syarat sukar untuk
menjauhi diri daripadanya sehingga orang yang terkena lumpur atau debu itu tidak boleh
dituduh cuai atau lalai; seterusnya najis-najis yang melekat di bawah khuf21 secara lazim
semuanya jalan raya tidak sunyi daripadanya. Maka najisnya da1`qpat dimaafkan sesudah
dikikis semua najis-najis itu sewaktu hendak digunakan; darah nyamuk sama ada sedikit
mahu pun banyak, boleh dimaafkan kecuali jika ia melewati batas kebiasaannya sama ada
yang melekat di pakaian anda mahu pun pada pakaian orang lain dipakai oleh anda; akhir
sekali darah kudis atau bisul atau apa-apa yang terpisah daripadanya seperti nanah atau darah
yang bercampur dengan nanah adalah dimaafkan. Ibnu Umar r.a. menggosok bisul di
mukanya, lalu keluarlah daripadanya darah. Beliau terus bersembahyang tanpa membasuh
darah itu terlebih dahulu. Ini bermaksud segala yang memancar dari kotoran-kotoran bisul
yang biasanya keluar terus-menerus, begitu juga kesan-kesan luka akibat bekam atau
pembedahan melainkan kalau yang terjadi itu jarang-jarang sekali baik berupa luka atau lain-
lainnya, maka hukumnya samalah seperti hukum darah istihadhah (darah yang keluar dari
19 Ibid, h. 29. 20 Op. cit, h. 29. 21 Sepatu yang ditentukan oleh syarak boleh memakainya dalam sembahyang.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 9
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
wanita yang menderita sakit), hukumnya tidak boleh dikira sama seperti darah yang keluar
dari bisul, yang pada banyak hal manusia tidak berdaya untuk menahannya.22
Kesimpulannya, kelonggaran syarak dalam memaafkan najis-najis yang lima tersebut
menunjukkan bahawa perkara thaharah atau bersuci itu diletakkan atas kemudahan dan
keringanan sehingga ia tiada meninggalkan tempat untuk rasa was-was yang hanya sia-sia
bagi manusia.23
2. Kenajisan Anjing Menurut Pandangan Ulama
2.1 Klasifikasi anjing.
Anjing adalah termasuk keluarga Canidae. Ada ahli sains yang mempercayai bahawa
anjing berasal daripada dua jenis serigala pada suatu ketika dahulu. Ada juga yang percaya
anjing berasal daripada serigala cantuman coyote dan fox. Ia juga pemakan daging atau
disebut karnivora24.
Anjing merupakan haiwan peliharaan dan terdapat beberapa tempat di duniayang
menternaknya dan menyembelihnya untuk dijadikan sumber protein. Namun wujud juga
Negara-negara yang menyayangi anjing sebagai haiwan peliharaan.25
2.2 Anjing dari sudut pandangan Islam.
Islam merupakan agama yang mementingkan dan menjaga hak-hak haiwan walaupun
haiwan tersebut adalah anjing. Islam melarang perbuatan keji dan menzalimi haiwan sama
ada haiwan peliharaan mahu pun haiwan lain yang terdapat di muka bumi ini. Pelbagai cara
yang boleh kita lakukan untuk menjaga hak-hak haiwan di muka bumi ini antaranya dengan
22 Syaikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi, 1990. Bimbingan Mu’minin Pada Mencari Redha Rabbil A’lamin Oleh Imam Ghazali, Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd., h. 30.23 Syaikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi, 1990. Bimbingan Mu’minin Pada Mencari Redha Rabbil A’lamin Oleh Imam Ghazali, Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd., h. 31. 24 Wikipedia.25 Ahmad Sarwat, Lc, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 9 Kuliner, Jakarta Selatan : DU Publishing, h. 233.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 10
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan alam sekitar, hutan-hutan, lautan, pantai,
sungai, habitat flaura dan fauna seterusnya mengelakkan aktiviti-aktiviti pembangunan yang
boleh mengganggu atau merosakkan ekosistem hidupan haiwan di darat atau di air. Hafiz
Firdaus Abdullah, 2005.26
Sikap kita terhadap haiwan menjadi kedudukan yang penting di sisi Islam sehingga
melibatkan antara syurga dan neraka.27
Terdapat hadith sahih yang menceritakan kepada kita tentang seseorang telah mendapat
balasan neraka disebabkan perbuatannya yang zalim terhadap seekor kucing. Hadith tersebut
berbunyi :
“Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia
tidak memberinya makan mahu pun membebaskannya untuk makan serangga di tanah”.28
Rasulullah s.a.w. turut memberi peringatan kepada umatnya supaya tidak menzalimi haiwan.
Setiap perbuatan kita semasa hidup akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t pada
Hari Akhirat kelak. Jika kita menjaga hubungan yang baik terhadap haiwan serta memenuhi
hak-hak haiwan seperti makanan, minuman juga tempat berteduh, maka sudah tentu Allah
s.w.t. memberi ganjaran yang baik, sebaliknya jika kita menzalimi haiwan-haiwan tersebut
sudah pasti Allah s.w.t. membalasnya dengan azab api neraka.29
Sebagaimana pernyataan dalam hadith sahih berikut30:
“Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan
baik dan berilah ia mkn dengan baik”.
Dari sudut hukum ke atas daging anjing pula, Islam mengharamkannya atas tiga sebab
utama iaitu anjing merupakan binatang buas, anjing itu diharamkan jual beli ke atasnya dan
sememangnya anjing itu adalah najis.31
26 Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, h. 173.27 Ibid, h. 174.28 Sahih : Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadith no. 3318.29 Hafiz Firdaus Abdullah, 2005. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, h. 174.30 Sahih : Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh Al-Bani dalam silsilah Al-Hadith Al-Sahihah (Maktabah Riyadh 1995), hadith no. 23.31 Ahmad Sarwat, Lc, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 9 Kuliner, Jakarta Selatan : DU Publishing, h. 234-235.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 11
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Anjing haram di makan kerana sifat buasnya sebagaimana yang ditunjukkan oleh
dalil berikut:
Jual beli anjing juga haram hukumnya. Ini bererti jika harganya terlarang maka
dagingnya turut menjadi haram. Di antara dalil pengharaman jual beli anjing ialah seperti
berikut :
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 12
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Anjing juga diharamkan kerana Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w telah menegaskan
kenajisan air liur anjing sehingga siapa pun yang menentang hukum ini bererti menentang
Allah dan rasulnya. Antara dalil yang menunjukkan bahawa air liur anjing itu najis antaranya
ialah seperti berikut :
2.3 Perbezaan pandangan tentang hukum kenajisan anjing di kalangan ulama32
Secara umumnya, para ulama telah sepakat memasukkan anjing ke dalam jenis najis
yang berat iaitu najis mughallazah. Istilah berat ini menunjukkan beratnya cara untuk
menyucikan najis mughallazah ini iaitu dengan menyucikannya sebanyak tujuh kali air dan
salah satunya campuran air dengan tanah.
32 Ahmad Sarwat, Lc, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 9 Kuliner, Jakarta Selatan : DU Publishing, h. 236.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 13
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Walaubagaimanapun terdapat perbezaan dari sudut menghukumi anjing sebagai
haiwan najis berat di kalangan sebahagian ulama. Sebahagian ulama menghukumi anjing
sebagai haiwan yang najis berat pada keseluruhan tubuhnya. Namun ada sebahagian ulama
tidak menghukumi najis anjing pada badannya kecuali hanya air liurnya dihukum sebagai
najis berat. Berikut adalah pandangan ulama tentang hukum kenajisan anjing yang terdiri
daripada Mazhab Al-Hanafiyah, Mazhab Al-Malikyah, Mazhab Asy-Syafi’iyah dan Mazhab
Al-Hanabilah.
2.3.1 Mazhab Al-Hanafiyah 33
Berdasarkan Mazhab Al-Hanafiyah, kenajisan anjing hanya pada air liur, mulut dan
kotorannya sahaja. Sementara itu, tubuh dan bahagian-bahagian lainnya bukannya najis.
Pendapat Mazhab Al-Hanafiyah ini adalah merujuk secara zahir kepada hadith riwayat
Bukhari dan Muslim. Hadith ini menunjukkan bahawa najisnya anjing itu hanya apabila
anjing itu minum di suatu wadah air. Maka hanya bahagian mulut dan air liurnya sahaja
(termasuk kotorannya) yang dianggap najis. Hadith tersebut adalah seperti berikut :
33 Muhammad Amin Bin Umar Abidin, 2000. Hashiyah Ibn Abidin, Beirut : Dar Al-Fikr, h. jil. 1, h. 204.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 14
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Kemudian diikuti dengan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad iaitu :
2.3.2 Mazhab Al-Malikiyah34
Mazhab Al-Malikiyah menganggap anjing itu thahirul a’in yang bermaksud tubuh
anjing itu bukan benda najis. Mazhab ini mengatakan bahawa setiap hidup itu adalah suci
pada zatnya, termasuk anjing. Air yang memercik daripada bulu anjing yang sedang basah
tidak menajiskan sesuatu. Mazhab ini juga menganggap bahawa suruhan Rasulullah s.a.w.
untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing bukanlah disebabkan oleh kenajisan
mulut, lidah dan air liur tetapi disebabkan oleh ketaatan kepada Allah semata-mata iaitu
ta’abud. Suruhan Rasulullah s.a.w. tersebut terkandung dalam hadith berikut :
34 Abu Al-Barakat Ahmad Bin Muhammad, 1986. Asy Syarhu As-Shoghir Ala Aqrobu Al-Masalik Ila Mazhab
Al-Imam Al-Malik, Cairo : Dar Al-Ma’arif, jil. 1, h.43-44.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 15
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Mazhab ini turut menyatakan bahawa mereka berpendapat sedemikian dengan
merujuk kepada lain-lain hadis Rasulullah yang membenarkan penggunaan anjing terlatih
untuk berburu lebih-lebih lagi anjing mempunyai kebolehan memburu dan membunuh
mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya. Haiwan yang ditangkap oleh anjing buruan
adalah tetap suci untuk dimakan seluruhnya bersandarkan firman Allah s.w.t dalam surah Al-
Maidah, ayat 4 yang bermaksud :
Dengan demikian, berdasrkan gabungan dalil-dalil yang terdiri daripada hadis dan
firman Allah yang mana membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk memburu, justeru
Mazhab Al-Malikiyah telah sepakat bahawa mulut, lidah dan air liur anjing bukan najis.
Pendapat Mazhab Al-Malikiyah ini berbeza dengan Mazhab Al-Hanafiyah yang mengakui
bahawa mulut, lidah dan air liur anjing itu adalah najis dengan merujuk secara zahir kepada
hadis riwayat Bukhari dan Muslim :
2.3.3 Mazhab Asy-Syafi’iyah dan Mazhab Al-Hanabilah35
35 Al-Khatib Asy-Syarbini, 1997. Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz Al-Manhaj, Cairo :Dar Al- Ma’rifah, h. 78.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 16
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Kedua-dua Mazhab Asy-Syafi’iyah dan Mazhab Al-Hanabilah telah sepakat
mengatakan bahawa bukan hanya air liur anjing sahaja yang najis tetapi seluruh tubuh anjing
itu adalah najis berat atau mughallazah. Segala yang berkait dengan anjing termasuk
keturunannya atau haiwan lain yang bersenyawa dengan anjing turut dihukum sebagai najis
mughallazah. Dengan itu, bagi menyucikannya mesti menggunakan air sebanyak tujuh kali
yang mana salah satunya dengan tanah. Secara rasionalnya kedua mazhab ini tidak hanya
mengakui mulut dan air liur anjing sahaja yang najis kerana sudah tentu sumber air liur itu
dari badannya maka badannya itu turut merupakan sumber najis. Ini termasuklah sesuatu
yang keluar daripada tubuh anjing seperti kencing, kotoran dan keringatnya. Ada pun hadith
riwayat Al-Hakim dan Al-Daruquthuny menunjukkan kepada kita bahawa kucing adalah suci
dan tidak najis sementara anjing adalah najis. Hadith tersebut adalah seperti berikut :
2.4 Pandangan yang rajih (Kuat)36
Pandangan ulama terhadap kenajisan anjing telah pun dibincangkan dengan terperinci.
Salah satu daripada pandangan tersebut merupakan pandangan yang rajih iaitu pendapat yang
mengatakan bahawa anjing tidak najis seluruhnya. Ini adalah pandangan yang masyhur
daripada Mazhab Al-Malikiyah bahawa mulut, lidah dan air liur anjing bukanlah najis.
2.5 Sebab-sebab pandangan Mazhab Al-Malikyah merupakan pandangan yang rajih
terhadap kenajisan anjing37
36 Hafiz Firdaus Abdullah, 2005. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, h. 178-180.37 Ibid, h. 178-178.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 17
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Beberapa hujah tentang sebab-sebab pandangan Mazhab Al-Malikyah merupakan
pandangan yang rajih terhadap kenajisan anjing antaranya ialah kaedah qiyas yang digunakan
untuk menghukum seluruh anjing sebagai najis adalah qiyas yang lemah, hadis yang
menerangkan keengganan Rasulullah s.a.w. memenuhi undangan kerana ada anjing di dalam
rumah adalah lemah (dha’if) dan juga hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab
Asy-Syafi’iyah berakhir dengan lafaz “Sesungguhnya kucing bukan najis” sebenarnya tidak
wujud di dalam mana-mana kitab hadis yang meriwayatkan hadis tersebut.
2.5.1 Kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh anjing sebagai najis
adalah qiyas yang lemah38
Kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh anjing sebagai najis adalah
qiyas yang lemah. Ini kerana asal pengusulan kaedah qiyas adalah bagi mencari hukum
terhadap kes baru yang tidak wujud pada zaman turunnya wahyu Al-Quran dan As-Sunnah.
‘Illat atau sebab bagi kes yang baru tersebut dikaitkan secara analogi kepada satu kes yang
sudah sedia wujud pada zaman penurunan wahyu. Menggunakan qiyas untuk menghukum
keseluruhan anjing sebagai najis dianggap lemah kerana anjing pada asalnya sudah wujud
pada zaman turunnya wahyu. Bererti ia bukanlah kes yang baru. Apabila sesuatu kes itu
sudah sedia wujud di zaman penurunan wahyu dan tidak ada wahyu yang menerangkan
hukumnya, bererti sememangnya Allah tidak bermaksud untuk menurunkan apa-apa hukum
ke atasnya. Apabila tiada hukum yang diturunkan maka ia kembali kepada kedudukan yang
asal, iaitu halal, harus atau bersih. Allah berfirman :
38. Hafiz Firdaus Abdullah, 2005. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, h. 179.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 18
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Kesimpulannya, anjing adalah haiwan yang sedia wujud pada zaman Rasulullah s.a.w.
Apabila tiada ketentuan hukum diturunkan dalam persoalan najis atau tidaknya anjing bererti
hukum anjing kembali kepada yang asal iaitu ia adalah haiwan yang tidak najis.
2.5.2 Hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah s.a.w. memenuhi undangan
kerana ada anjing di dalam rumah adalah lemah (dhaif)39
Hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah s.a.w. memenuhi undangan kerana
ada anjing di dalam rumah adalah lemah (dhaif). Syaikh ‘Adl Ahmad Abd Al-Mawjud dan
Syaikh ‘Ali Muhammad Ma′wudh ketika mentakhrij hadis tersebut40 :
39 Hafiz Firdaus Abdullah, 2005. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, h. 180-181.40 Ali Bin Umar Ad-Dar Al-Qthuni, 2001. Sunan Al-Daruquthni, Beirut : Dar Al-Ma’rifah, jil. 1, h. 171.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 19
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Demikian takhrij oleh Syaikh ‘Adl Ahmad Abd Al-Mawjud dan Syaikh Ali
Muhammad Ma′wudh. Selain itu, al-Daruquthni dan Al-Baihaqi menilai Isa Bin Al-
Musayyab sebagai “ Shalih al-Hadis”. Namun begitu dalam ilmu hadis ada diterangkan
bahawa apabila bertembung celaan dan pujian, hendaklah diunggulkan celaan tersebut. Oleh
kerana itu, Syaikh Syuaib AlMau′uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Sunan
Al-Daruquthni (Muassasah Al-Risalah, Beirut, 2004), jilid satu, muka surat 103 telah
mengklasifikasikan hadith ini sebagai hadith daif. Dengan itu, hadith daif tidak boleh
dijadikan sumber dalil dalam perkara hukum.
2.5.3 Hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab Asy-Syafi’iyah berakhir dengan lafaz
“Sesungguhnya kucing bukan najis” sebenarnya tidak wujud di dalam mana-
mana kitab hadis yang meriwayatkan hadis tersebut41
Hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab Al-Syafi’iyah berakhir dengan lafaz “
Sesungguhnya kucing bukan najis” yang mana lafaz ini tidak wujud di dalam mana-mana
kitab hadis yang meriwayatkan hadis tersebut. Lafaz yang terdapat dalam Sunan Al-
Daruquthni adalah seperti berikut :
41 Hafiz Firdaus Abdullah, 2005. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, h. 182-183.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 20
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Oleh itu Al-Hafiz Al-‘Iraqi telah berkata42 :
Sesungguhnya yang disebut adalah sabda Nabi s.a.w.
42 Abu Al-Fadhl Zainuddin Abd Ar-Rahim Bin Al-Husain. Thahr Al-Tathrib Fi Syarhi Al-Taqrib, Beirut : Dar Al-Fikr, jil. 2, h. 123.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 21
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Kesimpulannya, hadis yang dijadikan dalil kenajisan anjing tertolak dari dua sudut
iaitu kelemahan pada sanadnya dan juga tambahan lafaz “ Sesungguhnya kucing bukan najis”
yang mana pada hakikatnya ia tidak wujud ia tidak wujud dalam mana-mana kitab hadith.
2.6 Suruhan menyucikan bekas yang dijilat anjing walaupun bukan kerana najis tetapi
kerana taat kepada perintah Rasulullah43
Hadith yang mengkehendakkan supaya menyucikan bekas yang dijilat oleh anjing itu
tidak semestinya bererti jilatan anjing itu najis sebagaimana kita manusia juga disuruh
berwudhu dan bertayammum. Suruhan ini tidaklah bererti kita adalah najis. Akan tetapi ia
adalah ketaatan kita kepada perintah Allah dan Rasul-Nya semata-mata. Dengan itu
hendaklah menyucikan bekas yang dijilat anjing berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. Yng
menyuruh kita mencuci jilatan anjing tersebut. Kita mencucinya bukan kerana ia najis tetapi
kerana taat kepada perintah Rasulullah s.a.w.
43 Hafiz Firdaus Abdullah, 2005. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, h. 187.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 22
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Rumusan
Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa terdapat perbezaan pandangan
tentang hukum kenajisan anjing di kalangan ulama yang terdiri daripada ulama-ulama
Mazhab Al-Hanafiyah, Mazhab Al-Malikiyah, Mazhab Asy-Syafi’iyah dan Mazhab Al-
Hanabilah. Mereka berbeza pendapat tentang kenajisan tubuh anjing sama ada najis pada
seluruh tubuhnya atau hanya pada mulut, lidah dan air liurnya sahaja yang dihukum najis.
Mazhab Al-Malikiyah mengatakan bahawa selain air kencing, tahi atau kotoran yang keluar
dari tubuh anjing, maka keseluruhan tubuh anjing itu adalah bukan najis hukumnya.
Termasuklah bekas yang dijilat anjing tetapi hendaklah menyucikannya atas dasar ia
bukannya najis tetapi atas dasar ketaatan kepada perintah Raslullah s.a.w. Bagi Mazhab Al-
Hanafiyah pula seluruh tubuh anjing itu adalah tidak najis kecuali mulut, lidah dan air liur
anjing sahaja yang hukumnya adalah najis. Bagi Mazhab Al-Hanafiyah juga air kencing, tahi
atau kotoran yang keluar dari tubuh anjing turut dihukum sebagai najis. Walaubagaimanapun
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 23
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Mazhab Asy-Syafi’iyah dan Mazhab Al-Hanabilah mengakui bahawa seluruh tubuh anjing
mahupun air liur atau apa sahaja yang keluar dari tubuh anjing atau segala keturunan anjing
itu atau haiwan lain yang menjalankan persenyawaan dengannya semua itu adalah najis
mughallazah. Pandangan yang rajih (Kuat) antara pandangan-pandangan ulama tersebut ialah
pandangan Mazhab Al- Malikiyah dan hal ini disertai dengan sokongan dalil-dalil tertentu
serta perbandingan yang turut diambil kira dalam menentukan pendapat paling rajih. Sebab-
sebab pandangan Mazhab Al-Malikiyah merupakan pandangan yang rajih terhadap kenajisan
anjing ialah kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh anjing sebagai najis
adalah qiyas yang lemah, hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah s.a.w. memenuhi
undangan kerana ada anjing di dalam rumah adalah lemah (dhaif) dan sebab terakhir ialah
hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab Asy-Syafi’iyah berakhir dengan lafaz
“Sesungguhnya kucing bukan najis” sebenarnya tidak wujud di dalam mana-mana kitab hadis
yang meriwayatkan hadis tersebut. Suruhan menyucikan bekas yang dijilat anjin walaupun
bukan kerana najis tetapi kerana taat kepada perintah Rasulullah.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 24
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Bibiliografi
Abu Al-Fadhl Zainuddin Abd Ar-Rahim Bin Al-Husain. Thahr Al-Tathrib Fi Syarhi Al-
Taqrib, Beirut : Dar Al-Fikr.
Abu Al-Barakat Ahmad Bin Muhammad, 1986. Asy Syarhu As-Shoghir Ala Aqrobu Al-
Masalik Ila Mazhab Al-Imam Al-Malik, Cairo : Dar Al-Ma’arif.
Abu Ishak Ibrahim Bin Ali Ibn Yusuf Asy-Syirazi, 1425. Al-Muhazzib Fi Fiqh Al-Imam Asy-
Syafi’ei Lishshirazi, Beirut : Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah.
Ahmad Sarwat, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 2, Thaharah. Jakarta Selatan :
DU Publishing.
Ahmad Sarwat, Lc, 2011. Fiqh Al-Hayati Seri Fiqih Kehidupan 9 Kuliner, Jakarta Selatan :
DU Publishing.
Ahmad Bin Muhammad Al- Thahthawi, 1231. Hasyiyah Al-Thahthawi A’la Al- Maraqi Al-
Falah Beirut : Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 25
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
Ali Bin Umar Ad-Dar Al-Qthuni, 2001. Sunan Al-Daruquthni, Beirut : Dar Al-Ma’rifah.
Al-Khatib Asy-Syarbini, 1997. Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz Al-Manhaj,
Cairo :Dar Al-Ma’rifah.
Hafiz Firdaus Abdullah, 2005. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku
3), Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa.
Ibnu Muhammad El-Fandahani, 2008. Kaifiyat Bersuci Lengkap Dengan Dalil-dalil Serta
Pendapat Para Imam Mujtahid, Selangor Darul Ehsan : Cresent News (K.L) Sdn.
Bhd.
Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Bin Abdul Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat Modul
Fardhu Ain Diri, Keluarga & Masyarakat Sepanjang Hayat, Kuala Lumpur : Telaga
Biru Sdn. Bhd.
Muhammad Amin Bin Umar Abidin, 2000. Hashiyah Ibn Abidin, Beirut : Dar Al-Fikr.
Muhammad Khalaf Al-Qaz’al, 2005. Fikah Ibadat Mazhab Imam Syafii Karya Asal (Bahasa
Arab “Fiqh Ibadah Al- Muyassar), Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa, h. 12.
Muhammad Al-Dasuqi. Hasyiyah Al-Dasuqi A’la Asy-Syarh Al-Kabir, Cairo : Dar Ihya’ Al-
Kutub Al-Arabiah.
Syaikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi, 1990. Bimbingan Mu’minin Pada Mencari Redha
Rabbil A’lamin Oleh Imam Ghazali, Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd., h. 31.
Shihabuddeen Ahmad Ibn Salamah, 2003. Hasyiyata Qalyubi Wa Umayrah A’la Syarhi Al-
Mahalli A’la Minhaj At-Tolibina’lal, Beirut : Darul Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Zanariah Noor, Mohd Noor Daud, Muhammad Rozaimi Ramle, 2012. Al-Fiqh Al-Islami HIS
3063, Perak Darul Ridzuan : Universiti Pendidikan Sultan Idris, h. 11.
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 26
KENAJISAN ANJING MENURUT PANDANGAN ULAMA
TUGASAN AL-FIQH AL-ISLAMI 1 (his3063) | 27